Saturday, 10 August 2013

143 bab 3

               “Kai, Amal. Turun sayang. Kita nak gerak sekarang”
            Suara Datin Nora kedengaran. Amal menyapu lip gloss pink kegemaran sebelum membetulkan rambutnya untuk kali terakhir. Setelah berpuas hati, dia mencapai tas tangan berwarna putih sebelum keluar dari bilik.
            Ketika hendak menuruni tangga, dia terserempak dengan Kai yang kacak dengan kemeja hitam dan seluar jeans. Baru sekarang Amal lihat kenapa kak Hannah sangat tergila-gilakan lelaki ini.
            Senyuman diukir. “Handsome nampak” dia mengusik. Kai menyeluk saku seluar dengan senyuman angkuh. “Beritahu benda yang aku tak tahu”
            Amal mencebik. Perasan ya amat. Abang siapalah dia ni? Mereka akhirnya sama-sama turun ke bawah. Amal mengukir senyuman melihat mama yang tergamam. Abang disebelah tersenyum.
            “Cantiknya anak papa ni. Nak pergi kahwin ke?” papa mengusik, membuatkan semua orang ketawa. Amal jadi malu.
            “Papa ni. Baju ni mama yang pilihkan”
            “Dan sangat sesuai” Mama membetulkan rambut hadapan Amal yang hampir menutupi mata ketika ini. “Anak mama cantik sangat. Macam mama”
            Papa dan along ketawa. Kai hanya mampu tersenyum. Datin Nora menoleh. “Kenapa? Along cakap mama tak cantik ke?”
            Papa dibelakang sudah mengangkat ibu jari melihat along terkial-kial menjawab. Amal tergelak kecil. “Cantik. Cantik sangat. Betul tak, pa?”
            Dia menolak kepada papa dibelakang. Papa mengangguk pantas. Bahu isterinya dipaut lembut. “Isteri papa memang cantik. Sebab itu papa kahwin dengan dia”
            Mereka sekali lagi ketawa. Mama pula yang jadi malu. Amal menggeleng. Usik-mengusik mama dan papa yang menyebabkan mereka sentiasa gembira dan tidak pernah bergaduh. Amal bersyukur punya mama dan papa seperti mereka.
            “Ehem. Kita nak dinner dekat sini ke?”
            Mereka berempat menoleh melihat Kai berdiri memeluk tubuh. “Oh ya. Lupa pula. Marilah. Nanti kita terlewat”
            “Papa pergi dulu. Amal nak ke dapur sekejap”
            Bergegas dia ke dapur. Kai memerhati. Pasti nak ambil kek. Dia akhirnya menuruti along keluar sementara mama menunggu Amal keluar dari dapur.

*****************************************

            “Rapat sikit” mama bersuara.
            “Kenapa yang jauh sangat? Kai!” mata memandang kepada anak teruna nan seorang itu. Kai mendengus. Tubuh dirapat dengan Amal yang duduk ditengah.
            “Kai dah 23 tahun, ma” dia bersuara, lemah. “Apa pula? Along 25, okay je? Control macho sangat ni”
            Kai memberi jelingan tangan. Kuzer hanya ketawa. Dia tahu sebab Kai macam ni. Tapi biarlah Kai sendiri sedar perasaanya itu. Lagipun tiada salah sebenarnya.
            “Letak tangan kamu atas bahu Amal” Datin Nora masih memberi arahan. Datuk Megat Akasha yang duduk disebelah, hanya tersenyum. Dia bahagia melihat keluarganya yang sekarang.
            Klik. Kamera Polaroid itu mulai mengeluarkan hasil gambar yang ditangkap tadi. Senyuman diukir dengan rasa puas hati. Bukan senang untuk mereka bersama seperti ini. Selepas ini pasti lebih sukar. Dengan along yang dah ada ura-ura untuk mendirikan rumahtangga.
            Mereka kembali ke tempat duduk masing-masing. Amal menjamah hidangan yang sediakan oleh pihak hotel. Datin Nora kembali duduk disebelah suaminya. “Okay kan?” dia menunjuk gambar kepada Datuk Megat Akasha.
            “Kai macam kena paksa je?” Datuk Megat Akasha mengusik. “Itulah. Budak bertuah. Mama suruh tangkap gambar je. Bukanya buat apa. Lagipun, kamu birthday boy. Cubalah senyum sikit”            
            Amal tersenyum mendengar bebelan mama. Kai hanya diam menghirup jus oren yang masih bersisa. Kuzer turut tersenyum.
            “Dia dah 23 tahun, ma. Tak mainlah birthday party macam ni. Tak gitu, Amal?”
            Amal mengangguk. Kai menoleh memandang mereka. “Dah puas hidup?” dia menyoal dengan wajah tiada perasaan. Amal berganjak kearah along.
            “Belum. Along mungkin. Lepas ni dia nak kahwin dah”
            “Apa?” Kuzer berpura-pura terkejut. Amal ketawa. Kai turut tersenyum. “Budak ni!” Kuzer memaut leher Amal sementara Kai menggosok rambut Amal yang siap dirapi.
            “Ahhh. Along, Kai! Rosak rambut orang”
            Datin Nora menangkap aksi kandid mereka dengan riang. Datuk Megat Akasha pula menggeleng dengan senyuman. Macam budak-budak. Padahal, masing-masing mengaku dah tua untuk semua benda macam ni.
            Kuzer melepaskan Amal. Dia ketawa melihat wajah masam Amal yang sedang membetulkan rambut sendiri. Kai masih tersenyum.
            “Habis rambut. Mama, tengoklah diaorang berdua ni. Komplot buli Amal” dia mengadu dengan rasa sebal. Mama hanya tersenyum.
            “Along, Kai” dia bersuara juga, untuk mengambil hati si tuan puteri. Kuzer tersenyum sementara Kai menjamah fries didalam pinggan. Pintu bilik mereka tiba-tiba dibuka. Mereka sama-sama menoleh.
            Kelihatan seorang pekerja hotel masuk bersama meja yang diatasnya ada kek yang dibuat oleh Amal. Datuk Megat Akasha dan Datin Nora kelihatan terperanjat.           
            “Cantiknya kek ni. Siapa yang tempah? Along ke?”
            Kuzer segera menggeleng. “Anak manja mama yang buat”
            Amal sempat mencubit lengan along sebelum menarik tangan Kai untuk berdiri berhadapan dengan kek tersebut. “23. Kai dah tua”
            Dia memberi sengihan, mengusik. Kai mencubit pipinya dengan lembut. Amal buat muka namun kembali tersenyum. “Amal yang buat?” papa menyoal, tidak percaya.
            “Sampai pakai bedak jenama kati” Kai menambah disebelah. Amal menunduk sedikit. Datin Nora ketawa. Tak sangka Amal pandai buat kek. Demi Kai pula tu?
            “Apa lagi, Kai? Tiuplah” suara Datuk Megat Akasha kedengaran. Kai mengangguk. Dia hendak memotong namun berhenti sekejap. Mereka berpandangan. “Kenapa?” Kuzer menyoal.
            “Mana lagu? Takkan nak potong je?”
            Mereka semua ketawa. “Eii. Kata bukan budak-budak. Sekarang apa?” Amal menunjal pipi Kai yang tinggi daripadanya itu dengan rasa geram. Kai menjelir lidah, sengaja ingin menyakat.
            Amal buat muka. “Baiklah. 1, 2, 3”
            “Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to Kai sayang, Happy birthday to you
            Dia buat muka apabila mama menekankan perkataan sayang. Tepukan kedengaran. Dia dengan gembira memotong kek yang dibuat oleh Amal. Jauh disudut hati, dia terharu dengan perbuatan Amal ini.
            “Kai dah tua. Yeay. Boleh masuk geng!”
            Kuzer bersuara, riang. Mama dan papa hanya ketawa. Amal juga mengusik. “Tak boleh geng Amal lagi. Ha ha
            Kai mencalit icing diatas kek ke pipi Amal. Gadis itu tergamam sekejap. Kuzer ketawa. “Sekarang, Amal pakai bedak jenama icing
            Amal mengetap bibir melihat Kai menjilat icing di jari telunjuk. Dia kemudian cuba melakukan perkara yang sama namun Kai lebih pantas menahan tangan.
            “Tak mungkinlah” dia buat muka riak. Amal semakin geram. “Aku je boleh buat”
            Amal tergamam apabila hidungnya pula yang jadi mangsa. Kai berlari meninggalkan Amal yang bakal bertukar hulk tak lama lagi. “Kai!”
            Suasana riuh dengan aksi kejar-mengejar dan mama sibuk mengambil gambar mereka. Datuk Megat Akasha tersenyum, bahagia. Sejak Amal hadir, hidup mereka semakin bahagia. Amal adalah punca kebahagiaan mereka. Dia berharap Amal mampu menjadi anaknya selama-lamanya.

******************************

            Amal membasuh mukanya yang terasa berminyak sekarang ini. Senyuman masih dibibir mengenangkan apa yang berlaku didalam bilik tadi. Dia sentiasa rasa bertuah kerana dikurnaikan keluarga seperti mereka.
            Mama dan papa yang sangat menyayanginya. Along dan Kai yang melindungi dan sentiasa disisi. Amal tak minta apa-apa lagi. Dia sudah bahagia dengan semua ini.
            Tisu berhampiran sinki ditarik sebelum dia mengelap wajah dengan perlahan. Pesan mama sentiasa diminda. Orang perempuan harus jaga muka. Sebab itulah pemikat seorang lelaki. Walaupun sebenarnya, hati seseorang itu lebih penting dari segala-galanya.
            Selesai, dia mengeluarkan lip gloss yang dibawa sebelum mencalit semula di bibir yang mulai kering. Kemudian, dia menempek semula bedak untuk membuatkan wajah sedikit segar berbanding tadi.
            Amal kemudian menyimpan semula barang-barang tadi dan mulai memperkemaskan rambut yang habis diusik oleh along dan Kai. Diaorang berdua tu memang perangai tak senonoh. Suka sangat gosok kepalanya sampai rambut pun dah berubah tempat.
            Pintu tandas dibelakang dibuka. Amal melihat seorang gadis keluar dengan pakaian pelayan hotel. Senyuman diukir apabila mata bertentang. Dia kembali merenung cermin melihat ­make-up yang baru dibuat tadi.
            Wajah Farah berubah. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini. Takkanlah? Kaki terasa lemah tiba-tiba. Tak mungkin! Dia dah meninggal. Tak mungkin dia hidup semula.
            Perlahan-lahan, Farah menghampiri. Tangan dan kaki sama-sama menggeletar takut-takut dia berjumpa dengan yang bukan manusia. Farah menelan air liur. Mata terasa ingin berair sekarang ini. Betapa dia merindui wajah itu. Sudah hampir 3 tahun. Dia masih merindu satu-satunya sahabat karib dunia akhirat ini.
            “Li….Lin?”
            Amal menoleh melihat gadis itu memandangnya seperti nampak hantu. Wajah berkerut sedikit. “A…..Alin?” dia menyoal lagi dengan mata berkaca. Amal sedikit gusar. Siapa pula Alin?
            Farah menghampiri. Wajah Amal berubah. Risau lihat perempuan ini seperti hendak menagis. “Alin….kan?”
            Amal menggeleng. Dia bukan Alin. Dia Amal! Farah mengesat hujung mata dengan rasa sebak. Ini memang Alin. Memang Alin, sahabatnya! Dia masih tak percaya Alin kemalangan dan jatuh gaung. Dia yakin, makcik Sarah hanya menipu. Alin tak reti bawa kereta pun. Macam mana dia boleh masuk gaung?
            “Kau Alin ‘kan?”
            Amal semakin takut. Budak ni tak betul ke? Air liur ditelan namun terasa disekat. Tiba-tiba, perempuan itu memeluknya dengan erat. Dia mendengar esakan kecil.
            “Alin. Aku rindu sangat dekat kau. Mana kau pergi? Makcik cakap kau kemalangan. Habis rentung badan kau. Tapi aku tak percaya. Hati aku kuat cakap kau masih hidup”
            Amal tergamam. Dia kaku didalam pelukan gadis ini. Apa yang dia cakap ni? Amal langsung tak faham. Pelukan direnggang. Farah mengesat airmata yang mengalir di pipi.
            “Kau kenal aku ‘kan? Aku Farah. Kawan baik kau dari sekolah rendah lagi. Kita besar bersama, Lin. Aku faham kau macam mana kau faham aku”
            Amal masih kaku. Dia langsung tak ingat tentang Farah mahupun kenangan mengenai persahabatan mereka. Farah tersedar. Gadis dihadapanya ini memandang tanpa perasaan. Dia mulai menyoal semula. Betul ke ini Alin? Tapi wajah mereka memang sama sangat.
            “Kau buat apa dekat sini? Cantiknya pakaian kau, Lin. Apa jadi dekat kau 3 tahun lepas?”
            “Hmmm. Hah?
            Farah menjarakkan sedikit. Wajah berubah. Dia terkejut dengan penampilan Alin sekarang. Dahulu pun Alin memandang cantik. Sampai makcik Sarah cemburu. Tapi sekarang, Alin sangat cantik. Dia hampir menangis kerana terharu.
            “Awak…..kenal….saya?” Amal menyoal setelah agak lama kaku dan membisu. Farah terdiam. Kenapa Alin tak kenal aku? Dia satu-satunya sahabat Alin. Dia melihat semua penderitaan dan kegembiraan Alin. Macam mana Alin boleh lupakan dirinya?
            Bunyi telifonya mengejutkan mereka berdua. Farah lihat Alin menjawab telifon. “Hello, ma”
            “Amal dekat toilet lagi. Kejap. Amal dah on the way ke sana”
            Panggilan dimatikan. Farah kerut dahi. Amal? Siapa Amal? Amal kembali memandang Farah. “Maaf. Saya rasa awak salah orang. Saya bukan Alin”
            Dia bergegas keluar tanpa sempat mendengar alasan gadis itu. Farah memegang sinki dengan pelbagai perasaan. Dia yakin itu Alin. Mungkin dalam dunia ini ramai wajah serupa. Namun hatinya kuat mengatakan itu Alin. Hatinya tak mungkin menipu.
            Tapi kenapa Alin tak kenal aku? Kenapa dia bahasa diri dia Amal? Siapa pula mama yang telifon Alin tadi? Farah menggaru kepalanya. Terlalu banyak persoalan sebenarnya.

*****************************************

            “Kenapa nama kau binti Abdullah?”
            “Abang-abang kau memang bin lain ke?”
            “Kau ada mak tiri ke?
            Jika dahulu dia langsung tak terfikir tentang itu namun soalan-soalan itu kembali menjengah minda. Amal bersandar di kusyen kereta. Along sibuk dengan telifon. Kai sudah memejam mata sambil mendengar lagu menggunakan headphone.
            Dia mengeluh, perlahan. Mama. Dia melihat mama yang asyik berbual dengan papa sambil ketawa. Mata terasa hangat seperti hendak menangis. 
            Dada terasa seperti dicucuk-cucuk. Kenyataan ngeri yang tidak mahu diketahui. Tak sanggup rasanya memikirkan dia bakal kehilangan keluarga ini. Namun Amal juga sedar. Mereka takkan mampu seperti ini selama-lamanya.
            Dia menoleh kearah along yang tersenyum membaca message. Amal cuba untuk tidak membuat along sedar dirinya dilihat sekarang ini. Airmata meleleh dari hujung mata. Along. Along bukan along Amal ke? Along bukan abang kandung Amal? Kalau along tahu, along takkan senyum dekat Amal lagi? Along takkan risaukan Amal lagi?
            Dalam diam dia mengesat airmata. Dia menoleh pula kearah Kai yang tidur. Perasaan ingin menangis semakin membuak-buak. Amal memejam mata sekejap untuk menahan airmata. Kai. Walaupun mereka tak sebulu namun dia menyayangi Kai macam dia sayangkan along.
            Amal kembali bersandar. Mama dipandang dengan pandangan sayu. Gelak tawa mama dan papa yang membuatkan dia bertambah sebak.
            Anak mama ni cantik. Macam mama juga ‘kan?
            Mengenangkan itu, dia terasa ingin meraung. Amal bukan anak mama ke? Betul ke Amal hanya anak angkat? Sebab itu Amal berbintikan orang lain. Bukan papa. Ya Allah. Dugaan apa yang diberikan kepada hamba-MU ini.
            Mata dipejam semula. Airmata terasa mengalir. Nasib baik hari sudah malam. Dia perlu menangis untuk melepaskan semua perasaan ketika ini.

*************************************

            Punggung dilabuh diatas gazebo putih di Taman Botani berhampiran bangunan untuk Bilik Khuliah. Helaan nafas dilepaskan. Mata terasa macam ada pemberat. Semalam dia menangis sehingga mata terasa bengkak.
            Hasilnya, awal pagi lagi dia ke kolej. Tanpa sempat bersarapan dengan semua orang. Hanya ibu Siti sahaja yang tahu. Itupun, dia juga hairan. Amal memegang eyebag dibawah mata. Memang nampak macam tiada semangat pun waktu berjalan masuk ke dalam kolej. Terlalu banyak didalam fikiran sekarang ini.
            Amal bersandar, melepaskan segala lelah kerana menaiki bas untuk pertama kalinya. Dia juga berlajar untuk berhati-hati kerana nyaris ditinggalkan dan nyaris terlepas hentian yang betul. Memang penat. Sebenarnya, dia belajar untuk tidak bergantung harap kepada mereka lagi. Mana tahu, mungkin selepas ini mereka takkan mampu melindungi dirinya seperti selalu.
            “Hoi!”
            Una menyergah tiba-tiba. Amal memegang dada yang berdegup laju. “Apahal kau menung gaya putus cinta ni? Kau putus cinta ke?”
            Amal buat muka. Cinta apanya? Masalah aku ni lagi berat tahu? Una menoleh sekali lagi sebaik melihat lingkaran gelap di bawah mata Amal. Dia menarik dagu temanya itu supaya Amal tidak cuba menyembunyikanya.
            “Apahal gaya macam 10 hari tak tidur? Kau fikir apa?”
            Amal menolak tangan Una sambil cuba menutup kesan itu dengan rambut hadapanya. Una masih memandang dengan pelbagai persoalan.
            “Kau okay ke?”
            Una menyoal, risau. Dah gaya macam tak tidur setahun. Ada masalah teruk ke budak ni? Amal menoleh. Dia perlukan seseorang untuk meluahkan semua ini.
            “Apa perasaan kau bila kau dapat tahu kau bukan anak kandung ibubapa kau sekarang ini?” dengan satu nafas dia menyoal. Terkebil-kebil Una memandang. Amal menghela nafas. Lihat muka blur Una buat dia rasa menyesal bertanya pada gadis ini.
            “Kau….anak angkat ke?” perlahan dia menyoal. Penuh berhati-hati. Amal mengeluh berat. “Aku tak pasti lagi. Tapi memanglah pelik bila aku seorang sahaja tak sama binti dengan abang-abang aku”
            Una mengangguk. Dia tak mampu bagi nasihat sebab dirinya tak pernah alami keadaan seperti ini. Tapi ini pasti menganggu Amal. Sampai tak boleh tidur.
            “Kau tak cuba tanya parents kau?” dia memberi cadangan. Amal menggeleng. “Aku rasa diaorang pun cuba rahsiakan. Mungkin mama tak mahu kehilangan aku”
            Mungkin juga. Iyalah, kalau anak angkat pun disayang macam anak sendiri. Ibu mana nak lepaskan anaknya semudah itu? “Macam mana kau tahu kau anak angkat?”
            “Aku terserempak dengan seseorang. Dia cakap muka aku sama dengan muka kawan dia yang sepatutnya meninggal 3 tahun lepas”
            “Meninggal?” Una kelihatan terkejut. Amal mengangguk. Kalau Una pun terkejut, apa lagi aku? Rasa macam nak pecah kepala ni fikir semua kemungkinan yang tak masuk dek akal.
            “Patutlah aku sentiasa rasa macam ada sesuatu yang dia orang sembunyikan. Tapi mereka layan aku dengan baik. Aku tak tahu nak buat apa sekarang”
            Una memegang bahu Amal dengan lembut. Dia hanya mampu tumpang bersimpati. Tentu kepala Amal terasa nak pecah sekarang ini. “Kau tak cuba jumpa balik dengan orang yang kenal kau tu?”
            Amal menoleh. Una mengangguk. “Mungkin dia ada jawapan untuk semua persoalan dalam kepala kau sekarang”
            Suasana sunyi sekejap. Una masih memandang. Amal kelihatan tenang. Kalau aku, mesti meraung dah. Siapa yang mampu terima semua ini?
            “Mal” perlahan dia memanggil apabila melihat Amal seperti berada didunia sendiri. “Ataupun cuba kau tanya baik-baik dengan mama kau. Mungkin dia boleh beritahu kau perkara sebenar”
            Amal masih diam. Tanya mama? Amal tahu mama terlalu menyayanginya. Mama akan terluka jika hal ini dibangkitkan. Sebolehnya, Amal mahu menyiasat sendiri siapa dirinya yang sebenar. Siapa keluarganya? Siapa ibubapa kandungnya? Apa yang berlaku sehingga dia langsung tidak mengingati mereka? 

1 comment: