Friday, 15 March 2013

:) bab 3

                Semester baru bermula. Suasana di kolej seperti biasa riuh dengan pelajar yang baru bertemu setelah hampir 2 bulan terpisah. Berkajang-kajang cerita yang ingin disampaikan sehingga tak menoleh kiri ataupun kanan.
            Bersama beg yang disilang, Thea melangkah masuk ke kawasan perkarangan kolej. Semester 5. Terasa cepat sangat masa berlalu. Satu semester lagi sebelum semuanya berakhir dan dirinya boleh membantu mama sepenuhnya.
            “Thea!” dia menoleh melihat Nas melambai tangan sebelum menutup pintu Persona hitam miliknya dan kemudian berlari kearahnya.
            “Lamanya tak jumpa kau. Rindu aku”
            Kaget dia sekejap apabila Nas memeluk tanpa segan-silu. Thea memandang sekeliling. “Err, Nas”
            “Hmm”
            “PDA” dia menoleh tubuh Nas dengan pantas. Aina Nasuha. Rakan yang sangat suka Public Display Affection. Seorang yang manja, mungkin kerana anak bongsu didalam keluarga. Nas tarik muka.
            Thea membetulkan baju yang dipakai. “Mana Sara?”
            Temanya itu hanya menjungkit bahu. “Belum datang lagi. Kau sihat?” tangan dipaut dengan sengihan. Thea akhirnya tersenyum. “Kau ni macam anak kucing sungguh. Macam manalah Paan tahan dengan kau”
            Nas hanya ketawa. “Aku laparlah. Kita lepak kafe dulu”
         Tanpa menunggu jawapan dia menarik tangan Thea melewati bangunan pentadbiran. Sesekali Thea ketawa mendengar lawak Nas yang kadangkala tak masuk akal. Tapi itulah yang merapatkan mereka. Sikap Nas yang sentiasa mesra membuatkan dirinya tak kisah dengan layanan dingin Thea. Lagipun, dia tahu sebab Thea seperti sekarang jadi Nas tak ambil hati.
            “Eh, ada lagi ke budak biasiswa ni?”
            Langkah terhenti sebaik mendengar suara itu. Teman disebelahnya ketawa. “Aku ingatkan dia extent sebab banyak failed. Muka tak malu lagi datang kolej swasta padahal family takda duit nak bayar yuran pun”
          Nas memandang. Eh budak ni. Kena siku dengan Thea karang baru diam kot. “Biasalah. Orang miskin, Lin. Kita kena faham. Muka memang tak tahu malu”
            Penumbuk dikepal dengan darah yang mendidih di kepala. Tawa mereka membuatkan kepalanya semakin sakit. Thea memandang ketua kumpulan, Linda Datuk Harun. Dia menghampiri wanita berambut perang palsu dan berpakaian tak cukup kain itu.
            Senyuman sinis diberi. “Kenapa? Berani kau sentuh aku! Aku pastikan kau tinggal lama dalam penjara nanti. Kau tak kenal siapa papa aku?”
            Linda berundur ke belakang apabila melihat Thea semakin menghampiri. Kawan yang lain hanya berdiri kaku tak bergerak. Nas memberi senyuman. Memang cari nahas! Apalah salah Thea asyik kena hadap caci maki diaorang je sejak semester satu lagi.
            “Sekurang-kurangnya aku tak guna duit bapak aku dan habiskan dengan beli barang make-up untuk tutup muka kau yang tak lawa atau beli beg yang hanya bawa purse tanpa buku”
            Linda terkedu. Dia memegang wajahnya. Tak lawa? Thea mengetap bibir. Kalau ikutkan hati, lebam biji mata perempuan ni aku buat. “Aku rasa baik kau guna duit bapak kau tu buat surgery
            “Surgery?
            Thea mengangguk. “Untuk otak kau supaya bijak sikit dari aku. Kalau kau dapat dekan sem ni, aku belanja kau buat plastic surgery
            Nas ketawa dibelakang. Linda memandang tajam. Thea berlalu kearah Nas yang mengangkat ibu jari kepadanya. Dia mengenyit mata. Nas tersenyum.
            “Oh ya. Setahu aku, kalian yang repeat paper sejak semester 3 sampai tak boleh praktikal. Tak gitu?”
            “Thea!” dia menjerit, geram. “Jumpa lagi” dia berjalan bersama Nas tanpa menoleh lagi.

***********************************************

            “Korang kerja lagi ke hari ni?”
            Sara mengangguk. Memanglah kalau diikutkan, mama dan papa boleh menyara dirinya yang hanya 3 beradik. Tapi dia kadangkala malu melihat Thea yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan hasil sendiri.
            “Shift malam ke?”
            “Ye, Cik Nasuha. Kenapa? Nak kerja sekali ke?”
            Nas tergelak sebelum menggeleng. “Baru nak ajak lepak mall. Lama kot tak keluar bersama”
        Sara menoleh kearah Thea. “Aku kena ambil Tirah dekat sekolah” dia menjawab, tenang. Nas mencebik. Sejak akhir-akhir ni, Thea dah jarang lepak macam dulu. Sentiasa sibuk 24 jam kalah Perdana Menteri.
            “Kau ni sibuk memanjang”
            Thea menghela nafas. “Aku tak macam kau, Nas” dia membalas, perlahan. Sara memegang lengan Nas apabila melihat temanya itu ingin membalas. Dia kemudian menarik Nas untuk berhenti sekejap.
          “Kenapa kau?” dia menyoal, geram. “Jangan terasa la, Nas. Thea....dia....family dia....” Sara mengetap bibir, tak mampu berkata lanjut. Nas kerut dahi. “Kenapa dengan family dia?”
            “Mama dia baru diceraikan. So, sekarang dia orang tengah berusaha untuk mulakan hidup baru. Kau faham la angin Thea. Dia emosi sikit kebelakangan ni”
            Nas tergamam. Diceraikan? Mama dan papa Thea? Dia memandang Thea yang berjalan perlahan dihadapan. Dia rasa simpati. Patutlah Thea nampak tak ceria macam selalu. Walaupun selalu Thea bukanlah ceria sangat.
            “Serius? Aku ingat diaorang selalu bergaduh je”
            Sara hanya mengangguk bersama keluhan. Dia juga tak sangka perkara itu berlaku tapi melihat Thea yang tenang, dia risau jika Thea tak mampu tanggung semuanya nanti. Thea menoleh apabila terasa dirinya berjalan sendiri.
            Dia menoleh. “Nas, Sara” dia bersuara sedikit lantang. Mereka berdua kelihatan terkejut. “Tahulah korang putih. Tapi aku tak. Taknak balik ke?”
            Mereka segera tersedar sebelum memberi sengihan. Segera kaki diatur menghampiri Thea yang menunggu. Mereka sama-sama menoleh ke hadapan semula sebelum terkejut melihat seorang lelaki berhenti betul-betul dihadapan mereka bersama senyuman.
            Thea memandang hairan. Bersama pakaian yang semi-formal, dia tak nampak macam penculik. Tapi siapa tahu apa niat disebalik senyuman yang dipamerkan. Nas memandang Sara. Mereka menjungkit bahu.
            “Cik Fathea Husna?” dia menyoal, tenang. Thea diam sekejap. “Tak” dia menjawab pantas sebelum berlalu. Reza kerut dahi. Bukan dia ke? Tapi gambar sama je.
            “Itu Cik Fathea kan?” dia menyoal temanya yang berdua. Mereka mengangguk. Reza segera menoleh sebelum cuba menyaingi langkah Thea yang laju. Dia sedikit mengah sebelum berjaya memintas gadis itu.
            “Kenapa dengan awak? Kalau saya jerit, nahas awak dikerjakan nanti”
            “Bertenang dulu, cik. Saya sebenarnya datang ada hajat” dia bersuara pantas. Tak sangka watak gadis comel ini sedikit dingin. Dari gambar nampak macam perlu dilindungi je. Tapi ini yang menarik. Macam mana agaknya jika digandingkan dengan Q yang pendiam tu? Dia senyum sendiri.
            Thea kerut dahi. Apahal pulak mamat ni senyum sorang-sorang? Risau aku. Dia menoleh melihat rakanya sudah berdiri disisi. “Encik!” suara Nas mengejutkan lelaki itu. Dia segera berdehem, mengawal rasa malu di muka.
            “Oh ya. Saya perkenalkan diri saya dulu. Saya Reza, pengurus kumpulan MARS”
            Sara tergamam. Nas hampir tersedak. Biar benar? Dihadapan mereka sekarang adalah pengurus kumpulan MARS? “Jadi?” Thea menyoal, membuatkan Reza hampir terjatuh. Budak ni buat-buat tak tahu atau memang tak tahu?
            “Awak kenal MARS ‘kan?”
            Thea menggeleng. Kalau Maroon 5 punya pengurus mungkinlah aku merayu nak jumpa si Adam tu. Kalau MARS, rasanya..... dia menoleh kearah 2 sahabat yang sudah terkedu. Mereka yang akan jadi gila sekejap lagi.
            Reza semakin kagum. Dalam 10 orang budak perempuan yang ditanya, kadar peratus untuk semuanya mengenali MARS adalah tinggi. Tapi berlainan pula dengan gadis ini. “A...abang....pengurus...MARS?”
            Dia mengangguk. Pandangan Reza kembali kearah gadis dihadapanya ini. “Tak mengapalah. Saya ada hal dibincangkan dengan cik Fathea. Boleh kita duduk dimana-mana dulu?”
            Thea ini menggeleng namun Nas memegang lenganya dengan pantas. “Boleh. Marilah ke kafe kami” dia memandang Sara yang cepat menjawab. Thea menghela nafas.
            Suasana kafe lengang memandangkan kebanyakan pelajar sudah bergerak pulang. Thea menoleh memandang Nas dan Sara yang duduk meja lain sambil memerhati dirinya sambil tersenyum-senyum. Thea mengeluh. Dia melihat jam ditangan. Dirinya harus menjemput Tirah.
            “Boleh beritahu apa kaitanya saya dan MARS? Saya ada hal penting sebenarnya ni”
            Reza sedikit terkejut namun segera mengangguk. Rasa nak tersedak air limau ais pun ada dengan sikap Thea ketika ini.
            Dia kemudian mengeluarkan sampul koko dan kemudian diletakkan diatas meja. Senyuman diberi. “Tahniah, cik Fathea. Anda terpilih menjadi watak utama dalam reality show pertama bersama MARS iaitu I Got Married
            I what? Dia hampir terbeliak mendengar Reza menutur hampir satu nafas sahaja. Rasa macam tiba-tiba telinganya pekak sekejap. “Saya apa?”
            Sampul koko itu dibuka dan Thea melihat isinya. I Got Married. Dia tergamam. Sejak bila aku kahwin? Otak terasa bengong sekejap. Aku kahwin tapi aku sendiri tak tahu? Dia semakin keliru. “Cop!” tangan diangkat untuk diberi ruang sekejap. Reza mengangguk.
            “Apa benda ni?” dia menoleh kearah Nas dan Sara. “Errr, rancangan baru” Nas menjawab, selamba. Thea menghela nafas. Aku siku juga budak Nas ni karang. Main-main pulak dia.
            “Sara” dia memandang Sara yang diam. Hatinya kuat mengatakan yang Sara tahu perkara ini. “Sara Imani Binti Abdul Rahman”
            “Theaaaaa” dia bersuara, takut-takut. Thea sudah boleh menganggak. Ini mesti kerja Sara. “Apa yang kau buat kali ni, Sara?” dia menyoal, lemah. Dirinya dah cukup ada masalah yang perlu dihadapi. Kenapa nak ditambah lagi?
            “Aku minta maaf banyak-banyak. Aku nak kau happy je. Kebelakangan ni, aku rasa macam aku hilang Thea sepenuhnya. Kau berubah mendadak sangat”
            “Semua orang berubah, Sara. Aku tak suka kau buat apa-apa tentang hidup aku tanpa pengetahuan aku”
            Sara terdiam. Dia tahu dirinya bersalah namun dia hanya mahu mengembalikan senyuman di wajah Thea macam dulu.  
“Tak perlu salahkan Sara. Dia buat ni demi kau. Cubalah sekali sekala kau terima je apa yang kami buat. Kami bukanya bersimpati, Thea. Kami nak kau kongsi masalah kau dengan kami. Kau tak anggap kami ni sahabat kau ke?”
            Thea hanya memandang tanpa reaksi. Nas mendengus, sedikit geram. “Maaflah encik. Saya tak berminat dengan semua ni. Saya minta maaf diatas sikap kawan-kawan saya. Encik carilah perempuan lain yang memang peminat MARS. Saya tak mampu”
            Dia bangun menggalas beg. Biarlah dikatakan bodoh ataupun tak menghargai peluang. Didalam hidupnya kini ada mama dan Tirah yang harus dijaga. Thea tak ada masa untuk bermain dengan perkara seperti ini.

*******************************

            Reza melempar fail yang dibawa ke atas mejanya yang bersepah. Dia kemudian melonggarkan tali leher yang dipakai. Tiba-tiba aircond terasa tidak mampu menampung bahang yang terasa ditubuh ketika ini. Dia mundar-mandir dihadapan meja bersama kerutan.
            Ini kali pertama bertemu gadis seperti ini. Gadis yang sangat berbeza namun sangat mengkagumkan. Gadis yang kelihatan lemah namun sangat berpendirian. Entah kenapa, dia hanya mahukan gadis itu sebagai pendamping Q walaupun mereka telah mencari pengganti sekiranya gadis itu menolak.
            Ketukan dipintu buat langkahnya terhenti. Reza melihat Tish menolak pintu dengan senyuman. Reza sekadar mengangguk.
            “Kenapa?” dia menyoal, pantas. Wajah Reza yang tak ceria membuatkan Tish menyoal. Reza menghela nafas sebelum meraup wajahnya.
            “Oh-ho. Tell me. Apa yang berlaku dengan watak heroin kita?”
            Tish sudah tersenyum. Jarang sekali melihat Reza yang tertekan seperti ini. Pasti ada kena-mengena dengan gadis pilihanya untuk rancangan MARS kali ini.
            “She said no” dia bersuara, sedikit kuat. Tish terkejut. “Apa?”
            “Dia tolak. Katanya dia ada banyak perkara nak difikirkan dari menjadi isteri kepada ketua kumpulan MARS. Kau boleh bayangkan tak? Punyalah aku beria nak beritahu dengan harapan dia akan melonjak gembira. Tapi dia mentah-mentah tolak. Sudahlah waktu aku tanya dia awak ni cik Fathea ke? Dia selamba je jawab tak. Sakitnya hati aku!”
            Tish ketawa. Dia semakin tertarik dengan gadis bernama Fathea ini. Pastinya seorang gadis yang menarik sehingga mampu menolak tawaran yang sangat lumayan seperti ini.
            “Kau tahu? Aku cakap dia akan jadi isteri kepada ketua kumpulan MARS dan tanya samada dia kenal MARS. Dia geleng. Kau bayangkan, Tish! MARS baru habis konsert satu Malaysia minggu lepas. Macam mana dia tak boleh kenal MARS? Nak kata duduk hulu, berlajar kolej swasta. Even her friend know MARS. Arghhh”
            Reza menghempuk meja dengan rasa geram. Dia korbankan masa senggangnya untuk bertemu sendiri dengan gadis itu. Ini balasanya? Darah yang mendidih terasa tak mampu diturunkan walau dituang dengan ais batu sekalipun.
            Tish masih tersenyum. Dia memeluk tubuhnya memandang reaksi Reza ketika ini. Pertama kali lihat Reza naik darah seperti ini. Malah waktu MARS lupa datang latihan pun Reza tak semarah ini.
            “She is interesting” dia bersuara, tenang. Reza diam sekejap sebelum senyuman akhirnya terukir. Dia memandang Tish sebelum mengangguk. “Thats why I want her no matter what. Aku nak lihat apa lagi watak yang ada disebalik wajah dan tubuh badan yang comel tu”
            “If I don’t know you, I might think you’re crazy, Rez
            Reza mengangguk. Kadangkala dirinya juga tak memahami diri sendiri. “Aku tak sabar nak jumpa dia. Digandingkan dengan Q. Macam kau kata. Jarang sekali nak lihat remaja 20-an keatas yang tak berminat dengan MARS. Samada dia berpura-pura atau dia memang tak kenal MARS, akan dapat dibuktikan jika dia terima tawaran ini”
            “Aku tahu. Tapi macam mana nak pujuk dia? Dia nampak macam dah nekad takkan terima tawaran kita. Dari cara dia, peluang kita sangat tipis”
            Tish mengukir senyuman. Dia sudah memikirkan jalan penyelesaian sejak Reza tengah marah-marah tadi lagi. “Temukan dia dengan Q. Kita lihat apa jawapan dia selepas ini”
            Reza terdiam. Dia berfikir sejenak. “Kalau dia berpura-pura, dia akan segera bersetuju sebaik lihat Q. Kenapa aku tak fikirkan perkara ni dari tadi?”
            “Kenapa juga kau jadi pengurus MARS ‘kan?” Tish menyindir, selamba. Reza memandang tajam sebelum Tish ketawa.

*******************************************

            Sejak tadi dia melihat renungan tajam Sara yang tak puas hati dengan tindakanya 2 hari lepas. Sara buat pemberontakan mata walaupun ketika di kolej. Thea hanya mampu melihat kerana dia sudah nekad. Semua ini bukanya main-main. Siapa yang gila nak main kahwin olok-olok macam ni?
            “Order apa, bang?”
            Lelaki bertopi baseball dan berpakaian kasual itu merenung menu yang diberi. “Makanan apa yang sedap dekat sini?” dia menyoal tanpa menoleh.
            “Selalu pelanggan tetap disini suka nasi goreng istimewa kami bersama tomyam istimewa”
            Lelaki itu mengangkat muka. Thea kaget sekejap. Macam pernah lihat tapi dimana? Bersama cermin mata tanpa cermin yang dipakai, dia memberi senyuman yang membuatkan matanya turut tersenyum.
            “Bagi saya yang itulah. Dengan sirap limau”
            Thea mengangguk sebelum berlalu ke kaunter dan memberi pesanan yang diminta. Thea mengambil kain sebelum mengelap meja berhampiran. Dia kemudian berdiri di kaunter menunggu makanan tiba.
            “Kenapa kau tolak tawaran tu?” Sara menyoal, perlahan. Thea mengeluh. “Aku bukanya ada banyak masa lapang, Sara. Kolej waktu pagi. Kerja waktu malam. Gap yang ada pula aku kena ambil Tirah dan jaga dia. Kami takda Cik Ros untuk tumpangkan Tirah. Mama tak mahu tinggalkan Tirah sendirian dirumah”
            “Habistu? Kau ingat MARS ada banyak masa lapang sangat?”
            Thea tidak menjawab. Dia tahu Sara terasa hati denganya ketika ini. “Siap” dia menoleh mengambil pesanan. Thea membawa ke meja lelaki itu.
            “Terima kasih”
            Hanya senyuman diberi sebelum dia kembali ke sisi Sara. “Kau tahu berapa ramai perempuan yang sangat bertumbuk sekalipun untuk berada ditempat kau sekarang?”
            “Aku rela berikan tempat aku tu pada diaorang”
            Sara mendengus. Rasa nak hantuk kepala sendiri di meja. Wujud ke perempuan macam Thea ni zaman sekarang? Kalau tak kerana mereka kenal sewaktu kecil, dia akan kata Thea perempuan gila sekarang ini.
            Suasana yang tiba-tiba kecoh membuatkan mereka menoleh. Kelihatan pelanggan berbisik sesama sendiri. Thea memandang Sara. Pelanggan tadi kelihatan menunjuk kearah lelaki yang memesan makanan padanya tadi.
            “Ada artis datang kedai kita ke?” Sara menyoal, separuh berbisik. Thea hanya menggeleng. Manalah tahu. Tapi rasa macam terkenal juga sebab ramai yang kenal dia.
            “Lelaki tu. Diaorang tunjuk lelaki tu”
            Thea menoleh. Memang lelaki sama yang diambil pesanan tadi. Kelihatan dia masih makan dengan tenang. “Ya Allah. Thea!” lenganya dipegang tiba-tiba. Thea menoleh, sedikit terkejut. “Kenapa?”
            “Itu. Q” Sara hampir menjerit apabila mengetahui identiti lelaki itu. “Q? MARS?” Thea menyoal. Walaupun dia tak kenal sangat ahli kumpulan MARS tapi tahulah nama setiap seorang. Iyalah kalau setiap hari terpaksa tahan telinga dengar Sara bercerita tentang MARS. Dirinya pun dah menghafal tanpa sedar.
            Suasana semakin kecoh. Beberapa pelanggan perempuan ingin bangun dan menghampiri dirinya. Thea melihat lelaki itu pun sudah sedar bahawa penyamaranya sudah diketahui. Dia menghabiskan suapan terakhir sebelum menghirup sirap limau yang masih bersisa.
            Sebaik dirinya bangun, jeritan mulai kedengaran. Thea memandang dengan rasa kaget. Tak syak lagi. Memang dia lelaki yang tampan tu. Dia menghampiri mereka berdua. Sara memengang lengan Thea dengan erat.
            “Sara, sakitlah” sepupunya seolah-olah tidak mampu mendengar kerana terlalu terkejut. Lelaki itu semakin menghampiri dan senyuman diberi semakin lebar. Thea masih kaku. Tiba-tiba kaki terasa tak mampu bergerak.
            “Hai Thea” dia bersuara setelah berdiri dihadapanya. Thea tergamam. Suara jeritan pelanggan perempuan membuatkan badanya menggeletar. Apa kena mamat ni? Nak peminat MARS bunuh aku ke?
            Entah dari mana, dia mengeluarkan jambangan bunga yang sangat cantik. Jeritan semakin kuat. Thea cuba mencari Sara yang tidak kelihatan. Sekarang hanya ada mereka berdua sahaja. Pandangan Q masih dihala kepadanya.
            Pelanggan semakin tak keruan apabila Q tiba-tiba melutut dihadapanya sambil memegang jambangan bunga. Thea merasa seperti darah tidak wujud di mukanya ketika ini.
            “Sudikah awak mengahwini saya?”
            “Ahhhhh” jeritan yang hampir memekakkan telinga membuatkan Thea rasa kakinya tak mampu menampung tubuhnya ketika ini. Thea memandang keliling. Kerlipan kamera membuatkan matanya berpinar-pinar. Dia melihat Q yang masih melutut.
            Ya Allah. Ni memang sengaja taknak bagi aku tolak ke apa? Kalau aku biarkan, aku kena bunuh dengan peminat MARS. Kalau aku terima, aku tetap kena bunuh dengan dia orang. Thea mengetap bibir. Rasa macam nak lenyapkan badan dengan segera sekarang ini. Kalaulah ada ilmu halimunan. Dia akan gunakan ketika nampak Q berjalan kearah mereka lagi.
            “Ya! Ya! Ya!” tiba-tiba dia mendengar fanchant daripada pelanggan yang ada. Thea semakin keliru. Q masih menanti. Jadi, inilah Thea? Watak dingin yang menaikkan darah Reza yang sentias cool. Rasanya dah hampir 5 minit aku melutut ni. Tak teringin nak ambil ke, wahai gadis?
            Thea mengeluh. Tanpa rela dia mengambil bunga tersebut dan tepukan gemuruh kedengaran di segenap ruang kedai. Q bangun semula sambil membersihkan lututnya yang sedikit berhabuk kerana melutut terlalu lama.
            “Jangan lupa saksikan rancangan realiti terbaru MARS tak lama lagi. Teruskan menyokong MARS”
            Thea memandang Sara yang berdiri bersama pekerja yang lain bersama senyuman riang. Dia ingin meminta bantuan namun Sara hanya buat tak nampak. “Er, awak” dia segera menoleh. Q mendekatkan sedikit wajahnya sehingga Thea terpaksa berundur ke belakang. Q tergelak. Comel. Macam mana Reza boleh cakap gadis ni ikut kepala sendiri?
            “Saya kena pergi terlebih dahulu. Kita jumpa lagi nanti. Saya akan berbual lebih lanjut dengan awak. Boleh?”
            Thea hanya mengangguk. Dia sekadar mahu lelaki ini segera pergi tanpa menimbulkan lebih banyak kekecohan di kedai ini. Q mengukir senyuman. Not bad Rez. Comel ‘isteri’ aku ni. Dia berlalu bersama seorang lelaki dan keadaan kembali tenang.
            Sara segera menghampiri Thea yang keras seperti kena kejutan elektrik. Dia tergelak kecil. “Hoi!” dia menyergah, sengaja mahu Thea terkejut. “Kenapa kau? Kena sampuk?”
            Thea menggeleng. Dia memberi jambangan bunga kepada Sara. “Aku kena minum air. Banyak-banyak air. Aku kena ke dapur”
            Sara ketawa lagi. Tak sangka boleh lihat Thea yang gelabah seperti ini. Dia gembira akhirnya Thea menerima juga walaupun Sara tahu Thea terpaksa sebenarnya. Sekarang, dia pula tak sabar untuk menunggu bagaimana perjalanan kisah ‘perkahwinan’ mereka nanti.

*******************************************

            “Thea, kamu dah balik?” suara mama menyapa sebaik pintu rumah dibuka. Thea membuka sneakers yang dibuka sebelum menutup pintu semula. Dia kemudian berlalu ke dapur dan melihat mama dan Tirah tengah makan malam. Senyuman diukir.
            “Makan dah?”
            “Ha ah. Ingat nak tunggu kamu tapi Tirah lapar sangat. Itu yang mama makan dulu. Kamu nak makan?”
            Thea menggeleng. “Thea dah makan di kedai tadi. Mama makanlah”
            Dia melihat lauk hari ini. Ayam goreng dan teluk mata kerbau. Hatinya dihiris pilu. Sekurang-kurangnya masih ada ayam goreng. Makanan kegemaran Tirah.
            “Macam mana sekolah hari ni?” Thea menyoal Tirah yang makan dengan penuh berselera. “Okay je. Tirah dapat ramai kawan. Semua orang suka Tirah. Tirah sukalah sekolah tu, kak”
            Thea tersenyum. Dia lega mendengar Tirah mampu menyesuaikan diri dengan sekolah dan persekitaran yang baru. “Beritahu kakak kamu dapat berapa BM hari ni”
            “Berapa?” dia menyoal Tirah disebelah. “90” dia menjawab dengan sengihan. Thea terkejut. 90? Tingginya. Tapi dia tahu Tirah sememangnya bijak budaknya. “Bagusnya adik akak ni” dia memeluk dan mencium pipi Tirah bertubi-tubi.
            “Akak ni. Habis air liur lekat pipi Tirah”
            Thea ketawa melihat Tirah mengesat pipinya. Mama hanya tersenyum. “Thea nak tukar baju dulu, ma”
            Dia berlalu ke ruang tamu. Langkahnya terhenti melihat sampul surat yang berada diatas meja kopi di ruang tamu. Kaki dihala kearahnya. Dia mengambil surat tersebut sebelum membukanya.
            “Thea!” suara mama perlahan serta-merta sebaik melihat Thea membuka surat tersebut. Dia segera menghampiri sebelum mengambil surat tersebut dengan pantas. “Mama lupa nak simpan tadi”
            Thea menoleh kearah mama. “Kenapa tak beritahu Thea? Mama nak sembunyikan dari Thea ke?” dia menyoal, geram. Mama tidak segera menjawab. Dia memasukkan surat tersebut kedalam sampulnya semula.
            “Mama ingat nak langsaikan minggu ni. Kamu jangan risau. Gaji mama dapat lusa. Mama akan selesaikanya”
            Thea mengeluh. Bukan itu maksudnya. “Ma” dia menarik mama duduk di kusyen. Thea memegang tangan mama dengan rasa bersalah. “Thea juga bekerja, ma. Thea boleh bantu mama. Lagipun, surat lagi satu. Papa minta harta sepencarian untuk rumah tu? Bukan itu atas nama mama ke?”
            “Mama tak sempat tukarkan nama. Iyalah, mana mama tahu papa kamu nak buat perangai macam ni. Sekarang, dia minta harta sepencarian. Itu termasuklah rumah yang kita ada tu. Mama kena naik mahkamah lagi la nampaknya”
            Mama mengeluh, berat. Thea mengetap bibir, geram. Papa. Tak cukup lagi papa seksa mama? Papa nak seksa kami sekali? Hatinya semakin sakit mengenangkan sikap papa yang berubah sejak bertemu wanita itu.
            “Mama nak bahagikan juga ke? Maknanya kita kena jual rumah tu?”
            “Itu je jalanya, sayang. Mama nak habiskan semua ini dan taknak ada kaitan dengan papa lagi. Mama nak hidup tenang bersama kamu dan Tirah je sekarang ni”
            Thea hanya mampu mengeluh. Ambil la, pa. Ambil selagi boleh. Kami tak perlukan semua itu jadi papa buatlah apa papa mahu. Tapi andai suatu hari nanti papa mahu kembali, kami juga sudah tak perlukan papa lagi. 

2 comments:

  1. huh...jahatnye papa thea ni...x berperikemanusiaan langsung....hmmm nampak gayanya Q pon dah mula ske kan Thea 2 tp eme x tau agi ape yang bakal Thea buat nantikan hahahha....kite tengok je la nanti ape jadi....kalo nak wat tajuk I've Got Married pon okies jugak....

    ReplyDelete