Thea
membayar sebelum mengambil plastik berisi nugget dan hotdog yang dibeli. Dia
berjalan ke gerai seterusnya. Rasa macam nak beli semua. Sabar Thea. Sabar.
“Oi!” bahu
ditepuk. Dia menoleh. “Tak habis lagi ke? Kau baru makan nasi tomato tadi”
“Kejaplah.
Ini side dish” Nas tergelak. Side dish kau. Ini namanya melantak.
“Tu. Dekat tangan tu pun tak sempat nak makan. Nak beli lagi?”
“Berapa ni
kak?” dia menyoal kek moist chocolate yang
menggamit seleranya. “3.50” Nas menggeleng. “Kau tak risau Q lari kalau kau
gemuk”
Thea
menggeleng. Nas hanya mampu ketawa. “Saya nak satu” dengan gembira wanita itu
menurut perminataan Thea. Segera dia membayar harga kek tersebut dengan
senyuman. Nas memaut lengan Thea.
“Sudah. Jom
kita tengok Sara. Jangan fikir perut sendiri je”
“Aku tak
habis pusing lagi” dia menjawab dengan mulut muncung. Nas menggeleng. Haish.
Comel sungguh budak ni. “Tak. Kita jumpa Sara dulu. Cukuplah tu. Nanti beli
lain”
Tangan Thea
ditarik walaupun Thea kelihatan terpaksa. Mereka kembali ke gelanggang bola
jaring. Suasana kecoh ditengah gelanggang menarik perhatian. “Kenapa tu?” Nas
menyoal sambil menjengket sedikit kakinya.
“Ada orang
jatuh kot” Thea memberi pendapat. Nas masih cuba melihat apa yang berlaku
sebelum dia melihat beberapa paramedik hadir dan membawa Tina keluar sambil
terhencut-hencut.
Sara
menghampiri untuk meneguk botol mineral yang dipegang. “Kenapa dengan Tina?”
Nas menyoal. Nampak macam teruk je.
“Terkehel
waktu berebut bola tadi”
Mereka
mengangguk. Tak berbaloi sungguh. Main untuk Hari Jabatan je. Tak perlu la gaya
macam masuk Olimpik. “Sara” Nina memanggil. Sara kembali ke tengah gelanggang.
Mereka kelihatan berbual dengan serius.
“Marilah kita
duduk, Thea” mereka kembali berjalan kearah pokok yang berhampiran. Mereka
kemudian duduk bersila sambil Thea menjamah nugget yang dibeli. “Nak?”
Nas
menggeleng. “Makanlah. Nanti kau nak lagi” Thea memberi sengihan. Dengan senang
hati dia menjamah nugget yang dibeli. Mereka kemudian melihat Sara menghampiri
dengan wajah bermasalah.
“Kenapa?”
“Kami
kurang satu player” dia menjawab,
sedikit mengah. “Takkan takda subtitute kot?”
Nas sedikit terkejut. Sara menggeleng. Mereka bermain sukarela. Mana tahu nak
jadi macam ni? Sara mengesat peluh didahi. Dia kemudian memandang Thea.
Nas segera
sedar. “Tak!” dia menjawab tegas. Thea mengangkat muka. “Kenapa?”
Sara
menghela nafas. Dia tahu ini berbahaya. Tapi sudah lama Thea sembuh. Doktor
sendiri cakap. Lagipun, Thea hanya perlu jadi Gol Shooter (GS) je. “Kau main untuk daerah dulu ‘kan?”
“Sara
Imani!” suara Nas naik satu nada. Thea kehairanan. “Please. 10 minit je. Kami nak menang ni”
Nas
memegang lengan Thea, kuat. “Kau nak pertaruhkan nyawa kawan kau demi 10
minit?” Nas menyoal, serius. Dia bukan main-main. Mereka tahu kisah kesihatan
Thea. Sara mengeluh. Dia tahu dirinya pentingkan diri.
“Baiklah.
Kami mengaku kalah je”
Thea
memandang Sara yang kembali berjalan kearah gelanggang. Dia memandang Nas
disebelah. “Aku bukan macam dulu, Nas” dia bersuara, perlahan. Nas menoleh.
“Ye. Tapi kau lupa apa yang berlaku 3 tahun lepas? Kau hampir mati tahu?”
Thea
terdiam. Mana mungkin dirinya lupa. Dia yang bertarung dengan maut ketika itu.
Suasana menjadi sepi. Perlawanan tamat dengan pihak lawan menjadi pemenang.
Wajah ahli kumpulan Sara nampak muram. Thea rasa bersalah.
“Sara” dia
memanggil apabila melihat Sara menghampiri. “Aku nak beli air” dia menjawab,
lemah sebelum berlalu. Thea terdiam. Dia menoleh kearah Nas yang turut membisu.
Akhirnya Thea mengeluh.
*****************************************
Thea
merenung gambar mereka bertiga. Nas tersenyum girang disebelah sambil memaut
bahunya. Sara memberikan peace sambil
ketawa. Hanya dia yang tidak punya reaksi kerana separuh dari wajah ditutupi mask.
Keluhan
dilepaskan. Sara melancarkan perang dingin di restaurant juga. Dia nampak
sangat kecewa. Mungkin Sara inginkan pasukanya menang. Thea mengusap gambar
Sara.
Aku minta
maaf.
Sejak
dahulu, terlalu banyak orang yang terluka kerananya. Mama, Sara, Nas. Itu hanya
beberapa sahaja. Mama. Sudah terlalu banyak menangis dan merayu untuknya
sembuh. Sara dan Nas pula beberapa kali hampir heart attack setiap kali melihatnya pengsan tidak sedarkan diri
secara tiba-tiba.
Thea
memegang dada. Jantungnya masih berdegup kerana belas ihsan Yang Maha Kuasa.
Kalau tidak, pastinya dia sudah lama pergi. Mata terasa hangat. Sampai bila kau
nak melukai orang disekeliling kau, Fathea Husna? Tak cukup lagi ke?
Kepala
disandar di dinding loker. Sekarang sudah 5 tahun. Perkara itu masih menghantui
dirinya. Walaupun semua orang berusaha untuk tidak mengungkit namun kadangkala
perkara itu bangkit juga.
Pintu bilik
rehat dibuka tiba-tiba. Mereka tergamam apabila bertembung mata. “Sara”
langkahnya yang ingin keluar semula, terhenti. Thea berdiri memandang.
“Kau
marah?”
Sara diam.
“Aku rosakkan semuanya ‘kan? Macam selalu?” rasa sebak menghantui jiwa sekarang
ini. Thea menahan diri dari menangis.
“Aku selalu
rosakkan semuanya dan kau yang dipersalahkan. Macam selalu”
Sara
menoleh. Mata bergenang. Thea mengesat airmata yang mengalir. “Kau. Mama.
Tirah. Berapa banyak lagi luka yang harus aku bagi untuk kalian? Aku sendiri
tak tahu”
Pantas dia
menghampiri sebelum memeluk Thea dengan erat. Airmata menitis. “Tak. Bukan
salah kau. Semua yang berlaku bukan salah kau. Aku minta maaf. Tak sepatutnya
aku terasa. Betul cakap Nas. Kalau aku jadi Nas pun, aku akan buat perkara yang
sama. Aku minta maaf”
Thea teresak
lebih kuat. Sara mengusap belakang Thea untuk menenangkan sepupunya itu. Thea
memang jarang menangis. Namun hanya satu perkara yang Thea lemah. Kesihatanya.
Thea banyak terluka kerana tahap kesihatanya. Kerana kesihatanya juga, Thea
berubah seperti sekarang.
“Aku...aku...minta...maaf.
Aku...rosakkan...semuanya. Macam...macam...selalu. Aku....” Thea tidak mampu
menghabiskan kata-kata.
“Shh. Tak
apa. Jangan menangis. Kau tak boleh tertekan. Bertenang” Sara cuba mengawal
esakan Thea walaupun dia turut menangis. Pelukan diregang apabila mendengar
Thea batuk dan kelihatan sukar bernafas.
Sara kaget.
“Cukup Thea. Jangan menangis. Please. Berhenti
menangis” Sara pula yang menangis melihat Thea yang sesak nafas.
“Aku...uhuk...aku...”
“Aku faham.
Berhenti bercakap. Jantung kau perlu dijaga” Thea mengangguk namun nafas terasa
sedikit sukar berbanding selalu. Walaupun sudah beberapa kali dialami namun
kali ini Thea tak mampu mengawalnya.
“Uhuk...uhuk....”
Thea
memegang dada. Dia cuba menarik nafas yang terasa disekat. Sara menggeleng.
Petanda tak baik. “Fathea Husna! Kenapa dengan kau? Jangan buat aku takut. Kau
dah pulih kan?”
Dia
mengangguk namun wajahnya sudah bertukar warna. Sara semakin gelabah.
“Aku...aku keluar sekejap. Sekejap je. Kau bertahan ye. Bertahan!”
Sara
berlari meninggalkan dirinya untuk meminta bantuan. Thea menepuk dada, cuba
untuk bernafas dengan betul. Namun dadanya terasak sesak. Dia seperti orang
yang nazak ketika ini. Thea menyandar tubuh di almari.
“Sa...ra”
dia memanggil, perlahan. Segala kekuatan sudah hilang sekarang ini sebelum
semuanya menjadi gelap.
*****************************************************
“Rez”
Dia menoleh
melihat wajah Tish yang keruh. Reza kehairanan. “Kenapa dengan kau?” dia
menyoal, risau. Tish menghulur telifon.
“Kawan
Thea”
Reza
mengambil telifon yang diberi. Dia mendengar suara Sara yang menangis
teresak-esak memberitahu sebelum tangan terasa lemah tiba-tiba. Dia memandang
Tish. Sekarang dia faham kenapa Tish seperti ingin menangis.
Telifon
digenggaman selepas panggilan dimatikan. “Apa kita nak buat?”
Dia
memandang Q yang sedang ketawa apabila diusik ahli yang lain. Hatinya bagai
dicengkam. “Jangan beritahu Q”
Tish
terkejut. “Apa kau cakap?”
“Q masih
ada jadual selepas ini. Jangan beritahu dia lagi” Tish tergamam. “Kau gila? He is her husband. Kau nak suruh
rahsiakan?”
Reza
menoleh. “They are just fake, Tish.
Berlakon. Kepentingan Q adalah MARS. Not
her. Dia ada keluarga disisi. Kehadiran Q takkan merubah apa-apa”
“She is fighting with her life now, you
dammit. Kau rasa Q akan okay kalau dia tahu yang kita rahsiakan semua ini?”
Reza
mendengus. “Ini peluang mereka untuk menyinar. MARS boleh pergi jauh jika
mereka teruskan jadual yang diatur. Kau ingat berapa banyak artis Malaysia yang
boleh tembusi pasaran Indon? MARS bertuah tahu tak?”
Tish tak
mampu berkata apa-apa. Tak pernah dia lihat Reza pentingkan diri seperti ini.
“Q dah sayangkan dia, Reza. He will only
getting hurt again. Tak cukup lagi ke dengan apa yang dia lalui?”
Reza
terdiam. Dia tahu dirinya sangat mementingkan diri. Namun semua ini demi
kebaikan Q. “Let stop it, okay? Aku
cuma nak kau janji untuk rahsiakan semua ini dahulu”
Tish
mendengus. Dia benci apabila Reza berkelakukan seperti ini. “Shit” dia berlalu meninggalkan Reza.
Tawa ahli kumpulan MARS mengembalikan perhatian Reza kepada mereka. Ini yang
terbaik.
************************************
Puan Nora
bergegas ke hospital sebaik mendapat panggilan dari Sara. Hampir terlepas
telifon yang dipegang apabila Sara membawakan berita yang membuatkan mindanya blank sekejap. Bersama tangisan yang
bersisa, dia masuk ke lobi hospital.
“Dimana
bilik kecemasan?” dia menyoal kepada jururawat yang bertugas.
“Puan terus
dan kemudian belok kanan”
Tanpa
mengucapkan terima kasih, Puan Nora berlari sedikit ke tempat yang diberitahu.
Didalam hati, tidak henti-henti berdoa untuk keselamatan Thea. 5 tahun. Sudah 5
tahun Thea hidup tanpa apa-apa komplikasi. Kenapa hari ini semuanya berlaku?
“Maksu”
Sara bangun
melihat Puan Nora menghampiri. “Thea. Mana Thea?”
“Masih
didalam. Dah setengah jam”
Puan Nora
terduduk diatas kerusi. Airmata mengalir. Thea. Jangan tinggalkan mama sayang.
Mama tak punya siapa-siapa lagi.
“Macam mana
boleh jadi macam ni? Thea buat aktiviti sukan ke?”
Sara
menggeleng. Kalau dia berkeras juga petang tadi, pasti keadaan lebih teruk.
Kalau dia tidak terlalu mengikut perasaan, pasti Thea tidak seperti ini.
“Thea
tiba-tiba sesak nafas. Sara pun taktahu maksu. Selama ini dia okay je”
Airmata
masih mengalir. Puan Nora memejamkan matanya sedikit. Ya Allah. Selamatkan anak
aku. Aku memohon pada-MU, Ya Rabbi.
“Nora”
mereka menoleh. “Mama” dia segera mendapatkan mama yang datang bersaama papa
dengan wajah risau.
“Macam mana
Thea?” Puan Nabila menyoal. Terkejut dia apabila mendapat panggilan dari Sara
tadi. Selama ini, mereka diberitahu bahawa sakit Thea sudah pulih. Apa yang
terjadi sekarang?
“Dia masih
dalam tu”
Mereka
memandang bilik kecemasan yang masih bernyala. Puan Nabila menghampiri adik
bongsunya yang kelihatan termenung. “Sabar Nora. Akak yakin Thea tak apa-apa”
Puan Nora
hanya mampu mengangguk. Dia sangat takut sekarang ini. Kalau terjadi apa-apa
pada Thea, dirinya akan mati. Puan Nabila menggosok lengan adiknya itu untuk
memberi semangat.
***********************************************
“Mama” dia
mendengar tangisan mama yang kedengaran sangat hampir. Thea cuba mencari namun
tidak berjumpa.
“Jangan
nangis”
Airmata
turun mengalir. Mama masih menangis. “Thea minta maaf. Jangan menangis lagi”
dia merayu kuat. Thea taknak lihat mama menangis.
Dia melutut
tiba-tiba. Sampai bila semua harus begini? Sampai bila semua orang harus
risaukan kesihatanya?
“Thea. Thea
sayang” dia terkejut. Mama? Mama panggil? Thea menggerakkan sedikit mata. Wajah
Puan Nora berubah. “Thea! Ini mama sayang. Buka mata kamu” dia memanggil lagi.
Yang lain juga sudah berkumpul mengelilingi katil Thea.
Thea
membuka mata perlahan. Dia memandang mama yang berdiri disebelah. “Ma...ma” dia
memanggil, lemah. Airmata Puan Nora kembali mengalir. “Syukurlah” dia memeluk
Thea dengan erat. Esakan kedengaran daripada yang lain.
“Syukurlah
kamu tak apa-apa, Thea” dia melihat maklong yang turut berada berhampiran. Thea
memberi senyuman, nipis. “Thea tak apa-apa. Beberapa hari ini, Thea keletihan
je”
Puan Nora
merenggangkan pelukan dan mengesat airmatanya. “Kamu jangan buat mama risau
lagi ye?” Thea hanya mengangguk. Dia rasa bersalah kerana membuat semua orang
risau seperti ini.
“Assalamualaikum”
mereka menoleh serentak melihat Doktor Yanti masuk bersama 2 orang jururawat.
“Ramainya” dia memberi senyuman. “Saya datang untuk check Thea. Boleh semua orang berganjak sedikit dari katil?”
Mereka
segera menurut. Doktor Yanti menghampiri katil bersama jururawatnya. “Kamu dah
sedar?” Thea hanya mengangguk. “Nasib baiklah kamu tak apa-apa. Kami risau
jantung kamu berikan masalah tapi sebenarnya kamu hanya keletihan”
Senyuman
diukir. Gadis comel ini disayangi ramai orang. Thea sangat bertuah. Suasana
sunyi melihat Doktor Yanti melakukan tugasnya. Thea memandang mama yang tidak
lepas pandang dari melihatnya. Dia menghela nafas. Mama nampak sangat risau.
Pasti selepas ini mama menyuruhnya berhenti kerja.
“Alhamdulillah.
Semuanya okay. Ujian x-ray kamu pun okay. Tapi kamu perlu rehat untuk beberapa
hari dahulu sebelum pulang”
“Terima
kasih doktor” mama bersuara, lega. Doktor Yanti sekadar mengangguk. Dia
kemudian berlalu dan katilnya kembali dikelilingi.
“Mama
baliklah” dia bersuara, perlahan. Mama menggeleng. “Mama jaga kamu” dia
menjawab, tegas. “Tirah?”
“Mama minta
jiran sebelah jaga”
Thea diam
seketika. “Tirah tak selesa bersama orang yang dia tak kenal. Mama baliklah
dulu. Mandi dan makan. Nanti bawa Tirah jumpa Thea”
“Betul tu,
Nora. Seharian kamu disini. Kamu balik dulu. Biar akak dengan Sara jaga Thea.
Tirah juga perlukan kamu”
Mama
kelihatan tak punya pilihan. Akhirnya dia mengangguk. “Baiklah. Petang nanti
mama datang jenguk kamu” Thea mengangguk. Mama berlalu mencapai beg tangan
diatas kerusi dan kembali menghampirinya.
“Jaga diri
ye. Sekejap lagi mama datang”
Thea
memberi senyuman nipis bersama anggukan. Mama mencium dahinya dengan lembut
sebelum berlalu. Thea menoleh melihat Sara disebelah. Wajah Sara sudah
menggambarkan semuanya. “Bukan salah kau”
Mata Sara
bergenang. “Kau tahu betapa risaunya aku lihat kau pengsan? Aku suruh kau
bertahan ‘kan? Kau tahu aku rasa bersalah sangat? Macam mana kalau apa-apa
berlaku? Apa aku nak jawab dengan maksu? Hah?”
Thea diam.
Sara sudah menangis teresak-esak. Hatinya turut sebak. Sara pasti ketakutan
waktu itu. Sara mengesat airmata. “Nasib baiklah kau tak apa-apa”
“Jangan
risau” dia menjawab, perlahan. “Aku nak rehat sekejap” dia menarik selimut
sehingga ke paras dada. Sara terdiam.
“Bagi Thea
rehat. Dia tentu penat” Puan Nabila memujuk. Dia kenal Thea. Melihat keadaan
Thea sekarang, Thea pasti rasa bersalah kerana merisaukan semua orang. Sara
hanya mampu memandang.
**************************************************
Malaysia.
Senyuman terukir sebaik kaki menjejak tanah Malaysia. Seminggu di perantauan.
Mereka sudah merindui Malaysia. Walaupun sekadar ke negara jiran namun masih
terdapat perbezaan.
Apabila
keluar dari Balai Ketibaan, sorakan dari peminat kedengaran. Beberapa wartawan
turut hadir untuk membuat liputan. Mereka segera mengukir senyuman dan
melambaikan tangan walaupun badan terasa ingin terjun ke atas katil sekarang
juga.
Dengan
dibantu oleh Polis Airport yang
bertugas, mereka berjaya keluar dari lapangan terbang walaupun ramai peminat
yang hadir. Mika menarik nafas lega sebaik pintu kereta ditutup dan mereka
mulai meninggalkan lapangan terbang.
“Esok
kalian ada interview untuk Muzik-muzik
dan encore juga”
Mereka
hanya mengangguk. Masing-masing sudah terlampau letih. Reza kembali menoleh ke
hadapan. Dia juga letih dengan jadual yang padat selama seminggu ini.
Q
mengeluarkan telifon yang sentiasa dibawanya kemana sahaja dia pergi. Yang lain
sudah berada di alam mimpi. Hanya dia yang tak mampu tidur walaupun badan
terasa letih. Ditambah dengan jet lag yang
dirasa.
3 hari.
Thea senyap tanpa berita. Meseg dan call juga
tidak diangkat. Selalu kalau tak angkat call,
dia akan meseg cakap dirinya busy. Tapi
sekarang tak ada apa-apa pun.
“Rez” dia
bersuara. “Hmmm”
“Bila
penggambaran aku dengan Thea?” Reza tersentak. “Kenapa?”
“Dia tak
angkat call aku 3 hari ni. Esok ke
lusa?”
Reza diam
sekejap. “Lusa”
Q
mengangguk. Lusa. Lusa boleh jumpa dan tanya. Dia menyimpan semula telifon ke
dalam poket sebelum memejam mata dan sekejap sahaja sudah berada dialam mimpi.

cam ne agaknya reaksi Q yeh bila tau thea kat ICU sepanjang 3 ari ilang tanpa berita masa dia di indon 2 yeh...agak2nye dia marah kat reza x sbb x bg tau keadaan the masa 2. mesti dia akan rasa bersalah kalo dibuatnya ape2 berlaku kat thea masa dia xde 2 kan3
ReplyDeletep/s tuan tanah...jgn la seksa i tunggu n3 lama sangat huhuhu