Thea melihat jam ditangan. Kalau tak silap, seharusnya Q
sudah tiba di kolej sekarang. Betul ke tindakan aku ni? Q lelaki yang sangat
sibuk dan terkenal. Macam mana kalau orang sedar dia berada di kolej? Pasti
wartawan akan mengambil berita ini dan menulis yang bukan-bukan.
“Thea”
suara Nas mengembalikan perhatian. “Huh?”
“Kau nak
makan apa?” dia menyoal disebalik keriuhan pelajar yang turun sama ingin
menjamu selera.
“Nasi ayam
je”
“Teh ais?”
Sara menyoal. Senyuman diukir bersama anggukan. Sara ketawa sebelum berlalu
bersama-sama Nas. Thea kemudian mengeluarkan telifon untuk melihat samada Q
menelifon ataupun menghantar meseg.
Kosong. Dia
menghela nafas. Mungkin dia punya jadual hari ini. Thea cuba menyedapkan hati.
Tapi kalau dia datang, nak berbual apa?
Arghhh.
Terasa kepala berpinar-pinar sekarang. Perutnya turut rasa dipulas-pulas. Tak
pernah dia berkeadaan seperti ini. Thea meletakkan kepala diatas meja bersama
keluhan. Sejak Q hadir, hidupnya yang tenang menjadi berkocak.
Tapi bukan
semuanya tak baik. Bersama Q, Thea cuba untuk menjadi semesra yang mampu
walaupun sangat sukar. Bersama Q, Thea berlajar cara menghargai seseorang dan menerima
pertolongan yang diberi.
“Hey”
Dia kaget
sebentar. Mata sedikit terbeliak apabila tiba-tiba wajah itu turut didalam
posisi yang sama dan memberi senyuman kepadanya. Thea segera bangun. Begitu
juga dengan lelaki itu. Q tergelak, kecil. Thea nampak sangat comel. Rasa nak
simpan dalam poket je.
Thea
memandang sekeliling. Nasib baiklah semua pelajar sibuk dengan urusan
masing-masing. Hatinya berdebar. Kalau orang sedar kehadiran Q sekarang, pasti
keadaan menjadi kecoh nanti.
“A...awak....”
dia terdiam. Q ketawa lagi. Entah kenapa, semua perkara yang Thea buat nampak
comel. Thea menghela nafas, cuba mengawal rasa gementarnya agar tidak memalukan
diri sendiri.
“Ye saya.
Kenapa?” dia menyakat dengan senyuman, sinis. Thea mengetap bibir. Q memberi senyuman,
tampan. “Kita nak berbual dekat sini ke? I
don’t mind. Tapi....”
Dia
memerhati sekeliling. Bising ya amat. Macam mana nak cakap kalau ada je orang
menjerit, ketawa dan bertepuk tampar berhampiran mereka. Thea mengangguk. Ini
sememangnya bukan tempat yang sesuai.
“Mari. Saya
bawa awak ke tempat lain”
Mereka
sama-sama bangun dan berlalu. Thea sempat menghantar meseg kepada Nas dan Sara
supaya mereka tidak risau.
******************************************
Q memerhati
sekeliling sambil mengekori Thea yang hanya membisu. Ternyata walaupun sudah
beberapa kali bertemu, mereka masih lagi kekok diantara satu sama lain. Ini ke
tempat Thea belajar? Cantik juga tempat ni.
Perasaan
ingin sambung belajar tiba-tiba muncul. Tapi Q sedar. Sekarang belum masanya.
MARS perlukan perhatian penuh darinya. Selaku ketua dan paling tua, segala
gerak-geri dan keputusan yang diambil akan diikuti oleh ahli yang lain.
“Sini
boleh?” soalan Thea mengejutkan dirinya. Q memerhati taman buatan yang sangat
cantik sebelum mengangguk. “Boleh je. Jom kita duduk”
Mereka
duduk disebuah gazebo berhampiran. Suasana sepi seketika. Masing-masing taktahu
apa yang perlu dikata. “Kekok kan?” dia menyoal bersama tawa. Thea mengangguk
bersama senyuman. Q menghela nafas.
“Saya minta
maaf”
Q menoleh
pantas. Thea minta maaf? “Saya tak bermaksud begitu. Tapi nampaknya ramai yang
salah faham”
“Mungkin
cara produksi edit yang nampak benda
tu kurang menyenangkan. Saya faham awak sedikit tertekan dengan apa yang
peminat saya katakan”
Thea
menoleh memandang Q. “Awak marah?” dia menyoal, risau. Q hanya tersenyum.
“Mungkin perkara ini buat kita tak selesa. Saya tak marah. Sebenarnya saya lega
awak luahkan apa yang awak rasa. Walaupun kita hanya berlakon tapi saya taknak
kita kekok antara satu sama lain”
Gadis itu
mengangguk. Q menghela nafas. “Thea” dia memanggil, perlahan. Jantung Thea
berdegup laju. Ramai orang memanggilnya seperti itu namun kenapa hanya lelaki
ini yang berjaya membuatkan dia berdebar-debar?
“Ye”
Q
tersenyum. “Apa kata kita mulakan semula?” dia menyoal, memberi cadangan. Thea
kerut dahi. “Mulakan semula?”
“Sebagai
kawan. I know that all this about husband
and wife thing freak you out. Saya juga begitu. Jadi, kita mulakan semula.
Walaupun kita tak mampu jadi suami dan isteri, kita boleh jadi kawan ‘kan?”
Thea diam,
berfikir. Kawan? Itu kedengaran lebih baik berbanding suami isteri. Mereka
sangat muda. Thea masih tak nampak dirinya sebagai isteri seseorang. Tambahan
lagi, isteri kepada artis terkenal seperti Q.
Perlahan
dia mengangguk. “Mungkin itu lebih baik” Q sedikit lega. Sekurang-kurangnya,
Thea tidak menolaknya terus.
“Baiklah”
dia kemudian menghulur tangan. Thea kaget. “Hai. Saya Qhalid Rayyan. Orang
ramai panggil saya Q. Saya ketua kumpulan MARS” senyuman lesung pipit diukir.
Thea
terkebil-kebil sebentar sebelum dia menyambut huluran tangan Q. “Fathea Husna.
Semua orang panggil saya Thea. Urmm, saya takda kumpulan”
Q ketawa.
Thea tersenyum sedikit. Dia tak tahu Thea ada sisi humour macam ni. Mungkin idea menjadi kawan tidaklah buruk seperti
yang disangka. “Mulai sekarang, anggap saya sebagai kawan awak. Macam mana awak
layan Nas dan Sara, saya harap awak berikan layanan yang sama”
Thea
mengangguk. Itu tak menjadi hal. Q bertambah lega. Habis satu masalah. “Jadi”
dia bersuara sedikit kuat. “Awak course apa?”
“Pengurusan
pejabat. Saya di semester 5 sekarang. 1 sem lagi untuk habis”
Q
mengangguk. “Kenapa orang panggil awak Q?” dia menyoal, tiba-tiba. Q tergamam
sekejap. “Kenapa orang panggil saya Q?” Thea mengangguk. “Qhalid suit you better”
Senyuman
terukir dengan pantas. “Itu pilihan Reza sebenarnya. Saya juga rasa not bad. Q sound simple and easy to
remember.”
Thea
mengangguk. “Boleh saya panggil awak Qhalid?” dia menyoal, tiba-tiba. Sekali
lagi Q terkejut. Dia tak sangka Thea sangat blunt
macam ni. Mana Thea yang kalau ditanya sepatah, sepatah dijawab? Berubah
terus.
“Kenapa?”
dia sekadar ingin mengusik. Thea diam sekejap. “Saya suka nama tu lagi” dia
menjawab, selamba. Q hanya mampu ketawa.
“Suits yourself. Sekarang kita dah okay?”
Thea
mengukir senyuman. Q dazed sekejap.
Kali pertama dia melihat Thea senyum seperti ini. “Kita dah okay” dia menjawab,
sedikit riang. Q hanya mampu tersenyum.
********************************
Kereta di
parkir di tempat yang disediakan. Enjin masih tidak matikan namun Q sudah
merenung ke luar tingkap. Pasar malam? Ini ke tempat yang Thea nak bawa?
Dia menoleh
apabila terasa bahunya ditepuk. Thea sudah siap memakai cap sambil menarik sedikit lengan sweater yang dipakai sehingga ke siku. “Jom”
Q
mengangguk. Dia mematikan enjin sebelum segera turun dan kemudian membuka pintu
untuk Thea. “Thanks” dia membalas
dengan senyuman. Suasana sangat riuh dengan suara penjual yang cuba melariskan
barang jualan mereka. Ini kali pertama dirinya ke tempat seperti ini.
“Inilah
tempat kegemaran saya setiap malam” Thea memberitahu. Q masih lagi dalam
keadaan kagum. Thea tersenyum sebelum mencuit lengan Q. Lelaki itu menoleh.
Mereka kemudian berjalan memasuki lorong pasar malam yang sudah dipenuhi orang
ramai.
Pelbagai
barang yang dijual daripada pakaian, barang mainan sehingga ke warung yang
menjual makanan. Thea nampak teruja dan membuatkan Q tersenyum. Jadi, ini
kehidupan Thea? Sememangnya mereka sangat berlainan.
“Disini tak
ramai remaja. Jadi awak tak perlu risau dikenali” Thea memberitahu. Q sekadar
mengangguk. Mereka berjalan lagi. Barangan yang dijual menarik minat Q yang
selama ini hidupnya hanya berkisar dengan tempat kerja dan asrama sahaja.
“Thea!” dia
menoleh. “Makcik” segera dia pergi ke warung Makcik Nisa yang menjual
kuih-muih. “Hari ni cepat benar donut mama kamu habis. Kejap makcik ambilkan
duit”
Thea
sekadar mengangguk. Dia menoleh apabila terasa Q berdiri disebelah “Donut?” dia
menyoal, hairan. “Mama selalu buat donut dan hantar disini. Saya akan kesini
setiap malam untuk ambil duit”
“Sendiri?”
Thea
mengangguk. Q hampir tak percaya. Sendirian malam-malam macam ni? Thea takda
ayah ke? Mama dia benarkan dia keluar malam seorang diri? “Ini duitnya.
Beritahu mama kamu ramai pelanggan yang suka donut tu. Suruh mama kamu buat
lebih sikit ye”
“Baik.
Terima kasih” Makcik Nisa mengukir senyuman. Dia kemudian terpandang lelaki
disebelah Thea. “Ini siapa?”
Mereka
berpandangan. “Kawan. Qhalid namanya”
Makcik Nisa
mengangguk. Q mengukir senyuman. “Tak pernah makcik lihat Thea bawa kawan-kawan
dia ke mari. Kawan perempuan pun tak pernah. Kalian berdua ni kawan je ke?”
Thea
tersedak sikit. Wajah Q terasa hangat. “Eh. Tak-tak. Kami memang kawan. Kawan
je” Makcik Nisa hanya ketawa. Mereka menjadi kekok.
“Tak
apalah. Kamu jaga Thea baik-baik ye. Jangan bagi dia sakit”
Q terkejut.
Thea juga tergamam. “Eh. Kami nak kena pergi dulu” makcik Nisa mengangguk.
“Hati-hati. Kirim salam dekat mama kamu”
“Baik”
Thea
menarik Q untuk pergi. Nasib baiklah Makcik Nisa tak sempat beritahu apa-apa. Q
tidak perlu tahu sedalam itu. “Awak tahu” dia bersuara, sedikit kuat. Thea
menoleh.
“Awak
sangat misteri. Sepatutnya saya yang menjadi watak itu” Q memeluk tubuh dengan
wajah tak puas hati. Thea menguntum senyum. “Terlalu banyak watak lelaki
seperti itu. Bagilah chance pada
perempuan pula”
Q akhirnya
ketawa sambil menggeleng. Semakin mengenali, semakin dia tertarik. Semakin
tertarik, semakin hatinya berdebar. Fathea Husna. Siapa sebenarnya awak? “Jadi,
kita nak ke mana pula sekarang?” dia menyoal sambil menghampiri Thea yang
beberapa langkah dihadapan.
“Awak
lapar?”
Q
mengangguk. Walaupun sekejap lagi, dia harus terus ke bilik latihan namun demi
Thea. Dia abaikan semua itu. “Saya tahu tempat laksa yang paling sedap dekat
sini”
Tanpa sedar
dia menarik tangan Q. Terperanjat sedikit Q dibuatnya namun dia mengukir
senyuman. Thea dah semakin selesa denganya. Sesuatu yang melegakan. Mereka
akhirnya tiba di gerai yang berhampiran. Thea pantas menariknya duduk dimeja
yang kosong.
“Thea!”
suara Pakcik Hashim membuatkan Thea tersenyum. Q kagum. Kebanyakan orang disini
mengenali Thea. Walaupun gadis ini nampak dingin tapi dia disenangi ramai
orang.
“Lamanya
kamu tak kesini. Tak kerja ke?”
“Hari ni off day” Pakcik Hashim menganggum.
“Laksa special ke?” Thea ketawa
sedikit sebelum mengangguk. “Macam biasa”
“Baik. 2
minit”
Thea hanya
mengangguk. Q mengesat peluh didahi sebelum memandang Thea. Apabila sedar dia
dipandang, Thea menoleh. “Kenapa?” dia menyoal bersama kerutan. Q hanya
menggeleng.
“You amazed me actually”
“Ke...napa?”
Q ketawa. “Saya
bukan siapa-siapa disini sedangkan awak. Macam maskot. Semua orang kenal. Sini
Thea. Sana Thea. Bahkan, pakcik jual laksa pun kenal awak”
Thea
tersenyum. Q memeluk tubuh dengan wajah penuh curiga. “Awak ni.....menarik” itu
perkataan yang sesuai walaupun kedengaran agak aneh. Thea kerut dahi.
“Menarik?”
“Yes. Awak berubah 100% bila saya
cadangkan kita berkawan. Do you really
hate me as your husband?”
Wajah
berubah sedikit. Perbualan mereka terganggu sedikit apabila Pakcik Hashim
kembali bersama 2 mangkuk laksa dan air. “Terima kasih, pakcik”
“Makanlah.
Kalau nak tambah, beritahu ye” Thea hanya mengangguk. Dia kemudian menolak
mangkuk satu lagi kepada Q. “Makanlah. Sedap ke tak”
Q menurut.
Dia menjamah perlahan sambil diperhati Thea. Q menahan senyuman apabila Thea
menanti dengan penuh minat untuk pendapatnya. “Okay?” pantas dia menyoal. Q
tersedak sedikit. Dia kemudian mengangguk dan mengangkat ibu jari.
“Pedas
sikit”
Thea
sedikit lega. Dia kemudian menjamah laksa didalam mangkuknya. Rasa macam dah
berkurun tak datang sini. Selepas apa yang berlaku, Thea sentiasa merindui
laksa Pakcik Hashim.
“Awak
memang suka laksa ke?” dia menyoal apabila melihat Thea makan dengan penuh
berselera. “Kegemaran. Seminggu, saya mesti suruh mama buatkan laksa”
Q
mengangguk. Thea suka laksa. Dia sematkan kenyataan itu di minda. “Oh ya. Kita
takkan bertemu minggu depan” dia memberitahu. Thea menoleh. “Awak sibuk?”
“Saya ke
Indonesia untuk fanmeeting”
Thea
tergamam. “Awak ada fans dekat
Indon?” dia menyoal, terkejut. Q mengangguk. “Sekarang baru awak percaya yang
MARS terkenal?” dia mengecilkan sedikit mata, berpura-pura terasa. Thea
terdiam. Patutlah Sara sanggup beratur 3 jam semata-mata demi konsert MARS.
“Okay”
Q hampir
tersedak. “Okay je?” dia menyoal, tidak percaya. Thea mengangguk. Nak cakap apa
lagi? Mereka bukanya tak berjumpa terus. Thea menghirup teh ais untuk
menghilangkan rasa pedas.
“Taknak
pesan apa-apa?” Q menyoal lagi. Thea menggeleng. Walaupun mereka sedikit rapat
berbanding sebelum ini namun masih ada garis pemisah yang menyedarkan Thea
bahawa mereka hanya berlakon.
Q kembali
memenuhkan perut dengan laksa namun rasa sakit sedikit dirasa. Langsung tak
rasa sedih. Langsung tak cakap apa-apa. Ice
princess Thea sudah kembali.
**********************************
“Thea” suaranya
sedikit merengek. Q memandang jam ditangan. Sekejap lagi akan ditemu bual oleh
Luna Maya didalam program Galaksi.
“Kenapa?”
dia menyoal, tenang. Q menghela nafas. Aku setengah mati rindu. Gadis ni gaya cool je cakap jangan selalu call sebab bil mahal. Hot headed ice princess.
“Awak buat
apa?” dia menyoal kemudian. Sempat dia memandang Mika buat muka melihatnya yang
gaya orang mati bini.
“Study. Awak tak busy ke?”
“Sekejap
lagi ada temu bual dengan Luna Maya”
Thea
mengangguk. Otaknya sudah berada pada balance
sheet dihadapan mata. “Hmmm” Q menggeleng. Sungguhlah gadis. Awak tak rindu
saya ke?
“Awak study apa?”
“Akaun”
Q menghela
nafas. Thea kalau fokus sesuatu perkara, memang orang lain takkan boleh masuk
campur. Salah satu sikap Thea yang Q faham.
“Saya balik
lusa”
“Okay”
Akhirnya Q
ketawa. Sungguh dia mengalah. “Kenapa awak gelak?” Thea menyoal, hairan. Orang
tengah rasa macam nak berperang buat akaun, dia boleh ketawa pula.
“Even me, Q, the leader of MARS tak boleh
ambil perhatian awak dari akaun ‘kan?” dia menyoal, lebih kepada diri sendiri.
Sebenarnya, dia kagum. Thea sahaja yang boleh buat dia seperti ini.
Thea
menghela nafas. Dia tahu Q sedikit terasa. “Okay. Awak sihat?” dia menyoal,
mendatar. Q ketawa lagi. Dia kemudian menggeleng. Sungguhlah gadis. Ini ke
tahap prihatin awak? You never forgot to
amazed me.
“Boleh la.
Cuaca tak menentu dekat Jakarta. Saya perlu jaga suara saya sebaik mungkin. I miss Malaysia. Tak sama dengan negara
sendiri”
Senyuman
terukir sedikit. Balance sheet sudah
tidak menjadi perhatianya ketika ini. “Minum air banyak-banyak. Saya search internet tadi. Indonesia akan
hujan untuk beberapa hari ini. Pastikan awak pakai pakaian yang tebal”
Q tergamam.
“Awak buat semua tu untuk saya?” dia menyoal, tidak percaya. Terasa dirinya
ibarat orang bodoh ketika ini. Dia search
internet untuk kau pun, kau dah terharu? Apa kena kau, Qhalid Rayyan?
“Saya lihat
gambar awak sewaktu tiba di airport. Ramai
juga peminat awak ye?”
“Are you trying to degraded our popularity, gadis?”
Gadis?
“Tak. Saya cuma tak sangka....awak...sepopular...itu”
Q
menggeleng. Hanya awak je yang tak tahu betapa popularnya MARS. “Now you know huh?” Thea sekadar
mengangguk.
“Thea. Mari
makan sayang” suara mama menganggu perbualan mereka. “Sekejap” dia membalas. Q
tersenyum. Suatu hari nanti dia mahu bertemu mama Thea.
“Saya kena
pergi. Bye”
Panggilan
dimatikan terus. Q tergamam. Dia melihat telifon bimbit yang kembali gelap.
Terkelu dia sekejap sebelum ketawa. Thea, Thea. Q hanya menggeleng.
“Acap” Tish
menghampiri sambil memandang Q. “Huh?”
Acap angkat muka dari PSP yang dipegang. “Kamu rasa Q tu okay ke?”
Acap
menoleh ke belakang. Dia melihat Q tersenyum merenung telifon. “Dia baru lepas
cakap dengan Thea” Mika memberitahu tanpa ditanya. “Kat asrama pun macam ni.
Senyum sorang-sorang” Dhani menambah disebelah.
Tish
memandang bersama anggukan. Thea huh?
Q senyum hanya kerana bercakap dengan Thea. Q yang selama ini nak bercakap pun
payah dah pandai senyum? Ini sesuatu yang menarik untuk dilihat. Memang tak
salah Reza pilih watak heroin untuk kali ini.
**************************
Hari
Jabatan Perdagangan. Suasana di padang meriah dengan pelbagai aktiviti sukan
yang diadakan sambil disertai oleh semua pelajar jabatan tersebut. Berhampiran
dengan Pusat Islam pula terdapat gerai yang menjual pelbagai benda namun
kebanyakan adalah gerai menjual makanan.
“Pukul
berapa game kau?” Nas menyoal Sara
disebelah. “Sekejap lagi. Marilah”
Mereka
berjalan kearah gelanggang bola jaring yang berhampiran. Beberapa pasukan sudah
berkumpul kerana perlawan akan bermula bila-bila masa sahaja.
“Kau okay?”
Nas menyoal. Thea sekadar mengangguk. Mereka mengambil tempat dibawah pokok
yang rendang sementara Sara sudah berada didalam kumpulanya.
“Aku baca
tadi. MARS ada dekat Indonesia sekarang?”
Thea hanya
mengangguk. “Bila dia orang nak buat fanmeeting
dekat sini huh?” Nas menoleh. Dia
melihat Thea asyik memandang Sara. Dia menghela nafas.
“Thea. Aku
tanya kau” dia merengek sedikit. Kadangkala, kena banyak bersabar dengan Thea
ni. “Aku bukanya ahli MARS”
Nas
mengetap bibir. “Memanglah. Tapi kau isteri ahli kumpulan MARS” dia menjawab,
geram. Thea menoleh. Dia hampir terlupa mengenai itu. Sengihan diberi. Nas
tarik muka.
“Aku tak
ambil tahu sangat jadual dia orang”
Typical Thea. Apa yang kau harapkan Nas?
Budak ni kenal MARS pun tak. Selamba badak je sound Q depan kamera. Thea
is....Thea. Kemudian dia tersenyum. Mungkin itu yang membuatkan Thea
menarik.
Bunyi wisel
membuatkan mereka menoleh. Kelihatan kumpulan Sara bermula dahulu. Mereka
menjerit memberi sokongan. “Look who’s
here”
Linda
memberi senyuman, sinis. “Budak biasiswa” kawan disebelah menjawab. Mereka
kemudian ketawa, menyindir. “Blah la kau” Nas menjawab, kasar. Linda memeluk
tubuh dengan wajah geram.
“I’m not talking to you. Jadi jangan
perasan”
Nas
mencebik. Sekali aku sekeh, masuk longkang juga karang. Terus hitam balik
rambut tu kot. “Hoi budak biasiswa” dia memanggil, kasar. Thea buat tak dengar.
Dia menjerit nama Sara untuk memberi semangat.
“Hoi. Kau
pekak ke. Aku panggil kau. Budak biasiswa”
“Sara shoot” Thea menjerit lagi. Linda
bertambah geram. Budak biasiswa ni sengaja buat tak endah dekat aku. “Berani
kau buat tak endah dengan aku” bahu Thea ditolak geram. Thea menoleh, tajam.
Linda sedikit ke belakang kerana terkejut.
“Kau nak
aku jadikan kau bola jaring tu ke?” dia menyoal perlahan namun berjaya
meremangkan bulu roma Linda. Wajahnya berubah. “Jangan....jangan...nak
berlagak...ye. Dasar budak....biasiswa”
Nas
mencebik. Takut tapi masih nak menganggu. Linda ni takda life ke? Tak penat ke cari pasal dengan semua orang. Thea bangun
tiba-tiba. Linda sedikit terkejut. “Kenapa? Nak gaduh?” dia mendekatkan diri.
Linda ke belakang.
“Be...berani...ka...kau”
Thea
mendengus. 1 semester je lagi Thea. Bersabar. “Marilah Lin. Takda guna bergaduh
dengan minah ni. Tak berbaloi pun”
Kawan-kawan
disebelah menarik tanganya. Linda mengangguk. “Betul cakap you guys. Mari” dia membetulkan rambutnya dengan riak berlagak.
Thea mengeluarkan sedikit kakinya sebelum Linda tersadung dan terjatuh mencium
rumput.
Hilaian
tawa kedengaran apabila ramai yang melihat peristiwa itu. Nas tergamam namun
kemudian turut ketawa. Wajah Linda sudah dipenuhi dengan tanah. “Thea!”
“Ye. Itu
nama aku” dia menjawab selamba. Linda mendengus. Tak guna! Siaplah kau! Aku
balas nanti. Kawan-kawannya segera membantu dia bangun semula. Thea mengukir
senyuman. “Siap kau! Kau akan kena nanti”
Thea hanya
mengangguk. “Basuh muka tu” yang lain ketawa lagi. Nas sudah menekan perut yang
terasa sakit. Thea tersenyum, puas. “Serius, Thea. Itu memang lawak gila”
Dia kembali
duduk. Kadangkala Linda perlu diajar. Sudah banyak kali dia terlepas. Sekali
terkena, apa salahnya. Rasanya orang lain pun bersorak kalau sesuatu berlaku
pada Linda.

Best.
ReplyDelete