Friday, 21 September 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 10


“Kenapa ramai sangat orang malam ni?” dia menyoal, hairan. Tak pernah kafe mereka penuh seperti ini. Rata-rata yang hadir adalah pelanggan perempuan.
            “Ada persembahan khas”
            Dara mengerut dahi.”Persembahan apa?”
            Dia menoleh ke hadapan melihat Kez bersama Izat dan Nabil hadir membawa gitar masing-masing. Dara semakin hairan. Apa mereka buat dengan gitar?
            “Minggu ke dua setiap bulan akan ada persembahan khas dari mereka bertiga. Sebab itulah ramai pelanggan perempuan hari ni”
            Patutlah. Dara menoleh kearah kumpulan Nisa yang tersenyum-senyum dan sesekali berbisik. Dia tergelak kecil. Macam-macam perangai orang ni sebenarnya.
            Tapi dia tak pernah lihat Kez bermain gitar waktu tinggal dirumah mereka dahulu. Dunianya hanyalah basket. Banyak sungguh skill lelaki ini rupanya. Patutlah diminati ramai di sekolah mereka dulu.
            “Check. Mic 1,2,3
            Suaranya bergema di kafe. Kez duduk diantara Nabil dan Izat. Tidak dinafikan dia adalah yang paling tampan diantara mereka. Jas mesti hentam gelak kalau lihat abangnya ketika ini. Tentu Jas sendiri taktahu abangnya punya bakat yang lain.
            This song is dedicated for you guys. Listen
            Tepukan kedengaran. Dara memeluk tubuh apabila lampu kafe digelapkan dan sportlight dihala hanya kepada mereka bertiga.

            The moment I saw you
            My heart beating
            All the misunderstanding that we have
            Never mean to hurt you  

            I always think love is an illusion
            Untill you came into my life
            Prove me that i’ve been wrong
            To show me how to love in my life

            Lesung pipi tu. Dara tahu ramai yang sudah jatuh hati kerana lesung pipit itu. Termasuk dirinya. Kez mengingatkan Dara kepada Zach. Cuma Zach tidak pernah dianggap melebihi seorang kawan. Tapi Kez, keadaan sedikit berbeza. Mereka bergaduh. Mereka menyakitkan hati satu sama lain. Tapi mereka akan berbaik semula dan berkawan seperti biasa,

            I’m sorry for all the word I said
            I never mean to hurt you like that
            The reason is I don’t know yet
            I try to figure the feeling that I have

            Kez mengangkat muka apabila tiba part bridge. Matanya bertembung dengan mata Dara yang berdiri agak jauh. Seperti bait-bait lagu yang dicipta. Siapa sangka semuanya adalah mengenai Dara? Jika sewaktu basket, Dara adalah pesaingnya. Tapi ketika lagu ini dicipta, Dara adalah sumber inspirasinya.
            Tepukan gemuruh diberi sebaik Kez dan yang lain menamatkan persembahan yang begitu mengasyikkan itu. Dara memeberi senyuman. I’m proud, Kez. “Semakin ramailah kelab peminat Kez nanti”
            Dara tergelak. “Kau tak nak masuk?” dia mengusik. Kinah segera menggeleng. “Aku lebih suka lelaki yang kurang mendapat perhatian. Senang sedikit nak dijaga”
            Hmm, betul juga. Kalau hot sangat pun, asyik risau je. Takut kalau-kalau si lelaki terpikat dekat orang lain. Diri sendiri yang merana.
            “Thanks for the attention. Kita jumpa lain kali”
            Lampu dibuka dan suasana kembali seperti biasa. Dara melihat jam ditangan. Kafe akan ditutup sebentar sahaja lagi. Pelanggan yang hadir sudah ramai yang beransur pulang. Dara menuju ke bilik loker untuk menyalin pakaian.
            10 minit kemudian, dia keluar dengan pakaian biasa. Kelibat Kez sudah tidak kelihatan. Dara mengatur langkah menuju ke perhentian bas. Dia masih tidak mahu diambil oleh Judy walaupun dipaksa. Kadang-kala dia sendiri hairan dengan tahap kedegilan yang dirinya miliki. Kasihan Judy kerana terpaksa deal dengan sikap degilnya itu.
            “Nah” Dara terkejut. Telifon siapa pula ni? Dia mengangkat muka melihat Kez berdiri dengan jeans, plain t-shirt berwarna hitam serta cap. “Siapa?”
            “BFF awaklah. Bising awak tak jawab telifon”
            Teragak-agak Dara mengambil telifon yang dihulur sebelum diletak ditepi telinga. “Hello”
            “Oi. Buat apa tak jawab call aku? Sibuk ke?”
            Dara terkejut. Jas kalau cakap, macam orang ada 10 meter jauh. Dia melihat Kez duduk disebelah. “Bateri mati. Nanti I call you balik”
            “Patutlah. Nasib baik dapat call abang. Risau aku dah lama tak lepak dengan kau. Sihat?”
            Senyuman terukir. “Sihat. Datanglah kafe. Kita boleh borak panjang”  dia mengerling kearah Kez yang merenung jalan tanpa emosi. “Minggu depan weekend, jom tengok wayang. Dah lama kita tak keluar ‘kan?”
            “Untunglah duduk rumah tak buat apa ‘kan?”
            Jas ketawa. “Ala, bukan selalu. Hari Sabtu. Ahad kau boleh rest satu hari” Jas masih memujuk. Dara diam sekejap. “Iyalah. Minggu depan. Nak jumpa dekat mana?”
            “Kau tahu Prangin Mall ‘kan? Kita lepak situ dulu”
            Memanglah tahu. Tapi bukanya ingat sangat. Nampaknya kena susahkan Judy hujung minggu ni. “Iyalah tuan puteri sebujur sirih” Dara menggeleng. Panggilan dimatikan sebelum menyerahkan semula telifon kepada Kez.
            “Habis gayut?” dia menyindir. Dara mencebik. “Dah. Pergilah balik” Kez tergelak. “Ini bukan perhentian bas awak pun”
            “Memanglah tak. Tapi bukanya you balik naik bas pun ‘kan?”
            “Saja nak lepak ambil angin” Kez menyandarkan kepala di board pengiklanan dibelakang. Dara kehairanan. “I tak sangka you pandai nyanyi”
            Kez memberi sengih. “Tengok oranglah. Saya ni sudahlah handsome, pandai main basket plus captain pula tu. Saya juga pandai main gitar dan menanyi juga. Pokoknya, saya ni memang wow lah”
            Dara buat muka menyampah. “Masuk lif tekan sendiri la”
            Kez tergelak. Seronok lihat wajah Dara ketika ini. “Kenapa tiba-tiba nak kerja?” dia menyoal, serius. “Saja”
            “Nak cari pengalaman?” Dara mengangguk. “Kaki dah baik?” dia menyoal, semula. “Judy dah urut sikit. I tak pakai heels dah” Kez tersenyum bersama anggukan.
            “Jas buat apa dekat rumah?”
            “Goyang kaki dan besarkan badan Takda orang nak dikacau, itu yang call awak ajak keluar” Dara ketawa membayangkan Jas yang sedang goyang kaki sambil menjamu selera. Suasana menjadi sunyi. Kez juga tidak berusaha untuk memulakan perbualan. Akhirnya Dara turut bersandar sambil menunggu bas tiba.
            “Dah fikir nak ambil apa lepas dapat result nanti?”
            “Entahlah. Kena tahu result macam mana dulu baru boleh pilih” Kez menjawab, datar. Dara bersetuju. Beria merancang kalau result cukup-cukup makan je, nak buat apa?
            “Apa inspirasi you buat lagu tu?”
            “Orang” dia menjawab, ringkas. Dara menoleh bersama sengihan. “Girlfriend?
            Kez tergelak. “Bakal” kerutan terukir. “Belum lagi?” Kez menggeleng. “Slownya. Nanti kena kebas dengan orang baru gigit jari” Kez ketawa.
            “Takda orang nak dekat dia pun. Saya je” Dara mencebik. Payahlah kalau kes terlebih confident macam si Kez ni. Kasihanlah perempuan itu nanti. Tahan je dengan perangai boyfriend dia ni.
            Tanpa sedar masa berlalu dengan pantas. Dara bangun apabila melihat bas sudah menghampiri perhentian bas mereka. Kez turut berdiri. “Awak nak balik dah?” lelaki itu mengangguk. Tak gentleman sungguh kau ni Kez. Cakap je la kau nak tunggu dia sampai naik bas.
            “Balik elok-elok” sempat dia berpesan. “Jangan tertidur dalam bas pula”
            Dara tergelak. Kez menggosok kepalanya dengan senyuman. Dara kaku, tidak mampu bergerak. “Jumpa esok”
            Anggukan diberi sebelum berpusing dan naik ke dalam bas. Dara mengambil tempat yang mampu dilihat oleh Kez. Lelaki itu masih berdiri, langsung tiada tanda untuk bergerak pergi. Akhirnya bas menyusur meninggalkan perhentian bas dan Kez berlalu.

********************************************************

            Prangin Mall agak sesak dengan orang di hujung minggu. Bila difikirkan, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di mall ini. Sewaktu sekolah dahulu, tidak sempat kerana sibuk dengan SPM.
            “Alessandara!”
            Dia menoleh melihat Jas memberi sengihan. Dara menggeleng. “Formal sungguh panggil nama I pun”
            Jas tergelak sebelum memeluk Dara dengan erat. Dara kaget. Rindu sangat agaknya. “Kurusnya kau. Tak cukup makan ke?”
            Pelukan direnggangkan. Dara tersenyum. “I letih kerja. You tahu apa?” dia mengusik. Jas menarik muncung sedepa. “Tahulah aku duduk rumah je. Tapi kau nampak letih sangat. Teruk sangat ke kerja kau?”
            “Biasalah. Nama pun kerja”
            Jas mengangguk. Namun dia tidak mampu menghalang dari rasa risau. Tubuh Dara kelihatan susut dengan mendadak. Takut juga kalau Dara punya penyakit yang lain selain letih.
            “Sekarang nak pergi mana?”
            “Makan. Aku belanja”
            “Wah, patutnya orang kerja yang kena belanja” Dara tersenyum. “Jangan risau. Hari ini aku akan pastikan kau naik berat badan”

****************************************

            Dara kembali ke kafe dan melihat pekerja perempuan berbisik sesama sendiri. Dia melintasi mereka sebelum ke loker sendiri. Dara membuka pintu loker sebelum meletakkan beg yang dibawa ke dalam. Selepas siap, dia menutup semula loker miliknya.
            “Dara”
            Dia menoleh. Mereka menghampiri bersama jambangan bunga masing-masing. “Kenapa?”
            Mereka tersenyum-senyum. “Kami nak minta tolong kau”
            Kerutan didahi kelihatan. “Tolong apa?” Aneh betul la budak-budak ni hari ni.
            “Hari ni birthday Kez”
            Nisa bersuara. Dara terkejut. Birthday Kez? Mana dia orang tahu? Aku yang kenal lama pun tak ambil tahu birthday Kez mahupun Jas.
            “Jadi?” dia menyoal semula.
            Dengan pantas, mereka serentak menghulurkan jambangan bunga tersebut. “Boleh tolong bagi dekat dia tak?”
            Dara ke belakang sedikit. Menakutkan. Senyuman berharap yang diberikan. Nasiblah Kez. “Boleh kan, Dara?” Fia menyoal dengan penuh berharap. Dara serba-salah. Tak boleh jamin kalau Kez nak terima hadiah ni. Tapi tak sampai hati nak hampakan mereka semua.
            Akhirnya, dia mengangguk. “Baiklah” sekelip mata, tanganya penuh dengan jambangan yang diberi. Dara terkejut. “Terima kasih, Dara”
            Bilik loker kembali sunyi. Dara menghela nafas. Pelik sungguh perangai. Kenapa tak beri sendiri? Tentu Kez lebih menghargainya.
            Dara duduk dikerusi dan meletakkan jambangan bunga diatas kerusi. Hari ni birthday Kez rupanya. Maknanya birthday Jas juga. Kalau di New York dahulu, birthday boy/girl pasti adakan party dirumah mereka. Semua itu seperti sudah menjadi tradisi.
            Tapi Jas masih tak beritahu apa-apa. Masalah sungguh. Dekat Malaysia, macam mana mereka sambut birthday ye? Bagi hadiah? Atau buat surprise party? Kalau tanya Judy, dia tahu ke? Dia pun lama duduk luar negara. Nenek? Tak mungkinlah.
            Kepala terasa bagai nak pecah. Itulah. Tahu kawan je. Birthday kawan taknak tahu. Sekarang, nak buat apa? Takkan nak buat taktahu? Mahu Jas merajuk tak bercakap seminggu denganya. Keluhan dilepaskan. Payahnya!

******************************************

            -Jumpa awak belakang kafe-
            Kertas berwarna kuning yang dilekatkan di pintu loker dibaca. Kez mengerut dahi. Siapa ni? Tak reti tulis nama ke?
            Dia mengambil kertas itu sebelum berlalu keluar. Kez kemudianya ke pintu belakang dan membuka. Dia terkejut melihat Dara berdiri bersama jambangan bunga yang penuh di tangan. Dia kaget seketika.
            “Happy birthday”
            Dara memberi senyuman. “Ini bukan hadiah I. Hadiah dari pekerja lain. Actually, I tak tahu pun hari ni birthday you”
            Kez masih berdiri kaku. Dara kehairanan. Kenapa dengan Kez? Terlalu terkejut ke? Ke tak tahu nak cakap apa-apa?
            Dara menghampiri. “Nah” dia menghulurkan jambangan bunga itu kepada Kez. Lelaki itu terkejut. “Hah?”
            Tindakan pantasnya mengambil jambangan bunga yang diberi Dara. “My arm” dia mengurut tanganya yang terasa sengal. Dara ketawa melihat Kez yang kelihatan tidak tahu nak buat apa dengan jambangan bunga yang banyak sangat.
            “Hadiah awak?”
            Dara kaget. “Hah?”
            “Mana hadiah awak?” dia menyoal, selamba. Dara gelabah. Dia ni tak dengar ke aku cakap apa tadi? “I mana tahu hari ni birthday you”
            Kez mencebik. “Kata kawan” dia menyindir, perlahan. Dara mengetap bibir. Dia datang dah angin nak sindir-sindir. “Kalau dekat New York, birthday boy/girl yang buat party untuk kawan-kawan hadir. Mana ada bagi hadiah-hadiah ni”
            “Damia. Damia. Can’t forget New York life yet?” Diam. Dia rasa disindir sangat. “Salah ke? I duduk sana sejak lahir. Sekurang-kurangnya I berusaha untuk cope dengan life disini”
            “Dekat New York pun berlajar tolong beri hadiah orang lain ke?”
            Dara mendengus. It just a birthday. Apa yang nak disoal sangat. “Bukan I yang hulur diri nak tolong mereka. Kalau you mesra, mesti mereka sendiri yang beri pada you. Taklah dia orang ganggu I”
            “Awak sukalah dia orang bagi hadiah ni dekat saya?” Kez menyoal lagi. Control, Kez. Kau akan dedahkan rahsia sendiri. Apahal kau emosi sangat? Bukanya kalian ada apa-apa pun.
            “Ini birthday you. Mereka juga ikhlas. What  wrong with that?
            Kez mendengus. Kenapalah susah sangat nak faham, Damia? Takkan nak suruh saya karang hikayat untuk beritahu semuanya? “Apa-apa je la, Damia”
            Dara melihat Kez berlalu masuk semula tanpa menoleh. Sakitnya hati! Dara rasa nak cekik-cekik je batang leher lelaki ini. Dah tolong pun, nak marah-marah. Emosi sungguh!

2 comments:

  1. 2 maknanya si damia ni otak dia lambat pik up jugak la huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. haha. dah kez pun taknak beritahu apa2. :)

    ReplyDelete