Kau
cemburu Jas?
Dia
mengangguk. Siapa tak cemburu? Bukan sebab lain tapi dia juga inginkan
kebahagiaan seperti itu dengan pasanganya sendiri.
Jadi,
cubalah cari dari sekarang.
Bukan
senang. Jas kenal ramai lelaki sepanjang dia bekerja dan berjumpa klien. Tapi
tak ada satu pun yang boleh dibuat suami. Melihat Dara yang bertahan dengan
segalanya demi abang, Jas akui dia sangat kagum. Sejak sekolah, dia sentiasa
mengagumi hidup Dara. Bukan sebab kemewahan yang gadis itu miliki. Tapi sikap
tabah dan begitu kuat menghadapi segala rintangan yang datang.
Ketukan
di meja buat dirinya tersedar. Jas mengangkat muka dan melihat Arieff memberi
senyuman sebelum menarik kerusi lantas duduk dihadapanya.
“Jauh
menung?”
Kaget
dia sekejap. “Bertuah punya kawan. Berkurun kita grad, baru hari ni kau meseg aku cakap nak jumpa? Apahal tak tunggu
waktu kau nak kahwin je nanti?”
Arieff
tersenyum. Rasa bersalah pula namun dia buat semua ini kerana terpaksa. Hati
yang kecewa, harus dirawat terlebih dahulu. Berbulan masa yang diambil untuk
dirinya benar-benar pulih. Namun luka yang ada masih berparut.
“Aku
sibuk la, Jas. Tak sempat nak contact sesiapapun.
Sekarang baru ada masa”
Jas
mencebik. Iyalah sangat tu. Sibuk apanya? Bukanya Perdana Menteri Malaysia.
Duduk Penang je pun.
“Hah,
ada apa kau call aku tiba-tiba ni?
Nak bagi kad kahwin ke?”
Arieff
menggeleng. Dia sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Takut juga kalau Jas
terkejut. Tapi rahsia besar ini tidak harus disimpan lebih lama.
“Aku
sebenarnya nak cari Dara. Tapi sebab kami dah lost contact, kau je harapan aku sekarang ni”
Jas
kerut dahi. Arieff cari Dara? Kenapa? Takkanlah nak menyambung semula hubungan
cinta yang tak kesampaian? Dara baru je selesai dengan Eva.
“Kenapa?”
dia menyoal, ringkas. Arieff menghela nafas. Dia kemudian menghulur gambar Dara
kearah Jas. Gadis itu melihat sebelum mengerut dahi.
“Kau
dah gila ke, Rieff? Dara dah kahwin tahu? Kau masih tak boleh lupakan dia ke?
Macam mana kau ada gambar waktu sekolah dia? Kau stalk dia?”
Arieff
tergamam mendengar soalan Jas yang bertubi-tubi. Jas menghela nafas turun-naik.
Sungguh dia tak sangka. Nasib baik mereka di tempat umum.
“Dara
baru je nak berbaik dengan abang. Kenapa kau tiba-tiba datang hah?” dia
menyoal, lemah. Rasa kasihan pada Dara semakin dalam. Tak boleh ke kawan aku tu
hidup bahagia tanpa gangguan? Tak cukup ke dengan apa yang dia lalui sebelum
ni?
“Abang?”
kali ini, Arieff pula tak faham. “Dara kahwin dengan abang aku. Kau tak tahu
ke?”
Arieff
diam. Kez abang Jas? Patutlah Jas dan Dara sangat rapat. Dia menghela nafas.
Betapa anehnya jodoh Dara. Tapi sekarang dia sudah tidak punya apa-apa perasaan
lagi. Arieff sudah teruskan hidup tanpa nama Dara lagi.
“Aku
cari Dara sebab hal lain, Jas. Aku akan berkahwin tak lama lagi. Perasaan aku
pada Dara hanyalah sementara sahaja. Bila aku jumpa Nur, baru aku sedar. Aku
bukanya suka sangat pada Dara pun”
Jas
terdiam. Jadi, Arieff kembali bukan untuk jadi penganggu. “Habistu? Macam mana
kau boleh ada gambar Dara waktu sekolah?”
“Gambar
tu aku jumpa dekat bilik bacaan papa aku” dia membuka bicara. Jas semakin
pelik. Macam mana papa Arieff boleh kenal Dara?
“Aku
tak faham la. Apa kau cakap ni?”
Arieff
menghela nafas. Dia tahu Jas harus difahamkan terlebih dahulu sebelum dia mahu
meminta pertolongan dari gadis ini. Lagipun, hanya Jas yang rapat dengan Dara.
“Aku
sendiri baru tahu beberapa minggu yang lepas. Sebenarnya, aku dengan Dara
adik-beradik. Papa aku pernah berkahwin dengan arwah mama Dara dahulu”
Jas
tergamam. Dia langsung tak menduga semua ini. Terasa macam berada didalam drama
melayu tv3 pukul 9 malam. Biar benar? Dalam banyak-banyak manusia didunia ini,
Dara boleh jadi adik Arieff yang dahulu pernah jatuh cinta denganya?
“Apa
kau merepek ni? Papa Dara meninggal waktu dia kecil lagi. Dara sendiri
beritahu”
Arieff
mengangguk. Dia sendiri rasa tak percaya. Tapi papa tak punya sebab untuk
menipu. Lagipun, papa tak kenal Dara. Papa juga tak pernah tahu dirinya pernah
mengenali Dara.
“Mulanya,
aku sendiri tak percaya. Tapi papa aku ada bukti yang kukuh. Dara cakap dia
sendiri tak ingat wajah papa dia sebab dia terlalu muda waktu itu ‘kan?”
Jas
tak mengangguk. Otaknya dah berpusing-pusing sekarang. Semuanya rasa macam
mimpi. “Papa aku pernah berkahwin dengan Diana Najwa ataupun lebih dikenali
dengan nama D Najwa waktu mereka sama-sama berlajar di New York. Mereka
berkahwin tanpa restu keluarga”
Jas
mendengar penuh teliti. Dara tak pernah cerita kisah arwah mamanya dan Jas
tidak bertanya takut Dara akan lebih terluka. Benarkan papa Dara masih hidup?
Dara akan gembira ke kalau dia tahu? Bertahun lamanya Dara hidup dengan
kenyataan papanya sudah meninggal dan dirinya yatim piatu. Macam mana reaksi
Dara kalau dapat tahu nanti?
“Ketika
dia berkahwin dengan D, papa aku sebenarnya dah berkahwin dengan arwah mama
aku. Dia kemudian terpaksa pulang dan dapat tahu mama aku dah mengandungkan
aku. Papa tinggalkan semuanya dan pulang menjaga mama aku demi keluarga dia dan
keluarga mertua dia”
Okay,
sekarang dia benar-benar pening. Apa yang Jas faham, papa Arieff berkahwin
dahulu dengan mama Arieff sebelum berkahwin lagi dengan mama Dara sewaktu dia
berlajar. Kenapa rumit sangat cerita mereka ni?
“Beberapa
bulan lepas tu, mama Dara dapat tahu. Dia confront
dengan papa aku depan rumah keluarga dia. Bila mama Dara dapat tahu, dia
terus tinggalkan papa aku tanpa cakap apa-apa. Beberapa bulan lepas tu, papa
dapat surat cerai je. Waktu itu, papa aku taktahu mama Dara tengah
mengandungkan Dara”
Tekak
terasa kering. Sehingga sekarang dia sendiri merasa perkara ini sukar untuk
dipercayai. Arieff sendiri taktahu bagaimana reaksi Dara. Tapi pastinya takkan
baik. Dia tahu kisah hidup Dara. Dia tahu kepayahan yang Dara lalui kerana tak
punya ibubapa. Arieff tak salahkan Dara jika dia tidak mampu menerima semua ini
dengan baik.
“Aku….taktahu
nak cakap apa” Jas menggeleng sendiri. Dia sendiri terkejut. Bagaimana pula
dengan Dara? “Kau benar-benar yakin, Rieff?”
Arieff
mengangguk, yakin. Dia punya bukti kukuh. Dara dibintikan dengan Abdullah
kerana itu nama islam papa. Atas dasar seorang anak, Arieff mahu papa
dipertemukan dengan Dara. Dia tahu papa sentiasa merindui Dara. Walaupun tak
ditunjukkan secara terang-terangan.
“Sekarang
aku nak minta tolong kau untuk pertemukan papa aku dengan Dara. Kau boleh bantu
aku ‘kan?”
Jas
tergamam. “Hah?”
“Kau
je harapan aku sekarang, Jas”
Sekarang
dia rasa serba-salah. Jas sendiri tak pasti bagaimana penerimaan Dara mengenai
berita ini. Jas risau kalau Dara tak mampu menerimanya. Terlalu banyak yang
Dara lalui. Jas takut kalau perkara ini membuatkan Dara jatuh dan tak mampu
bangun lagi.
*****************************************************************
Bunyi
loceng rumah yang bertalu-talu membuat dia berlari dari dalam bilik menuju ke
ruang tamu. “Sekejap!”
Pintu
rumah dibuka. Kaget sekejap dia melihat perempuan yang berdiri di muka pintu
sambil rambut menutupi sebahagian daripada wajahnya. “Na” perempuan itu
bersuara. Terkebil-kebila Nana memandang.
“Na”
suara itu kedengaran sedikit sebak. Nana kerut dahi. “Eva?”
Perempuan
itu mengangguk. Ya Allah. “Masuk dulu. Apa dah jadi dengan kau?” segera tangan
Eva ditarik masuk dan dia menutup pintu semula. Setahunya, sebelum pergi kerja
tadi pakaian Eva elok je.
Dia
memandang Eva yang duduk disofa dengan tangan yang menggeletar. Nana semakin
hairan. Apa yang berlaku? Kenapa Eva seteruk ini? Perlahan Nana menghampiri.
Kasihan lihat Eva seperti ini. Rasa ingin menangis melihat Eva yang seperti
orang ketakutan sekarang ini.
“Eva
Liana!” dia memanggil apabila Eva seperti berada didunia sendiri. Eva menoleh.
Nana menggeleng. Perlahan dia menyelak rambut yang menutupi wajah temanya itu.
Sekali lagi Nana terkejut.
“Ya
allah. Apa dah jadi dengan kau? Siapa yang buat kau sampai macam ni?”
Dengan
wajah yang merah kesan tapak tangan. Tepi bibir yang pecah dan berdarah. Make-up yang sudah sememeh. Siapa yang
melakukan semua ini tanpa belas?
“Siapa
buat kau, Eva? Cakap! Lelaki ke? Kez ke?”
Eva
menggeleng. Airmata menitis. Sungguh dia tak pernah merasa malu seperti
sekarang ini. Seumur hidup, tak pernah dirinya dilayan seperti ini.
“Na”
dia menoleh. Nana menjadi sebak melihat airmata Eva merambu keluar. Segera dia
menarik Eva ke dalam pelukan. Eva menangis teresak-esak.
“Aku
malu sangat, Na. Tak pernah aku dimalukan macam ni. Aku malu sangat”
Airmata
Nana turut menitis walaupun dia masih tak faham apa yang Eva cakapkan. “Apa
salah aku, Na? Aku hanya jatuh cinta. Aku cuma nak pertahankan cinta aku. Salah
aku ke?”
Nana
diam. Perlahan dia merenggangkan pelukan dan mata mereka bertentang. Nana
mengesat airmata Eva yang mengalir sebelum menghela nafas. “Cerita dekat aku,
Eva. Apa yang berlaku? Kau bergaduh ke?”
Eva
mengangguk. “Aku….jumpa Dara…tadi” Nana nyata terkejut. Eva jumpa Dara?
Seberani itu? Tanpa sedar dia menggeleng. “Aku tak sangka, Na. Dara….dia….aku…”
Nana
menggeleng. Rasa kasihan bercampur-baur sekarang ini. Dia faham semuanya. Tapi
Nana tak yakin jika dia mampu menyebelahi Eva ketika ini. Semua ini berlaku
kerana sikap pentingkan diri Eva juga.
“Dia
yang buat kau macam ni ke?”
Eva
mengangguk lagi. Nana mengeluh. Dia sendiri tak pasti apa yang harus dikatakan.
Salah Dara kerana hilang sabar namun kalau dilihat sebenarnya Dara juga banyak
bersabar dengan sikap Eva sebelum ini.
“Aku
dah cakap pada kau dulu ‘kan? Jangan bermain dengan api. Walaupun Kez tak ingat
Dara tapi Dara tu isteri dia. Kez boleh tinggal kau macam barang buruk. Tapi
Dara, walaupun dia benci, walaupun dia tak ingat, Dara tu menantu. Dia ada hak”
Nana
menggeleng. Dia kasihan melihat Eva yang terus menjadi hamba cinta kerana
merasakan dirinya hanya boleh mencintai Kez. Bukan lelaki lain. “Beritahu aku,
Eva. Sekarang, apa yang kau dapat? Kau seronok diperlakukan macam ni? Kau
seronok maruah kau dipijak-pijak macam ni?”
Eva
diam tanpa jawapan. “Eva!” bahu teman dipegang lembut. Sebagai rakan, dia
sentiasa mahu Eva bahagia tapi bukan dengan cara seperti ini. Ramai lagi lelaki
diluar sana untuk Eva. Bukan Kez seorang sahaja.
“Lepaskan
dia. Biar Kez pulang ke pangkuan Dara. Kau teruskan hidup kau. Cukuplah dengan apa
yang kau lalui. Mereka dah berkahwin. Apa sebenarnya yang kau mahukan?”
Airmata
diseka hiba. Kerana cinta, dia jadi seperti ini. Kerana cinta, dia biar dirinya
dihina. Kerana cinta, dia tak kisah meruntuhkan rumahtangga kaum sejenisnya sendiri. Semuanya kerana dia mencintai Kez. Hanya Kez. “Kau tahu sejak sekolah,
aku hanya cintakan dia. Kez lain, Na. Dia berbeza dari lelaki-lelaki yang aku
jumpa. Hati aku ni, jatuh cinta hanya pada dia. Hati aku berdebar hanya bila
berdepan dengan dia”
“Tapi
dia berbaloi ke dengan apa yang kau lalui sekarang? Kau dalam keadaan macam ni,
ada dia tanya apa-apa? Ada dia pedulikan kau? Kau je yang cintakan dia setengah
mati, Eva. Kez hanya hilang ingatan. Jika ingatan dia kembali pulih, kau takkan
diberi peluang langsung. Kau sendiri cakap, Kez hanya pandang Dara. Kez hanya
nampak Dara. Kenapa kau nak seksa diri kau sendiri?”
Airmata
menitis lagi. Eva menghela nafas. Sakit sangat. Sama seperti waktu Kez menolak
cintanya mentah-mentah dahulu. Sama seperti waktu dia dapat tahu Kez sudah
bertunang dengan Dara. Sama seperti waktu dia melihat mereka berdua di annual dinner syarikat.
“Kenapa?
Kenapa aku boleh cintakan dia sampai macam ni? Kenapa aku tak boleh lepaskan
dia? Kenapa, Na?”
Nana
menahan rasa. Dia sangat kasihan melihat Eva sekarang ini. Eva yang dahulu
sangat berkeyakinan. Eva yang dahulu tidak akan membenarkan sesiapa memijaknya
sesuka hati. Semua itu berubah dengan mendadak sejak Kez hadir didalam
hidupnya.
“Kalau
kau yakin, kau pasti boleh. Aku akan bantu kau. Lupakan dia dan mulakan hidup
baru. Ini bukan kehidupan yang kau inginkan. Aku pun tak mahu lihat kau macam
ni. Jangan risau. Aku akan bantu kau lupakan dia!”
Eva
mengangguk. Dia kembali memeluk Nana dan airmata semakin laju. Perasaan malu
tidak sekuat perasaan sakit mengenangkan cinta yang tidak kesampaian. Cinta
yang dahulu memberi keindahan didalam hidupnya, kini hanya tinggal kenangan.
Kez,
kenapa bukan I? Kenapa mesti dia? Apa kurangnya I? Hatinya menyoal, hiba.
Walaupun sukar untuk melepaskan lelaki itu tapi Eva tahu dia harus memaksa diri
sendiri. Eva tak mahu perkara sama berulang kembali. I cintakan you, Kez. I
terlalu mencintai you. Kalaulah you tahu. Airmata dibiarkan mengalir sama
seperti darah didalam hatinya ketika ini.
*********************************************************
“Assalamualaikum”
pintu rumah dibuka selepas memberi salam. Dara kehairanan apabila tiada balasan
dari dalam walaupun kereta Kez sudah tersadai di perkarangan rumah.
“Abang?”
Mata
meliar selepas pintu rumah terkunci. Kemudian, senyuman terukir. Kez tertidur
diatas sofa dengan tv yang tidak ditutup. Perlahan dia menghampiri sebelum
mencapai remote control dan menutup
tv. Dara menggeleng.
“Letih
sangat agaknya sampai tertidur” dia bersuara perlahan. Dara duduk disebelah Kez
sebelum perlahan menarik stoking di kaki suaminya itu. Kemudian, dia
melonggarkan tali leher yang sudah senget. Dara kaget apabila bibirnya dikucup
lembut. Dia menoleh. Kez memberi senyuman.
“Baru
balik?” selamba dia menyoal. Dara menjauhkan diri dengan rasa terkejut.
Sekarang dia bertambah hairan. Siapa sebenarnya yang lahir di luar negara ni?
Aku ke Kez?
“Kenapa?”
tangan mengusap pipi. Dara kembali sedar. Dia kemudian menggeleng. “Dara ingat
abang dah tidur”
Kez
bangun membetulkan duduk sebelum mengangguk. “Abang terjaga waktu Dara tarik
stoking tadi” Dara mengecilkan mata dengan rasa geram. “Ohh, abang nak ambil kesempatan
ye?”
Suaminya
itu hanya ketawa. “Tak salah ‘kan?” dia menyoal bersama tawa. Dara menggeleng.
Sabar je la. Perangai menyakat tu takkan pernah berubah.
“Kenapa
lambat sangat balik? Banyak sangat ke kerja dekat butik tu?”
Dara
mengangguk. Ramai sangat pelanggan hari ni. Rasa macam tak menang tangan
dibuatnya. Tapi bukan itu yang meletihkan dirinya. Kalaulah Kez tahu Eva datang
ke butik hari ini. “Banyak pelanggan tadi. Abang dah makan?”
“Belum.
Kita makan luar je la”
Kez
mengeliat sedikit, merenggangkan tulang yang terasa lenguh. Dara memerhati
tanpa sedar. Mungkinkah Eva takkan wujud lagi dalam hidup kita? Adakah saya
masih mampu mengenggam tangan awak seperti selalu tanpa rasa luka?
Kez
mengerling sebelum mengerut dahi. Dara mengelamun jauh. Apa yang difikirkan
olehnya? “Sayang” dia mengusap pipi Dara dengan lembut. Dara kembali tersedar.
“Kenapa
ni? Tak sihat ke?”
Dara
menggeleng. Kalaulah Kez ingat semuanya. Kalaulah dirinya tak perlu rasa insecure macam ni. Dara akui dia rasa
tidak yakin bila membabitkan cinta Kez yang sekarang. Walaupun cuba dilupakan,
Kez pernah mengkhianati dirinya. Kez pernah memilih Eva.
“Abang”
dia bersuara, perlahan. Kez memandang. “Kenapa?”
“Tadi….Eva
datang” wajah Kez masih tenang. “Dia jumpa Dara”
Kez
memandang tanpa riak. Dara menghela nafas. Adakah sehingga ke akhirnya,
perkahwinan mereka ini akan terus dikaitkan dengan Eva? Sejauh mana dirinya
mampu bertahan setiap kali nama Eva muncul? Hati perempuan mana tak terluka
bila suaminya curang. Walaupun Kez langsung tidak mengingati dirinya namun
sakit itu tetap ada.
“She asked me to let you go. With confidence
that you love her more. She said she will fight for what she loved”
Tekak
terasa berpasir. Setiap kali membabitkan Eva, hatinya pasti akan ditoreh-toreh.
Apabila terpaksa meraih cinta dari suami sendiri, sejujurnya dia hampir gila.
Selama ini dirinya bertahan adalah kerana cinta yang sangat dalam buat Kez.
“Dara”
tangan Dara diraih. Kez risau lihat Dara yang sekarang. Dara yang tiada
keyakinan diri. Salah aku kerana memilih Eva dahulu. Salah aku kerana lukai
hati dia.
“Tiada
lagi Eva dalam hidup kita. Semuanya sudah abang putuskan sebelum abang pulang
ke pangkuan awak. Abang minta maaf diatas apa yang Eva cakapkan. Abang tahu
Dara masih terluka. Abang akan lakukan apa sahaja untuk tebus semua kesalahan
abang dahulu”
Dia
merenung jauh ke dalam mata Kez. Dara menghela nafas. Dia terlalu mempercayai
Kez. Dia terlalu mencintai. Bukan sekejap mereka mengenali satu sama lain.
Pelbagai rintangan sudah ditempuh. Walaupun perkahwinan ini tidak seperti yang
diimpikan. Tapi imam yang Dara inginkan hanya lelaki ini. Tak mampu rasanya
membayangkan orang lain yang mengambil-alih tempat Kez sekarang ini.
“I love you. I love you so much. There is no
Eva or other women in my heart. You are my wife. My love. My everything. I’m
sorry for what have I done to you. But please, sayang. Give me one more chance.
I’ll never let you down”
Tubuh
Dara diraih dan dipeluk erat. Dara hanya diam. Bila kepercayaan dikhianati,
bukan senang mahu mendapatkanya semula. Walaupun diri sendiri mengatakan semua
okay tetapi hati yang terluka tetap harus dipujuk. Walaupun dia sendiri yang
mahu melupakan semuanya namun semua itu pasti akan mengambil masa. Dara
berharap perkahwinan mereka ini akan kekal sehingga ke akhir hayat mereka.
***********************************************
“Kau
dah tahu?”
Kez
menghentikan langkah dihadapan Zahid. “Apa?” dia menyoal semula. Zahid
memandang sekeliling. Semua pekerja pejabat sedang melihat mereka walaupun berpura-pura
membuat kerja masing-masing.
“Ikut
aku”
Lengan
Kez ditarik menuju ke pantri berhampiran. “Kenapa kau, Id? Tak sempat masuk
bilik ke? Fail atas meja aku dah bertimbun tahu?”
Zahid
memandang sekeliling. Apabila semuanya seperti biasa, dia kembali memandang
Kez. “Kenapa?” Kez menyoal lagi.
“Takkan
kau tak dengar apa-apa?”
Kez
mengeluh. “Apanya, Id? Aku tak dengar la yang buat aku tanya. Whats wrong with you?”
Zahid memandang. Kez nampak macam tak tahu
apa-apa. Tapi, takkan dia tak dengar apa-apa dari Eva? Kez memandang, hairan.
Apahal tenung aku macam tenung girlfriend
pulak ni? Tak sihat ke budak ni.
“Eva
hantar surat letak jawatan pagi tadi”
“Apa?”
Zahid
mengangguk. “24 jam. Dia berhenti terus. Aku tak sempat tanya sebab dia
serahkan surat tu pada Seri pagi tadi”
Kez
masih diam. Apa yang berlaku diantara Dara dan Eva waktu mereka berjumpa dulu?
“Kau tak dengar apa-apa ke?” Zahid menyoal. Kez menggeleng. Dia memang tak
dengar apa-apa.
“Biarlah
dekat dia. Aku malas nak ambil tahu dah. Banyak lagi benda nak aku fikir
sekarang”
“Kez”
“Apa
lagi?”
“Kau
dengan Dara dah okay? Apahal aku tengok kau macam ada masalah je? Eva lagi ke?”
Kez
segera menggeleng. Hal rumahtangganya, biarlah diselesaikan sendiri. Zahid dah
terlalu banyak menolong sehingga kez jadi malu.
“Tak
ada apa-apa la, Id. Aku nak masuk bilik ni. Kita bincang lain kali je” Kez
berlalu keluar dari pantri tanpa menunggu lagi.
************************************************
“You
tak marah I lagi?”
Judy
tersenyum. “No way. I sibuk je sebab
itulah tak dapat contact you lepas
peristiwa tu”
Dara
turut mengukir senyuman. Dia lega kerana Judy tak merajuk lagi. Sekarang,
banyak yang harus difikirkan selain dari Judy. Rumahtangganya masih bergolak
walaupun semua sudah kembali kepada asal.
“You
sihat?” Judy menyoal, risau. Dia merenung memandang wajah Dara yang semakin
kurus. Pucat lagi. Apa yang terjadi? Judy sentiasa risau selepas Dara berkahwin
dengan Kez. Dia dapat rasakan yang Dara banyak pendamkan semuanya.
“Great. You taknak balik sini ke?”
“Kenapa?
You ada masalah ke?”
Dara
geleng. Senyuman masih di bibir. Dia tak mahu Judy risau tapi sekarang Judy
sangat diperlukan untuk memberinya semangat semula.
“Jude”
dia bersuara, perlahan. Judy sudah mampu menduga. Dara tak mampu memendamkan
semuanya lagi. Mata Dara terasa hangat tiba-tiba.
“Tell me. Everything. Apa yang berlaku?”
Dara
menceritakan semuanya. Bukan membuka aib sesiapa tapi dia hanya perlukan
seorang pendengar setia. Walaupun dia sayang Jas macam dia sayang Judy, tapi
Judy sudah dianggap seperti arwah mama. Judy ada setiap kali diperlukan.
Judy
menghela nafas melihat Dara mengesat airmata yang mengalir. Hatinya bagai
dihiris perlahan. Melihat Dara menangis, dia terasa mahu menumbuk wajah Kez
sekarang. Tapi seperti yang Dara cakap. Kez lupa ingatan. Dia salahkan Dara dan
kerana itulah Kez lakukan semua ini. Jadi, salah siapa sebenarnya?
“You said he’s worth it. Ini ke kehidupan
yang berbaloi tu?”
Dara
tidak menjawab. Dia tak perlukan sindiran Judy sekarang. Judy mengeluh. Dia
kasihan tapi ini masalah rumahtangga Dara. Sekarang, Dara bukan belasan tahun
lagi. Dara bukan tanggungjawabnya lagi.
“Apa
yang buat you bertahan selepas apa yang berlaku? Jangan cakap sebab dia hilang
ingatan. I akan lebih marah pada dia”
Dara
mengangkat muka melihat wajah Judy yang serius. “Memories. Love. Our family. Everything Jude. 6 years is a very long
journey. We knew each other like a book synopsis. Even I can create a whole new
book about him. It’s not that easy. He makes mistake and he ask for
forgiveness. I forgave him but Eva…”
Dia hanya mampu menggeleng. “I just hate the look that she gave me. The look that told me she knew
this new Kez more than me. The look that told me that this new Kez love her not
me. I really hate it”
“Babe! Listen to me!”
Judy
bersuara, pantas. Dara memandang. “Eva is
nothing. You heard me? She is nothing. The problem is, you stiil hurting. Your
trust is zero for him. That’s the problem. You feel insecure because you don’t
know this new Kez. You’re not confident whether he truly love you because of
you or because you are his wife”
Dara
terdiam. “Kenapa dahulu you cool bila
kalian terpisah benua? Kenapa dahulu you rilex
walau tahu Eva satu syarikat dengan Kez? Why?”
Judy
lihat Dara menggeleng. “Because you trust
him. You yakin dia setia. Sebab itulah you tak kisah. Bila hubungan jarak
jauh, kepercayaan di tempat pertama dan kemudian baru cinta. Itu yang you harus
buat sekarang. Percayakan dia. Macam you cakap. He wanted a second chance and you gave him. Jadi, you kena
bersabar. I yakin Kez akan buat apa sahaja untuk dapatkan kepercayaan you
semula. You just have to trust him once
again”
Kata-kata
Judy ada kebenaran. Mungkin dirinya harus menenangkan diri sendiri dahulu.
Mungkin masalah mereka bukan kerana Eva semata-mata.
“I
letih sangat, Jude. Kami baru nak berbaik. Tapi bukan senang. Hati I dah
terluka. Kez harus berusaha lebih kuat untuk dapatkan kepercayaan I semula”
Judy
mengangguk, bersetuju. “Semua dugaan yang berlaku pasti punya hikmahnya. You
harus banyak bersabar dan berdoa pada Yang Esa. DIA sahaja yang boleh bantu
you. Jangan cepat putus asa. I yakin jodoh you dengan Kez masih panjang”
Senyuman
terukir sedikit. Judy sentiasa mampu melegakan hatinya dengan kata-kata. “I miss you so much, Jude. Come back here,
please”
Judy
menghela nafas. Hati rasa sebak melihat wajah Dara merayu seperti itu. “I’ll try. I freaking worried seeing you
right now. Kenapa nampak pucat sangat?”
Dara
terkejut. Dia memegang wajahnya dengan rasa hairan. “Pucat? I rasa biasa je?”
Judy
menggeleng. “No. You nampak pucat dan
kurus sangat. Kalaulah Kez depan I sekarang. Tahulah macam mana I kerjakan dia”
Dara
tersenyum. Bercakap dengan Judy melegakan mindanya sedikit. “Thanks Jude. I minta maaf risaukan you
selama ni”
Judy
hanya diam. Dia lega Dara ceritakan semuanya. Patutlah selama ini dia rasa
macam Dara rahsiakan sesuatu. Perkara besar ini rupanya. Tapi memang tak sangka
sungguh Kez akan curang. Kez yang dahulu sangat mencintai Dara. Apa yang
berlaku sekarang?
“Bos”
Dara
menoleh kearah pintu. “Customer” Dia
mengangguk sebelum memandang Judy. Wanita itu tersenyum. “Pergilah. Kita
sembang lain kali”
Senyuman
diberi. “Take care. I miss you and I love
you” Judy hanya mengangguk. “Take
care too. Jangan overstress diri
sendiri”
“Baik
bos”
Laptop
ditutup. Dara bangun menolak kerusi sebelum menapak kearah Manda. Namun matanya
tiba-tiba merasa gelap sebelum dia tidak mengingati apa-apa lagi kecuali
jeritan cemas Manda.
**************************************************************
+Dara
pengsan. Dia di hospital sekarang+
Kez
bergegas meninggalkan site sebaik
mendapat meseg dari Manda. Nasib baiklah Zahid memahami. Dia bergegas ke Island
Hospital sebelum bertemu dengan Manda yang sedang duduk di luar bersama doktor
perempuan yang merawat Dara.
Manda
menoleh apabila menyedari kehadiranya. Kez menghampiri bersama nafas yang
sedikit mengah. “Kenapa dengan Dara?” dia menyoal, risau.
“Kez,
kenalkan dengan doktor Hana. Dia yang merawat Dara”
Kez
menoleh kearah doktor muda itu. “Saya suami Dara. Apa yang berlaku kepada
isteri saya?”
Doktor
Hana mengukir senyuman. Kez sedikit hairan. “Tahniah, Encik Kez. Isteri encik
sudah 4 minggu mengandung”
Kez
tergamam. Manda terkejut. “Mengandung?”
“Ye.
Puan Dara pengsan kerana keletihan dan kekurangan zat. Saya syak Puan Dara
sendiri tak mengetahui yang dirinya sedang mengandung sekarang ini”
Manda
ketawa, kecil sambil menggeleng. Dia sangat gembira. “She’s pregnant. Boss pregnant” Manda memandang Kez yang masih kaku.
Manda mengerut dahi. “Kez!”
Kez
tersedar. “Huh?”
“Kejap.
Isteri saya mengandung. Betul ke, doktor?”
Doktor
Hana mengangguk. Dia tergelak kecil. Kegembiraan seorang ayah. Tiada sesiapapun
yang mampu memahaminya kecuali si ayah itu sendiri. Kez tergelak. Jelas
kelihatan kegembiraan di wajahnya. Doktor Hana turut tersenyum.
“Jadi,
macam mana dengan isteri saya? Kenapa sampai boleh pengsan?”
“Puan
Dara hanya keletihan. Saya rasa dia sedikit stress sejak kebelakangan ini.
Jadi, saya minta Encik Kez untuk menjaga isteri encik dengan baik. Ibu
mengandung ni sedikit beremosi jadi banyak yang perlu dijaga”
Kez
mengangguk. “Boleh saya jenguk isteri saya?”
Doktor
Hana mengangguk. Kez mengucapkan terima kasih sebelum masuk ke dalam wad.
Kelihatan Dara sedang berehat. Wajahnya kelihatan pucat. Kez diburu rasa
bersalah. Pasti sebab Eva. Mereka bergaduh lagi kerana Eva sehingga membuat
Dara stress.
“Sayang”
Kez
bersuara, lembut. Dara menoleh. Hati merasa sebak dengan segera. Pergaduhan
mereka membuatkan dirinya begitu sedih. Dia merindui Kez. Lelaki ini terlalu
dicintai sehingga Dara tak mampu untuk memarahinya untuk jangkamasa yang lama.
“Abang”
Kez menghampiri sebelum mengucup lembut dahi, pipi dan kemudian bibir. Tubuh
Dara rasa bergetar. Dia merasakan cinta Kez sekarang ini. Mungkin salah dirinya
juga yang terlalu mencemburui Eva. Seperti Judy cakap. Mungkin dirinya harus
berikan peluang buat Kez.
“Terima
kasih, sayang. Terima kasih” Kez memeluknya erat. Airmata menitis. Dara membalas
pelukan Kez dengan perasaan lega. Segala yang berlaku mematangkan diri mereka
berdua dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

HAHA HAPPY GILER.
ReplyDeleteuwaaaaaa....dah agak dah mesti Damia pregnant. Nasib baik masa dia dik syok hentam Eva tu tak jadi apa2 kat dia ngan baby....sonok3....tp yang tak sonoknya macamana la nanti reaksi Damia bila dia dapat tau ayah yang disangka dah lama meninggal tu ada kat depan mata dia dan masih lagi hidup. dengan kisah di sebalik perkahwinan ayah ngan ibunya lagi. takut nak tengak reaksi dia, takut kalo dia kalah disebabkan tekanan
ReplyDeleteHopefully ada sambungan story ni coz best sgt smpai teruja nak baca the next entry....sambung ya please.....
ReplyDelete