Selesai
mandi dan tukar pakaian, dia menapak turun ke bawah. Tv terpasang diruang tamu
namun tiada siapa yang melihat. Kepala digeleng. Nak bagi siapa tengok? Kaki
dibawa ke hadapan tv dan dia menutup.
Apabila menoleh semula, Amal kaget
sekejap melihat Kai tertidur diatas sofa dengan nyenyak. Patutlah tak nampak
orang. Dia atas sofa. Penat agaknya sampai tertidur dekat sini.
Entah kenapa, ada sesuatu yang
menariknya menghampiri lelaki itu. Amal tunduk sedikit. Hmmm. Apa yang buat semua pelajar gila bayang dengan wajah ini? Dia
berfikir sejenak. Tapi kalau difikirkan, Kai memang ada sesuatu yang menarik
orang. Disebalik wajah yang sememangnya tampan. Mengenali Kai, Amal tahu lelaki
ini sangat mengambil berat walaupun sentiasa tunjukkan wajah tak berperasaan.
Kai dengan along memang berbeza.
Along lebih ceria dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Mungkin juga kerana
dia adalah abang sulung. Along sangat mengambil berat sehingga kadangkala
berlebihan. Kiranya, selepas mama, Amal terpaksa menghadapi tahap risau along
pula.
Kai pula jenis pendiam. Kalau
bertemu saudara-mara pun, dia hanya berbual dengan sepupu lelaki sahaja. Ada
juga sesekali dia berbual dengan yang lain. Namun kebanyakan masanya dihabiskan
dengan mendengar lagu ataupun bersendirian.
Amal senyum sendiri. Namun merekalah
segala-galanya. Mempunyai 2 orang abang yang menyayanginya. Amal tak mahu
meminta lagi. “Amal!”
Tubuh berdiri tegak seperti dilibas
sesuatu. Dia melihat mama menjengul dari dapur dengan kerutan. “Buat apa tu?
Kacau Kai ke?”
“Tak! Tak ma. Amal tak buat apapun”
jantung terasa hendak terkeluar. Sejak bila mama ada dekat situ? Datin Nora
menggeleng.
“Kamu lapar ke? Mama tengah masak
ni. Tunggu sekejap ye?”
Wajah bercahaya tiba-tiba. Pantas
dia berlari mendapatkan mama di dapur. Lengan mama dipaut. Sudah lama tidak
merasa masakan mama dan melihat mama memakai apron seperti sekarang.
“Mama masak apa hari ni? Sedapnya!”
Datin Nora tersenyum. “Ayam masak
merah dengan sayur campur. Kamu nak makan apa hari ini?” rambut Amal dibawa ke
belakang telinga. “Ayam masak merah. Cukuplah. Amal nak rasa masakan mama je”
Pinggang mama dipeluk. Datin Nora
mengelak. “Mama busuk ni. Nanti lekat bau dekat kamu pula”
“Ala, tak busuk pun. Mama Amal ni
sentiasa wangi. Macam pakai perfume je”
pipi mama dikucup sekejap. Datin Nora ketawa. Amal memang pandai ambil hati.
Manja pula tu. Kerana itulah, dia jatuh sayang kepada gadis ini.
***************************************
Kai
mendengus sambil membawa beg berisi bekal makanan yang dipesan oleh mama.
Beria-ia mama menyuruhnya menghantar bekal kepada gadis itu. Walaupun sudah
berulang kali dia memberitahu supaya buat taktahu sahaja kerana mereka bukan
ada kena-mengena.
Kaki
berhenti dihadapan pintu wad untuk pesakit VIP. Ini pun kerana permintaan mama
yang mahukan dia mendapat rawatan terbaik. Malah, mama sendiri mahu doktor
Harith untuk merawat gadis itu.
Menghela
nafas, pintu wad ditolak. Dia melangkah masuk dan melihat katil yang kosong dan
siap dikemas. Kai memandang sekeliling yang kosong. Kemana pula dia ni? Beg
diletak diatas meja kopi berhampiran sebelum berjalan membuka pintu bilik air.
Kosong!
Aishh.
Mana pula dia menghilang? Larikan diri ke? Keadaan pun lemah lagi. Bukanya dia
boleh berjalan jauh. Dia berlalu keluar dan memandang koridor yang legang.
Langsung tak nampak kelibat gadis itu.
Berlari
anak, Kai turun ke bawah menuju ke receiptionist. Nafas termengah sedikit
apabila dia bertemu dengan jururawat yang bertugas.
“Pesakit
dekat wad VIP. Dimana dia?”
“Oh.
Dia ke taman hospital. Ingin ambil angin katanya”
Kai
mengucapkan terima kasih sebelum berlari pula ke luar hospital. Mungkin kerana
petang, ramai juga pesakit yang keluar untuk mengambil angin segar.
“Waaaaa.
Cantiknya kakak lukis!”
Dia
menoleh. Kelihat kumpulan kanak-kanak sedang bertepuk tangan melihat gadis itu
melukis sesuatu di buku lukisan miliknya. Kai memegang pingang yang terasa
sengal akibat berlari tadi.
Suka
betul menyusahkan orang! Kalau mama ada, tentu lagi panik. Dia mendengus,
geram. Sejak gadis ini hadir, kehidupan mereka sekeluarga juga turut berubah.
Mama yang inginkan anak perempuan, sudah menganggap dia seperti anak sendiri.
Kai sendiri hairan. Macam mana mama boleh cepat sangat jatuh hati dengan
perempuan tu?
“Nah.
Hadiah untuk kamu” dia bersuara, lembut. Kaki Kai berhenti tiba-tiba. Dia
terkejut mendengar gadis itu bersuara. Selama ini, dirinya hampir pasti gadis
itu bisu.
“Betul?
Terima kasih kakak!”
Sekali
lagi dia bagai dihempap sesuatu melihat gadis itu mengukir senyuman sambil
menggosok kepala budak lelaki itu. Kai memegang dadanya yang berdegup kencang.
Kali pertama juga lihat dia tersenyum.
************************
“Aku
tengok sendiri dengan mata aku ni, Hannah. Aku ni siap pakai cermin mata lagi.
Tak mungkinlah aku silap”
Nisa masih ingin menyakinkan dirinya
ketika mereka berdua sedang menukar pakaian di tandas. Hannah buat tak dengar.
Sejak berjumpa pagi tadi, Nisa terus memberitahunya dengan apa yang dilihat
semalam.
“Itu adik dialah, Nisa”
Nisa mendengus. Bukanya dia tak tahu
Amal bukanya adik betul Kai. Sebab itu dia berbulu lihat mereka berdua.
Lebih-lebih lagi bila lihat cara Kai layan gadis itu. Mungkin Hannah sekadar
hendak sedapkan hati sendiri. Namun hati Nisa tak mungkin menipu.
“Adik yang tiada hubungan darah?
Adik yang boleh kahwin? Adik yang tak tahu dari mana asal-usul dia?”
Tangan yang sedang mengikat tali
kasut terhenti tiba-tiba. Nisa mendengus. Kadangkala dia sakit jiwa dengan
sikap Hannah. Bertahun teman baiknya ini mengejar Megat Kairil Adam yang
digilai ramai. Tapi lelaki itu langsung tak menoleh pun.
“Mereka memang rapat. Kuzer pun
rapat dengan Amal. Cubalah berfikiran positif sikit, Nisa. Aku tak mahu
rosakkan hubungan mereka adik-beradik”
Nisa memeluk tubuh dengan rasa
sebal. Hannah berdiri tegak semula dan melihat cermin. Rambut yang diikat kuda,
dirapi. Setelah berpuas hati, dia menarik tangan Nisa untuk keluar. Hari ini
adalah hari untuk latihan kelab.
“Kadangkala aku geram juga dengan
kau ni. Kau berubah banyak untuk samakan dengan taste dia. Tapi lelaki tu, sikit pun tak heran”
Hannah hanya mendengar. Dia tahu
Nisa inginkan yang terbaik untuknya. Tapi hati orang tak boleh dipaksa. Apa
lagi yang harus dilakukan?
Mereka tiba di gelanggang. Kelihatan
semua ahli sudah menunggu. Hannah bertemu pandang dengan Amal. Gadis itu
memberi senyuman kekok. Hannah membalas seikhlas mungkin. Siapa dirinya untuk
menipu diri. Walaupun hatinya sakit namun dia sabarkan. Hannah cuba untuk
memahami siapa Amal disamping Kai walaupun dia sering terluka kerana gadis itu.
“Baiklah. Buat bulatan. Kita akan
buat warming up dulu” dia memberi
arahan. Ahlinya menurut tanpa banyak soal. Nisa membantu untuk menjaga kumpulan
dibelakang. Tak lama kemudian, dia mendengar mereka mengira sementara seorang
berada di tengah bulatan untuk guide.
Hannah bertemu pandang dengan Nisa
yang menjuih bibir di belakang Amal. Dia hanya mampu tersenyum. Tak tahu apa
yang Nisa marahkan sangat dengan Amal. Walaupun mereka tidaklah serapat mana
namun mereka pernah bertemu kalau keluarganya dan keluarga Kai buat gathering. Dari pemerhatianya, Hannah
tahu Amal gadis yang baik. Kalau tidak, takkanlah uncle Kasha dengan auntie Nora
nak ambil dirinya buat anak angkat.
Sesi memanas badan berakhir dengan
pantas. Hannah kembali berdiri dihadapan mereka. “Baiklah. Hari ini kumpulan A
dan B akan bermain untuk 30 minit. 5 minit rehat”
Nisa sudah mengagihkan bits untuk kedua-dua pasukan. Hannah
menyarung tali wisel di leher. Dia berterima kasih dengan kelab ini. Bolehlah
lepaskan tension dengan kerja projek
yang tak pernah habis.
“Kau taknak main ke?” Nisa menyoal
sementara menunggu mereka semua berlatih untuk 5 minit pertama. Hannah
menggeleng.
“Siapa nak jadi referee?”
“Aku boleh. Pergilah main. Kau lawan
pasukan Amal”
Hannah menoleh. “Kenapa dengan kau?
Apa yang kau tak puas hati dengan dia?” Hannah menyoal, hairan.
“Aku buat demi kebaikan kau, Hannah.
Kau nak lelaki yang kau kejar kena curi depan mata sendiri?”
Hannah melepaskan keluhan. Tiba-tiba,
Nisa meniup wisel di leher Hannah. Semua ahli menoleh kearah mereka. Hannah
juga terkejut. “Kak Hannah nak join kumpulan
A. Boleh ke?”
Ahli kumpulan A segera memberi
senyuman sambil mengangguk. “Boleh kak. Marilah join kami”
Hannah memandang Nisa, meminta
bantuan. Nisa segera menolaknya masuk ke dalam court. “Akak jadi GA. Okay?”
Bits
dihulur. Hannah yang serba-salah, mengambil juga. Dia lihat Nisa memberi
senyuman sambil mengenyit mata. Hannah menghela nafas, berat. Apa yang kau cuba
lakukan ni, Nisa?
************************
“Gerak kaki!”
Wisel berbunyi lagi. “Lebih 3 saat”
Langkah berhenti. “Halangan. Bola
pihak lawan”
Pittt.
Dia menoleh kearah referee. “Bola
bounce”
Amal melepaskan bola kepada pihak
lawan. Dia bertemu pandang dengan Una yang memberi pandangan hairan. Amal
mengukir senyuman paksa dan kembali ke posisi. Permainan kembali diteruskan.
“Mal”
Dia menoleh melihat Una menghampiri.
“Kau okay?”
“Kau jaga tempat kau. Aku okay” dia
segera berlari ke arah bola. Nafas
turun-naik kerana kepenatan namun digagahkan diri. Dia menjaga kak Hannah yang
ditinggalkan seorang. Suasana sedikit kecoh apabila bola masih tidak dibaling
namun kak Nisa masih tidak meniup wisel.
“Akak!”
Bola dibaling kearahnya. Amal
melompat terlebih dahulu dan tertolak kak Hannah dibelakang. Dia mampu
mendengar suara terkejut pemerhati apabila kak Hannah jatuh diatas gelanggang.
“Hannah!”
“Akak!”
Amal menoleh. Kelihatan kak Hannah
memegang kakinya. Amal segera tunduk. “Kak. Maafkan kak. Amal tak nampak”
“Kau ke tepi!” tubuhnya ditolak
kasar. Amal jatuh dan tanganya terseret diatas gelanggang. Semua orang mula
mengerumuni kak Hannah dan dia berganjak menjauhi. “Amal!”
Una melutut di tepi memegang bahu.
“Kau tak apa-apa?”
Amal menggeleng. “Aku rasa kaki kak
Hannah terseliuh” matanya masih melihat kak Hannah yang dikerumuni. Dia masih
mampu mengukir senyuman walaupun dala kesakitan.
Una mendengus dan kembali memandang
Amal. Mata sedikit terbeliak apabila melihat siku Amal berdarah. Mungkin sebab
ditolak tadi. “Kau cedera ni!”
Amal kembali tersedar. Dia membelek
tanganya yang baru terasa pedih. “Aku bawa kau jumpa MA”
“AmAlyna!” suara kak Nisa membuatkan
mereka menoleh. Dia lihat kak Nisa menapak ke arahnya dengan wajah bengis. Panggg. Semua orang bagai disampuk
apabila melihat peristiwa tadi. Una disebelah juga tergamam.
“Aku tengok kau dari tadi lagi. Ada
je perkara kau buat nak halang dia. Kenapa? Apa yang kau tak puas hati hah?”
Pipi terasa perit. Amal tergamam
kerana dia terlalu terkejut. Una segera sedar. “Apa ni kak? Amal baru je tadi
jaga kak Hannah. Bila pula dia sengaja nak cederakan kak Hannah?”
Nisa mendengus. Dia sengaja
merancang semua ini. Amal perlu diajar untuk sedar diri. Kalau Hannah tak mampu
buat, biar dirinya yang lakukan. “Kau diam! Dasar junior. Kau sedar diri sikit. Itu senior kau. Jangan nak berlagak!”
Una mengetap bibir. Nisa segera
berlalu dan mengajak Hannah untuk menerima rawatan. Amal yang baru sedar,
memegang pipinya yang masih perit. “Amal! Pipi kau!”
“Aduh” pipi yang disentuh tiba-tiba
dirasa seperti arus elektrik yang mengalir. Una segera menarik tanganya. “Pipi
kau merah gila Amal”
Amal hanya diam. Dia memaksa diri
untuk bangun walaupun terasa perit. Una memaut lengan Amal dengan rasa kasihan.
Apa yang tak kena dengan kak Nisa hari ni? Macam tak suka je dengan Amal.
“Mari. Aku bawa kau jumpa MA. Kita
kena rawat kau”
***********************************
Suasana menjadi semakin kekok
apabila mereka berada di Bilik Rawatan. Kak Nisa masih memberi jelingan. Nasib
baiklah ada Una. Bolehlah kurangkan sedikit rasa tak selesa ketika ini.
Una menyapu ubat yang diberi dengan
berhati-hati. Sesekali dia lihat wajah Amal berubah menahan sakit. “Tahan sikit
ye”
Amal hanya tersenyum. Nasib baiklah
ada Una. Terasa disayangi juga. Una menghela nafas. Pipi Amal masih bertanda.
Macam mana ni? Dia menoleh kearah kak Nisa yang sedang berbual dengan kak
Hannah.
“Ehem!” dia segera menguatkan suara.
Amal memandang. Dia juga tahu kak Nisa dan kak Hannah menoleh ke arah mereka.
“Pipi kau ni masih ada kesan tapak
tangan. Nanti kau balik, apa yang kau nak beritahu mama dengan papa kau? Ada
orang tampar kau?”
Amal terdiam. Dia mengusap pipi yang
sudah kurang sakitnya. Namun seperti yang Una cakap. Macam mana nak sembunyi kesan ni?
“Mungkin ada orang lupa agaknya. Parents kau pemilik kolej ni. Bila-bila
masa je boleh keluarkan student yang
sanggup tampar anak mereka”
Kepala diangkat pantas. Dia
memandang Una yang memberi senyuman. Macam mana Una boleh tahu? “Macam mana
juga kau nak beritahu abang kau? Megat Kairil Adam yang digilai ramai tu? Tentu
dia takkan lepaskan orang yang buat adik kesayangan dia macam ni!”
Dia lihat wajah kak Nisa berubah.
Kak Hannah sekadar menundukkan muka. Una mencebik. Tahu pun takut. Sesuka hati
je nak tampar anak orang! Geram pula bila fikirkan balik. Amal ni pula jenis
lembut. Kalau aku, memang free kena tampar
balik!
“Sudahlah. Nanti aku cakap aku
jatuh”
Una berpura-pura ketawa. Dia
memusingkan pipi Amal menghala ke arah kak Nisa. “Amal nak cakap kesan ni sebab
dia jatuh? Akak rasa boleh dipercayai ke alasan tu?”
Kak Nisa hanya diam. Amal menarik
tangan Una dengan keluhan. Dia tahu Una sekadar mahu melepaskan rasa geramnya
ketika ini. “Marilah Una. Aku dah okay”
Dia turun dari katil dan berlalu
kearah kak Hannah. “Amal betul-betul minta maaf, kak. Amal tak ada niat pun nak
cederakan akak”
Tanganya ditarik kasar. Una semakin
sakit hati. Kenapalah Amal ni baik hati sangat? “Jomlah. Bukanya dia ada kesan
tapak tangan macam kau pun. Biar dia jawab sendiri dengan parents kau nanti”
Amal mengikut Una yang menariknya
dengan kasar. Rasa bersalah menjengah bila lihat wajah kak Nisa tadi. Tentu kak
Nisa tak sengaja. Mungkin tadi dia dalam keadaan terkejut.
*******************************
Tangan yang ingin menekan loceng
terasa berat dengan tiba-tiba. Aishhh. Nak
buat macam mana ni? Telifon dikeluarkan. Dia melihat menggunakan skrin. Memang
jelas kelihatan kesan tapak tangan. Kalau mama nampak, mesti kecoh. Kalau along
nampak, kak Nisa takkan boleh hidup dengan tenang.
Itu belum lagi papa dengan Kai. Aduhhh. Apa nak buat ni? Rambut yang
diikat tadi, dilepaskan. Dia menarik rambut di ke tepi pipi untuk
menyembunyikan kesan buat sementara waktu.
Loceng dibunyikan. Tak lama
kemudian, kelihatan ibu Siti membuka pintu. “Bu” dia bersuara, perlahan. Ibu
Siti tergamam apabila Amal menyelak rambut disebelah kananya.
“Ya Allah. Siapa buat kamu macam
ni?”
Amal meletak jari telunjuk di bibir.
Ibu Siti mengawal perasaanya ketika ini. Hanya ibu Siti sahaja yang boleh
dijadikan rakan subahat. “Ibu ada ais tak? Kalau mama nampak, keadaan akan jadi
lebih teruk”
Ibu Siti masih tergamam. Memandangnya
Amal berkulit putih, kesan itu memang nampak sangat jelas. “Amal nak beritahu
ibu tak? Bukan sekadar Datin, ibu pun tengah marah sekarang”
Amal mengetap bibir. Melihat wajah
serius ibu membuatkan dia tak berani. “Nanti Amal ceritakan. Ibu boleh tolong
Amal. Sebelum yang lain nampak. Amal tak mahu kecoh-kecoh”
Ibu Siti memeluk tubuh dengan wajah
tak puas hati. Tapi dia anggukan juga kerana Amal berjanji untuk bercerita.
Siapa yang berani buat Amal macam ni? Datin sendiri tak pernah naik tangan. Malah,
sesiapa didalam keluarga ini tidak pernah menyentuh Amal. Nafas turun-naik
menahan marah.
“Ikut ibu”
Tangan ditarik kasar. Amal yang
terkejut hanya menurut. Ibu Siti membawa Amal masuk ke dalam bilik. Kuzer
pulang awal hari ini. Dia perlu berhati-hati agar tidak terserempak dengan anak
sulung Datin.
Amal duduk di katil sementara ibu
Siti membuka almari dan kemudian mengeluarkan first aid bersaiz kecil yang sentiasa disimpan. Dia kemudian duduk
disebelah Amal tanpa bicara. Amal sekadar memerhati. Pertama kali lihat ibu
Siti seperti ini. Marahkah dia?
Kapas putih yang diambil, disampukan
ke pipi dengan iodine. Amal menahan rasa perit. Boleh tahan juga penangan kak
Nisa. Rasa nak senyum pun tak mampu sekarang.
“Sakit?” ibu Siti bersuara,
perlahan. Amal mengangguk. “Siapa yang berani buat kamu macam ni?” wanita itu
menyoal, geram. Sesuka hati tampar anak orang!
“Salah faham je, bu” Amal menjawab.
Dia tak mahu memanjangkan cerita. “Salah faham sampai tampar kamu? Salah faham
apa, Amal?”
Amal diam sekejap. Ibu Siti
meletakkan kapas yang telah digunakan ke tepi dan melihat pipi Amal. Kesan itu
akan ambil 1 atau 2 hari untuk hilang. Keluhan dilepaskan. “Baik kamu ceritakan
semuanya sebelum ibu beritahu Datin”
Kepala diangkat pantas. Ibu Siti
menayang wajah serius. Amal hilang punca. Nampaknya, ibu Siti lebih menakutkan
daripada yang lain. Tanpa punya pilihan, dia menceritakan semuanya. Sesekali
wajah ibu Siti berubah namun akhirnya dia hanya mampu mengeluh.
“Sebab itu je? Kenapa sampai tampar
kamu?”
“Dia terkejut agaknya. Benda dah
jadi, bu. Sudahlah. Amal tak mahu panjangkan cerita. Lagipun, Hannah anak kawan
baik mama”
Ibu Siti mendengus tak puas hati.
“Ibu tak marahkan Hannah. Budak perempuan itu yang buat ibu geram. Kenapa yang
pergi tampar kamu? Depan orang ramai pula tu. Kalau along kamu tahu ni….”
Ayat tidak dihabiskan. Ibu Siti
hanya kembali menggeleng. Amal mengetap bibir. “Ibu tolong Amal ye. Jangan
beritahu sesiapa. Amal tak mahu buat kecoh”
Tangan ibu Siti dipegang sambil
membuat wajah kasihan. Ibu Siti mengeluh, berat. Dia tahu Amal tak mahu
mengeruhkan keadaan. Tapi, hatinya geram setiap kali melihat kesan di pipi
Amal.
“Kamu ni baik sangat, Amal. Jangan
sampai orang buli kamu pula”
Amal memberi senyuman. Dia tahu ibu
Siti sudah mengalah. Lengan wanita itu dipaut dan kemudian kepala dilentok di
bahunya. “Tak apa. Ramai lagi yang sayang Amal dalam dunia ini”
“Budak bertuah!”
Ibu Siti tersenyum nipis. Amal
sentiasa tahu untuk memujuk hatinya. Kerana itulah, dia jatuh sayang kepada
gadis ini. “Biarkan dulu ubat itu. Kalau perit lagi, beritahu ibu. Biar ibu
tekap dengan ais pula”
Amal mengangguk. Dia rasa bertuah
sangat disayangi oleh ramai orang termasuklah ibu Siti. “Malam ini, Amal kena
duduk bilik. Ibu tolong ye?”
Dia mengangkat muka semula untuk
memandang ibu Siti. Wanita itu mengangguk walaupun kelihatan tak puas hati.
Amal memberi senyuman sebagai tanda terima kasih.
*****************************
“Jadi, sepanjang hari kau memerap
dalam bilik? Mama kau tak pelik pula?”
Amal menghirup vitagen oren yang
dibeli sambil menggeleng. Una kerut dahi. Aneh sungguh. “Ibu tolong cover untuk aku”
Sengihan diberi dengan rasa bangga.
Una mencebik. Patutlah. Ada rakan subahat rupanya. Mereka berjalan menyusuri
koridor yang semakin legang. Waktu khuliah sudah tamat 10 minit yang lepas.
Una mengerling kearah Amal. Kesan
sudah hilang sepenuhnya. Nasib baik. Dia menarik nafas lega. “Tapi aku
peliklah”
Kali ini, Amal pula memandangnya.
“Apa?”
“Macam mana kau tahu Kai abang aku?”
Bila ingatkan semula, memang
terkejut juga. Rasanya, Amal tak beritahu sesiapa mengenai hubunganya dengan
Kai. Macam mana Una boleh tahu?
Temanya itu memberi sengihan. “Waktu
Kai tiba-tiba tarik kau dahulu. Aku dah syak sesuatu. So, aku jalankan siasatan sendiri. Bukan susah pun” dia menjungkit
bahu. Amal hanya mampu melepaskan tawa dengan rasa kagum.
“Kau memang ada bakat jadi detektif.
Menakutkan”
Una ketawa kecil. “Sebab aku
berkawan dengan perahsia macam kau”
Amal menayang gigi. Una mencebik
sebelum turut tersenyum. “Pandai sungguh kau simpan rahsia. Patutlah kau
pandang sebelah mata je Kai tu. Abang sendiri rupanya”
Bahu Amal dipaut. Memang kagum
sangat bila tahu semuanya tentang Amal. Namun Una juga tahu sebab Amal
rahsiakan semua itu. Semua kenyataan itu takkan mengubah pandanganya tentang
siapa Amal sebenarnya.
Mereka berjalan kearah pintu pagar
sambil berbual. “Alyn!”
Suara itu membuatkan kedua-duanya
menoleh. Amal tergamam melihat Farah berdiri di tengah-tengah kawasan pintu
pagar sambil memegang sampul surat berwarna koko dengan airmata yang mengalir
membasahi pipi. Una memandang Amal yang kaget.
“Alyn” dia memanggil lagi. Kaki
dibawa walaupun rasa gementar menguasai diri ketika ini. Sehingga sekarang,
semua ini sukar sekali untuk dipercayai. Sangkaanya memang benar. Alyn belum
mati! Alyn sahabatnya masih hidup dan berdiri dihadapanya ketika ini!
“Fa…Farah” suara sedikit tersekat
apabila Amal sedar daripada rasa terkejut. Dia tergamam semula apabila Farah
terus berlari dan memeluknya dengan erat. Una disebelah juga terkejut.
“Alyn” dia memanggil dengan esakan
kecil. Amal terdiam. Farah rindukan Alyn ke? Macam mana Farah tahu kolej aku?
Seketika kemudian, Amal
merenggangkan pelukan. Dia melihat Farah menyeka airmata. Helaan nafas
dilepaskan. “Kenapa? Ada sesuatu yang berlaku ke?”
Pandangan sedikit kabur namun dia
mampu melihat. Senyuman sebak diukir. Terasa seperti bermimpi. Benarkan semua
ini? Aku tak mimpi ke? Farah berharap semuanya adalah realiti. Amal semakin
risau.
“Farah” lengan gadis itu digoncang
lembut. Farah kembali tersedar. Senyuman semakin mekar. “Memang betul tekaan
saya. Awak memang Alyn. Awak belum mati. Makcik Sarah tipu! Awak masih hidup”
“Apa?” kali ini suara Una kedengaran
kerana terkejut. Farah mengangguk. Dia kemudian menghulurkan sampul yang
dipegang kepada Amal.
“Saya ambil DNA awak dan pakcik
Hussain. Hampir 2 minggu juga saya tunggu. Hasilnya memang menggembirakan. Awak
adalah Alyn!”
Amal terdiam. Una menekup mulut
dengan mata semakin besar. Walaupun dia tak berapa faham apa yang ditulis namun
keputusan yang dinyatakan sudah cukup memberitahu semuanya. Una memandang Amal
yang masih membisu.
“99.9% sama” Una bersuara dengan
rasa tidak percaya. Farah mengangguk. Alyn adalah Amal. Rasa hatinya memang
tepat. Mereka adalah orang yang sama.
“Amal!” Una cuba mengerakkan Amal
yang masih tidak memberi reaksi. Amal menoleh. Ternyata, dia sangat bingung
sekarang ini. “Kau okay tak?”
Dia kembali memandang slip yang
diberi sebelum mengangguk. Una semakin risau. Amal benar-benar okay ke? Farah
mengetap bibir dengan rasa cemas. Amal nampak bingung? Dia tak suka ke dengan
kenyataan sebenar ni?
“Aku….saya….tak…..hmmm”
Una mengangguk. Bahu Amal ditepuk
lembut. Pasti semua ini memberi kesan mendalam untuk Amal sekarang. “Farah”
Gadis itu memandangnya. Una memberi
senyuman nipis. “Boleh awak beri Amal masa? Banyak perkara yang perlu
difikirkan sekarang. Tolong jangan paksa dia. Boleh ‘kan?”
Farah segera mengangguk. Dia faham
Amal pasti dalam dilemma. Cukuplah jika dia tahu Amal adalah Alyn. Sahabat
baiknya masih belum mati. Tangan Amal digenggam erat. Farah mengukir senyuman
apabila Amal memandangnya.
Tapak tangan dibuka semula. Seutas
rantai silver yang diberikan Farah
berada ditanganya ketika ini. “Ini milik awak. Rantai persahabatan. Walauapapun
yang berlaku, saya nak awak tahu yang saya gembira awak masih hidup”
Farah memberi senyuman semangat.
Amal mengangguk. Rantai tersebut digenggam erat. “Terima kasih”
*******************************
Diri benar-benar rasa tidak bermaya
ketika ini. Kaki melangkah tanpa tahu kemana arah yang harus dituju. Berita
yang dibawa benar-benar mengejutkan dirinya. Terasa dunianya kelam tiba-tiba.
Dia berperang dengan perasaan sendiri. Samada gembira mahupun sedih. Amal
taktahu apa yang harus dilakukan olehnya sekarang.
Una yang mengekori dibelakang hanya
mampu membisu. Dia mahu memberi Amal ruang sendiri namun dalam masa yang sama,
dia turut merasa risau. Kerana itu dia mengekori Amal dari belakang.
Pandangan terasa semakin kabur.
Airmata mulai mengalir dari hujung mata. Keluhan berat dilepaskan. Terasa
sesuatu yang menekan dadanya ketika ini. Nafas juga seperti sukar untuk
dilepaskan.
Kaki berhenti tiba-tiba. Amal
merenung ke atas untuk menghalang airmata daripada mengalir. Dia tersedak
beberapa kali. Una merapatkan diri. Bahu Amal dipegang lembut. Dirinya turut
sebak melihat Amal cuba sedaya-upaya menahan perasaanya ketika ini.
“Mal”
Mata Una sudah bergenang. Amal
memberi senyuman terpaksa. “Memang benar tekaan aku. Aku bukan anak mama dan
papa. Aku anak angkat. Aku bukan anak kandung mereka. Mereka bukan along dan
Kai”
Bibir diketap. Una hanya mampu
menangis. Amal menelan air liur yang terasa perit. Hatinya bagai dihiris satu
demi satu. Terlalu perit sehingga dia tak mampu bernafas ketika ini.
“Mereka bukan keluarga aku, Una.
Mereka bukan keluarga aku”
Una mengeggam erat bahu Amal yang
sudah menangis teresak-esak dihadapanya. Una turut menangis. Kali pertama lihat
Amal seperti ini. Dia taktahu apa yang harus dilakukan sekarang untuk memujuk
Amal yang terluka.
“Sabar, Amal. Mungkin ada hikmah
semua ini. Kau jangan menangis macam ni. Aku takut sangat”
Amal masih menangis. Dia perlukan
luahkan segala perasaanya ketika ini. Hujan yang tiba-tiba turun seolah-olah
mengerti perasaanya ketika ini. Kenyataan yang terlalu perit untuk diterima.
Mereka tiada hubungan darah. Mungkin sebab itulah, semua orang cuba merahsiakan
semuanya termasuklah Kai.
“Aku yang berangan. Aku ingat aku
punya segala-galanya didunia ini. Aku ingat aku orang pAlyng bertuah kerana
punya keluarga yang menyayangi aku. Rupa-rupanya, semua itu hanya mimpi”
Una memeluk Amal dengan erat.
Tangisan Amal semakin kuat. Una terasa hatinya bagai dijerut melihat keadaan
Amal sekarang. Tentu sukar buat Amal untuk menerima semua ini. Tiada sesiapapun
yang mampu memahami perasaan Amal ketika ini.
Amal membenamkan kepala di bahu Una.
Dia masih ingin menangis namun diri sudah merasa lelah. Dia sudah penat untuk
menangis. Semakin dia menangis, semakin hatinya terasa berat. Mata dipejam
sambil cuba mengawal pernafasan.
Mama bukan mama Amal. Papa juga.
Along dan Kai bukan abang-abang Amal. Kenapa? Kenapa mama bawa Amal dalam
keluarga mama? Kenapa mesti Amal yang lalui semua ini, ma? Kenapa mama dan papa
tak boleh jadi keluarga Amal yang sebenar? Kenapa?
Biar beribu soalan sekalipun,
kenyataanya tetap sama. Tiada apa lagi yang perlu disoal jika semuanya sudah
terbukti. Una mengusap belakang Amal untuk menenangkan temanya itu. Amal
sedikit tenang berbanding tadi namun tiada siapa tahu apa yang didalam hatinya
ketika ini

alaaaa...sedih la pulak...cam ne la reaksi keluarga angkat amal ni ye pasni...kesiannyaaaa
ReplyDeletebest...
ReplyDelete