Kez membuka mata apabila terasa matahari membuatkan
matanya perit. Dia melihat langsir yang sudah dibuka. Kez mengeliat merenggang
otot yang lenguh. Dia menoleh apabila teringat peristiwa semalam. Tempat Dara
sudah kosong. Dia sedikit terkejut. Pasti Dara dah bangun.
Dia
bangun mencapai tuala sebelum masuk ke bilik mandi. 5 minit kemudian, Kez
keluar bersama seluar jeans pendek dan t-shirt berwarna hitam. Dia mengeringkan
rambut sebelum berlalu turun ke bawah sambil bersiul. Senyuman masih tidak
lekang dari bibir.
“Baru
bangun?” Jas menegur di bawah. Kez memberi sengihan. “Abang letih sangat
semalam”
“Bertuah
la abang. Nasib baik Dara bangun awal. Pa ingat nak suruh abang beli nasi lemak
di luar je. Kalau tunggu abang, sampai esok la kami semua kelaparan”
Jas
mencebik sebelum berlalu ke dapur. Kez menggaru kepala. Apa kena budak tu hari
ni? “Kez!” langkahnya terhenti. Dia menoleh memandang pa.
“Bangun
dah kamu?”
Dia
mengangguk. “Papa nak ajak kamu keluar beli barang mentah. Ma kamu dah bising
dari tadi lagi” Kez terdiam. Sekarang ke? Baru nak jumpa Dara.
“Marilah.
Pa tak larat dengar dah”
Dia
keberatan namun pa dah ajak. Takkanlah nak tolak. Akhirnya Kez berlalu ke ruang
tamu. Dia sempat mengerling kearah dapur. Suara Dara kedengaran berbual dengan
Jas dan ma. Dia mengeluh. Takpa, Kez. Hari ni ada 24 jam. Jangan risau!
********************************
“Jas”
Dara duduk disebelah temanya itu yang asyik mengunyah kacang sambil layan movie di HBO. Asyik sungguh tengok tv.
Dara hanya menggeleng.
“Jas”
“Hmmm”
“Jas”
“Haa”
Dara
tersenyum. “Jas!”
“Ya
Dara. Kenapa?” dia menyoal, sebal. Dara ketawa. Jas mendengus, geram. Aku tekun
tengok, aci panggil-panggil pula. “Janganlah marah. Sembanglah dengan I. Bosan
tahu?”
“Dara”
dia bersuara pula. “Yes?”
“Shut up!” Jas memberi isyarat diam
sebelum kembali menonton tv. Dara mencebik. Bertuah punya Jas. Nanti I taknak
sembang apa-apa lagi dengan you.
Dia
bangun dari sofa dan berlalu naik ke atas. Selepas sarapan, semua orang buat
hal masing-masing. Dara yang kebosanan mulai mencari idea untuk menghilangkan
rasa bosan. Beg galas didalam bilik dibuka. Dia mengeluarkan drawing book dan sebatang pensil.
Idea!
Dara diam memejamkan mata. Dia cuba mencari idea yang baik untuk rekaan kali
ini. Agak lama dia berteleku sebelum merasa pipinya dikucup lembut. Dara
membuka mata.
“Menung
apa sampai berkerut dahi?” Kez menekan dahi Dara agar tidak berkerut. Isterinya
itu menggeleng. “Tengah fikir idea untuk rekaan terbaru. Kasihan Judy uruskan
semuanya. Dara ingat nak bantu serba sedikit”
“Judy
yang uruskan syarikat mama disana?” Dara mengangguk. “Kenapa tak tolong dia?”
dia menyoal lagi. Dara baru tersedar. Kez masih tidak tahu apa yang berlaku
diantaranya dengan Judy dan sebab kenapa dirinya tinggal disini.
“Sepatutnya
sewaktu Dara pulang kesini 2 bulan sebelum kita kahwin, Dara harus kembali ke
New York semula. Selama ini, Dara berjumpa abang pun sebab Dara cuti je”
Kez
diam mendengar. “Lepas SPM, Dara ambil keputusan untuk ambil-alih syarikat mama
disana. 4 tahun juga Dara juggle masa
uruskan syarikat dan pulang kesini bertemu abang. Tapi waktu abang ditakdirkan
kemalangan dan hilang ingatan, Dara rasa lebih baik Dara disamping abang.
Membantu abang berbanding Dara disana”
“Jadi,
Dara lepaskan syarikat mama dan mulakan semuanya semula disini?”
Dia
hanya mengangguk. Bila difikirkan semula, memang rasa sayang sangat. Betapa
sukarnya mahu mencipta nama di kota itu. Walaupun nama mama sangat kukuh disana
tapi Dara tetap bermula daripada bawah. Apabila terpaksa meninggalkan semuanya,
Dara akui dia sememangnya rasa berat hati.
“Sebab
abang ke?” Kez menyoal, perlahan. Dara memberi senyuman. “Sebab kita” Kez terkelu.
“Sebab kita. Sebab Dara mahu selamatkan rumahtangga kita. Sebab Dara mahu abang
sedar siapa Dara sebenarnya”
Kez
menghela nafas. Dia rasa bersalah sekarang ini. Kini dia faham apa yang Jas
cuba beritahu. Dara korbankan masa depan sendiri untuknya sedangkan dia terus
menyalahkan isterinya tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Come here” dia memanggil. Dara turun
dari katil dan dengan rela masuk ke dalam pelukan Kez. Dia rasa tenang dan
selamat didalam pelukan lelaki ini.
“I am really sorry. Dara korbankan masa
depan sendiri demi abang. And that I’m
still acting like a jerk to you”
Dara
hanya tersenyum. Dia sudah memaafkan semuanya. Kebahagiaan yang diperolehi hari
ini adalah berkat kesabaranya. Dara sentiasa yakin Kez akan pulang ke
pangkuanya semula walau sejauh mana dia pergi.
“Jangan
salahkan diri abang. Sebelum kita berkahwin pun, Dara dah buat keputusan ini.
Tempat Dara adalah disisi abang. No matter where you are, I will always stay
beside you. Itu tempat seorang isteri”
Kez
mengeratkan lagi pelukan. Sempat dia mencium ubun-ubun Dara. Hatinya berbunga.
Dia benar-benar sudah jatuh cinta. Kalaulah dia cuba mengenali Dara dengan
lebih awal, pasti Dara takkan dilukai seperti itu. Mulai sekarang, dia mahu
menebus semua luka yang diberi!
******************************
“Macam
ni okey?”
Dara
berganjak ke belakang sedikit. “Tepi sikit” Manda mengangguk. “Okey?”
“Angkat
yang kiri tu ke tepi sikit”
Dara
melihat sekali lagi. Kemudian mengangguk. Ini nampak cantik lagi. “Okey?” Manda
menyoal, lemah. Penat juga angkat letak patung ni. Ingat senang. Manda berlalu
ke sebelah Dara.
“Hmm.
Nice”
Dia
tersenyum. Dara mengangguk. “Patutlah pereka fesyen terkenal. Kenapala boss buka butik kecil ni sedangkan boss ada syarikat sendiri?”
Dara
tidak menjawab. Dia berlalu ke patung sebelum membetulkan rekaan terbaru yang
dipamerkan. Agak lama barulah dia berpuas hati. Manda menggeleng. Perfectionist sungguh.
“Boss”
“Hmm?”
dia menoleh. “Rekaan ni kita akan dihantar ke New York ke?”
Dara
mengangguk. Manda terkejut. New York? Kemudian di pamerkan? “Tapi akan diubah
suai mengikut cuaca disana”
“Hmm”
dia mengangguk. “Oh ya. Mungkin nanti saya mahu bawa awak buat lawatan kerja
disana. Tapi saya harus letakkan tarikhnya dulu”
Manda
terkejut. “Hah? Lawatan kerja dekat syarikat boss?” Dara mengangguk. Manda juga pekerjanya. Dia mahu Manda
mempelajari segala ilmu dengan Judy sebelum pulang dan membantunya disini.
“Serius?”
dia menyoal, kedengaran sangat terkejut. Dara tergelak. “Iyalah! Awak pekerja
saya” Manda menelan air liur. Itu impianya sejak kecil! Memang tak salah waktu
dirinya membuat keputusan untuk berguru dengan Dara dahulu.
Perbualan
mereka terhenti apabila mendengar bunyi loceng pintu butik mereka dibuka.
“Selamat datang” Manda menyambut. Dara masih leka membetulkan rekaan di patung.
“Ye.
Saya nak berjumpa dengan boss awak”
Dara
kaget. Suara itu! Dia menoleh. Terasa hendak luruh jantung melihatnya berdiri
dengan angkuh sambil memberi senyuman sinis. “Kenapa?”
“Long time no see, huh?”
Dara
tidak menjawab. Manda memandang perempuan itu kemudian boss. Kenapa rasa macam ada aura yang tegang sekali dekat mereka
berdua ni? Dia memandang Dara. Pertama kali lihat wajah boss yang macam nak makan orang.
“Kau
nak apa?” dia menyoal, kasar. Eva buat muka. “Kau taknak jemput aku duduk? Aku
pun pelanggan butik kau”
Dara
diam. Sempat memandang Manda. “Can you
give us a moment?”
“Ah?
Ye” dia berlalu keluar dari butik. Dara mempersilakan Eva untuk duduk sofa
berhampiran. Dia sendiri tak pasti apa sebab Eva kesini. Tapi Dara berharap
kesabaranya cukup untuk menghalang dirinya daripada melakukan sesuatu yang
pasti akan dikesalinya nanti.
“Ada
apa yang kau nak beritahu? Sampai datang berjumpa di butik aku?”
Eva
tersenyum. Sakit hati apabila kerana perempuan ini Kez membuat dirinya seperti
kain buruk. Sakit hati kerana walaupun Kez lupa semuanya tentang Dara tapi dia
masih boleh jatuh cinta pada orang yang sama.
“How’s your life? Seronok akhirnya kau
dapat apa yang kau nak? Gembira bila Jas datang serang aku dekat syarikat dan
malukan kami berdua? Aku ingat kau jenis yang tak ambil peduli”
“Apa
yang kau nak sebenarnya?”
Wajah
Eva berubah. Muka bertambah serius. “Pulangkan Kez semula. Kau dah manderem apa
dekat dia sampai dia lupakan aku sekelip mata?”
Dara
ketawa. Rasa tak percaya pun ada. How
dare she! Meminta seolah-olah Kez adalah barang. Meminta seolah-olah Kez
miliknya sejak dahulu. Tangan rasa bergetar kerana terlalu ingin menampar
seseorang sekarang ini.
“Kau
memang berani kan?” dia menyoal, tenang. Eva mengangguk lantas menyandarkan
tubuhnya di kerusi. “I will fight for my
love one”
Dara
menggeleng. Sabarlah hati. Jangan buat macam budak sekolah. “Aku sebagai
isteri, tak pernah sekali pun pergi ke pejabat kau dan buat kecoh. Berani kau
datang butik aku dan buat kecoh ‘kan?”
“Walau
kau bersama SUAMI aku sampai tengah malam, tak pernah aku call kau walau sekali dan buat perangai macam orang hilang akal.
Berani kau datang sini dan minta aku lepaskan Kez kan?”
Dara
menghela nafas. Dia bangun menghampiri Eva. Senyuman diberi. “Berani kau ‘kan?”
Pang!
Tamparan singgah di pipi. Eva terkejut. Segera dia berdiri. “Berani kau datang
ke BUTIK aku dan minta aku pulangkan SUAMI aku pada kau ‘kan?”
Kali
ini pipi kiri pula menjadi mangsa. Eva semakin terkejut. “Kau ingat aku
lepaskan kau, tak buat apa-apa pada kau sedangkan kau goda suami aku, kau boleh
datang sini dan berlagak?”
Sekali
lagi dia menampar. “Kau tak guna!” tangan Eva dipegang pantas. Nafas Dara turun
naik menahan marah. Sudah lama dia bersabar. Sudah lama Eva dibiarkan begitu
sahaja. Sekarang, bukan salah dirinya lagi. Eva yang mencarinya.
Leher
baju dicekak kuat. “Kau….Kau….nak….buat….apa?”
Senyuman
diukir. “Ajar kau!” tubuh Eva dilempar diatas lantai. Dara membuka heels yang dipakai sebelum menghampiri
dan menarik rambut Eva. Perempuan itu menjerit sakit.
“Ini!
Aku patut lakukan ia sejak dahulu. Untuk perempuan yang tak ada maruah macam
kau!”
“Ahhhh”
Hampir
5 minit dia memperlakukan Eva sepuas-puasnya. Dara dah tak peduli. “Bos, bos!” pinggang dipegang oleh Manda
yang baru tiba. “Lepaskan I. I cakap lepaskan!”
“Bos, cukuplah. Mati budak tu nanti”
Dara
memandang Eva yang sudah teresak-esak diatas lantai dengan rambut yang
berserabut dan kedua belah pipinya merah kesan tamparan. Manda yang memang pun
rasa ngeri. Tak pernah dia tahu bos boleh
buat macam ni. Selalu nampak sweet je.
“Saya
rasa awak baliklah. Takut nanti pelanggan nampak, lagi teruk”
Eva
bangun namun masih mendengar esakan. Dia terlalu terkejut untuk berlawan balik.
Eva tak sangka Dara akan berbuat seperti ini. “Aku takkan lepaskan kau!”
“Kau
nak kena lagi ke?!” dia bergegas keluar dari butik. Kemudian barulah Manda
melepaskan Dara. Fuhh. Pertama kali lihat pergaduhan sebenar diantara wanita.
Tapi bos menang! Cayalah!
Dara
mendengus. Rasa tak puas hati masih ada. Nasib baiklah Manda ada. Kalau tak,
lagi teruk Eva dikerjakan olehnya. Dia melabuhkan punggung diatas sofa sambil
membetulkan tudung yang sudah tidak di posisinya.
“Cayalah,
bos. Pertama kali saya lihat bos macam ni”
Dara
melihat Manda memberi sengihan. “Saya tengok bos dah macam rancangan WWE tu. Tak kasi can langsung. Saya ingat
nak masuk lepas bos puas je. Tapi
saya rasa kalau saya tak masuk, mati perempuan tu dikerjakan boss”
Dia
terkedu. Sekarang baru tersedar apa yang dilakukan. “Teruk sangat ke?” dia
menyoal, risau. Manda mengangguk. Kemudian, dia berlalu duduk disebelah.
“Memang macam pemangsa” dia tergelak. Dara menggeleng. Habislah aku!
“Kenapa
kamu tak masuk awal? Saya bukanya boleh naik angin. Kamu tengok sendiri
akibatnya ‘kan?”
Manda
hanya tersenyum. “Nak kasi can bos lepaskan
semua kemarahan dulu” dia menjawab selamba. “Manda!”
Dara
meraup wajah. Rasa marah sudah hilang. Baru sekarang rasa menyesal. “Dia ke
perempuan yang ganggu suami bos?”
Manda menyoal. Dia sempat menangkap butir bicara Dara tadi.
Perlahan
Dara mengangguk. Patutlah! Memang patut kena. Nasib baiklah Dara tak macam
watak drama yang tahu menangis je bila ditimpa masalah. “Sekarang baru saya
sedar” dia bersuara, perlahan.
“Apa?”
“Women can get a little scary when it comes
to protecting their love ones”
Dara
terdiam. Betulke? Mungkin. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan Kez
semula. Walaupun terpaksa bersabar lama dengan sikap Eva yang menyakitkan hati.
“Man”
pekerja itu menoleh.
“When protecting your love one, you must be
as selfish as you can be. That’s the only way you can be happy”
Manda
mengangguk faham. Dia sudah melihat buktinya. Tak perlu ditanya lagi.
*********************************
Papa rindu kamu
Dia
membaca semula ayat yang ditulis dibelakang gambar yang sedikit kusam itu.
Otaknya terasa tidak mampu berfikir lagi.
Apa
sebenarnya hubungan papa dan Dara? Anak-beranak ke? Tapi papa Dara dah
meninggal waktu dia kecil. Mama Dara pula waktu sekolah menengah.
Arieff
meraup wajah dengan keluhan berat. Boleh jadi gila dibuatnya. Akhirnya, Arieff
ambil keputusan membawa gambar tersebut keluar dari bilik dan turun ke bawah.
Kelihatan
papa sedang membaca suratkhabar dengan khusyuk. Dia menghampiri sebelum duduk
disofa bersebelahan.
“Pa”
“Hmmm”
Arieff
diam sekejap. Macam mana nak mula ni? Papa akan marah ke? “Rieff nak cakap
sikit”
Datuk
Ayden memandang Arieff. Dia tersenyum sebelum melipat akhbar dan meletakkan ia
diatas sofa. “Kenapa? Kamu nak kahwin?”
Arieff
kaget sekejap. Huh? “Eh, bukan, bukan”
Datuk
Ayden tersenyum. Macam anak dara pula, malu-malu. “Bukan itu sebenarnya, pa.
Ada yang lagi penting”
“Cakaplah.
Papa dengar”
Arieff
menelan air liur. Suara tak terasa nak keluar tiba-tiba. Dia kemudian menghulur
gambar yang diambil. Datuk Ayden mengambil dan melihat. Wajah berubah,
terkejut.
“Rieff
jumpa waktu mencari kad kahwin anak pak ngah hari tu. Siapa ni, pa?”
Datuk
Ayden terdiam. Tak sangka Arieff akan berjumpa gambar ini. Bertahun lamanya,
gambar ini tersimpan rapi didalam bilik bacaanya.
“Pa?”
Perhatianya
kembali kepada Arieff dihadapan. Kemudian, dia menghela nafas dengan rasa berat
hati. “Ini adik kamu”
Arieff
terkedu. Adik? Dara? Fikiran rasa sukar untuk mencerna perkataan baru itu.
Seumur hidup, dia tahu dirinya adalah anak tunggal. Mana pula datang Dara
sebagai adiknya pula?
“Adik?”
Datuk
Ayden mengangguk. Berbelas tahun rahsia ini disimpan rapi. Demi menjaga hati
semua orang walaupun hatinya sendiri terluka. Kerana sikapnya sendiri, ramai
orang yang telah dilukai olehnya.
“Sebenarnya,
papa berkahwin dengan mama kamu secara paksa. Kerana ingin menyatukan 2
keluarga dan 2 syarikat. Papa sayangkan arwah mama kamu, Rieff. Tapi tak
seperti Diyana. Melinda hanya dianggap sebagai adik kerana kami membesar
bersama”
Arieff
diam. Melinda, mama. Tak pernah pula dia mendengar apa-apa cerita daripada
mama. “Papa kenal D waktu papa sambung berlajar di luar negara. Papa kesana
kerana merajuk hati. Papa tinggalkan arwah mama di Kanada dan papa ke New York.
Disanalah papa jumpa D. Kami sama-sama tahun pertama waktu itu”
“Papa
sendiri tak sangka. Kami sangat serasi. D adalah perempuan yang papa impikan
selama ini. Bersama dia, papa jadi diri sendiri. Tanpa kekangan sesiapa. Tanpa
tanggungjawab kepada apa-apa. Kami sangat bahagia”
Dia
terdiam. Terasa tidak mampu mengungkapkan kata-kata. “Sehingga kami ambil
keputusan untuk berkahwin. Waktu itu, D tak tahu yang papa pernah berkahwin”
Arieff
terkejut. Jadi, papa berkahwin dua dan curang? Dia sangat terkejut hingga tidak
tahu reaksi bagaimana yang harus diberi.
“Kami
sangat serasi, Rieff. I’m head over heels
for her. I thought that we’re gonna be just fine. Papa tunggu sehingga kami
tamat berlajar untuk papa memberitahu segalanya”
Dia
menggeleng apabila mengingatkan apa yang berlaku selepas itu. Semuanya musnah.
Jika dia tahu itu akan berlaku, Datuk Ayden akan memberitahu semuanya lebih
awal.
“Mama
dapat tahu ke?” Arieff menyoal, perlahan. Rasa kasihan mengenang mama yang
ditipu oleh papa. Rasa sedih kerana sampainya hati papa melukai mama walaupun
mereka berkahwin bukan atas dasar cinta.
“Keluarga
papa dapat tahu. Arwah atuk kamu suruh papa balik waktu itu juga jika papa
tidak mahu dikeluarkan daripada senarai waris keluarga”
Arieff
terdiam. “Papa terpaksa pulang dan tinggalkan D. Waktu itulah papa tahu mama
kamu sudah 2 bulan mengandungkan kamu”
Datuk
Ayden menghela nafas. Dia memegang gambar anaknya itu dengan erat. Papa sangat
merindui kamu, sayang. Maafkan papa kerana jadi pengecut. Maafkan papa kerana
tidak mempertahankan mama kamu dahulu.
“Habistu,
apa papa buat?”
Arieff
dipandang semula. “Papa tinggal disana bersama mama kamu. Waktu itu, papa
lupakan D demi keluarga papa. Keluarga mertua papa. Sehinggalah pagi tu”
Pagi?
Kenapa dengan pagi?
“Jantung
papa hampir luruh lihat D berdiri dihadapan pintu rumah keluarga papa dalam
keadaan kesejukan. Tapi dia masih mengukir senyuman dan cakap dia rindukan
papa”
Tak
mampu terbayang oleh Arieff memandangkan dia tak pernah bertemu dengan arwah.
Tapi dari cerita Dara, mamanya meninggal waktu dia di sekolah menengah. Tapi,
Dara beritahu papanya meninggal ketika dia masih kecil. Jadi, kenapa papa
mengaku dirinya sebagai papa Dara?
“Bila
Mel keluar bersama perutnya, D nampak sangat terkejut. Papa terpaksa kenalkan D
sebagai kawan kolej papa pada Mel. Waktu itu papa lihat wajah D yang terluka”
Berbelas
tahun. Namun perasaan sakit itu masih ada. Wajah terluka D masih di minda.
Sehingga sekarang, dia tak mampu meminta maaf kepada D. Sehingga sekarang,
wanita itu hidup dalam keadaan membenci dirinya.
“Dia
cakap apa-apa?” Arieff menyoal, semakin tidak sabar.
“Dia
hanya tanya siapa Mel dan apa hubungan kami. Papa terpaksa beritahu perkara
sebenar kerana tidak punya banyak pilihan. Papa pilih mama kamu berbanding dia”
Sungguh
dia rasa menyesal. Datuk Ayden membawa rasa itu sehingga ke akhir hayatnya.
“D
tak marah?”
Datuk
Ayden menggeleng. Kalau D lakukan semua itu, tidaklah dia merasa bersalah
sehingga ke saat ini. Jika D lakukan itu, dia akan punya sebab untuk membenci
wanita itu.
“She just stood there with her frozen hand.
Maybe heart too. Without do anything. Yell or scream. Just looked at me with
teary eyes and prayed that maybe I choosed her. Prayed that maybe this is just
a nightmare”
Kelopak
terasa bergenang. Dia melukai hati satu-satunya wanita yang pernah dicintainya.
“I hurt her. Deeply. Kemudian D
pergi. Itu kali terakhir papa lihat dia. Waktu itu D tak beritahu pun yang dia
sedang mengandung”
Arieff
meraup wajah. Otaknya sedang berpinar setelah mendengar cerita papa. Semuanya
seperti tidak masuk akal sekarang ini.

owhhhh....ada papa lagi rupanya Damia ni...tp kejam seyh papa dia wat cenggitu kat mama Damia...agaknya kalo damia tau ni nak ke dia maafkan dengan sesenang megi je papa dia 2 sedang sebelum ni dia mati2 ingatkan yang papa dia dah xde.perghh caya la damia bila dia mengamuk...tp kan cam ne agaknya reaksi kez bila dia dapat tau damia pukul Eva nak2 plak kalo Eva menyongsangkan fakta sebenar kat kez n kata damia sengaja pukul dia...kalo x pon bila Eva upah owang utk apa2kan damia sebab dia kan dah dendam giler kat damia...uwaaa...stres3
ReplyDelete