Dara membuka almari baju yang berada didalam bilik
dengan pantas. Kotak berwarna merah jambu berbentuk empat segi dikeluarkan dari
tempat yang disimpan. Dara kembali menutup pintu almari sebelum kotak tersebut
diletakkan diatas permaidani hitam miliknya.
Jantung
berdegup kencang. Semua ini adalah barang mama yang dibawa bersama apabila
dirinya ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Dahulu, dia tak pernah
terfikir mahu membuka kotak ini kerana risau dirinya akan menangis mengenangkan
mama yang sudah tiada.
Mom
Sudah
terlalu lama panggilan itu tidak disebut di bibir. Hati masih merasa sebak
sambil tangan membuka penutup kotak tersebut. Semuanya adalah barang milik
mama. Rantai yang ditempah khas dengan nama DARA selaku loket. Kata mama,
rantai ini akan memberinya semangat jika dia keletihan.
Tangan
bergetar sambil dia membelek beberapa lagi barang kepunyaan mama. Cincin
pasangan yang turut ditempah khas untuk mereka berdua. Jam tangan kesayangan
mama. Walaupun beberapa kali sudah kehabisan bateri namun mama masih
memakainya.
Dara
menghela nafas. Dimana? Dimana mama sembunyikan kenyataan sebenarnya? Where is it? Hatinya marah tiba-tiba.
Bertahun dia hidup dengan kehidupan yang tipu semata. Siapa sangka mama sendiri
merahsiakan semuanya? Apa yang cuba mama sembunyikan darinya?
Jantung
seakan berhenti berdegup apabila mata memandang buku dairi yang sentiasa dibawa
mama kemana jua dirinya pergi. Perlahan-lahan dia membuka keluar buku dairi
berwarna putih itu sebelum menyelak helaian pertama. Tiada apa yang ditulis kecuali
jadual dirinya yang sangat padat. Semua itu membuat Dara terkenangkan kehidupan
mereka yang sentiasa sibuk terbang ke satu negara ke satu negara yang lain
akibat jadual mama.
Dara
membuka helaian dengan lebih laju bersama hati yang bagai dihiris-hiris. Tanpa
sedar, sekeping surat meluncur keluar daripada helaian buku tersebut dan jatuh
diatas ribanya. Dara kaget sekejap. Dia tak pernah tahu surat ini wujud.
Buku
dairi diletak ditepi sebelum dia mengambil surat tersebut. Dihadapan surat itu
tertera namanya hasil tulisan tangan mama. Jantung berdegup laju. Bertahun mama
meninggal, baru hari ini surat ini ditemui olehnya.
Bersama
tangan yang menggeletar, surat tersebut dibuka. Dara menghela nafas bersama
mata yang terasa hangat.Tulisan tangan mama membuatkan dirinya semakin merindui
mama.
My dear Dara.
When you found this
letter, maybe I’m not in this world anymore. I’m sorry I've to go first. I hope
you can move on and live your life. I love you, baby. I always do.
Airmata
menitis tanpa mampu diseka. Mama. Kenapa? Kenapa baru sekarang? Hatinya terasa
dihempas berkali-kali ketika ini.
There always a
question from you that I can’t answer right? I’m sorry. It not because I have
to keeping it a secret from you. It just I want to protect you from the hurt
that still hurting me even it happened years ago.
Hatinya
menyoal perlahan. Luka? Luka apa? Kenapa mama taknak ceritakan kepada Dara?
Mama tak percayakan Dara ke?
Terlalu banyak yang
mama rahsiakan pada kamu. Tapi sedarlah semua ini demi kebaikan kamu dan mama
juga. Sudah tiba masanya untuk kamu tahu apa sebenarnya berlaku antara mama,
nenek dan papa sebenar kamu.
I met your father
when I was a freshman in NYC. He help me when I struggling with the language. Mama
jatuh cinta pandang pertama, sayang. He was so sweet. So kind. Mama tak perlu
masa yang lama untuk tahu dia lelaki yang baik untuk mama.
Jadi, betul la apa yang dikata? Papanya masih
hidup?
We’re like match
made in heaven. I was so inlove that we agreed to get married without our
family blessing. For 5 months, we live happily. Your papa was a gentleman to
begin with. He help me with everything even we were busy with our clasess. But
then the storm comes in. He was asked to come back because something happen at
home. I was so sacred that maybe something happen for us to break up. You know,
her dad was so against us. Because of religion and because I was not his choice
for his only son.
Dara
merasa seperti mampu memahami keperitan yang mama lalui. Apabila percintaan
tidak mendapat restu keluarga. Apabila diri merasa insecure kerana terlalu mencintai seorang lelaki. Walaupun dirinya
dan Kez direstui namun apabila Kez hilang ingatan, semuanya seolah-olah
terbalik. Dara mulai ketakutan apabila terkenangkan Kez yang mungkin boleh
jatuh cinta dengan Eva pada bila-bila masa.
He extended his
studies and we lost contact. Mama bagai nak gila, sayang. 1
month after he left, I found that I’m pregnant with you. I was so happy because
you are our child. His child that I love with all my heart. After semester
break, I took couraged to find him. With the help of your papa bestfriend, Max.
Somehow, I reach his home. There that I learned the reality that he has been
hiding from me. He already been married with her family choice even before we
met.
Darling, you don’t
know how much it hurts me. Seeing him with other women and the women is also
pregnant. I feel like a worse women in the world. When we met, he already
married her. It means that I’m the second choice. I am a home-wrecker.
Airmata
mengalir laju dengan rasa kasihan. Dara teresak-esak membaca keperitan yang
mama lalui sebaik mendapat tahu dirinya ditipu. Sampainya hati papa!
He introduced her
as his wife while me just as his college friend. Its hurt, baby and it still
hurt. I love him with all my heart but he choosed her not me. I know he can’t
do anything. His future is with her. So I took the lead. I let him go even my
heart died. I hate him will all my guts. I want him to suffer. And I’m sorry. I’m
using you to make him regret what he have done to me.
Dara
kehairanan. Aku? Mama gunakan aku untuk balas dendam kepada papa?
Mama pisahkan kamu
dengan papa kamu. Walaupun dia cuba bertemu kamu, mama menghalang. Malah
sehingga ke tahap mendapatkan perintah mahkamah. Mama mahu papa kamu merasai
apa yang mama rasai. Mama hampir gila kerana kehilangan dia dan terpaksa
membesarkan kamu, sayang. Mama minta maaf kerana memisahkan kamu dengan papa kandung
kamu dan mengatakan bahawa dia sudah meninggal dunia. Mama cuba lindungi kamu
tapi sebenarnya mama mahu lindungi diri mama sendiri.
Mama putuskan
hubungan dengan semua orang termasuk keluarga mama sendiri. Mama lukakan hati
nenek sewaktu mengahwini papa kamu dahulu dan mama lukakan hatinya lagi dengan
tidak membawa kamu pulang walau sekali pun. Sejujurnya, mama malu. Mama malu
kerana melukai nenek. Mama tak mahu nenek menanggung derita kerana punya anak
macam mama. I shut my own family for my own revenge. I hurt them so much. Mama
berharap sangat suatu hari nanti mama mampu meminta maaf kepada nenek kerana
semua yang berlaku. Bukan niat mama mahu memisahkan kamu dengan nenek, sayang.
Mama pentingkan diri mama dan melukai kamu. Mama minta maaf.
Dara menghela nafas. Airmata masih mengalir namun
tidak selaju tadi. Hatinya terasa berat dengan pengakuan dari mama. Dia tak
tahu apa yang dirasakan sekarang.
Baby,
Its my fault for
all your pain. It is because of my own selfish revenge but I drag you with me.
But trust me. It because I love you so much. You are my everything. My life. My
love. Only you that I have in my life. Mama boleh lepaskan semua orang kecuali
kamu. I have nothing to say if you hate me after this. I deserved it. I really
hope that you will fulfill my duty as a granddaughter for nenek. Mama berharap
kamu mampu menerima nenek yang langsung tak bersalah didalam hal ini. Semuanya
adalah salah mama, sayang. Janganlah kamu benci nenek kamu. She loves you very
much.
I love you,
darling. I love you, baby. Kuatkan semangat dan terus pandang ke hadapan.
Berhentilah merindui mama kamu yang tidak berguna ini. Mama mahu kamu bahagia
bersama keluarga, sayang. Jangan jadi seperti mama. Seumur hidup mama hidup
dengan kerinduan dan kenangan orang-orang yang mama sendiri buang dari hidup
mama. Choose your own part and find your own happiness. Thats my payer to Allah.
Mama mahu kamu bahagia.
“Dara”
pintu bilik dibuka dengan rasa cemas. Kaget sekejap Kez melihat Dara menangis
hampir bengkak mata. Kelihatan dia sedang memegang kertas yang tak pernah
dilihat sebelum ini. Segera Kez menghampiri sebelum melutut dihadapan Dara.
“Kenapa
ni? Kenapa menangis ni?” dia mengesat airmata yang masih mengalir di pipi. Dia
risau lihat Dara seperti ini. Sejak akhir-akhir ini, emosi Dara sedikit kurang
stabil.
“Abang”
dia kembali menangis. “Abang” dia memanggil sebak. Kasihanya mama Dara, abang.
Kasihanya sangat pada mama. “Abang dekat sini sayang. Shhh. Jangan menangis”
pipi Dara diusap lembut. Dia kemudian menarik Dara dan memeluknya, erat.
“Shhh.
Jangan menangis. Abang disini. Jangan menangis”
Airmata
masih mengalir. Dia memeluk Kez dengan erat bersama hati yang terluka. Kenapa?
Kenapa mama mesti lalui semua ini? Kenapa mama pendam semuanya sendiri? Hatinya
merintih mengenangkan keperitan yang mama lalui tanpa sesiapa disisi.
Kenapa
semuanya berantakan seperti ini? Dirinya membenci orang yang tidak sepatutnya.
Melukai hati nenek sepertimana mana mama lakukanya. Membenci nenek kerana
menyangka nenek tidak menyayanginya sedangkan mama yang melakukan semua itu.
Kalaulah masa boleh diputar semula. Kalaulah dia tahu semuanya lebih awal.
Airmata semakin laju. Beratnya rasa hati ketika ini. Bagai dihiris satu per
satu. Mom. Why you do this to me? To your
own daughter?
**********************************************************************************
Sejam
kemudian, Kez sudah membawa Dara ke ruang tamu. Dara masih teresak-esak namun
kelihatan lebih tenang berbanding tadi. Terkejut dirinya apabila pulang ke
rumah dan mendengar Dara menangis. Disangkanya berlaku sesuatu yang buruk tapi
syukurlah Dara tak apa-apa.
Kertas
yang diambil dari cengkaman Dara tadi dibelek kali ke dua. Dia sudah membaca
dan memahami semuanya. Patutlah Dara menangis teresak-esak. Kez faham perasaan
Dara. Pasti dia merasa ditipu sekarang ini.
Selama ini Dara hidup dengan kenyataan papanya meninggal dan mamanya
adalah mangsa. Namun apabila kebenaran sudah terbongkar, pastinya dia dalam
keadaan keliru dan terluka.
“Sayang”
Kez
duduk disebelah Dara. Airmata masih mengalir walaupun esakan sudah tiada.
Keadaan Dara yang seperti orang binggung merisaukan dirinya. Kata doktor, Dara
harus menjaga emosi dan kesihatanya memandangnya sekarang adalah peringkat
paling kritikal untuk kandunganya.
Tubuh
Dara dibawa menghadap. Perlahan dia mengesat airmata yang terkesan di pipi.
Sungguh dia cinta. Hanya wanita ini sahaja yang menjadi pemilik hatinya. Namun
terlalu banyak yang wanita ini lalui sehingga kadangkala Kez sendiri berasa
kagum. Tubuh kecil yang dimiliki bukanlah satu kelemahan. Dara punya jiwa yang
sangat tabah.
“Talk to me. Say something. You have to let
it out. Then only you will feel better” perlahan dia memujuk. Dia tak mahu
menggunakan kekerasan sedangkan Dara sendiri berperang dengan perasaan sendiri.
Dara memandang Kez. Pandangan kosong. Dia tak mampu meluahkan apa-apa. Dirinya
terlalu terkejut ketika ini.
“Do you hate her?” Kez menyoal,
berhati-hati. Jika Dara tak meluahkan, dia harus membantu. Kadangkala sukar
untuk seseorang itu meluahkan perasaanya kerana terlalu terkejut. Jadi, Kez
mahu membantu Dara. Mungkin kerana Dara sudah terbiasa memendamkan semuanya dan
menghadapi sendiri. Kez tak mahu itu terjadi. Kez mahu Dara sedar dirinya
sentiasa disampingnya dikala gembira mahupun sedih.
“I can never hate her. She is my mom. She
loved me more than anything in this world. I AM his world, actually. It just
that I feel betrayed. If she loved me, mama will never do this. Mama will never
lied. You don’t know how hard my life is when she gone. You don’t know how much
it hurt realizing the fact that you don’t have anyone to turn to when life is
too difficult to handle”
Airmata
mengalir lagi. Meraka takkan tahu. Penatnya menjadi tabah. Penatnya mencemburui
kebahagiaan kawan baiknya sendiri. Bukan kerana apa tapi kerana keluarga Jas
adalah keluarga yang paling sempurna pernah Dara lihat.
“Why? Why did this happen to me? Why did she
lied for years? Why she hurt me like this? I lived with the fact that my father
is died. You know how much I envied my friends back then when Father’s Day
comes? How I wish I also have a father to give a present too?”
Dia menyeka kasar. Keperitan yang sesiapapun takkan
mampu memahami. Malahan mama juga. Walaupun kasih-sayang mama sangat besar
namun hatinya tetap terasa kosong kerana mama takkan mampu menggantikan tempat
papa.
“When you celebrating eid without your
family. When you doing something fun but can’t share it with you family. It
hurts, abang. It hurts so much. Do you know how envied I am when seeing your
family?”
Kez terkejut. Dara cemburukan keluarga? Dia tak
pernah tahu. Mungkin selama ini Dara pandai menipu perasaanya dihadapan semua
orang. Dara. Hatinya merintih hiba. Betapa berat beban yang isterinya tanggung.
Dia rasa semakin ingin melindungi isterinya ini.
“You guys are so perfect. Ma and pa make me
realize how sad my life is. Its not because I’m not thankfull enough with what
I have but why can I have family like everyone else? Like you and Jas? Seeing
how ma pa treat you and Jas. Honestly, I am jealous. I want my family like you.
Mother and father living in one roof with their children. How worried ma is
when you coming wet on your birthday. How pa treat me like he treat Jas. I only
feel mama’s warmth. I don’t have any memories about my father”
“Dara”
dia menarik Dara kedalam pelukan. Ubun-ubun Dara dikucup lembut. Menangislah,
sayang. Lepaskan semua bebanan yang awak rasa. Biarlah semua itu menjadi
sejarah kerana saya akan merawat luka-luka itu.
“I love you. We love you. My family is your
family too. You shouldn’t be envied with us. Jas banyak berubah sejak
berkawan dengan awak. Maybe you don’t
know but Jas looked up for you actually. You are her model. Jas love you like
her own sister. If not, she will not came and defend you infront of me, her own
blood brother. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Abang yakin Tuhan
Maha Adil. Dia ambil arwah mama namun berikan keluarga abang pada kamu.
Sekarang dia temukan awak dengan papa awak. Awak harus bersyukur kerana diberi
peluang itu”
“Jangan
pernah merasa rendah diri. Banyak perkara yang sangat bertuah berlaku didalam
hidup awak. Jangan pernah mencemburui orang lain. Nobody perfect, sayang. Everyone have their own unperfection”
Kez merenggangkan pelukan. Dia melihat wajah Dara
yang sedikit bengkak di mata. Perlahan dia mengucup kedua-dua kelopak mata
Dara. Kemudian hidung dan pipi. Dara membuka mata. Jantungnya berdebar hebat.
Kez memberi senyuman mencairkan hati.
“Kekurangan
itu kadangkala pemberi semangat untuk kita teruskan hidup. Tak kira apa yang
diberi oleh Allah, kita seharusnya bersyukur. Abang pasti berbanding rasa kecewa,
pasti rasa gembira hidup dengan mama lebih banyak ‘kan?”
Dara
memandangnya sebelum mengangguk. Kez mengukir senyuman. “See? Pegang sahaja perkara yang gembira itu dan lupakan kesedihan
yang pernah awak rasa dahulu. Abang yakin mama lakukan semua ini demi awak.
Walaupun sebenarnya ianya sekadar menambah luka dihatinya sendiri. Abang nak
awak teruskan hidup tanpa rasa sesal dengan apa yang terjadi. Semua itu sudah
jadi kenangan. Maafkan semua orang. Lupakan persengketaan yang berlaku. Dengan
itu awak akan hidup dengan lebih gembira”
Memang
ada benarnya. Dara berlajar lama dahulu. Hidup dengan kebencian sememangnya
tidak pernah menggembirakan. Dia hidup dalam penuh kesunyian tanpa keluarga
mahupun saudara-mara. Dara tak mahu lalui semua itu sekali lagi.
“Ma,
pa. Jas. Abang. Kami bersyukur kerana awak hadir didalam hidup kami. Awak tak
seharusnya mencemburui kami. Awak juga punya kehidupan yang sempurna jika awak
tak melihat kekurangan yang awak ada”
Dara
mengangguk perlahan. Ya. Tuhan mungkin tak memberinya keluarga sempurna namun
tuhan menggantikanya dengan keluarga mertua yang menyayangi dirinya sepenuh
hati mereka. Jas yang menganggap dirinya lebih dari seorang kakak ipar. Ma dan
pa yang menganggapnya seperti anak sendiri. Dirinya seharusnya bersyukur dengan
semua itu.
And Allah give me you. Someone that love me unconditionally. A person who stayed by my side come storm
or hurricane. A husband to love and cherish me. Allah gives me you, Khairul Muslim. Semuanya sudah cukup untuk
disyukuri berbanding rasa cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
**********************************************************************************
“Nek”
Dia
memeluk erat nenek yang menyambut mereka di muka pintu. “Kamu apa khabar,
sayang? Sihat? Macam mana cucu nenek?”
Nenek
mengusap perutnya dengan lembut. Dara hanya tersenyum. Dia kemudian melihat Kez
menyalam nenek. “Nenek sihat?”
“Alhamdulillah.
Kamu nampak berisi sikit. Cukup makan?”
Kez
hanya tersenyum. Dia mengerling kearah Dara. “Isteri duduk rumah, nek. Kalau
tak sibuk dengan butik. Kasihan Kez ‘kan?”
“Abang!”
Dia
menampar lembut lengan suaminya. Kez hanya tergelak. “Kez bawa barang naik
bilik dulu, nek”
“Bawaklah.
Nenek dah suruh maid siapkan bilik
kamu” Kez berlalu masuk terlebih dahulu. Nenek membawa Dara ke ruang tamu
sebelum mengarahkan maid untuk
menghidangkan air.
“Nenek
sebenarnya ada kejutan untuk kamu”
Wajah
Dara berubah. Sejak bila nenek pandai buat kejutan ni? Senyuman terukir melihat
wajah nenek yang teruja. “Kejutan? Nenek nak hadiah rumah ke?” dia menyakat,
nakal. Nenek ketawa. “Rumah ni memang hak kamu pun”
Dara
hanya tersenyum. Bukan itu ukuran kasih-sayangnya. Cukuplah sekadar nenek sihat
dan sempat melihat cucunya nanti. “Sekejap nenek panggil dia”
Nenek
berlalu ke bilik bawah. Dara semakin hairan. Siapa pula yang nenek bawa balik?
Tak lama kemudian, pintu bilik dibuka. Dara tergamam melihat wanita itu berdiri
disebelah nenek dengan senyuman yang lebar. Tanpa sedar, airmatanya menitis.
Dara bingkas bangun.
“Jude!”
Wanita
itu berlari kearahnya dan mereka berpelukan. Tawa menghiasi segenap ruang tamu.
Nenek yang memerhati juga tersenyum, gembira. Dia tahu ini kejutan yang paling
diimpikan oleh Dara.
“Oh god. I miss you so much” pelukan
dierat lagi. Terasa bagai bermimpi. Dara turut mengangguk. Ini kejutan yang
paling bermakna di hari yang bersejarah ini. Airmata tumpah dengan laju. Terima
kasih, nenek.
“Let me see. Hmmm” pelukan direnggang dan
dia memerhati dirinya atas bawah. “Kenapa you?”
“A mommy to be. You gained weight huh?”
Dara
menjuling mata. “Of course. I need to
gain weight for my baby” Jude tersenyum. Wajah Dara sudah memaparkan
kegembiraan dan kebahagiaan yang dialami. Terasa seperti baru semalam mereka
pulang menghadiri majlis pengebumian D.
“Thanks Jude. For coming back. I miss you. So
much”
Jude
menguntum senyum. Dara sudah banyak berubah. Kelihatan lebih matang dengan
perut yang sudah menampakkan bentuk. Dia tumpang gembira. You deserve it, babe. Selepas apa yang you lalui sejak zaman
remaja. I’m happy for you.
“Ehem!”
suara lelaki yang berdehem membuatkan mereka tersedar. Dara melihat Kez berdiri
disebelah nenek sambil memeluk tubuh. Dia menggeleng dengan rasa kagum.
“Seronoknya sampai tak sedar orang sekeliling”
Mereka
berpandangan sebelum sama-sama ketawa. Kez menggeleng lagi. Kemudian dia
tersenyum. Dia tahu Judy sentiasa punya tempat yang istimewa di hati Dara.
“Mari duduk. Tak boleh banyak berdiri you ni”
Sofa
yang berhampiran diduduki. Dara masih mengenggam tangan Judy dengan erat.
Terlalu lama mereka berpisah. Sungguh dia sangat merindui wanita ini. “Kez
pergi lihat khemah di luar dulu ye” dia meminta diri apabila melihat dirinya
sudah tidak diperlukan. Dia mahu memberi peluang kepada 2 wanita ini untuk
berbual.
“Nenek
ke dapur sekejap. Kamu berbual lah”
Dara
kembali memandang Judy setelah kelibat nenek hilang. Dia tersenyum-senyum. “Don’t give me that sly smile, you naughty
mommy. I heard you pass out. What happend? You didn’t know that you’re
pregnant?”
Sengihan bersalah yang mampu diberi. Judy
menggeleng. Dara, Dara. Tak
pernah mahu menjaga diri sendiri. “I
overworked actually. And true. I didn’t know that I’m pregnant. All the stress
comes out from my boutique. But no worries. I’ve decided to hold the work for
awhile. I promise Kez”
Judy
mengangguk. Nasib baiklah Dara dengar cakap Kez. Bukanya dia tak tahu betapa
keras kepalanya bakal ibu ini. Kalau tak, mereka takkan hampir pulang ke New
York tanpa mengetahui kisah sebenar. “So,
tell me” Judy memandangnya, serius.
“Are you happy?”
Dara
mengukir senyuman. Kemudian mengangguk penuh yakin. “I am very happy” dia menjawab ringkas. Judy sudah cukup berpuas
hati. Wajah Dara sudah menggambarkan semuanya. Tapi masih ada satu perkara yang
perlu ditanya.
“I’ve heard about your father. D never said
anything. How did you know?”
Dara
diam sekejap. Setiap kali mengenangkan perkara itu, hatinya sentiasa rasa
ralat. Mengenangkan mama yang menggunakan dirinya untuk menyakiti papa. Dara
merasa terluka walaupun sedikit. Tapi semua itu bukan salah mama sepenuhnya.
Semua ini berlaku kerana takdir.
“I found a letter from her” Judy
terkejut. “OMG. Where? I never know about
it. Even from Carl”
“Accidently actually. I was going through all
her stuff. I found it in her diary”
Judy
mengenggam tangan Dara. Pasti perkara ini sukar untuk Dara. “There is so much happened between them. I
dijadikan mangsa untuk mama membalas dendam. She wants to hurt him through me. Mama nak papa merasa kesakitan
dan keperitan yang dia rasai kerana tidak memilih mama dan menduakan dia”
Ya
Allah. Judy menekup mulut dengan rasa tidak percaya. D lakukan semua itu?
Melihat wajah mendung Dara, dia tahu Dara pasti terluka. Keluhan berat
diluahkan. “Truth is, I’m really hurt. Mama
buat I percaya papa dah meninggal. Dia buat I hidup dengan hanya bergantung
kepada dia. I even hate my own
grandmother and blame her for everything. Sedangkan semua itu pilihan mama
sendiri kerana mahu membalas dendam”
“Dara”
rasa kasihan semakin menggunung. Kenapa harus Dara yang terluka? Kenapa harus
dirinya yang menjadi mangsa? Kejamnya D. Judy hanya mampu menggeleng. Semoga
Dara sentiasa tabah dengan semua dugaan ini.
“But she had her own pain too. I can’t never
imagine the pain that she was going through at that time. Melihat suami
sendiri menduakan dirinya dan tak memilih dia. I tahu keperitan itu. Tapi
kalaulah I tahu apa yang berlaku lebih awal, I akan cuba pujuk mama untuk
lupakan semua dan pulang ke pangkuan nenek. Sayangnya.....semua dah terlewat. I
harap I mampu tebus kesalahan mama sekarang”
Judy
mengangguk. Dia memeluk bahu Dara. Judy sentiasa bersyukur dengan sikap tabah
yang Dara miliki. Walaupun banyak kali diuji, dia masih teguh berdiri tanpa
goyah. Dara yang manja dan suka ikut kepala sendiri sudah berubah menjadi
matang dan mendahulukan orang lain.
“Everything happened for a reason, babe. Bukan
hak you untuk menghukum sesiapa. Cukuplah dengan apa yang D lalui. I tahu dia
tak gembira dengan keputusan yang dia ambil. Tapi dia juga sudah tak boleh
berpatah balik. I hanya mampu berharap you teruskan hidup you. Jaga family you. Kerana itu sahaja harta yang
akan kekal bersama you ketika susah mahupun senang”
Dara
mengangguk. Dia juga sudah lama membuat keputusan untuk meneruskan hidup. Kez
adalah sebab yang kukuh untuk dirinya sentiasa mensyukuri segala nikmat yang
diberi oleh Allah.
“Thanks Jude. You always there when needed. You
sangat istimewa dihati I. Mungkin sama tarafnya dengan mama”
“Ohhhhh”
Judy buat muka terharu. Dara tergelak. Perangai gila-gila Judy masih tak
berubah walaupun sudah berganjak usia. “You
are my everything, baby. You je yang I ada didunia ni”
Kata-kata
Judy membuatkan dia terkenangkan mama. Dara menghela nafas. Mama. Jangan risau.
Dara tak salahkan mama atas apa yang berlaku. Minta maaf kerana tak mampu
mengurangkan kesedihan dan keperitan mama. Dara mahu mama tenang disana kerana
Dara sangat bahagia disini. Disamping semua orang yang Dara cintai dan
mencintai Dara. Thanks for raising me to
be a wonderful person like you. I love you so much. I’ll always do.

huuuhhhhhhh....lamanya tunggu....akhirnya dara dapat terima hakikat 2 walaupun sakit la...kez pon dah baek je layan dara bagus3...x sabar nak tau cam ne riaksi 1st dara ngan daddy dia jumpa...mesti toucin hihihi.....
ReplyDeleteWAH SEDIHNYA X TERTAHAN SAYA
ReplyDelete.