Saturday, 22 September 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 11


Happy birthday!”
            Jas ketawa melihat kotak kecil dihulur sebaik dia membuka pintu. Dara menurunkan kotak dan menunjukkan wajahnya yang dihias dengan senyuman.
            “Sorry lambat. I’m such a bad friend
            “Masuklah” Dara melangkah ke dalam. Masih sama seperti dahulu. Siapa sangka dia akan merindui kenanganya dirumah ini. “Siapa datang, Jas?” suara ma kedengaran.
            “Anak kesayangan ma” Jas menjawab. Dara menampar lenganya sebelum duduk diatas sofa. Rumah Jas sudah dianggap seperti rumah sendiri. “Dara?” dia menoleh dan segera berdiri. Mama segera mendapatkanya dan memeluknya erat.
            “Rindunya ma pada kamu”
            Dara tersenyum sambil membalas pelukan mama. Jas disebelah ketawa, kecil. “Kau langkah kanan. Mama tengah memasak untuk celebrate birthday aku dan abang”
            Pelukan direnggangkan. Mama memandangkan. “Kamu sihat? Kenapa nampak kurus sangat ni?”
            “Dia kerja ma” Jas membalas, pantas. Mereka kembali duduk disofa. “Kerja? Kamu kerja mana?” ma menyoal. “Sama kafe dengan Kez”
            “Iya? Bertuah sungguh budak tu. Langsung tak cerita apa-apa dekat mama”
            Dara tersenyum. Dia tahu Kez bukanlah jenis yang akan berbual jika tidak diajak. Sama seperti dirinya. “Mana nak sembang. Balik pun lewat” Jas bersuara bertentang mereka. Ma mengeluh. “Kamu tak penat ke? Sampai kurus ma tengok”
            “Biasa je, ma. Nak cari pengalaman”
            Ma menggeleng. Masih kelihatan risau. “Kamu balik lepas makan malam ye? Kalau payah, kamu tidur sini saja. Nanti ma telifon keluarga kamu”
            Jas memberi sengihan. Seronoklah dia. Ada orang nak diajak sembang selepas sendirian hampir sebulan tidak membuat apa-apa. “Esok Dara kerja, ma”
            Ma kecewa. “Kamu dahla jarang ke sini. Sibuk pula” Dara hanya mampu memberi senyuman, nipis. Sekarang sudah hari Ahad. Esok, dirinya harus kembali ke kafe. “Ma ni. Gaya macam takda anak perempuan je. Tak cukup ke Jas duduk rumah?”
            “Kamu? Apa boleh buat? Makan tidur je kerjanya”
            Jas mencebik. Dara tergelak. “Itulah. Dara tengok badan Jas dah besar sikit. Mesti kerja makan je ni” dia menambah, selamba. “Oit. Derhaka!” Dara memberi sengihan. Jas menggeleng namun akhirnya turut tersenyum.

 *********************************************************           

“Mana budak bertuah ni?”  
            Masuk kali ini, hampir 20 kali ma melihat jam ditangan. Sepatutnya Kez sudah sampai 10 minit yang lepas. Pa disebelah mengurut belakang ma untuk menenangkan ma. “Abang memang tak suka sambut birthday dia”
            Dara menoleh kearah Jas disebelah. “Kenapa?”
            “Lelaki”
            Alasan yang sangat boleh diterima. Lelaki mana suka sambut birthday macam perempuan. Teringat wajah Zach yang tak suka party. Cukuplah sekadar wish dan keluar makan. Itu pun hanya mereka berempat sahaja.
            “Abang dah telifon dia?”
            Pa mengangguk. “Dia tengah balik la tu. Awak ni. Cuba bersabar sedikit” ma mendengus. Mereka kemudianya mendengar pintu rumah diketuk. Jas segera bangun menuju ke ruang tamu. Sunyi sahaja. Tidak dengar pula suara Jas menyapa orang.
            Here come birthday boy
            Jas memegang bahu Kez disebelah. Senyuman diberi. “ Ya Allah!” ma terkejut. Badan Kez basah lencun. Mereka baru tersedar hujan lebat diluar rumah. “Jas, ambil tuala” ma bangun mendapatkan Kez yang menggigil.
            Dara bangun mendapatkan Kez. Lelaki itu nyata terkejut. Senyuman nipis diberi. “Beg?” dia menghala mata kearah beg sandang Kez. Beg yang digalas diberi. Dara menarik tanganya duduk diatas kerusi. Basah lencun. Awak pergi manalah Kez.
            “Pa pergi ambil ubat sekejap”
            Mereka ditinggalkan berdua. Dara tidak tahu bagaimana untuk berbual. Mereka kekok sejak pergaduhan itu. Kez hanya diam merenung kek yang masih bernyala lilin diatasnya. “I spoil everything right?” dia menyoal perlahan. Dara tersedar kemudianya menggeleng.
            “Bukan salah you”
            Kez diam. Dia kelihatan sangat jauh walaupun hampir. Jas kembali bersama tuala dan mama bersama baju baru. Dara menjauhkan diri melihat mereka menguruskan Kez yang kelihatan tidak bermaya.
            “I’m sorry” Kez bersuara, perlahan. Ma kelihatan mengesat airmata yang ingin mengalir. Dara terkejut. Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa ma sangat risau?

********************************************************************

            3 hari tidak ke kafe. Dara mendapat panggilan dari Jas mengatakan Kez demam teruk. Dara sudah menduga melihat dari keadaan Kez malam itu. Melihat betapa pucatnya wajah Kez ketika itu.
            “Datanglah jenguk. Dia bermimpi sebut nama kau je 2-3 hari ni”
            Dara diam. Dia taktahu jika itu perkara yang betul. Hubungan mereka sedikit retak sejak hari tu. Dara memegang gelang berwarna coklat yang ingin dihadiahkan kepada Kez malam birthdaynya itu. Namun tak jadi kerana hal itu.
            “Kalian bergaduh ke?”
            Dara tersedar. “Tak adalah” dia menjawab, pantas. Jas diam. “Tengok dia macam down semacam je sejak akhir-akhir ni”
            Tiada jawapan. Dara bermain-main dengan gelang yang berada ditangan. “Abang kalau demam, memang berhari-hari. Sebab itulah ma paling risau kalau dia demam”
            Sebab itu rupanya. Wajah keruh ma yang tidak pernah dilihat. Seperti wajah mama kalau dirinya jatuh sakit. Beruntungnya, Kez! Sekarang, tiada sesiapa yang akan risau jika dirinya jatuh sakit. Benarlah kata orang. Bila sudah tiada baru tahu erti kehilangan.
            “Dara”
            Jas memanggil, lembut. “Hmmm”
            “Datang jenguk abang ye” dia berharap. Dara masih tidak pasti. Dia terluka dengan apa yang Kez katakan dahulu. Dia ke rumah Jas pun kerana ingin memberi hadiah Jas. Bukanya untuk bertemu dengan Kez.
            “I tak janji”
            Keluhan dilepaskan. Jas sudah tak mampu berkata apa-apa lagi. Dua-dua keras kepala. Dia tahu ada perkara terjadi diantara mereka berdua. Masalahnya, dia taktahu punca masalah itu!

********************************************************************

            I’m sorry for all the word I said
            I never mean to hurt you like that
            The reason is I don’t know yet
            I try to figure the feeling that I have

            Tanpa sedar dirinya mengalunkan semula lagu yang dinyanyikan Kez dahulu. Terasa tepat sekali dengan yang dirasakan olehnya ketika ini. Dara tidak menjenguk Kez walau sekalipun di rumah. Dia merasa dirinya tak punya hak untuk itu.
            Lagipun, apa sebenarnya hubungan mereka? Dia berkawan dengan Jas. Waktu itu, berkenalan dengan Kez sebab Kez adalah abang Jas. Dari mula pun, mereka bukanya berkawan baik. Masing-masing saling menyakitkan hati.
            “Hoi”
            Dia mengangkat muka melihat senyuman Kinah. “Jauh menung? Dah sampai New York ke?” dia menyoal bersama sengihan. Dara menggeleng.
            “Kenapa bising sangat di luar tu?”
            Kinah menoleh kearah pintu. “Oh. Kez dah balik ke kafe semula” dia terkejut. Dia dah pulih sepenuhnya? Dah tak demam lagi?
            “Oh”
            Kinah hairan. Dara nampak pelik sejak akhir-akhir ini. Macam orang putus cinta pun ada. “Kau okay ke?”
            Dara mengangguk. “Okay je. Kenapa?”
            Kinah menggeleng. “Lusa, Encik Faizal nak buat hari pekerja. Kau nak join tak?”
            “Tempat?”
            “Batu Feringghi. Siap ada BBQ lagi. Semua nak bagi nama nak pergi. Tinggal kau dengan aku ja sekarang ni”
            Dara mengangguk. Apa salahnya nak mengeratkan hubungan sesama pekerja. Kinah tersenyum. “Nanti aku beritahu Izat”
            Kinah kembali berdiri. “Oh ya Dara” dia mengangkat muka memandang Kinah. “Kau patut bagi hadiah tu kepada tuan punya. Semuanya akan pulih seperti biasa”
            Dia memandang gelang yang masih ditangan. Alamak, lupa nak sorok dari Kinah. Sebab tiba-tiba je Kinah muncul disebelah. Kinah tergelak sebelum berlalu.
            Nak bagi ke? Nanti tanya pula untuk apa. Nanti cakap pula jadi orang tengah untuk bagi hadiah ke?. Dara mencebik. Touche sungguh. Jadi lelaki, kenapa kuat sangat merajuk?
            Eh, Dara. Kau tu apa kurangnya? Kau tak merajuk sekarang ni ke? Dia diam. Sindiran Encik Hati membuatkan dia terkelu.

*******************************************************

            Dara memegang kotak kek yang dibeli dan disorokkan sewaktu pekerja lain sedang berehat. Dia sendiri tak pasti kenapa dia berbuat semua ini. Semuanya salah lelaki bernama Khairul Muslim. Lelaki yang menyusahkan hidupnya sejak akhir-akhir ini.
            Dia melihat keadaan kafe yang sudah gelap. Pasti semua pekerja sudah pulang. Dia membuka kotak dan mencucuk lilin diatas kek sebelum menyalakan menggunakan lighter yang dibeli di kedai runcit. Tiba-tiba, jantungnya berdegup kencang.
            Dara, Dara! Kalau Anne lihat kau sekarang, mesti terperanjat. Tak pernah kau buat macam ni pada orang lain. Sah, kau dah masuk angin Malaysia. Dari jauh dia melihat Kez keluar bersama helmet yang dipegang. Dia segera menghampiri.
            “Happy birthday to you
            Kez menoleh. Dara menghampiri bersama kek yang kecil dan lilin. Dia terkejut. Damia? Damia buat semua ni? Dara memandang Kez yang berdiri kaku.
            “Happy birthday to Kez. Happy birthday to you
            Dia berhenti dihadapan lelaki itu dengan senyuman. “Tiuplah” dia mengarah. Kez tersenyum sebelum menurut sahaja. “Yeay. You dah tua”
            “Birthday saya dah seminggu berlalu, cik Damia” dia menyakat. Dara mencebik. Heran pula saya? Kalau awak tak tarik muncung 14 tu, saya pun tak mahu sambut birthday awak ni.
            “Taknak tolong ke?” Dara menyoal. Kez meletakkan helmet diatas motor sebelum memegang kek. Mereka kemudinya duduk di meja diluar kafe. Kez meletakkan kek tersebut diatas meja. Mereka duduk bertentangan.
            Dara menghela nafas. “Sorry sebab lupa birthday you. I bukan kawan yang baik. Maaf juga sebab jadi orang tengah ambil hadiah untuk you. I tak tanya you dan minta kebenaran pun. Tolong jangan merajuk dengan I lagi”
            “Sejak bila saya merajuk?” kening diangkat. Dara mencebik. Sejak bila konon. Dia yang buat perangai, dia yang lupa.
            “Iya. You memang tak merajuk. Tapi you tak nampak kewujudan I dalam kafe ni” dia menyindir, selamba. Kez tergelak. Comel bila lihat Dara marah.
            “Sebab itu awak buat semua ni?” Kez menyoal lagi. Hatinya berbunga. Melihat Dara bersusah-payah memujuknya. Sekurang-kurangnya dia tahu kehadiranya penting dalam hidup Dara.
            Dara hanya diam. “Potonglah kek. Sambutan hari jadi you masih tak lengkap” Kez menggeleng namun masih tersenyum. Hatinya sudah terpujuk. Kez memotong kek dan Dara memberika tepukan bersama senyuman.
            “Nak?” Kez menyoal. Dara menggeleng. “I kenyang lagi”
            Kez bersandar di kerusi. Dia berterima kasih bercampur kasihan. Pantas dia mengeluarkan tisu dari poket. Kez menegakkan badan sebelum mengesat peluh di dahi Dara yang ditutupi rambut. Dara terkejut. “Sampai berpeluh-peluh. Berapa lama awak tunggu saya? Shift awak habis awal hari ini ‘kan?”
            Dara hanya diam. Jantungnya berdegup semakin laju. “Thank you” Kez menggosok kepala Dara dengan lembut. Dara menahan diri dari memberi senyuman. Dia kemudianya menghulurkan gelang kepada Kez. Lelaki itu kehairanan.
            “Hadiah awak. Dari saya”
            Kez mengambil gelang tersebut dan segera memakainya di tangan kanan. Hati Dara berbunga melihat hadiahnya dipakai Kez dengan segera. “Ini sambutan hari jadi yang paling seronok” dia bersuara, perlahan. Dara mengukir senyuman, lega.

********************************************************

            Gambar sambutan hari jadi Kez dibingkaikan dan diletakkan diatas meja sudut ditepi katil. Senyuman masih tidak lekang dari bibir. Dara yakin dia takkan lupa semua kenangan ini walaupun sudah berkurun lamanya.
            “Lain kali jangan ambil apapun hadiah dia orang untuk saya”
            Pesanan Kez membuatkan senyuman semakin mekar. “Amboi, besarnya senyum” dia hampir melompat melihat Judy berdiri dimuka pintu sambil memeluk tubuh dan memaparkan sengihan.
            Sejak bila Judy berdiri disitu? “Tengok apa?”
            Tanpa sempat bertindak, Judy pantas mengambil bingkai gambar tersebut. Dia kemudianya duduk disebelah Dara yang hanya mampu mengeluh.
            “Ini rupanya. Siapa ni?”
            Dara mengambil semula bingkai gambar tersebut. “Kawan” dia menjawab, ringkas. “Gambar kawan je sengih sampai telinga?” Judy menyoal, selamba.
            Darah terasa menyerbu ke muka. Dia sudah kantoi! Pasti Judy mahu mengorek dengan lebih dalam. So, mind tell me what going on between this so-called friendship? Hmm?
            Dara diam. Judy masih setia menanti. “Takda apa-apalah, Jude. Memang kawan. Tak declare apa-apa lagi”
            Judy mengangguk. “Oh, tak declare lagi. Tapi you suka dia?”
            “Jude!” Dara terkejut. Senangnya Judy tanya. Macam tanya soalan SPM je. Judy ketawa. Tak pernah dia lihat Dara merah padam seperti ini. Pasti ‘kawan’nya ini bukanlah sekadar kawan.
            “Apa nama dia?” Judy menyoal semula. “Kez”
            “Interesting. Macam mana you kenal dia?”
            Dara mengeluh. Sejak bila Judy suka bergosip ni? “Dia abang Jas. Sekaligus, kawan I”
            Patutlah. Abang Jas rupanya. Patutlah rapat sangat dengan Jas. Nak mengorat si abang rupanya. Judy ketawa, kecil. Dara dah semakin besar. Sudah mahu dicintai dan mencintai. Dia terasa bangga seperti seorang ibu.
            “You suka dia?” dia menyoal sekali lagi. Dara diam. Dia taktahu tentang itu. Namun dirinya selesa dengan Kez. Senang diajak berbual dan teman bergaduh sewaktu bermain basket. “I tak pasti lagi”
            “Tak apalah. Semua ini take time. Tak salah untuk berkawan. Umur you sekarang, memang patut tengah berkawan dengan seseorang”
            Dara diam. Dahulu, mama sering risau jika dirinya tak punya kawan selain Anne, Zach dan Ericka. Namun apabila kesini, dia mengenali Jas, Kinah dan Kez. Namun Kez dianggap lebih dari seorang rakan. Tapi masih taktahu tahap apakah kedudukan Kez sekarang. 

2 comments: