Saturday, 2 March 2013

Isteri Aku Rambut Blonde 39 (FINAL)

               Suasana di ruang tamu sedikit riuh apabila bacaan yassin sudah tamat. Hari ini adalah majlis tahlil yang dibuat untuk arwah mama. Pejam celik pejam celik, sudah 7 tahun mama meninggal. Sudah 7 tahun juga dirinya kehilangan ‘dahan’ yang selama ini tempat dirinya bergantung.
                “You duduk sini. Jangan bergerak banyak. I takut you jatuh or kena rempuh. Nanti Kez marah I”
              Dara hanya mampu tersenyum. Judy sangat protactive sebaik melihat perutnya yang sudah nampak buncit. Apapun tak dibenarkan buat. Hanya berehat sahaja. Dia adakalanya tergelak. Judy lebih teruk dari nenek. Namun sebab itulah yang membuatkan dia menyayangi Judy.
                Perhatianya terganggu mendengar suara sanak-saudara yang nampak gembira bermain kejar-mengejar didalam rumah. Dara hanya duduk menyandar dinding ruang tamu. Sofa sudah dialih ke ruang lain untuk memberi ruang orang membaca tahlil.
                Senyuman terukir apabila dia dihulur sepinggan agar-agar sirap. Dara memandang Kez yang melabuhkan punggung disebelahnya. “Sedap” beria dia memberitahu. Dara menjamah satu sebelum mengangguk, bersetuju.
                “Mama’s favourite kuih”
                Dara sedikit terkejut. Dia tak pernah tahu tentang itu. “Iye?”
                Kez mengangguk. “Dulu abang selalu kena paksa makan kuih ni tiap-tiap hari. Bayangkan” Kez menjuling mata. Dara menampar lembut lengan suaminya. “Abang!”
                Suaminya ketawa. Dia menghantuk lembut dahinya ke dahi Dara. Isterinya itu mengukir senyuman. “Lapar ke? Nak bang ambil makan?”
                Dara menggeleng. “Jangan risau. Judy dah pastikan Dara makan dengan cukup sebelum orang tahlil datang lagi. That women. She is so protactive. Tak tahulah kalau dia jaga Dara. Mesti banyak perkara Dara tak boleh buat”
                Kez hanya tersenyum. Perlahan dia mengenggam tangan Dara. Isterinya itu menoleh. “Are you okay?” dia menyoal, lembut. Dara memandang, hairan sebelum faham. Kemudian dia mengangguk. “I have you and our baby. My life is complete now. Abang jangan risau. Dara tak apa-apa”
                Perlahan Kez mengusap pipi Dara. Dia berharap selepas ini tiada lagi dugaan buat Dara. Terlalu banyak yang harus Dara lalui sehingga Kez jadi risau. Sudahlah sekarang Dara sedang mengandung. Seperti kata doctor, emosi Dara harus dijaga.
                “I love you. Always remember that
                Dara mengukir senyuman. Hatinya berdebar namun matanya terpancar kebahagiaan dari hati tersebut. Kez turut memberi senyuman. Dara melentokkan kepala di bahu Kez sambil memaut lengan suaminya itu. Hatinya sudah kembali tenang. Semoga tiada lagi dugaan untuk rumahtangga ini, Ya Allah. Aku memohon pada-MU.
                Jas menghampiri sebelum perasan Dara sudah memejamkan matanya di bahu abang. Dia rasa serba-salah untuk mengejutkan Dara yang keletihan tapi perkara ini tidak harus ditunggu lagi. “Abang” dia memanggil. Kez memandang Jas.
                “Ada orang nak jumpa Dara” dia memberitahu walaupun sedikit risau. Kez memandang Dara yang tertidur. Dia jadi kasihan. “Jumpa esok boleh? Dara letih sangat hari ni”
                Jas diam sekejap. Esok? Rasanya dah tak boleh tunggu dah. “Abang” Jas menghela nafas. Dia tah abang pasti sudah mengetahui semuanya. “He is Dara’s papa
                Kez tergamam. Papa Dara? Papa kandung Dara yang dianggap mati? Jas mengangguk apabila melihat abang seperti tidak percaya. “Are you sure this is the right time? Hari ni tahlil her mom. Abang taknak sesuatu berlaku pada Dara. She’s pregnant too
                “Dara akan okay. Jas kenal kawan baik Jas” yakin dia menutur. Kez terdiam. Dia tahu dirinya tak berhak menentukan semua itu. Kez sendiri tak pasti samada Dara mahu bertemu dengan papa kandungnya itu ataupun tidak.
                Akhirnya Kez buat keputusan. “Sayang, sayang” dia mengusap pipi Dara, lembut. Dara bergerak sedikit sebelum membuka mata. “Hmmm?
                Kez serba-salah. Dia tak mahu Dara terkejut. “Majlis dah habis ke?” dia menyoal sambil menggosok mata yang sedikit kabur. Kez menggeleng. “Someone wants to meet you” Dara memandang Kez. Siapa? Ada kejutan lagi ke?
                “Mari” Kez menghulur tangan. Dara menyambut dengan senyuman sebelum mereka sama-sama berjalan keluar dari rumah. Dara sedikit hairan apabila Kez membawanya sehingga ke tempat parkir kereta di luar. Siapa yang Kez nak bawa jumpa ni? Hatinya semakin curiga.
                “Abang” dia memanggil apabila mereka berhenti dihadapan kereta BMW berwarna hitam. Kez mengeratkan lagi genggaman tanganya. Dara cuba melihat orang didalam kereta tersebut namun hampa. Kegelapan malam sememangnya tidak membantu. Ditambah lagi dengan cermin yang ditinted.
                Tidak lama kemudian, pintu kereta dibuka. Dara terkejut melihat Arieff keluar dari tempat pemandu dengan segak berbaju melayu. Pintu kereta belakang pula dibuka. Dara bertambah terkejut. Walaupun dia tak mengenali lelaki itu namun Dara mampu meneka siapakah dia. Jantung berdegup lebih kencang.
                “I’m here. Don’t worry” Kez berbisik, lembut. Dara mengangguk. Adanya Kez, dia sedikit tenang. Dara menanti sehingga mereka berdua berdiri dihadapanya bersama dengan Jas yang serius sekali sekarang. Dara menghela nafas memandang lelaki itu.
                Hampir menangis dirinya apabila melihat betapa seirasnya mereka. Dia tak perlukan apa-apa bukti. Dara tahu inilah papa yang disangkakan mati berbelas tahun lamanya. “Dara?” dia akhirnya bersuara namun kedengaran ragu-ragu. Dara mengangguk.
                Datuk Ayden hampir tidak bernafas. Dara. Anak perempuanya, Dara. Anak perempuan yang ‘dilarikan’ oleh D kerana mahu menghukumnya. Anak yang diketahui kewujudanya tetapi tidak mampu ditemui. Hati merasa sebak tiba-tiba. Mata terasa hangat.
                “My daughter, Dara?” dia menyoal lagi. Mata terasa bergenang. Dara cuba menahan airmata sambil mengangguk, lemah. Airmata Datuk Ayden menitis. Dia tak pernah bermimpi akan punya peluang seperti ini seumur hidupnya. Dia tak pernah bermimpi akan bertemu dengan Dara seperti ini.
                “Papa rindukan kamu sayang” pantas dia memeluk Dara dengan erat. Airmata Dara tumpah jua. Hatinya terasa bagai dicincang lumut. Dia menangis kuat. Berbelas tahun. Berbelas tahun dia hidup dengan kenyataan dirinya tak punya papa. Berbelas tahun dia mencemburui rakan sekolahnya yang menyambut Hari Bapa. Malah dia juga mencemburui Jas.
                Ya Allah. Inikah aturan takdir yang KAU aturkan untuk aku, Ya Rabbi? Dara terasa lemah seluruh badan. Pelukan direnggang. Airmata masih menitis. Datuk Ayden menyeka, lembut. Dia memandang setiap inci wajah Dara. Sama seperti gambar yang diambil oleh Penyiasat Peribadi yang diupahnya.
                “Ini adalah doa papa setiap kali sembahyang. Papa berharap bertemu dengan kamu dan mampu meminta maaf kepada kamu diatas segala yang berlaku. Papa bersyukur sangat, sayang. Doa papa termakbul akhirnya”
                Dara hanya mampu menangis. Dia taktahu nak cakap apa. Semua ini sangat mengejutkan namun dia gembira. Akhirnya, Alessandara Damia punya seorang papa. Tiada sesiapa lagi yang boleh mengejeknya. Tiada sesiapa lagi yang boleh memperlekehkan dirinya.

*****************************************************************************************
               
                Tangan papa digenggam erat. Dia melihat airmata papa mengalir tidak henti-henti sambil membaca surat yang mama tulis. Dara sendiri tak pasti samada papa mampu melihat disebalik airmata yang mengalir seperti air terjun.
                Seketika kemudian, papa melipat semula surat yang diberi. Di wajahnya tergambar seribu sesalan yang tak mampu ditafsir oleh sesiapa. Dara hanya mampu memandang tanpa memahami. Segala kemelut yang berlaku akhirnya terungkai walaupun kemelut papa dan mama masih menjadi tanda-tanya. Dara tak mahu menyoal. Perkara itu sudah lama berlaku.
                “Papa lukai mama kamu. Papa biar dia menderita kerana sikap pengecut papa. Papa biar dia besarkan kamu sendirian sedangkan papa tahu bagaimana susahnya hidup kamu”
                Papa memandang kearahnya. “Papa minta maaf kerana kamu punya seorang papa yang tak berguna. Seorang papa yang tak mampu melindungi isteri dan anaknya” Dara terdiam. Papa memandangnya dengan rasa kesal. Pasti papa menyesali sikapnya terhadap mama.
                “Kalaulah papa berani waktu itu. Kalaulah papa pertahankan mama kamu waktu itu”
                “Papa akan hilang Rieff” Dara menjawab, pantas. Papa terdiam. Arieff juga terkejut. Dara member senyuman, nipis. “Semua yang berlaku buat Dara sedar. Kadangkala apa yang dirancang, tidak menjadi seperti yang kita mahukan kerana Allah ada percaturanya sendiri. Percaturan yang lebih baik”
                Dia memandang Kez yang sedang berbual dengan Jas. Senyuman terukir. “Allah beri Dara keluarga mertua yang sangat penyayang. Suami yang mencintai Dara sepenuhnya. Adik ipar yang menyokong Dara ketika susah dan senang. Ma dan pa yang menganggap Dara seperti keluarga sendiri. Kalau semua ini tak berlaku, Dara takkan bertemu mereka”
                Papa terdiam. Arieff mengangguk, perlahan. Dara kembali memandang mereka. Sekelip mata, dirinya dikurniakan seorang papa dan seorang abang. Indahnya aturan Allah sebenarnya. Hanya kita sahaja yang tak mampu memahaminya.
                “Papa tak perlu minta maaf. Papa tak buat salah pada Dara. Sayangnya, papa tak sempat bertemu mama” dia sedikit kesal. Kalaulah mama sempat bertemu nenek dan papa. Pasti mama akan pergi dengan tenang tanpa rasa kesal seperti yang ditulis didalam suratnya.
                “Kalaulah papa boleh tebus semuanya semula. Kamu dan Rieff banyak terluka kerana sikap papa. Mama kamu dan mama Rieff juga menderita kerana papa. Kerana papa, banyak orang-orang yang papa sayangi terluka”
                Dara hanya tersenyum. Semua itu sudah berlalu. Tiada lagi dendam. Dara hanya mahu menghargai apa yang dimilikinya sahaja. “Jangan salahkan diri sendiri. Dara bersyukur kerana kita akhirnya bertemu. Betul ‘kan, Rieff?”
                Arieff sedikit terkejut namun dia segera mengangguk. “Rieff tak pernah salahkan papa. Semua yang berlaku bersebab. Papa adalah papa terbaik didunia. Rieff harap Dara juga mampu berkata seperti itu selepas itu” Papa member senyuman. Dara mengangguk.
                “Dan Dara pasti cucu papa pun tak sabar nak jumpa atuk dia” Dara memegang perutnya. Wajah papa berubah. Dia memandang perutnya dengan rasa kagum.
                “Berapa bulan dah ni?”
                Dara mengangkat sebelah tangan dengan senyuman. Papa kelihatan terkejut. “Tak lama lagi la?” Dara mengangguk. Papa memegang perutnya dengan berhati-hati.
                “Cepat-cepat lahir ye sayang. Atuk tak sabar nak main dengan kamu. Dulu atuk tak sempat main dengan mama kamu”
                Dara memandang Arieff yang tergelak kecil. Apabila mereka bertemu pandang, masing-masing hanya tersenyum. Kisah mereka dahulu, biarlah menjadi rahsia sehingga mati. Takdir mereka sekarang ini lebih indah. Arieff juga sudah meneruskan hidup dan menerima hakikat. Dara pula bakal menjadi seorang ibu. Semuanya mendapat happy ending mereka.

*****************************************************

                Cantiknya bintang. Dia merenung ke langit yang pekat bersama senyuman. Indahnya malam ini. Hatinya terasa sangat lapang. Ibarat segala beban yang digalas, sudah dilepaskan sepenuhnya. Senyuman semakin mekar. Dia sangat bersyukur dengan nikmat yang diberi ILLAHI.
                Mama. Jangan risau. Dara sangat gembira disini. Dara ada papa dan abang untuk melindungi Dara. Dara ada Kez yang mencintai Dara. Dara ada ma, pa dan Jas yang sentiasa berdiri dibelakang Dara. Dan Dara ada Judy dan nenek yang sentiasa menyayangi Dara.
                Airmata menitis perlahan. Dia terlalu merindui mama. Semuanya sudah kembali ke tempat asal mereka kecuali mama. Jauh disudut hati, tempat mama akan sentiasa kosong dan dirindui. Dara sedikit terkejut apabila terasa sepasang tangan memeluk pinggangnya dari belakang. Dara mengerling sedikit dan melihat Kez meletakkan wajah di bahunya. Senyuman diukir.
                “Tengok apa?” dia menyoal, lembut. Dara memegang tanganya. “Bintang. Mama sangat suka tengok bintang. Ketika di rumah, kami ada beranda yang menghadap langit New York. That’s our favourite place memandangkan mama sentiasa sibuk”
                Kez mendengar teliti. Dara menghela nafas. “Abang” dia memanggil. “Hmmm?”
                “Mama sudah boleh lepaskan Dara sepenuhnya ‘kan? Papa dan abang sudah ada. Mama tak perlu risaukan Dara lagi kan?”
                Tubuhnya dipusing lembut. Dara memberi senyuman bersama sedikit rasa pahit. Kez memandang bersama senyuman nipis. Dia kemudian menarik Dara ke sisi sebelum pinggang isterinya itu dipaut. Kez merenung langit malam.
                “Hai mama” dia bersuara tiba-tiba. Dara sedikit terkejut. “Ini Kez. Satu-satunya menantu mama” senyuman terukir di bibir Dara. “Mama jangan risau. Insya-ALLAH, Kez jaga Dara sehingga ke akhir hayat. Mama tenanglah disana. Kami akan sentiasa mendoakan mama”
                Dia menoleh kearah Dara sebelum mengenyit mata. Dara tergelak juga. Kez hanya tersenyum. Dia kembali memusing tubuh Dara supaya menghadap kearahnya. Tanganya memaut pinggang Dara.
                “Selamba je cakap dengan mama kan?” Dara menyakat. “Kalau mama ada, abang mesti jadi menantu kesayangan dia”
                Dara buat muka namun dia sendiri mengakuinya. Mama pasti akan menyayangi Kez sepertimana nenek sekarang. Dara bersyukur apabila lelaki yang dicintai sejak zaman sekolah ini disenangi oleh ahli keluarganya.
                Tiba-tiba Kez mendekatkan wajahnya. Dahi mereka bertembung. Dara jadi tak keruan melihat Kez yang tersenyum. “Dah nak jadi mommy pun masih blush lagi ke?” dia mengusik. Dara menolak dada Kez namun suaminya itu masih kuat memaut pinggangnya. Dara menoleh ke kiri. Kez tergelak.
                “Sayang” dia memanggil lembut. Dara mengetap bibir yang ingin tersenyum. Hatinya sudah cair. “Sayang” dagunya ditarik dan Kez kembali mendekatkan dirinya dan dahi mereka bertembung.
                “Thank you so much
                Dara memandang hairan. “Kenapa?”
                “Sebab sudi jadi isteri abang. Sebab sudi jadi ibu kepada anak abang. Sebab sudi untuk bersama abang sehingga ke akhir hayat”
                Dia terdiam kerana terharu. Kez tersenyum lagi. Ini sahaja perempuan yang berada didalam hatinya. Hanya seorang ini sahaja.
                “Semoga kita jadi mama dan papa yang terbaik untuk anak-anak kita nanti” Dara mengangguk. Dia sentiasa berdoa untuk itu. Terasa besar tanggungjawab mereka sekarang. Anak-anak mereka akan dibentuk mengikut corak mereka sendiri.
                “Alessandara Damia” dia memanggil. Dara memandang dengan penuh rasa cinta. “Yes, Khairul Muslim?” senyuman nakal diukir. Kez ketawa kecil.
                “Stay with me forever
                Senyuman diukir sebelum kucupan singgah dipipi. Dia memandang Kez.
 “Till Jannah. Insya-ALLAH
Itu janji mereka. Semoga diberkati Allah Yang Maha Esa. 

************************************************************************

author note :

 alhamdulillah, finally. Macam nak jerit :) with the support that you guys show me, novel ni berjaya dihabiskan juga. Sorry for the short ending. This is the best that I can do. Harap tak kecewa sangat. 

        
saya bermula sejak darjah enam lagi (years ago rite?) baru sekarang berani mengupload dan membiarkan orang lain membacanya. A million thanks for you guys yang sanggup baca walaupun tak sangka ada orang yang menyukai karya yang dibuat. 

Semua watak takda kena-mengena antara sesiapa. Hanya rekaan dan pemerhatian semata. mohon jasa readers tidak upload dimana-mana. Karya ini milik aisyaalwanie.blogspot semata. 

thanks to each and everyone of you yang masih menunggu karya ini sehingga ke episod final. hugs and kisses. Maybe I'm gonna start with new novel. I hope you guys can give me the same support too. 

last, keep reading. xoxo  :)



3 comments:

  1. uwaaaa ending dia mmg dah tp tp sedih skit sbb x cite pon pasal jas...nak tau gak dia ngan sp sbb kite baget dia ngan kawan kez 2..tp persoalan 2 x terjawab jugak rupanya ke u ade cite2 nak wat cite pasi jas plak...nak3....mesti best kalo wat cite dia sbb jas 2 kan sengal pon ade gak

    ReplyDelete
  2. HAHA. pasal Jas tue, memang terfikir jugak nak kasi dengan kawan2 Kez.

    tapi rasanya dah penat dengan novel ni. Ini je yang mampu. anyway, thanks for spending your time reading this.

    ReplyDelete
  3. haaah?! dah habis... x puasnya baca... huhuhu.. dah ikut drp bab 1 sampai 39... adeh... rindukan dara dengan kez. serius!!!

    ReplyDelete