“Ini okay. Ini pun okay. Oh, ini
nampak comel. Kamu tak suka pink kan?
Ini okay tak?” dia melihat mama sibuk memilih baju untuknya dengan rasa teruja.
Amal hanya mampu tersenyum. Sempat mengerling kearah jurujual wanita disebelah
yang ketawa kecil melihat gelagat mama.
Keluhan dilepaskan. Amal kembali
memandang mama. “Semuanya cantik. Macam mana ni?” mama menyoal dengan wajah
risau. Amal mengukir senyuman.
“Jangan beli banyak-banyak. Nanti
papa bising”
Datin Nora mencebik. Tapi semuanya
kelihatan sesuai dengan kulit Amal yang putih. Dia memang rambang mata sekarang
ini.
“Kalau kamu simpan rahsia, mama
tambah duit sekolah. Deal?” dia
mengenyit kening. Amal ketawa bersama jurujual yang melayan mereka. “Ma…..”
“Jangan salahkan mama. Kamu
satu-satunya anak perempuan mama. Along dengan Kai semuanya dah besar. Tak mahu
mama pilihkan pakaian lagi. Kamu je harapan mama”
Amal hanya mampu menggeleng. Namun
hatinya terasa pedih sedikit. Betulke Amal anak perempuan mama? Kalau semuanya
terbongkar nanti, mama masih anggap Amal anak perempuan mama ke?
Datin Nora memandang gadis yang
sabar melayan karenah mereka. “Apa pendapat awak? Semuanya cantik untuk anak
saya ‘kan?”
Darah terasa menyerbu ke muka.
“Mama!”
Datin Nora buat tak dengar. Gadis
itu mengangguk. “Datin ada anak perempuan yang cantik. Semuanya sesuai”
“See?
Dia pun setuju. Kalau macam tu, saya ambil semua ni”
Amal tergamam. “Baik, Datin” dengan
pantas, baju-baju itu diambil. “Ma!”
“Shhhh.
Jangan beritahu papa” dia mencuit hidung Amal sebelum berlalu ke kaunter
untuk membuat pembayaran. Amal melepaskan keluhan. Mama kalau shopping, memang susah nak dihalang.
Semuanya dia nak beli.
Akhirnya, dia duduk di kerusi yang
disediakan sementara menunggu mama membuat pembayaran. Mata yang memerhati di
luar kedai, melihat kelibat Kai masuk bersama beberapa beg barang berjenama.
Dia menghampiri.
“Mama?”
“Kaunter. Bayar baju”
Kai menjenguk melihat mama sedang
berbual dengan cashier yang bertugas.
Dia mengambil tempat disebelah Amal yang nampak tak gembira.
“Kenapa? Sakit ke?” dia menyoal.
Sejak kes Amal buat kek untuknya, Kai berubah sedikit. Dia sedar Amal tak
seharusnya dilayan seperti itu. Namun tabiat lama memang susah nak buang.
Kadang-kadang, dia masih dingin dengan gadis ini.
Amal menggeleng. “Mama borong semua
baju. Papa mesti bising”
Kai tersenyum. “Macam tak kenal.
Tambah-tambah untuk kau. Lagi banyak dia borong” mama, mama. Patutlah papa
selalu bebel. Kalau babitkan Amal, semuanya okay.
“Amal tak layak untuk itu” perlahan
dia bersuara. Kai menoleh. Dia macam dengar tapi kurang yakin. Apa yang cuba
Amal katakan?
“Eh, Kai dah ada sini?”
Mereka sama-sama bangun melihat mama
menghampiri. Amal segera mengambil beg yang dipegang mama. “Semuanya dah beli?”
Kai mengangguk. Dia hanya perlukan
beberapa helai sahaja. “Lapar tak?” mama menyoal. “Nak makan Pizza?”
Amal hanya tersenyum memandang Kai
yang turut memberi reaksi yang sama. “Mari. Lama kita tak keluar macam ini
‘kan?”
**********************************
Tubuh disandar di dinding sambil
mata merenung flat yang dipakai. Dia
sedang menemani mama yang hendak ke tandas sebelum mereka ke Pizza Hut. Muka
kemudian diangkat apabila terasa seseorang melintasi.
Jam tangan di lihat. Apa mama buat
lama dalam toilet ni? Rasa bosan
menjengah. Dia melangkah keluar. Kelibat Kai juga masih tidak kelihatan. Dia
melihat kedai cenderahati berhampiran. Kaki dibawa melangkah kearah kedai
tersebut.
“Awak”
Dia menoleh apabila terasa bahunya
disentuh seseorang sebelum sempat dia masuk ke dalam kedai tersebut. Amal kaget
melihat 2 lelaki tersenyum memandangnya.
“Nak minta nombor telifon boleh?”
lelaki yang memakai cap itu menyoal.
Amal tergamam. Mereka tak kenal, kenapa minta nombor aku?
Teman disebelah meletakkan tanganya
disebelah lelaki itu. “Saya Azim. Ini kawan saya Naim. Dia nampak awak dari
Forever 21 lagi. Awak comel”
Amal masih berdiri, tidak bergerak.
Dia taktahu reaksi bagaimana yang harus diberi. Kali pertama lelaki
menghampirinya. Di kolej ada juga dilihat memerhatinya namun tiada siapa yang
berani menghampiri.
“Saya Naim Hafiz. Awak?”
Tangan dihulur. Amal jadi kaget. Apa
aku nak buat ni? “Amal!” suara itu buat dia memandang ke belakang mereka
berdua. Rasa lega sangat bila lihat Kai menghampiri dengan wajah tegang.
2 lelaki itu turut menoleh. Kai
segera mendapatkan Amal yang nampak tak selesa. “Korang buat apa ni?”
Mereka nampak kaget. “Tak, bang.
Kami nak minta nombor dia. Abang siapa?”
Kai mendengus. Tak padan dengan
budak-budak. Ada hati nak menggatal. “Aku abang dia. Korang takda kerja lain ke
hah?”
Mereka berpandangan, terkejut dengan
nada suara Kai. “Jom. Mama tengah cari” tangan Amal ditarik sebelum berjalan
meninggalkan mereka yang terkebil-kebil. Amal memandang Kai disebelah.
“Susah betul. Tinggal sekejap je,
terus ada orang minta nombor telifon” dia membebel sendiri. Amal mengawal diri
dari tersenyum. Tak sangka Kai ambil berat tentangnya. Selalu, dia buat taktahu
je.
Kai mengerling disebelah. Ada adik
seorang pun susah nak jaga. Tahulah comel dan memang dia ramai peminat pun.
Tapi kenapa kau yang terbakar, Kairil Adam?
Kai mendengus. Sebab aku abang dia!
**********************************
Suasana didalam kereta senyap
sahaja. Hanya kedengaran suara mama yang sedang berbual dengan Pak Mat
disebelah. Mama memang tak mementingkan status. Dia menganggap Pak Mat dan ibu
Siti macam keluarga. Kerana itu, Amal semakin kagum dengan sikap mama dan papa.
Tapi masalah bukan mama. Dia menoleh
kearah lelaki disebelah yang membisu sejak peristiwa di mall tadi. Langsung tak bercakap. Asyik tayang muka takda perasaan
itu je. Amal buat muka.
Bukan salahnya kalau mereka yang
datang dan minta nombor. Dia sendiri tak memberi. Kenapa Kai yang nak naik
angin? Tak faham betul. Tubuh disandar di kusyen dengan rasa sebal. Give up je la Amalina Imani oi. Kau
memang takkan pernah faham angah kau ni!
“Cuti semester kamu nanti, mama nak
suruh papa dan along cuti. Sudah lama kita bercuti sekeluarga ‘kan?”
Mama menoleh memandang mereka. Amal
mengangguk. “Kamu nak pergi mana?”
Amal menoleh kearah Kai yang sudah
menyumbat telinga dengan beats kesayangan.
Dia kembali memandang mama. “Amal tak kisah. Janji kita sekeluarga”
Datin Nora tersenyum. “Baiklah.
Nanti mama rancang dengan papa. Along boleh tolong survey”
Mama kembali memandang ke hadapan.
Amal kembali menoleh. Dia rasa tertekan dengan sikap Kai sekarang. Seolah-olah,
Kai menghukumnya dengan tidak bercakap seperti ini. Penuh hati-hati, dia
menolak beat ditelinga.
Kai menoleh. Amal buat muka tak
bersalah. “Sorry” dengan wajah habis
comel, dia meminta maaf. Kai masih memandang, tidak perasaan. Amal mendengus.
“Bukan salah Amal. Dia orang yang
tiba-tiba datang. Janganlah marah lagi”
Kai menyumbat semula beat dengan wajah yang serius. Amal
mencebik. Dingin sungguh. Hati tu kerasa sangat. Buat dari apa hah? Akhirnya,
dia ambil keputusan untuk mengalah. Kepala disandar di kusyen dan dia
memejamkan mata.
Apabila dirasa Amal sudah terlelap,
barulah Kai menoleh memandang. Senyuman nipis diukir. Pasti Amal merajuk.
Biarkan dia. Lepas ini, dia harap Amal berlajar. Jangan cepat terpedaya dengan
lelaki. Kai menggeleng. Dia kaget apabila kepala Amal terlentok di bahunya
dengan hembusan nafas yang tenang.
Datin Nora menoleh ke belakang
apabila terasa suasana agak sunyi. Dia tersenyum melihat Amal yang sudah
tertidur berbantalkan bahu Kai.
“Tidur dah dia?” Kai menoleh
memandang mama. “Letih sangatlah tu. Kamu jangan kejutkan dia. Biar dia tidur
sampai rumah”
Kai hanya mengangguk. Datin Nora
memandang anak terunanya. Dia tahu Kai menyayangi Amal tapi dia sukar nak
tunjukkan. Tak seperti along yang melayan Amal seperti adiknya.
“Kai” dia bersuara, lembut. Kai
memandang. “Amal adik kamu. Walauapapun yang berlaku, dia adalah adik kamu.
Janji dengan mama yang kamu akan melindungi dia”
Kai tergamam. Kenapa mama cakap
macam tu? Teragak-agak dia mengangguk. Datin Nora kembali tersenyum. “Amal anak
mama. Dia akan tetap jadi anak mama selama-lamanya”
Perlahan dia menutur takut Amal
terdengar. Datin Nora melepaskan keluhan perlahan. Pak Mat terdiam. Kai taktahu
nak cakap apa-apa. Datin Nora kembali memandang jalan raya dihadapan. Kai kembali
memandang Amal.
3 tahun lepas, kerana Amal hilang
ingatan dan usaha mencari ibubapa kandungnya tidak berjaya, Datuk Megat Akasha
dan Datin Nora ambil keputusan untuk mengambil Amal sebagai anak angkat mereka.
3 tahun juga Amal dijaga seperti anak sendiri. Datin Nora yang menginginkan
anak perempuan, menyayangi Amal melebihi anaknya sendiri.
******************************
“Jadi, kau ambil keputusan untuk tak
ambil tahu?”
Una menyoal sewaktu dalam perjalanan
menghadiri ko-kurikulum untuk pelajar semester satu. Amal mengangguk.
“Aku tak mahu lukakan sesiapa” dia
menjawab, perlahan. Mama menyayangi dirinya sepenuh hati. Mungkin ada sebab
mama merahsiakan semua ini. Una mengangguk.
“Tapi macam mana dengan ibu kandung
kau? Kau tak rasa bersalah pada dia?”
Langkah terhenti tiba-tiba. Una
menoleh. “Kenapa kau cakap macam tu?”
Una hanya tersenyum. Tangan ditarik
untuk menghampiri court bola jaring.
Mereka memilih untuk mengambil ko-kurikulum sukan untuk mengeluarkan peluh.
Bola jaring sememangnya pilihan terbaik.
“Andaian aku je ni. Macam mana kalau
ibu kandung kau tengah tunggu kau sekarang? Macam mana kalau dia masih tak
percaya yang anaknya dah meninggal? Apa kau nak buat?”
Amal terdiam. Dalam fikiranya
hanyalah kebahagiaan mama. Langsung tidak terfikir mengenai keluarga sebelah
‘sana’. Una membiarkan Amal yang masih berfikir sambil menarik tanganya kearah
kumpulan pelajar yang sudah sampai terlebih dahulu.
Mereka kemudian duduk didalam
kumpulan tersebut sementara menunggu pengerusi kelab untuk hadir. Una melihat
Amal yang masih membisu. Dia membiarkan sahaja. Una mahu Amal berfikir dengan
matang kerana perkara ini bukan semudah yang disangka.
“Hey
girls”
Mereka menoleh sebaik mendengar
suara itu. Kelihatan seorang perempuan berambut panjang diikat ekor kuda dengan
pakaian sukan menghampiri mereka. Una dan Amal berpandangan. Gaya macam nak
pergi runaway. Ini ke pengerusi kelab
ni?
Hannah melihat setiap wajah baru
yang berada dihadapanya ketika ini. Namun ada satu sahaja raut wajah yang
membuatkan dia menoleh kali kedua. Mereka seperti pernah bertemu sebelum ini
tapi dia terlupa dimana.
“Baiklah. Terima kasih kerana
memilih kelab ini. Kami sebagai barisan atasan kelab sangat mengalu-alukan
kehadiran pelajar baru untuk kelab ini”
Suasana sepi. Hanya kedengaran suaranya
sahaja. Senyuman diukir. “Nama I, Hannah Delaila. Panggil je Hannah. No kakak-kakak ye. I bukanya tua sangat
pun”
Una mengukir senyuman nipis. Atau
taknak mengaku diri tua? Dia melihat Amal yang turut tersenyum. “Baiklah.
Aktiviti pertama kita hari ini adalah sesi memperkenalkan diri. Kita mulakan
dengan you yang berbaju biru tu”
“Arghhh.
Lama aku tak main. Tulang pun berbunyi”
Punggung dilabuh ditepi court sebelum mengambil mineral
berhampiran. Mika yang sudah duduk, mengesat peluh menggunakan wristband kesayangan.
“Bila sem akhir ni la baru aku
hargai semua waktu senang-lenang kita dahulu. Dapat pula supervisor cerewet. Aku takut aku yang daftar Tanjung Rambutan
nanti”
Mereka berdua ketawa. “Takpe. Aku
boleh tolong kalau kau tak mampu” bahu ditepuk dengan sengihan menyakat. Dhani
mencebik.
“Tapi seriuslah. Aku sekarang nak
pecah otak fikir final project nanti.
Encik Hisham membebel je setiap kali jumpa aku. Sampai aku nak tengok muka dia
pun aku rasa nak muntah”
Mika dan Kai berpandangan sebelum
tersenyum. “Buatlah draft dulu. Kalau
dia tanya, cakap je draft dah ada.
Memang susah nak dapat idea. Kalau senang, buka sem tu aku dah buat dah”
Dhani lihat Mika mengangguk. “Aku
dengar ada orang nak berangkat habis sem ni. Betul ke?”
Kai menghirup mineral yang dipegang.
Dia pernah dengar mama dan papa berbual. Tapi tak nampak macam serius sangat.
“Entah. Mungkinlah kot”
“Papa kau nak buka cawangan Global
dekat mana pula kali ni?”
Kagum sungguh dengan budak ni.
Kumpulan Global semakin meluaskan empayar mereka namun Kai masih tak berubah.
Begitu juga dengan keluarganya. Mereka sentiasa merendah diri dan tidak
pentingkan status seseorang.
“Europe.
Aku sendiri tak pasti. Tapi ada dengar along bercakap dengan papa aku dulu”
Mereka mengangguk. “Habistu? Amal?”
“Kau nak aku tinggal dia ke? Mahu
meraung mama dibuatnya”
Kai turut ketawa. Tak mampu dibayang
jika mereka pergi tanpa Amal. Orang yang paling terkesan nanti pastinya mama.
“Family
dia tak cuba cari dia ke? Sampai sekarang diam macam tu je. Ada ke parents yang tak risau bila anak dia
hilang?”
Dhani menyoal, aneh. 3 tahun berlalu
namun langsung tiada berita tentang keluarga Amal. Seolah-olah, mereka memang
membuangnya. Tapi apa salah Amal? Budak tu nak bercakap dengan orang pun takut.
“Entahlah. Mama aku tak bagi kami
ungkit pun benda ni. Dia dah anggap Amal macam anak dia. Aku pun tak mahu mama
aku sedih sebab hal ini”
Mika mengangguk. Dia lihat sendiri
betapa sayangnya auntie Nora pada
Amal. Orang luar pasti tak mampu meneka bahawa Amal bukan anak kandungnya. “Macam
mana kalau tiba-tiba family dia
datang dan nak ambil dia semula?”
Dhani mengurut dagu, berfikir.
Kemungkinan tu ada. Tapi bersediakah keluarga Kai untuk menerima perkara itu?
Kai diam, tidak bersuara. Mereka
hidup dengan tenang selama 3 tahun ini. Tapi benar kata Dhani. Kemungkinan
untuk keluarga Amal kembali mencari masih tinggi. Dia kemudian bangun,
membuatkan Mika dan Dhani terpinga-pinga.
“Siapa tak score, belanja Venus malam ni”
Senyuman diberi. Dhani dan Mika
bingkas bangun. Sambil ketawa, mereka masuk semula ke dalam pasukan futsal
kolej.
*************************************
Apa kau buat dekat sini, Amal? Bukan
kau dah buat keputusan untuk teruskan hidup seperti sekarang? Kenapa kau ke
sini pula?
Lobby
hotel dipandang dengan pelbagai perasaan. Kalau dia tak berjumpa gadis itu
lagi, Amal akan buat keputusan untuk melupakan semuanya dan teruskan hidup
seperti sediakala. Dia kesini pun kerana kata-kata Una tadi.
Macam
mana kalau ibu kandung kau tengah tunggu kau sekarang? Macam mana kalau dia
masih tak percaya yang anaknya dah meninggal? Apa kau nak buat?
Kata
Una ada benarnya. Dia berlaku tidak adil kepada keluarga sebelah ‘sana’.
Mungkin mama masih menanti kepulangan. Walaupun sehingga sekarang Amal tak
mampu mengingati kehidupan sebelum dirinya kemalangan.
Kaki diatur kearah restoran yang
terletak berhampiran lobby. Hanya
kelihatan orang-orang koprat sahaja yang duduk sambil berbual dengan pakaian
formal. Amal masih berdiri dihadapan pintu masuk. Hatinya tak mampu mengerakkan
kaki untuk melangkah masuk. Seolah-olah, ada sesuatu yang melarangnya.
“Aduh” tubuh dilanggar seseorang.
Amal menoleh. Kaget sekejap melihat gadis itu berdiri bertentangan dengan wajah
terkejut. Air liur ditelan walaupun terasa pahit.
“A….lin?” dia bersuara,
teragak-agak. Amal menghela nafas. Inikah takdir untuknya? Mereka dipertemukan
seperti ini? “Saya ada banyak perkara yang ingin ditanya. Awak ada masa?”
Farah kaget sekejap. Dia masih terkejut
melihat Alin berdiri dihadapanya ketika ini. Rasa rindu membuak-buak. “Boleh?”
Dia tersedar. Farah melihat jam
ditangan. Waktu kerjanya sudah tamat. Pantas dia mengangguk. “Boleh. Awak nak
cakap dekat sini ke?”
Amal hanya mengangguk. Mereka masuk
bersama-sama sebelum mengambil tempat yang kosong. Amal duduk dihadapan Farah
yang membisu. Seketika kemudian, mereka didatangi seorang pelayan lelaki.
“Boleh saya ambil pesanan?” dia
menoleh kearah Farah. “Oi. Kau dah habis shift
‘kan? Cakap tadi nak pergi hospital?”
Amal memandang mereka berdua.
Hospital? Farah memberi senyuman nipis. Aishh,
Naim ni. Sibuk betul. Amal masih memerhati. Dia seperti pernah melihat
lelaki ini namun terlupa dimana.
Naim memberi senyuman bersama lesung
pipit. “Aku ada hal. Kau sibuklah. Aku taknak minum”
Farah mendengus. Naim kemudian
mengalih pandang kepada gadis comel dihadapan Farah. Dia kaget sekejap. Eh, dia
ni? “Awak!”
Amal sekadar memberi senyuman
seikhlas mungkin. Senyuman Naim semakin mekar. Kecilnya dunia. Macam mana Farah
kenal dia? “Kau orang kenal ke?”
Naim mengangguk. Amal menggeleng.
Farah kerut dahi. Mana satu betul ni? Naim ketawa, kecil. “Sorry. Awak mesti terkejut pasal kes hari itu. Sebenarnya, itu kali
pertama saya minta nombor telifon perempuan. Saya minta maaf”
Amal mengangguk. Dia kelihatan jujur
jadi Amal tak mahu memanjangkan cerita. Farah semakin tak faham. Apa yang dia
orang ni cakapkan? “Awak nak minum apa? Saya belanja hari ni”
Farah tergamam. Amboi! Aku kawan
dengan dia dari sekolah menengah. Sekali pun tak belanja. Tengok perempuan
cantik, terus nak belanja? Farah menyiku perut Naim. Lelaki itu mengaduh sakit.
Amal tersenyum sedikit. Mereka nampak rapat.
“Apahal kau siku aku?”
“Kami tak perlu minum. Sekarang,
boleh tinggalkan kami berdua tak?” dia bersuara dengan rasa geram. Naim
mencebik namun kembali memaniskan muka apabila memandang gadis dihadapan Farah.
“Kalau apa-apa, jangan segan-segan
panggil saya ye?”
Amal hanya mengangguk dengan
senyuman. Naim terpukau. Jantungnya berdebar. Kali pertama dia merasa semua
ini. Farah menggeleng. Budak ni dah angau ke? “Ehem!”
Naim kembali tersedar. Dia menggaru
kepalanya dengan sengihan sebelum berlalu. Farah menggeleng. Tak pernah Naim
buat perangai macam ni. Dia betul-betul sukakan Alin ke?
Farah kembali fokus kepada Alin
dihadapanya yang nampak sedikit tenang berbanding tadi. Senyuman diukir. Dia
membalas, kekok. “Maaf. Dia memang macam tu. Tapi dia lelaki yang baik”
Amal hanya mengangguk. Kini, dia
kembali tumpu kepada Farah. “Apa yang awak nak tanya saya?” Farah menyoal,
memulakan perbualan. Amal diam sekejap. Dia sudah mengatur soalan yang ingin
ditanya namun apabila bertemu, otaknya tiba-tiba blank.
“Kenapa saya panggil awak Alin?”
Farah menyoal lagi. Amal mengangguk. “Kawan awak tu….dia dah meninggal ‘kan?”
Wajah Farah berubah sedikit. Amal
diam memerhati. “Saya tak percaya. Terlalu banyak keraguan tentang kematian
dia. Hati saya mengatakan yang dia masih hidup”
“Kenapa awak cakap macam tu?”
Farah menghela nafas. Dia sangat
mirip Alin. Terlalu mirip sehingga kali pertama bertemu, Farah rasa macam dia
lihat hantu. Namun, yang bezanya adalah watak mereka. Alin gadis yang ceria. Walaupun
sering dilukai oleh makcik Sarah dan kak Lisa, dia masih mampu mengukir
senyuman dihadapanya.
“Makcik Sarah cakap dia kemalangan
kereta. Masalahnya, Alin tak ada lesen kereta pun. Tapi, polis cakap dia jumpa
IC Alin pada mayat yang jatuh gaung tu. Mayat tu terbakar teruk. Makcik Sarah
cakap dia curi-curi bawa kereta pakcik Hussain”
Farah mengetap bibir. Terbayang
bagaimana keadaan di hospital waktu itu. Dia hampir tidak cukup nafas menangis
apabila mereka melihat mayat Alin. Teruk sangat sehingga dia mimpi ngeri selama
seminggu. Tapi yang paling menyedihkan adalah melihat keadaan pakcik Hussain.
Alin satu-satunya zurait pakcik Hussain dengan makcik Diyana. Dia sendiri sebak
melihat pakcik Hussain menangis disisi mayat Alin waktu itu.
“Siapa makcik Sarah dan pakcik
Hussain?”
Dia kembali ke realiti. Farah
sedikit kecewa. Betulke, dia bukan Alin? Kenapa dia tak ingat siapa mereka?
“Nor Alina binti Hussain. Dia ayah Alin. Makcik Sarah pula ibu tiri dia. Lisa
pula kak tiri Alin, anak makcik Sarah dengan suami yang dahulu”
Amal mengangguk. “Mama Alin?”
Farah terdiam sekejap. Bila
bercerita macam ni, baru dia merasa betapa sedihnya kehidupan sahabatnya itu.
Demi kasih seorang ayah, dia telan semua penderitaan. Demi kerana sayangkan
ayah, dia mengunci mulut mengenai layanan buruk yang diberi mereka. Kasihanya
Alin!
“Meninggal. Waktu dia 12 tahun”
Suasana sepi tiba-tiba. Amal masih
cuba memahami cerita yang Farah sampaikan ketika ini. Alin? Siapa dia
sebenarnya? Namun dia lalui kehidupan yang sangat menyedihkan. Kehilangan
seorang ibu diusia yang muda dan mampunyai ibu dan kakak tiri. Bagaimana mereka
melayanya?
“Awak….Amal?” Farah pula bertanya.
Dia mendengar gadis ini membahasakan dirinya Amal sewaktu berbual di tandas
dahulu. Malah, dia juga kelihatan terkejut apabila Farah memanggilnya Alin.
“Amalina Imani” dia menjawab
perlahan. “Saya anak bongsu daripada 3 beradik. Saya minta maaf, Farah. Saya
bukan Alin. Mungkin Alin benar-benar meninggal kerana kemalangan itu”
Wajah Farah berubah, muram. Dia tahu
semua itu. Namun hatinya masih tidak mampu menerima hakikat yang sebenar.
Ditambah lagi dengan keadaan pakcik Hussain yang tidak sihat kerana merindui
Alin.
Amal rasa bersalah. Dia tahu Farah
pasti berharap Alin masih hidup. Sebenarnya, Amal kagum dengan hubungan
persahabatan mereka. Farah terlalu menyayangi Alin. Dia mampu melihat semua
itu. Betapa beruntungnya Alin.
“Awak….okay?” dia menyoal,
berhati-hati. Farah diam sekejap sebelum wajah diangkat dan senyuman diukir.
Amal kaget sekejap. Terasa seperti dia pernah melihat senyuman itu. Senyuman
bersama rasa perit yang membuatkan dia turut merasa ingin menangis.
“Mungkin inilah hakikatnya. Hikmah
saya bertemu dengan awak adalah untuk menenteramkan hati saya bahawa Alin sudah
meninggal. Sahabat, saudara dan segala-galanya untuk saya itu sudah tiada
didunia ini”
Amal lihat Farah menyeka hujung
mata. Dia tumpang simpati. Tentu sukar menerima kenyataan orang yang kita
sayang sudah tiada. Lebih perit apabila dia pergi dengan cara seperti itu. Amal
berharap Farah mampu menerima semua ini dengan tabah.
“Tapi, saya nak minta tolong awak
boleh? Saya tahu saya tak layak minta pertolongan ini. Tapi, ini bukan untuk
saya. Ini untuk seseorang yang sangat penting untuk Alin”
Wajah Farah dipandangan dengan
persoalan. Farah menghela nafas, serius. Adakah ini jalan yang terbaik?
Bagaimana jika harapan pakcik Hussain naik semula? Mereka tak boleh
selama-lamanya menipu lelaki itu. Namun, dia juga faham perasaan pakcik
Hussain. Alin anak kesayanganya. Pemergiaan Alin ibarat membawa separuh
daripada semangatnya bersama.
“Pertolongan apa?”
*******************************************
Senyuman diukir bersama jantung yang
berdebar. Hannah memegang dada untuk menenangkan jantungnya ketika ini. Kerana
itulah, sehingga sekarang dia masih menanti. Hanya lelaki ini yang mampu
membuat jantungnya seperti ini. Biarpun ramai yang berbaris untuk cuba merebut
hatinya namun dia tak kisah. Kerana hatinya sendiri bukan miliknya lagi.
Kaki diatur perlahan. Sejak kecil,
dia hanya memandang lelaki ini. Walaupun dia bertemu ramai lelaki namun lelaki
ini sahaja yang berada di tempat paling istimewa dihatinya. Namun, malangnya
lelaki ini hanya menganggapnya tak ubah seperti saudara sendiri. Satu-satunya
lelaki yang dia mahu adalah satu-satunya lelaki yang takkan dia miliki.
Dia tiba disisi lelaki itu. Dengan
lembut dia mengambil tuala yang berada diatas bangku rehat dan melipatnya. Kai
menoleh dan dia tidak terkejut melihat Hannah sudah duduk dibangku dan membantu
mengemas untuknya.
Senyuman diukir untuk lelaki yang
memiliki hatinya sejak kecil lagi. “Dah habis training?” dia menyoal, lembut. Kai menanggalkan wristband yang dipakai tadi. Terasa lega
kerana dapat mengeluarkan peluh.
“Tak ada latihan kelab ke?” dia
menyoal sambil membuka tudung botol mineral. Hannah menggeleng. “I tetapkan
tiap hari Rabu petang je”
Kai mengangguk. Dia melihat Dhani
dan Mika yang berpatah balik ke dalam court
apabila melihat mereka berdua. Tak guna! Dia mengutuk mereka yang sempat
memberi sengihan sebelum berpatah balik.
Hannah masih tersenyum. Dia
menyimpan pula baju yang dibawa. Terasa seperti seorang isteri yang sedang
mengemas barang untuk suaminya ketika ini. Hatinya berbunga, bahagia.
“I nak ajak you dinner malam ni. Minggu depan, family
kita akan bertemu ‘kan?”
Kai menoleh. Hannah masih mengemas
beg miliknya. Keluhan dilepaskan. Dia menghentikan perbuatan Hannah dan
membuatkan gadis itu mengangkat muka memandangnya.
“Apa yang cuba you buat?” dia
menyoal, keras. Hannah terdiam sekejap. “Kenapa?”
Kai mendengus. Hannah berpura-pura
tak faham sedangkan hampir seribu kali dia memberitahu rasa hati. Mereka takkan
mampu punya hubungan seperti yang keluarga masing-masing inginkan. Kai tak mahu
terus melukai Hannah dengan memberi harapan palsu.
“I beritahu you ‘kan? This ain’t going anywhere. I anggap you
tak ubah macam adik I. Kita kenal sejak kecil. Kenapa you tak pergi pada
lelaki-lelaki yang ikhlas sukakan you?”
Hannah terdiam. Sudah acapkali Kai
menghiris hatinya seperti ini namun dia masih bertegas. Cinta yang dirasai
sejak kali pertama Kai menolongnya dari dibuli di tadika dahulu tak mungkin
dilupakan semudah itu.
“Because
I like you. I really really like you. Kenapa you tak pernah bagi I peluang
untuk buktikan rasa sayang I pada you?”
Rasa sebak ditahan sedaya mungkin.
Kai tanpa belas kasihan terus-terusan menghancurkan hatinya yang sudah retak
ini. Kai meraup wajahnya dengan pelbagai perasaan. Macam mana lagi nak bagi dia
ni faham? Hati aku bukan untuk dia. Apa lagi yang Hannah tak faham?
Dia akhirnya mengambil beg yang
diatas bangku tadi dan disandang ke belakang. Hannah sedikit terkejut namun
pantas berdiri. “So, dinner with me?”
dia menyoal dengan senyuman, riang.
“I
told you for a million times. This is not going to work. Saya tak mahu
terus melukai awak. When times come, don’t
blame me. Awak sendiri yang mendedahkan diri untuk terluka”
Hannah lihat Kai melangkah pergi
tanpa menoleh. Mata terasa hangat mendengar ucapanya tadi. Kai menolaknya
mentah-mentah. Apa lagi yang harus dilakukan? Diri terasa seperti hamba cinta
kerana lelaki ini.
Helaan nafas dilepaskan untuk
mengawal airmata yang ingin mengalir. Namun, hanya satu perkara yang membuatkan
Hannah tenang. Hati Kai bukan milik sesiapa. Walaupun ramai yang cuba
mendampingi lelaki itu namun Kai melayan mereka dingin. Itu sahaja yang mampu
menggembirakan dirinya ketika ini.

abang la sangatkan Kai....keh keh keh....dah agak dah (walaupun beza skit2)...yng amal 2 ade owang yng cuba bunuh dia sbb 2 xde owang cari dia walaupun dah 3 taun dia ilang. kesian dia. mesti bila ade owang tau dia masih idup lagi kehidupan amal akan terseksa balik adehhhhh.....
ReplyDeleteBest.
ReplyDelete