Friday, 21 December 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 34

                 Ehem!”

               Kez angkat muka. Dia baru perasan Eva berada dihadapanya ketika ini. Eva memeluk tubuh dengan rasa sebal. Sejak kebelakangan ini, Kez dirasakan sangat jauh. Mereka dah jarang berbual. Kez dah jarang mengajaknya keluar. Lebih spesifik lagi, sejak Jas datang hari tu, Kez berubah sepenuhnya.
                “Kerja lagi penting dari saya ke?” dia menyoal, geram. Hampir 10 minit dia berdiri macam patung dihadapan Kez. Lelaki ini langsung tidak mempedulikanya.
                “Awak nak apa Eva?”
                Eva mencebik. Kez bercakap seolah-olah tak tahu apa-apa. Seolah-olah mereka tak punya apa-apa hubungan. “Kenapa awak dah jarang call saya? Kenapa awak dah jarang ajak saya keluar makan? Kenapa awak berubah?”
                Kez menghentikan kerja. Dia memandang Eva yang merajuk. Mungkin sudah tiba masanya dia memberitahu Eva. Selama ini mereka terlalu sibuk sehingga tak punya masa untuk berbual.
            “Eva” dia bersuara. Eva mendengus. Hatinya akan cair jika memandang wajah Kez sekarang. Dia sangat mencintai lelaki ini sehingga dirinya tak kisah digelar perosak rumahtangga orang. Asalkan Kez disisinya, Eva boleh terima apa sahaja cacian mahupun herdikan orang luar.
                “We should stop” Eva memandangnya, tidak berkelip. “Saya nak pulang ke pangkuan Dara. Tapi sebelum itu, saya harus lepaskan awak. Mulai sekarang, hubungan kita hanya atas dasar kerja. Tak akan pernah lebih daripada itu”
            Eva tergamam. Dia cuba mencerna apa yang Kez cakapkan sekarang ini namun hatinya menolak terus. Kez mahu menghentikan semuanya? Kez mahu mereka kembali seperti rakan sekerja? Eva menggeleng. Dia takkan pernah setuju.
            “Kez, kenapa ni? Saya ada buat salah ke? Saya minta maaf. Saya taknak kita berpisah. Hubungan ini baru bermula. Tolong kenali saya dengan lebih dalam. I love you. I love you so much. Jangan buat macam ni. Saya tak boleh kehilangan awak”
            Kez menggeleng. Cukuplah. Jika Eva masih diantara mereka, hubunganya dengan Dara takkan boleh pulih. Kez tahu dia kejam namun dia tak mampu untuk melukai Dara lagi. Lebih-lebih lagi apabila dia sudah jatuh cinta dengan isterinya itu.
              Eva menghampiri. Dia duduk lalu memegang tangan Kez. Mata bergenang. “Saya tahu awak terluka. Saya tahu awak tak suka Jas datang sini. Tapi bukan saya yang berjumpa dengan dia. Jas yang datang. Please, sayang. Fikir sekali lagi. Beri saya peluang sekali lagi”
            Kez menarik tanganya dengan perlahan. Eva tergamam. “Saya dah berkahwin. Walaupun saya tak ingat siapa dia tapi saya dah jatuh cinta. Samada Kez yang dahulu ataupun Kez yang sekarang. Orang yang boleh buat hati saya berdebar hanya Dara. Awak tak rasa itu petanda bahawa saya benar-benar mencintainya dahulu?”
           “Tak!” Kez terkejut. Eva memandang, sayu. “Tak! Kez yang dahulu sememangnya mencintai Dara. Tapi awak. Kez yang baru, mencintai saya! Awak tak seharusnya terpengaruh dengan kata-kata dia. Dara tak boleh terima hakikat dia kehilangan Kez jadi dia lakukan macam-macam perkara. Dia memang perempuan tak tahu malu. Tak sedar diri”
                “Eva!”
                Gadis itu terdiam. Kez memandang tajam. “Berhenti cakap seperti itu tentang Dara. Saya takkan boleh terima awak burukkan isteri saya”
          Eva terkedu. “Kenapa awak buat saya macam ni? Dahulu awak yang terima saya. Tapi sekarang awak buang saya. Awak ingat saya ni barang permainan awak ke, Kez?” dia menyoal, lemah. Hati sakit melihat Kez mempermainkan cintanya yang benar-benar tulus. Kenapa Kez? Apa lebihnya Dara berbanding saya?
             “Saya minta maaf” dia bersuara. Kez tahu ini salahnya juga. Seharusnya dia tidak menerima Eva dahulu. Tidaklah keadaan mereka menjadi rumit sekarang ini. “I don’t need your apology, you fool!” nafas Eva turun naik menahan marah.
            “Saya tunggu awak sejak sekolah. Walaupun awak hancurkan hati saya dengan menolak saya dahulu, saya masih menunggu awak. Saya yakin awak akan lihat betapa dalamnya cinta saya pada awak. Tapi didalam fikiran awak hanya Dara sahaja. Saya benci dia, awak tahu tak? Sejak dia muncul, dia rampas semuanya dari saya!” 
              “Stop it, Eva. Berhenti salahkan Dara. Kita berdua bersalah dalam hal ini. Sebab itulah saya tarik diri. Awak tak punya apa-apa risiko mahupun kesan daripada hubungan ini. Tapi saya tak. Dara disayangi oleh adik dan ibubapa saya. Kalau saya lukakan dia, saya lukakan mereka juga. Saya harap awak faham. Kita takkan boleh bersama”
             Dia menolak kerusi lalu bangun menuju kearah pintu. Kez membuka dan kemudian menoleh kearah Eva. “Awak harus pergi sekarang. Tak elok rasanya kita berduduk duduk didalam bilik ini. Lagipun, reputasi kita dah terjejas sekarang. Saya tak mahu menjejaskan ia lagi”
              Dengan terpaksa, Eva bangun menghampiri Kez. Airmata mengalir diseka dengan kasar. Dia benci Kez! Dia sangat benci Kez! “Saya takkan mengalah. Saya akan buktikan bahawa saya juga layak disamping awak. Saya takkan lepaskan awak dengan mudah Kez!” 
                Kez hanya diam. Dia menutup pintu setelah Eva berlalu keluar. Dia menghela nafas. Ini yang terbaik. Dara sudah cukup bertolak-ansur dengan sikapnya selama ini. Kez tak mahu memperjudikan lagi rumahtangga mereka demi seorang yang tidak penting seperti Eva. Dia hanya mampu berharap Eva tidak melakukan apa-apa untuk meruntuhkan rumahtangganya yang baru hendak dibina ini. 

*************************** 
               
                Suasana di rumah ma sangat sibuk. Memandangkan malam ini akan diadakan majlis tahlil arwah nenek. Walaupun mereka tidak pernah bercerita namun Dara tahu arwah nenek sangat rapat dengan Jas. Jika tidak, dia takkan melihat Jas menyeka airmata ketika ini.
                Dara menghampiri lantas duduk disebelah. Bahu dipegang lembut. Dia faham perasaan Jas. Terlalu faham. Jas sayangkan orang disekeliling seperti nyawanya sendiri. Sebab itulah jika dia kehilangan, Jas adalah yang paling terluka.
                “You okay?” dia menyoal, lembut. Jas mengangguk. “Dah bertahun rasanya. Tapi macam baru semalam nenek pergi. Sudahlah aku yang menjaga dia waktu dia sakit. Dia meninggal sebelah aku je, Dara. Sampai sekarang, aku akan mimpi dia kalau aku rindu dia”
                Dara mengangguk. Kalau dirinya rindukan mama pun, mama akan hadir didalam mimpi. Walaupun sekejap tapi cukup untuk buat Dara melepaskan rindu.
                “Setiap yang datang daripada Allah, pasti akan kembali kepada DIA semula. Daripada you menangis, baik you sedekah al-fatihah dan yasin untuk arwah nenek you tu”
            Airmata diseka. Jas memandang Dara. Dia semakin kagum. Dirinya yang sekadar kehilangan nenek pun terasa berat untuk menghadapi. Bagaimana dengan Dara yang kehilangan kedua ibubapanya?
                “You rehat dulu. I nak turun bawah bantu ma di dapur. Jangan fikir bukan-bukan ye”
                Senyuman diberi. Dia sayang Jas macam dia sayang Judy. Jas sama pentingnya dengan Judy. Dara berharap Jas akan gembira.
               “Dara” Jas memanggil. “Aku minta maaf. Tapi ada benda aku nak beritahu kau sebenarnya” Wajah Dara berubah. Jas kelihatan serius. “Tentang apa?”
                “Aku jumpa Eva hari tu. Selepas kau ceritakan semuanya”
                Dara terkejut. “Maafkan aku. Bila aku lihat kau, aku rasa geram sangat. Sejak sekolah, dia tak habis-habis menyusahkan hidup kau. Aku juga jumpa abang disana. Walaupun aku rasa aku dah jadi adik yang teruk tapi aku tahu aku lakukan perkara betul. Kau sahabat aku. Kakak ipar aku. Percayalah, aku hanya ingin yang terbaik untuk kalian berdua”
                Jas memandang dengan penuh harapan. Dara terdiam. Dia tahu Jas hanya ingin menolong. Namun perbuatan Jas dirasakan tidak kena. Dia seharusnya menjaga maruah abangnya. Walaupun Dara tak kisah apa yang Jas cakap pada Eva tapi Kez masih suaminya. Dia sebagai isteri harus menjaga aib suami. Dara salahkan diri sendiri yang begitu senang buka mulut.
                “Aku minta maaf sangat-sangat, Dara”
            Dara kembali memandang Jas. Senyuman diberi. “Tak apa. Bukan salah you. Tapi janji dengan I. Lepas ni, you jangan buat lagi”
             Jas segera mengangguk. Dara memeluknya, erat. Terima kasih, Jas. I bersyukur kerana punya kawan sebaik you. Terima kasih untuk segala yang you lakukan untuk I selama ini. I berhutang budi yang terlalu banyak pada you, sahabat.
                
***********************************
            Alhamdulillah. Majlis tahlil berjalan dengan lancar. Nasib baik mama menggunakan khidmat catering sepenuhnya untuk majlis kali ini. Tidaklah tuan rumah merasa beban kerana semuanya diuruskan oleh mereka. Seharian ke sana ke mari menguruskan majlis, sekarang baru Dara boleh duduk di ruang tamu yang sudah kosong selepas rombongan tahlil keluar untuk menjamu selera.
            Dara duduk bersimpuh sambil mengurut bahu yang terasa lenguh. Seharian bekerja membuatkan dirinya sangat penat. Nasib baiklah ada yang mahu membantu.
           “Dara” muka diangkat. Kelihatan Tok Su mendukung si kecil Haris. Dara mengukir senyuman. “Nak Dara tolong pegang ye?”
             Tok Su mengangguk. “Tok Su nak makan sekejap. Kamu boleh pegang Haris?”
          Tangan dihulur dan sekelip mata sahaja Haris Ikhwan berada diatas riba. Dara tersenyum. Haris tidur dengan nyenyak sekali sehingga tidak sedar dirinya didalam ribaan mak longnya. Perlahan Dara mencium ubun-ubun Haris. Bau budak-budak sememangnya wangi. Walaupun tanpa bedak.
         Kemudian tanganya memegang tangan Haris yang sangat kecil. Dia tersenyum sendiri. Kalaulah ada anak sendiri. Hampir setahun mereka berkahwin namun masih tiada tanda apa-apa. Nasib baiklah ma dan pa tidak bertanya. Jika tidak, tentu sukar untuk Dara memberitahu.
                Memandangkan perkahwinan mereka baru pulih, Dara sememangnya memerlukan masa. Walaupun sekarang Kez sudah menyatakan cintanya namun hati yang dahulu pernah terluka, bukan mudah untuk dipujuk. Kata orang kerana kita terlalu mencintailah yang membuatkan kita terluka teruk. Dara sememangnya bersetuju.
                Dara sedikit terkejut apabila Kez tiba-tiba duduk disebelahnya. Dengan baju melayu teluk belanga berwarna biru air laut, dia kelihatan tampan. Bukan sekali Dara melihat ada anak gadis yang mengerling ke arah suaminya sambil tersenyum-senyum. Sejak zaman sekolah lagi Dara sedar Kez sememangnya menarik perhatian ramai gadis.
                “Comelnya dia” Kez mengusap lembut ubun-ubun Haris. Dia turut tersenyum. Kalaula ada anak sendiri. Baru sekarang dia inginkan anak sendiri. Dahulu terlalu sibuk dengan rasa benci kepada isteri sendiri.
              “Dia tidur nyenyak sangat. Letih agaknya” Dara bersuara perlahan. Tidak mahu mengejutkan Haris. Kez memandang. Hatinya rasa berbunga. Melihat Dara memangku Haris membuatkan dia inginkan Dara memangku anak mereka.
                “Tak lenguh ke? Bagi abang riba pula”
                Dara menggeleng. Bukanya berat sangat pun. Lagipun, Dara suka lihat bayi yang sedang tidur. Nampak innocent sangat. “Sayang dah makan?” dia menyoal, perlahan.
                “Sekejap lagi rasanya. Dara sibuk sangat tadi” wajah Kez berubah. Dah agak. Dari tadi tengok dari ke luar kemudian ke dapur. Berulang-alik dengan sibuk sekali. “Kalau masuk angin macam mana? Selalu membebel kalau abang skip makan. Awak pun sama je”
                Dara hanya tersenyum. Seketika kemudian, Tok Su menghampiri mereka. “Bagi Haris dekat Tok Su. Kamu pergilah makan. Kamu tak makan sejak tadi kan?”
                Tok Su mengambil semula Haris sebelum dibawa pergi. Dara menghela nafas. Baru nak bermanja dengan Haris. Kez tersenyum. “Marilah kita makan. Nanti masuk angin perut tu” Dara menggeleng. Dia menyandarkan badan sebelum melentokkan kepala di bahu Kez.
                “Dara nak tidur je. Letih sangat ni” dia bersuara, manja. Kez terdiam. Kerja sampai letih badan. Bukanya takda budak-budak catering tu. Tapi memang sengaja nak buat kerja. Dia tak mampu membebel apabila melihat wajah letih Dara. Mata pun sudah dipejamkan.
                Kez menghela nafas. Perlahan dia mengenggam tangan Dara dengan erat. Hatinya berdebar. Hanya dengan Dara dia merasa semua ini. Mungkin inilah cinta yang dicarinya Kez selama ini. 

**************************
                Dia bergolek ke kiri dan ke kanan. Perut terasa memulas ketika ini. Macam diperah-perah. Dara membuka mata. Kez masih belum naik. Pasti sedang berbual dengan sepupunya dibawah. Dara menekan bawah perutnya. Sakitnya.
                Dara bergolek ke kiri. Dia cuba bangun dengan rasa perit. Dara gagahkan diri untuk keluar sebelum bertembung dengan Kez. Segera dia menahan tubuh Dara yang seperti ingin tumbang. “Ya Allah”
                Sekelip mata tubuh Dara dikendong dan dibawa semula ke atas katil. Dara menekan perut menahan sakit. “Kenapa ni? Sakit perut ke?”
                Dia mengangguk. Terasa tak mampu nak bercakap pun dengan Kez ketika ini. “Abang dah pesan makan tadi ‘kan? Itulah, degil sangat”
                Airmata mengalir. Hati tersentuh dengan suara Kez yang tinggi. Dahla sakit, perlu ke nak marah-marah? Kez terdiam melihat Dara menangis. Dia bangun berlalu keluar dari bilik. Seketika kemudian, Kez masuk bersama minyak panas yang diambil dari dapur. Perlahan dia dudu disebelah Dara yang sudah terbaring.
                “Angkat sikit baju tu”
                Dara terkejut. Terus lupa rasa sakit di perut. “Tak mahu!” 
                Kez mendengus. Sekarang pun masih nak berdegil. “Abang buat atau Dara yang buat?” dia memberi amaran, keras. Dara terdiam. Perlahan dia menyelak t-shirt yang dipakai.
                Kez kemudian menuangkan minyak diatas tapak tangan sebelum ditekupkan diatas perut Dara. Dia mengurut lembut untuk menghilangkan rasa sakit. Dara diam menahan rasa malu.  Tidak pernah Kez menyentuhnya seperti ini sepanjang perkahwinan mereka.
                Wajah Kez yang risau membuatkan Dara rasa bersalah. “Sakit lagi?” dia menyoal, lembut. Dara menggeleng. Kurang sedikit berbanding tadi. Kez menghela nafas.
                “Itulah. Orang suruh makan taknak. Sekarang, siapa yang susah?”
                Dara hanya diam. Memang salahnya yang ambil mudah bab makan. Dahulu, sibuk berpesan pada Kez sedangkan diri sendiri pun sama je. Kez memandang Dara yang terpejam. Dia mengucap panjang. Ya Allah, aku bukanya kuat sangat.
                Kali pertama mereka berkeadaan seperti ini. Dirinya juga seorang lelaki. Lebih-lebih lagi bila melihat Dara yang sudah halal untuknya. Dia menghela nafas. Kawal, Kez. Dara sakit. Kau dah gila ke?
                Tiba-tiba, Dara menoleh kearahnya. Dia sudah tertidur. Kez kaget. Tangan Dara melingkari pinggangnya ketika ini. Budak ni! Nak goda aku ke apa? Wajah Dara yang nyenyak tidur buat dia tertarik untuk mendekati. Semakin lama, semakin dekat.
                Cantiknya ciptaan tuhan. Dia memuji sendiri. Wajah putih kemerah-merahan. Kening yang seperti dipatih. Ditambah dengan rambut blonde semula jadi. Sesungguhnya, Dara wanita yang cantik. Dia lebih cantik apabila mengenakan hijab. Macam mana kau boleh terpikat dengan Eva, Kez?
                Perlahan dia mengucup dahi isterinya itu dengan lembut. Nalurinya bergetar. Itulah orang tua-tua pesan. Jangan terlalu membenci seseorang, takut-takut nanti jatuh sayang. Itu yang sedang berlaku kepada dirinya sekarang ini.
                Kucupan singgah di kedua belah mata. Kez senyum sendiri. Dara tidur nyenyak sangat sampai tak sedar apa yang dilakukan olehnya. Senyuman nakal terhasil dan hidung Dara pula jadi sasaran.
                Kez berhenti apabila melihat bibir merah itu. Jiwa lelakinya bergolak. Dia akui sejak hari pertama berkahwin, sengaja dia mengasingkan diri. Mungkin kerana benci. Tapi lebih kepada untuk menahan perasaan sendiri.
                Dengan penuh berhati-hati, bibir itu dikucup lembut. Seluruh tubuh seolah-olah mengalir sesuatu yang amat laju. Kez terkejut apabila Dara membuka mata dengan tiba-tiba. Dia segera bangun. Dara menelan air liur. Apa yang Kez dah buat dekat aku?
                “A…..abang….buat…apa….tadi?” dia menyoal, risau. Rasa macam sesuatu tak kena. Kez mengurut belakang leher. Rasa macam remaja ditangkap buat salah je sekarang ni.
                “Abang…..”dia memandang tepat kearah Dara. “Nak tuntut hak abang” dia menyambung tanpa mengalihkan pandangan daripada isterinya itu. Dara terkelu. Tuntut hak?
                Senyuman diukir. Dia mengusap pipi Dara dengan lembut. Badan Dara menggeletar. Apa yang Kez nak buat? “Abang sayang Dara. Sayang sangat-sangat”
                Dia tergamam. Ucapan Kez itu membuatkan dia meruntuh semua tembok yang dibina kerana kelukaan dahulu. Dia terdiam apabila Kez semakin dekat. Malam itu, dia akhirnya menjadi isteri secara sah untuk Kez. Kehidupanya sebagai seorang wanita dan isteri juga dirasakan sudah sempurna sepenuhnya.

*******************************
                “Dekat mana, pa?” dia menyoal sambil menyelak fail yang bertimbun di atas meja. “Bawah fail tu la. Papa tak letak tempat lain pun”
                Dia menyelak lagi sekali. Arieff mengeluh. Tak jumpa pun.
                “Nanti cari lain la. Tak jumpa pun”
                Papa ni pelik betul. Ada ke kad kahwin letak bawah fail yang bertimbun ni? Mana la nak jumpa? Nasib baik la kenduri sanak saudara yang tahu rumahnya dimana. Kalau tak, alamatnya memang tak payah pergi la jawabnya.
                Ketika ini berjalan keluar, dia terlanggar susunan buku yang berada di meja sebelah. Jatuh berterabur. Apa kena kau, Rief? Dia tunduk mengutip buku tersebut sebelum sekeping gambar melayang keluar daripada helaian buku yang diambil.
                Arieff membaca tulisan di belakang. Papa rindu kamu. Dia mengerut dahi. Gambar itu dipusingkan dan Arieff bertambah terkejut melihat gambar Dara yang diambil. Mungkin sewaktu dirinya masih bersekolah menengah.
                Dara? Papa? Otaknya berfikir. Cuba mengaitkan apa sebenarnya hubungan papa dan Dara. “Arieff!” suara papa mengejutkan dirinya. Dia segera menyusun buku namun mengambil gambar tersebut.
                “Datang!”

4 comments:

  1. sape papa dara??? smbg cepat2 jer... xsabar nk tngu

    ReplyDelete
  2. e ehhhhh......dara masih ade papa meyh?????but i though they're died o ready....hmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  3. hmmm best....hopefully ada sambungannya..

    ReplyDelete