Monday, 3 December 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 29



Dara sudah tersengguk diatas sofa. Dia tersedar apabila terasa kepala sudah hampir jatuh ke lantai. Dara menggosok mata yang terasa sangat mengantuk sekarang ini. Dia melihat jam di dinding. Sudah 2 pagi. Dimana Kez?
Dia memandang tv yang menayangkan cerita yang langsung tidak menarik minat. Dara menghela nafas. Dia bangun ke dapur sebelum membuka peti ais. Botol berisi air dituang ke dalam gelas sebelum botol dimasukkan semula dan pintu peti ais ditutup.
Ketika meletakkan cawan didalam sinki, dia mendengar pintu rumah dibuka. Dara menjenguk dan melihat Kez menutup pintu dan menguncinya semula. Dara berlalu keluar dan mata mereka bertembung. “Baru balik?”
Kez mengangguk. Dara menghela nafas. Dia cuba mengawal perasaan ketika ini. “Sampai 2 pagi?” dia menyoal lagi. “Tadi berbual di kedai mamak sampai tak perasan pukul 2”
“Awak habis kerja pukul berapa?”
“11”
Hati terasa mendidih ketika ini. Sampai 4 jam berbual? Apa yang dibual selama itu? “Pukul 12, Adda dan Ain join kami. Itu yang lama” Kez menambah. Wajah Dara tidak beriak. Dia tak tahu apa yang Dara rasa ketika ini.
“Kenapa tak jawab call saya?”
Kez kerut dahi. Dia menyeluk saku seluar dan melihat hampir 10 miscall daripada Dara. “Saya tertinggal dalam kereta” dia menjawab tenang sebelum melonggarkan tali leher. Kez melabuhkan punggung diatas sofa. Dara menghela nafas. Ya Allah, bagilah kekuatan kepada hamba-MU ini.
“Khairul Muslim” dia bersuara, tegas. Kez membuka mata. “Awak lupa yang awak dah berkahwin? Awak lupa awak ada keluarga?”
Kez terdiam. “Tolong berhenti buat perkara macam zaman bujang awak dulu. You have your wife waiting for you like an idiot and scared that maybe…… just maybe something happen to her husband! Did you know how worried I am?
Dara menahan airmata yang ingin mengalir. Dia benci menangis dihadapan orang. Dia lebih-lebih lagi benci menangis dihadapan orang yang menyebabkan dirinya menangis. “Saya ada kerja saya. Saya ada kehidupan saya. Awak tak boleh kongkong saya!”
“Kalau saya kongkong awak, saya takkan benarkan awak keluar. I trust you, Kez. I trust you coming late because of your work. Saya tak tahu awak lagi suka lepak dengan kawan-kawan awak berbanding berada dirumah dengan saya”
Kez bangun. Hatinya hangat mendengar bebelan Dara. Sudahlah letih. Balik rumah kena menghadap kemarahan Dara pula. Dia sangat rimas ketika ini. “Saya tak pernah sangka awak sangat merimaskan!”
Dara tersentak. Kez memandangnya, geram. “Jangan ingat awak dah jadi isteri saya, awak boleh atur semuanya ikut kehendak awak. Awak sendiri yang mahukan perkahwinan ini kan? Jadi, awak terimalah akibatnya. Saya. Tak. Pernah. Mahu. Kahwin. Dengan. Awak”
Hatinya terasa bagai dihempas diatas lantai. Walaupun sudah berkecai tapi masih mampu bernafas untuk menunjukkan betapa sakitnya ia. “Jadi, ini sebagai balas dendam awak? Kerana awak dipaksa kahwin dengan saya?”
Kez mendengus tetapi tidak menjawab. Dia dah malas nak bertekak dengan Dara. Esok pagi-pagi lagi nak menghadap Zaid. Baik dia rehatkan badan. “Saya malas nak bertekak dengan awak!”
Dia berlalu naik keatas tanpa sempat Dara bercakap. Dara terduduk diatas sofa dengan rasa sakit. Airmata yang mengalir, diseka dengan kasar. Dia geram dengan diri sendiri. Terlalu senang menangis dengan dugaan seperti ini.

*********************************

Setelah hampir 2 minggu berhempas-pulas untuk menyiapkan butik seperti yang direncanakan didalam minda, akhirnya butik yang diimpikan siap juga. Dia berkerja dengan Nien selaku pereka dalaman untuk membuat ideanya menjadi realiti. Malam ini, Dara menjemput semua orang untuk menghadiri majlis pembukaan butik barunya.
“Manda, her necklace
Dengan pantas, Amanda menghulurkan rantai. Dara memakaikanya kepada model dihadapanya ketika ini. 5 minit lagi sebelum majlis berlangsung. Dia antara yang paling sibuk dibelakang pentas untuk runaway kali ini. Teringat waktu di New York. Tetapi waktu disana, dia kelilingi kru yang sangat mahir dan professional. Sekarang, semua bergantung kepada diri sendiri.
The show will start in 3 minutes. Get ready” Kimi, pengurus acara memberi peringatan. “Okay, semua model. Berbaris”
Mira mulai meneliti list yang berada ditangan. Dia harus memastikan semua model ada dan disusun mengikut list yang telah diberikan kepadanya. Dara melakukan satu lagi sentuhan terakhir untuk model yang terakhir. “Okay, done
Model itu berlalu kearah barisanya. Dara menghela nafas namun dia tak lega lagi. “Okay, now!” satu per satu model naik ke pentas. Tepukan gemuruh mulai kedengaran. “Bos” dia menoleh. Amanda mengukir senyuman. “Semuanya akan okay”  
Dara mengukir senyuman walaupun dia masih gementar. Amanda memegang tangan Dara yang menggeletar. “This is not your first runaway right?”
Memang ya. Tapi ini kali pertama runaway di Malaysia. Dia ingin menunjukkan kredibilitinya selaku pereka fesyen yang terkenal di New York, disini. Disini, ada semua orang yang penting didalam kehidupanya. Dia mahu melakukan yang terbaik untuk mereka.
“Manda, thanks for everything. Sorry kalau I terkasar bahasa beberapa hari ni”
Amanda hanya menggeleng. Dia sebenarnya bersyukur sangat dapat bekerja bersama Alesssandara Damia. Sejak dahulu lagi dia mendengar nama besar itu. Sebenarnya, dia berasa kagum dengan siapa diri Dara sebenarnya. Seorang muslimah yang sangat berjaya walaupun di negara orang.
Now, give a big hand for our dear fashion designer, Alessandara Damia”
Dia memandang Amanda. “Your turn, boss” Dara memberi senyuman sebelum naik ke atas pentas. Dia diiringi oleh 2 orang modelnya dan mereka berjalan diatas runaway yang panjang. Senyuman diukir apabila melihat wajah Jas, ma, pa, nenek dan yang lain. Kejayaanya hari ini adalah berkat doa mereka.
Majlis berjalan dengan begitu lancar. Sekarang hanyalah tinggal majlis makan-makan dan gathering diantara tetamu yang hadir. Sepanjang malam Dara berbual dengan tetamu yang hadir. Sesekali dia mengerling kearah Kez. Dia sedang berbual dengan rakan sepejabatnya yang hadir.
“Dara” Jas menghampiri dan berbisik. “Tengok tu” mereka menoleh. Eva hadir bersama dress paras paha berwarna merah. Kehadiranya menarik perhatian semua tetamu yang hadir. Ditambah pula dengan bibir yang dicalit gincu yang sama merah dengan dress.
“Ya Allah” Jas tergamam. Lelaki-lelaki yang hadir seperti tidak mampu mengalihkan pandang daripada Eva yang sangat seksi ketika ini. Dara menghela nafas. Dia menjemput semua rakan sekerja Kez dan itu termasuklah juga wanita yang sedang menarik perhatian orang dengan pakaianya ketika ini.
“Hai Dara” dia menghampiri dan menegur mereka. Dara memberi senyuman, paksa. “Tahniah untuk pembukaan butik you. I tumpang gembira”
Thanks” Eva tersenyum. “Okaylah. I nak borak dengan yang lain” dia berlalu kearah kumpulan Kez. Dara menghela nafas. “Apalah nasib kau kena jumpa dia hari ni?” Dara hanya membisu. Dia melihat Kez yang berbual mesra dengan Eva. Sesekali tangan Eva memegang membelai lengan Kez yang berdiri disebelahnya.
Sabarlah wahai hati. “Dara” dia menoleh melihat nenek menghampiri. Senyuman segera diukir. “Nenek” dia menyalam tangan nenek. “Tahniah ye. Cantik-cantik baju yang kamu reka. Nenek tak sangka kamu sangat berbakat”
“Selama ni, nenek tak percaya ke Dara boleh reka pakaian?” dia berpura-pura merajuk. Nenek segera menggeleng. “Ini kali pertama nenek lihat dengan mata nenek”
Dara tergelak. “Gurau je. Inilah kerja Dara waktu di New York, nek”
Nenek mengangguk. Dia kemudian berlalu untuk duduk bersama ma dan pa. Dara menghela nafas. Dia semakin tenang berbanding tadi. Dara kemudian mengatur langkah menuju kearah kumpulan Kez. Mata dah berbulu tengok Eva menyendeng.
“Hai” dia menegur. Segera dia mencelah diantara mereka berdua sebelum memaut lengan Kez. Suaminya itu kelihatan terkejut. “Hai fashion designer!” Adda menegur, ceria. “Taklah. Tukang jahit ‘kan Dara?” Ain mengenyit mata. Dara tergelak.
“Rancaknya kalian berbual”
“Itulah. Jarang nak lepak macam ni. By the way, rekaan awak tadi cantik-cantik la. Tergugat iman saya tengok. Rasa nak beli sekarang juga”
Dara hanya tersenyum. “Datanglah selalu ke butik saya. Untuk awak berdua, saya bagi harga paling murah”
Mereka berdua ketawa. Dara kemudian menoleh kearah Kez. “Abang dah makan?” dia menyoal, lembut. “Baru tadi”
“Dara tak makan lagi. Boleh temankan tak?” dia sengaja menyoal. Dara tahu Kez takkan menolak dihadapan kawan-kawanya. “Opps. Sorry Dara. Kami ganggu masa awak dengan Kez. Pergilah. Kami okay je dekat sin”
Dara memberi senyuman terima kasih. Dia semakin memandang wajah tak puas hati Eva sebelum menarik lengan Kez menjauhi mereka. Mereka dihidangkan dengan chicken chop dan air strawberry. Terus seleranya terbuka. Kez hanya duduk dihadapan tidak bersuara.
“Abang tak makan?”
“Saya kenyang”
Dara menjamah potongan ayam dengan perlahan. “Apa pendapat abang tentang majlis hari ni?” Dia menyoal lagi. “Okay je”
Dara menghela nafas. Sungguh la, Kez. Awak memang suka mendera perasaan saya macam ni ‘kan? Nasib baiklah mereka ditempat umum. “Abang tak suka temankan Dara makan ke?”
Kez kaget seketika. “Makanlah. Saya dah temankan awak kan?” dia menjawab, dingin. Dara terdiam. Seleranya terus mati. Nampak sangat Kez terpaksa menemaninya ketika ini. Dia nampak lebih gembira bersama rakan-rakanya sebentar tadi.
“Abang marah Dara?” dia menyoal, lembut. “Stop it, Damia. Saya taknak berbahas lagi tentang hal ini. Saya muak tahu?”
Dara terkedu apabila diherdik seperti itu. Nasib baiklah suasana disekeliling mereka agak bising. Dara menghela nafas. “Abang benci sangat pada Dara ke?” Kez mendengus. Dia tiada jawapan untuk itu. Yang Kez tahu, Dara menyesakkan fikiranya ketika ini.
“Dara takkan mengalah. Dara akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan cinta abang semula. Beri Dara peluang, abang. Dara akan lakukan apa sahaja”
Kez memandangnya tanpa reaksi. Senyuman diukir. Dia sudah tekad. Tidak akan sesekali mengalah sebelum mencuba. Mereka pernah saling mencintai. Mereka pernah berjanji untuk sehidup semati. Dara takkan mensia-siakan semua kenangan itu. 

*******************************************

“Awak nak bawa saya pergi mana ni?”
“Belok kanan” walaupun terpaksa, dia menurut. Dara membelek kedai yang berderet naik macam cendawan tumbuh lepas hujan. Banyak yang dah berubah di kawasan ini sejak 6 tahun yang dulu.
“Mana ni?” dia menyoal lagi.
Sekolah! “Berhenti!” Kez menekan brek dengan pantas kerana terkejut. Bunyi hon kedengaran dari kereta belakang. “Damia!” suaranya sedikit tinggi. Dara hanya mampu memberi sengihan.
Sorry” Kez mendengus. Nasib baik tak apa-apa. Jantungnya berdebar. Dia memerhati sekeliling. Macam pernah datang tempat ni. “Ingat? Ini sekolah kita?”
“Kita?”
Dara mengangguk. “Bukan Eva saja yang satu sekolah dengan awak. Dara pun sama. Abang lupa ke Dara pernah cerita pada abang dulu?”
Kez hanya diam. Dia memandang bangunan sekolah bersebelahan. Dia punya ingatan tentang apa sahaja yang berlaku disekolah ini. Tetapi kenapa dia tak ingat satu pun ingatan tentang Dara? “Jom” pintu kereta dibuka. Kez kaget. Nak masuk sekolah ke?
Mereka berjalan menghampiri sebuah kedai yang berhampiran. “Marilah” mereka kemudian duduk di salah satu meja yang kosong. Kez memandang sekeliling. Kedai Makcik Yam. Dia ingat lagi.
“Ingat apa yang berlaku dekat sini?” Dara menyoal. Kez memandangnya seketika sebelum menggeleng. “Saya selalu lepak sini. Kadang-kadang dengan Jas”
Dara menahan diri dari rasa kecewa. Takpa Dara. Sabar separuh dari iman. Mereka kemudian dihampiri oleh pelayan. “Pesanan cik?”
“2 mangkuk asam pedas, 2 air susu ais”
Kez memandangnya, tidak berkelip. Dara tersenyum. “Asam pedas tengah hari ni?” dia menyoal, tidak percaya. Inilah pengorbanan saya untuk awak tahu? Beberapa minit kemudian, pesanan mereka terhidang diatas meja.
“Siapa habiskan paling awal,  dia boleh suruh orang yang kalah buat apa saja”
Kez jungkit kening. “What’s wrong with you and this wishes game huh?” Dara tersenyum. Dia sudah menceduk asam pedas sebelum menghirup perlahan. Dara tersedak. Pedas gila! Kez menggeleng. Siapa la suruh makan asam pedas tengah hari macam ni?
“Awak okay tak ni?” dia menyoal, risau. Dara mengangguk. Kez mendengus. Muka dah merah menyala. Tahula kulit tu putih pun. Ni kes nak seksa diri ke apa? Kez menghirup asam pedas. Biasa je. Apa kes budak ni macam kena panggang je?
Kerana terlalu ingin menang, Dara tahan diri daripada rasa pedas yang membakar lidah. Dia melihat Kez. Segera dia mempercepatkan suapan sehingga ke suapan terakhir. “Done!” dia mengangkat sudu. Kez memandang.
“Cepatnya?”
Senyuman mekar diberi. Dara segera menyedut air susu ais yang dipesan dengan rakus. Kez menggeleng. Dia ni berlajar mana buat benda-benda macam ni? “Ah, leganya” mulut dilap dengan tisu yang diambil dari kaunter.
“Jadi, apa impian awak?” dia menyoal. Dara terdiam. Dia berfikir sejenak. “Abang kena berpura-pura jadi suami Dara untuk 2 minggu”
Kez terkejut. “Ya. Abang memang suami Dara. Tapi 2 minggu ni, abang kena ikut je apa yang Dara mahukan. Tanpa menolak”
“Serius?” Dara mengangguk, yakin. Kez menghela nafas. Semakin lama, dia rasa Dara semakin pelik. Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan perempuan ini? “Marilah kita balik” dia bangun dari meja dan berjalan terlebih dahulu.
“Oh ya,  rules number 1, stay away from Eva. Berhenti lepak dengan dia kecuali kerana kerja. I am very practical when it because of works but I’m not a very tolerated person” dia memberi senyuman. Kez memandang. Hatinya terasa lain. Wajahnya berubah melihat Dara yang menghadap kedapan dan berjalan mengundur.
“Damia!” tindakan pantas membuatkan dia memaut pinggang Dara dan membawanya kedalam pelukan dalam usaha menyelamatkan gadis itu. Dara terkejut mendengar hon yang agak kuat dari belakang. Kerana kecuaian sendiri, dia nyaris dilanggar sebentar tadi. Jantungnya berdegup kencang kerana terlalu terkejut.
What’s wrong with you. Siapa ajar awak jalan mengundur? Kalau awak kena langgar tadi macam mana?”
Suaranya yang kuat buat Dara tersedar. Dia menolak tubuh Kez kerana terkejut. Kez sedikit kaget. “I…I’m sorry” bibirnya bergetar. Badanya masih menggeletar. Kez mendengus. Dia kembali menghampiri sebelum mengenggam tangan Dara. Isterinya itu nampak terkejut.
“Saya minta maaf juga. Awak okay?”
Dara hanya mengangguk. Kez sedikit lega berbanding tadi. Dia juga terkejut mengenangkan apa yang mungkin berlaku sebentar tadi. “Ma…maaf. Dara…ma…maaf” kelopak mata sudah bergenang. Kez menggeleng.
“Shhh. It’s not your fault. It’s okay. I’m here”
Kez menariknya ke dalam pelukan sebelum mengusap kepalanya dengan lembut. Dara bertambah tenang. Dara mengeratkan pelukan bersama helaan nafas. 

*************************************************

“Khairul Muslim!” dia kaget apabila pintu pejabatnya dibuka tanpa ketukan. Dia melihat Eva masuk dengan wajah marah. “Where have you been yesterday? I’m waiting for you at Bamboo like an idiot you know that?
Kez menelan air liur. Pertama kali lihat Eva naik angin. “Kenapa awak tunggu saya?”
Did you forget? Awak seharusnya jumpa saya disana untuk dinner sambil tengok paperwork yang dah saya siapkan”
Kerutan didahi mulai kelihatan. Eva ada hantar meseg? Kenapa takda pun dalam inbox telifon bimbitnya? “Saya tak dapat apa-apa meseg pun dari awak” dia menjawab, jujur. Eva masih tidak percaya. Dia tahu Kez menipu.
Stop being a liar, will you? Accept your fault and say sorry. Susah sangat ke?”
Kez mengetap bibir. Perempuan ni benar-benar menguji kesabaranya ketika ini. “Saya dah beritahu saya tak tahu ‘kan? Apa yang awak tak faham sebenarnya?!” Eva terkejut. Kez mendengus. Siapa tak marah apabila dituduh seperti itu?
Eva terdiam. “Tapi..tapi saya hantar meseg tu. Dia masuk sent box lagi”
Kez menjungkit bahu. “Mana saya tahu” dia kembali membuka fail yang berada diatas meja. Eva semakin hairan. Dia benar-benar pasti meseg itu dihantar. “Atau Dara yang delete tak?”
“Apa?”
Eva menjungkit bahu. “Mungkin dia taknak awak keluar malam lagi sebab itulah dia delete meseg yang saya hantar” dia membuat andaian sendiri. Kez masih tidak faham. “She will never do that. Damia know how important this project for me
Are you sure?” dia menyoal, tenang. Wajah Kez berubah. “I mean, you lost your memory. You don’t actually know who she is right? Mungkin ini cara dia untuk kawal awak. Iyalah, dia tak suka awak keluar malam ‘kan?”
Kez terdiam. Takkan Dara yang buat? Tak mungkin Dara yang buat! Eva mengukir senyuman, sinis. Mungkin ini boleh dijadikan perangkap. Kez pasti naik angin kalau dia benar-benar percaya Dara yang melakukanya.
“Dia tahu awak terpaksa kahwin dengan dia jadi dia tak punya hak untuk halang awak. Dengan cara ini, dia boleh halang awak tanpa awak tahu. You never know what Dara capable of
Kez memandang Eva. Wanita itu mengangguk, bersemangat. “Damia takkan buat. Dia bukan perempuan macam tu”
Eva menghela nafas. “Kez, saya kenal Dara sejak sekolah. I know who she is. She is the type of girl who will do anything to get what she want. Termasuklah awak. Awak tak ingat ke?” Kez terdiam. Betulke? Eva memerhati. Awak kena percaya, Kez. Selepas itu, baru senang untuk saya memiliki awak sepenuhnya!
“Kez, awak tahu Datuk Adryan sangat marah semalam. Sebab awak tak datang, kita nyaris hilang projek tu. Nasib baiklah saya boleh yakinkan dia untuk arrange satu lagi temujanji bersama dia”
Kez mengenggam penumbuk. Projek bernilai hampir 5 juta akan membawa syarikat mereka di tahap yang lebih tinggi. Dia sememangnya menunggu untuk berjumpa dan menyakinkan Datuk Adryan. Sampai hati Dara buat semua ini! Dia tak tahu ke yang projek ini sangat penting?! 

************************************

“Dara” dia terkejut apabila pintu biliknya diketuk. Dara segera menyikat rambut yang masih basah sebelum keluar dengan tergesa-gesa. Dia terkejut melihat Kez berdiri di depan pintu bersama briefcase dan pakaian kerja yang masih tidak disalin.
“A…abang. Awal abang balik hari ni?”
Kez sekadar mengangguk. Pasti Dara baru balik dari butiknya. Dia menghela nafas. “Saya ada benda nak tanya awak”
Dara mengangguk, memberi ruang. “Awak check telifon saya ke?” dia menyoal tanpa berlapik. Dara sedikit terkejut. “A…apa?”
Did you check my handphone and delete message from Eva?”
Eva? Meseg? Apa benda yang Kez cakap ni? “Saya tak faham. Meseg apa yang Eva hantar?”
Kez mendengus. Dia benci lihat Dara berpura-pura seperti ini. Kez rasa semuanya tentang Dara adalah palsu sekarang ini. “Did you or did you not delete the message, Dara? Can’t you answer me?
Dara terkejut melihat Kez meninggi suara. Kali kedua Kez mengherdiknya seperti perempuan tiada maruah. Dara menahan sabar walaupun hatinya sudah terluka. “No. I did not delete the message.
Kez masih tidak percaya. Dia meraup wajahnya dengan rasa terbakar ketika ini. “Awak tahu betapa pentingnya projek tu untuk saya? Awak tahu betapa sukarnya untuk saya dapat temujanji tu? Kalau awak tak buat, siapa lagi? Kita berdua je dalam rumah ni!”
“Mana saya tahu. Tak pernah sekali pun saya pegang handphone awak. Mungkin Eva yang tak pernah hantar agaknya!”
No. She said she sent it
Hatinya terasa panas. Dara boleh terima kemarahan Kez. Dia boleh terima Kez mengherdiknya. Tapi bila Kez menyebelahi Eva, itu yang Dara takkan terima sampai bila-bila.
So, you defend her now? Who am I, abang? I am your wife. You should trust me!
Kepala Kez terasa sakit mendengar jeritan Dara. “Saya isteri abang. Kenapa awak pilih dia?” dia menyoal, sebak. Sakitnya hati bila perempuan lain menjadi punca masalah mereka ketika ini.
“Projek ini sangat penting! Walaupun awak tak suka saya keluar malam tapi kali ini benar-benar tentang kerja. Tak cukup lagi awak hancurkan hidup saya, awak nak hancurkan kerjaya saya pula?”
Dara terkedu. Kez menuduhnya menghancurkan segalanya? “Saya menyesal. Saya menyesal masuk kedalam perangkap awak dan memusnahkan kehidupan saya. Saya menyesal kahwin dengan awak!”
Dia berlalu masuk ke dalam biliknya sebelum menutup pintu dengan kuat. Dara hendak ketawa mendengar ucapan terakhir Kez sebentar tadi. Airmata mengalir dengan mudah. Dia terduduk diatas lantai dengan rasa tak percaya. Malam itu Dara menangis semahu-mahunya.

5 comments:

  1. Kesian dara.ase nk penyet aje kez ni.

    ReplyDelete
  2. biasalah ular ada dimana kalau kita takut kita akan dipatuk...so just play the game. sgt2 klimaks lah chapter ni but why it's a bit short. Potong stim jer hahahaha....

    ReplyDelete
  3. x puas baca la.....
    panjang kan lagi...
    dara buat la apa yg pernah diaorg lalui masa zaman sek hingga dah bertunang....
    eva ni x faham2 ke yang kazz x suka dia

    ReplyDelete
  4. hadoyyyyy la kenapa plak jadi cam 2....kesian damia ai....kejamnye Kez...bertindak ikut fikiran bukannya akal yang waras....nak marh jugak walaupun ilang ingatan...2 bukan alasan hokeyyyhhhh....


    huhuhuhu Damia...be strong girl....i know you can do it...

    ReplyDelete
  5. shafriza : jangan penyet Kez. Kesian dia.

    kalam cinta : ular? sian eva kena sumpah jadi ular :)

    rynn : okay. nanti saya cuba panjangkan lagi.

    strawberry : teruskan sokongan anda untuk Dara ye :D

    ReplyDelete