Friday, 2 August 2013

143 bab 2

Fail yang diberikan oleh mama di ruang tamu tadi dibelek. Mereka sekarang tengah menunggu giliran untuk dipanggil mendaftar. Amal membuka fail yang disusun siap semuanya. Dia sedikit lega
            “Nanti kamu bagi je fail ni dekat orang yang daftar tu. Semuanya ada dalam ni. Jangan risau. Mama dah suruh along dengan Kai tengokkan hari tu
            Senyuman terukir. Dia beruntung punya mama dan abang-abang yang sangat melindungi. Walaupun Kai selalu menyakitkan hati tapi dia tahu Kai menyayanginya. Amal menutup semula fail yang diberi sebelum memandang sekeliling.
            Kelihatan semua orang sibuk dengan urusan sendiri. Ada juga yang sudah berbual dengan kawan baru. Amal menghela nafas. Aku je yang kekok. Mungkin sebab itu mama risau. Memandangkan dia bersekolah di rumah, Amal punya masalah untuk bersosial. Dia agak kekok dengan orang baru. Malah, kalau terasa dikerumuni, Amal akan cepat panik dan boleh pengsan bila-bila masa sahaja.
            “Nur Fatin” suara pensyarah yang membantu mereka mendaftar itu kedengaran. Amal sedikit panik. Selepas ini adalah giliranya. Dia cuba mengawal pernafasan. Cool, Amal. Rilex. Bukan apapun ni. Jangan panik sangat.
            Tangan digenggam erat. Dia harus kuat. Semua ini sekadar pendaftaran biasa. Dia tak perlu takut macam waktu SPM dahulu.
            “Awak okay?” suara disebelah menyoal. Amal menoleh. Kaget sekejap melihatnya memandang dengan wajah risau. Amal mengangguk.
            “Awak nampak takut. Jangan risau. Pensyarah tu takkan makan kita” dia ketawa tiba-tiba. Amal sebenarnya, tak faham sangat. Tapi dia tetap tersenyum.
            “Saya Husna. Awak boleh panggil Una je. Awak?” tangan salam persahabatan dihulur. Amal segera menyambut. “Amalina Imani. Amal je”
            Una mengangguk sebelum kembali tersenyum. “Saya pun cuak. Sebab itu saya bercakap dengan orang. Kalau saya gementar, lagi banyak saya bercakap”
            Amal mengangguk. Memang tak dinafikan lagi. Namun dia juga rasa tenang berbual dengan Una sekarang. Tak rasa panik sangat. “Kalau saya gementar, saya akan pengsan”
            Una menoleh pantas dengan mata terbeliak. Amal mengukir senyum. Memang aneh tapi itulah dirinya. Nasib baiklah doktor Harith kata dia tak apa-apa. Kalau ikut mama, dia sampai nak buat x-ray di kepala sebab takut ada apa-apa.
            “Serius?” dia menyoal dengan wajah tak percaya. Amal mengangguk. “Jadi awak kena bercakap dengan saya. Supaya saya boleh lupa semuanya”
            Una akhirnya ketawa. Amal hanya tersenyum. “Kita ni memang ditakdirkan ke apa? Awak rawat masalah saya dan saya rawat masalah awak”
            “Mungkin” mereka sama-sama tersenyum.

******************************************

            Langkah Kai berhenti sebaik melihat dewan yang penuh dengan pelajar baru. Tangan masuk didalam poket seluar. Dia menjenguk ke dalam. Ramai juga pelajar baru kolej. Mana budak tu?
            Mata liar mencari gerangan gadis di minda. Dhani dan Mika berpandangan. Pelajar junior perempuan yang melintasi mereka sudah tersenyum-senyum melihat gelagat Kai sekarang ini.
            Dhani menepuk bahu temanya itu. “Oi. Apa gaya macam nak mengorat junior ni? Kot ya pun. Sabarlah dulu”
            Kai menoleh. Dia memandang pelajar junior yang melintasi mereka sambil memberi senyuman. Dia baru tersedar. Kai menggosok leher belakang dengan rasa malu. Mika menggeleng.
            “Kau cari siapa? Adik kesayangan?” Mika menyoal. Dalam hati mengutuk sebenarnya. Budak ni nampak je dingin dengan Amal. Macam tak ambil tahu sangat. Tapi dia jaga juga. Walaupun dalam diam-diam.
            Dhani turut menjenguk mencari Amal. Kemudian dia ternampak gadis itu sedang berbual dan ketawa dengan kawanya. “Tu. Adik kesayangan kau”
            Kai segera melihat ke arah yang ditunjukkan. Dia lega melihat Amal yang berbual dengan gembira. Nampaknya, dia harus memberi report dengan segera kepada Datin Nora sebelum dibebel panjang. Mika masih tersenyum.
            “Comel juga. Lama aku tak jumpa Amal ‘kan?”
            Kai menoleh, memberi pandangan seorang abang. Mika masih ketawa. Konon dingin. Tapi jangan sentuh adik kesayangan. Boleh bergaduh tak kiralah kawan baik ke tak. Dhani turut tersenyum.
            “Kalau kau nak rasa penumbuk sulung Kai. Dipersilakan, Encik Mikail oi” Dhani menepuk bahu Mika dengan tawa kecil. Kai menggeleng. “Over. My. Dead. Body
            Mika ketawa. Meremang juga bulu roma sebenarnya. Sungguh protiective la, Kairil Adam ni. Tak fun langsung. Mereka akhirnya berjalan melewati dewan.
            “Kau nak apa? Aku nak pergi order ni” Una menyoal sebaik mereka duduk di meja untuk makan tengah hari. Amal melihat menu yang diletakkan di papan. Sekarang, dia blur. Macam sungguh pilihan makanan. Aku nak makan apa ni?
            Amal memandang Una. Temanya itu ketawa. “Blur kan? Aku pun tengah hafal nama-nama dia. Pening kepala kot”
            Dia mengangguk. Setuju sangat. Punya banyak menu. Sampai tak tahu nak pilih yang mana? “Aku nak apa yang kau makan je la. Malas nak fikir”
            Una menoleh. “Serius?” dia mengangguk. Telifon tiba-tiba berbunyi. Una berlalu ke kaunter dan Amal menjawab telifon.
            “Assalamualaikum, ma”
            “Waalaikumsalam, sayang. Kamu dah makan tengah hari?” Amal tersenyum. Mama ni. Buat aku macam budak tadika. Tiap jam telifon. Nasib baiklah cakap ada kelas. Nanti lunch call balik. Kalau tak, tak larat nak angkat.
            “Baru nak makan, ma. Kawan tolong belikan”
            Datin Nora terperanjat. Amal dah buat kawan? Ini satu berita yang bagus. Dia sebenarnya risau kalau Amal ditinggalkan sendirian. Anak bongsunya itu pun bukan jenis berkawan. Diam je kalau jumpa orang tak kenal.
            “Amal dah ada kawan? Bagusnya anak mama ni. Apa nama dia?”
            “Husna. Mama tak sibuk ke?” dia melihat giliran Una sudah tiba. “Tengah lunch dengan auntie Lily  ni. Mama telifon kamu sekejap. Lega mama bila dapat tahu kamu dah ada kawan”
            Amal tersenyum. “I told you. Jangan risaulah. Amal okay”
            Datin Nora mengukir senyuman. Amal dah besar. Dia yang harus belajar untuk melepaskan anaknya itu. “Baiklah. Mama minta maaf tak percayakan kamu. Kamu jumpa Kai tak?”
            Kai? Batang hidung pun tak nampak. Mungkin sebab mereka tak sama course dan abangnya itu adalah pelajar tahun akhir. Jadi, susah nak bertembung.
            “Belum lagi, ma. Tak apalah. Amal boleh jumpa dekat rumah”
            Datin Nora tergelak. “Budak bertuah” Amal tersengih. Una sudah kembali bersama tray makanan yang dipesan.
            “Okaylah ma. Amal nak makan ni. Kita jumpa dekat rumah nanti. Love you”
            “Love you too. Jaga diri”
            Panggilan dimatikan. “Nasi goreng ayam. Esok kita cuba yang lain pula” Una menghulur sudu dan garfu kepadanya. Amal mengangguk.
            “Tak kisah. Janji makan”

***************************

            Datin Nora masih tersenyum sewaktu Datin Lily kembali bersama pinggan berisi nasi kampong kegemaran mereka. Wanita itu turut tersenyum melihat sahabatnya itu dalam mood gembira. Berlainan benar sewaktu masuk ke butik pagi tadi. Risau semacam.
            “Amboi. Happy nampak. You cakap dengan buah hati ke?” dia mengusik sebelum menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Datin Nora.
            “Ha’ah. Buah hati pengarang jantung I”
            Datin Lily tersenyum. Dia tahu hanya seorang sahaja yang mampu buat sahabatnya ini senyum sampai telinga.
            “Amal dah okay ke dekat kolej tu?” dia menyoal dan kemudian menghirup sirap selasih yang dipesan. Datin Nora mengangguk. “Dia tengah lunch dengan kawan dia. Terkejut I dibuatnya. Budak tu mana reti bergaul dengan orang. Tiba-tiba dah ada kawan”
            “Itulah you. Selalu manjakan dia sangat. Budak tu reti je berdikari. You yang protective melampau”
            Datin Nora hanya tersenyum. Dikalangan teman-teman rapat sudah mengetahui sikapnya yang terlalu sayangkan anak. Semuanya disayang sama rata. Namun Amal sentiasa punya tempat yang istimewa dihatinya.
            “Itu je anak perempuan yang I ada, Lily” dia membalas, tenang. Datin Lily mengangguk. Dia menjamah ayam masak merah yang dipilih tadi dengan sopan.
            “Tapi dia bukan anak kandung you ‘kan? You masih tak jumpa family betul dia?” Datin Lily menyoal. Dia juga tahu kisah disebalik siapa sebenarnya Amal. Walaupun Datin Nora dan Datuk Megat Akasha sebolehnya tidak mahu sesiapapun memberitahu Amal tentang itu.
            Wajah Datin Nora berubah. Dia sentiasa risau jika itu berlaku. Amal sudah dianggap seperti anak sendiri. Dia tak pernah menganggap Amal bukan seperti along dan Kai. Walaupun dia tahu dirinya kejam. Namun dia berharap Amal bersama mereka selama-lamanya.
            “Itulah. Semua dah I buat. Kasha pun sekarang taknak ambil tahu. Dia dah anggap Amal macam anak dia. Kami sayang Amal. Dia satu-satunya puteri dalam keluarga. Kalau boleh, I nak Amal dengan I sampai bila-bila”
            Datin Lily mengangguk. Dia faham. Datin Nora dan Datuk Megat Akasha memang pasangan yang sangat baik. Mereka mengambil Amal sebagai anak angkat apabila Amal ditakdirkan hilang ingatan dan tidak punya saudara-mara. Namun itulah. Mereka sentiasa diburu rasa takut kalau Amal diambil daripada mereka.
            “Tapi you kena bersedia, Nora. Amal bukan milik you sepenuhnya. I sebagai kawan taknak you terluka bila Amal dibawa pergi nanti”
            Datin Lily memberi nasihat. Dia lihat betapa sayangnya Datin Nora kepada Amal. Malah, temanya ini sudah menganggap Amal sepenuh anak sendiri. Tapi dia juga mahu Datin Nora sedar. Amal boleh diambil bila-bila masa sahaja. Keluarga kandungnya lebih berhak ke atas gadis itu.
            “I berharap hari itu takkan terjadi, Ly. I tak tahu apa yang akan jadi pada I kalau Amal pergi dari keluarga kami”
            Datin Nora menguis nasi dihadapanya ketika ini. Datin Lily hanya diam. Tiada sesiapapun yang mampu memahami kasih seorang ibu. Walaupun anak itu bukan anak yang dikandung 9 bulan. Dia sendiri takkan mampu memahaminya.

*****************************

            “Assalamualaikum”
            Pintu dibuka sebelum dia berlalu ke ruang tamu untuk berehat. Hari pertama di kolej berlalu dengan lancar. Tak ada incident yang mama risaukan. Namun ada satu perkara yang sebenarnya ingin disoal sejak kali pertama di melihatnya sewaktu mengambil SPM dahulu.
            “Amal dah balik?”
            Mata yang hampir tertutup tadi, dibuka pantas. Dia memberi senyuman melihat gerangan yang menegurnya tadi. “Baru sampai, ibu. Letih sikit”
            Ibu Siti tersenyum. “Ibu buatkan air nak? Amal nak minum air apa?”
            Wajah Amal bercahaya. “Boleh Amal tolong? Sebenarnya, hari ini hari jadi Kai ‘kan?” dia bingkas bangun dengan wajah bertenaga.
            “Ye. Amal nak buat apa? Along kata nak ajak satu keluarga makan luar”
            Amal diam sekejap. Hmmm. Apa ye? Walaupun mereka selalu bertekak namun Kai sentiasa disayangi. Lagipun, Kai juga abangnya. Walaupun berbeza sekali dengan along.
            “Kek!” dia bersuara, tiba-tiba dengan wajah riang. Ibu Siti tergelak besama rasa terkejut. “Amal nak buat kek? Betul ke ni?”
            Dia segera mengangguk. “Tapi kena minta tolong chef in the hous la. Amal mana reti sangat nak buat kek”
            Ibu Siti mengangguk. “Tak penat ke? Kita boleh tempah je kek tu”
            Amal menggeleng. “Amal okay. Lagipun, hari ini bukan berlajar lagi. Pensyarah suruh perkenalkan diri dan bagi course outline je. Jomlah, bu. Nanti tak sempat pula”
            “Iyalah. Amal nak buat kek apa?”
            Mereka menapak ke dapur. “Kek pelangi. Amal tengok dekat internet, kek pelangi tengah famous sekarang”

********************************

            Pintu rumah dibuka selepas memberi salam. Aneh. Selalu ada je ibu Siti nak sambut. Kaki menapak ke ruang tamu. Tak ada orang dekat rumah ke?
            Kai meletakkan beg sandang ke atas sofa sebelum berlalu ke dapur. Langkah terhenti melihat Amal yang tersengguk-sengguk menahan mata diatas meja makan. Dahi berkerut sedikit. Budak ni tunggu makan sampai tertidur ke? Mana ibu Siti?
            Perlahan kerusi ditarik dan dia duduk disebelah. Senyuman terukir melihat tepung yang tercalit di pipi. Kai menggeleng. Buat apalah sampai bertepung muka? Dah habis ke semua bedak yang mama beli?
            Tangan diangkat dan dia mengesat kesan tepung itu dengan lembut. Nyenyak sungguh lena sampai tak sedar orang buat apa. Helaan nafas dilepaskan. Amalina Imani. Gadis ini hadir tidak diduga sebenarnya. Namun kehadiranya buat kehidupan mereka berubah. Mama dan papa sangat menyayangi Amal. Begitu juga dengan abang.
            Kau, Kai? Hati menyoal pantas. Dia tidak menjawab. Diri sendiri masih mencari jawapan yang sesuai untuk perasaan ini. “Hmmm
            Dia berganjak sedikit. Bunyi loceng dari oven mengejutkan dirinya. Kai berlalu kearah oven berwarna putih yang berada dibawah rak makanan. Dia mencapai glove tebal berhampiran sebelum mengeluarkan ‘barang’ yang dimasak.
            Wajah berubah melihat kek yang siap dibakar kini berada di atas cabinet menyimpan pinggan dan mangkuk untuk tetamu. Kai menoleh melihat Amal yang masih tertidur. Dia masak kek?
            “Amal”
            Kai menoleh pantas mendengar suara itu. Ibu Siti masuk ke dalam dapur dengan tergesa-gesa. “Shhhh” dia memberi isyarat Amal yang masih tidur. Ibu Siti mengangguk. Dia menghampiri Kai.
            “Tuan muda dah keluarkan kek? Nasib baiklah. Ibu hampir terlupa tadi”
            Kai hanya memandang ibu Siti mengubah tempat kek yang sudah hampir sejuk itu. “Kek untuk siapa, bu?” dia menyoal, hairan. Ibu Siti hanya tersenyum.
            “Kek untuk tuan mudalah. Amal nak buat sendiri katanya. Untuk dinner malam ni”
            Wajah Kai berubah. Amal buat kek untuknya? Biar benar? Ibu Siti kemudian menyapu icing berwarna putih diatas kek tersebut dan diratakan supaya nampak cantik.
            “Letih sangatlah tu. Balik dari kolej tadi, terus tolong ibu buat kek untuk tuan muda. Sampai tertidur”
            Kai memandang Amal yang masih tersengguk-sengguk. Timbul perasaan aneh yang dia sendiri tak faham. Selama ini, dia melayan Amal agak buruk. Rasanya, Amal sendiri mampu faham. Dia sememangnya dingin dengan gadis itu.
            “Assalamualaikum. Ibu oh ibu”
            Kai terkejut. Ibu Siti menoleh. “Along ni. Selalu bising setiap kali balik rumah” wanita itu hanya mampu menggeleng. Kai segera berlalu keluar.
            “Kai? Awal kau balik hari ni?”
            Dahi dikerut sedikit. Mimpi ke aku? Selalu, dia akan lepak dekat Venus sampai mama bising suruh balik. Hari ni awal pula ada dekat rumah?
            “Diam sikit boleh?”
            Dia berlalu ke atas dan membuatkan Kuzer semakin hairan. PMS ke budak ni? Angin tiba-tiba. Dia berlalu ke dapur melihat ibu Siti sibuk menghias kek. Kemudian, dia lihat Amal yan tertidur berbantalkan lengan sendiri.
            “Nasib baik Amal tak bangun. Along ni bising lah. Kasihan Amal. Dia baru nak rehat”
            Kuzer memberi sengihan dengan rasa bersalah. Dia mengurut tengkuk. “Sorry, bu. Patutlah budak tu marah along tadi”
            Ibu Siti hanya tersenyum. Kuzer berlalu disebelah Amal. Budak kecik ni. Sampai tertidur. “Dia buat apa, bu? Sampai tidur macam ni”
            “Buat kek untuk birthday party Kai malam ni”
            Kuzer mengangguk. Sayang juga. Ingatkan, tahu nak bergaduh je. Dia mengukir senyuman. Comel sungguhlah adik aku yang sorang ni. Dia menghela nafas. 

1 comment:

  1. waaaaa sweet la amal siap wat kek pelangi lagi utk kai hehhehe....si kai neh dlm ati ada taman astakona ke kat amal neh 2 yng protective semacam je tuh hahahha...tersentuh yeh amal wat kek beday...

    ReplyDelete