Thursday, 7 March 2013

:)

              “MARS! MARS! MARS!” jeritan yang bersambung-sambung daripada peminat yang hadir menggamatkan Stadium Bukit Jalil yang hampir keseluruhan tempat duduk penuh dengan remaja dan wanita awal 20-an.
            Di bilik persalinan pula, keadaan seperti perang dunia ke-3 diantara ahli kumpulan dan stylist yang bersama mereka hampir 3 tahun sejak debut pertama kumpulan tersebut.
            “Ini okay?” Nia menyoal kearah Mika. Lelaki itu memandang bekas berisi cermin mata hitam yang disusun cantik itu. “Ini okay?” dia menoleh kearah Dhani.
            “Tak”
            Mika mencebik. Dia mencuba yang kedua. “Ini?”
            “No
          Tanpa memandang, Dhani menjawab. Mika menghela nafas. Ada juga yang nak kena headlock dengan aku karang. Dia mencuba kali ke tiga. “Ini?”
            “Sibuk. Tanya orang lain” Dhani mengikat tali kasutnya yang tertanggal. Mika mengepal penumbuk. “Tak guna kau!” dia meluru sebelum memaut leher dahi dan mengunci. “Berani kau! Hah? Berani!”
            Suasana sedikit kecoh dengan gelagat mereka. Dhani meledakkan tawa sementara Mika masih memandang dengan rasa geram. Orang disekeliling hanya mampu menggeleng. “Tom and Jerry” Nia menjuling mata sambil menggeleng.
            “Orang sibuk benda lain, dia boleh duduk sini tak bergerak”
            Tish menggeleng melihat lelaki itu disofa sambil mendengar beats. Perlahan lelaki itu dihampiri bersama aksesori yang sesuai untuk tema pakaian mereka hari ini. “Q” dia memanggil sambil membetulkan rantai yang ingin diberi.
            Lelaki itu mengangkat muka. “Hmmm?”
            “Pakai ni” dia menurunkan beats sebelum membenarkan Tish memakaikan rantai ke lehernya. “Kamu tengok tom and jerry tu. Tak habis-habis nak bergaduh”
            Dia menoleh sedikit kearah Mika dan Dhani. Kemudian tersenyum, mempamerkan lesung pipit yang mejadi daya tarikan dan kegilaan peminat mereka. Tish sedikit kagum. Walaupun baru berusia 20-an, Q boleh dikatakan antara lelaki yang tampan sehingga kadangkala dirinya sendiri terlebih perasaan setiap kali melihat Q tersenyum.
            “Abaikan” dia menjawab sepatah sebelum kembali memandang Tish. Dia membiarkan sahaja Tish yang kemudian menggunakan spray untuk mengemaskan lagi rambutnya yang sudah diangkat ke atas.
            “Kadangkala akak sendiri hairan macam mana kamu jadi satu kumpulan. Mika dan Dhani selalu bergaduh. Kamu suka bersendiri. Acap pula” dia menoleh kearah seorang lagi ahli kumpulan MARS yang asyik dengan permainan di Ipad miliknya. Kemudian Tish menggeleng.
            “Sangat berbeza”
            Q senyum nipis. “Mungkin itulah charm MARS” dia mempamerkan senyuman yang membuatkan matanya juga tersenyum sekali. Tish mencebik namun dia turut mengakui. 4 remaja yang membentuk MARS sememangnya mempunyai karisma masing-masing.
            Pintu bilik persalinan dibuka tiba-tiba. Kelihatan Reza menjengul muka setelah membuka pintu lebih luas. “5 minit”
            Mereka segera bangun. Mika membetulkan pakaianya sambil melihat cermin buat kali terakhir. Dhani membuat latihan suara untuk kali terakhir. Acap terpaksa melepaskan Ipad yang sejak dari tadi dipegang sementara Q menanggalkan beats yang dipakai.
            Masing-masing mengatur langkah menuju ke bahagian belakang pentas. Suara peminat semakin kuat dan kini barulah rasa gementar itu semakin terasa. Kru belakang pentas segera menggunakan ear mic kepada setiap seorang dari mereka.
            “Baiklah. MARS, berkumpul” suara Reza kendengaran kuat untuk menyaingi suara peminat yang hampir 3 ribu orang.
            Mereka kemudian membuat bulatan sambil memandang wajah ahli yang lain. Senyuman terukir walaupun jantung terasa hendak terkeluar. “Ini konsert terakhir kamu. Konsert seluruh negara yang membawa nama MARS ke peringkat lebih tinggi. Ini kali terakhir untuk kamu menunjukkan siapa MARS yang sebenarnya!”
            Kata-kata Reza membuatkan mereka lebih bersemangat. “Semoga berjaya!”
            Reza keluar dari bulatan untuk memberi ruang kepada mereka berempat. Q menghela nafas. Semua mata kini tertumpu kearahnya.
            “Baiklah. MARS”
            “Kill them all” keempat mereka naik ke pentas bersama sorakan daripada peminat.

**********************************************************************************************

            “Oh My!
            Serius hampir pekak aku dibuatnya. Suara orang menjerit seperti melihat hantu bakal memberi heart attack kepada gegendang telinganya. Apalah dosa aku berada ditengah-tengah mereka ni?
            Keluhan dilepaskan. Dia menoleh kearah Sara yang turut join melompat bersama peminat yang hadir. Dia menggeleng. Ikutkan Sara, kalau boleh nak berteleku dihadapan dorm MARS semata-mata nak lihat ahli kumpulan remaja popular itu.
            Dia mengalih pandang di skrin besar yang memaparkan ahli kumpulan MARS yang dianggotai oleh 4 orang remaja lelaki yang kacak. Salah satu strategi yang sememangnya sangat berguna. Tambah-tambah lagi untuk si Sara yang sememangnya pantang tengok lelaki kacak.
            “Thea. Kau kenapa?”
            Sara menoleh kearahnya apabila melihat hanya Thea yang duduk dikerusi sedangkan orang lain sedang berdiri sambil menyorak mendengar nyanyian MARS. Senyuman paksaan diberi. Sebab kau la, sengal. Apalah nasib aku ada sepupu macam kau.
            “Penat” dia menjawab, ringkas. Sara memandang MARS kemudian memandang Thea. Dia tahu kenapa. Sara ambil keputusan untuk duduk disebelah Thea. Dia menghulur light stick MARS yang berwarna oren kepada Thea. Sepupunya itu mengambil tanpa bicara.
            “Kau tak suka ke?”
            Thea menoleh. “Huh?”
            “Kau tak suka MARS ‘kan?” dia menyoal lebih detail. Thea hendak menjawab terus namun tak sampai hati apabila melihat wajah Sara. Thea hanya mampu menggeluh.
            “Aku tak nampak kenapa kau sanggup beratur 3 jam sebelum konsert untuk diaorang. Aku tak nampak apa faedahnya kau duduk sini 3 jam dan menjerit sampai hilang suara semata-mata demi diaorang. Padahal, diaorang bukan kenal kita pun”
            Sara senyum sendiri. Kemudian dia menggeleng. “Itu adalah kesedihan seorang peminat, Thea. Kau takkan faham”
            Thea memandang Sara sebelum sepupunya itu ketawa kecil. “Aku nak terang pun tak guna sebab kau takkan faham. Suatu hari nanti kalau kau suka seseorang tu, baru kau tahu”
            Dia buat muka. Itu tak menjawab soalan pun. Sara menepuk bahunya dengan lembut sebelum tersenyum. “Janganlah tarik muka macam kena hukuman gantung. Aku bukanya suruh kau masuk penjara. Ini konsert MARS. Kau tahu berapa ramai orang yang sanggup bertumbuk untuk ambil alih tempat kau sekarang?”
            Thea buat muka. Aku dengan berbesar hati akan serahkan tempat duduk aku ni pada diaorang. “Sudahlah. Hargai apa yang ada sekarang. Aku rasa kau seorang je yang tak gembira tengok konsert MARS”
            Sara kembali berdiri dan mempamerkan kesungguhan sebagai peminat MARS dengan menghabiskan suaranya. Thea mengeluarkan Mp3 dari poket seluar skinny jeans yang dipakai. Dia menyucuk beats berwarna sama sebelum disumbat di telinga.
            Goodbye MARS. Dia mencebik. Senyuman kemudian terukir dibibir. Hello Maroon 5.

*********************************************************************************************

            “Air!” Dhani segera mencapai botol mineral yang dipegang Kila sebelum meneguk degan rakus. Mika mengesat peluh yang menitis. Acap sudah terduduk ditangga sementara Q menekup tisu di dahinya yang berpeluh.
            3 jam berakhir juga. Segala beban yang mereka rasai hampir 3 bulan sebelum. Segala usaha, segala keringat dan segala peluh yang dikeluarkan. Semuanya terasa sangat berbaloi melihat keterujaan peminat mereka sepanjang konsert berlangsung.
            “Okay ke?” Khai, kru belakang tadbir menyoal risau. “Ada beberapa technical prob tadi. Tapi rasanya tak dikesan”
            Semua itu dibiarkan sahaja memandangkan semuanya sudah berlalu. Selesai, mereka mengatur langkah yang terasa berat menuju ke bilik persalinan. Kelihatan pasukan stylist dan pasukan fitting and prop sudah mengemas barang-barang yang dibawa.
            Q mengambil tempat disofa berhampiran. Acap tanpa bicara membaringkan diri diatas pahanya. Q menggeleng. “Panas kot” Acap hanya ketawa tanpa mempedulikan Q.
            “Akhirnya” Mika duduk bersandar di sofa yang sama begitu juga dengan Dhani. Tish yang memandang hanya tersenyum. Mereka sememangnya rapat walaupun datang dari latar belakang yang berbeza.
            “Macam mana kaki?” Q menyoal kearah Dhani. Sewaktu lagu terakhir tadi, dia melihat kaki Dhani yang terkehel sedikit. Dhani melunjurkan kakinya. “Tak ada apa rasanya. Terkehel sikit”
            “Kalau sakit, beritahu Reza” Dhani sekadar mengangguk sambil menggerakkan kaki kananya. Q bersandar sofa. Air-cond yang dipasang membantu mereka yang sememangnya kepanasan akibat hampir 3 jam dipancarkan dengan lampu spotlight yang membahang.
            Pintu bilik dibuka. Reza masuk bersama senyuman yang lebar. Dia melihat anggota kumpulan MARS sudah terbaring keletihan. Sebagai pengurus, dia sangat berbangga dengan pencapaian MARS sehingga ke hari ini.
            “MARS, kumpul”
            Mereka semua bangun dengan pantas. Acap membetulkan duduknya. Mika dan Dhani bangun dan duduk diatas sofa. Reza menarik kerusi berhampiran sebelum duduk dihadapan mereka. “Congrats. The show was awesome
            Mereka sama-sama tersenyum. Reza tergelak kecil. “Kamu semua penat?” dia menyoal. “Sangat penat!” Mika menjawab pantas.
            “Gila tak penat?” Dhani yang bongsu turut selamba.
            “Q? Acap?”
            Mereka hanya mengangguk. Reza tak mampu nak cakap apa-apa. 2 orang ni memang perangai pelik sikit tapi itulah keistimewaan MARS yang menarik dimata peminat mereka.
            “Baiklah. Memandangkan korang dah bekerja keras untuk konsert kali ini, abang ada berita gembira nak beritahu”
            “Apa?” Dhani menyoal dengan mata bercahaya. Reza tersenyum. Dia mengangkat tanda peace. Kerutan didahi setiap seorang sangat kelihatan.
            “Peace?” Mika turut mengangkat 2 jari dengan rasa kekok.
            Reza ketawa. “2 hari cuti tanpa sebarang jadual”
            Mereka tergamam. “Serius?!” suara Mika dan Dhani membuatkan seluruh bilik bergema. Reza mengangguk.
            “Wow! Cuti! Fuyooo”
            Mereka berdua sudah bertepuk sesama sendiri. Reza ketawa lagi. Dia melihat Acap dan Q juga tersenyum lebar. Ini hadiah paling diinginkan oleh MARS setelah hampir 3 tahun bekerja keras. Reza lega akhirnya mereka sudah mampu menarik nafas panjang tanpa risaukan apa-apa lagi.

***********************************************************
           
            “Kalau awak sayang saya, awak takkan buat macam ni. Awak takkan cari perempuan lain!”
            Suara mama kedengaran ketika dia menghampiri pintu rumah. “Thea. Baru balik?” makcik Rosnah menyoal ketika dia membuka pintu untuk mengunci grill rumah.
            “Tadi keluar dengan Sara, Cik Ros”
            Wanita separuh abad itu hanya tersenyum bersama anggukan. “Kak Thea” Tirah berlari keluar dari rumah dan suara mama semakin kuat. Tira segera mendapatkan dirinya sebelum memeluknya erat.
            “Dari tadi Cik Ros dengar. Tak habis-habis lagi. Kasihan Tirah”
            Thea memandang Tirah yang menekup muka di bajunya. Dia menghela nafas. “Mama dengan papa ke?” dia menyoal Tirah. Adiknya itu hanya mengangguk.
            “Cik Ros. Tolong tengok Tirah kejap. Thea nak masuk tengok mama”
            Makcik Rosnah segera mengangguk. “Iyalah. Mari Tirah. Duduk dengan Cik Ros dulu”
            Tirah mengangguk. Dia segera mencapai tangan Makcik Rosnah yang dihulur. Thea sedikit lega. Nasib baik Tirah anak yang mendengar kata. Thea melihat Makcik Rosnah membuat Tirah masuk sebelum dia melangkah menuju ke pintu rumah.
            Pranggg. Kedengaran kaca jatuh ke bawah. Dia menanggalkan sneakers yang dipakai sebelum bergegas masuk. “Ma!” dia menuju ke bilik tidur ibubapanya. Pintu ditolak. Papa kelihatan terkejut dengan kehadiranya.
            “Jantan tak guna! Aku benci kau! Aku benci!” mama seperti hilang kewarasan ketika ini. Thea memandang papa yang tidak bergerak. Rupa-rupanya gambar keluarga mereka yang jatuh berkecai dilempar mama.
            “Thea”
            Barulah dia perasan beg yang dipegang oleh papa. “Papa.....nak...kemana?” dia menyoal walaupun semuanya sudah terang lagi bersuluh. Papa memandangnya sebelum menggeleng.
            “Papa minta maaf” dia bersuara perlahan. Mama sudah teresak-esak menangis. “Papa. Dia dah ceraikan mama. Dia nak kahwin dengan betina jalang tu”
            Thea tergamam. Tangisan mama semakin kuat. Papa menghampirinya dengan wajah muram. “Papa sayang kamu, Thea. Papa sayang Tirah. Maafkan papa” tubuh Thea ditolak ke pintu sebelum papa berlalu keluar.
            “Abang! Abang! Jangan tinggal saya. Abang!”
            Thea menahan mama yang ingin meluru mendapatkan papa. Mama melurut jatuh ke bawah tanpa tenaga. Nasib baiklah Thea sempat menampung tubuh mama. Airmata mengalir melihat penderitaan mama.
            “Thea. Apa kita nak buat? Kenapa papa buat mama macam ni?” mama menyoalnya perlahan. Thea hanya membisu. Dia cuba menahan airmata yang masih degil mahu mengalir. Dia perlu kuat demi mama dan Tirah. Dirinya harus menjadi dahan untuk mereka sekarang ini. 

*************************************************************************

author note : 

new novel in the house, guys. Banyak lagi yang harus diperbaiki tapi harap anda semua boleh berikan support yang sama macam novel terdahulu. 

btw, I really need help here. I still try to find the best TAJUK for this novel. I'll really appreciate it if you guys can give me some idea. Don't need to rush. Tapi buat masa sekarang saya hanya akan meletak smiley sebagai heading untuk tajuk ini. 

don't forget to keep reading. comment is a MUST. keke. till then, 

xoxo

3 comments: