Marry had a
little lamb, little lamb, little lamb,
Marry had a little lamb and the
little lamb is you
Mereka
berdua ketawa apabila masing-masing menujukkan kearah masing-masing. Thea
disebelah hanya mampu menggeleng. Dia tak tahu Q pandai bermain dengan
budak-budak. Tirah pula jenis melayan. Memang kena sangatlah.
“Nak nyanyi
lagu apa pula?” Tirah menyoal dibelakang. Dia sudah berdiri diantara kerusi Q
dan kerusi Thea sambil memandang Q.
“Twinkle twinkle littler star?”
Q segera
mengangguk. Thea menghela nafas. Si Q ni pun satu. Melayan juga. Samalah
dua-dua ni. Beberapa saat kemudian, dia sudah mendengar suara Tirah menyanyi
dengan sedikit pelat. Tanpa sedar, dirinya juga tersenyum.
“Like a diamond in the sky”
“Yeay.
Sedapnya Tirah nyanyi” Q memuji, ikhlas. Tirah hanya ketawa. “Kak Thea lagi
pandai nyanyi. Kak Thea pandai main gitar juga”
Q terkejut.
Thea terasa seperti dicekik. Dia memandang Tirah yang hanya ketawa. “Awak
pandai main gitar?” dia menyoal, inginkan kepastian. Thea sedikit malu. Dirinya
tidak sehebat lelaki disebelahnya ini.
“Saya
belajar sekejap je. Dengan abang saudara”
Q mengangguk.
Abang sudara? Dia sedar dirinya tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai
Thea. Malah dia juga tak tahu Thea punya adik perempuan yang comel macam Tirah.
“Tak
mengapa. Nanti saya ajar” dia memberi senyuman dan pesanan kepada diri sendiri.
Thea kembali diam. Q membelok masuk ke parkir yang kosong. Dia menoleh kearah
Tirah.
“Kita dah
sampai!”
Dia berlalu
sebelum membuka pintu Thea terlebih dahulu. Thea sedikit kekok. Tak pernah
sesiapapun melakukan semua ini untuknya. “Thanks”
“You’re welcome” senyuman tampan diberi
sebelum Q membuka pintu Tirah pula. Adiknya itu turun dan segera memegang
tangan Q. “Come” tangan dihulur
tiba-tiba. Thea kaget sekejap. Q masih menanti. Tirah disebelah hanya
tersenyum.
Akhirnya
dia menghulur juga tangan dan Q mengenggamnya. Senyuman terukir. Not bad, Thea. Walaupun masih jauh untuk
saya fahami hati awak, saya takkan mengalah dengan mudah. Bersama, mereka
melangkah masuk kedalan restaurant yang dibawa.
“Wooooooow”
mulut Tirah tergamam melihat hiasan dalaman restaurant tersebut yang
sememangnya dihias khas untuk kanak-kanak sebaya Tirah. Thea turut berasa
kagum. Sayangnya waktu dia kecil, restaurant seperti ini tidak wujud.
“Papan
gelongsor” tanpa berkata apa-apa, Tirah segera berlari kearah bahagian
permainan kanak-kanak. Thea berjalan menghampiri dengan rasa risau. Tirah baru
pulih. Dia tak mahu Tirah jatuh sakit semula.
“Jangan
main kasar-kasar” dia memesan, tegas. Tirah sudah berlalu ke sebelah lain
kerana teruja dengan permainan yang disediakan. Thea mengeluh. Sia-sia je. Dia
takkan dengar pun.
“Biarkan
dia. Saya bawa dia kesini untuk suruh dia main” Q bersuara disebelah. Thea
memandang lemah sebelum mengalah. Asalkan Tirah tak apa-apa.
“Thea” suara
Q memanggil. “Come. Saya tahu awak
lapar”
Thea
tergamam melihat 2 pinggan chicken chop sudah
tersedia diatas meja. Q mengukir senyuman sebelum menarik kerusi untuknya. “Have a sit” dia mempelawa. Thea duduk
tanpa bicara. Q menarik kerusi dan duduk bertentang.
Perlahan
dia memotong makanan yang didalam pinggan dengan kekok. Mereka baru 2 kali
berjumpa. Hanya Q sahaja yang nampak bersungguh untuk perhubungan mereka yang
palsu ini. Walaupun semu ini hanya lakonan namun Thea tidak mahu Q terlalu
berusaha. Dirinya sudah membina tembok yang kukuh agar mereka tidak punya
apa-apa perasaan sepanjang lakonan ini berlangsung.
“Boleh saya
tanya?” dia menyoal, tiba-tiba. Thea memandang sebelum mengangguk. “Jangan
marah ye” wajah dikerut sedikit dan dia nampak comel. Thea menahan diri dari
tersenyum sekarang ini. Kemudian dia mengangguk lagi.
“Are you always like this? Maksud saya,
jarang bercakap? Pendiam? Susah nak senyuman? You look beautiful when you smile though”
Thea
terkedu. Dirinya sendiri tak tahu bagaimana nak menjawab sebenarnya. Dia
menghirup jus oren dengan perlahan. Q masih menanti jawapan.
“Saya kekok
dengan semua orang” dia menjawab jujur. Q mengangguk tanpa bicara. “Malah
dengan Sara dan Nas juga. Didalam hubungan kami, mereka selalunya yang take effort to approach. Maaf kalau saya
membosankan”
Q segera
menggeleng. Dia tak mahu Thea salah faham. “No.
It is not what I mean. Sebenarnya, saya macam awak juga. But being a singer, saya kena bercakap
dengan ramai orang dan peminat. It really
help me actually. Sebab itulah, saya harap awak lebih banyak terbuka dengan
saya. Lagipun, I am your husband, right?”
Senyuman
diukir, mempamerkan lesung pipit. Thea cuba mengawal dengupan hati sekarang
ini. “Boleh saya tanya?” Thea pula menyoal. Q mengangguk sambil membetulkan
fedora yang dipakai.
“Boleh saya
berterus-terang?” dia menyoal lagi. Q hanya memberi senyuman. Jarang sekali
Thea mahu berbual. Ini mungkin peluang untuk mereka rapat.
“Maaf kalau
terkasar bahasa. Tapi saya rasa awak tak perlulah terlalu memberi perhatian
kepada saya. Tak perlu juga cuba untuk menyelami apa yang saya rasai. Cuba
untuk mengenali keluarga dan cara kehidupan saya. Lets face the fact. Even if you are my husband, you can’t protect me
right? You are just the fake husband. Awak tak boleh lindungi saya dari
peminat awak. Awak tak boleh lindungi saya daripada kata-kata mereka yang
menikam hati saya. Bukan saya harapkan apa-apa. Tapi saya mahu awak sedar garis
yang memisahkan kita. You are the shining
star. I’m just the norm night. Saya hargai apa yang cuba awak lakukan tapi
saya harap awak hormati keputusan saya”
Q tergamam.
Thea bercakap tanpa henti sehingga dirinya tak mampu berkata apa-apa. Thea
menghela nafas. Dia sudah bersedia dengan kata-kata penghinaan daripada peminat
MARS nanti tapi ini apa yang dirasai oleh hatinya. Thea mahu Q faham bahawa dia
bukanya seperti peminat MARS yang sanggup beratur 3 jam semata-mata mahu
bertemu mereka.
“Kakak!”
panggilan Tirah sememangnya melegakan. Thea memandang Q yang masih diam.
Terselit rasa bersalah kerana terlalu berterus-terang namun ini sahaja
peluangnya. Mereka hanya bertemu sekali dalam seminggu. Thea tak punya masa
yang lain.
“Saya pergi
tengok Tirah dulu”
Dia berlalu
kerana mahu menghidarkan diri dari rasa kekok diantara mereka berdua. Q masih
lagi terdiam, terkejut. Ini ke sikap Thea yang sebenar? Disebalik wajah comel
dan dingin, ada ketegasan yang tak tergugat?
******************************************************
+Dasar tak
sedar diri. Beruntunglah kau dapat buat fake
marriage dengan Q+
Dia scroll ke bawah walaupun hati terasa
ditikam bertubi-tubi. Kenapalah aku rajin sangat membaca semua ni? Hati menegah
namun minda seolah-olah tidak mampu berfikir dengan waras ketika ini.
+Hey, kalau
kau taknak. Q seribu kali tak mahu la. Kau ingat kau Nora Danish nak demand bagai?+
+Perempuan
macam dia ni, memang patut kena pukul dengan peminat MARS+
+Berani kau
cakap macam tu dengan Q ‘kan? Dasar perempuan berlagak+
+Dia
perasaan dia cantik kot?+
+Kalau aku
jumpa dia, siaplah. Q sendiri tak mengaku isteri nanti+
Stop it, Thea. Kalau terus baca,
bernanah hati sendiri. Silap-silap tempah terus Tanjung Rambutan. The power of fans just show me, how great Q
really am. I’m just nothing compare to him.
Dia
termenung memandang skrin komputer. Mata terasa hangat. Bukan dia bermaksud
untuk memalukan Q ataupun menyakitkan hati Q. Tapi dirinya yang tidak tahu
mengekspresikan diri sendiri ini sering disalah-anggap.
“Buat apa
tu?”
Dia segera
menekan butang pangkah sebelum menoleh. Kelihatan mama menjengul mukanya
sedikit dengan senyuman. “Tak ada apa-apa. Kenapa....mama....penuh tepung?”
Mama
ketawa, kecil. “Tirah tiba-tiba nak donut. Mama tengah siapkanlah. Nak tolong?”
Thea
memandang skrin komputer dihadapan sebelum dia menoleh semula dan mengangguk.
Daripada memikirkan perkara seperti ini, baik tolong mama. Tenangkan minda. Dia
berlalu ke dapur dan melihat mama sedang menggiling tepung yang siap diadun.
Dia
kemudian duduk dihadapan dan memandang. “Nak tolong apa?”
“Tekan
acuan ni lepastu ambil satu demi satu dan buang bahagian tengah” dia memandang
dengan penuh teliti sebelum melakukan semua yang diajar dengan berhati-hati.
Mama
memandang dengan senyuman sebelum kembali menggiling. “Macam mana kolej? Study okay ke?” mama menyoal tanpa
memandang.
Thea
sekadar mengangguk. “Kerja?”
Dia angguk
lagi. Mama hanya tergelak. Thea memandang bersama kerutan. “Kadang-kadang mama
sendiri hairan. Macam mana kamu dengan Sara dan Nas”
Mindanya
tidak mampu memahami. “Maksud mama?”
“Tidaklah.
Kamu ni terlalu kurang bercakap. Mama risau kalau orang anggap kamu tak suka
mereka. Oh ya, kamu juga jarang senyum. Walaupun anak mama ni cantik orangnya,
tapi senyuman kamu tu lebih cantik”
Thea diam
sekejap. Aku ni terlalu pendiam ke? Sampai mama sendiri tak mampu berbual
dengan aku? “Kalau kamu dengan Sara dan Nas, kamu memang macam ni jugak ke?”
mama menyoal dengan rasa ingin tahu.
“Rasanya
sama” dia menjawab setelah berfikir sejenak. Mama hanya mampu menggeleng.
“Sayang. Mama tahu kamu sukar luahkan apa yang kamu rasa dan inginkan. Tapi
kadangkala kamu kena berlajar luahkan supaya hak kamu tidak diambil orang. Kamu
kena belajar untuk mempertahankan diri kamu juga”
Thea
meletakkan donut yang terakhir didalam dulang yang sudah disapu tepung. Dia
kembali memandang mama.
“Thea tak
pandai nak cakap apa yang Thea rasa” dia mengaku, jujur. Kerana banyak
peristiwa yang berlaku didalam hidupnya, Thea mengajar diri untuk diam dan
memerhati. Kerana sudah terbiasa, dia sukar untuk mengubah sikapnya itu.
“Mama tahu
kerana mama faham kelukaan kamu. Tapi orang luar tak. Jadi, kamu harus berubah
sedikit. Mama tak suruh kamu buat mendadak tapi tak salah mencuba
perlahan-lahan”
Thea
sekadar mengangguk. Mungkin cakap mama ada benarnya. Selama ini, dia terlalu
selesa dengan diri sendiri tanpa mempedulikan pandangan dan rasa hati orang
lain. Pasti Nas dan Sara banyak terasa hati dengan sikapnya ini.
**********************************************
Mika
memandang Q yang masih memetik gitar sambil memainkan lagu jiwang. Sebenarnya,
tak tahu bagaimana nak berbual dengan Q selepas melihat episod terbaru
rancangan realiti itu. Dia memandang Acap disebelah.
“Pergilah”
dia mengarah sambil berbisik. Acap menjegil mata. “Apahal aku?”
Mereka
menoleh ke arah Dhani. “Kau ahli bongsu. Q mesti nak cakap dengan kau” mereka
menolak Dhani ke hadapan. Dhani menoleh.
“Kalau dia headlock aku macam mana?”
Mika hampir
ketawa mendengar namun ditahan untuk tidak mengeruhkan keadaan. “Tak apa.
Bukanya cedera parah pun. Pergilah!”
Dhani tarik
muka. Inilah nasib jadi ahli bongsu. Memang asyik kena buli je. Kaki diatur
menghampiri Q yang kurang bercakap sejak 3 hari ini. Apa yang Q rasa
sebenarnya? Mereka sendiri tak faham tapi inilah kali pertama mereka lihat Q
seperti ini.
“Eh, banyaknya
burung dekat sini kan?”
Mika dan
Acap hampir terjelepok didalam rumah mendengar ucapan Dhani. Tanpa menunggu,
ledakan tawa yang kuat dari dalam kendengaran dan membuatkan Q turut tergelak.
Dhani memberi sengihan.
“Sini takda
burung, Dhan. Agak-agaklah kalau nak menipu pun” Q bersuara bersama gelengan.
Dhani menggaru kepalanya sebelum duduk disebelah Q yang masih memegang gitar
kesayangan.
“Apahal?
Ada benda nak cakap?” Q menyoal, pantas. Bukanya tak kenal Dhani. 4 tahun
menjadi trainee bersama, ditambah
dengan 3 tahun menjadi ahli kumpulan. Dia dah masak perangai mereka setiap
seorang.
“He He. Tak
ada apa sebenarnya. Tapi kenapa aku nampak kau macam putus cinta jiwa dan raga
ni? Siap main lagu jiwang bagai. Aku tahulah kau tengah cari idea untuk lagu
terbaru MARS”
Q sekadar
menguntum senyum. “Aku berfikir sebenarnya” dia menjawab, tenang. Dhani
mengerut dahi. Apahal gaya macam A Samad Said pula mamat ni? Kena aura apa
sampai dah macam sasterawan negarai?
“You are the shining star. I’m just the norm
night. Kau faham?” dia menoleh ke arah Dhani. Kaget sebentar temanya itu
sebelum menggeleng. “Pasal Thea ke?” dia menyoal, perlahan.
Q tidak
menjawab. Dia hanya mengeluarkan keluhan. “Dia sangat misteri dan aku sukar nak
masuk dalam kehidupan dia yang sangat dikawal ketat. Mungkin kerana kami hanya
palsu jadi dia anggap aku hanya pura-pura ambil-berat pasal dia”
“Kau serius
ke dengan dia?”
“Untuk masa
sekarang. Ya” dia menjawab jujur. Dhani mengangguk. Dia tahu Q seorang yang
memahami walaupun kelihatan tidak mesra. Dia mengambil berat orang disekeliling
dan kerana itulah dia yang terluka dahulu jika orang disekelilingnya tercedera.
Q senyum
kemudian. “Aku tak pernah jumpa gadis macam dia lagi” itu diakui benar. Thea
sangat lain. Namun itu yang menarik minat. Thea jarang bercakap tapi sesekali
bercakap, terserlah kematangan didalam setiap perkataan.
“Itu yang
buat kau tertarik?” Dhani menyoal bersama senyuman sinis. Q hanya ketawa.
Semuanya masih terlalu awal. Dia sendiri kadangkala keliru samada mereka hanya
berpura-pura atau betul. Perasaan yang dirasa ini hanya kerana penggambaran
ataupun tulus dari hati.
***********************************************************
Langkah
diatur lebih laju apabila melihat Nas baru keluar dari kereta. Dia melihat Nas
mengunci kereta selepas mengambil beg dan buku-buku dan pandangan mereka
bertembung. Wajah masing-masing sudah menggambarkan apa yang dirasa sekarang.
“Dapat contact dia?” Sara pertama menyoal. Dia
risau sebaik melihat episode terbaru itu. Tak sangka Thea sanggup cakap macam
tu.
“No. That girl. Keras macam batu. Dia off handphone dia sepanjang cuti”
Sara
menggeleng. Puas mereka mencari Thea yang tiba-tiba hilang. Melihat komen dari
peminat, Sara tahu Thea pasti terluka. Mereka diluar sana tidak memahami Thea.
Mereka tak kenal siapa Thea. Mereka taktahu apa luka Thea. Kerana itu mereka
cepat sekali menghukum.
“Marilah.
Aku rasa dia dekat kelas ni”
Mreka mengatur
langkah masuk ke bangunan khuliah. Beberapa pelajar memandang tajam namun
mereka hanya buat tak endah. Pasti Thea kena lebih teruk.
Sebaik tiba
di Bilik Khuliah 1, Nas membuka pintu. Dia mencari segenap ruang. Tak ada. Dia
menoleh kearah Sara yang turut menjungkit bahu. Selalunya Thea akan akan di
bilik khuliah untuk subjek pertama. Tapi sekarang dia takda. Dimana Thea
sembunyi?
Mereka
menyusuri koridor sambil memerhati sekeliling. Telifon aunty Nora tadi, dia cakap Thea keluar awal. Takkanlah tak sampai
kolej lagi? Thea bukanya jenis melencong tak tentu hala. Mereka semakin risau.
Nas masuk
ke dalam toilet untuk memeriksa namun
hampa. Sara membuka semua pintu yang dijumpai sehingga ke tahap pintu bilik
stor tempat makcik cleaner menyimpan
barang mereka turut dilihatnya. Bayangan Thea masih tidak kelihatan. Sara
mengeluh, berat.
“Dia tak
datang kolej ke?”
Nas
menjungkit bahu. Thea seorang sahabat yang paling sukar diduga. Mereka yang
cuba memahami gadis itu namun Thea merupakan sahabat yang baik. “Nas!” bahu
temanya ditepuk. Nas memandang bersama pertanyaan.
“Tu. Tu
bukan sneakers Thea ke?”
Dia
menoleh. Hanya kelihatan sepasang kaki yang melunjur disebalik gazebo yang
berada di Taman Botanical kolej. Nas memerhati untuk mendapat kepastian.
Kemudian dia mengangguk.
“Memang
dialah tu. Mari”
Mereka
berjalan pantas menghampiri sepasang kaki itu. Nas menjengul terlebih dahulu.
Kelihatan Thea tersengguk-sengguk bersama mata yang terpejam. Mereka tak jadi
bersuara melihat Thea yang nampak sangat letih.
“Orang cari
bagai nak gila. Dia boleh tidur sini?” Sara menggeleng. Thea, Thea. Aku tak
pernah jumpa perempuan macam kau! Nas memandang dengan rasa kasihan. Perlahan
dia duduk disebelah Thea sebelum menarik kepala Thea dan disandarkan di bahunya.
“Kau rasa
sebab episod tu ke?” dia menyoal, perlahan. Sara mengangguk. Pasti Thea
melarikan diri daripada pelajar perempuan kolej mereka yang sangat kejam. “Kita
kenal Thea jadi kita tak salahkan dia. Tapi orang luar tak kenal Thea. Sebab
itu mereka salah faham”
Nas sekadar
mengangguk. Dia mengerling ke arah Thea yang nyenyak tidur. Apa yang aku nak
buat dengan kau ni, Thea?
*********************************************
+Hai+
Mata
terbeliak sedikit. Dia menekan butang back
dan melihat semula nama sender yang
menghantar meseg. Thea hampir tak percaya. Q?
Dia melihat
Puan Juwita yang sedang memberi syarahan. Perlahan dia menunduk dan membalas.
+Hai+
Q
tersenyum. Jarang sekali Thea mahu membalas meseg darinya. Dia melihat Acap
yang sedang dihias oleh Tish. Hari ini mereka ada jadual bersama radio Era.
Masa lapang digunakan untuk berbual dengan Thea.
+Busy?+
+Dalam
kelas+
+Ganggu?+
+No+
Q ketawa
tiba-tiba. Kemudian dia menggeleng. Ice
princess sungguh. Mulanya ingat Thea hanya berlakon tidak mengenali dirinya
atau langsung tak kisah siapa dia yang sebenar tapi setelah hampir 2 minggu
bersama, Q angkat bendera putih.
Fathea
Husna memang langsung tak heran siapa Qhalid Rayyan yang sebenar. Dia ketawa
lagi. Ada lagi ke gadis macam ni zaman sekarang?
+We need to talk+
Dia membaca semua komen yang diberi
peminat. Sejujurnya dia tahu Thea bukan cuba menyakitkan hatinya. Dia hanya
mahu melindungi hati sendiri kerana mereka hanyalah berlakon.
+When?+
Q
menggeleng. Tanya sepatah, sepatah juga dijawab. Tahanlah kau, Q. Dapat isteri
keras hati macam gadis ni. Nasib baik comel. Kalau senyum, bertambah-tambah
comel.
+Private. Without camera. When do you free?+
Thea
sedikit terkejut. Dia ajak aku keluar ke? Tanpa kamera? Ini dah jadi kes lain
ni. Thea menghela nafas, cuba menenangkan diri sendiri. Apa yang Puan Juwita
cakap dihadapan sudah tak melekat di minda sekarang.
+Tomorrow. Lunch. Lepastu terus kena
kerja+
Senyuman
terukir. Ada chance. Boleh lepak
kolej Thea. “MARS” suara Reza kedengaran. Q memandang. “Now” dia memberitahu.
+Talk to you later. Take care+
Thea terkejut. Itu je? Dia membaca
semula perbualan mereka tadi. Nampak sangat kekok. Tak macam suami isteri
langsung. Ini ke yang mama cuba beritahu?
“Okay, guys. Types of media ada 2 jenis ye.
Magnetic media dan Optical media”
suara Puan Juwita kembali kedengaran. Thea menyimpan semula telifon didalam
poket sebelum kembali memberi tumpuan kepada pembelajaran.
************************************************
“Q”
Dia menoleh
melihat Tish disebelah. “Dah 20 minit kamu dekat sini. Taknak turun ke?” dia
menyoal, sebal. Q baru tersedar. Entah kenapa, hatinya berdebar. Mungkin kerana
kali ini mereka berjumpa tanpa kamera dan tak perlu berpura-pura.
“Kejap
lagilah, kak”
Tish
menjuling mata. Budak bertuah ni. Nampak macam benar-benar dah angau dengan
Thea. Dia orang ni betul-betul ke berlakon? Tish sendiri keliru sekarang.
“Kenapa
kamu nak jumpa dengan dia waktu tiada penggambaran? Kenapa si Reza tu boleh
setuju pula?”
Q senyum.
Teringat perbualan bersama Reza semalam. Nasib baiklah Reza jenis boleh terima
asalkan imej MARS tidak tercalar.
“We need heart to heart talk, kak”
Tish
menguntum senyum. Melihat Q yang sanggup mengorbankan waktu rehat untuk bertemu
dengan Thea, dia bertambah tertarik. Pertama kali Tish melihat Q mengambil
berat mengenai seorang gadis seperti ini.
“Kenapa
akak rasa kamu terlalu ‘menghayati’ watak sekarang ini?” kening dijungkit
sebelah. Q ketawa, menutup rasa hati. Dia kemudian membetulkan baseball cap yang dipakai dikepala.
Dengan pakaian yang kasual, Q harap
dia tidak dikenali sesiapa.
“Q nak
gerak ni” dia memberitahu. Tish mengangguk.
“Nak akak
tunggu sini ke?”
“Tak pe
lah. Mungkin Q lama disini. Akak baliklah dulu”
Tish
mengangguk. Dia melihat Q membetulkan sedikit rambut dan rantai yang dipakai
sebelum menoleh kearahnya. “Okay?”
Senyuman
terukir. Kemudian dia mengangguk. Q menghela nafas sebelum memandang ke luar
tingkap. Kelihatan beberapa pelajar sudah beransur keluar dari perkarangan
kolej. Waktu lunch sudah tiba.
Come one, Qhalid. Kau boleh.
Pintu
dibuka dan dia turun dengan pantas. Q menutup semula pintu dan kemudian Tish
menurunkan cermin tingkap. Senyuman diukir. Q turut tersenyum.
“Good luck. Have fun” dia mengangguk
sebelum menurunkan sedikit cap untuk
melindungi wajahnya dan kemudian masuk ke dalam perkarangan kolej.

hishhhh susah plak idup thea ni bila ade fannatic fan kat Q cenggini....yg x salah pon nampak cam salah je uwaaaaa.....kesian3.....Q hang jgn plak pasni terkantoi ngan fans hang ms detim3 ngan thea 2 karang makin teruk plak thea kene serang ngan dowang seme 2 tau....
ReplyDeletep/s: n3 yg menarik n mendebarkan....sila hup lagi kalo ade mase eh....
BEST.
ReplyDelete