Pintu
bilik diketuk 3 kali. Beberapa saat kemudian, ianya dibuka. Kuzer tersenyum melihat
wajah Kai yang nampak tertekan. Dia melangkah masuk sebelum menutup pintu
semula. Kai berlalu membaringkan diri diatas katil dan menutup muka menggunakan
lengan kananya.
Kuzer menarik kerusi berhampiran
sebelum duduk memandang Kai yang membisu. Suasana sunyi sekejap. Dia memerhati
sekeliling. Tiada apa yang menarik. Kai jenis yang simple tapi sangat pentingkan kekemasan. Berbanding dirinya. Mereka
2 beradik memang berbeza sekali.
Megat Kuzer Ashraf, abang sulung
yang lebih gemar menghabiskan masa didalam pejabat dan lebih senang mesra
dengan orang baru.
Megat Kairil Adam pula seorang yang
sangat sukakan sukan namun sukar sekali menerima orang baru didalam hidupnya.
Kalau dilihat mata kasar, tiada
siapa menyangka mereka adalah adik-beradik. Matanya tiba-tiba memandang bingkai
gambar mereka bertiga sewaktu sambutan hari jadi Kai dahulu. Amal berada
ditengah. Kai dipaksa memeluk bahu Amal. Jelas kelihatan wajah terpaksanya
namun Kuzer melihat rasa gementar di mata itu. Senyuman terukir.
Tapi, hanya Megat Kuzer Ashraf
sahaja yang mampu melihat disebalik topeng dingin yang dicipta oleh Megat
Kairil Adam. Kuzer menghela nafas.
“Along rasa Hannah not bad. Benar cakap mama. Dia berubah
banyak sebab nak keep up with your ideal
women. Tiada lagi Hannah yang manja. Tiada lagi Hannah yang selalu
mengekori kamu kemana sahaja kamu pergi. Maybe
you should give her chance huh?”
Kuzer mencuba. Dia ingin melihat
reaksi Kai. Adiknya yang seorang ini memang sukar sekali memperlihat apa yang
dirasai. Sejak bila dia belajar tutup perasaan sendiri? Kerana sibuk di
pejabat, Kai membesar menjadi seorang adik yang sukar didekati. Sedikit
sebanyak, Kuzer letakkan salah itu kepadanya. Kuzer sedar dirinya, mama dan
papa sangat sibuk dan sering mengabaikan Kai. Mungkin kerana itu Kai membesar
menjadi seperti ini.
“Apa pendapat kamu?”
Kai tidak menjawab. Kuzer mencebik.
Sungguh tak comel adik aku seorang ni? Nasib baik ada Amal. Bolehlah pujuk hati
aku yang kekurangan kasih sayang seorang adik ni.
“Apa pendapat kamu tentang Amal?”
Kai bergerak sedikit. Dia menarik
tangan turun sebelum mengerling ke arah along. Lelaki itu memberi senyuman,
lebar. Kening dijungkit dengan reaksi nakal.
“Gi-la!”
Kuzer ketawa kecil. Tarik balik
kenyataan tadi. Kairil Adam memang sangat comel. Walaupun dia sedaya-upaya
menyembunyikan perasaanya. Sudahlah Kai. Along kamu ni hidup 3 tahun awal dari
kamu tahu? Setiap gerak laku kamu ni ada dalam kocek seluar along la.
“Kenapa? Dia bukan adik kandung kita
‘kan?”
Kai mendengus. Dia bangun lalu
bersila diatas katil dan memberi pandangan tajam ke arah along. Kuzer masih
mengekalkan senyuman. Sikit pun tak takutlah! Kamu punya rahsia adalah dekat
along.
“Nak apa datang sini? Orang nak
rehat tahu? Esok kelas pagi”
Kai mengetap bibir. Kadangkala,
along ni annoying juga. Dengan
senyuman macam dia tahu semuanya. Arghhh.
Tertekan aku!
“Kamu cakap Hannah dah macam adik.
Amal tentu macam tu juga ‘kan? Lagipun, dia duduk dengan kita hampir 3 tahun”
Kuzer hampir meledakkan tawa melihat
pandangan Kai yang seperti hendak membunuhnya sekarang ini. Sungguh comel adik
aku seorang ni. Siapa kata Kairil Adam seorang yang macho? I beg to differ!
“Apa
sebenarnya yang along nak?” Kai menghela nafas. Sungguhlah memang along. Banyak
sangat trick dalam sleeve tu sampai dirinya angkat bendera
putih serta-merta. Senyuman along semakin lebar.
“Along hanya nak kamu happy. Lagipun, you are my cutest bro in the world”
Kai mampu merasa kepalanya berasap
ketika ini. Tangan pantas membAlyng bantal yang pAlyng hampir kearah along
namun lelaki itu mengelak bersama tawa yang ditahan sejak tadi.
Semakin didengar, semakin sakit
hati. Kai mengutuk didalam hati. Kalau dapat membahan, memang tak kasihan
sungguh. Namun jauh disudut hati, dia merindui suasana seperti ini. Sejak along
dinaikkan pangkat, dia sangat sibuk dan mereka semakin kurang berbual. Kai
lihat along yang masih ketawa. Dia sekadar memerhati. Sekarang pun semakin
jarang untuk lihat along senyum gembira seperti ini.
Kuzer bangun dari kerusi selepas
perutnya hampir sakit melepaskan tawa tadi. Kai masih memberinya pandangan
dingin. Senyuman dipamer lalu menghampiri Kai yang masih duduk diatas katil.
“Along harap suatu hari nanti kamu
sedar perasaan sendiri. Jangan risau. Along uruskan mama untuk kamu”
Sempat dia mengenyit mata. Kai buat
muka menyampah. Kuzer ketawa kecil. Mungkin dimata orang, Kai nampak dingin.
Namun sikap dingin Kai nampak comel dimatanya.
“Jangan marahkan mama lagi. Dia
hanya inginkan yang terbaik untuk kamu walaupun kadangkala terover sedikit. Kamu kenal Datin Nora
‘kan?”
Kai senyum sedikit. Aneh. Along
sentiasa tahu untuk memujuknya. “Along juga mahu kamu pilih orang yang kamu
cintai. Bukanya sebab paksaan keluarga. Samada Hannah mahupun sesiapa, along
akan terima jika itu pilihan kamu sendiri. Jadi, jangan berfikir sangat”
Dia menepuk bahu Kai dengan lembut.
Kai hanya diam. “Walauapapun yang berlaku, along akan sentiasa dibelakang kamu
menyokong setiap keputusan yang kamu buat”
“Aishhh”
Kai menolak tangan along yang menggosok kepalanya. Seperti yang dia selalu
lakukan kepada Amal. Sekarang, dia faham perasaan Amal. Kuzer masih ketawa
sebelum berlalu keluar dari bilik.
Pintu ditutup perlahan. Tubuh
disandar di pintu. Kuzer menghela nafas. Along harap kamu bertahan, Kai. Jika
kamu sedar perasaan sendiri selepas ini, banyak dugaan yang bakal kamu lalui.
Along hanya berharap kamu mahupun Amal tidak terluka kerana itu.
*******************************************
“Wahhhh. Sedapnya”
Sudu serta garfu yang diambil tadi
dipegang dengan wajah berselera. Sempat memberi senyuman kepada Una
dihadapanya. “Nasi ayam kegemaran aku”
“Kau apa yang tak suka? Asalkan
ayam, semua masakan kau makan”
Amal menyuap nasi ayam yang masih
panas itu ke dalam mulut. “Ayam dengan aku. Memang tak boleh dipisahkan. Mama
juga setuju”
Una ketawa bersama gelengan. “Iya.
Tapi cuba suruh kau makan sayur. Awal lagi kau lari ‘kan?”
Amal mencebik sementara Una tersenyum.
“Macam mana kau membesar kalau sayur kau tak makan hah? Sebab itulah kau
pendek. Tumbesaran terbantut”
“Aishhh”
Una hanya ketawa. “Aku bukan pendeklah. Comel. Kau tahu? Comel”
Una buat gaya nak muntah. Amal
memberi senyuman sebelum menghirup air sirap kegemaran. Mereka kembali menjamah
makanan dihadapan.
“Kau beritahu mama kau nak jodohkan
Kai dengan Hannah? Serius?”
Amal mengangguk. “Hmmm, kau setuju ke? Sebab dia, kau kena
tampar hari tu”
“Bukan aku yang nak kahwin dengan
dia”
Budak ni. Una lihat Amal yang
berselera memenuhkan perut sendiri. Well ini
AmAlyna Imani sebenarnya. Sangat lurus dan sedikit keanak-anakkan. Namun dia
akan menjadi matang jika perlu. Una senyum nipis. Siapa sangka pertemuan
sewaktu mendaftar membuatkan mereka menjadi kawan baik seperti sekarang?
“Kau setuju dapat kakak ipar macam
Hannah? Kau tak risau ke?”
Amal mengangkat muka. Bila
difikirkan semula, memang akan rasa kekok. Memandangkan mereka tak pernah
berbual walaupun berada di kelab yang sama. Tapi jika Kai suka, siapa dirinya
untuk menolak.
Telifon yang berbunyi mengejutkan
mereka berdua. Amal kaget sekejap melihat nama pemanggil yang tertera. Una
kehairanan. Kenapa tak jawab? Dia menjenguk dan melihat nama pemanggil.
Patutlah tak angkat!
“Angkatlah. Mungkin penting”
Wajah Una dipandang sekejap. “Hello”
“Alyn. Alyn” dia mendengar tangisan
Farah disebalik panggilan namanya. Amal tergamam. “Kenapa? Apa berlaku?”
“Pakcik. Pakcik masuk hospital. Dia
kena serangan jantung. Saya takut sangat sekarang ni”
Pakcik? Amal terkedu sekejap. Una
yang memerhati juga hairan. Kenapa? Apa yang Farah beritahu?
“Dia tak sedarkan diri langsung.
Doktor cakap mungkin kemungkinan strok. Alyn. Apa saya nak buat? Macam mana
kalau pakcik tak boleh diselamatkan?”
Kelopak mata bergenang. Hati bagi
dihempap sesuatu yang sangat berat. Tangan mulai menggeletar. “Amal!”
Dia memandang Una yang turut nampak
cemas. “Kenapa dengan kau? Apa yang berlaku?”
Airmata mengalir.
“Ayah….Ayah…..aku…..”
*********************************************
“Alyn.
Ayah rindu kamu. Mana kamu pergi selama ini? Alyn tak sayang ayah ke?”
“Ya.
Alyn dah meninggal. Patutnya pakcik yang pergi dulu. Bukanya dia”
Koridor
yang dilalui sekarang tiba-tiba terasa lebih panjang daripada yang diingati.
Walaupun kaki sudah tidak mampu bertahan, dia gagahkan juga untuk terus
berlari. Hatinya yang berdegup kencang ini membuatkan dirinya takkan mampu
berhenti.
“Alyn!”
Langkah berhenti. Dia termengah
sedikit sambil cuba mencari nafas yang lebih teratur. Farah turut mendapatkan
dirinya.
“Alyn” tubuhnya dipeluk dengan
tangisan yang semakin kuat. Amal tergamam. Apa yang berlaku dilakukanya?
“Doktor cakap keadaan pakcik agak teruk. Mungkin harus jalani pembedahan”
Amal merenggangkan pelukan. Dia
mencari wajah Farah yang sembab akibat terlalu banyak menangis. “Kenapa? Kenapa
dengan ayah?”
“Saya tak tahu. Tadi saya datang ke
rumah untuk jenguk dia. Saya ketuk pintu tapi tak ada orang jawab. Bila saya
masuk, saya tengok dia dah terbaring dekat lantai sambil pegang dada dia”
Farah bercerita sambil menahan
esakan. “Makcik? Lisa?”
“Saya tak tahu. Berpuluh kali aku
telifon makcik Sarah tapi dia tak jawab. Saya risau sangat, Alyn”
Amal memandang Farah yang kembali
menangis. Hati bertambah sebak. Farah menangis seolah-olah didalam sana adalah
ayahnya. Seperti seorang anak yang sedang takut kehilangan ayahnya ketika ini.
Kau Amal? Apa yang kau buat? Walaupun
selepas kau tahu segalanya, kau masih pentingkan diri sendiri. Kau lebih
pentingkan hati sendiri berbanding seorang ayah yang menderita selama 3 tahun
kerana menyangka anak kesayanganya telah meninggal dunia. Walaupun kau tiada
ingatan tentang mereka, ini layanan yang kau berikan kepada ayah sendiri?
Mata bergenang mengenang sikap
pentingkan diri sendiri. Amal mengurut belakang Farah yang menangis. Dia
sendiri tak mampu memujuk Farah kerana hatinya juga turut hancur ketika ini.
Sememangnya, dirinya sangat kejam. Walaupun hatinya takut, walaupun dia turut
ingin meraung seperti Farah. Amal tak mampu lakukan semua ini.
Seorang ayah yang hanya punya kau.
Seorang ayah yang mungkin bakal kau kehilangan. Apa yang kau balas, AmAlyna
Imani?! Kau masih berpura sedangkan kau tahu semuanya. Kau pilih orang lain
berbanding keluarga sendiri. Kau biarkan mereka menderita 3 tahun yang lepas
dan kau lakukanya sekarang juga! Sejak bila kau berubah jadi anak tak guna
seperti ini?!
Farah tergamam apabila terasa tubuh
Amal longlai. Nasib baik dia sempat menahan seperti mereka sama-sama terduduk
diatas lantai. Farah memegang bahu Amal dengan wajah terkejut.
“A….Alyn! Kenapa? Alyn….”
Airmata mengalir. Entah kenapa,
hatinya bagai dihiris sedikit demi sedikit. “A…ayah….Ayah…..Ayah……Amal minta
maaf….Amal minta….maaaf”
Melihat Amal yang teresak-esak
sekarang, Farah hanya mampu memeluk Amal semula. Pertama kali melihat Amal
seperti ini. Hatinya turut terhiris. “A….ayah…..Amal….minta….maaf….”
***********************************
“Alyn!”
Bahu ditepuk pantas. Amal membuka
mata. Dalam keadaan samar, dia melihat pintu wad kecemasan dibuka. Dia segera
berdiri dan melihat beberapa jururawat yang bertugas, menolak stretcher yang menempatkan ayah keluar.
Hati kembali sebak melihat keadaan
ayah yang nampak sangat cengkung. Dia juga kelihatan lebih kurus berbanding
kali terakhir mereka bertemu. Amal menahan perasaan. Dirinya sudah letih
menangis beberapa jam yang lepas. Amal harus tabah demi ayah dan Farah!
Doktor Harith dihampiri dengan
pantas. “Abang!”
Sahabat baik along itu kelihatan
terkejut dengan kehadiranya ketika ini. “Amal? Kamu buat apa dekat sini?”
“Macam mana dengan ayah? Ayah tak
apa-apa ke?”
Doktor Harith terkedu sekejap. Ayah?
Siapa yang Amal panggil ayah? “Macam mana dengan pakcik Hussain?”
Dia memandang gadis disebelah. Gadis
ini yang membawa Pakcik Hussain sebentar tadi. “Pakcik Hussain diserang
penyakit jantung. Nasib baiklah kamu cepat membawa dia ke sini. Pembedahan
meletakkan peacemarker sudah
dilakukan. Saya akan tunggu 24 jam untuk lihat keadaanya. Mulai sekarang, dia
tak boleh terlalu terkejut dan tertekan. Pastikan dia banyak berehat dan tidak
melakukan kerja-kerja berat”
Farah mengangguk. Dia bersyukur
kerana pakcik Hussain tidak ada apa-apa. Amal menarik nafas lega dengan rasa kesyukuran.
Jika dirinya kehilangan ayah tadi, Amal takkan mampu memaafkan dirinya seumur
hidup.
“Alhamdulillah. Nasib baik pakcik
tak apa-apa”
Amal memberi senyuman nipis bersama
anggukan. Doktor Harith bertambah hairan. Kenapa Amal pula yang nampak lega?
Apa sebenarnya yang berlaku?
“Saya akan tempatkan dia di wad ICU.
Hanya seorang sahaja pelawat untuk satu-satu masa. Buat masa sekarang, jangan
ganggu dia. Pakcik Hussain perlukan rehat”
Mereka sama-sama mengangguk. Doktor
Harith mengerut dahi memandang Amal. “Amal”
Amal menoleh. Apabila melihat wajah
Doktor Harith sekarang, Amal tahu apa yang bermain di mindanya ketika ini. “Ada
sesuatu yang kamu nak beritahu abang ke?”
Farah tergamam. Abang? Amal kenal
doktor yang selalu merawat pakcik? Amal mengetap bibir. Dirinya masih belum
bersedia untuk semua ini tapi nampaknya dia tak mampu merahsiakanya lagi.
Amal menghela nafas. Dia memandang
Farah. “Awak tolong tengokkan ayah sekejap. Boleh?”
Farah mengangguk walaupun banyak
yang ingin disoalnya ketika ini. Amal kembali memandang Doktor Harith.
“Boleh….Amal bercakap sekejap dengan abang?”
****************************************************
Harith menghentikan langkahnya
sekejap memerhati gadis itu yang nampak cemas. Dia tak tahu apa yang cuba Amal
sembunyikan tapi perkara itu sememangnya serius. Dia tak pernah nampak Amal
seperti ini.
Setelah menghela nafas, dia kembali
mengatur langkah. “Nah”
Amal menoleh melihat Harith
menghulurkan cawan berisi kopi panas kepadanya. Dia mengambil dengan senyuman
nipis. Harith duduk disebelah sebelum menghirup kopi panas itu dengan tenang.
Keadaan yang hujan ketika ini
sememangnya memerlukan minuman yang panas. Agak lama mereka membisu sebelum
Harith akhirnya menoleh.
“Apa yang Amal nak beritahu abang?”
Amal mengetap bibir. Cawan kertas
yang dipegang, dipusing tanpa arah. Harith memerhati tanpa niat memaksa. Amal
kelihatan cuba mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara.
“3 tahun yang lepas. Abang yang
selamatkan Amal ‘kan?”
Harith tergamam. Macam mana Amal
tahu? Datin Nora sudah cuba sedaya-upaya untuk merahsiakan semuanya. “Beberapa
bulan yang lepas, Amal dapat tahu semuanya. Amal bukan anak mama dan papa. Amal
bukan adik along dan Kai”
Suasana kembali sunyi. Harith masih
menjadi pendengar. “Pakcik Hussain…..dia….ayah kandung Amal”
Kali ini reaksi Harith sangat
ketara. Amal menoleh, memberi senyuman paksa. “Amal baru tahu. 2 minggu lepas.
Farah buat DNA dan keputusanya tak mampu ditolak lagi”
Harith lihat Amal yang cuba menahan
perasaanya sendiri. Sejak bila Amal menjadi matang seperti ini? Amal sekarang
mengingatkan dirinya kepada Amal yang ditemui 3 tahun yang lepas. Amal yang
mengalami masalah kemurungan dan menyimpan semuanya sendiri.
“Patutlah Amal sentiasa rasa ada
sesuatu yang mama cuba sembunyikan. Bodohnya Amal! Sepatutnya Amal sedar
sewaktu lihat nama penuh Amal dahulu. Amal pujuk hati sendiri mengatakan
semuanya pasti ada sebab. Mungkin Amal anak tiri mama ataupun papa”
Amal ketawa perit. “Macam
budak-budak ‘kan? Padahal Amal 17 tahun waktu itu. Patutnya sudah boleh
berfikir tentang kebenaran sebenar”
Airmata diseka. Harith memandang
dengan rasa kasihan. Pasti kenyataan ini memberi tamparan hebat untuk Amal.
Kasih-sayang yang Datin Nora tunjukkan membuatkan Amal percaya bahawa mereka
mempunyia hubungan darah. Jadi apabila kebenaran terbongkar, Amal adalah orang
yang pAlyng terluka sekali.
“Walaupun Amal dah tahu semunya,
Amal masih pilih mama. Amal langsung tak fikirkan perasaan Ayah. Perasaan
Farah. Amal pentingkan kebahagiaan sendiri sedangkan mereka menderita. Seorang
ayah yang dalam kesedihan walaupun sudah 3 tahun anaknya meninggal. Seorang
sahabat yang masih menyakinkan diri bahawa sahabat baiknya masih hidup. Amal
lukai keluarga sendiri. Amal memang tak guna ‘kan?”
Harith menghela nafas. Dia memahami
perasaan Amal sekarang. Perlahan, rambut Amal diusap lembut. Amal hanya mampu
menangis. Keperitan yang dirasai. Rasa tidak adil terhadap diri sendiri.
Semuanya membuatkan hatinya hampir pecah ketika ini.
“You
such a crybaby. Tak berubah”
Harith memberi senyuman terpaksa. AmAlyna
Imani. Dia masih ingat ayat pertama yang disoal oleh Amal yang membuatkan
dirinya tergamam.
“Awak
berdua gay ke?”
Dengan wajah serius dia menyoal.
Dirinya yang sedang memeluk Kuzer ketika itu segera melepaskan pelukan dengan
rasa kekok. 3 bulan berada di hospital dan menjadi doktor untuknya. Buat
pertama kali, hatinya berasa gementar bersama gadis ini.
“Auntie
tahu yang Amal dah tahu keluarga kandung Amal?” Harith kembali menyoal. Amal
menoleh. “Amal tak punya kekuatan untuk lukai mama. Sejak akhir-akhir ini, mama
seperti takut jika kehilangan Amal. Setiap hari dia mahu Amal disisinya. Mama
tahu yang Amal tahu semuanya. Kecuali tentang ayah”
Harith mengangguk perlahan. Tentu sukar.
Auntie Nora menyayangi Amal seperti
anak sendiri. Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa wanita itu
menyayangi Amal melebihi Kuzer dan Kai.
“Bila Amal nak beritahu auntie? Lambat-laun mereka akan tahu
juga. Jika auntie tahu dari orang
lain, dia akan lebih terluka”
Amal hanya mampu melepaskan keluhan
berat. Amal tahu dia tak mampu menahan semua ini lagi. Lambat-laun, rahsia ini
akan terbongkar juga. “Abang rasa mama mampu terima semua ini?”
Dia memandang Harith disebelah
dengan penuh harapan. Harith diam sekejap sebelum mengukir senyuman nipis. “Auntie harus menerima hakikat. Amal
punya ayah kandung. Sepatutnya Amal memilih dia. Tapi samada hubungan darah
ataupun tidak, auntie sayangkan Amal
sama seperti ayah kandung Amal. Abang yakin jika Amal beritahu dia, auntie boleh terima”
Amal diam sekejap sebelum mengangguk
lemah. Harith menghela nafas. Terasa seperti semalam, dia harus menjadi doktor
bertugas untuk Amal yang kemalangan teruk di kepala. Terasa seperti semalam dia
melihat gadis ini membuka mata dan memandangnya tidak berkelip.
Amalina Imani! Apa yang abang harus
lakukan? Kamu yang sudah dianggap seperti adik sendiri. Tapi pastinya, auntie Nora adalah orang yang akan
terluka jika kebenaran ini diketahui. Begitu juga dengan Kuzer. Bukan sekali
dua Harith mendengar Kuzer bercerita tentang Amal. Harith tahu Kuzer juga sudah
menganggap Amal sebagai adik kandungnya.
***********************************
Pintu wad ICU dibuka perlahan. Bunyi
mesin semakin jelas kedengaran di telinga. Amal menghela nafas sambil kaki
melangkah perlahan. Jantung berdegup kencang apabila dia semakin menghampiri
katil ayah.
“Amal?”
Dia menoleh. Farah memberi senyuman
sebelum bangun mendapatkan dirinya. “Macam mana ayah?”
“Masih tak sedar. Nurse suruh tunggu 24 jam untuk ubat
bius hilang”
Amal mengangguk. Dia menghampiri
ayah yang masih tidak sedarkan diri. Tangan ayah dipegang lembut. Amal memberi
senyuman nipis.
“Ayah. Alyn datang. Alyn minta maaf
sebab ambil masa yang lama untuk pulang ke pangkuan ayah. Alyn minta maaf”
Airmata mengalir. Rasa bersalah
mengigit jiwa ketika ini. Kerana dirinya, ayah terbaring disini. Kerananya,
ayah hidup didalam kerinduan. Kerananya, ayah menderita sehingga mengakibatkan
kesihatanya terjejas.
“Alyn janji. Lepas ini Alyn akan
jaga ayah. Alyn takkan biar ayah seperti ini lagi”
Bahuya dipegang lembut. Farah
memberi senyuman sebak. “A….lin?”
Terasa hendak menangis semula
mendengar ucapan tadi. Amal membahasakan dirinya Alyn? Benarkan apa yang aku
dengar?
“Saya mungkin tiada ingatan tentang
siapa saya sebelum ini. Tapi saya akan cuba untuk mencari ia semula. Maafkan
saya kerana biar awak lalui semua ini”
Farah menggeleng. Dia menangis
semula. Betapa dia merindui Alyn. Betapa dia merindui sahabat yang sudah
dianggap seperti darah daging sendiri.
“A…..lin?” dia menyoal semula. Amal
mengukir senyuman bersama anggukan. Mungkin sudah tiba masanya untuk dirinya
mengakui kenyataan. Amal tak mahu sesiapa lagi terluka kerananya.
Amal tergamam apabila Farah
memeluknya erat. “Aku rindukan aku. Rindu sangat-sangat. Aku tak ada orang nak
makan kek cokelat bersama. Tak ada orang nak beli coolblog pada aku. Kau janji nak kerja dengan aku bila kita masuk
kolej. Aku sunyi kau tahu tak?”
Amal ketawa kecil. Dia mengusap
belakang Farah dengan lembut. Kenapa kau tak pernah lihat semua ini, Amal?
Mereka ikhlas menyayangi kau. Mereka menderita kerana kehilangan kau. Sanggup
kau lukai mereka? Amal menghela nafas.
“Awak dah telifon makcik Sarah? Saya
masih tak nampak dia dekat sini”
Pelukan direnggang. Farah tiba-tiba
mengeluh. “Kenapa?”
“Makcik Sarah dalam perjalanan. Awak
tahu dua beranak tu pergi mana?”
Dia menggeleng. “Bercuti. Dekat Cameron Highland”
Amal terdiam. Farah mendengus,
geram. Suami sendiri dikejarkan ke hospital tapi masih boleh berseronok tanpa
rasa bersalah. Memang sejak dahulu dia tak pernah menyukai makcik Sarah dan
Lisa. Bukanya sekali dua dia melihat layanan mereka yang buruk kepada Alyn
dahulu. Namun Farah tahu Alyn bertahan selama ini pun kerana pakcik Hussain.
“Tak apalah. Janji ayah selamat.
Terima kasih, Farah. Kalau tak ada awak, tak tahu apa akan jadi dekat ayah”
Farah kembali tersenyum. “Pakcik dah
saya anggap macam ayah sendiri. Mungkin aku boleh jenguk pakcik dengan lebih
kerap. Dia masih taktahu tentang perkara sebenar sebab saya nak awak sendiri
beritahu dia”
Amal mengangguk. Namun dia mahu
berhati-hati. Ayah tidak boleh tertekan selepas ini. Amal tak mahu melakukan apa-apa
yang membahayakan kesihatan ayah.
“Saya nak tanya awak boleh?” Farah
tiba-tiba menyoal. Amal menganguk. “Apa….hubungan awak….dengan….Doktor Harith?”
“Oh. Dia kawan along. Dia juga
doktor yang selamatkan saya 3 tahun lepas”
Farah mengangguk. Patutlah nampak
rapat. Farah kembali memandang Alyn. Terasa seperti bermimpi ketika ini. Kata
hatinya memang tepat. Alyn masih hidup. Dia bersyukur kerana mereka
dipertemukan walaupun selepas Alyn hilang ingatan.
“Apa….awak nak buat sekarang?” dia
menyoal perlahan. Amal yang sedang memandang ayah, menoleh ke arahnya.
“Mama dan papa awak. Apa yang awak
nak beritahu mereka?”
Amal terdiam. Mama dan papa. Rahsia
ini pastinya akan diketahui juga. Amal sudah berjanji untuk menjaga ayah. Rasa
bersalah terlalu menebal di hati ketika ini. Ayah satu-satunya keluarga yang
dia punya.
“Saya…..tak tahu” jujur dia
mengakui. Farah sekadar mengangguk. Dia tak mahu memaksa kerana dirinya faham
keadaan Amal sekarang. Pastinya, Amal berada di dalam persimpangan ketika ini.
“Awak bertuah. Walaupun mereka
hanyalah orang luar tapi awak dilayan seperti keluarga sendiri. Saya gembira
awak diselamatkan oleh mereka”
Dia masih terbayang layanan mama
Amal sewaktu mereka bertemu di hospital dahulu. Orang luar pastinya tak menduga
bahawa Amal bukanlah anak kandung wanita itu. Namun bukan sahaja mama Amal yang
menyayangi dirinya. Farah mampu melihat 2 lelaki yang dikatakan abang Amal itu
juga turut menyayanginya.
“Saya nak minta tolong sesuatu pada
awak”
Farah mengangguk, menyatakan
persetujuan. Amal diam sekejap, mencari ayat. “Saya mahu pindah semula ke
rumah. Boleh awak tolong saya?”
Jelas sekali, gadis itu nampak
terkejut. Amal mengetap bibir. Sememangnya, keputusan ini diambil dalam keadaan
terburu-buru. Namun, ini lebih bagus sebenarnya. Amal harus segera menjauhkan
diri daripada keluarga angkatnya itu. Jika tidak, dia akan lebih sukar untuk melepaskan
mereka pergi.
Amal menghela nafas apabila melihat
Farah mengangguk. Dia tak pasti samada keputusan yang diambil ini tepat ataupun
tidak. Namun sudah tiba masanya untuk semua kembali kepada kedudukan asal
semula. Kai akan menjadi adik bongsu dan dirinya akan kembali ke pangkuan ayah.
Mungkin inilah yang terbaik untuk mereka semua.

waaa lamanya tunggu n3 baru amal neh....kesian la pulak kat amal neh, mesti pas ni byk dugaan n cabaran yang dia kene lalui nanti. kite nak tegur sikit boleh...emmm nantikan kalo kata nak diterbitkan cite nih....semak balik penggunaan kata diri tu ye.. sebab sekejap saya sekejap aku...so ia mengganggu pembacaan n feeling jugak..jgn marah eh...
ReplyDeleteLAMA TUNGGU LEPAS NI NAK LAGI BOLEH.
ReplyDelete