Wednesday, 21 November 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 27

“Senyum sikit. Ini hari kahwin kamu” mak andam menegur. Dara memandang wajahnya di cermin solek. Langsung tiada seri wajah seorang pengantin yang gembira. Terasa ingin menangis, tiba-tiba.
            “Kenapa kamu nampak tak gembira ni?” mak anda menyoal lagi. Dara tersentak. Dia memandang mak andam sebelum tersenyum. “Saya gementar rasanya” dia mengangguk tanpa banyak soaln.
            “Dara?” pintu bilik di tolak. Judy memberi senyuman. “Hey. Dah siap?” dia masuk sebelum menutup pintu semula. “Sudah” mak andam membetulkan lace yang diletakkan diatas tudung sebelum mulai mengemas barang-barangnya.
            “Terima kasih” mak andam berlalu meninggalkan mereka berdua. Judy memandang Dara. Cantiknya Dara ketika ini. Tambah-tambah bila berhijab sekarang. “You nampak cantik sangat. Tergamam I sekejap”
            Senyuman diberi seikhlas mungkin. Wajah Judy berubah. “Kenapa you tak gembira? Apa yang berlaku?”
            “Tak ada apa-apa. Semua dah datang ke?” dia cuba menukar topik. Judy masih tak berpuas hati tapi dia taknak memaksa. Hari ini hari penting Dara. “Anne dan yang lain baru je sampai. Dia orang nak jumpa you tapi I suruh pergi makan dulu. Tak tahulah masakan tu ikut selera mereka ataupun tidak”
            “Tak apa. I dah suruh tukang masak kurangkan pedas untuk mereka”
            Judy mengangguk. Dia membetulkan baju pengantin Dara yang berwarna putih. Macam bidadari. Sudahlah diri sendiri putih, pakai pula baju pengantin berwarna putih. “I tumpang gembira untuk you, Dara. Tak sangka, budak perempuan yang I bawa pulang dulu, kini nak jadi isteri orang pula. Cepatnya masa berlalu”
            Dia menjadi sebak. Terlalu cepat masa berlalu. Sampai tidak terasa betapa cepatnya Dara membesar dari menjadi seorang gadis kepada seorang wanita. Kalaulah D berada disini sekarang. Pasti dia adalah orang paling gembira.
            “Sebenarnya, I nak berterima kasih pada you. Tanpa you disamping I, pasti I takkan boleh lalui semua ini. Terima kasih kerana paksa I tinggal sini. Terima kasih kerana paksa I untuk berbaik dengan nenek. Jika tidak, I akan hidup dengan perasaan benci kepada keluarga sendiri”
            Judy mengukir senyuman sebelum menggeleng. “I taknak you jadi seperti D. Sebagai manusia, kita takkan boleh selamanya hidup sendirian. Keluarga itu penting!” Dara mengangguk, bersetuju. Dia bangun sebelum memeluk Judy dengan erat.
            “Thank you for everything, Jude. I really meant everything I said. Thanks for being with me all this time. I owe you so much” Judy menjadi terharu. Airmatanya menitis walaupun cuba dikawal. Dara sudah dewasa. Dia terasa seperti seorang ibu yang sedang melepaskan anaknya ketika ini.
            “Promise me you’ll be happy with him. I hope he can make you happy. You are so special, Dara. Always remember that
            Dara mengangguk. Pelukan dierat. Disaat dia tak punya sesiapa, Judy adalah orang disampingnya. Disaat dia membenci keluarga sendiri, Judy adalah jambatan yang menghubungkan mereka semula. Tanpa Judy, Dara tahu dia takkan jalani kehidupanya sekarang ini.
            “Lepas ni, I akan sentiasa rindu you. Jangan lupa jenguk I di New York ye?”
            Dara tergelak. Mereka merenggangkan pelukan. Dara mengesat airmata Judy. “Don’t cry. It ruin your make-up. You taknak bertukar jadi Kak Limah kan?”
            Judy menampar lenganya, lembut. Dara hanya ketawa. Thanks Jude. For everything. I love you so much. Dia mengukir senyuman. Judy juga turut tersenyum. 

******************************
           
            “Aku terima nikahnya Alessandara Damia Binti Abdullah dengan mas kahwinya 80 ringgit tunai” dengan sekali nafas, Kez mengucapkan lafaz akad yang menjadi bukti penyatuan mereka sebagai suami dan isteri.
            Sebaik saksi menyatakan bahawa lafaz tersebut sah, bacaan doa oleh tok kadi mulai kedengaran. Dara menadah tangan bersama linangan airmata. Selepas ini, mereka bakal menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Selepas ini, segala perlakuanya harus mendapat izin daripada Kez.
            Sungguh kalau diikutkan akal, dia takkan sangka hubungan mereka sejak sekolah menengah berakhir hingga ke jinjang pelamin. Dara sebenarnya bersyukur dengan sikap Kez yang serius dan setia menanti dirinya yang berada di benua lain. Alangkah indahnya kalau Kez mengingati segala kepayahan yang mereka alami dahulu.
            “Amin” pelbagai doa dipanjatkan kepada Yang Maha Esa untuk kesejahteraan perkahwinan mereka ini. Jas yang merupakan bridesmaid segera mengesat airmata yang mengalir dan menempek semula bedak di muka. Dara mengukir senyuman. Mujurlah Jas sentiasa disisi memberi semangat untuknya kembali memikat hati Kez.
            Kemudian, Kez berjalan kearahnya sambil ditemani pa. Dia kemudian duduk diatas kedua kaki berhadapan dengan Dara. Kotak empat segi kecil berwarna merah baldu dihulur oleh ma. Kez kemudianya menyarungkan cincin di jari manisnya. Satu kucupan hangat seorang suami buat isteri membuatkan hati Dara tersentuh. Akhirnya mereka menjadi pasangan suami isteri. Insya-Allah, hingga ke jannah hendaknya.
            “Dara” suara nenek buat dia menoleh. “Terima kasih kerana benarkan nenek saksikan perkahwinan kamu ini” dia tersentak. Nenek mengalirkan airmata. “Nenek ingat nenek takkan mampu melihat perkahwinan kamu sepertimana arwah mama kamu dahulu”
            Airmatanya turut mengalir. Nenek memeluk dan mengucup kedua belah pipinya dengan penuh rasa syukur. Dara hanya membisu. Kalaulah mama disampingnya. Airmata semakin laju. Sudah jauh mama ditinggalkan. Sudah lama juga mama meninggalkan dirinya. Namun mama akan tetap berada di hati Dara untuk selama-lamanya.
            I’m proud of you, baby

*************************
           Apabila tiba waktu malam, kaki terasa tidak mampu menampung tubuh yang terasa bertambah berat ketika ini. Tetamu masih ramai tetapi tidak seperti waktu tengah hari tadi. Seharian dia dibawa kesana kemari oleh nenek, Jas dan yang lain untuk berkenalan dengan orang yang hadir. Hanya beberapa kali sahaja sempat bersua dengan Kez. Namun, tiada ucapan mahupun senyuman. Dalam diam, Kez menyeksa hatinya ketika ini.
            Apabila merasakan tiada lagi tetamu yang hadir, Dara melabuhkan punggung diatas karpet yang diruang tamu. Tiada sofa memandangkan nenek mahu tetamu dari jauh berehat sebentar didalam rumah sebelum meneruskan perjalanan mereka.
            Dia bersandar di dinding untuk merehatkan tulang belakang yang hampir cramp kerana terlalu banyak berdiri. Mata juga sudah terasa berat memandangkan dirinya tak cukup tidur menguruskan barang-barang kahwin.
            “Dara” mata dibuka sedikit. Tak sempat nak berehat sekejap. “Sampai tertidur budak ni. Naiklah atas salin baju” suara lembut ma menyapa. Dara menggosok matanya yang kabur. “Tetamu ramai lagi ma. Takkanlah Dara nak naik”
            “Tak apa. Semua ni saudara-mara kita je. Dara naik, mandi dan salin baju. Kalau ada apa-apa, ma panggil kamu ye?”
            Ma mengusap kepalanya, lembut. Dara hampir terbayang wajah mama ketika ini. Dia akhirnya mengangguk. Langkah diatur untuk naik ke atas. Pintu bilik dibuka. Katil sudah dihias dengan begitu cantik. Tak sanggup rasanya mahu merosakkan bunga ros berbentuk love itu. Dia akhirnya mencapai tuala sebelum masuk ke dalam bilik air.
            10 minit kemudian, dia keluar dengan rasa yang lebih lega. Rambut yang panjang dilap memandangkan hari ini dia membasahkan rambut. Dara melihat jam di dinding. Hampir pukul 11 malam. Patutlah dirinya juga sudah keletihan. Mana Kez? Dia akhirnya menyoal. Tak naik lagi rasanya.
            Dara terkejut apabila pintu diketuk sekejap sebelum dibuka. Dia tergamam melihat Kez masuk dengan pakaian baju melayu yang masih segak di tubuh. Keadaan menjadi kekok dengan dirinya yang baru selesai mandi. Tanpa menegur, Kez mencapai tuala dan berlalu masuk ke bilik air. Dara tergamam. Sejak akad, tiada langsung suara daripada Kez. Adakah Kez membencinya kerana memaksa perkahwinan ini?
            Tak mahu memikirkan perkara yang negatif, dia berlalu ke meja solek. Losyen wangi disapu di tangan dan leher. Dia kemudian menyikat rambut dengan perlahan. Jantung tidak berhenti berdegup. Walaupun mereka berkawan lama tapi mereka tidak selalu berjumpa seperti pasangan kekasih yang lain. Kerana itulah, perasaan malu dan segan itu masih ada.
            Dara dikejutkan dengan pintu bilik mandi yang dibuka. Kez keluar bersama seluar pendek hitam dan wife beater berwarna putih. “Abang” dia memanggil, lembut. “Kita solat sama-sama”
            Kez mengangguk. Sejadah dihampar. Kez dihadapan, dia dibelakang. Beberapa minit kemudian, Dara sudah menyalam tangan Kez dihadapan. Kaku. Rasa dia sangat jauh. Dara memandang Kez. Hatinya menjadi sebak.
            “Abang marah?”
            Kez diam. Dia rasa diperkotak-katikkan ketika ini. Ma dan pa langsung tak mahu berinya peluang. Seolah-olah Dara adalah anak mereka bukanya dia. “Saya minta maaf” dia menutur, ikhlas. Kez memandang.
            “Awak dah puas hati ke?” dia menyoal. Dara terkejut. “Awak dah puas dapat berkahwin dengan saya? Saya dah tunaikan janji saya ‘kan?” dia tergamam.  Kez bangun melipat sejadah sebelum menyangkut di tempat penyangkut.
            “Awak nafikan hak saya sebagai seorang lelaki dewasa. Awak paksa saya mengahwini awak sedangkan saya perlukan masa. Are you happy now?” suaranya sedikit tinggi. Dara tergamam. “Saya tak pernah sangka awak perempuan seperti ini”
            “Abang” Kez memandang. “Awak tentukan kita untuk berkahwin. Sekarang, saya akan tentukan cara hidup kita selepas kita berkahwin”
            “Saya akan tidur dekat sofa malam ni”
            Dia mengambil bantal di atas katil sebelum diletakkan diatas sofa. Dara hanya mampu memandang. Dia membuka telekung dan melipatnya bersama sejadah. Kez sudah melelapkan mata diatas sofa. Dia kelihatan sangat marah ketika ini.
            Dara duduk di hujung katil memandang Kez. Lelaki itu tidur membelakangkan dirinya. Airmata mengalir namun pantas diseka. Alessandara Damia takkan sekali-kali lemah dengan dugaan ini. Dia akan lalui semua ini dengan tabah. 

***********************************

Seminggu berkahwin, mereka akhirnya berpindah ke rumah sendiri. Rumah banglo 2 tingkat hadiah daripada nenek walaupun puas Dara menolak. Dia memandang ruang tamu yang sudah dihias cantik. Kata nenek, dia mahu cucunya masuk cuci kaki sahaja. Semuanya sudah disediakan untuk mereka berdua.
“Semua beg dah dibawa masuk”
Dara menoleh. Kez meletakkan beg terakhir diatas permaidani. “Thanks. Saya akan bawa sendiri beg saya naik ke atas”
Lelaki itu mengangguk. Dia membawa beg naik ke tingkat atas. Dara memerhati sebelum menghela nafas. Kez masih marah. Perpindahan mereka ini beri ruang untuk Kez semakin menjarakkan dirinya. Atas permintaan dia juga, mereka tidur di bilik berasingan.
Dara membawa beg naik ke atas. Dia membuka pintu biliknya yang berhadapan dengan pintu bilik Kez. Semua barang sudah disediakan. Hanya tinggal mengemas beg yang dibawa sahaja. Dara meletakkan beg yang dibawa sebelum duduk diatas katil. Cantik. Dara berterima kasih sangat kepada nenek yang begitu murah hati.
Nak buat apa? Takkanlah nak duduk memerap dalam bilik je? Dara berfikir sejenak. Kemudian, dia tersenyum. Bangga sekejap dengan otaknya yang begitu cepat berfikir. Dara bangun dan keluar dari bilik. Dia kemudian mengetuk bilik Kez yang berdekatan sahaja.
“Kenapa?” dia menyoal, sebal. Sengihan diberi. “Rumah kita takda barang mentah. Boleh bawa Dara ke Tesco?”
“Tak boleh pergi sendiri ke?”
Dara menggeleng. “Dara tak berapa cam lagi jalan disini” dia menjawab, tenang. Tipu sunat. Memang betul dirinya tak berapa arif sangat dengan jalan di Penang ni tapi setakat jalan ke Tesco tu, memang dah hafal.
Kez mendengus namun tetap mengangguk. Dia masuk ke dalam mencapai wallet sebelum mereka sama-sama keluar. 

*********************

Mereka tiba di Tesco pukul 10 pagi. Tak ramai lagi orang yang datang ke sini. Dara ambil kesempatan menyinggah butik yang baru dibuka. Dia melihat Kez yang hanya mengekori tanpa bicara. Sejak berkahwin, semakin sukar untuk mendengar Kez bersuara. Tidak dinafikan, Dara merindui sakatan dan nyanyian dari Kez untuknya.
“Lambat lagi ke?” dia menyoal. Kata tadi nak beli barang mentah. Tapi rasanya dah melencong jauh ni. Dara tersenyum. “Jomlah”
Mereka berjalan keluar dari butik. Dara melihat Kez yang berjalan sedikit jauh darinya. Dia menghampiri sebelum perlahan sahaja mengenggam tangan Kez. Suaminya itu terkejut. Dara hanya memberi senyuman sebelum berjalan dengan selamba.
“Abang nak makan apa hari ni?”
“Tak kisah” Dara tersenyum. Dia tahu Kez bukan lelaki yang cerewet. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. “Abang suka sayur?”
Kez menghentikan langkah yang sedang menolak troli. “Tak”
Dara ketawa. Kez yang hilang ingatan sangat berterus-terang. Nampak sangat dulu awak nak jaga hati saya. Kez mengerut dahi. Aku buat lawak ke? Pelik sungguh perangai budak ni.
Kemudian, mereka berlalu ke tempat ikan dan ayam. Dara memandang sambil berfikir makanan mereka untuk seminggu ni. Senang beli awal-awal. Takdala kelam-kabut nanti.
“Awak nak masak apa hari ni?” dia menyoal disebelah. Khusyuk betul memerhati. Gaya orang tengah fikir soalan exam. “Siakap sweet sour dan tomyam. Okay?”
Kez hanya mengangguk. Dia memerhati Dara yang begitu cekap memilih ikan dan terus menyuruh pekerja menyiang ikan tersebut. Dara kembali setelah mendapat semula ikan yang disiang. “Kita pergi tempat aiskrim”
“Abang suka aiskrim?” Dara menyoal. Selama mereka berkenalan hinggalah bertunang, terlalu sedikit yang Dara ketahui mengenai lelaki ini. Mungkin kerana mereka terpisah jauh dan dengan jangka masa yang lama. Sekarang adalah masa untuk mengetahui semuanya.
Kez menggeleng. “Aiskrim tak bagus. Tambah pula musim hujan macam ni”
Dara mencebik. “Saya bukan budak-budak”
“Awak pasti?” dia menyoal, sinis. Kez tersenyum sebelum menolak troli ke hadapan. Senyuman turut diukir. Dia rindu Kez yang seperti ini. Dara akhirnya berjalan mendapatkan Kez yang sudah jauh.
“Abang!” Kez hanya menyahut. “Kita tak pernah keluar date macam sekarang ni dahulu” dia membuka cerita. “Kenapa?”
“Sebab saya jauh di New York. Paling selalu kita buat pun hanyalah skype
“Kasihan diri saya yang dahulu” dia bersuara, tenang. “Kasihan saya juga tahu? Ingat senang ke nak setia dengan model kacak yang selalu disamping saya”
“Model kacak?” dia menyoal, keliru. “Saya adalah pereka fesyen” dia menjawab, perlahan. Kez lupa semuanya membabitkan dirinya ke? Suaminya itu sekadar mengangguk.
“Jadi, selepas ni awak kena pulang ke New York semula ke?”
Dara kaget. Kez masih tak tahu keputusan yang diambilnya. “Saya akan tinggal disini”
Kez memandang. “Jom kita bayar. Tak ramai orang lagi ni” langkah diatur pantas menuju ke kaunter pembayaran. 

*****************************

“Hoi”
Jas menampar paha, mengejutkan Dara yang sedang membaca majalah. Dara mengadu sakit sambil menggosok pahanya yang terasa perit.
“Waalaikumsalam, Jasmin Alwani”
Jas menayang gigi tanpa rasa bersalah. Jas kemudian duduk disebelah Dara. “Apa khabar pengatin baru? Mana abang?”
“Khabar baik. Kez ada kerja di pejabat tadi. Dia suruh I datang dulu”
Jas menganguk. Dara nampak makin kurus. Tak gembira ke kawan aku seorang ni?
“I nak tolong ma dekat dapur tapi dia halau I keluar macam tu je. Konon nak suruh I rehat”
Jas tergelak. “Iyalah. 2 hari yang lepas ma dah sibuk rancang menu untuk kalian berdua. Aku rasa tersisih sungguh. Ini yang rasa nak pindah duduk rumah sendiri ni”
Dara mencubit paha Jas. “Aduh!”
“Jangan nak mengada. Selagi belum kahwin, duduk rumah dengan ma dan pa sampai tua”
Jas mencebik. Apa ni, gaya kakak ipar prihatin pula ke? “Aku dah 24 tahun tahu?”
“Tapi you masih anak dara tahu?”
Sabar je la. Dara tersenyum. “Duduklah dengan ma. Nanti bila ma dah takda, baru you rindu nak duduk dengan dia. Jangan jadi macam I” Dara bersuara, lembut. Jas bertuah kerana ma masih ada untuk melindungi dan berada disampingnya.
Jas melihat wajah Dara berubah. Dia mulai rasa bersalah. “Aku gurau je la. Jangan la touching sangat” dia segera memeluk bahu Dara.
“Kau dengan abang, how?
“Kami okay je”
Macam tak okay je. Jawab macam tak bersemangat. Muka pun tak ceria. “Dara” Jas menghela nafas. Dia kenal Dara waktu mereka masih budak-budak hinggalah menjadi seorang wanita. Dia tahu Dara suka sembunyikan perasaan sendiri.
“Abang layan kau dengan baik kan?”
Dia mengangguk. “Ini mungkin ambil masa. Kau jangan putus asa ye?”
Senyuman hambar diberi dengan anggukan. Jas mengeluh. Apa nak jadi dengan abang dan kakak ipar aku ni? Dia tahu mereka punya masalah. Jas hanya mampu berharap mereka mampu menyelesaikanya sebelum melarat. Takkanlah aku pula nak kacau rumah tangga orang? Cukuplah dahulu dia jadi orang tengah.
“Aku sebenarnya ada benda nak tanya kau ni”
Dara memandang Jas. “Tanya apa?”
“Judy ym aku 2 hari lepas suruh aku tengokkan kau. Katanya, kau akan buka butik disini dan takkan pulang ke New York lagi. Betul ke?”
Dara tersentak. Dia masih tidak memberitahu sesiapa mengenai keputusanya itu. Perlahan Dara mengangguk. “Kau ada beritahu sesiapa tak tentang ni?”
“Belum lagi”
Jas menggeleng. Dara, Dara. Perangai tu susah nak ubah. Suka tanggung semua keperitan sendiri. “Semua ni sebab abang ke?”
“Ini keputusan I, Jas”
Dia mengangguk. “Abang tahu ke?”
“Dia bukanya kisah pun. Kerja I pun dia tak ingat” Jas memandang. Dara merenung jauh menembusi dinding ruang tamu.  “Abang perlu masa”
I know. I try my hardest to make him remember
Jas terdiam. Dia teringat kata-kata Dara dahulu. Sewaktu Dara menangis kali pertama dihadapanya hingga dia tak tahu nak buat apa.
“You tak rasa apa yang I rasa ketika ini. It’s really hurt. Orang yang you cinta selama 6 tahun melupakan you sepenuhnya sekelip mata. Dia lupakan segala-galanya tentang you malah kewujudan you sekalipun dipadamkan daripada ingatan dia. Macam mana I nak hadapi semua ini?
“Aku tahu kau kuat” dia akhirnya bersuara. Dara hanya mengangguk. Dia akan bertahan selagi mampu. Walaupun bukan alam perkahwinan seperti ini yang diimpikan olehnya.

2 comments:

  1. sedih la n3 ni....x tau nak kate ape...nak marah kat kez pon bukan dia ingat ape pon....jgn dia ade affair ngan Eva sudah...kite x rela dia wat my lovely damia cam 2

    ReplyDelete
  2. kesian Dara...tapi tanpa kepahitan takkan dapat rasa manisnya madukan???

    ReplyDelete