Friday, 7 December 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 30

Petang esok selepas menutup butik, Dara membawa kereta kembali ke villa nenek. Dia tahu dirumah itu, pasti Kez masih belum pulang. Kez benar-benar marah. Dia percaya bahawa Eva betul dan dirinya salah. Apa lagi yang mahu dibuktikan? Kez memilih Eva berbanding dirinya.

“Assalamualaikum” loceng rumah dibunyikan. Beberapa ketika kemudian, pintu dibuka. Dara masuk setelah ditegur oleh pembantu. Dia segera menuju ke ruang tamu dan berehat diatas sofa. Leganya dapat balik rumah. Hatinya sedikit senang.
“Dara” dia menoleh pantas. Dara mengukir senyuman melihat nenek turun dari tangga dengan wajah terkejut. “Apa kamu buat disini? Mana Kez?”
Dara menyalam tangan nenek dan mencium kedua belah pipi wanita itu. “Dara terus dari butik. Kez masih ditempat kerja dia”
Nenek mengangguk. Kemudian, mereka sama-sama duduk disofa. “Rindunya nenek pada kamu. Ingat juga kamu dekat nenek ye?” Wajah Dara berubah. “Apa nenek cakap ni? Dara sentiasa ingat nenek. Maaf ye kebelakangan ni Dara sibuk sikit”
“Nenek gurau je la”
Dara tersenyum. Namun senyuman itu kian hambar sehingga mampu dikesan oleh nenek. “Kenapa ni? Kamu macam ada masalah je. Apa yang berlaku?”
Dia menggeleng. Kemelut rumahtangganya tidak harus diceritakan kepada orang lain. “Dara” nenek memegang bahu cucunya itu dengan lembut. Dia dapat lihat Dara berusaha untuk menyimpan semuanya sendiri. Apa sebenarnya yang sudah berlaku kepada cucunya ini?
“Beritahu nenek. Kenapa kamu ni?”
Dara memandang nenek. Dia merasa sebak dengan tiba-tiba. Kalaula mama ada. Kalaula mama ada, pasti Kez takkan melayanya seperti ini. Kalaula mama ada, pasti Kez akan dimarahi dengan teruk sekarang ini. Dara menghela nafas dalam cubaan menahan airmata yang ingin mengalir.
“Dara datang untuk ambil angin dan jumpa nenek” dia memberi senyuman, pahit. Nenek menggeleng. Dia tahu ini bukan sebabnya. “Apa yang berlaku antara kamu dan Kez?” Dara kaget. “Dara, nenek hidup lama dari kamu. Nenek tahu kalau kamu ada masalah. Kamu tak boleh tipu nenek”
Kelopak mata terus bergenangan. Nenek terkejut. “Nek” airmata gugur. “Dara letih sangat. Letih sangat, nek” nenek segera menarik Dara ke dalam pelukan. Dia terkejut lihat Dara menangis. Sepanjang mengenali Dara, tak pernah lihat cucunya ini menangis seperti ini. Malah sewaktu pengebumian mamanya, Dara tidak seluka ini.
“Dara cuba nek. Semuanya. Tapi Kez tetap tolak Dara jauh. Dara dah letih”
Dia menangis teresak-esak. Nenek turut sebak. Dia mengusap belakang Dara dengan lembut. Biarlah Dara menangis semahu-mahunya. Pasti sudah lama cucunya ini menanggung semuanya sendiri.
“Sabar, Dara. Ingat Allah. Pasti ada hikmah disebalik semua ini berlaku. Kamu jangan cepat berputus asa ye?”
Keluhan dilepaskan. “Kalaula nenek tahu begini dia layan kamu. Nenek takkan benarkan kalian berkahwin. Nenek seharusnya sedar Kez sudah berubah sejak dia kemalangan hari tu. Kenapa kamu masih mahu mengahwini dia, Dara? Sekarang, siapa yang menderita?”
      Dara hanya diam. Kerana walau seteruk mana sekalipun layanan Kez, Dara akan mampu menelanya kerana rasa cinta yang sangat dalam. 6 tahun bukan masa yang singkat. Mereka lalui pelbagai dugaan. Dara tidak mahu mengalah dengan mudah. Namun sekarang dia rasa terlalu penat. Dara tak pasti jika dia mampu hadapi semua ini lagi.
        “Dara sangka Kez akan kembali. Dara ingat Dara mampu buat dia kembali ingat” dia menjawab, perlahan. Nenek menggeleng. Dia memahami namun melihat Dara yang tidak gembira dengan perkahwinanya, semua ini terasa sangat tidak berbaloi.
          “Jadi, apa yang kamu nak buat sekarang? Kamu masih nak tunggu Kez?”
    “Dia suami Dara, nek” dia menjawab, tegas. “Nenek tahu. Tapi jika Kez tak tunaikan tanggungjawab dia sebagai suami, kamu berhak tuntut fasakh”
         Dara terkejut. Dia tak sangka nenek mengutarakan jalan penyelesaian seperti itu. Dia sangat-sangat terkejut. “Apa nenek cakap ni? Dara takkan tinggalkan Kez”
          “Jadi kamu nak terus menderita dengan perbuatan dia? Kamu berhak mendapat yang terbaik, Dara. Kez tak berhak layan kamu seperti ini”
        Dia terdiam. Mindanya menolak terus cadangan nenek tadi. “Tak apalah, nek. Jangan risau tentang Dara. Dara akan buat yang terbaik untuk menyelamatkan rumahtangga Dara”
         Dara bangun mencapai beg tangan. “Dara balik dulu, nek. Assalamualaikum” setelah mencium tangan, dia berlalu pergi. 

********************************
 

           Eh, Kez tak balik lagi? Zaid melihat jam ditangan. Sudah hampir 1 pagi. Nak bertapa ke dekat pejabat ni? Dia mengatur langkah menuju ke bilik Kez. Lampu yang masih bernyala memberitahu lelaki itu masih di pejabat. Satu ketukan diberi sebelum pintu dibuka.
        Kez sekadar mengangkat sedikit wajahnya. “Kau tak balik lagi? Dah pukul berapa ni?” dia menayangkan jam di pergelangan tangan. “Sikit lagi. Aku kena go through slide. Esok meeting dengan Datuk Adryan”
          Zaid menghela nafas. Kez memang workaholic. Tapi takda la sampai bertapa di pejabat. Wajah pun nampak tertekan je. Takkan sebab projek ini kot? “Kez” dia bersuara. “Hmm”
                “Baliklah”
                “Hah?”
                “Kau ada isteri. Pasti Dara tengah tunggu kau sekarang. Aku tahu projek ini penting. Tapi sebagai rakan karib, aku taknak kau jadi macam ni. Kasihan Dara” wajah Kez berubah. Dia kemudian menghela nafas. “Kau tahu aku miss satu meeting dengan Datuk Adryan hari tu?”
                Zaid mengangguk. “Eva cakap dia ada hantar meseg pada aku. Tapi aku tak dapat pun” Zaid diam berfikir. “Jangan cakap kau syak Dara yang padam?”
                Kez terdiam. Zaid terkejut. Kez tuduh Dara? Dia semakin terkejut. Mereka berdua ada konflik ke? Bukan ke Kez berkahwin atas dasar suka sama suka. Zaid hampir terlupa Kez lupa ingatan dan dia tidak mencintai Dara.
                “Kez” dia meletakkan briefcase diatas sofa. Teruk ni. Kerana tak kenal Dara, Kez boleh senang diperdaya. “Walaupun aku tak kenal Dara tapi aku yakin dia takkan buat seperti itu”
                “Sejujurnya, aku pun yakin dia tak buat” Zaid mengeluh. “Habistu? Apa masalahnya sekarang?”
                “Aku tak pasti. Aku benci dia sebab paksa aku kahwin dengan dia. Aku rimas bila dia begitu berharap aku akan kembali jadi Kez yang dahulu. Aku takkan ingat semuanya macam yang dia harapkan. Harapan dia tu yang buat kepala aku sakit sangat”
                Zaid terdiam. “Kau tahu apa yang menakutkan untuk orang yang hilang ingatan?” dia menyoal, lemah. Zaid menggeleng, jujur. “Bila orang cerita semua benda seolah-olah nampak benar tapi kau langsung tak ingat secebis pun. Malah kau mulai sangsi samada mereka bercakap benar ataupun tidak”
                Kez meraup wajahnya bersama keluhan. Itulah yang dirasainya. Semua orang disekeliling memaksa untuk dirinya mengingati Dara hingga dia salahkan gadis itu kerana membuatkan dirinya seperti ini. Semakin ramai yang mendesak, semakin dia membenci gadis itu.
                “Tapi orang takkan bercerita kalau tak benar, Kez. Lagipun,  orang-orang itu adalah orang yang kau kenal. Keluarga kau. Takkan kau tak percaya keluarga sendiri?”
                Zaid memeluk tubuhnya bersama gelengan kepala. Parah ni. Kalau terus begini, perkahwinan Kez akan hancur.
                “Sekarang, kau balik rumah dulu. Aku yakin pasti Dara tengah tunggu kau. Apa sahaja konflik diantara kalian, selesaikan dengan baik. Berlajar jadi ketua keluarga dan seorang lelaki, Kez. Tak selamanya kau boleh melarikan drii daripada masalah”
                Kez terkejut apabila disindir seperti itu. Zaid mengangguk. “Sebagai bos, aku mungkin akan bagi bonus dengan tahap dedikasi kau sekarang. Tapi sebagai kawan, aku rasa kau kawan paling bodoh pernah aku jumpa. Sekarang, balik rumah!”
                Dia tergelak, kecil. Zaid tersenyum. Dia berharap Kez mampu menyelesaikan semuanya. Dia berharap perkahwinan mereka akan berkekalan. 

*******************************************

                “Alessandara Damia binti Abdullah, sudikah awak menjadi suri didalam hidup saya?”
                Dia melihat gambar itu. Hatinya bagai ditoreh-toreh. Malam itu adalah malam paling gembira untuknya. Malam itu dia mendengar luahan hati dari seorang lelaki yang dicintainya sepenuh hati. Dara duduk diatas katil memegang gambar perkahwinan mereka.
                Apa yang telah terjadi kepada kita? Kenapa kita jadi seperti ini? Dahulu, awak adalah segala-galanya. Dahulu saya adalah cinta hati awak. Kenapa semuanya berubah dengan begitu mudah?
                Airmata menitis. Dara bukan lemah. Dara bukan mengalah. Dia cuba terlalu letih. Dia letih meraih kasih seorang suami yang tidak sudi. Dia letih bersaing dengan perempuan lain demi suaminya sendiri. Dara membaringkan tubuh diatas katil. Sakitnya bercinta. Lebih sakit berbanding rakan sekelas mengejeknya dahulu. Lebih sakit dari sewaktu dia kehilangan mama dahulu.
                Mama. Hatinya merintih merindui wanita itu. Dia sangat rindukan mama. Kenapa mama pergi awal? Kenapa mama tinggalkan Dara? Kenapa mama takda waktu Dara perlukan mama? Anehnya. Sewaktu kehilangan mama, dia tidak seperti ini. Kenapa sekarang kau baru perlukan mama, Dara? Sebab kau dilukai oleh Kez? Selama ini kau jadikan Kez sebagai pengganti mama?
                Dia menggeleng. Cuba menafikan rasa hati sendiri. Keperitan kehilangan semua orang yang disayanginya diusia yang muda. Siapa yang mampu memahami? Dia sudah letih mengharungi kesakitan akibat kehilangan. Dara tak mahu kehilangan Kez. Dia rela lakukan apa sahaja untuk Kez tinggal disisi. Tapi jika tuan punya badan tak mahu, adakah dia mampu menghalang Kez dari pergi?
                Dara memejamkan mata. Airmata masih menuruni pipi. Tidurlah, Dara. Lupakan semuanya. Bangun pada hari esok dan kumpul kembali kekuatan yang ada. Kau harus bangkit! Jangan biar orang lain rampas apa yang kau ada sekarang ini.
                Kez membuka pintu bilik Dara dengan perlahan. Balik tadi, bahagian bawah rumah sudah gelap kecuali lampu di dapur. Bilik Dara juga sudah gelap menandakan dia juga sudah tidur. Namun entah kenapa, hatinya mahu melihat gadis itu. Seminggu mereka seperti orang asing. Tidak dinafikan, dia merindui gadis itu.
                Perlahan, Kez menghampiri katil Dara. Dia tidur dengan nyenyak sekali. Kez menundukkan sedikit wajahnya. Ada kesan tangisan di pipi Dara. Dia rasa bersalah. Pasti sebab aku. Kez menghela nafas. Dia menyelak rambut yang menutupi wajah Dara dengan lembut. Wajah lembut ini membuatkan hatinya bergetar.
                Walaupun mulut kata benci namun Kez tahu hatinya takkan mampu. Kez tahu gadis ini terlalu istimewa. Malah hatinya juga sedar tentang itu. Namun mindanya yang kosong yang membuatkan Kez cuba menolak apa yang dirasainya ketika ini.
                Sweet dreams, Damia” dia mengucup dahi Dara dengan lembut. Kez kemudian menarik selimut Dara hingga ke para dada dan perlahankan penghawa dingin. Dia melihat sekilas wajah Dara sebelum berlalu keluar dan menutup pintu bilik dengan perlahan. 

******************************************************

                Dara kembali ke butik setelah bercuti agak lama. Nasib baiklah ada Manda untuk menguruskan butik sepanjang ketiadaanya. “Selamat pagi, bos” Dara tersenyum. Manda ketawa. Lega melihat Dara kembali setelah lama bercuti.
                “Macam mana butik? Maaflah menyusahkan you”
                Manda sekadar menggeleng. “Everything is fine. 2 hari lepas, dealer baru hantar stok baju yang baru. Oh ya, cik Judy suruh you on skype bila you kembali ke butik”
                Dara mengangguk. Dia berjalan masuk ke biliknya dan diekori oleh Manda. Dara terkejut melihat beberapa fail yang bertimbun diatas meja. “What is this?”
                Sengihan diberi. “Material baru dari kilang. You harus lihat kesemuanya sebelum memilih. Ini rules butik ‘kan?” Dara menepuk dahi sendiri. Dia hampir terlupa. Setiap 3 bulan, kilang akan menghantar stok kain terbaru mereka buatnya. “I forgot
                Dia duduk dikerusi bersama keluhan. Rasa macam dah tua 20 tahun sekarang ini. Manda ketawa, kecil. Dara memandangnya. “What’s wrong?” dia menyoal, hairan. Manda menggeleng. “Sorry. Tapi bos nampak lost sangat. Bos okay tak ni?”
                Dara terdiam. Memang dia agak tertekan sekarang ini namun hidup harus diterukan. Butik mesti dijenguk. Takkan kerana masalah ini Dara mahu menghancurkan hidup sendiri?
“I okay. You can go now
Manda berlalu dan kemudian menutup pintu biliknya. Dara menghela nafas. Sekarang, kerja! Dah bertimbun macam gunung everest. Jangan berangan lagi!
Fail pertama dibuka. Keluhan kedengaran. Itulah kau Dara. Dahulu semuanya dibuat orang bawah. Sekarang bila semuanya harus dibuat sendiri, baru tahu rasa susah? Macam Jas pernah cakap. Kalau kau ambil-alih syarikat nenek, kau cuci kaki je sekarang ni.
Dara menggeleng, pantas. Itu bukan aku! Cukuplah aku ambil-alih syarikat mama dahulu. Aku nak buat perkara yang aku suka tanpa ditunjuk oleh orang lain! Tiba-tiba, YM pop-out. Dara terkejut. Tab message dibuka.
On skype NOW!
Dia tersenyum. Judy. Dia rindu sangat. Tanpa menunggu masa dia menurut ‘perintah’ Judy itu. Keadaan sedikit kabut sebelum Dara melihat wajah Judy dengan jelas. Earphone bersama mic dipakai. Senyuman diberi.
Don’t give me that sly smile, you women. Whe’re the hell have you been? I’ve lost contact with you since last week
“Jude”  dia bersuara. “What?”
Dara tergelak, kecil. “Cool down, will you? I’m fine. You can see right? Nothing wrong with me. I am a grown up women.  Stop worrying about me
Judy menghela nafas. Mungkin sudah terbiasa menjaga Dara sejak kecil. Judy masih menganggap Dara seperti sewaktu gadis itu belasan tahun lagi. “And I am a married women. I’ve my husband with me, remember?”
Dara tersenyum. Lega dapat berbual dengan Judy. Mereka saling memahami. Mereka saling memerlukan. Walaupun seorang di Amerika, seorang di Malaysia. “Fine. How are you? Is it my eyes or you look a bit thinner than usual?
“I okay. Memang kurus sikit sebab I sibuk. Tapi I tak pernah skip makan” dia menjawab, tenang. Dia sudah biasa merahsiakan semuanya dari Judy. Dara tak mahu merisaukan Judy disana. Pasti sukar buat Judy sendirian urusakan syarikat mama. Dara tak mahu menambah bebanan Judy.
Did our stock reach there yet?
Dara mengangguk. “Manda baru inform I tadi. Nanti I akan check kalau ada yang silap”
                Tell me ASAP. I’m very busy right now. We get a great deal from ManKids. Katanya nak jadi pereka fesyen bersama”
                Matanya terbuka besar. “Serius?” Judy mengangguk. “Now, they want us to show our creation first. So, you can tell how busy I am right now? How I wish you were here, Dara!”  dia terdiam. Dia rasa bersalah. Kasihan Judy uruskan semuanya disana.
                “Jude”
                I know. Kez is more important. Well” Dara memandang Judy tanpa bicara. Kalau Judy tahu apa yang terjadi diantaranya dan Kez, pasti dia akan marah. Dahulu, Dara yang beria mahu menyembuhkan Kez. Sehingga Judy sendiri tidak mampu memujuknya.
                I love you both equally, Jude. Don’t say like that
                Of course. I know” senyuman hambar diberi. Dara menghela nafas. Tak tahu nak cakap apa lagi. Judy dah merajuk. Sejak kebelakangan ini, ramai yang terasa hati denganya. Apa salah aku?
                Speaking of him. How Kez? Is he treating you well? He’s not hurting you right?
                Zap! Dara terasa belakangnya ditepuk tiba-tiba. Judy memandangnya seperti mampu menembus ke dasar hati. “What do you mean?
                No. You said that he lost he’s memory right? He can’t remember you. So there are chances that he might hurt you cuz he think of you like one of the strangers that he know
                Dara terdiam. Jude, macam mana I nak simpan rahsia dari you? Sejak dahulu, you sentiasa memahami walaupun I tak pernah cerita. “We’re fine. Don’t worry
                You don’t look happy” dia semakin mendesak. Dara semakin rimas. “I am happy, Jude. Stop with this police investigation things. You don’t know anything so stop assuming!
                Judy terdiam. Dara juga terkejut. Wajah Judy berubah walaupun dia cuba bertenang. “My bad. I ingat I nak jadi kakak terbaik. Tapi you mesti rasa I ni merimaskan. I’m sorry
                No, Jude
                Miss Judy” dia mendengar suara seseorang memanggil. “I’ve to go. Take care. I love you” tanpa menunggu balasan, Judy mematikan talian. Dara menghela nafas. Sekarang Judy benar-benar merajuk. Susahnya! Dia meraup wajah dengan keluhan. Kenapa semua jadi macam ni?!

*************************************
              
                “Saya berpuas hati dengan pembentangan yang kamu berikan. Beritahu Zaid, kontrak ini akan jadi milik kamu. My lawyer will arrange everything
                Mereka bersalam. Kez menarik nafas lega. Nasib baiklah Datuk Adryan masih mahu bertemu denganya walaupun temu janji pertama mereka berjalan tidak lancar. “And I am truly sorry for what had happen for our first meeting
                It’s okay. Nasib baik you ada assistant yang sangat bagus. Cik Eva sebenarnya yang tidak henti-henti menyakinkan saya untuk membuatkan temu janji kedua kita”
                Kez memandang Eva disebelah. Dia terhutang budi dengan wanita ini. “She’s been a great assistant for me” Eva tersenyum. Hatinya berdebar mendengar pujian dari Kez. Datuk Adryan tersenyum. Kez dan Eva nampak sangat serasi bersama. Jika mereka bergandingan, pasti lebih banyak projek yang akan diperoleh selepas ini.
                And you too look great together. Jangan lepaskan bunga didepan mata, Encik Kez”
                Dia hanya tersenyum. Datuk Adryan meminta diri untuk pergi terlebih dahulu. Eva melihat Kez kembali mengemas laptop yang dibawa.  “Kez!”
                “Ye”
                Don’t you think so?” dia menyoal, lembut. Kez memandang. “Apa?”
                That we look great together. Macam Datuk cakap” senyuman manis diberi. Kez menghentikan kerjanya dan memandang Eva. “Maksud  awak?”
                “Mungkin awak boleh beri peluang kepada saya? Lagipun, kita kenal sejak sekolah ‘kan?” kali ini, memang Eva dah tak peduli. Dahulu mungkin dia masih memikirkan ego dan rasa malu. Tapi bila peluang sudah didepan mata, Eva tak mahu membuatkan ianya menjadi sia-sia.
                Kez tergelak. “You know that I already married right?” dia menggeleng sebelum kembali menutup zip beg laptop. Eva menghela nafas. Kez ingat dia main-main. “Kez!” tangan lelaki itu dipegang. Kez sedikit terkejut.
                I’m serious. Saya tak kisah kalau jadi isteri kedua awak sekalipun. Truth is, I’m inlove with you
                Eva memandangnya bersama anggukkan. Ini sahaja peluangnya. Dia mahu menyakinkan Kez memandangkan sekarang Kez tak ingat apa-apa langsung tentang Dara. “I’m inlove with you since highschool, Kez. And it never change
                “Eva” dia menarik tanganya dengan lembut. Kez menghela nafas. Mungkin dia rimas dengan Dara tapi tak sanggup rasanya untuk melukai hati wanita itu. “Saya minta maaf tapi saya tak mampu balas cinta awak itu”
                Eva terluka. Kez menolaknya mentah-mentah. Sama seperti waktu di zaman persekolahan dahulu. Walaupun sekarang Kez sudah hilang ingatan, lelaki itu tidak pernah mencintainya.
                “Kez” dia memeluk pinggang Kez dengan tiba-tiba. Kez sedikit terkejut. “Jangan tolak saya lagi. Jangan pergi dari hidup saya lagi. Saya benar-benar mencintai awak. Saya tak pernah suruh awak tinggalkan Dara. Saya hanya mahu disamping awak. Walaupun sekadar orang ke dua”
                Kez terdiam. Dia sangat keliru sekarang. Rayuan Eva buat dirinya tak sampai hati. Tapi wajah Dara buat dia mahu menolak Eva jauh.
                “Kez, I love you. I love you so much

2 comments:

  1. plz kez say that you love damia...
    cian damia...xde sape yang fahami dia...
    ingat kez awak pernah cakap dgn damia yang awak mesti saling percaya....
    xnak la kez ngan eva....
    biar la kez lupa ingatan tpi jangan biar eva dapat megucar kacirkan hubungan damia ngan kez..
    bila kez nak ingat ni...
    damia awak ketuk je kepala kez bgi ingat...
    nak lagi...kalu blh nak ari2...

    ReplyDelete