Tuesday, 29 October 2013

143 ep 8

            “Hujan. Sedap kalau tidur ni”
          Dhani merenggangkan anggota badan yang hampir beku kerana duduk di bilik berhawa dingin bersama hujan yang turun dengan lebat. Mika menggosok perutnya yang berbunyi.
            “Lapar gila. Nak makan dulu?”
            “Bosan makan kafe. Lepas Venus nak?” Dhani memandang Kai yang merenung kearah hujan tanpa riaksi.
            “Aku lagi bosan lepak Venus tahu? Subway la”
            Dhani mencebik. “Setuju?” Mika menyoal Kai. “Boleh kami join?”
            Mereka berdua menoleh. Kai hanya mengerling. Nisa memberi senyuman bersama Hannah disebelah yang diam sahaja.
            Dhani dan Mika berpandangan. “Nak…join?”
            Nisa mengangguk. Lama mereka tak keluar bersama. Ini masa untuk rapatkan Kai dengan Hannah. Mika mencuit lengan Kai yang buat tak dengar. Dia memberi isyarat untuk memberi jawapan. Kai melepaskan helaan.
            “It’s okay. Mari Nisa. Kita makan di kafe”
            “Tapi…..”
            Hannah menarik tangan Nisa. Dia tahu Kai cuba mengelak untuk bersamanya walau apa cara sekalipun. Semakin Kai tahu mengenai perasaanya, semakin lelaki itu menjauhkan diri. Hannah tak mahu memalukan diri sendiri lagi.
            Kai hanya memandang Hannah yang sudah menapak pergi. Mika menggeleng. Dhani menolak bahu Kai, geram. Memang Kai boleh jadi sangat kejam jika dia mahu. Mereka sendiri tak mampu bercakap apa-apa.
            “Aku bagi kau 5 minit untuk kejar Hannah. Sebelum aku lebamkan mata kau”
            Dhani memandangnya serius. Mika hanya jadi pemerhati. Dihadapanya sekarang adalah lelaki yang dalam diam mencintai Hannah dan lelaki yang Hannah cintai namun takkan mungkin mencintainya.
            “Aishhh” Kai menggosok rambutnya dengan rasa sebal sebelum berlari mendapatkan Hannah yang semakin jauh. Dia menarik lengan Hannah, memberi kejutan kepada gadis itu.
            “Marilah” dia bersuara tanpa sebarang perasaan. Berkelip-kelip Hannah memandang Kai. Dia masih terkejut apabila Kai mengajaknya. Terasa seperti bermimpi. “Marilah Hannah”
            Suara Nisa menggembalikan dirinya yang jauh melayang. Hannah mengangguk dengan rasa kekok. Kai menggosok belakang leher sebelum bersama-sama kembali kepada Dhani dan Mika yang sedang menunggu.
            Mika memberi senyuman melihat wajah Kai yang nampak sangat terpaksa. Dia hanya mampu menepuk bahu kawanya itu dengan tawa kecil. “Kau okay?”
            Kai sekadar mengangguk. Tiba di perkarangan parkir, telifonya berbunyi. Kerutan jelas kelihatan melihat nama pemanggil yang tertera. Hannah yang hendak memasuki kereta, menghentikan perbuatanya apabila melihat Kai menjawab panggilan seseorang.
            “Abang Kai!”
            Kaget sekejap dibuatnya. Ini bukan suara Amal. Lagipun, Amal tak pernah memanggilnya abang. “Amal pengsan dekat perhentian bas. Boleh abang ambil dia sekarang?”
            Kai tergamam. Amal pengsan? Dia segera mendapatkan Mika di tempat duduk pemandu. “Kenapa?” temanya itu memandang hairan. Wajah Kai yang tidak berdarah membuatkan dia risau.
            “Amal pengsan”
            Tanpa sempat Mika berkata apa-apa, Kai sudah berlari kearah kereta dan hilang sekelip mata. Hannah masuk ke dalam kereta dengan pelbagai perasaan. Dia lihat wajah Kai tadi. Dia lihat kerisauan yang Kai tunjukkan. Memang dia cemburu sekarang. Demi Amal, Kai sanggup tinggalkan mereka semua.
            Nisa memegang lengan Hannah. “Aku cakap pada kau. Jangan salahkan aku kalau Kai terlepas di depan mata kau sendiri”
            Hannah hanya diam. Perlukah aku cemburu? Memang Amal adik Kai namun mereka tiada hubungan darah. Melihat dari cara Kai tadi membuatkan Hannah terasa hati. Dia tak pernah lihat Kai seperti itu. Walaupun Kai nampak tak ambil kisah namun dia sentiasa memerhati Amal.

**************************************


            “Kai”
      Dia menoleh. Datin Nora berlari anak sambil memegang tangan Kuzer. Wajahnya cukup menggambarkan perasaan ketika ini. Hampir luruh jantung sebaik mendapat panggilan daripada Kai sebentar tadi. Amal sudah pulih sepenuhnya. Kenapa tiba-tiba boleh pengsan?
            “Ma”
            Tangan Kai dipegang erat. Dia cuba mengawal rasa cemasnya ketika ini. Kuzer disebelah mengurut belakang mama untuk menenangkan dia. Setiap perkara membabitkan Amal pastinya akan membuatkan mama tak senang duduk.
            “Kenapa boleh sampai pengsan? Apa yang berlaku?”
            Kai tak punya jawapan yang pasti. Sedikit-sebanyak, semua ini berpunca daripadanya juga. “Kai”
            Suara along menyedarkan dia semula. “Kai tak tahu, ma. Tiba-tiba kawan Amal telifon cakap dia pengsan”
            Datin Nora mengurut dadanya yang berdegup kencang. Kuzer sedikit risau. Janganlah mama pula yang sakit sebab risaukan Amal. “Mama duduk dulu. Harith ada didalam untuk rawat Amal”
            Kuzer membawa mama untuk duduk dikerusi yang sediakan. Kai duduk disebelah. Melihat mama yang masih risau, dia mengenggam tangan mama. “Papa?”
            Dia bertemu mata dengan along. “Meeting. Dia akan datang selepas habis semuanya”
            Kai mengangguk. Mama sudah menyandar kepala di dinding hospital. Kuzer hanya mampu melepaskan nafas yang sesak. Dirinya juga risau namun dia harus berlagak kuat demi mama. Sebagai anak sulung, dia harus menjadi dahan untuk mama bertahan.
            “Along yakin Amal tak apa-apa. Mungkin dia keletihan”
            Kuzer cuba memujuk. Mama hanya mengangguk, lemah. Dia tahu mama tidak mendengar apa-apa. Mindanya sudah berada didalam Bilik Kecemasan yang masih menyala itu.
            Kuzer turut memerhati pintu berwarna putih itu. Sebaik tiba di tempat kejadian, jantungnya seolah-olah berhenti melihat Amal yang sudah longlai dipangku oleh Una. Ini kali kedua dia melihat Amal seperti itu. Hatinya bagai dihempap batu besar. Kadangkala, dia hairan perasaan sendiri. Siap Amal padanya? Adakah hanya sebagai adik?
            Lampu yang tiba-tiba tertutup itu membuatkan mereka bertigas bergegas bangun. Kuzer terlebih dahulu mendapatkan Harith yang keluar sambil menanggalkan mask di muka.
            “Macam mana, Rith? Kenapa dengan Amal?”
            Harith memberi senyuman yang tak mampu dibaca. “Jangan risau. Amal cuma keletihan. Dia sepatutnya hanya perlu berehat di wad tapi aku nak pastikan kesihatan dia. Aku dah periksa semuanya, Alhamdulillah. Semuanya okay”
            Kuzer meraup wajah dengan rasa lega. Datin Nora mengucapkan rasa syukur mendengar berita yang disampaikan. Kai sudah mampu bernafas dengan betul.
            Doktor Harith memegang bahu Kuzer. Dia memberi senyuman semangat. Amal sangat bertuah. Dia mempunyai keluarga yang sangat menyayangi dirinya. Walaupun mereka tiada hubungan darah.
            “Aku akan bawa dia ke wad VIP. Amal hanya perlu rehat yang cukup. Tadi aku kesan suhu dia sedikit tinggi. Mungkin akibat dibasahi hujan tadi. Nanti aku suruh nurse berikan ubat”
            Kuzer mengangguk. Dia menyalam tangan Harith. Syukurlah, dia punya sahabat seperti Harith. Terlalu banyak budi yang Harith berikan kepada keluarga mereka.
            “Thanks, Rith. Maaflah susahkan kau”
            Harith sekadar menggeleng. “Aku dah anggap Amal macam adik aku sendiri. Auntie jangan risau ye”
            Datin Nora mengangguk dengan senyuman nipis. “Terima kasih, Harith”
            “Saya harus minta diri dulu. Saya akan jenguk Amal 3 jam dari sekarang”
            Mereka mengucapkan terima kasih sekali lagi dan melihat doktor Harith berlalu pergi. Datin Nora melepaskan nafas lega. Syukurlah Amal tak apa-apa.

******************************************

           Mata dibuka perlahan. Pemandangan sedikit kabur. Tangan diangkat lalu menggosok mata. Keadaan sedikit demi sedikit kembali sempurna. Putih. Itu yang terlintas di fikiran. Bunyi mesin yang sangat hampir membuatkan dia kebingungan.
            “Hmm”
            Dia bergerak sedikit namun tangan terasa berat disebelah kanan. “Amal! Sayang mama”
            Suara itu membuatkan dia menoleh. Mama memberikan senyuman yang begitu menenangkan. Amal memberi senyuman hambar. Datin Nora segera memeluk anak gadisnya itu dengan erat.
            “Risaunya mama dengan kamu. Macam mana kamu boleh pengsa?”
            Mama merenggagkan peluka namun masih mengusap pipinya dengan lembut. Amal hanya memerhati tanpa jawapan. Datin Nora sedikit risau. Kelakuan Amal tak ubah seperti 3 tahun lepas. Amal yang sangat dingin. Amal yang hilang semua ingatanya.
            “Amal”
            Dia cuba memanggil. “Kenapa? Amal kenal mama ‘kan?” lengan anaknya itu dipegang dengan rasa takut. Takkanlah Amal hilang ingatan lagi? Ya Allah.
            “Ma…ma” suaranya pecah. Datin Nora mengangguk. Kelopak mata bergenang. Syukurlah Amal masih mengingatinya.
            “Ye sayang. Mama disini. Kamu jangan risau. Mama ada disini untuk kamu”
            Rambut hadapan Amal diselak ke tepi. Sekarang, barulah dia mampu menarik nafas lega melihat Amal tak apa-apa. Amal
            Amal diam memerhati. Hati merasa sebak tiba-tiba. Mama. Mama bukan mama Amal. Amal bukan anak kesayangan mama. Kenapa? Kenapa takdir sangat kejam?
            Datin Nora sedikit terperanjat melihat Amal yang tiba-tiba menangis. Dia segera berdiri sebelum duduk dihujung katil Amal. “Kenapa ni sayang? Apa yang kamu sedihkan?”
            Amal hanya mampu menggeleng. Sukar sekali untuk menerima kenyataan yang memeritkan ini. Sebab itukah mama cuba merahsiakan kenyataan ini? Dada terasa sesak seolah-olah dihempap sesuatu. Dia tidak mampu bernafas.
            “Mama” airmata mengalir. Datin Nora segera memeluk Amal dengan rasa risau. Kenapa Amal sedih sangat? Apa yang berlaku?
            “Kenapa sayang? Kenapa sedih sangat ni?”
            Amal menggeleng. Dia menangis lagi. Terasa terlalu banyak bebanan yang ditanggung ketika ini. Datin Nora mengusap belakang Amal dengan lembut. Tidak pernah dia melihat Amal menangis seperti ini. Apa yang buat Amal sedih sangat?
            “Amal….Amal….Amal…bukan anak mama. Amal bukan anak mama”
            Datin Nora tergamam. Dia merenggangkan pelukan lalu mencari wajah Amal yang terlindung dek rambut hadapanya. Terasa seperti tidak mampu bernafas apabila mendengar ucapan Amal tadi.
            “Apa…..apa kamu cakap?”
            Amal mengetap bibir. Dadanya terasa sesak. Dengan segala kekuatan, dia mengangkat muka memandang mama yang nampaknya masih tidak faham.
            “Amal bukan anak mama ‘kan? Sebab itu Amal tidak berbintikan papa? Sebab itu Amal hilang ingatan? Amal…bukan…anak….mama”
            Datin Nora tergamam. Amal kembali menangis. Datin Nora turut merasa sebak. Airmatanya mengalir perlahan walaupun cuba ditahan sedaya mungkin. Dia kembali memeluk Amal. Pasti sukar untuk Amal menerima kenyataan ini.
            “Tak! Amal anak mama. Selama-lamanya anak mama. Kamu anak mama!”
            Walauapapun yang cuba mama cakapkan, Amal lebih tahu. Kenyataan ini takkan mampu diubah. Walaupun beribu kali cuba dinafikan, tiada sesiapapun yang mampu mengubahnya.

***********************************

            “Mama?”
            Kuzer sedikit hairan melihat mama sendirian di luar bilik Amal sambil termenung. Seolah-olah, ada sesuatu yang menganggu fikiranya sekarang ini. Datin Nora menoleh melihat Kuzer menghampiri bersama 2 gelas kopi panas dari cafeteria hospital.
            Senyuman hambar diberi. “Mana Kai?”
            Kuzer mengambil tempat disebelah mama. “Dengan papa. Uruskan tentang Amal”
            Datin Nora mengangguk. Dia mengambil kopi yang dihulur sebelum menghirup sedikit. Pelbagai perkara yang berada di mindanya ketika ini. Dia mengurut pelipis dengan perlahan.
            “Mama pening ke? Nak along picitkan?”
            “Tak apa, sayang. Mama cuma penat sikit je. Amal baru tidur semula tadi. Dia menangis teruk”
            Wajah Kuzer berubah sedikit. Amal menangis? “Kenapa Amal menangis?”
            Datin Nora melepaskan keluhan. Selama ini dia cuba merahsiakan mengenai Amal walaupun dia sendiri tahu rahsia ini pasti akan terbongkar. Namun apabila Amal mengetahui semuanya sendiri dan menangis sebentar tadi, hatinya bagai dihiris-hiris.
            “Amal dah tahu semuanya. Dia tahu yang dia bukan anak mama. Dia menangis teruk tadi, along. Sedih mama dengar. Dia terkejut sangat agaknya. Itu yang sampai pengsan”
            Kuzer terdiam. Dia sudah menduga perkara ini akan berlaku samada cepat mahupun lambat sahaja. Sekarang, Amal sudah tahu semuanya. Dia mengeluh berat.
            “Apa kita nak buat sekarang, along? Mama tak mahu kehilangan Amal. Mama dah anggap Amal macam anak mama sendiri”
            Airmata diseka dengan rasa lemah. Walaupun Amal bukan darah dagingnya tapi Amal sudah dianggap seperti anak sendiri. Memandangkan dirinya memang inginkan anak perempuan. Bagaimana nanti jika Amal dibawa pergi? Mampukah mereka menghalangnya?
            “Sayang”
            Mereka sama-sama menoleh. Kuzer sedikit terkejut melihat papa dan Kai yang sudah berdiri berhampiran. Entah bila mereka masuk ke dalam wad, dia sendiri kurang pasti. “Apa awak cakap? Amal dah tahu semuanya?”
            Datin Nora hanya mampu mengangguk lemah. Datuk Megat Akashah mengambil tempat disebelah isterinya. Dia mengenggam tangan si isteri dengan lembut. Pasti sukar untuk mereka menghadapi segala kemungkinan selepas ini. Kai duduk disebelah Kuzer tanpa bicara.
            “Bagaimana kalau ada orang ambil Amal, bang? Dia anak saya. Anak saya!”
            Datuk Megat Akashah hanya mampu mengangguk. Dia mengusap lengan isteri dengan lembut. “Saya faham, sayang. Tapi awak kena ingat. Amal bukan anak kita. Jika ibubapa dia datang untuk ambil dia, kita harus lepaskan. Amal akan sentiasa menjadi anak kita”
            Datin Nora meletakkan kepala di bahu suami. Airmata diseka namun tetap mengalir. Dirinya benar-benar lemah apabila membabitkan Amal.
“Abang ingat waktu pertama kali kita jumpa dia? Sangat sukar sekali untuk Amal bercakap. Saya masih ingat waktu dia memanggil saya mama dahulu. Awak tak mampu bayangkan perasaan saya, bang. Gembira sangat”
Datuk Megat Akashah hanya mampu mengangguk. Dirinya turut merasa sebak namun dia harus tabah demi isteri tercinta. Datin Nora menghela nafas. “Bila dia senyum sambil memanggil saya mama. Bila dia cium pipi saya bila saya masakkan makanan kegemaran dia. Bila dia cakap dia juga sayangkan saya. Ini adalah perkara pAlyng indah dalam hidup saya, bang. Dia adalah anak yang saya impikan selama ini”
“Abang faham, sayang” hanya itu yang mampu dikatakan. Dia sendiri tak mampu memujuk hati sendiri inikan pula hati si isteri.
            Kuzer menghela nafas. Mama kelihatan sangat sedih. Dia mampu memahaminya. Amal sudah dianggap seperti adik sendiri. Adik perempuan yang sangat dilindungi dan disayangi. Namun benar kata papa. Jika ada yang berhak datang untuk mengambil Amal, mereka harus membenarkanya. Kenyataanya adalah mereka tidak punya hak ke atas diri Amal.

*************************************

            Buah epal merah yang dikupas mama sebentar tadi dikunyah dengan berselera. Seronok apabila dimanja oleh mama seperti sekarang. Walaupun selalunya mama memang selalu memanjakan dirinya.
            “Nak lagi?”
            “Emmm” dia mengangguk dengan senyuman riang. Datin Nora turut tersenyum. Amal kelihatan lebih tenang berbanding semalam. Mungkin semalam dia masih terkejut.
            “Bertuah sungguh badan. Kalau macam ni, along pun nak sakit”
            Kuzer menongkat dagu diatas meja sudut ditepi katil dengan wajah cemburu. Amal memberi sengihan. “Mama takkan layan along macam ni. Amal anak kesayangan mama”
            Suasana tiba-tiba jadi sunyi. Epal yang tadi dikunyah dengan berselera tiba-tiba sahaja terasa pahit. Kuzer memandang Amal yang tunduk sedikit. Tiba-tiba gadis itu mengangkat semula wajah dan memberi senyuman.
            “Amal nak lagi”
            Datin Nora segera memotong buah epal ditangan. Amal memerhati dengan pelbagai perasaan. Apa perasaan mama jika mama tahu dia sudah bertemu dengan keluarga kandungnya? Adakah mama akan terasa hati kerana dirinya merahsiakan semua ini?
            “Assalamualaikum”
            Suasana yang sepi sebentar tadi diselamatkan dengan kehadiran papa bersama Kai yang baru habis kelas. Amal segera memberi senyuman yang terasa dipaksa.
            “Semuanya disini? Patutlah papa telifon PA kamu tadi, dia cakap kamu ambil cuti setengah hari”
            Kuzer memberi senyuman. “Tuan puteri ni. Telifon along sebab nak suruh belikan epal. Ada apa-apa berlaku di syarikat ke, pa?”
            Datuk Megat Akashah hanya menggeleng. Dia gembira apabila mereka sekeluarga mampu berkumpul seperti ini. “Nah. Makan ini”
            Belum sempat Amal mencapai epal yang dihuluar mama, epal tersebut terlebih dahulu disambar. Amal menarik muka masam melihat Kai mengunyah disebelah mama tanpa rasa bersalah.
            “Itu Amal punya!”
            “Sedap. Mama potong untuk Kai juga”
            Datin Nora hanya mampu menggeleng dengan tawa kecil. “Mana adil. Mama, jangan bagi Kai. Semua itu along beli untuk Amal”
            Kai buat muka tak berperasaan sambil mengambil sepotong lagi epal didalam pinggan. Amal mendengus, geram. Rasa nak cekik batang leher lelaki itu pun ada. Kai memberi senyuman, mengejek.
            “Manja!”
            “Amal tak manja. Kai yang manja!” dia menjelir lidah sebelum segera mengambil potongan epal yang baru. Kai tersenyum nipis. Amal masih seperti dahulu. Syukurlah.
            “Sudahlah tu. Kairil, AmAlyna!” suara papa kedengaran tiba-tiba. Bila papa memanggil nama penuh, mereka sudah faham sepenuhnya. Kai berlalu duduk disebelah Kuzer sambil sempat mengambil sepotong lagi.
            “Papa ada perkara nak beritahu kamu semua”
            Semua kepala menoleh kearah papa. Begitu juga mama. Datuk Megat Akashah memandang setiap wajah anak-anaknya sebelum mengukir senyuman. “Papa ingat nak bawa kamu melancong ke Langkawi. Mahu?”
            Suasana sepi untuk beberapa ketika sebelum Amal bersuara dengan rasa teruja. “Serius? Betul ke, pa?”
            Papa mengangguk. “Sudah lama kita tak bercuti bersama. Along, uruskan cuti kamu secepat mungkin. Kita akan pergi bulan hadapan”
            Amal hampir tersedak epal yang ditelan. Dia cepat-cepat mengambil air yang diberi mama. “Makan elok-elok, sayang”
            Sengihan diberi sebelum kembali memandang papa. “Bulan hadapan?”
            “Papa dah rancang semuanya. Selepas apa yang berlaku, mungkin kita perlukan percutian ini untuk tenangkan semuanya”
            Suasana kembali sunyi. Amal menggigit bawah bibir tanpa bicara. Datin Nora turut berhenti mengupas epal dengan perasaan berat hati. Mungkin juga ini adalah percutian terakhir mereka sebagai sebuah keluarga yang lengkap.
            “Kelas?” Kai tiba-tiba bersuara. “Papa akan uruskan dengan Pengarah kolej. Jangan risau” Kai sekadar mengangguk. Benar cakap papa. Mereka sememangnya memerlukan percutian seperti ini.
            “Tak apa ke, pa? Banyak projek yang masih pending sekarang” Kuzer memandang, risau. Walaupun dia ingin bercuti namun mengenangkan kerja yang bertimbun di pejabat membuatkan kegembiraanya mati.
            “Biarlah. Keluarga lebih penting, long. Kamu jangan lupa tentang itu!” tegas Datuk Megat Akashah mengingatkan. Kuzer mengangguk. Itu prinsip yang papa terapkan padanya. Walauapapun yang berlaku, samada berjaya ataupun tidak, hanya keluarga sahaja yang benar-benar ikhlas berada disamping kita. Kuzer tak pernah lupa tentang itu.
            Amal menoleh kearah mama yang memberi senyuman gembira. Amal turut tersenyum. Pelbagai perasaan yang dialami ketika ini sejak mengetahui hakikat itu. Banyak lagi perkara yang harus diselesaikan. Biarlah, dia yang selesaikanya sendiri. Amal tak mahu melukai keluarga ini lagi.

***************************************************

            “Arghh. Rasa nak tercabut semua sendi aku sekarang”
            Dhani melabuhkan punggung disebelah sebelum menghirup mineral sejuk berhampiran. Mika hanya tersenyum. Sekali sekala mengeluarkan peluh seperti ini sememangnya diperlukan. Ianya juga dapat membantu menghilangkan stress yang mereka hadapi.
            “Kai ada call kau? Macam mana agaknya Amal sekarang?”
            Mika menjungkit bahu. Mereka lost contact sejak Amal dimasukkan ke hospital. Bukanya taktahu mood Hannah yang terus berubah apabila Kai terus meninggalkan mereka sebaik tahu Amal pengsan hari itu. Helaan nafas dilepaskan.
            Kadangkala dia hairan sebenarnya. Apa agaknya yang Hannah nampak pada Kai sehingga dia tak nampak lelaki-lelaki yang setia memandangnya? Dia menoleh ke arah Dhani yang sedang mengesat peluh disebelah. Ini salah satu contoh sebenarnya. Dhani sukakan Hannah sejak semester 1 lagi. Tapi memandangkan Hannah menyukai Kai, Dhani pendamkan perasaan sendiri.
            “Yok, gerak. Kejap lagi kelas”
            Dia mencapai beg dan disandang ke belakang. Mereka berjalan meninggalkan gelanggang. “Macam mana projek kau? Aku setengah nyawa sekarang ni. Tidur pun teringatkan kerja yang tak habis”
            Mika ketawa, kecil. “Tapi sempat pula kau pergi Venus semalam?” kening di jungkit. Macamlah aku tak tahu jadual kau, Dhan! Dhani menayang gigi tanpa rasa bersalah.
            “Aku perlu tenangkan minda aku ni”
            Mika mengangguk sambil buat muka menyindir. Dhani ketawa, segan. Apabila kembali memandang ke hadapan, kelihatan kumpulan pelajar perempuan yang sedang berbisik sesama sendiri. Kerutan sedikit kelihatan.
            Apa pula gosip mereka hari ini? Nampak serius benar? Mereka berjalan melintasi kumpulan perempuan itu. Kerana terlalu asyik berbual, mereka langsung tidak menyedari kehadiran 2 lelaki itu.
            “Aku nampak dekat tempat parkir kereta tadi. Kai datang dengan seorang perempuan. Dengar kata, budak junior kita”
            “Serius? Cantik tak? Course apa?” seorang lagi menyoal.
            “Entah. Tak pernah nampak mereka berbual pun sewaktu dekat kolej. Bila yang mereka bersama?”
            “Betul tu. Kai bukan jenis berkawan. Dia dengan sukan ataupun Mika dan Dhani sahaja. Macam mana perempuan tu boleh tawan hati Kai?”
            “Tapi aku dengar itu adik dia” perempuan berkaca mata itu berbicara, membuatkan semua kepala memandang ke arahnya.
            “Adik?!”
            Mika menggeleng. Dahsyat sungguh kaum wanita. Semuanya mereka tahu walaupun tak diberitahu dan tiada kena-mengena dengan mereka. Dhani masih dalam keadaan terkejut bercampur hairan. Apa yang mereka cakapkan?
            Jeritan seorang pelajar membuatkan mereka semua menoleh. Mika tergamam melihat Kai hadir bersama Amal menyusuri koridor kolej yang dipenuhi pelajar lain. Dengan tenang dia membawa beg Amal dengan wajah tiada berperasaan.
            Rahang Dhani hampir jatuh melihat adengan mustahil yang dipamerkan dihadapanya ketika ini. Biar benar? Sejak bila Kai bertukar? Dia menoleh memandang Mika yang turut sama terkejut.
            Mereka mendengar bisikan pelajar yang semakin kuat. Amal kelihatan sangat tidak selesa namun Kai hanya buat tak dengar. Mika dan Dhani membawa kaki melangkah menghampiri 2 beradik itu. Senyuman diukir apabila berhenti berhadapan mereka berdua.
            “Aku bermimpi atau Kai hantar Amal ke kolej hari ni?”
            Dhani memberi sengihan, menyakat. Amal menunduk wajah sedikit. Ini semua salah lelaki disebelahnya ini. Beria-ia hendak menghantarnya walaupun ditolak berkali-kali. Amal sendiri taktahu apa yang tak betul pada Kai hari ini.
            “Beg” dia menghulur beg yang dipegang. Amal segera mengambil. Dia terasa sangat kecil apabila melihat pandangan membunuh pelajar disekeliling. Kai tak guna! Bersusah-payah dia cuba menyembunyikan kenyataan. Semuanya tiada gunanya lagi.
            “Amal ‘kan?”
            Amal memandang lelaki berkulit putih seperti cina dihadapanya. Kagum sekejap melihat dia tersenyum yang membuatkan matanya turut tersenyum. Comelnya. Kawan Kai ke?
            “Saya Dhani. Ini Mika. Kami kawan abang awak”
            Tangan yang dihulur, ditepis Kai dengan kasar. Dhani tergelak. Mika menggeleng dengan senyuman. Protective sungguh abang seorang ini. Mentang-mentanglah adik dia memang comel.
           Kai menoleh ke arah Amal yang masih berdiri kaku disebelah. Dia mendengus. Aishh budak ni. Tak ada kelas ke? Boleh temenung gaya tunggu kekasih pula dekat sini.
            “Cik Amalina” dia bersuara, sinis. Amal tersedar. “Huh? A..apa?”
            “Tak ada kelas ke? Nak duduk sini sampai bulan jatuh ke riba?” Kai menjungkit kening. Amal melihat jam di tangan. Alamak! Kelas hampir nak mula.
            Dia segera menggalas beg sebelum berlari dengan tergesa-gesa meninggalkan mereka bertiga. Kai menggeleng. Tak berubah perangai kelam-kabut tu. Dia kembali memandang 2 sahabat dihadapanya ini yang memberi sengihan penuh bermakna.
            Kai mengurut belakang leher dan berlalu melintasi mereka. Mika dan Dhani berpandangan sebelum berlari mendapatkan Kai yang cuba berjalan lebih laju. “Kau ada penjelasan untuk kami sekarang!”

******************************

            Amal meletakkan kepala diatas meja sebaik kelas Organizational Behaviour ditamatkan. Kepalanya berpusing mendengar penjelasan daripada Pn Asmiza sebentar tadi. Puan kalau boleh bercakap, memang terlupa bahawa kelasnya hanya 2 jam sahaja.
            Namun bukan itu yang memenatkan. Menghadapi renungan membunuh senior sewaktu ke tandas sebentar tadi serta soalan daripada classmate yang bertubi-tubi yang membuatkan dirinya sangat letih sekarang ini. Sebaik mereka tahu Kai adalah abangnya, masing-masing cuba menyampaikan rahsia hati dan berharap Amal menjadi orang tengah.
            Amal terkejut apabila wajah Una bertentang denganya didalam keadaan yang sama. Una memberi senyuman. Amal membalas seikhlas mungkin. “Baru lepas balik berperang ke?”
            Una ketawa kecil. Satu kolej heboh apabila Amal hadir bersama Kai pagi ini. Dirinya sendiri terkejut kerana Amal akhirnya mahu membongkarkan rahsia perhubungan mereka sekarang. Selepas ini, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan.
            Amal melepaskan keluhan berat. Macam mana nak menghadapi hari-hari mendatang? Hari ini sahaja terasa seperti semua kekuatanya sudah tiada. Una masih tersenyum. Pasti banyak yang berada di dalam fikiran Amal sekarang. Bukanya dia tak lihat classmate mereka yang berusaha untuk mengambil hati Amal memandangkan mereka tahu Kai adalah abangnya.
            “Kenapa kau pengsan hari itu? Kau sakit ke?” Una mengubah topik. Sebenarnya, dia mahu bertanya sewaktu mereka bertemu awal pagi tadi. Tapi, Una tak mahu buat Amal stress.
            “Doktor cakap aku stress. Banyak fikir sangat” dia mengangkat kepalanya. Una mengikut. “Aku beritahu mama yang aku dah tahu semuanya. Kenyataan bahawa aku bukan anak mereka”
            Amal telan air liur yang terasa berpasir. Setiap kali mengingatkan hal itu, hatinya masih dihiris pilu. Sehingga sekarang dia masih mencuba untuk menerima kenyataan yang perit ini.
            Una memandang, bersimpati. Terbayang diwajah sewaktu Amal menangis teruk hari itu. Dengan hujan yang turun lebat sekali. Kali pertama melihat Amal meninggal sehingga sukar untuk bernafas. Kemudian, dia tiba-tiba pengsan didalam pelukanya. Memang dramatik sangat.
            “Apa mama kau cakap?”
            “Aku tetap anak dia. Dia dah anggap aku macam anak dia” Una lihat Amal yang tidak berperasaan. Pastinya, semua itu tak mampu memujuk Amal yang sudah terluka. Una bertambah kasihan.
            “Apa rancangan kau sekarang? Kawan kau tu tentu dah beritahu keluarga kandung kau sekarang ini”
            Mungkin. Dia sendiri tak pasti. Jika mereka tahu siapa dirinya yang sebenar, mengapa tiada seorang pun yang mencarinya? Adakah mereka benar-benar inginkan dirinya pulang?
            “Entahlah. Aku tak tahu apa nak buat sekarang. Banyak persoalan dalam minda aku sekarang ni sebenarnya. Semuanya perlukan jawapan daripada mereka”
            Una mengangguk. Dia menepuk lembut bahu Amal. “Take your time. Jangan terburu-buru. Sekarang, mari kita isi perut dulu. Aku dah dengar bunyi kpop sekarang ni”
            Amal ketawa mendengar. Una memberi sengihan. Dia bangun mencapai beg yang disangkut di belakang kerusi sebelum sama-sama keluar dari bilik khuliah yang sudah lengang itu.

********************************************8

            “Jadi, Amal dah tahu semuanya?”
            Dhani menyoal sebaik mereka duduk di kafe untuk menjamu selera. Kai mengangguk. Dia mengetuk meja perlahan tanpa reaksi.
            “Kemudian?” Mika disebelah menyoal. Kai mengangkat muka memandang 2 sahabat yang sabar menanti jawapanya.
            “Keluarga kandung Amal masih belum ditemui. Mungkin tak akan ada apa-apa perubahan. Dia masih keluarga aku”
            Mika dan Dhani mengangguk tanpa sedar. Sebab itu ke Amal pengsan? Tentu kenyataan sebenar sangat mengejutkan sehingga Amal tak mampu menghadapinya. “Aku sebenarnya ada benda nak beritahu kau”
            Dhani tiba-tiba bersuara. Mika dan Kai memandangnya tidak berkelip. Dhani mengetap bibir, serba-salah. Dia memang menunggu Kai kembali ke kolej untuk membuka cerita sebenarnya.
            “Ada budak kelas kita beritahu. Hari Amal pengsan tu, sebelum itu, dia di datangi seorang perempuan. Rasanya sebaya dengan Amal. Lepas mereka berbual, baru Amal berubah”
            Suasana sunyi seketika walaupun kafe riuh dengan pelajar yang sedang menjamu selera. Kai diam. Dia tak pernah tahu tentang itu. Apa sebenarnya yang Amal sembunyikan daripada mereka? Mika mengurut dagu sambil berfikir. Banyak kemungkinan sebenarnya.
            “Siapa beritahu kau?”
            “Rizal. Waktu itu, dia taktahu lagi Amal adik kau. Lepas kau buat scene tadi, dia cerita dekat aku. Kau….taktahu ke?”
            Dhani memandang Kai yang nampak seperti tidak tahu apa-apa. Helaan nafas dilepaskan. Dia memandang Mika. Serba-salah pula bila menceritakan semua ini. Kai sememangnya sukar diduga. Dia tak pasti apa yang Kai rasa sekarang.
            “Aku rasa…..ada perkara yang Amal sembunyikan daripada keluarga kau. Mungkin dia tak mahu kalian tahu kerana sebab-sebab tertentu”
            Sebab apa? Kai masih diam. Otaknya mulai bergerak sebelum tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. “Riz ada cakap perempuan tu macam mana?”
            Dhani diam sekejap. Dia cuba mengingati cerita yang Rizal beritahunya. “Tak tinggi sangat. Rambut panjang ke bahu. Dia tak nampak sangat sebab jauh”
            Mesti dia! Fikiranya melayang sewaktu mereka di hospital dahulu. Gadis misteri yang dilihat berbual dengan Amal sewaktu di hospital. Kai yakin mereka adalah orang yang sama. Waktu itu, Amal juga nampak kurang selesa dengan kehadiranya.
            “Apa kau nak buat sekarang?” Mika menyoal. Kai memandangnya. “Aku perlu tahu siapa perempuan itu dahulu”
            Mika mengangguk. Dhani sekadar memerhati. Dia berharap tiada perkara besar yang Amal cuba sembunyikan daripada Kai dan keluarganya.

***************************************

            Suasana di meja makan sunyi tanpa bicara. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan. Mama masih menceduk lauk ke dalam pinggan Amal walaupun nasi telah habis.
            “Nak nasi lagi?”
            Amal menggeleng. Perutnya akan pecah jika dia menjamah nasi lagi. “Kamu ni kurus sangat. Nanti orang ingat mama tak beri kamu makan pula”
            Senyuman terukir. “Amal kena jaga badan, ma. Takkanlah nak gemuk semata-mata nak beritahu orang yang mama beri Amal makan dengan cukup?”
            Datin Nora mencuit hidung Amal. “Nakal!”
            Amal ketawa kecil sebelum menyuap lauk terakhir untuk malam ini. Dia kemudian menghirup sirap yang dibuat oleh ibu Siti. Dia memandang Kai yang hanya diam dihadapan. Sewaktu mereka pulang, Kai langsung tak bercakap apa. Entah kenapa, Amal rasa seperti Kai marahkan sesuatu.
            “Kai”
            Mama tiba-tiba bersuara, membuatkan lelaki itu mengangkat muka. “Hannah ada cakap apa-apa kepada kamu untuk gathering keluarga kita dan dia?”
            Suasana bertambah sepi. Kai menghentikan suapan lalu meletakkan sudu dan garfu semula. Dia menghela nafas. “Ada”
            “Kamu tak beritahu mama?”
            Kai menghirup sisa air didalam gelas sebelum menjawab. “Antara Kai dan Hannah. Kami takkan berakhir seperti apa yang mama dan auntie inginkan. Tak mungkin”
            Amal lihat wajah mama berubah sedikit. Dia juga sudah berhenti menjamah makanan didalam pinggan. Wajah serius mama memang menaikkan bulu roma. Mungkin kerana mama jarang sekali hilang kawalan. Sebab itulah apabila sesekali mama marah, memang menakutkan.
            “Kamu kenal Hannah sejak kecil? Apa yang kamu mahu lagi? Hannah berubah sepenuhnya untuk menjadi gadis yang kamu ingini. Kenapa kamu tak cuba beri dia peluang?”
            Mampu dirasa suasana yang semakin tegang. Papa masih tenang menjamah makanan tanpa ingin masuk campur. Along pula bangun membawa pinggan ke sinki. Mereka semua berpura-pura tidak terlibat dalam suasana tegang ini.
            “Berpuluh kali Kai beritahu. Hannah hanya seorang adik. Tak pernah lebih. Kenapa mama tak habis-habis suruh Kai bersama Hannah? Apa yang mama mahu sebenarnya?”
            “Kairil Adam!” papa menegur apabila suara Kai naik satu tangga. Amal mengetap bibir. Hannah? Dia macam pernah dengar nama itu.
            Kai mendengus. Puas dia beritahu mama. Namun mama buat tak dengar. Sekarang, mama mahu menyalahkan dirinya yang tidak mengikut rancangan mama dan auntie. “Berhenti jodohkan kami. Kai tak mahu jadi anak derhaka. Biar Kai pilih masa depan Kai sendiri”
            Tegas dia menuturkan tanpa berganjak sedikit. Datin Nora terdiam. Dia tahu, tidak sepatutnya dirinya memaksa Kai seperti ini. Namun, jauh disudut hati, dia tahu hanya Hannah sahaja yang sesuai bersama Kai.
            “Mama hanya mahu kamu cuba mengenali Hannah”
            Kai mengetap bibir menahan kemarahanya ketika ini. Setiap kali Hannah dibangkitkan, suasana diantara dirinya dan mama akan menjadi tegang. Please, ma. Jangan sampai Kai benci Hannah selepas ini.
            “Sudahlah. Jangan bahaskan lagi hal ini. Kalau Kai tak mahu, kita ikutkan sahaja. Saya juga taknak memaksa. Mulai sekarang, awak jangan bangkitkan lagi hal Hannah. Saya tak mahu sebabkan hal ini, kita sesama keluarga pula bergaduh”
            Suara tegas papa membuatkan semuanya diam. Kai bangun menolak kerusi sebelum berlalu. Nasi di pinggan juga tidak dihabiskan. Amal memandang wajah mama yang murung. Dirinya sendiri tak pasti apa sebenarnya yang mama cuba lakukan.
            “Nora” papa bersuara, perlahan. Mama memandang, sayu. “Jangan paksa anak kita ikut apa yang kita mahukan. Mereka bukan budak kecil lagi. Lagipun, ini tentang masa depan Kai sendiri. Kalau ada jodoh, pasti tidak kemana. Kalau awak terus memaksa, Kai mungkin akan semakin jauh dari kita”
            Kelopak mata mama bergenang. Amal mengenggam erat tangan mama dengan rasa sebak. Benar cakap papa. Kai bukan jenis yang boleh dipaksa. Dirinya mampu jadi sedingin ais antartika jika dia mahukan. Amal pernah melihat itu. Jadi, dia berharap Kai tidak melayan mama seperti itu.
            “Betul tu, ma. Along faham mama mahukan yang terbaik untuk dia. Tapi Kai yang terlalu menyayangi mama pun tak mampu ikuti permintaan mama. Mungkin dia punya sebab tersendiri. Mama jangan risau. Along akan cakap dengan dia nanti”
            Kuzer memberi senyuman menyakinkan. Mama kelihatan lebih tenang berbanding tadi. Mujurlah tiada ucapan yang berbisa dikeluarkan tadi. Papa pula pantas memotong daripada keadaan jadi lebih teruk.
            Mata beralih kearah Amal yang sedang memujuk mama. Dia menghela nafas. Along tahu Kai punya sebab yang kukuh kenapa dia menolak Hannah, ma. Tapi kalaulah Kai juga tahu sebab itu. Kuzer hanya mampu menggeleng. 

1 comment:

  1. along memang best hehehe....dapat bace rasa hati Kai cam bace kitab gitu....sesak la plak dada neh bila tgk Amal sedih2 cenggitu, Kai plak dah ade cite2 nak jadi detective conan 2 ...hmmmm

    ReplyDelete