Monday, 26 November 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 28

Dara keluar untuk melihat pemandangan malam. Suasana di meja makan membuatkan dia tersenyum. Sikap lovey dovey ma dan pa yang buat Jas tarik muka. Sakatan Kez pada Jas yang membuat mereka bertekak. Keluarga seperti inilah yang Dara cemburui dahulu.
Dia kemudian berjalan ke halaman yang agak besar. Setiap kali melihat keluarga kecil Jas buat dia sentiasa merindui mama. Berbanding Jas, keluarga Dara nampak sangat tidak sempurna. Sejak kecil, dia hanya ada mama. Kemudian Judy masuk dan menjadi keluarga mereka. Setiap kali hari bapa diadakan di sekolah, Dara pasti akan merasa tersisih sangat. Namun apabila pulang, mama pasti akan ada dan memeluknya dengan erat.
That’s okay, baby. Your daddy was special so Allah takes him first. But always remember, your daddy love you so much. He always love you.
Ucapan yang sudah boleh dihafal namun mampu memujuk kekosongan yang berada dihatinya ketika itu. Dara menghela nafas. Tapi bila mama juga meninggal dunia, kekosongan dihatinya semakin besar. Walaupun sekarang dia ada nenek, tapi tempat mama takkan mampu diganti oleh sesiapa.
Langkahnya terganggu apabila tersepak sesuatu. Dia memandang ke bawah dan melihat bola basket yang berada di laman rumah. Dara mengeluh, berat. Bila kembali ke Malaysia, dia kenal Jas, Kez  dan keluarga mereka.
Apabila dia duduk dirumah mereka dahulu, Dara sempat merasa perasaan sebenar mempunyai keluarga yang lengkap. Dia gembira disamping mereka yang sentiasa ceria. Namun dalam masa yang sama dia kasihankan diri sendiri yang sudah yatim piatu. Airmata terasa ingin menitis. Menjadi kuat sememangnya memenatkan.
“Damia”
Dia menoleh. Kez berdiri memeluk tubuh memandangnya. “Buat apa diluar malam-malam ni?” terasa ingin menangis sekarang juga. Sungguh dia merindui lelaki ini. Kez yang dahulu pasti akan memahaminya sekarang ini.
Dara menahan rasa bersama helaan nafas. “Abang nak main basket?” Kez kerut dahi. Malam buta main basket? Kena angin malam ke budak ni? Dara sudah memegang bola dengan senyuman, hambar.
I’ll score 3 pointers straight and I get to make a wish
Kez melihat Dara yang sudah bounce bola, menguji keimanya. Dia tersenyum, sinis. Tak mungkin budak ni boleh buat. Takda gaya basketball player yang pro langsung. “Silakan” dia menyindir. Dara tersenyum. Dia menoleh memandang jaring disangkut diatas porch tempat letak kereta.
Dara menghela nafas. Airmata yang menitis diseka dengan pantas. Dia harus kuat. Tolakan dibuat. Masuk. Dara menarik nafas lega. Dia tak sangka permainan yang dahulu adalah kegemaran mereka berdua membuatkan dirinya sangat lemah sekarang ini.
Kez memerhati dengan rasa kagum melihat bola kedua dimasukkan dengan mudah. Dia melihat Dara. Budak ni reti main basket ke? Dia mengangguk sendiri apabila bola ketiga masuk dengan mudah juga. Dara mengukir senyuman sebelum menoleh kearah Kez. Ternyata, lelaki itu terkejut dengan skill yang dipamerkan olehnya.
Dara menghampiri. “Berlajar dengan siapa? Yao Ming?” Dara tergelak kecil. Kez menggeleng. Apa lagi agaknya skill yang budak ni sembunyikan? Bahaya sungguh. “So, can  I make a wish?”
Kez mengangguk, berat hati. Nasiblah. Mulut tu cepat sangat terima dare orang. Jangan disuruhnya buat yang bukan-bukan sudahlah. “Can you….hug me?”
Dia seperti tersilap dengar. Kez memandang Dara. “Can you?” dia menyoal sekali lagi. Mata terasa bergenang. Kez mengalah. Dia menarik Dara kedalam pelukan bersama helaan nafas. Dara membalas pelukan Kez dengan erat. Airmatanya tumpah. Kalau sekarang adalah Kez yang dahulu, pasti dia menangis dengan lebih kuat.
Are you okay?” Kez menyoal, risau. Dara hanya mengangguk sambil mengetap bibir. Dia risau jika Kez mendengar esakannya. Kez mengusap belakang Dara dengan lembut. Aku silap dengar ke atau Dara memang tengah menangis? 
************************************
 
Eva kembali setelah 2 minggu bercuti. Dia nyata terkejut mendengar berita Kez kemalangan. Memandang waktu itu dirinya di luar negara jadi dia tidak mendapat khabar apa-apa. Sebaik tiba di syarikat, Eva segera mengetuk pintu bilik Kez. Nasib baiklah lelaki itu berada di biliknya.
Ada hal penting ke?” lelaki itu menyoal apabila melihat Eva kaku dihadapanya tidak bergerak. Eva segera tersedar. Dia memerhati Kez. Takda apa-apa yang teruk. Syukurlah.
“Saya dengar awak kemalangan?”
Kez mengangguk. “Saya dah sihat pun” dia membelek fail yang berada diatas meja. Serabutnya kepala sekarang ini. Siapa kata jadi Ir seronok? Dahla waktu berlajar pun separuh nyawa. Sekarang bila kerja, kesusahanya semakin menyeksa minda.
“Awak tak apa-apa?”
“Ye”
Eva memerhati. Syukurlah awak tak apa-apa, Kez. Jantung saya hampir gugur dengar berita tadi. “Saya dengar cerita juga, you lost some of your memory. Betul ke?”
Kez mengangkat muka. Eva memandangnya dengan penuh berhati-hati. Perlahan dia mengangguk. “Saya ingat semuanya kecuali seseorang”
“Dara?” Eva menyoal, pantas. Kez mengangguk. Eva bertambah terkejut. Dia ingat cerita yang Adda beritahu hanya tipu. Tak sangka memang betul. Kez ingat semuanya termasuk dirinya kecuali Dara. Adakah ini petanda bahawa takdir mereka masih boleh disambung?
“Kenapa awak lupa Dara je?”
Kez menghela nafas. “If I have the answer for it. Saya pun tak tahu”
Eva mengangguk. Jadi, Kez lupa semuanya membabitkan Dara termasuk cintanya yang tak berbelah-bagi dahulu? Senyuman terukir tanpa sedar. Dia menghampiri lelaki itu.
“Kalau macam tu, awak nak lunch dengan saya?”
“Fail bertimbun atas meja. No, thanks
Eva masih tidak berputus asa. Mungkin ini takdir mereka. Mungkin dia mampu memikat Kez semula. Mungkin Allah mahu membantunya. “Janganlah asyik kerja je. Otak awak perlukan rehat juga. Kita pergi Magic Kitchen pukul 1 satu nanti ye”
Kez ingin membantah namun wajah berharap Eva menghalangnya. Akhirnya dia mengangguk. Eva bersorak didalam hati. Kali pertama Kez tidak menolak pelawaanya. Dia berharap apa yang berlaku mampu memberi kesenangan kepada dirinya. Dia akan berusaha untuk memiliki lelaki ini walau dengan cara apa sekalipun.

***************************************
 
“I’m sorry. Kita memang takda jodoh. Saya taknak lukai awak lagi jadi saya harus lepaskan awak”
Dara menggeleng. Kez dihadapanya ketika ini kelihatan begitu nekad hingga menakutkan dirinya. “Tak! Saya tak mahu. Saya takkan lepaskan awak!”
Dia menjerit sekuat hati. Dara tersedar. Astagfirullahalazim. Dia memandang sekeliling. Dirinya tertidur di ruang dapur bersama masakan yang dimasak petang tadi. Dara meraup wajahnya yang berpeluh. Syukurlah semua itu hanya mimpi. Tak sanggup rasanya membayangkan dia dan Kez akan berpisah.
Apabila semakin sedar, Dara mulai mencari kelibat Kez. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Tak balik lagi ke? Rasanya tak dengar pun orang ketuk pintu. Tiba-tiba, dia mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Panjang umur.
Segera dia bangun membetulkan rambut sebelum berlalu ke ruang tamu dan kemudian membuka pintu. Kez keluar dari kereta bersama briefcase dan wajah yang penat. Kot sudah dibuka dan tali leher sudah dilonggarkan. Dara segera memberi senyuman.
“Lambat balik hari ni?”
Kez sekadar mengangguk. Dia masuk ke dalam rumah tanpa menegur. Dara menutup pintu rumah dan mengunci dari dalam. Dia melihat Kez yang duduk diruang tamu dengan mata terpejam. Dara menjadi kasihan. Kez pasti sangat letih sekarang ini.
“Saya pergi site dengan Eva tadi. Tak sedar jam dah pukul 6. Sempat makan dengan dia sebelum kami ke pejabat semula untuk briefing tentang projek kali ini. Sedar-sedar dah pukul 12 malam”
Eva. Dara diam seketika. Pasti sekarang Eva dah tahu mengenai keadaan Kez. “Awak dah makan?” dia menyoal, lembut. Kez mengangguk. Dara terdiam. Sia-sia sahaja dia memasak sejak dari petang tadi.
“Abang kenal Eva?”
“Kami satu sekolah dahulu”
Hatinya bagi dihiris. Kez kenal Eva tapi tak kenal aku. Dara menghela nafas. Dia cuba memujuk hatinya yang terluka ketika ini.
“Nanti kalau abang balik lambat, telifon Dara ye. Risau Dara tadi”
“Hmm” matanya kembali tertutup. Dara memerhati Kez dengan pelbagai perasaan. Kez tak ingat, Dara. Kau tak harus cemburu. Pasti akan hikmah disebalik semua ini.

*********************
 
“Kenapa kau mesti drag aku setiap kali hujung minggu? Kau cemburu aku tak kerja weekend ke?” Jas membebel, geram. Memang pantang tengok aku senang. Dara hanya memberi senyuman dengan rasa bersalah.
“Aku nak tengok kedai untuk butik aku. Kena la ajak kau sekali”
Kereta kemudian di parkir dihadapan kedai kosong. Mereka berdua turun menghampiri seorang perempuan yang sedia menanti dihadapan kedai tersebut.
“Selamat pagi, Puan Alessandara. Saya Bella”
Senyuman diukir. “Selamat pagi. Ini kawan saya, Jas. Panggil saja Dara” mereka bersalaman sebelum Bella menjemput mereka masuk kedalam kedai.
“Kedai ini dulu juga dibuat butik. Tapi memandang pemiliknya ingin sambung berlajar jadi dia terpaksa menjual kedai ini. Tak silap saya, baru 3 bulan lepas pemiliknya angkat barang”
Dara mendengar sambil memerhati. Sememangnya jauh berbeza dengan cara berkerjanya sewaktu di New York. Disana, semuanya sudah disediakan. Mereka juga punya cawangan yang sememangnya sudah terkenal.
“Luas kedai ni dalam _________ persegi. Ada ruang untuk berehat, tandas dan bilik untuk pemilik kedai”
Jas memandangnya dengan senyuman. “Besar juga” dia memberi pendapat. Dara bersetuju. Sesuai untuknya mempamerkan baju yang siap direka. Dara masuk ke dalam bilik yang disediakan. Bilik tersebut mempunyai tanda dan ruang pantri peribadi. Sesuai untuknya yang gemar bekerja hingga lewat malam.
“Macam mana?” Jas menjengul muka di pintu.
Not bad. I suka bilik I ni”
Jas tersenyum. Dia masuk ke dalam dan memerhati. Memang sangat besar. “Kebetulan ke atau kau memang pilih kedai yang berdekatan dengan syarikat abang?”
Dara kaget. Jas memandangnya dengan senyuman bermakna. “Kebetulan Jas” dia menjawab, tegas. Jas sekadar mengangguk. Tapi hati kecilnya kuat mengatakan sebaliknya. Tak apalah. Abang dah jadi suami Dara pun. Dia berhak buat apa yang dia mahu.
“Macam mana, puan?” Bella menyoal setelah hampir setengah jam. Senyuman diukir bersama anggukan. “Saya suka kedai ni”
“Baiklah. Saya akan sediakan kontrak dalam masa 2 minggu lagi”

***********************************
 
Sedar tak sedar, jam dah hampir berganjak ke pukul 12. Perut dengan pantas berbunyi minta diisi. Iyalah, Dara hanya menjamah roti dan air milo sahaja sewaktu dirumah tadi. Selesai semuanya, mereka kembali menaiki kereta.
“Kalau semuanya selesai, kau kena cari perhiasan dalaman untuk kedai pula ke?”
Dara mengangguk. “Mungkin I akan upah interior designer untuk kerja ni. Ini adalah kedai pertama I. Kalau boleh, I nak semuanya sempurna”
“Nanti jangan lupa jemput aku pula waktu nak buat perasmian”
“Boleh ke I ganggu you weekend ?” dia menyakat. Jas mengecilkan matanya dengan rasa geram. “Sejak bila berguru dengan abang ni?”
Dara hanya tergelak. Enjin dihidupkan dan kereta bergerak menjauhi kedai. “Aku laparlah. Kau lapar tak?”
“Perut I dari kedai lagi dah berbunyi”
Jas ketawa, kecil. “Kalau macam tu, kita singgah je dengan restaurant berdekatan syarikat abang. Dengar cerita, lauk kampong dia memang sedap gila”
“Lauk kampong?”
Jas mengangguk. “Macam sambal belacan, ulam, lauk yang kau makan dekat rumah aku” Dara mengangguk. Apalah kau, Dara. Bertahun duduk sini, itu pun tak tahu. Dia mengejek diri sendiri.
10 minit, kereta akhirnya diparkir di petak kosong. Dara turun bersama Jas masuk kedalam restaurant. “Nasib baik kita awal. Pekerja syarikat belum lunch lagi”
Selesai mengambil lauk, mereka memilih meja kosong sebelum salah seorang pekerja datang mengira dan mengambil pesanan untuk air. “Kau tak ambil sambal dia?”
“Nampak merah sangat” sengihan diberi. Jas menggeleng. Memang anak orang putih sungguh. Masih tak mampu makan pedas. “Rugi la kau. Sambal dia memang tip top. Selalu saja habis cepat”
Mereka menjamu selera tanpa bersuara lagi. Memang kalau perut tengah lapar, semua benda rasa sedap. “Kalau kau buka butik disini, siapa yang uruskan syarikat kau disana?”
“Judy”
“Habistu, syarikat nenek kau?” Dara terkedu. “Bukan kau nak ambil-alih syarikat dia ke?”
Dara menyuap nasi kedalam mulut tanpa jawapan. Dia punya sebab tersendiri mengapa dirinya mahu bersusah-payah sedangkan semuanya sudah disediakan. “I nak berdikari, Jas” dia menjawab, ringkas.
Jas mengangguk. Dara beruntung kerana dilahirkan didalam keluarga yang agak mewah. Arwah mama dia ada syarikat. Nenek dia pun ada syarikat. Tak perlu pecah kepala masuk temuduga. Tapi Jas juga kagum dengan sikap merendah diri Dara. Kalau dia tak kenal siapa Dara, tentu dia takkan percaya gadis ini adalah anak kepada supermodel terkenal dunia dan cucu kepada usahawan wanita yang berjaya di Malaysia.
 “Walaupun aku kagum tapi aku tak tahu kenapa la kau sanggup bersusah-payah macam ni. Kalau kau ambil-alih syarikat nenek kau, cuci kaki je kau sekarang”
Hanya senyuman diberi. Biarlah Jas dengan tanggapanya. Apabila jam sudah berganjak ke pukul 1, kelibat pekerja pejabat mulai kelihatan. Restaurant yang tadi lengang, mulai penuh dan bising dengan suara mereka.
“Nasib baik kita dah habis makan”
Jas bangun untuk membasuh tangan sementara Dara menunggu di meja. Dia sempat memerhati pelanggan yang hadir sebelum matanya tertumpu kepada lelaki itu. Jantungnya berdebar. Dia kelihatan asyik berbual dengan rakan sekerjanya tanpa menyedari Dara disitu.
Eva. Perempuan disebelah yang berjalan begitu hampir. Sesekali Kez ketawa apabila Eva bersuara. Dara menghela nafas. Dah lama Kez tak ketawa seperti itu. “Hoi!”
Dia kaget. “Menung apa? Jomlah”
Mereka bangun menuju ke kaunter. “Eh, abang” Kez menoleh. Dia melihat Jas bersama Dara. “Abang baru nak lunch ke?”
Kez mengangguk dan menghampiri mereka. “Buat apa sini?” dia menyoal. Sesekali mengerling kearah Dara yang hanya membisu. “Kami datang tengok kedai untuk butik Dara”
“Butik?” Kez memandangnya dengan wajah bertanya. “Abang sibuk kebelakangan ini. Dara tak sempat beritahu” dia menjawab, tenang. Memang kenyataan pun. Balik rumah pukul 12. Pukul 8, pergi kerja. Mereka memang tak sempat berbual langsung.
Jas memandang kedua-duanya. Macam ada yang tak kena. “Awak dah makan?” Kez menyoal. Dara hanya mengangguk. “Pergilah. Kawan abang tengah tunggu tu”
Hatinya sakit melihat Eva ketika ini. Salah ke jika aku cemburu? Eva lebih rapat dengan Kez berbanding aku, isteri dia. Kenapa Kez ingat Eva tapi tidak aku?
“Bawa kereta elok-elok”
Kez kembali mendapat kawan-kawanya. Jas hampir terbeliak biji mata. Dia pergi macam tu je? Bertuah punya abang.
“Jas, I gerak dulu”
Jas mengeluh, berat. Apa dah jadi ni?  

********************************************

“Dara! Dara!”
Dia menoleh. Eva berjalan lebih pantas untuk mendapatkan dirinya. Dara menghela nafas. Perempuan ni nak apa lagi?
“Kenapa?”
“Kita dah lama tak jumpa. Kau sihat?”
Pelik. Tiba-tiba je Eva buat macam mereka ni BFF. Dia mengangguk. “Alhamdulillah” dia menjawab, ringkas. Eva tersenyum. “Tahniah untuk perkahwinan kau”
Thanks
“Oh ya, aku nak beritahu kau. Memandangkan aku dan Kez kena urus projek, mungkin dia akan balik lambat. Aku harap kau okay ye?”
Dara diam. Eva nak sakitkan hati aku ke? “Jangan risau. Aku bukan cemburu tak tentu hala”
Eva mengangguk. “Aku dengar, Kez hilang ingatan. Tapi dia ingat semuanya kecuali kau. Betul ke?”
Sabar, Dara. Jangan anggap diri macam budak sekolah yang dahulu. Kau dah cukup matang untuk hadapi semua benda ni. “Ya. Tapi aku akan pastikan dia ingat aku secepat mungkin”
Eva ketawa, menyindir. Inilah saatnya untuk menyakitkan hati Dara. Wanita ini merampas satu-satunya lelaki yang dia mahu dahulu. Eva akan membalas semuanya sekarang.
I hope. Ada kemungkinan juga dia takkan ingat kau sambil bila-bila kan?
Dara terdiam. Senyuman Eva semakin mekar. “Aku sebenarnya nak beritahu kau nanti. Tapi memandangkan kita dah berjumpa, biarlah aku beritahu kau sekarang”
Eva mendekatkan jarak mereka. “Kalau Kez minta izin untuk berkahwin lain, aku harap kau dapat berikan kebenaran. Lagipun, Kez berkemampuan dan dia berkahwin dengan kau pun sebab terpaksa ‘kan?”
Tangan digenggam menjadi penumbuk. Tahap kesabaran dah hampir hilang. Ringan sahaja tangan ni nak melayang kearah muka yang menyakitkan hati itu. Dara menghela nafas untuk meredakan kemarahan ketika ini.
“Kalau macam tu, teruskanlah bermimpi”
Eva terkedu. Dara mempamer senyuman menyakitkan hati. “Kerana sampai kau mati pun, kau hanya boleh berharap untuk jadi isteri Kez. Aku akan pastikan hanya aku sahaja menjadi isteri Kez sampai bila-bila. So, stop wishing something that you never gonna get”
“Baiklah. Aku nak lihat sejauh mana kau bertahan dengan Kez yang langsung tak mencintai kau. Mungkin ada hikmahnya Kez hilang ingatan. Mungkin ini takdir aku untuk kembali mengejar dia”
Ya Allah. Tangan rasa menggigil sekarang ini. Takdir? Rasa hendak ketawa sambil mencekik batang leher Eva ketika ini.
“Dara” Eva terkejut. Dia segera menjarakkan dirinya sebelum mengukir senyuman. Sungguh berpura-pura. Jas menghampiri. “Kenapa ni?” dia menyoal.
“Hai Jas. Lama tak nampak you”
Jas memandang. Rasa nak muntah tengok aksi menggoda Eva. “Okaylah. I nak lunch dengan Kez. Nanti dia cari pula I. Have a nice day, both of you
Dara memandang. Rasa geramnya masih bersisa. “Kenapa ni?” Jas menyoal apabila melihat Dara yang hanya membisu. Pasti Eva ada cakap sesuatu yang menaikkan darah Dara ketika ini.
“Perempuan itu adalah sebab mengapa perempuan yang sudah bersuami membenci kaum sejenisnya sendiri”
Jas kerut dahi. Apa yang berlaku? “Jomlah Jas. I nak balik”

2 comments: