“Silakan duduk Fathea” senyuman diberi sebaik pintu bilik
dibuka. Thea menutup pintu semula sebelum duduk di kerusi yang disediakan.
“Awak
sihat?” dia menyoal, sekadar ingin mengurangkan rasa kekok diantara mereka.
Thea sekadar mengangguk.
“Doktor tak
beritahu apa-apa pada mama saya?”
Doktor
Yanti mengangguk. Walaupun ini kali pertama dia melakukan perkara seperti ini
namun dirinya yakin gadis comel dihadapanya ini pasti punya sebab untuk meminta
dirinya melakukan perkara ini.
“Saya
sentiasa menepati janji saya, Fathea”
Dia
mengangguk sedikit. Thea memandang fail yang berada diatas meja Doktor Yanti
sekarang. Fail mengenai penyakit dirinya. Pasti disampaikan oleh Doktor Daniel
yang pernah merawatnya dahulu.
“Terima
kasih”
Suara
kedengaran perlahan sedikit. Doktor Yanti menghela nafas. Fathea Husna. Ini
kali pertama mereka bertemu namun dia sudah merasa kagum. Gadis yang sangat
tabah walaupun masih muda. Terlalu menyayanginya mamanya sehingga sanggup
menghadapi semuanya sendiri kerana tidak mahu mamanya bersedih.
“Kenapa
awak tak mahu memberitahu mama awak? Penyakit awak sangat berbahaya, Fathea.
Mama awak berhak tahu apa yang sedang awak lalui sekarang”
Thea diam
sekejap. “Mama saya tahu” dia menjawab, tenang. Doktor Yanti mengerut dahi.
“Jadi, kenapa masih mahu saya rahsiakan?”
“Mama ingat
saya sudah pulih sepenuhnya”
Doktor
Yanti tergamam. Macam mana Thea boleh membuat mamanya percaya seperti itu?
“Saya juga minta Doktor Daniel rahsiakan. Sudah lama saya tidak diserang. Saya
sendiri hampir tertipu dan benar-benar percaya bahawa saya sudah pulih
sepenuhnya”
Tergeleng
sedikit doktor wanita dihadapanya ketika ini. Wajahnya yang keruh menggambarkan
perasaanya ketika ini. “Ini bukan perkara main-main, Fathea. Walaupun saya
faham awak tak mahu mama awak sedih. Tapi awak tak boleh merahsiakan perkara
ini selama-lamanya”
Senyuman
sinis diberi. Doktor Yanti kehairanan. “Diusia 15 tahun, saya diberitahu saya
mempunyai penyakit yang ibarat bom jangka. Bahawa jantung saya boleh berhenti
berdegup bila-bila masa. Ketika itu, saya buat keputusan. Biar apapun terjadi,
biar saya tanggung seorang diri. Rasa kasihan dan simpati orang takkan mampu
memulihkan apa yang berlaku. Sebagai seorang anak, saya taknak mama saya
menangis dan sentiasa ketakutan mengenangkan anaknya yang bila-bila masa sahaja
boleh mati”
Doktor
Yanti terdiam. Thea menghela nafas. “Apapun, terima kasih kerana membantu
merahsiakan penyakit saya. Doktor jangan risau. Doktor tak melakukan apa-apa
kesalahan kerana merahsiakan penyakit saya. Saya sudah cukup dewasa untuk
membuat keputusan untuk diri saya sendiri”
“Apa
rancangan awak? Jantung awak tidak boleh menerima tekanan sekali lagi. Awak
tahu apa yang akan berlaku ‘kan?”
Thea
sekadar mengangguk. “Jangan risau. Saya akan menjaga diri saya sendiri.
Lagipun, saya hanya menunggu masa ‘kan?”
Senyuman
nipis diberi. Doktor Yanti tak mampu berkata apa-apa. Gadis ini sudah berputus
asa sepenuhnya. Tiada apa lagi yang mampu mengembalikan semangatnya. Jauh
disudut hati, dia rasa sangat kasihan. Pastinya gadis ini sangat menderita
sehingga dia mampu bercakap tanpa perasaan seperti ini.
**************************************************
Langkah
Sara terhenti melihat Thea merenung sesuatu dengan kerutan yang jelas di minda.
Tanpa sedar, Sara juga mengerut dahi. Apa yang Thea tengok sampai kerut-kerut
dahi? Perlahan dia membuka pintu lab.
“Fathea
Husna?”
Sepupunya
itu menolah. “Ya allah!” dia memegang jantungnya yang terkejut. Thea menghela
nafas. Sejak peristiwa itu, dirinya lebih berhati-hati.
Sara
memberi sengihan. “Kenapa? Kau buat apa hah?”
Belum
sempat Thea menutup komputer yang dibuka, Sara sudah terlebih dahulu menerpa.
Dia memandang window yang dibuka oleh
Thea. Kemudian, senyuman terukir.
“Kau tengok
fanmeeting MARS?”
Thea diam,
tidak berkutik. Kantoi! Terang-terangan pula. Air liur ditelan terasa paksa.
Sara ketawa, mengusik. “Kau mesti dah tengok confession abang ipar kan?”
Pandangan
diberi, tidak berkelip. “Apa kau cakap? Abang ipar?”
Sara
mengangguk. “Sweet kan? Dia malu-malu
je waktu tu” Thea seakan tidak mampu mencerna apa yang diberitahu oleh Sara.
“Sejak bila
kau jadikan dia abang ipar kau?” Thea menyoal, sedikit geram. Sara hanya
ketawa. “Oh ya. Hari jadi Q lusa ‘kan?”
Dia menoleh
kearah Thea disebelah. Sepupunya itu sekadar mengangguk. “Apa event kau nak buat?”
“Event?”
Sara
mengangguk. “Kau nak bagi hadiah ke?” dia menyoal lagi. Thea semakin tak faham.
“Nak kena bagi sesuatu ke? Aku belanja makan je la”
Tergamam
Sara sekejap. Biar benar budak ni? “Kau taknak buat apa-apa? Oi, dia tu husband kau tahu? Kau nak belanja dia
makan je?”
Thea
mengangguk. Habistu? Nak buat apa lagi? Sara menggeleng. Nak cakap apa? Thea ni
budak innocent sangat. Setahunya, dia
tak pernah melihat Thea bercinta. Malah, tak pernah dengar Thea cerita apa-apa
mengenai lelaki. Nasib Q la dapat wife macam
sepupu aku ni.
“Gitar. Kau
pandai main gitar ‘kan?”
Thea
mengerut dahi. “Ke...napa?”
Sara
memberi senyuman. Nasiblah kena ajar budak ni satu per satu. Walaupun aku
sendiri tak banyak pengalaman tapi bolehlah rasanya membantu Thea yang memang
taktahu apa-apa ni.
********************************************
Q tersenyum
memandang TL yang penuh dengan wish dan
hashtag daripada peminat yang
mengucapkan selamat hari jadi untuknya. Memandangkan terlalu ramai yang wish, Q hanya mampu retweet semula tanpa menjawab. Namun dia sentiasa berterima kasih
kepada mereka yang mengingati hari jadinya pada hari ini.
“Baiklah.
Kita kembali di Era bersama dengan Q dari MARS”
Suara Ray
membuatkan dia kembali fokus. Senyuman segera diukir. “Saya baru baca di twitter tadi. Hari ni hari jadi Q ke?”
Q ketawa,
sedikit malu. “Iya. Saya baru lihat wish yang
ditweet oleh peminat. Terima kasih
banyak-banyak”
“Oh. Kalau
begitu. Terimalah lagu ni”
Dia kaget
sekejap sebelum ketawa mendengar suara MARS menyanyikan lagu hari jadi
untuknya. Hati rasa terharu sangat kerana mereka tidak pernah lupa hari jadi
masing-masing.
“Happy birthday. Kau dah semakin tua”
suara Mika kedengaran sebaik menamatkan lagu. Q hanya mampu menggeleng.
“Semoga
panjang umur dan murah rezeki. Jangan buli-buli aku lagi!” dia mendengar Dhani
ketawa. Q tersenyum.
“Ermmmm,
balik nanti kami bagi kek”
Ray turut
ketawa dengan sikap random Acap yang
sukar sekali difahami. “Baiklah. Terima kasih kerana meluangkan masa bersama
kami di Era. Mika?”
“Ye saya.
Terima kasih juga kerana beri peluang kami menyambut hari jadi Q walaupun
masing-masing ada jadual sendiri”
Senyuman
masih dibibir sambil menggeleng. Dia tak mampu berkata apa-apa kerana terharu. “Apa
jadual ahli lain hari ni?” Ray berbual sekejap.
“Saya dan
Dhani akan menghadiri event. Acap
akan membuat recording untuk iklan”
Ray
mengangguk. “Baiklah. Apa pesanan untuk birthday
boy hari ini?”
Mereka diam
sekejap. Q turut terdiam. “Semoga segala impian kau terlaksana bersama dengan
MARS. Terima kasih kerana menjadi ketua kepada kami yang kadangkala menyusahkan
ini. Walaupun kita sentiasa sibuk tapi semuanya mampu dilalui jika kita semua
bersama. Kami rindu kau!”
“Rindu
sangat” Dhani menambah. “Jaga diri, Q” Acap bersuara perlahan sebelum
mengucapkan selamat tinggal dan mematikan panggilan. Q hanya mampu ketawa
dengan rasa tak percaya.
“Baiklah.
Kita teruskan dengan lagu di tangga ke 10”
Q menanggal
headphone yang dipakai. “Selamat hari
jadi” dia menoleh melihat pintu dibuka. “Selamat hari jadi” staff Era masuk
bersama kek coklat kegemaranya.
“Selamat
hari jadi, Q. Selamat hari jadi”
Kak Nana
berdiri dihadapan sambil memegang kek yang dibawa. “Tiuplah” dia menurut tanpa
banyak soal. Tepukan kedengaran. Q hanya mampu tersenyum, gembira. “Selamat
hari jadi yang ke?” Haniff menyoal.
“23”
“Muda
lagi?” Reza menyoal. Q hanya mengangguk sambil ketawa. “Tapi kamu dah ada
isteri? Bertuah betul!” Johan menyampuk, membuatkan yang lain ketawa. Q hanya
mampu mengurut tengkuk dengan rasa kekok.
*************************************************
“Thea?”
Bahu
ditepuk perlahan. Sara kehairanan melihat Thea yang boleh tertidur walaupun
ketika orang lain sibuk menyalin pakaian berhampiran.
“Kenapa
kau?” dia menyoal, risau. Sejak peristiwa itu, Thea langsung tak mahu berbual
denganya. Entah kenapa, Sara mampu rasakan bahawa Thea menyembunyikan sesuatu.
“Dah siap
ke?” Thea menyoal sambil menggosok matanya yang terasa berat. Sara sekadar
mengangguk. “Marilah. Kita balik”
Sepupunya
itu mengangguk. Dia bangun dari kerusi sebelum mengambil gitar yang dibawanya
kesana kemari sejak beberapa hari yang lepas. Suasana diantara mereka sunyi
tanpa bicara. Masing-masing keletihan sehingga tidak mampu berbual.
Akhirnya,
mereka tiba di perhentian bas yang berhampiran. Thea duduk diatas kerusi yang
disediakan bersama helaan nafas. Semakin hari, tubuhnya terasa letih apabila
terpaksa kerja sehingga lewat pagi walaupun baru berusia 20 tahun.
“Kau practice lagu tu ke?” Sara menyoal
tiba-tiba. Thea menoleh sebelum mengangguk perlahan. Sara tersenyum. “Hari ni
hari jadi dia? Kau tak wish ke?”
“Dia busy. Aku taknak ganggu dia”
Thea
menyandar kepala di board dibelakang.
Dia memejam mata sekejap sebelum membuka. Sara disebelah, dipandang. “Sara” dia
memanggil. Sara menoleh.
“Selepas
semua yang berlaku, bagaimana aku nak kembali kepada kehidupan asal aku?”
Sara
mengerut dahi. “Maksud kau?”
Thea diam
sekejap. Dia merenung jauh kearah jalan yang sedikit lengang. Tidak banyak
kereta waktu-waktu sebegini. Nasib baiklah mereka berdua. Kalau seorang, takut
jugak la.
“Aku dan
dia. Kami tak mungkin bersama. Macam mana nak teruskan hidup bila lihat dia
yang pernah menjadi ‘suami’ aku dahulu?”
Kali ini
dia faham. Sara terdiam. Dia sendiri tak punya jawapan untuk itu. “Tapi semua
itu takkan terjadi dalam masa terdekat ni. Aku lihat rating rancangan tu tinggi. Ini kali pertama ada reality show seumpama ini dan ramai yang
tertarik sebenarnya”
“Aku bina
tembok yang kukuh agar diri tak jatuh hati. Tapi semakin hari, aku semakin
risau” dia bersuara, perlahan. “Takut kau jatuh cinta?”
Tiada
jawapan namun Sara sudah mampu menduga. Dia akhirnya menghela nafas. “Kalau tak
sebab aku, semuanya takkan jadi sebegini ‘kan?” lebih kepada menyoal diri
sendiri. Suasana kembali sunyi. Thea merenung langit yang pekat tanpa bintang
malam ini.
Lambat atau
tidak, mereka akan bertemu di titik penghujung juga. Samada dirinya ataupun Q
sendiri yang akan mengakhirkan semua ini. Setelah apa yang dialami, pasti sukar
untuk kembali seperti dahulu kerana memori tak mampu dibuang semudah itu.
“Apa
sebenarnya pendapat kau tentang Q? Jujur dengan aku, Thea”
Gadis itu
masih diam. Sara menunggu. Ini peluang untuk mencungkil rasa hati Thea yang
sangat sukar dilihat. “Dia lelaki yang baik. Mengambil-berat. Q boleh buat aku
ketawa tanpa aku sendiri sedar. Aku dapat rasakan dia berusaha untuk rapat
dengan aku”
Sara
mengangguk. Itu juga yang dilihat di tv. Ramai yang dah jatuh hati dengan
layanan Q pada Thea. Malah, ramai juga yang mengaku mereka terkejut melihat
watak Q yang berbeza sekali dengan apa yang ditonjolkan sewaktu diatas pentas.
“Tak salah
kau buka hati kau, Thea. Dia suami kau”
Senyuman
sedikit diukir namun Thea tahu realiti yang sebenar. Walaupun Q nampak jujur
dengan percakapan dan perbuatanya namun Thea sentiasa sedar bahawa mereka hanya
berpura-pura sahaja sekarang ini.
“He is the shining star. I’m just the norm
night. We can’t never be together. Itu kenyataanya”
************************************************
Thea memandang HQ WM yang tinggi mencakar
langgit. Tengkuk terasa cramp sekejap
apabila dia merenung sehingga ke puncak teratas. Rasa kagum tak mampu disangkal
mengenangkan bahawa MARS berada dibawah naungan syarikat muzik terkenal ini.
Apabila
sedar, dia membetulkan pakaian yang dipakai sebelum masuk kedalam lobi syarikat
tersebut. Terdapat para pekerja yang keluar masuk syarikat bersama dengan
urusan masing-masing. Thea mengatur langkah menuju ke meja penyambut tetamu
berhampiran.
“Assalamualaikum,
cik”
Wanita itu
menganggkat muka sebelum terkejut sekejap. Thea memberi senyuman, kekok.
“Fathea Husna ‘kan?”
“Fathea Husna ‘kan?”
Perlahan
dia mengangguk. “Saya lihat rancangan awak dan Q. Awak nampak hebat sangat.
Saya suka bila awak buat Q senyum waktu awak masakan kegemaran dia. Tak sangka awak
yang selalu nampak dingin tapi boleh ambil berat juga ye?”
Ini kali
pertama Thea berjumpa dengan peminat yang positif dengan rancangan ini tanpa
mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya. Sedikit sebanyak, dia terharu. Mungkin
ada juga dikalangan yang membenci itu, menyukai kau, Fathea!
“Terima
kasih. Saya datang sebenarnya nak bertemu dengan Reza. Saya seharusnya berjumpa
dia sekarang ini”
“Oh ya.
Encik Reza ada tinggalkan pesanan kepada saya tadi” dia segera kembali kepada
tugasya yang sebenarnya. Thea sedikit mengangguk.
“Encik Reza
ada meeting sekarang. PA dia suruh
cik Fathea naik keatas dan menunggu dia disana” wanita itu memberitahu setelah
meletakkan panggilan telifonya kepada PA Reza.
“Tingkat
berapa ye?”
“13”
“Terima
kasih” dia berjalan kearah lif. Keadaan sedikit kekok kerana semua orang
disekelilingnya berpakaian formal berbanding dirinya. Apabila pintu lif dibuka,
dia masuk bersama beberapa orang lagi pekerja syarikat.
***********************************************************
Tiba di
tingkat 13, Thea berjalan keluar. Dia berhenti sekejap memandang sekeliling.
Suasana yang sunyi membuatkan dia tidak mampu bergerak sekejap. Dimana pejabat
Reza?
“Cik
Fathea?”
Dia menoleh
melihat seorang wanita anggun menghampirinya. Thea segera mengangguk. “Baiklah.
Sila ikut saya”
Tanpa soal,
dia hanya menurut. Thea dibawa ke bilik menunggu. “Saya Nabila. PA kepada Encik
Reza. Meeting Encik Reza masih belum
selesai jadi cik Fathea sila tunggu sebentar ye?”
Thea
sekadar mengangguk. Kemudian, Nabila meminta diri untuk keluar dan meninggalkan
dirinya sendiri. Suasana kembali sunyi. Thea mengambil kesempatan memerhati
segenap ruang bilik tersebut. Semuanya berkaitan dengan MARS.
Disatu
sudut, terdapat frame bersaiz besar
yang mempamerkan MARS sewaktu photoshoot untuk
jenama terkenal. Thea memandang Q. Lain benar dengan Q yang dikenalinya. Q
didalam poster ini kelihatan misteri dan sukar untuk didekati.
Thea
menghela nafas. Ini adalah Q yang sebenar. Jika tiada rancangan ini, mereka
takkan saling kenal dan berjumpa. Q didalam poster adalah milik semua orang.
Kegilaan ramai wanita di luar sana. Namun Q ini juga yang menjadi suaminya
sekarang.
“Maafkan
saya” dia menoleh apabila mendengar suara itu sebaik pintu dibuka. Thea sedikit
terkejut namun kembali lega melihat Reza masuk dengan senyuman.
“Dah lama
awak tunggu?”
Thea
menggeleng. Dia melihat Reza melonggarkan sedikit tali leher yang dipakai
sebelum duduk disofa berhampiran denganya. Kali pertama melihat Reza dahulu,
siapa sangka lelaki ini adalah pengurus MARS?
“Saya tak
sangka awak menelifon dan mahu bertemu. Ada apa-apa yang perlu saya tahu ke?”
Diam
sekejap. Thea cuba mengatur ayat yang sesuai. Dia melihat Reza yang masih
tenang menunggu jawapan daripadanya.
“Saya mahu
menamatkan rancangan ini” dia bersuara akhirnya. Reza terkedu. Tamatkan
rancangan? Biar benar? Dia memandang Thea yang serius. Reza menelan air liur. “Apa
awak cakap?”
Thea
mengangguk. “Saya tahu rancagan ini bergantung kepada pihak produksi. Tapi saya
mahu meminta jasa baik Encik Reza. Saya mahu menamatkan rancangan ini”
Reza masih
cuba mencerna apa yang gadis dihadapanya ini ucapkan. “Kenapa? Apa yang berlaku
antara awak dan Q?”
“Bukan sebab
Q” dia menjawab, pantas. Thea terdiam. Bagaimana mahu terangkan kepada lelaki
ini? Aku punya penyakit yang boleh meragut nyawa aku bila-bila masa?
“Habistu?”
suara sedikit naik. Hati terasa panas melihat gadis ini. Ini kali pertama Reza
bertemu gadis seperti ini. Apa sebenarnya dalam fikiran Thea ni? Terlalu banyak
berahsia sehingga tak mampu diduga.
“Saya dah
tak punya masa”
Reza
terdiam. Dia mengerut dahi. “Awak nak ke mana?”
Thea
mengetap bibir. Ini sahaja caranya. Berterus-terang agar Reza memahami.
Walaupun sebolehnya Thea tak mahu sesiapapun tahu mengenai penyakitnya ini.
“I’ve been diagnosed with heart failure since
I’m 15 years old. 5 tahun saya hidup dengan ketakutan bahawa jantung saya
boleh berhenti bila-bila masa sahaja. Beberapa hari yang lepas, saya kembali
diserang. Doktor yang merawat saya memberi amaran. Jantung saya tak boleh
diberi tekanan lagi. Saya tak mahu menyusahkan sesiapa termasuklah Q”
Reza
terdiam. Jadi benarlah apa yang berlaku? Rasa bersalah menggigit jiwa ketika
ini. Thea menghela nafas. Suasana sunyi tiba-tiba. Reza tak mampu untuk
berbicara. Thea pula hanya membisu.
“Seteruk
itu?”
Thea hampir
ketawa. Seteruk itu? Apa lagi yang boleh disoal? Melihat wajah simpati Reza.
Hatinya terasa bagai disiat-siat.
“Jadi, saya
berikan masa untuk awak. Saya harap awak faham bahawa saya mahu habiskan
penghujung kehidupan saya bersama keluarga saya. Semakin Q bersama saya,
semakin sukar untuk saya melepaskan dia. Jadi, lebih baik saya mengalah awal.
Saya tak perlukan simpati sesiapa”
Reza
menghela nafas. Dia sendiri tak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. “Saya
akan berbincang dengan boss saya.
Tapi saya tak pasti keputusanya akan menyenangkan awak ataupun tidak”
Thea
mengangguk. Itu sudah mencukupi. “Tapi saya nak minta tolong sesuatu”
“Tolong
apa?”
Wajah Reza
dipandang. “Rahsiakan penyakit saya ini daripada Q. Saya tak mahu dia tahu
apa-apa pun mengenai penyakit ini”
Reza
sedikit terkejut. “Awak taknak Q tahu? Awak nak tamatkan macam tu je?”
Thea
mengangguk. Apabila semuanya selesai, mereka akan kembali kepada kehidupan
mereka seperti biasa. “Itu yang terbaik. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta
diri dulu”
Reza turut
bangun bersama-sama Thea. “Saya tak pernah jumpa gadis seperti awak, Thea. Saya
rasa saya takkan jumpa dimana-mana. Sayangnya awak nak tamatkan semua ini”
Thea hanya
memberi senyuman nipis sebelum berlalu keluar,

haiiihhhhh....cik penulisssss...u saja dera i kannnn.....sila la hup n3 cepat2...x sabar la nak tunggu...penyakit thea dah makin kritikal 2...eh tp sat...thea nak nyanyi eh masa birthday Q ...how sweettt hehehehhe...SAMBUNG!!!SAMBUNG!!!SAMBUNG!!!
ReplyDeletebtul tu awak ni pendera btul lah....nak telefon teledera nak ker dia org ambik kes deraan ni yer...hmmmm....
ReplyDelete