Monday, 2 February 2015

My Sweetest Pumpkin (NEW STORY!!!!!!)

           “Mama! Papa!”
            Dia segera menolak laju troli berisi bagasi dan kotak yang dibawa dengan rasa teruja. Melihat wajah mama dan papa yang tersenyum sambil melambai tangan membuatkan dia semakin laju melangkah.
            “Anak mama!”
            Tubuh kecilnya dipeluk oleh mama dengan serta-merta sehingga membuatkan dirinya hampir tidak bernafas. Papa disebelah hanya ketawa melihat dirinya yang terkapai-kapai didalam pelukan mama.
            “Anak mama! Anak kesayangan mama! Mama takkan benarkan kamu sambung berlajar luar negara lagi!”
            Mama mengangkat tubuhnya sebelum dihayun kiri dan kanan seperti patung Barbie. Dia menepuk lengan mama apabila darah tersekat di kerongkong dan tidak mampu sampai ke muka.
            “Ma…..Ma…..tak….boleh…..bernafas…..”
            Tubuhnya diletakkan semula dan mama merenggangkan pelukan. Hujung mata diseka bersama esakan kecil. Ain menjuling mata melihat riaksi mama. Drama Queen.
            “Kamu sihat, sayang?”
            “Alhamdulillah. Papa?”
            Senyuman diukir bersama anggukan. Ain pantas memeluk papa dengan erat. Papa hanya ketawa sambil menepuk belakangnya. Ain menghela nafas. Walaupun dia jarang mengakui dirinya dan sering mengatakan mama drama queen namun jauh disudut hati, dia merindui mereka berdua.
            “Kenapa kamu nampak kurus? Kamu tak cukup makan? Barang yang mama kirim sampai ‘kan? Housemate kamu curi makanan kamu ke?”
            Soalan mama yang bertubi-tubi membuatkan kepala Ain sedikit berdenyut. Hampir 4 tahun dirinya tinggal di UK, dia sudah lama tidak mendengar bebelan mama. Semua ini memberi kejutan kepada mindanya.
            “Ain makan secukupnya, ma. Biasalah duduk negara orang. Tak sama dengan negara sendiri. Mungkin Ain berjalan kaki dari rumah ke U jadi makanan tak sempat jadi lemak”
            Mama memberi pandangan tajam dan tidak percaya. Ain hanya tersenyum. Dia rindukan bebelan mama tentang waktu makanya. Dia rindukan papa yang hanya ketawa melihatnya seperti kucing hilang anak apabila dipandang mama seperti itu.
            “Sayang! Sudahlah tu. Ain baru sampai. Simpan sedikit bebelan awak. Kasihan dia”
            Mama menarik muncung dan memeluk tubuh. Dahinya berkerut sedikit. Ain ketawa. Mama kelihatan sangat comel dimatanya ketika ini.
            “Fine. Memandangkan kamu sudah kembali, mama akan pastikan kamu makan secukupnya!”
            “Baik, ma’am
            Papa ketawa disebelah sebelum mengambil troli dari tanganya. Ain memaut lengan mama dan memberi senyuman comel. Mama mengalah akhirnya dan membalas senyuman. Tanganya digenggam erat.
            “Mama rindu kamu, sayang. Rindu sangat-sangat”
            Ain mengukir senyuman. “Ain rindu mama juga”
            Mereka mulai mengatur langkah keluar dari lapangan terbang. Hati terasa sangat lega apabila dia akhirnya pulang ke pangkuan keluarga semua. Berlajar di luar negara memberi pengalaman yang tidak pernah terfikir olehnya.
            “Mulai hari ini, kamu harus sentiasa dengan mama. 4 tahun mama hilang kamu. Mama takkan benarkan ianya berlaku lagi”
            Ain sekadar mengangguk. Dia faham sikap mama sekarang kerana dirinya adalah anak bongsu dan sangat rapat dengan mama sebelum dia mengambil keputusan untuk sambung berlajar di UK. Sebulan juga mama merajuk dengan pilihanya itu sebelum papa berjaya memujuk dan akhirnya mama mengalah. Itupun selepas mama menangis seperti kematian saudara terdekat sewaktu mereka di airport untuk menghantarnya 4 tahun yang lepas.

***********************************

            “Roti canai. Nasi kandar. Teh Ais!”
            Senyuman seperti hendak sampai ke telinga apabila melihat makanan yang dirindui di UK kini berada dihadapan mata. Seleranya terbuka dengan serta-merta.
            “Kalau macam ini hari-hari, seminggu je Ain akan naik berat semula”
            Mama memberi senyuman kepadanya. “Makanlah. Kamu tentu rindu semua ini ‘kan?”
            “Tentulah! Dekat sana, nak cari gardenia pun susah. Inikan pula Maggie dan sewaktu denganya”
            Dia menjamah roti canai kuah banjir yang menjadi kegemaran. “Hmmmm. This is heaven on earth!
            Mama dan papa hanya menggeleng dengan tawa kecil. Sekelip mata, Ain memenuhkan perutnya dengan semua makanan yang dipesan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Perutnya terasa seperti membesar 2x ganda apabila menjamah makanan Malaysia.
            “Amboi anak papa ini. Macam seminggu tak makan”
            Ain ketawa mendengar usikan papa. Orang luar tidak akan mampu memahami betapa gembiranya dia apabila menjamah makanan ini. Biarlah kelihatan seperti orang kebuluran sekalipun, Ain tak ambil kisah.
            “Oi budak kecik!”
            Dia hampir tersedak apabila suara itu membuat headlock di leher ketika dia hendak menelan nasi kandar.
            “Abang!”
            Ain terbatuk-batuk sedikit sambil menepuk dadanya. Suara itu kemudian ketawa dan kemudian menarik kerusi lalu duduk disebelahnya. Ain memberi pandangan tajam yang membunuh.
            “Nasib baik tak tercekik adik kamu. Mohd Adam Haziq! Ini bukan masanya untuk main-main”
            “Sorry!
            Abang mengangkat tangan dan memberi sengihan. Sengihan yang membantu dia terlepas banyak perkara daripada mama. Seperti yang dijangka, mama hanya melepaskan keluhan.
            “Sedapnya! Meh sikit”
            Pinggan nasinya ditarik tiba-tiba dan abang menjamah seperti tiada apa-apa berlaku. Ain mengetap bibir menahan geram.
            “Waalaikumsalam. Ain sihat. Flight delay tadi sebab ada kerosakan dekat tayar. Ain akhirnya habis berlajar. Yeay!
            Abang menoleh kearahnya lalu menayang giginya yang putih. Ain mencebik sebelum menarik semula pinggan miliknya.
            “Miss you too, baby sister
            Ain buat tak dengar. Walaupun sudah berusia 25 tahun, abang masih annoying seperti 4 tahun yang lepas. Walaupun kini sudah bergelar lawyer berjaya, abang masih mengusiknya seperti sewaktu dirinya di sekolah.
            “Ain makan semua ni? Wow. Perut monster ke?”
            “Ma!”
            “Adam Haziq!” mama memandangnya tajam. Adam mengangkat kedua tangan bersama tawa yang semakin menyakitkan hati Ain.
            “My baby sis grows up already. Abang belum puas buli kamu”
            Kepalanya digosok kasar. Ain segera menampar tangan abang sebelum kembali merapikan rambutnya yang sengaja dirosakkan oleh abang.
            “Kamu baru berjumpa 10 minit, sudah bergaduh? Papa tak tahu siapa yang papa harus marah. Lawyer atau cikgu?”           
            Papa menjungkit kening memberi senyuman sinis. Ain menjelir lidah kepada abang namun lelaki itu hanya ketawa.
            “Sudahlah tak jemput orang dekat airport, lambat pula datang! Bertuahlah Ain ada abang macam ni. I’m your one and only baby sis. Susah sangat ke nak curi masa lawyer abang tu untuk jemput Ain?!”
            Abang hanya tersenyum. Ain yang sakit hati, menghirup teh ais yang rakus. Rasa sebalnya menggunung apabila melihat ketiadaan abang ketika mama dan papa gembira menyambutnya di airport. Abang sudah berjanji akan menjemputnya tetap janji itu dimungkiri. Tanpa sedar, dia memuncungkan mulut.
            “Nah”
            Dia melihat kotak yang dibalut dengan pembalut berwarna merah berada diatas meja dihadapanya. Ain mengerut dahi.
            “Ini hadiah kamu. I’m sorry. Abang sibuk sangat tadi. I’ll make it up for you later. Buat masa sekarang, kamu ambil hadiah ini dulu”
            Ain mengambil kotak yang diberi dan membukanya dengan teragak-agak. Matanya semakin besar apabila melihat kotak itu adalah kepunyaan Iphone 5s yang diminati sejak dilancarkan bulan lepas.
            “Welcome home. We miss you so much. By the way, tolong berhenti berangan untuk sambung study overseas lagi. Abang tak mampu hadapi rungutan mama”
            Lenganya ditampar mama dengan pantas. Abang hanya mampu mengadu sakit sambil mengusap lenganya yang terasa perit.
            Senyuman Ain semakin mekar melihat telifon yang diminati kini berada didalam genggaman. Dia menoleh kearah abang yang menjungkit kening seperti Ziana Zain. Ain ketawa.
            “Thank you. Love you too, big brother”
            Abang mencebik mendengar. “Baby sister now days, materialistic love all the way”
            Dia menggeleng perlahan dengan wajah yang pura-pura kecewa. “Children now days, value their gadget more than their parents
            Mereka melepaskan tawa mendengar rungutan papa. Mama disebelah juga tertawa. Ain sedikit sebak kerana inilah yang dirindui sepanjang berada di UK. Keluarga kecil mereka ini sentiasa gembira walaupun dirinya dan abang tidak sebulu.

*************************************************
            
            “Untunglah abang kesayangan beli Iphone kegemaran”
            Erin menyakat dengan wajah yang melucukan ketika mereka sedang skype. Sudah hampir seminggu dirinya pulang dan Ain masih cuba membiasakan diri dengan semuanya di Malaysia terutama waktu yang berbeza.
            “Jangan jealous. Siapa suruh kau anak tunggal?”
            Mata Erin dibesarkan sedikit. “Well, hello. Pergi cakap dekat parents aku la! Kau ingat aku suka jadi anak tunggal?”
            Ain ketawa mendengar. Dia sekadar mengusik kerana ingin melihat riaksi yang Erin berikan. Seperti dijangka, sahabatnya itu menarik muncung.
            “Okay, okay. I’m sorry. Tapi ada juga kebaikan anak tunggal. Kau dapat semuanya, right?!
            Erin menghela nafas. “Well, that’s for sure. Tapi bila kau semakin dewasa, kau akan rasa sangat sunyi. Look at you, walaupun kau cakap kau dengan abang kau selalu bertekak, at least, you have each other. Aku nak bertekak dengan siapa? Kucing aku yang 5 ekor tu?”
            Ain ketawa lagi. Memandangkan mama Erin disahkan tidak boleh mengandung lagi selepas Erin, wanita itu mengambil keputusan untuk membela kucing bagi menghilangkan rasa sunyi. Namun masalahnya adalah Erin sangat takut dengan kucing dan alah dengan bulu haiwan tersebut.
            “Mama kau still bela kucing walaupun selepas kau balik?”
            “Well, mama aku cakap kucing itu macam anak dia. Iyalah, 4 tahun aku tinggalkan dia. Kucing-kucing tu yang temankan dia. Now, I have to compete with that animal for my mom’s love? How great is that?!
            Ain menggeleng. Erin dan mama sangat serupa! Drama Queen! Mungkin kerana itu mereka berkawan rapat. Bersama Erin mengingatkan dirinya kepada mama yang jauh di Malaysia. Pertemuan mereka juga agak melucukan kerana dia membantu gadis itu mengeluarkan heels miliknya yang tersangkut di longkang ketika dalam perjalanan untuk ke kampus.
            “Sekurang-kurangnya, kucing kau tak cekik kau separuh nyawa sewaktu kalian bertemu selepas hampir 4 tahun terpisah”
            Kali ini, Erin ketawa. Ain hanya mampu tersenyum sambil membelek Iphone di tangan. Dia masih lagi sedang cuba explore fungsi telifon bimbit terkenal ini. Dirinya yang noob dengan gadjet canggih seperti ini mulai rasa menyesal kerana apps didalam Iphone sangat berbeza dengan apps Samsung note 2 yang dipakainya sebelum ini.
            “Big brother is pain in the ass.  You can’t strangle him to death nor do you can live without”
            Erin memberi sengihan dan menggeleng. Ain menghela nafas sambil membaringkan tubuh. Suasana sunyi sekejap kerana masing-masing melayan perasaan sendiri.
            “Bila kita nak keluar? Aku dah rindu kau ni”
            Ain tersenyum. “This weekend? Kau free?
            “Darling, aku penganggur macam kau juga. Lupa ke?”
            Mereka berpandangan sebelum masing-masing ketawa. Dirinya memang tidak ramai kawan dan Erin satu-satunya kawan rapat namun Ain tidak pernah menyesal. Kali pertama bertemu, dia sudah serasi dengan gadis itu. Lebih menyeronokkan adalah mereka sama-sama orang Pulau Pinang.
            “Okay! Nanti aku beritahu kau tempatnya”
            “Ain Sofea!” suara mama yang lantang mengejutkan mereka berdua. Erin ketawa berdekah-dekah melihat wajahnya yang pucat.
            “Gosh, I miss this. Ingat lagi waktu kau skype dengan mak kau dekat UK dulu? Gegendang telinga aku hampir rosak bila mak kau menjerit hanya sebab kau jatuh sakit”
            Ain menjuling mata. Erin masih lagi ketawa sambil menekan perut dan menyeka hujung mata. Dia mengetap bibir, geram. Kecik besar kecik besar je aku nampak dia ni!
            “Ain Sofea Rizal Hakimi!”
            Air liur ditelan. Erin memberi riak yang sama. “Oh-oh. Aku rasa aku kena pergi. Bila mama panggil nama penuh aku…..”
            “You’re in deep shit”
            Ain mengangguk. “See you soon. Love you!” dia menutup laptop miliknya sebelum bergegas keluar dari bilik sebelum mama naik keatas dan dirinya benar-benar didalam masalah.

***********************************************

            Rambut yang panjang diikat menjadi messy bun sambil kaki menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Dia disapa dengan senyuman papa yang duduk disofa sementara mama disebelah sedang sibuk berbual dengan seseorang.
            “Ma?”
            Mama menoleh kearahnya sebelum mengukir senyuman yang membuatkan bulu romanya meremang. Ain menelan air liur dengan wajah risau. Apa yang mama rencanakan? Menakutkan betul senyuman tu.
            “Ain. Mari sini, sayang”
            Okay…..sekarang aku patut risau! Dia berjalan kearah mama sebelum terpandang sepasang suami isteri yang memberi senyuman yang sama seperti mama. Dahinya terasa berpeluh dengan tiba-tiba.
            “Salam dengan auntie Lisa dan uncle Zul. Mereka kawan baik mama dan papa sewaktu di U dahulu”
            Walaupun dia merasa seperti ada lagi yang tidak diberitahu, Ain menurut sahaja. 4 tahun di luar negara, dia masih belum lupa adat di Malaysia. Lagipun, mama pasti akan mencekik dirinya jika dia berlaku kurang sopan kepada tetamunya.
            “Inilah Ain Sofea. Cantik orangnya. Kecil molek aja”
            Dia memberi senyuman kekok mendengar pujian auntie Lisa. Ain kembali duduk diantara mama dan papa.
            “Baru habis berlajar?” uncle Zul menyoal. Ain mengangguk. “Ain baru sampai seminggu lepas, Zul. Sebab itulah penat lagi”
            Papa bersuara disebelah. Ain yang menjadi perbualan hanya diam dan sesekali mengangguk. Dia masih mencari sebab dirinya dipanggil ke dalam perbincangan orang-orang tua ini.
            “Apa rancangan kamu lepas ini, Ain?”
            “Oh….emm…..Ain tengah apply untuk jadi lecturer di kolej swasta. Sekarang, tengah tunggu jawapan daripada kolej-kolej tersebut”
            Auntie Lisa mengangguk dengan senyuman menaikkan bulu roma. “Kalau macam itu, apa kata Ain jadi lecturer dekat kolej uncle?
            “Hah?” dia tersedak apabila lenganya dicubit mama disebelah. Ain menahan sakit dan membetulkan riak diwajah. “I mean….auntie serius?”
            Wanita yang memakai shawl merah hati itu mengangguk pantas. Ain memandang uncle Zul disebelah.
            “Itu lebih baik. Kolej memang kekurang lecturer sekarang. Lagipun, semester baru akan dibuka minggu depan. Kehadiran Ain pastinya membantu pihak pentadbiran”
            Ain berada didalam dilemma. Tawaran kerja ini kelihatan menggoda memandangkan dirinya sekarang ini sebagai penganggur. Namun kenapa dirinya terasa seperti mereka sedang merencanakan sesuatu?
            “Baguslah kalau begitu. Ain sekarang pun tengah cari kerja ‘kan?”
            Mama memandangnya dan memberi isyarat supaya menerima. Ain hanya mampu tersengih dan sedikit geram apabila mendengar papa ketawa kecil disebelah.
            “Ba….Baiklah. Terima kasih auntie, uncle. Ain terhutang budi dengan auntie dan uncle
            Pasangan suami isteri itu hanya tersenyum. Mama disebelah ketawa. Ain menghela nafas. Dia sudah merasa kepalanya berdenyut. Apa sebenarnya rancangan mereka? Mama kelihatan sangat mencurigakan. Papa juga tenang sekali.
            “Terima kasihlah, Lis, Zul. Murah rezeki Ain hari ini”
            “Apalah sangat. Kita berkawan hampir berbelas tahun. Jangan risau! I akan suruh Zul tengok-tengokkan Ain di kolej nanti”
            Perbualan mereka sudah tidak kedengaran kerana Ain sudah jauh masuk kedalam dunianya sendiri. Dia cukup yakin mereka berempat punya rancangan sendiri.

******************************************

            Erin masih ketawa walaupun ketika dia meletakkan hazelnut chocolate and milk tea hazelnut yang dipesan diatas meja. Ain menarik wajah masam tetapi tetap menghulur straw yang diambil kepada Erin.
            “Agak-agak, dia orang nak jodohkan kau dengan anak mereka tak?”
            Ain tersedak minuman yang dipesan apabila ditembak dengan soalan cepu cemas dari Erin. Sahabatnya itu segera menghulur tisu dan Ain mengesat mulutnya sambil terbatuk kecil.
            “Boleh tak kau jangan tiba-tiba tanya soalan macam tu? Luruh jantung aku tahu tak?!”
            Erin ketawa kecil melihat wajah pucat Ain. Kata hatinya kuat mengatakan itulah sebabnya mereka mengunjungi rumah Ain beberapa hari lepas.
            “Apapun, kau dah dapat kerja. Yeay! Aku je yang masih menganggur”
            Ain meletakkan minumanya apabila melihat Erin mencebik. Dia rasa bersalah tiba-tiba. “Kau….nak aku recommend kau? Aku boleh cakap dengan uncle nanti”
            Erin meggeleng pantas. “Aku belum puas bercuti lagi. 4 tahun aku macam nak mati habiskan study. Sekurang-kurangnya, aku nak cuti setahun”
            Sekali lagi Ain tersedak minuman. “Oi! Kau minum macam budak-budak kenapa?”
            Ain menepuk dadanya apabila Erin mengelap meja yang terkena semburan Ain tadi. “Kau dah gila? Ingat kau anak menteri nak cuti sampai setahun?”
            “Well, mama aku okay ja. Dia lebih seronok sebab aku jarang sangat dengan dia. Payah sangat, aku kerja je dengan papa aku. Habis masalah!”
            “Rich brat” Ain mendengus. Erin memberi sengihan, menyakitkan hati. Mereka kemudian diam menghirup minuman masing-masing.
            “So, kau dah ready nak mengajar pelajar yang lebih kurang umur kau ataupun lebih tua dari kau?”
            Ain mengangguk. Walaupun gementar, tetapi dia juga teruja. Kerjanya ini akan memberi pengalaman yang berharga untuknya. Sekurang-kurangnya, dia tidak jadi penganggur untuk tempoh masa yang lama.
            “I guess. Tengoklah apa aku nak ramble dekat kau sehari selepas aku kerja”
            Erin hanya ketawa. Dia risau bukan kerana tidak yakin dengan kebolehan Ain tetapi dia risau Ain dibuli kerana susuk tubuhnya yang kecil dan tidak seperti seorang lecturer. Bukan mudah untuk mengajar anak orang. Tambahan pula jika anak orang itu sebaya atau lebih tua daripada mereka.
            “Noah!”
            Mereka dikejutkan dengan suara nyaring itu. Keadaan didalam kafe yang tidak ramai orang membuatkan semua pelanggan menoleh.
            “Sampai hati you buat I macam ni? Ini siapa? Girlfriend baru? Jadi, memang betul la cakap kawan-kawan I. You memang player?
            Tanpa sedar mereka menjadi pemerhati drama tidak berbayar diantara seorang lelaki dan 2 orang wanita. Apa yang menghairankan adalah ketenangan di wajah lelaki itu. Tidak dinafikan, dia seorang yang kacak. Sesuai sekali dengan panggilan yang diberi.
            “Well, apa yang you harapkan? I put a ring on your finger? Please stop dreaming, baby. Admit it, you dengan I pun kerana status I. You ingin jadi the one who tame the player. You bangga berbual dengan kawan-kawan you kerana menyangka I fall head over heels for you. New flash, babe! I’m not! You hanyalah koleksi I. Seperti yang lain”
            “Ouch” Erin memberi pandangan kepadanya. Ain mengerut dahi. Lelaki itu kelihatan sangat kejam dan tidak berhati perut. Airmata perempuan itu mengalir namun dia masih tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.
            “Tapi….you….you cakap I’m the one for you. You told me that you in love with me. You tipu I? Semua yang you cakap pada I, hanya mainan kata-kata you je?”
            “Sabrina, my dear
            Lelaki itu bangun menghampiri gadis itu. Ain menahan nafas tanpa sedar. “I’m the player. I play games. Girls fancy me so I buat apa yang dia orang nak. I live up to what you girls wanted. You yang jatuh hati pada I. Bukan salah I, right?
            Tangan gadis itu diangkat namun lelaki itu pantas menahan. Dia memberi senyuman sinis namun matanya memberi amaran yang menakutkan. Ain menelan air liur melihat pandangan membunuh itu.
            “You suka Noah Iskandar, the player and the bad boy. I beri apa yang you hendak. So, times up. I takkan bersama dengan perempuan seperti you. Now, be a good girl and fuck off. Jangan buat I menyesal kerana bersama you sebelum ini”
            Airmata perempuan itu mencurah-curah jatuh. Lelaki itu melepaskan tanganya dan menghela nafas. “I hate you! I hate you!”
            Dia hanya melihat sahaja gadis itu pergi sebelum kembali duduk dan memberi senyuman mencairkan hati kepada wanita dihadapanya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ain dan Erin berpandangan.
            “He is such a jerk!
            Erin menjuling mata. “Tell me about it. Kejam gila! Kalau aku jumpa lelaki macam itu, I’ll kick him where the sun not shines. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah!”         
            Ain mengepal penumbuk dengan rasa marah. Lelaki seperti itulah yang patutnya diarak di khalayak ramai dan disula berkali-kali. Mereka mempermain perasaan perempuan seperti patung tidak bernyawa. Wajah kurniaan ILLAHI itu disalah-guna dan kemudian berbangga dengan perbuatan tersebut. 

*****************************************

A/N :                 Holllaaaaaaa Holliiiiiiii Cikeboom Cikeboom :D

           It's been like a freaking years since I visited my baby (ehem, this blog). Itu pun sebab I terbuka my account and then Hikayat Budak Pemalu came out. I'm like, omgeeee, I totally forgot about this things and feeling guilty reading my last post as I promise you guys that I will continue to write. 

            Well, update for my life now, I am a kindergarten teacher now (as in cikgu tabika perpaduan) for a month now. Life is sure hectic like hell (excuse my language but i need to ran it out somewhere right?) but the student are lovely and so manja sampai I don't have a heart to scold them. But a teacher needs to do what a teacher needs to do right? Heeee. 

              Anyway, back to the main topic here. *drumroll* I present to you my dearest, loveliest, loyal-nest? (haha) and awesomeness readers new story that for now, I'm satisfied with the plot and the flow. So, read this and pretty please become my loyal readers again. 

             I promise that maybeeeeeee I will update regularly but depends of my schedule as I now a tad bit busy (hehehehe). Wow, it's feel like I'm writing Karangan BM now so I should stop. So, now go and comment this new story so that I feel happy to write it more. 

p/s : I've found this awesome apps called WATTPAD last year and become a huge fan (a fanatic) of it. It is an apps that gather all good story from unknown writer like a blog but more convenient an phone-friendly so you can read it anywhere you want (just make sure you have your precious wifi with you).