Q melihat jam ditangan. Hampir
11.30. Dia menghela nafas. “Tak tahu” Thea memandang dan Q hanya mengukir
senyuman.
“Fathea Husna”
“Ye” dia menjawab. Q tersenyum.
“Fathea Husna”
Thea tertawa. Apa kena Q hari ni?
“Thea. Saya akan rindu panggil awak macam ni”
“Ye. Theaaaa. Awak suka panggil
macam tu ‘kan?”
Q ketawa dan kemudian mengangguk. Suasana
kembali sunyi. Masing-masing taktahu apa yang harus dibicarakan.
“Lepas ni, saya hanya boleh lihat
awak di tv” dia bersuara, perlahan. Q hanya mengangguk. “Dengar suara awak di
radio”
Thea senyum, pedih. “Lihat awak
ketawa di show bersama ahli yang
lain”
Q hanya diam. Dia tak mampu membalas
mahupun membuat janji mereka akan bertemu selepas ini. Q sendiri yakin mereka
akan terus terputus hubungan selepas semua ini berakhir.
“Kalau saya tak jumpa awak 4 bulan
yang lepas, saya takkan tahu betapa awak berubah untuk jadi seperti sekarang
ini”
Thea menoleh memandang. “Awak yang
dulu, sangat sukar didekati. Saya sering risau kalau-kalau saya buat awak tak
selesa ataupun terguris hati”
“Saya sentiasa perlukan masa untuk
selesa dengan orang baru”
Q mengangguk. Tapi apabila sudah
semakin rapat, dia mengenali sisi Thea yang sangat menarik. Gadis yang sangat
mementingkan keluarganya. Gadis yang nampak dingin tapi punya senyuman yang
boleh mencairkan hati. Pandai bermain gitar dan mengambil berat walaupun tidak
ditunjukkan secara terang-terangan.
“Saya harap kalau kita bertemu di
konsert ataupun dimana-mana, kita masih boleh jadi kawan”
Thea mengangguk. “Sekarang saya akan
pilih awak berbanding Maroon 5”
Q tergelak. Thea yang sekarang juga
punya sisi homour yang sangat baik.
Kedua-duanya menghela nafas. Thea merenung pantai yang gelap-gelita. Pelbagai
perasaan dirasai ketika ini. Thea sendiri tak faham.
Thea melihat jam ditangan. Sudah 12.
05 rupanya. Betapa cepat masa berlalu. Mereka harus kembali ke realiti walaupun
sangat sukar.
“Saya hargai apa yang kita lalui.
Saya sangat berterima kasih atas semuanya. Semoga awak dan MARS terus berjaya.
Saya akan sentiasa menyokong awak semua”
Q mengangguk. Dia sendiri cuba
menahan airmata yang ingin mengalir. Mereka harus berpisah dengan senyuman.
Bukanya tangisan. Dia menoleh kearah Thea yang turut cuba mengawal airmatanya.
“Jaga diri awak. Saya gembira awak
selesa dengan saya. Maaf kerana banyak yang tak sempat kita lakukan bersama.
Saya akan simpan dengan rapi setiap kenangan kita bersama”
Thea mengukir senyuman. Q yang
sekarang adalah Q dari MARS, bukanya Qhalid Rayyan, suami Fathea Husna. “And cut”
***********************************
Tepukan kedengaran daripada
jurukamera, stylist dan PD yang
bertugas. Thea segera bangun begitu juga dengan Q. Airmata diseka pantas
apabila dia dihampira oleh mereka yang selama ini menjadi tulang belakang
kepada rancangan ini.
“Terima kasih. Harap bertemu dengan
kamu lagi”
Thea mengangguk. Dia mengucapkan
terima kasih kepada kru yang terlibat. Mereka banyak membantu dan memberinya
tunjuk ajar. Akhir sekali adalah Q. Mereka berdiri dihadapan masing-masing
ketika yang lain sibuk mengemas barang.
Q tersenyum. Begitu juga Thea. “This is it, huh?” Thea hanya mengangguk.
Thea memandang buat kali terakhir.
Lelaki dihadapanya ini adalah idaman ramai perempuan. Boleh dikatakan, semua
peminatnya adalah perempuan. Melihat dia berdiri dihadapan dan memberi senyuman
untuknya, Thea tahu dirinya bertuah.
“Ini untuk awak” dia kaget melihat
rantai berbentuk bintang yang dipegang dan ditayang dihadapanya ketika ini.
Thea memandang dengan rasa hairan.
“Saya terlupa bawa cincin yang awak
beri. Jadi, ini penggantinya”
Alasan sangat basi, Q! Cakap je la
kau nak simpan jadi kenangan. Thea hanya mampu mengangguk bersama hati yang
berdebar.
“Biar saya pakaikan” sekelip mata,
rantai tersebut sudah berada dilehernya. Q tersenyum. Memang sesuai sekali.
“Awak tak perlu beri saya rantai ni”
“Ucapan terima kasih dan kenangan
untuk awak. Jadi awak bukan bermimpi bahawa awak pernah menjadi isteri kepada Q
MARS”
Dia mengenyit mata dan membuatkan
Thea ketawa. Ya! Kenangan yang takkan dilupa sampai bila-bila. “Q!”
Suara Reza mengejutkan mereka
berdua. Dia memberi isyarat untuk segera pergi. “Semoga kita bertemu lagi,
Fathea Husna”
Thea hanya mengangguk. “Jaga diri
awak” dia memberi senyuman sebelum menggosok kepalanya dan berlalu dengan
langkah yang berat. Thea hanya melambai sebelum kereta Q hilang dari pandangan.
*********************************
5
tahun.
“Tumpang lalu” dia mengelak seorang
wanita yang terpegun berdiri dihadapan kedai Courts yang menayangkan sesuatu di tv yang dijual.
“Tepi sikit”
Dia memberitahu dan seorang lagi
wanita mengelak apabila melihat dia yang membawa hampir 10 pasang kain dengan
termengah-mengah. “Sara!”
Kerana tidak mampu membuka pintu,
dia hanya menjerit di luar bersama peluh yang menitis ke dahi. Segera Sara
berlari dan membuka pintu. “Ya Allah. Apahal banyak sangat kain kau bawa? Mana
Adim?”
“Dia cari parking kereta. Apahal yang ramai sangat orang di luar?”
Sara membantu membawa kain dan
mereka masuk ke dalam kedai. Kain tersebut kemudian di letakkan di atas meja.
Sara menoleh memandang Thea yang sedang mengesat peluh di dahi. “Fathea Husna!”
“Ye aku tahu. Kau tak sihat. Jangan
bebankan jantung kau. Tirah perlukan aku sekarang”
Sara terdiam. Thea mengukir
senyuman. “Jangan risau. Kalau kau terus manjakan aku, lagilah aku malas nak
tolong apa-apa”
Dia berlalu ke arah meja dan
mengeluarkan list dari poket jeans
belakang. Thea membelek list dan kain
yang berada dihadapanya ketika ini. “Semua cukup ke?”
“Aku dah check sebelum bawa ke sini tadi. Rasanya takda yang tinggal”
Sara mengangguk. Mereka berdua
menoleh apabila pintu kedai dibuka. “Sorry.
Susah gila nak cari parking hari
ni. Macam ramai sangat orang”
Dia masuk ke dalam sebelum menyakut
kunci kereta di tempat yang disediakan. “Itulah. Aku pun pelik. Apa yang
berlaku hari ni?”
Sara memandang. Nak beritahu ke?
“Tak ada apa-apa. Jualan langsung agaknya”
Thea mengangguk. Dia kemudian berlalu
kearah patung dihadapan kedai. “Aku dah dapat idea untuk rekaan terbaru kita.
Malam nanti kita discuss”
“Aku lihat ramai yang kembali waktu
zaman Saloma. Ramai yang suka peplum dengan dress
panjang tapi simple”
“Walaupun aku tak nampak apa
kelebihanya” Adim menjuling mata. Thea dan Sara ketawa. “Kau lelaki. Apa kau
tahu?”
Adim mengangguk. Mungkin itu betul.
Bagi lelaki, kalau baju tu baju je la. Apa yang pepelam la, dress panjang la. Kain kembang la.
Perempuan!
Telifon yang berbunyi menarik perhatian
Thea. Dia melihat pemanggil sebelum kerutan muncul di dahi. Thea berlalu ke
belakang dan menjawab.
“Assalamualaikum”
Thea kaget sekejap. “Waalaikumsalam”
“Maafkan saya. Ini nombor telifon
Cik Fathea Husna ke? Kakak kepada Fatirah Hanna?”
“Ye saya. Siapa bercakap?”
“Saya cikgu kelas Fathirah. Saya
sebenarnya ingin memanggil Cik Fathea ke sekolah sekarang”
Thea terkejut. Ke sekolah? “Kenapa
cikgu? Fathirah tak apa-apa?”
“Saya rasa lebih baik Cik Fathea ke
sini dahulu. Susah rasanya untuk saya terangkan di telifon sekarang”
Dia mengangguk. Jantung berdengup
kencang. Apa yang Tirah buat kali ini? Dia berlalu dan melihat Sara sibuk
mengarahkan Adim mengasingkan kain-kain yang dibawa tadi.
“Kenapa kau?” dia menyoal apabila
melihat wajah Thea tidak berdarah. “Aku kena pergi sekolah Tirah. Cikgu dia call tadi. Kau jaga kedai kejap”
Sara kaget. Lagi? Dia kemudian
menggeleng. Tak habis-habis bawa masalah. Tak kesian sungguh dengan si kakak
yang bukanya sihat pun. “Pergilah. Terus bawa Tirah balik rumah. Kau rest hari ni. Kau dah bersusah-payah
tadi”
Thea mengangguk. Mindanya sudah
berada di sekolah Tirah sekarang ini. “Nak aku hantarkan?” Adim bersuara. Thea
segera menggeleng. “Aku okay. Kau tolong Sara”
Adim sekadar mengangguk sebelum dia melihat
Thea berlalu setelah mengambil kunci yang disangkutnya tadi.
*************************************
Sebaik kamera bernyala dengan warna
merah dan menghala kearahnya, senyuman diukir sambil memandang pengacara show pada hari ini.
“Baiklah. Kita kembali bersama
dengan tetamu kita. Yang menjadi kegilaan perempuan di Malaysia. Q Rayyan”
Tepukan gemuruh hadir daripada
penonton didalam set yang rata-ratanya adalah perempuan dan sudah semestinya,
peminat setia Q Rayyan. Senyuman dilebar dan membuatkan yang melihat, cair.
“Sewaktu kita berehat tadi, saya ada
tanyakan beberapa soalan kepada Q. Boleh kita kongsikan dengan semua yang hadir
dan penonton di rumah?”
Q memandang penonton di set yang
semuanya mempamerkan wajah ingin tahu. Dia akhirnya mengangguk. “Okay. Mungkin
ini soalan yang pastinya peminat MARS sendiri ingin tahu. Bila agaknya MARS
akan buat album sebagai MARS setelah hampir 2 tahun masing-masing membawa
haluan sendiri?”
Dia diam sekejap. Mereka di luar
sana pastinya tidak mengetahui apa yang berlaku. Terlalu banyak yang perlu
dirahsiakan apabila menjadi seorang public
figure yang rata-rata kehidupan mereka akan diketahui oleh peminat.
“Insya-ALLAH, jika diizinkan. MARS
masih wujud namun kami lebih selesa dengan pergerakan solo sekarang. Lagipun,
kami masih menunggu Dhani untuk tamat berlajar”
Sofea mengangguk. “Jadi, awak masih
mahu mengeluarkan album bersama MARS?”
Q mengangguk. Mereka sahabat dunia
akhirat. Walauapapun yang berlaku, MARS terlalu penting untuk dilepaskan begitu
sahaja. “Saya masih ketua kumpulan MARS dan pastinya mahu mengeluarkan album
bersama ahli MARS yang lain”
Senyuman diukir dengan rasa kelat.
Dia menghela nafas dalam diam. “Dengar semua peminat MARS? Mereka masih bersama
namun masing-masing punya komitment sendiri. Jangan risau ye”
Penonton di studio ketawa dengan
usikan Sofea. Q turut tersenyum. “Album sudah. MARS pun sudah. Awak rasa, apa
lagi ye yang boleh saya tanyakan kepada Q hari ni?”
Dia cuba berkomunikasi dengan
penonton yang hadir. Q sendiri mampu meneka soalan yang seterusnya. Dia
menunduk sedikit sebelum baru tersedar cincin yang dipakai selama ini sudah
diganti dengan cincin yang lain. Wajah berubah. Bukanya mereka tak tahu, cincin
tersebut tidak boleh disentuh.
“Teman wanita!” suara salah seorang
penonton yang hadir mengejutkan dirinya. Q cuba mengawal reaksi wajahnya ketika
ini. Senyuman yang diberi terasa dipaksa. Sofea mengangguk. “Ye betul. Terima
kasih”
Mereka ketawa. “Sekarang awak sudah
27 tahun. Karier awak bermula ketika awak masih muda sehingga sekarang saya
sendiri akui Q Rayyan dan Q MARS adalah 2 orang yang berbeza. Berapa umur yang
awak rasa sesuai untuk awak mendirikan rumahtangga?”
Q mengangguk. Setiap kali temubual,
ini adalah soalan yang menjadi kegemaran sehingga dirinya sendiri hampir muak
mahu menjawab.
“Walaupun saya bermula muda dan
sehingga ke tahap sekarang, saya rasakan masih banyak lagi perkara yang ingin
saya lakukan. Sewaktu bersama MARS, saya target
untuk berkahwin di usia 27 tahun. Tapi memandangkan saya sudah melebihi
jangkaan tersebut, saya lebih selesa jika fokus saya sekarang hanya kepada
kerjaya saya sahaja”
Sofea mengangguk. Q Rayyan. Senyuman
yang mencairkan hati wanita. Lesung pipit yang membuatkan wanita mimpi siang.
Dihadapanya sekarang, dia akui hati wanitanya turut bergetar. Jika dilihat Q
Rayyan sekarang, terlalu banyak perubahan yang berlaku. Q Rayyan sekarang lebih
matang dengan usianya. Semakin digilai oleh peminat yang lebih tua mahupun
lebih muda.
“Jika awak berjumpa dengan gadis
yang sesuai, adakah awak rasa awak boleh mengahwini dia ketika kerjaya awak
berada di puncak sekarang?”
Suasana sedikit riuh. Q masih tenang
memandang kamera yang fokus kepadanya. 5 tahun didalam industri. Dia sudah
mengerti selok-belok dunia seni ini. Terlalu banyak pengalaman yang dikutip dan
mematangkan dirinya.
She
is dead. There will be no other women. “Mungkin” jawapanya memberi kejutan
kepada penonton yang hadir. Sofea turut terkejut.

BEST.....
ReplyDeletehohoho...sori x sempat nak komen bab yang ni walaupun dah lama dah abes bace...line tenet sungguh tenat sekali heheh...uikssss Q dah matang owh....adekah Thea akan jumpa balik ngan Q????macam manalah reaksi Q kali nih...adakah dia betul2 bersedia utk bukakan hatinye utk owang len selain thea???adeh x sabar la plak nak tau kisah seterusnye....
ReplyDeletepsst!!! cik tukang tulih sila hupdate cepat sikit neh