Thursday, 21 March 2013

:) bab 4



          2 hari cuti hujung minggu dan selepas peristiwa itu berlaku, Thea kembali ke kolej seperti biasa. Tapi sebaik menjejak kaki di kawasan kolej, dia terasa seperti binatang di zoo yang ditenung oleh pengunjung yang datang.
            Semua merenungnya seperti mahu ditelan hidup-hidup sehingga dirinya menjadi tidak selesa. Thea tak endahkan pandangan itu dan meneruskan juga langkahnya ke bangunan khuliah.
            “Dia yang kena propose dengan Q kan?” suara dibelakang menyoal.
            “Iyalah. Budak biasiswa” mereka ketawa serentak.
            “Tak adalah cantik sangat. Macam manalah pihak produksi pilih dia” terasa menikam dihati tanpa sempat dihalang.
            Thea menahan sabar mendengar mereka yang sengaja mengumpat agar dirinya mendengar. Pasti sebab Q hari tu.
            “Tak sangka gatal juga dia kan? Aku ingatkan takda perasaan pada lelaki”
            “Iyalah. Q propose terus je terima. Memang dasar perempuan tak tahu malu!”
        Dia terasa tangan ditarik tiba-tiba. Thea sedikit terkejut sebelum dia melihat Nas berdiri dihadapanya dengan wajah sedih.
            “Kenapa kau tak balas? Kenapa kau diamkan je?”
            Mata terasa hangat. Hatinya sendiri sakit mendengar hinaan mereka. Macam mana Thea boleh diam je? “Kau nak suruh aku tumbuk mereka? Bergaduh? Aku taknak keruhkan keadaan. Mereka dah benci aku. Setakat mengata macam tu, tak beri kesan pada aku sebenarnya”
       Nas mendengus. Sejak bila Thea lemah ni? Sebelum ni Thea tak benarkan sesiapapun menghinanya seperti itu.
            “Betulke apa yang diaorang cakap? Kau jadi watak utama rancangan realiti bersama MARS? Bukan kau tak terima ke waktu itu?”
            Memikirkan itu, hatinya terasa panas tiba-tiba. Mereka semua sengaja membuat dirinya dalam keadaan serba-salah untuk menerima semua ini. “Tak. Aku dipaksa terima” Nas terkejut. “Terpaksa?”
            “Sudahlah. Aku malas nak fikir. Aku gerak kelas dulu” dia berlalu tanpa menoleh lagi. Nas memandang dengan pelbagai tanda tanya.

**************************************
 
            “Nak pergi jumpa isteri ke?” Mika mengusik sebaik pintu dibuka dan melihat Q disolek oleh Tish dan kumpulan kecilnya.
        “Macam mana radio?” dia menyoal sebaik melihat dirinya terbaring di atas sofa sambil memejam mata. “Penat. Rasa nak tercabut anggota badan”
            Tish ketawa kecil. “Kamu buat latihan sampai pukul berapa?”
            “5. Pukul 7 terus ke Era. Nasib baik tak tertidur depan mic je tadi”
          Dia menahan kuap dan mata yang terasa sangat berat ketika ini. Nasib baiklah tiada jadual untuknya hari ini kecuali radio. Selesai, Q bangun melihat dirinya dicermin. Dia membelek kiri dan kanan dengan wajah serius.
            “Tak overdress ke?”
           Bersama wife beater putih, cardigan berwarna hitam dan seluar jeans biru, Q risau jika dirinya terlalu bersiap semata-mata mahu bertemu gadis itu. Mika membuka sedikit matanya sebelum menguntum senyum.
        “Oh ya. Kau tak cerita lagi pasal isteri kau tu. Macam mana? Dengar cerita, awal lagi dah naikkan darah Reza”
          Q hanya tersenyum. Dia kemudian membetulkan rambut yang diturunkan ke bawah kali ini. “Dengar cerita, sedikit dingin. Tapi akak rasa dia menarik” Mika bingkas bangun sebaik mendengar pendapatan Tish.
            “Akak dah jumpa dia?”
            Tish menggeleng. “Reza dan Q sahaja yang pernah jumpa dia. Kamu tak lihat cara Q propose dia hari tu? Episod pertama dah keluar tahu?”
           Mika mencebik. Buat teruja je akak ni. Ingatkan dah jumpa. Kalau sekadar tengok di tv, semua orang pun boleh cakap. “Busy la kak. Nak tidur pun tak sempat inikan pula nak tengok tv. Bukanya macam orang tu”
            Mereka menoleh kearah Q yang masih berdiri di cermin. Tish hanya tersenyum. Mika pula menggeleng. Parah sungguh. Tahulah dah lama tak keluar dengan perempuan. Tak pernah tengok Q teruja sampai macam ni.
            “Pendapat kau?”
            Q menoleh. “Hah?”
            Mika hampir menepuk dahi sendiri. Takkan dah angau kawan aku ni? Baru jumpa sekali kot. “Dia okay ke?”
        “Okay” dia menjawab, tenang. Q memakai jam tangan yang diberi. “Menarik. Bila nak kenalkan dengan kami?”
            “Aku pun baru jumpa dia sekali. Tapi aku rasa tipis. Sebab aku dulu pun dia tak kenal. Inikan pula korang bertiga”
            Mika tergelak. “Serius? Dia tak kenal kau? Ketua kumpulan MARS?”
         Tish turut ketawa. Q mengangguk. “Apa yang boleh aku cakap, dia ada watak yang sangat menarik. Tengoklah dulu nanti. Kalau ada ruang, aku kenalkan pada korang semua”
          Mika kembali membaringkan dirinya diatas sofa. Sedikit cemburu melihat kegembiraan Q ketika ini. Memandangkan mereka bermula diusia muda, banyak yang dikorbankan demi mencapai tahap sekarang. Untungnya Q.
            “Aku gerak dulu. Kalau Acap dan Dhani balik, mulakan latihan”
            Yes, cap” mata tertutup rapat dan dirinya sudah berada dialam mimpi.

*********************************
 
          “Kalau tambah lagi sejam kelas law, memang aku sendiri daftar diri masuk Tanjung Rambutan”
            Sara memaut bahu Nas dengan rasa tak bermaya. Segala-galanya berpusing di minda sehingga dirinya terasa berpinar-pinar. “Tapi kau ‘kan kesayangan Puan Ainin. Apa ada hal?”
          Jelingan maut diberi. Nas ketawa. Dia sendiri hampir hidrasi kerana hampir 2 jam menghadapi law sambil menghafal kes-kes penting. Kenapalah naik sem 5 ni, subjek semakin susah?
            “Thea”
            Temanya itu menoleh. “Nak pekena cendol Joe tak? Dah lama kot tak lepak sana” Thea diam sekejap. “Jomlah, Thea. Aku pun dah lama tak makan cendol tu”
         Nas memaut lengan Thea disebelah. Hari ni mama ambil Tirah jadi dirinya punya masa sebelum waktu kerjanya bermula. Akhirnya dia mengangguk. “Yeay. Jom naik kereta aku”
          Mereka berjalan keluar dari bangunan khuliah. Kerana asyik berbual, mereka langsung tidak mnyedari suasana kolej yang sedikit kecoh dengan suara pelajar perempuan. “Nak makan cendol pulut dengan pulut ayam dia. Memang terbaik wa cakap lu”
          “Ni selera naga ke?” Nas menyindir, selamba. “Bukan selalu. 6 bulan kot aku diet tak makan benda-benda tu”
         Mereka tergelak mendengar jawapan Sara. “Patutlah kau nampak kurus sikit” Thea menambah, selamba. Sara tarik muka. “Derhaka huh?!”
            Q melihat gadis itu masih berjalan dan berbual tanpa menghiraukan dirinya. Keadaan menjadi sedikit kekok dengan kamera dan pelajar yang mengekorinya. Bertuahlah aku dapat isteri yang tak kenal suami sendiri. Baru 2 hari, takkan lupa kot?
          “Thea” terasa seperti namanya dipanggil. Langkah dihenti sebelum dia menoleh. Kaget sekejap dia melihat lelaki itu tampan berdiri macam model dan hanya memberi senyuman. Thea tak mampu melihat wajahnya dengan jelas dek cahaya matahari yang membahang.
         “Suami kau dah cari tu” Sara menyindir sebelum ketawa. Thea sempat mencubit lengan Sara dan temanya itu terus terdiam. “Sakitlah oi!”
           Q melangkah menghampiri gadis itu. Suara-suara tidak puas hati kedengaran walaupun kurang jelas. Senyuman masih dibibir. “Hai. Baru habis kelas ke?”
            Hah? Dia memandang sekeliling. Rasanya cakap dengan aku. Oh ya, aku ‘isteri’ dia. Thea mengangguk. “Baguslah. Saya datang nak jemput awak sebenarnya” Thea tergamam. “Ke...napa?” Sara hampir menepuk dahi Thea yang tiba-tiba lurus bendul sekarang ni.
            “Er, boleh saya ambil isteri saya semula?”
            Awww, hati tiba-tiba rasa cair macam coklat sekarang ni. Sara dan Nas segera mengangguk. Kalaulah mereka ditempat Thea. Kalaulah Thea tahu betapa beruntungnya dia? “Ambil la. Buatla apa awak mahu. Kalau taknak pulangkan pun takpa”
            Thea menoleh, memberi pandangan tajam kepada mereka namun 2 orang temanya itu hanya tersengih. Q tersenyum. Nasib baiklah ada kawan baik macam mereka. Nak harapkan ice princess ni, aku berdiri tengah panas pun, dia buat tak tahu je.
            “Marilah. Panas ni” tanpa bicara dia menarik tangan Thea melewati kelompok pelajar yang semakin ramai. Jeritan semakin kuat akibat tindakanya sehingga sukar untuk mereka menghampiri Alphard hitam yang sudah menunggu di luar kawasan kolej.

**************************************
          Masuk didalam kereta, Thea dikejutkan dengan kamera yang tergantung di dashboard hadapan, di tepi tingkat dan dibelakang tempat duduk pemandu dan sebelah pemandu. Kagum sekejap dia melihat kamera yang banyak sehingga tersenyum.
            Q turut tersenyum. Cantik. Kenapa jarang sangat senyum? Dia sengih sendiri. Rasa macam tak percaya apabila diusia 22 tahun, dirinya sudah berkahwin dengan isteri yang langsung tidak dikenali.
            “Ehem”
       Thea segera tersedar. Senyuman semakin pudar sebelum dia menoleh memandang lelaki disebelah. Ini ke Q? Waktu di konsert, dia tak nampak dengan jelas sangat. Waktu di kedai pun sama kerana lelaki ini kelihatan tergesa-gesa.
         Q diam sekejap. Memang terasa kekok kerana ini kali pertama mereka berduaan tanpa sesiapapun kecuali pemandu. “Kenalkan dengan pengurus MARS, Reza. Awak kenal ‘kan?”
            Reza menoleh sekejap sebelum Thea mengangguk. “Maaf kerana berkasar tempoh hari” Reza hanya tersenyum. Tak adalah macam ice princess sangat sekarang. Mungkin waktu itu angin dia tak baik agaknya.
            “Baiklah. Saya perkenalkan diri dahulu. Saya Qhalid Ryan ataupun Q. Saya akan menjadi suami awak” tangan dihulur dengan senyuman. Thea sedikit ragu. Suami? Rasa macam ada yang tak kena dengan gelaran tu.
            “Thea. Fathea Husna”
            Q mengangguk. Thea? Comel je nama. Patutlah Reza panggil Thea. Semua orang panggil dia Thea. Dia kemudian mengeluarkan 2 buah telifon bimbit dari poket seluar. Thea memandang, hairan. “Memandangkan kita sukar untuk berkomunikasi, saya serahkan salah satu daripada telifon pasangan ini pada awak”
            Dia mengambil telifon yang dihulur sambil membelek. Kali pertama dirinya melihat telifon bimbit yang diberi. Dia bertambah kagum. Tak tahu pun wujud telifon macam ni. Terasa dirinya sangat ketinggalan zaman ketika ini.
            “Kalau awak rindukan saya ataupun perlukan seseorang untuk berkongsi masalah, awak boleh dail 1. Awak akan disambungkan terus kepada saya”
            Thea mengangguk seperti anak kecil. Q tersenyum. “Baiklah. Ini mission pertama awak berdua sebagai pasangan suami isteri”
            Q mengambil kad yang dihulur. Thea turut membaca. “Adakan parti untuk ahli kumpulan suami” Dia segera memandang Q. Lelaki itu hanya mampu ketawa. “Kami baru jumpa 2 kali. Nak host parti terus?” dia menyoal dengan rasa tidak percaya.
          Thea juga mengangguk. “Kami tak kenal pun lagi” dia bersuara, perlahan. Q pula mengangguk. Kemudian mereka berdua mengeluh. “Nampaknya kita kena beli barang. Awak reti memasak?” dia memandang tepat kearahnya sehingga Thea jadi tak keruan.
            “Rasanya” sejak kecil sememangnya dia diajar untuk berdikari memandangkan dirinya harus menjaga Tirah yang masih kecil manakala mama dan papa sibuk bekerja. Q mengangguk. Jadi, sekarang mereka hanya perlu singgah ke Tesco dan membeli barang sahaja.
            “Kita nak buat parti dimana?” dia menyoal lagi. Q baru tersedar. “Ha ah. Kami ada rumah ke?” dia menyoal kearah PD yang bertanggungjawab.
            “Kamu berdua akan disediakan rumah palsu terlebih dahulu sehingga perkahwinan kamu semakin stabil dan diberi rumah yang betul”
            Mereka tergelak bersama. “Rumah palsu sambil perkahwinan stabil? Biar betul? Arghhh. Gila aku macam ni” Q menaikkan sleeve cardigan hingga ke paras siku dengan rasa geram. Thea hanya diam walaupun otaknya sedang berfikir banyak ketika ini.

*************************
 
            Sebaik tiba, mereka segera dipakaikan dengan mic sambil dibantu oleh kru produksi yang sentiasa mengekori mereka. Pengalaman seperti ini sememangnya kali pertama buat Thea yang selama ini sekadar menjadi remaja biasa dan tidak dikenali sesiapa pun.
            “Okay?” lelaki itu menyoal. Thea hanya mengangguk. “Recording start in 1, 2, 3” kamera dihala kepada mereka. “Mari?”
         Mereka bersama berjalan masuk kedalam ruang tingkat 2 Tesco. Kehadiran kemera membuatkan perhatian semua orang terhala kepada mereka. Kemudian apabila menyedari bahawa Q adalah artis yang terlibat, remaja perempuan mulai berkumpul dan mengekori mereka.
          Mereka bergerak ke tingkat 3 sebelum Q mengambil troli berhampiran dan mereka bersama-sama melihat barang yang dijual. “Kita nak pergi barang basah terus?” dia menyoal sambil memerhati sekeliling. Thea sekadar mengangguk.
            Mereka bersama bergerak ke tempat basah yang terdapat dihujung bangunan. Thea berhenti sekejap melihat barang basah yang dipamerkan. Q tersenyum. “Tak tahu nak beli apa?” dia menyoal bersama tawa kecil. Thea segera mengangguk.
            Q menghela nafas. “Memang susah. Selalu kalau parti orang buat apa?” dia menoleh kearah isterinya. Kalau isteri tak tahu, apa yang suami nak tahu? Terasa nak ketawa pun ada. Mereka masih terlalu muda untuk perkara seperti ini. Ditambah pula dengan sikap Thea yang sukar mesra. Pasti ‘perkahwinan’ mereka akan lebih sukar selepas ini.
            “Keropok. Air gas. Kek. Spaghetti”
        Tiba-tiba Thea tersenyum. Q mengangguk. “Ye. Kita buat itu je. Senang. Lagipun, ahli kumpulan saya tak kisah. Apa sahaja yang boleh dimakan dia orang bedal je”
            Kata-kata Q berjaya membuatkan Thea tergelak. Mereka kemudian berlalu ke bahagian ayam dan memilih ayam yang diingini. Kemudian mereka ke bahagian spaghetti. Thea memilih barang yang diperlukan sebelum mereka berlalu ke bahagian snek dan keropok.
            “Awak tak suka makan apa?” tanpa menoleh Q menyoal. Mungkin dengan cara ini mereka boleh lebih mengenali satu sama lain. “Sayur” dia menjawab pantas. Kemudian baru tersedar. Q sudah tersenyum.
          “Sayur?” dia memberi sengihan, nakal. Thea segera berpura-pura sibuk memilih barang sementara dia mendengar Q ketawa. Sabar Thea. Jangan malukan diri sendiri.
            Selesai, mereka membawa troli ke kaunter pembayaran. “Thea” Q menarik tangan Thea yang asyik membelek barang tanpa menghiraukan sekeliling. “Orang nak lalu” dia menoleh dan melihat seorang lelaki sedang menunggu kerana jalanya dihalang.
            “Maaf” dia hanya tersenyum sebelum meneruskan perjalanan. “Awak macam ni, saya rasa saya perlu lebih memerhati awak”
            Thea terdiam. Jantungnya berdegup sekejap namun Thea segera menepis. Mereka hanya berpura-pura. Tidak seharusnya punya apa-apa perasaaan. 

2 comments: