“Kita
nak bersenam ke?” dia menyoal, keliru. Kez tersenyum. “Wait a second” dia berlari meninggalkan Dara sendirian.
Penat
berdiri, Dara menjadi satu tempat yang sedikit teduh dibawah pokok yang besar.
Dara melipat kaki sebelum memeluk keduanya bersama helaan nafas. Mereka nak
buat apa sebenarnya ni? Tiba-tiba dia terkejut apabila seorang kanak-kanak
perempuan berdiri dihadapanya.
Senyuman
diukir. “Hai”
Budak
perempuan itu tersenyum. “Nak?” dia menghulur coklat ditangan. Dara tergelak.
“Adik punya ke?” dia mengangguk.
“Mama
suruh kongsi”
Dara
mengambil sebiji. “Terima kasih” dia mengukir senyuman. “Nama apa ni?”
“Qistina”
Dara
mengangguk. Dia mengusap rambut Qistina dengan lembut. Naluri keibuan
membuatkan dia begitu mengharapkan anaknya nanti seperti Qistina. Tapi kemelut
didalam perkahwinanya ketika ini membuatkan impian itu terlalu sukar untuk
dipenuhi.
“Damia” dia menoleh. Kez berjalan kearahnya sambil
membawa wau. Dara memandangnya, hairan. “Abang nak buat apa ni?”
Kez
memberi senyuman, nakal. “Mainlah. Takkan nak makan kot?” Dara masih mengerut
dahi. Biar benar suami aku ni? Mata Kez memandang budak perempuan disebelah
Dara. “Siapa ni?”
“Oh,
ini Qistina. Mama dia suruh kongsi cokelat dia dengan Dara”
Kez
kerut dahi. Kemudian dia ketawa. Dara terkejut apabila Qistina terus berlari
kearah mamanya tanpa berkata apa-apa. “Pelik”
Dia
bangun mendapatkan Kez. “Awak pegang hujung. Abang pegang tali”
Mereka
menjarakkan diri. Nasib baik cuaca tidak panas tapi berangin. “Dah boleh ke?”
dia menjerit sedikit. “Sekejap”
Kez
mengangkat tangan untuk merasakan kelajuan angin. Wajahnya yang serius buat
Dara tergelak. “Okay, lepas”
Sekelip
mata, wau tersebut sudah berada diatas. Dara kagum. Dia berlari mendapatkan Kez
dengan senyuman. “Dah naik. Dah naik”
“Nak
try?”
Dara
mengangguk. Kez menghulurkan tali kepada Dara. “Tarik perlahan-lahan dan lepas.
Tarik dan lepas. Okay?”
Kez
melihat Dara yang khusyuk memerhati wau diatas. Senyuman terukir tanpa sedar.
Dia memerhati sahaja. Kez baru sedar. Sejak berkahwin, dia tak pernah lihat
Dara segembira ini. Dia semakin jarang melihat senyuman Dara yang benar-benar
ikhlas.
Aku
dah banyak lukai hati dia ke? Dia teringatkan kata-kata Jas tadi. Dara lepaskan
semuanya demi aku? Dia lepaskan apa? Kalau tanya Dara pasti dia takkan beritahu
apa-apa.
Penat
berlari membawa wau, Dara akhirnya duduk disebelah Kez dengan nafas yang
turun-naik. Kez menghulurkan air mineral untuknya.
“Penat?”
Dara mengangguk. Dia terkejut apabila Kez mengesat peluhnya dengan
berhati-hati. Dia tergamam. Kez memberi senyuman. “Tunggu kejap”
Dia
terkebil-kebil. Kez ni selalu hilang kemudian bawa benda pelik-pelik. Dia
menunggu agak lama sebelum mendengar bunyi loceng basikal. Dara menoleh. Kez
membunyikan loceng itu sekali lagi sebelum tersenyum. Dara berdiri dengan rasa
terkejut.
“Mana
abang dapat?”
“Sana”
dia memandang kearah booth menyewa basikal.
Dia menggeleng sebelum tersenyum. “Puan Alessandara Damia?” dia menyoal.
“Sudikah awak naik basikal dengan saya?”
Dara
ketawa. Dia mengangguk sebelum duduk di tempat duduk belakang. Dara kemudian
memeluk pinggang Kez. Hatinya berdegup kencang. Apabila Kez mulai mengayuh,
hatinya jadi semakin tenang. Ditambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa ketika
ini.
“Damia”
“Hmmm”
Kez
mengerling. Hatinya turut berdebar. Adakah dirinya dah jatuh cinta? Adakah ini
cinta? “Kita mulakan semula”
Dara
mengangkat muka. Kez memberhentikan kayuhan. “Kita mulakan semuanya. Abang
hanyalah Khairul Muslim. Dan awak hanyalah Alessandara Damia. Tanpa kenangan
zaman sekolah. Tanpa ingatan yang dahulu. Abang nak kenal Damia yang sekarang”
Dara
terdiam. Melupakan semuanya dan memulakanya semula? Tidak semudah itu. Tapi
jika Kez sudah berusaha, Dara tidak harus menghalang. Sekurang-kurangnya Kez
mahu mengenali dirinya walaupun harus memulakan semuanya semula.
“Jika
diantara kita tiada Eva, Dara boleh bertoleransi dengan apa sahaja”
Kez
terdiam. Dia mengangguk, faham. Eva hanyalah satu kesilapanya yang tidak tahu
menghargai cinta Dara. Kez sudah berlajar dari kesilapanya. Lebih-lebih lagi
daripada Jas. “Jangan risau. Tiada lagi Eva diantara kita”
Senyuman
diukir dengan rasa sedikit lega. Dia pegang janji Kez kerana Dara tahu Kez tak
pernah memungkiri janjinya. Dia kembali memeluk pinggang dan suaminya itu
kembali mengayuh. Ya Allah. Kau berikanlah kekuatan untuk aku menghadapi
cabaran dalam mempertahankan rumahtangga kami. Sesungguhnya, aku hanya mahu
menjadi isteri kepada Khairul Muslim.
**************************
Dara pulang agak lewat hari ini. Terlalu ramai pelanggan yang datang
sehingga dirinya dan Manda tak menang tangan. Dara sudah berkira-kira untuk
menambah seorang lagi pekerjanya untuk memudahkan mereka berdua.
Setelah memparkir kereta, dia
menuju ke pintu. Dara agak hairan melihat kereta Kez sudah tersadar di dalam
garaj. Awal Kez balik hari ni. Dia memberi salam sebelum membuka pintu. Setelah
menutup pintu, Dara menoleh ke ruang tamu.
“Ya Allah, mak!” jantungnya
hampir gugur melihat Kez berdiri dengan wajah serius sambil memeluk tubuh. Dia
sudah menyalin pakaian yang lebih santai.
“Abang! Terkejut Dara tadi”
Kez masih merenungnya, tajam.
Dara kehairanan. Aku buat salah lagi ke? “Kenapa?” dia menyoal, risau. Kena
sampuk ke suami aku ni? “Kenapa balik lambat?” dia menyoal ala tentera.
“Tadi pelanggan ramai sangat”
“Kenapa tak call?” Dara semakin hairan. “Dara ingat abang balik lambat. Selalu
abang balik lewat kan?”
Kez menghela nafas. Beria dia
balik awal hari ni sebab nak jumpa Dara. Alih-alih isterinya takda dirumah pun.
“Lain kali kalau balik lambat, telifon abang. Taklah abang risau macam ni”
Dara terdiam. Rasa aneh bila Kez
ambil berat tentangnya. “Come here”
dia memanggil. Dara kaget. “Hah?”
“Come. Here.”
Kakinya melangkah walaupun agak
ragu. Dara berhenti dihadapan Kez namun sedikit jauh. “Dekat lagi” dia
mengarah. Terasa nak garu kepala pula sekarang ni.
“Ish, budak ni”
Dara terkejut apabila Kez
menariknya ke dalam pelukan. Jantungnya berdegup laju. Macam baru lepas lawan
lari 100 meter. Kez menghela nafas. Anehnya cinta. Baru tak jumpa beberapa jam
dah rasa rindu.
“A….abang” Dara cuba
merenggangkan pelukan namun Kez kembali memeluknya, erat. Dara kaku. Tak pernah
Kez begini. Okay ke tidak suami aku sekarang ni?
“Mulai hari ini, awak harus
peluk saya sebelum keluar dari rumah dan selepas pulang”
“Hah?”
“Kalau tak, ada hukumanya yang
pasti awak takkan mahu buat” dia mengukir senyuman. Hatinya tenang bila Dara
didalam pelukan seperti ini.
“I miss you”
Kaki terasa macam jelly sekarang ini. Ucapan yang
sederhana namun membuatkan dia tak keruan. Akhirnya Dara membalas pelukan Kez
dengan senyuman. I miss you too.
*******************************
Langkah Zaid yang ingin masuk ke pejabat terhenti. Siapa yang bersiul
dalam pejabat ni? Dia menoleh ke tepi. Kez? Betul-betul Kez? Dia melihat Kez
tersenyum sebelum menyapa setiausahanya. Zaid kerut dahi. Kez nampak happy sedangkan minggu lepas baru kena
serang dengan adik sendiri. Sesuatu berlaku ke?
Tak jadi nak masuk, Zaid menukar
arah menuju ke pejabat Kez. Inilah masanya untuk mengorek rahsia. Ketukan di
pintu kedengaran. “Masuk”
Zaid membuka pintu dengan
sengihan. Wajah Kez berubah. “Morning”
temanya itu menyapa. Kez memandangnya, tajam. “Kau nak apa ni?”
Zaid memegang dada dengan wajah
sedih. “Terasa aku. Nak tanya khabar kawan sendiri pun tak boleh ke?” dia
menyoal, berpura-pura terkilan. Kez buat muka menyampah.
“Macam la aku baru kenal kau
semalam, Id”
Pantas Zaid memberi sengihan
sebelum menghampiri meja Kez. “Apanya?” dia menyoal sambil membelek kertas yang
diletakkan didalam tray masuk diatas
mejanya. “Tak ada apa-apa” tapi dia masih tersenyum, penuh makna.
“Id, walaupun kau bos aku, tak
semestinya aku tak cekik batang leher kau sekarang ni”
Zaid ketawa. Garangnya. Tadi punya
happy. “So?” dia menyoal. Kez memandang. “Apanya?” Zaid menjungkit kening.
“Ada cerita seronok ke sampai kau bersiul tadi?”
Kez menggeleng. “Serius la, Id.
Aku rasa baik kau apply ganti tempat
wartawan Melodi tu. Tentu banyak gossip artis yang kau dapat korek”
Zaid hanya tersenyum.
Memandangkan Kez adalah seorang sahabat yang paling payah nak mendengar dia
mengadu ataupun meluahkan perasaan, Zaid rasa dia memberi perhatian yang lebih
untuk lelaki ini. Ditambah pula dengan usia Kez yang muda 3 tahun darinya. Kez
dianggap seperti adik sendiri.
“Tidaklah. Untuk orang yang baru
lepas kena serang dengan adik sendiri minggu lepas, kau nampak terlalu gembira
hari ni. Apa dah jadi?
Kez terdiam. Minggu lepas
membuka matanya tentang siapa Dara dan siapa dirinya yang sebenar. Sekarang,
hatinya lebih tenteram. “Tak ada apa-apa. Aku cuma happy je. Salah?”
Zaid hanya tersenyum. Dia lega
melihat Kez sudah mampu tersenyum seperti ini. Kerana sejak kebelakangan ini,
dia tahu Kez tertekan.
“Id, aku nak tanya kau sikit boleh?” Zaid mengangguk. “Macam mana kau
tahu kau jatuh cinta?” Zaid hampir jatuh kerusi dan ketawa bergolek-golek
mendengar soalan Kez. Namun melihat wajah Kez yang serius, tak sampai hati pula
nak buat macam tu.
“Kenapa kau tiba-tiba tanya
soalan cinta ni? Ingat aku doktor love ke?”
Kez mengeluh. Memang tepat kata
hatinya tadi. Zaid Hamidi memang tak boleh pakai kalau bab cinta ni. Zaid
tersenyum. “Sebenarnya, aku tak boleh jawab spesifik la sebab taste kau dan aku lain. Tapi secara generalnya, bila kau dengan dia, kau
akan happy. Adakalanya sakit hati pun
ada. Yang penting dan aku pegang sampai sekarang, setiap kali aku jumpa dia,
jantung aku berdegup bagai nak gila”
Diam. Zaid memandang Kez yang
begitu serius. Kez jatuh cinta dengan siapa? Dara? “Macam mana kalau kau suka
dia tapi ada perkara yang dia buat yang membuatkan kau tak boleh terus-terang?”
Zaid kerut dahi. Apahal budak ni
tanya soalan pelik-pelik. Kez selepas hilang ingatan lebih pelik daripada Kez
yang dulu. “Bro, bagi aku lah. Aku
boleh terima apa sahaja kelemahan dan kesilapan dia sebab aku cintakan dia dan
aku tahu tak semua orang sempurna. Kecuali kalau dia ada lelaki lain. Itu boleh
membuatkan atuk dan nenek aku pun naik hantu”
Kez memandang sekejap sebelum
ketawa. Zaid tersenyum. Jadi, kegembiraan
kau ni sebab perempuan la? “Jadi, kau nak beritahu aku tak siapa perempuan tu?”
Pantas Kez menggeleng. “Aku
banyak kerja ni. Kau boleh keluar sekarang” Zaid terkejut. Budak ni. Ingat aku office boy ke aci halau macam tu. Bertuah sungguh. “Jangan cakap perempuan tu
Eva!”
Kez terkejut. Eva? Apa kena Eva
dengan aku pula? “Jangan merepek boleh?”
Zaid tersengih. Jadi, sahlah
Dara. Rasa nak tergelak pun ada. Jatuh cinta dengan isteri sendiri. Jatuh cinta
dengan orang yang sama walaupun setelah hilang ingatan. Hanya Kez yang boleh
lakukan semua itu.
“Iyalah. Bukan Eva. Apapun, aku
gembira lihat kau macam ni. Sejak kebelakangan ni, aku tengok kau tension sangat. Sampai aku nak tegur pun
takut. Nanti kau membebel tentang projek macam dulu”
Kez hanya tersenyum. “Tapi
rasanya sekarang kau lagi suka membebel. Iyalah. Kau dah makin tua ‘kan?”
“Cis. Tak guna kau!” Zaid
menarik muka. Kez hanya ketawa. Bebananya sedikit kurang apabila berbual dengan
Zaid.
“Kez, I nak tengok cerita ni” suara Dara kedengaran. Sesuka hati je
datang dan tukar channel. Kez
tersenyum namun dia tetap memang remote
control. Dara mendengus.
“Apa? Siapa Kez? Siapa?”
Dara memandangnya. Dia ingin
membalas namun terdiam semula. Kez menjungkit kening. Sengaja mengusik. Dia
lebih senang mendengar Dara memanggilnya abang berbanding nama.
“Dara nak tengok cerita tadi”
“No” dia menggeleng tanpa berfikir pun. Dara mengetap bibir. Degil.
Dia melihat Kez ketawa. Suka benar dengan Maharaja Lawak walaupun ulang
berpuluh kali. Dara memeluk tubuh dengan rasa sebal.
“Mulai sekarang, awak dilarang
untuk panggil saya dengan nama”
Dara terkelu. “I don’t really like it” dia menambah,
jujur. Dara rasa berdebar. Apa yang cuba Kez sampaikan sekarang ini?
“You change the channel then I call you abang”
Kez tergelak. Dara tersenyum.
Dia memandang Dara. “Nope” senyuman
diberi. Dara mencebik. Keras hati sungguh. Tak berubah sejak dahulu.
Terpaksalah Dara melihat juga Maharaja Lawak. Dia memerhati Kez sebelum
memastikan lelaki itu sudah leka.
Perlahan, dia menggerakkan
tangan dan terus mencapai remote. Kez
terkejut. “Ha ha. My turn now” dia
menukar channel kepada The Voice.
Dara tersenyum, puas. Kez memandang, geram. Budak ni.
Kez menggeletek pinggang Dara
sehingga buat isterinya itu buat gaya ala kungfu diatas sofa. Kez ketawa. Tak
pernah dia lihat Dara macam ni. “Nak bagi tak? Nak bagi atau abang geletek
lagi?”
Dalam masa itu, Kez cuba
mencapai remote yang sengaja
dijauhkan oleh Dara. “Dapat pun” dia memberi senyuman. Namun senyuman itu
hilang apabila melihat betapa dekatnya mereka ketika ini. Dara menjadi malu.
Jantungnya berdegup bagai nak gila sekarang ini.
Kez memandang Dara yang nampak
kaku. Perebutan mengenai remote sudah
lama dilupakan. Suasana menjadi sangat kekok ketika ini. “Err, abang!” dia
bersuara. “Hmmm”
“Da…Dara nak bangun”
“Kenapa?” dia menyoal, lembut.
Meremang bulu roma Dara. “Dara nak ke dapur” dia menjawab dengan kekuatan yang
masih ada. Kez tersenyum. Perlahan dia mengusap pipi Dara. Cantik. Isterinya
ini memang cantik.
Dara terasa hampir cair. Nasib
baiklah mereka diatas sofa. Kalau berdiri, dah lama Dara jatuh ke bawah.
“A…abang”
“Ye sayang”
Dara terdiam. Pertama kali Kez
mengungkapkan perkataan itu. Perlahan Kez mencium dahinya dengan lembut.
Seluruh badan Dara menggeletar. Kez tersenyum. Dia lupa semua persengketaan
mereka. Dia lupa dia pernah membenci wanita ini.
“You are so beautiful” dia memuji lembut sebelum kucupan ke dua
singgah di mata. Dara masih membisu. Namun dia senang dengan perlakuan Kez
ketika ini.
“I think I’m falling in love with you” Dara tergamam. Kez memberi
senyuman yang mencairkan hati. “Ah!” Kez terkejut dan Dara menggunakan
kesempatan itu untuk menolaknya hingga
jatuh terduduk diatas lantai. Dara segera berdiri.
“Dara baru teringat. Dara ada
kerja”
Dia bangun dengan pantas sebelum
berlari naik ke atas. Kez memandang. Dia terkejut. Kemudian, dia menghamburkan
tawa yang mengisi keseluruhan ruang bawah rumah. Tak sangka Dara guna taktik
seperti ini. Isteri siapalah ini?
***************************************
Dara turun ke bawah apabila terasa rumah sedikit sunyi. Hujung minggu
begini selalunya mereka keluar beriadah. Namun memandangkan hari ini Kez hanya
mahu berehat, Dara turutkan sahaja. Lagipun, banyak lagi draf yang harus
dilihat sekarang ini.
Dia menjengah di ruang tamu,
kosong. Dia kemudian ke dapur. Kosong juga. Dara kehairanan. Kez keluar ke? Dia
kemudian menjenguk ke luar. Kedengaran Kez sedang bersiul sambil mencuci
kereta. Senyuman terukir.
“Abang disini rupanya”
Kez mengangkat muka melihat Dara
di muka pintu. “Cari abang ke?”
Dara menggeleng. “Dara rasa
rumah sunyi je tadi. Ingatkan abang keluar”
Kez tersenyum. “Malam nanti ma
ajak dinner” Dara mengangguk. Dia
menyarung selipar kemudian keluar ke perkarangan rumah.
“Nak Dara tolong?”
Kez segera menghulurkan span
kepadanya. “Amboi, macam tunggu orang tanya je ‘kan?”
Senyuman diberi. Dara segera
menggosok badan kereta tersebut dengan air sabun. Dia tersenyum mendengar Kez
kembali bersiul. Sejak akhir-akhir ini, Kez semakin kerap pulang awal dan
berehat dirumah. Jika ada telifon pun, dia pasti menyuruh mereka berbincang di
waktu pejabat sahaja.
“Abang” dia memanggil. “Ye”
“Abang”
“Ye sayang”
“Abang” dia ketawa, kecil. Kez
mengetap bibir. Baru dia perasan Dara sengaja memanggilnya. Budak ni nak kena
agaknya. “Abang”
“Ni abang awak” Dara terkejut
apabila wajahnya disimbah dengan air paip. Kez ketawa, kuat. Comel sungguh bila
Dara terkejut macam ni.
“Abang!” kali ini panggilan itu
naik satu nada. Kez masih ketawa. “Basah baju Dara” dia mendengus, geram.
Bertuah punya suami. Kez menghampiri dan melihat Dara sedang mengelap wajahnya.
“Sini”
Dia menarik tangan Dara untuk
lebih dekat. “Okay tak?”
“Main macam budak-budak” dia
membebel. Kez hanya tersenyum. Dia mengesat mata dan dahi yang sudah kering.
Dalam diam Dara mencapai pili air berhampiran sebelum memberi senyuman.
“Abang”
“Ye sayang” Kez terundur ke
belakang apabila disembur dengan tiba-tiba. Kali ini Dara pula yang ketawa.
“Okay. This is war”
Dia berlari ke tempatnya semula
dan mulai mengambil pili air. Dara sudah menyorok di bawah apabila Kez
terus-terusan menyembur sehingga dia tidak sempat bangun untuk membalas balik.
“Nak menyorok mana lagi hah?”
Dara menjerit apabila Kez
menghulurkan pili tersebut supaya kena ke badanya walaupun dia sudah menyorok.
Dara berlari keluar ke bahagian rumput di perkarangan rumah. Kez masih terus
menyerbu sehingga beberapa kali Dara tersedak akibat terminum air tersebut.
“Abang. Stop. Dara tak boleh bernafas”
Kez meletakkan pili di bawah.
Dia melihat Dara terbatuk-batuk. Baru Kez tersedar dia sudah melebihi had. Kez
menghampiri dengan pantas. “Okay tak ni?”
Dara mengangguk namun dia masih
terbatuk. “O…okay” mata juga sudah merah menyala. Kez menggeleng. Hilang akal
ke kau, Kez? Nasib baik tak lemas isteri
kau!
“Marilah masuk. Sejuk ni”
Dia menarik tangan Dara masuk
sebelum menyuruhnya duduk disofa. Kemudian, Kez berlalu ke bilik bawah sebelum
keluar bersama tuala kecil.
“Sini” dia menyuruh Dara
menghadapnya sebelum dia menggosok rambut Dara dengan lembut. Dara terdiam.
Hatinya berdebar. Tak pernah Kez seperti ini. Suasana diantara mereka tiba-tiba
menjadi sunyi.
“I’m sorry” dia mengucap perlahan. Dara mengangkat muka. “Awak okay
‘kan?” dia mengangguk sebelum tersenyum. Kez sedikit lega. Satu kucupan singgah
di bibir Dara sebelum dia kembali mengeringkan rambut isterinya itu. Dara
benar-benar terkejut. Dia tak sangka Kez akan buat seperti itu.
Sekarang siapa yang lagi mat
salleh ni? “My turn”
Kali ini, Kez pula duduk dan
Dara mengelap rambutnya dengan lembut. “Kalau demam nanti, payah pula nak
kerja” dia membebel sendiri. Kez hanya mendengar. Dia sangat bahagia. Semua
yang Dara lakukan sentiasa buat dirinya berdebar.
“Damia”
“Hmm”
“Thank you” Dara kehairanan. “Kenapa?”
“Sebab bertahan dengan perangai
buruk abang. Sebab tak putus asa dengan abang. Sebab untuk semua ini”
Dara mengukir senyuman. Jika ini
adalah hasilnya, semua itu dirasakan sangat berbaloi. Walaupun ini bukan Kez
yang dahulu namun sekurang-kurangnya, Kez ini turut mencintai dirinya.
“Nanti Dara nak minta pampasan
untuk semuanya” dia mengusik. Kez tergelak kecil.
Perlahan dia menarik Dara ke
dalam pelukan. Dara terkejut namun dia semakin selesa. “Stay with me forever, will you?”
Hatinya berbunga. “Till Jannah.
Insya-allah”

Menjauhlah derita hadirkan bahagia.akak suka...tahniah dik
ReplyDeleteohohoho...i really like this n3 after waiting it sooooooo longggg hokeyyyyyy....ahahhahaha...gud job gud job...tp dah abes ke??????
ReplyDelete