“Mama!
Papa!”
Dia segera menolak laju troli berisi
bagasi dan kotak yang dibawa dengan rasa teruja. Melihat wajah mama dan papa
yang tersenyum sambil melambai tangan membuatkan dia semakin laju melangkah.
“Anak mama!”
Tubuh kecilnya dipeluk oleh mama
dengan serta-merta sehingga membuatkan dirinya hampir tidak bernafas. Papa
disebelah hanya ketawa melihat dirinya yang terkapai-kapai didalam pelukan
mama.
“Anak mama! Anak kesayangan mama!
Mama takkan benarkan kamu sambung berlajar luar negara lagi!”
Mama mengangkat tubuhnya sebelum
dihayun kiri dan kanan seperti patung Barbie.
Dia menepuk lengan mama apabila darah tersekat di kerongkong dan tidak
mampu sampai ke muka.
“Ma…..Ma…..tak….boleh…..bernafas…..”
Tubuhnya diletakkan semula dan mama
merenggangkan pelukan. Hujung mata diseka bersama esakan kecil. Ain menjuling
mata melihat riaksi mama. Drama Queen.
“Kamu sihat, sayang?”
“Alhamdulillah. Papa?”
Senyuman diukir bersama anggukan.
Ain pantas memeluk papa dengan erat. Papa hanya ketawa sambil menepuk
belakangnya. Ain menghela nafas. Walaupun dia jarang mengakui dirinya dan
sering mengatakan mama drama queen namun
jauh disudut hati, dia merindui mereka berdua.
“Kenapa kamu nampak kurus? Kamu tak
cukup makan? Barang yang mama kirim sampai ‘kan? Housemate kamu curi makanan kamu ke?”
Soalan mama yang bertubi-tubi
membuatkan kepala Ain sedikit berdenyut. Hampir 4 tahun dirinya tinggal di UK,
dia sudah lama tidak mendengar bebelan mama. Semua ini memberi kejutan kepada
mindanya.
“Ain makan secukupnya, ma. Biasalah
duduk negara orang. Tak sama dengan negara sendiri. Mungkin Ain berjalan kaki
dari rumah ke U jadi makanan tak sempat jadi lemak”
Mama memberi pandangan tajam dan
tidak percaya. Ain hanya tersenyum. Dia rindukan bebelan mama tentang waktu
makanya. Dia rindukan papa yang hanya ketawa melihatnya seperti kucing hilang
anak apabila dipandang mama seperti itu.
“Sayang! Sudahlah tu. Ain baru
sampai. Simpan sedikit bebelan awak. Kasihan dia”
Mama menarik muncung dan memeluk
tubuh. Dahinya berkerut sedikit. Ain ketawa. Mama kelihatan sangat comel
dimatanya ketika ini.
“Fine.
Memandangkan kamu sudah kembali, mama akan pastikan kamu makan secukupnya!”
“Baik, ma’am”
Papa ketawa disebelah sebelum
mengambil troli dari tanganya. Ain memaut lengan mama dan memberi senyuman
comel. Mama mengalah akhirnya dan membalas senyuman. Tanganya digenggam erat.
“Mama rindu kamu, sayang. Rindu
sangat-sangat”
Ain mengukir senyuman. “Ain rindu
mama juga”
Mereka mulai mengatur langkah keluar
dari lapangan terbang. Hati terasa sangat lega apabila dia akhirnya pulang ke
pangkuan keluarga semua. Berlajar di luar negara memberi pengalaman yang tidak
pernah terfikir olehnya.
“Mulai hari ini, kamu harus sentiasa
dengan mama. 4 tahun mama hilang kamu. Mama takkan benarkan ianya berlaku lagi”
Ain sekadar mengangguk. Dia faham
sikap mama sekarang kerana dirinya adalah anak bongsu dan sangat rapat dengan
mama sebelum dia mengambil keputusan untuk sambung berlajar di UK. Sebulan juga
mama merajuk dengan pilihanya itu sebelum papa berjaya memujuk dan akhirnya
mama mengalah. Itupun selepas mama menangis seperti kematian saudara terdekat
sewaktu mereka di airport untuk
menghantarnya 4 tahun yang lepas.
***********************************
“Roti canai. Nasi kandar. Teh Ais!”
Senyuman seperti hendak sampai ke
telinga apabila melihat makanan yang dirindui di UK kini berada dihadapan mata.
Seleranya terbuka dengan serta-merta.
“Kalau macam ini hari-hari, seminggu
je Ain akan naik berat semula”
Mama memberi senyuman kepadanya.
“Makanlah. Kamu tentu rindu semua ini ‘kan?”
“Tentulah! Dekat sana, nak cari
gardenia pun susah. Inikan pula Maggie dan
sewaktu denganya”
Dia menjamah roti canai kuah banjir
yang menjadi kegemaran. “Hmmmm. This is
heaven on earth!”
Mama dan papa hanya menggeleng
dengan tawa kecil. Sekelip mata, Ain memenuhkan perutnya dengan semua makanan
yang dipesan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Perutnya terasa seperti
membesar 2x ganda apabila menjamah makanan Malaysia.
“Amboi anak papa ini. Macam seminggu
tak makan”
Ain ketawa mendengar usikan papa.
Orang luar tidak akan mampu memahami betapa gembiranya dia apabila menjamah
makanan ini. Biarlah kelihatan seperti orang kebuluran sekalipun, Ain tak ambil
kisah.
“Oi budak kecik!”
Dia hampir tersedak apabila suara
itu membuat headlock di leher ketika
dia hendak menelan nasi kandar.
“Abang!”
Ain terbatuk-batuk sedikit sambil
menepuk dadanya. Suara itu kemudian ketawa dan kemudian menarik kerusi lalu
duduk disebelahnya. Ain memberi pandangan tajam yang membunuh.
“Nasib baik tak tercekik adik kamu.
Mohd Adam Haziq! Ini bukan masanya untuk main-main”
“Sorry!”
Abang mengangkat tangan dan memberi
sengihan. Sengihan yang membantu dia terlepas banyak perkara daripada mama.
Seperti yang dijangka, mama hanya melepaskan keluhan.
“Sedapnya! Meh sikit”
Pinggan nasinya ditarik tiba-tiba
dan abang menjamah seperti tiada apa-apa berlaku. Ain mengetap bibir menahan
geram.
“Waalaikumsalam. Ain sihat. Flight delay tadi sebab ada kerosakan
dekat tayar. Ain akhirnya habis berlajar. Yeay!”
Abang menoleh kearahnya lalu
menayang giginya yang putih. Ain mencebik sebelum menarik semula pinggan
miliknya.
“Miss
you too, baby sister”
Ain buat tak dengar. Walaupun sudah
berusia 25 tahun, abang masih annoying seperti
4 tahun yang lepas. Walaupun kini sudah bergelar lawyer berjaya, abang masih mengusiknya seperti sewaktu dirinya di
sekolah.
“Ain makan semua ni? Wow. Perut monster ke?”
“Ma!”
“Adam Haziq!” mama memandangnya
tajam. Adam mengangkat kedua tangan bersama tawa yang semakin menyakitkan hati
Ain.
“My
baby sis grows up already. Abang belum puas buli kamu”
Kepalanya digosok kasar. Ain segera
menampar tangan abang sebelum kembali merapikan rambutnya yang sengaja
dirosakkan oleh abang.
“Kamu baru berjumpa 10 minit, sudah bergaduh?
Papa tak tahu siapa yang papa harus marah. Lawyer
atau cikgu?”
Papa menjungkit kening memberi
senyuman sinis. Ain menjelir lidah kepada abang namun lelaki itu hanya ketawa.
“Sudahlah tak jemput orang dekat airport, lambat pula datang! Bertuahlah
Ain ada abang macam ni. I’m your one and
only baby sis. Susah sangat ke nak curi masa lawyer abang tu untuk jemput Ain?!”
Abang hanya tersenyum. Ain yang
sakit hati, menghirup teh ais yang rakus. Rasa sebalnya menggunung apabila
melihat ketiadaan abang ketika mama dan papa gembira menyambutnya di airport. Abang sudah berjanji akan
menjemputnya tetap janji itu dimungkiri. Tanpa sedar, dia memuncungkan mulut.
“Nah”
Dia melihat kotak yang dibalut
dengan pembalut berwarna merah berada diatas meja dihadapanya. Ain mengerut
dahi.
“Ini hadiah kamu. I’m sorry. Abang sibuk sangat tadi. I’ll make it up for you later. Buat masa
sekarang, kamu ambil hadiah ini dulu”
Ain mengambil kotak yang diberi dan
membukanya dengan teragak-agak. Matanya semakin besar apabila melihat kotak itu
adalah kepunyaan Iphone 5s yang diminati sejak dilancarkan bulan lepas.
“Welcome
home. We miss you so much. By the way, tolong berhenti berangan untuk
sambung study overseas lagi. Abang
tak mampu hadapi rungutan mama”
Lenganya ditampar mama dengan
pantas. Abang hanya mampu mengadu sakit sambil mengusap lenganya yang terasa
perit.
Senyuman Ain semakin mekar melihat
telifon yang diminati kini berada didalam genggaman. Dia menoleh kearah abang
yang menjungkit kening seperti Ziana Zain. Ain ketawa.
“Thank
you. Love you too, big brother”
Abang
mencebik mendengar. “Baby sister now days,
materialistic love all the way”
Dia
menggeleng perlahan dengan wajah yang pura-pura kecewa. “Children now days, value their gadget more than their parents”
Mereka melepaskan tawa mendengar
rungutan papa. Mama disebelah juga tertawa. Ain sedikit sebak kerana inilah
yang dirindui sepanjang berada di UK. Keluarga kecil mereka ini sentiasa
gembira walaupun dirinya dan abang tidak sebulu.
*************************************************
“Untunglah abang kesayangan beli
Iphone kegemaran”
Erin menyakat dengan wajah yang
melucukan ketika mereka sedang skype. Sudah
hampir seminggu dirinya pulang dan Ain masih cuba membiasakan diri dengan
semuanya di Malaysia terutama waktu yang berbeza.
“Jangan jealous. Siapa suruh kau anak tunggal?”
Mata Erin dibesarkan sedikit. “Well, hello. Pergi cakap dekat parents aku la! Kau ingat aku suka jadi
anak tunggal?”
Ain ketawa mendengar. Dia sekadar
mengusik kerana ingin melihat riaksi yang Erin berikan. Seperti dijangka,
sahabatnya itu menarik muncung.
“Okay,
okay. I’m sorry. Tapi ada juga kebaikan anak tunggal. Kau dapat semuanya, right?!”
Erin menghela nafas. “Well, that’s for sure. Tapi bila kau
semakin dewasa, kau akan rasa sangat sunyi. Look
at you, walaupun kau cakap kau dengan abang kau selalu bertekak, at least, you have each other. Aku nak
bertekak dengan siapa? Kucing aku yang 5 ekor tu?”
Ain ketawa lagi. Memandangkan mama
Erin disahkan tidak boleh mengandung lagi selepas Erin, wanita itu mengambil
keputusan untuk membela kucing bagi menghilangkan rasa sunyi. Namun masalahnya
adalah Erin sangat takut dengan kucing dan alah dengan bulu haiwan tersebut.
“Mama kau still bela kucing walaupun selepas kau balik?”
“Well,
mama aku cakap kucing itu macam anak dia. Iyalah, 4 tahun aku tinggalkan
dia. Kucing-kucing tu yang temankan dia. Now,
I have to compete with that animal for my mom’s love? How great is that?!”
Ain menggeleng. Erin dan mama sangat
serupa! Drama Queen! Mungkin kerana
itu mereka berkawan rapat. Bersama Erin mengingatkan dirinya kepada mama yang
jauh di Malaysia. Pertemuan mereka juga agak melucukan kerana dia membantu
gadis itu mengeluarkan heels miliknya
yang tersangkut di longkang ketika dalam perjalanan untuk ke kampus.
“Sekurang-kurangnya, kucing kau tak
cekik kau separuh nyawa sewaktu kalian bertemu selepas hampir 4 tahun terpisah”
Kali ini, Erin ketawa. Ain hanya
mampu tersenyum sambil membelek Iphone di tangan. Dia masih lagi sedang cuba explore fungsi telifon bimbit terkenal
ini. Dirinya yang noob dengan gadjet
canggih seperti ini mulai rasa menyesal kerana apps didalam Iphone sangat berbeza dengan apps Samsung note 2 yang dipakainya sebelum ini.
“Big
brother is pain in the ass. You can’t
strangle him to death nor do you can live without”
Erin
memberi sengihan dan menggeleng. Ain menghela nafas sambil membaringkan tubuh.
Suasana sunyi sekejap kerana masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Bila kita nak keluar? Aku dah rindu
kau ni”
Ain tersenyum. “This weekend? Kau free?”
“Darling,
aku penganggur macam kau juga. Lupa ke?”
Mereka berpandangan sebelum
masing-masing ketawa. Dirinya memang tidak ramai kawan dan Erin satu-satunya
kawan rapat namun Ain tidak pernah menyesal. Kali pertama bertemu, dia sudah
serasi dengan gadis itu. Lebih menyeronokkan adalah mereka sama-sama orang
Pulau Pinang.
“Okay! Nanti aku beritahu kau
tempatnya”
“Ain Sofea!” suara mama yang lantang
mengejutkan mereka berdua. Erin ketawa berdekah-dekah melihat wajahnya yang
pucat.
“Gosh,
I miss this. Ingat lagi waktu kau skype
dengan mak kau dekat UK dulu? Gegendang telinga aku hampir rosak bila mak
kau menjerit hanya sebab kau jatuh sakit”
Ain menjuling mata. Erin masih lagi
ketawa sambil menekan perut dan menyeka hujung mata. Dia mengetap bibir, geram.
Kecik besar kecik besar je aku nampak dia ni!
“Ain Sofea Rizal Hakimi!”
Air liur ditelan. Erin memberi riak
yang sama. “Oh-oh. Aku rasa aku kena
pergi. Bila mama panggil nama penuh aku…..”
“You’re
in deep shit”
Ain
mengangguk. “See you soon. Love you!”
dia menutup laptop miliknya sebelum bergegas keluar dari bilik sebelum mama
naik keatas dan dirinya benar-benar didalam masalah.
***********************************************
Rambut yang panjang diikat menjadi messy bun sambil kaki menuruni tangga
menuju ke ruang tamu. Dia disapa dengan senyuman papa yang duduk disofa
sementara mama disebelah sedang sibuk berbual dengan seseorang.
“Ma?”
Mama menoleh kearahnya sebelum
mengukir senyuman yang membuatkan bulu romanya meremang. Ain menelan air liur
dengan wajah risau. Apa yang mama rencanakan? Menakutkan betul senyuman tu.
“Ain. Mari sini, sayang”
Okay…..sekarang aku patut risau! Dia
berjalan kearah mama sebelum terpandang sepasang suami isteri yang memberi
senyuman yang sama seperti mama. Dahinya terasa berpeluh dengan tiba-tiba.
“Salam dengan auntie Lisa dan uncle Zul.
Mereka kawan baik mama dan papa sewaktu di U dahulu”
Walaupun dia merasa seperti ada lagi
yang tidak diberitahu, Ain menurut sahaja. 4 tahun di luar negara, dia masih
belum lupa adat di Malaysia. Lagipun, mama pasti akan mencekik dirinya jika dia
berlaku kurang sopan kepada tetamunya.
“Inilah Ain Sofea. Cantik orangnya.
Kecil molek aja”
Dia
memberi senyuman kekok mendengar pujian auntie
Lisa. Ain kembali duduk diantara mama dan papa.
“Baru habis berlajar?” uncle Zul menyoal. Ain mengangguk. “Ain
baru sampai seminggu lepas, Zul. Sebab itulah penat lagi”
Papa bersuara disebelah. Ain yang
menjadi perbualan hanya diam dan sesekali mengangguk. Dia masih mencari sebab
dirinya dipanggil ke dalam perbincangan orang-orang tua ini.
“Apa rancangan kamu lepas ini, Ain?”
“Oh….emm…..Ain
tengah apply untuk jadi lecturer di kolej swasta. Sekarang,
tengah tunggu jawapan daripada kolej-kolej tersebut”
Auntie
Lisa mengangguk dengan senyuman menaikkan bulu roma. “Kalau macam itu, apa
kata Ain jadi lecturer dekat kolej uncle?”
“Hah?”
dia tersedak apabila lenganya dicubit mama disebelah. Ain menahan sakit dan
membetulkan riak diwajah. “I mean….auntie
serius?”
Wanita yang memakai shawl merah hati itu mengangguk pantas.
Ain memandang uncle Zul disebelah.
“Itu lebih baik. Kolej memang
kekurang lecturer sekarang. Lagipun,
semester baru akan dibuka minggu depan. Kehadiran Ain pastinya membantu pihak
pentadbiran”
Ain berada didalam dilemma. Tawaran
kerja ini kelihatan menggoda memandangkan dirinya sekarang ini sebagai
penganggur. Namun kenapa dirinya terasa seperti mereka sedang merencanakan
sesuatu?
“Baguslah kalau begitu. Ain sekarang
pun tengah cari kerja ‘kan?”
Mama memandangnya dan memberi
isyarat supaya menerima. Ain hanya mampu tersengih dan sedikit geram apabila
mendengar papa ketawa kecil disebelah.
“Ba….Baiklah. Terima kasih auntie, uncle. Ain terhutang budi dengan
auntie dan uncle”
Pasangan suami isteri itu hanya
tersenyum. Mama disebelah ketawa. Ain menghela nafas. Dia sudah merasa
kepalanya berdenyut. Apa sebenarnya rancangan mereka? Mama kelihatan sangat
mencurigakan. Papa juga tenang sekali.
“Terima kasihlah, Lis, Zul. Murah
rezeki Ain hari ini”
“Apalah sangat. Kita berkawan hampir
berbelas tahun. Jangan risau! I akan suruh Zul tengok-tengokkan Ain di kolej
nanti”
Perbualan mereka sudah tidak
kedengaran kerana Ain sudah jauh masuk kedalam dunianya sendiri. Dia cukup
yakin mereka berempat punya rancangan sendiri.
******************************************
Erin masih ketawa walaupun ketika
dia meletakkan hazelnut chocolate and milk tea hazelnut yang dipesan diatas meja. Ain menarik wajah masam tetapi
tetap menghulur straw yang diambil
kepada Erin.
“Agak-agak, dia orang nak jodohkan
kau dengan anak mereka tak?”
Ain tersedak minuman yang dipesan
apabila ditembak dengan soalan cepu cemas dari Erin. Sahabatnya itu segera
menghulur tisu dan Ain mengesat mulutnya sambil terbatuk kecil.
“Boleh tak kau jangan tiba-tiba
tanya soalan macam tu? Luruh jantung aku tahu tak?!”
Erin ketawa kecil melihat wajah
pucat Ain. Kata hatinya kuat mengatakan itulah sebabnya mereka mengunjungi
rumah Ain beberapa hari lepas.
“Apapun, kau dah dapat kerja. Yeay! Aku je yang masih menganggur”
Ain meletakkan minumanya apabila
melihat Erin mencebik. Dia rasa bersalah tiba-tiba. “Kau….nak aku recommend kau? Aku boleh cakap dengan uncle nanti”
Erin meggeleng pantas. “Aku belum
puas bercuti lagi. 4 tahun aku macam nak mati habiskan study. Sekurang-kurangnya, aku nak cuti setahun”
Sekali lagi Ain tersedak minuman.
“Oi! Kau minum macam budak-budak kenapa?”
Ain menepuk dadanya apabila Erin
mengelap meja yang terkena semburan Ain tadi. “Kau dah gila? Ingat kau anak
menteri nak cuti sampai setahun?”
“Well,
mama aku okay ja. Dia lebih seronok sebab aku jarang sangat dengan dia.
Payah sangat, aku kerja je dengan papa aku. Habis masalah!”
“Rich
brat” Ain mendengus. Erin memberi sengihan, menyakitkan hati. Mereka
kemudian diam menghirup minuman masing-masing.
“So,
kau dah ready nak mengajar
pelajar yang lebih kurang umur kau ataupun lebih tua dari kau?”
Ain mengangguk. Walaupun gementar,
tetapi dia juga teruja. Kerjanya ini akan memberi pengalaman yang berharga
untuknya. Sekurang-kurangnya, dia tidak jadi penganggur untuk tempoh masa yang
lama.
“I
guess. Tengoklah apa aku nak ramble dekat
kau sehari selepas aku kerja”
Erin hanya ketawa. Dia risau bukan
kerana tidak yakin dengan kebolehan Ain tetapi dia risau Ain dibuli kerana
susuk tubuhnya yang kecil dan tidak seperti seorang lecturer. Bukan mudah untuk mengajar anak orang. Tambahan pula jika
anak orang itu sebaya atau lebih tua daripada mereka.
“Noah!”
Mereka dikejutkan dengan suara
nyaring itu. Keadaan didalam kafe yang tidak ramai orang membuatkan semua
pelanggan menoleh.
“Sampai hati you buat I macam ni?
Ini siapa? Girlfriend baru? Jadi,
memang betul la cakap kawan-kawan I. You memang player?”
Tanpa sedar mereka menjadi pemerhati
drama tidak berbayar diantara seorang lelaki dan 2 orang wanita. Apa yang
menghairankan adalah ketenangan di wajah lelaki itu. Tidak dinafikan, dia
seorang yang kacak. Sesuai sekali dengan panggilan yang diberi.
“Well,
apa yang you harapkan? I put a ring
on your finger? Please stop dreaming, baby. Admit it, you dengan I pun
kerana status I. You ingin jadi the one
who tame the player. You bangga berbual dengan kawan-kawan you kerana
menyangka I fall head over heels for you.
New flash, babe! I’m not! You hanyalah koleksi I. Seperti yang lain”
“Ouch”
Erin memberi pandangan kepadanya. Ain mengerut dahi. Lelaki itu kelihatan
sangat kejam dan tidak berhati perut. Airmata perempuan itu mengalir namun dia
masih tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Tapi….you….you cakap I’m the one for you. You told me that you
in love with me. You tipu I? Semua yang you cakap pada I, hanya mainan
kata-kata you je?”
“Sabrina,
my dear”
Lelaki itu bangun menghampiri gadis
itu. Ain menahan nafas tanpa sedar. “I’m
the player. I play games. Girls fancy me so I buat apa yang dia orang nak.
I live up to what you girls wanted. You
yang jatuh hati pada I. Bukan salah I, right?”
Tangan gadis itu diangkat namun
lelaki itu pantas menahan. Dia memberi senyuman sinis namun matanya memberi
amaran yang menakutkan. Ain menelan air liur melihat pandangan membunuh itu.
“You suka Noah Iskandar, the player and the bad boy. I beri apa
yang you hendak. So, times up. I
takkan bersama dengan perempuan seperti you. Now, be a good girl and fuck off. Jangan buat I menyesal kerana
bersama you sebelum ini”
Airmata perempuan itu mencurah-curah
jatuh. Lelaki itu melepaskan tanganya dan menghela nafas. “I hate you! I hate you!”
Dia hanya melihat sahaja gadis itu
pergi sebelum kembali duduk dan memberi senyuman mencairkan hati kepada wanita
dihadapanya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ain dan Erin berpandangan.
“He
is such a jerk!”
Erin menjuling mata. “Tell me about it. Kejam gila! Kalau aku
jumpa lelaki macam itu, I’ll kick him
where the sun not shines. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah!”
Ain mengepal penumbuk dengan rasa
marah. Lelaki seperti itulah yang patutnya diarak di khalayak ramai dan disula
berkali-kali. Mereka mempermain perasaan perempuan seperti patung tidak
bernyawa. Wajah kurniaan ILLAHI itu disalah-guna dan kemudian berbangga dengan
perbuatan tersebut.
*****************************************
A/N : Holllaaaaaaa Holliiiiiiii Cikeboom Cikeboom :D
It's been like a freaking years since I visited my baby (ehem, this blog). Itu pun sebab I terbuka my account and then Hikayat Budak Pemalu came out. I'm like, omgeeee, I totally forgot about this things and feeling guilty reading my last post as I promise you guys that I will continue to write.
Well, update for my life now, I am a kindergarten teacher now (as in cikgu tabika perpaduan) for a month now. Life is sure hectic like hell (excuse my language but i need to ran it out somewhere right?) but the student are lovely and so manja sampai I don't have a heart to scold them. But a teacher needs to do what a teacher needs to do right? Heeee.
Anyway, back to the main topic here. *drumroll* I present to you my dearest, loveliest, loyal-nest? (haha) and awesomeness readers new story that for now, I'm satisfied with the plot and the flow. So, read this and pretty please become my loyal readers again.
I promise that maybeeeeeee I will update regularly but depends of my schedule as I now a tad bit busy (hehehehe). Wow, it's feel like I'm writing Karangan BM now so I should stop. So, now go and comment this new story so that I feel happy to write it more.
p/s : I've found this awesome apps called WATTPAD last year and become a huge fan (a fanatic) of it. It is an apps that gather all good story from unknown writer like a blog but more convenient an phone-friendly so you can read it anywhere you want (just make sure you have your precious wifi with you).

best lama tu.
ReplyDeleteNak sambung 143 plezz.....
ReplyDelete