Kez ditempatkan di
wad VIP atas permintaan pa. Semuanya untuk kelesaan mereka melawat dan Kez
untuk pulih. Dara membuka pintu bilik setelah mendapat nombor daripada
jururawat yang bertugas. Hatinya berdegup kencang apabila kaki semakin
menghampiri katil.
Langkahnya
terhenti. Dia melihat Kez terbaring diatas katil. Kaki kananya bersimen. Tangan
kirinya dibalut. Kepalanya juga dililit bandage
yang agak tebal. Ada
luka-luka kecil di tangan kiri dan pipi. Dia nampak sangat teruk. Dara menekup
mulut. Dia hampir menangis kuat melihat keadaan Kez sekarang. Berlainan sekali
dengan Kez yang dikenalinya selama ini.
Setelah mengumpul
kekuatan, perlahan kakinya melangkah ke sisi lelaki itu. Dia tidur dengan
nyenyak sekali. Airmata Dara menitis. Dia yang melihat juga tidak mampu
menggambarkan kesakitan yang Kez lalui sekarang ini. Apa yang you fikirkan,
Kez? Kenapa sampai jadi macam ni?
Dara mengusap pipi
Kez dengan lembut. Dia bersyukur kerana lelaki ini masih bertahan. Itu lebih
penting berbanding kecederaan yang dialami. Dara akan membantu sehingga
kecederaan itu pulih sepenuhnya.
“Kez” dia
memanggil, lembut. Lelaki ini tidak bergerak. Hatinya bagai dihiris-hiris. “Thank you, sayang” dia mengucap,
perlahan. Terima kasih kerana bertahan.
Dara mengenggam
tangan Kez yang sejuk. Dia menarik selimut hingga ke paras dada lelaki itu.
“Saya minta maaf kerana tuduh awak seperti itu”
Rasa kesal mulai
mengigit jiwa. Kali terakhir mereka bertemu, mereka bergaduh besar. Dalam
banyak-banyak hari, dalam banyak-banyak masa, kenapa mesti malam ini? Dara
salahkan diri sendiri. Pasti Kez risau memikirkan dirinya sehingga menganggu
konsentrasinya untuk memandu.
“Awak sayang saya tak?”
“Sayang”
“Then you should trust me”
****************************************
Dara terjaga
apabila terasa sesuatu bergerak. Dia membuka mata. Pandangan kabur sedikit
sebelum kembali pulih. Segera dia merasa kesakitan di pinggang. Rasa lenguh
akibat tidur dalam keadaan tidak selesa.
“Dah bangun?” suara
itu menyoal. Dara membetulkan hujung tudung yang dipakai sebelum memandang.
Matanya terbeliak. Kez memandang dengan wajah serius.
“You dah sedar?”
dia menyoal, terkejut. Kez tidak menjawab. “Saya ingatkan orang pakai tudung
alim” dia bersuara, dingin. Dara kaget. Hah? “Kenapa awak dekat sini? Tak malu
ke duduk berdua-duaan dalam bilik dengan lelaki bukan mahram awak?”
Cantiknya bahasa.
Tahulah sakit pun. Tapi mulut tu pun sakit juga ke? “I risaukan you. Bukanya I
nak duduk berduaan dengan you pun. Semua orang risaukan you”
Kez mencebik.
“Kenapa perlu risau pula? Kita berdua kenal ke?”
Dara tergamam. Kita berdua kenal ke? Dia memandang Kez.
Wajahnya kelihatan jujur. Apa yang sudah berlaku?
“Encik Khairul mungkin ditakdirkan untuk kehilangan ingatanya kesan
daripada pembedahan ini dan hentakan kuat di kepala sewaktu kemalangkan itu
berlaku”
Tak mungkin! Dara
menggeleng. Tak mungkin Kez hilang ingatan. Tak mungkin Kez lupakan dirinya.
Kez mengerut dahi. Apa kena minah ni? Dahla main pegang tangan aku suka hati.
Sekarang geleng kepala dan bercakap dengan diri sendiri. Dia ni terlepas dari Tanjung
Rambutan ke?
“You tak ingat I?”
Dara menyoal. Dia
berharap sangat Kez tak lupa. “Saya rasa baik awak keluar. Awak buat saya rasa
tak selesa”
Dia terkedu dengan
kedinginan Kez. Kenapa Kez layan aku macam ni? “Assalamualaikum” mereka
dikejutkan dengan suara memberi salam. Ma dan Jas masuk bersama bakul berisi
buah-buahan.
“Eh, abang dah
sedar?” Jas segera mendapatkan Kez. “Lama dah. Tapi budak ni tidur punya
nyenyak sampai tak sedar abang dah bangun”
Eh? Budak? Jas
kerut dahi. Dia memandang Dara. Ternyata, Dara juga dalam keadaan keliru. “Kez,
kamu tak kenal Dara?” ma menyoal disebelah. Kez memandangnya lama. Dara
berharap sangat Kez mengenali. “Perlu kenal ke?”
Harapanya berkecai.
Dara menghela nafas. Seumur hidup, dia tidak pernah merasa kecewa seperti ini.
Jas dan ma berpandangan. Kenapa Kez tak kenal Dara? Kenapa dia hanya kenal
keluarganya?
“Abang jangan
main-main. Ini Dara. Tunang abang. Takkanlah tak kenal? 6 tahun abang kenal
dia. Sejak sekolah menengah lagi”
Kez terdiam. Dia cuba
mencari memori mengenai Dara tapi kosong. Dia orang tipu aku ke? Kalau kenal
sampai 6 tahun, takkan boleh lupa macam tu je? “Jas, abang kemalangan. Bukanya
lupa ingatan!”
Dara tidak mampu
berkata apa-apa. Cocky. Rasa nak
cekik leher tu biar pengsan. Tak pernah dia tahu Kez adalah sisi yang terlalu
menyakitkan hati ini. Jas menggeleng. Abang berubah 360 darjah sehingga sebagai
kembar pun, dia tak mampu memahaminya.
“Tak apalah. Jangan
paksa Kez. Dia baru je sembuh. Kamu lapar? Ma potongkan buah epal, nak?”
Kez segera
mengangguk. “Kulit taknak” ma mengangguk dengan senyuman. Dara memandang sayu.
Kez langsung tidak mahu berusaha untuk mengingatinya. Dara menahan rasa. Adakah
ini takdir mereka kerana perhubungan mereka berjalan dengan lancar selama ini?
“Dara” Jas memanggil,
lembut. Dara memandang. “Abang perlu masa. Kau takkan mengalah ‘kan ?” Jas memandang
dengan penuh pengertian. Dara mengangguk, lemah. Tubuh terasa tidak bermaya
sekarang ini. Dia hanya cuba
berlagak tabah dihadapan mereka.
*****************************************************
Selective memory disorder. Itulah yang
diberitahu. Menurut kata doktor, hasil
ujian x-ray tidak menunjukkan sebarang kecederaan. Mungkin Kez hilang ingatan
akibat hentakan kuat di kepala dan beberapa ingatanya hilang tapi bukan
sepenuhnya. Dara terasa lemah. Dia hampir sahaja jatuh namun nasib baiklah Jas
sempat menampung tubuhnya. Kenapa dalam banyak-banyak ingatan, Kez memilih
untuk tidak mengingatinya?
“Dara”
Panggilan
Jas buat dia kembali ke dunia nyata. Jas memandang dengan rasa simpati.
Sebenarnya dia agak hairan. Kenapa abang hanya lupa mengenai Dara? Kenapa dia
boleh mengingati semuanya kecuali Dara?
“Teh
tarik kau dah sejuk tu”
Matanya
turun ke cawan teh tarik yang tidak diusik. Seleranya mati. Terasa diri tidak
mampu menjamah apa-apa ketika ini. “Dara” Jas memanggil lagi. Sukar sekali
untuk Dara sedar sekarang ini. Dara seperti berada didalam dunianya sendiri.
“Kau
jangan la macam ni. Aku risau tengok keadaan kau sekarang”
Dara
hanya diam. Dia mengacau teh tarik tanpa suara. Jas menghela nafas. “Aku yakin
abang lupa sekejap je. Kau sendiri dengar doktor cakap ada kemungkinan amnesia
abang hanya untuk beberapa ketika”
“Ada juga kemungkinan
untuk selama-lamanya, Jas”
Jas
terkelu. Dara memandang Jas. Dia menjadi sebak. “You tak tahu perasaan I, Jas.
You tak rasa apa yang I rasa ketika ini. It’s
really hurt. Orang yang you cinta selama 6 tahun melupakan you sepenuhnya
sekelip mata. Dia lupakan segala-galanya tentang you malah kewujudan you
sekalipun dipadamkan daripada ingatan dia. Macam mana I nak hadapi semua ini?
Hanya Kez yang I ada dalam hidup I”
Dara
mengesat hujung mata. Dia tidak mahu menangis. Dia mesti kuat untuk hadapi
semua ini. Tapi dirinya juga seorang manusia. Seorang wanita. Sampai bila
dirinya harus bertahan dengan semua dugaan yang diberikan ini?
“Aku
minta maaf” Jas bersuara dengan rasa bersalah. Dia tak tahu perasaan Dara. Dia
tak tahu apa yang Dara lalui. Apa yang dia tahu, tentu semua ini sangat sukar
buat Dara.
“Kenapa,
Jas? Kenapa mesti I?”
Dia
merintih, sayu. Airmata Jas menitis. Kali kedua Dara menangis. Cukup payah
untuk wanita kental dihadapanya ini menangis. “Dara”
Jas
bangun sebelum memeluk Dara dari belakang. Nasib baiklah meja mereka agak jauh
daripada pandangan orang. Jas hanya ingin menenteramkan Dara ketika ini. Dia
tahu Dara terluka.
“I
tak reti bersyukur ke? I sepatutnya bersyukur kerana Kez selamat. Tapi kenapa
dia harus lupa ingatan? Kenapa dia harus lupakan I?”
“Shhh.
Jangan macam ni. Aku tahu kau tabah. Jangan mengalah, Dara”
Dara
hanya mampu menangis. Sakit hati, geram, rasa tidak puas hati. Semuanya
bercampur sekarang ini. Dara tak tahu kenapa semua ini berlaku kepada
dirinya.
“Perkahwinan kami
hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi, Jas” dia bersuara, lemah. Apa yang akan
berlaku kepada janji mereka? Adakah Kez juga sudah melupakan janji tersebut?
*****************************************
Langkahnya
terhenti dihadapan wad. Kedengaran tawa ma dan pa didalam. Pasti sedang berbual
dengan Kez. Hari ini Kez sudah dibenarkan keluar. Ma menyuruhnya datang. Begitu
juga dengan pa. Syukurla mereka sekeluarga tidak melupakan kehadiranya.
“Oi!”
Dia
terkejut. Jas ketawa. “Apahal tak masuk?” dia menyoal. Dara menghela nafas. Jas
memberi senyuman, semangat.
“Semangat!
Kau dah janji nak pikat abang balik kan ?”
Jas mengenggam penumbuk dan menayangkan ke hadapan Dara. Dia tergelak. “You
banyak tengok cerita korea
ni”
Jas
turut tersenyum. Sejak abang kemalangan, jarang sekali Dara nak ketawa macam
ni. “Jom!” dia menarik tangan Dara dan mereka masuk ke dalam wad. “Sampai pun
budak bertuah ni” ma menegur. Dara menyalam tangan ma. Dia dapat merasa
pandangan tajam Kez.
“Budak
ni buat apa?” Kez menyoal. Di mana sahaja, ada je muka dia. Rimas. “Abang. Nama
dia Dara. Ingat adik-adik abang ke?” ma menegur. “Ala , dia nampak muda. Lebih muda dari Jas”
“Abang
nak cakap muka Jas tua la?”
Kez
mengangguk seperti budak kecil. Dara tergelak, kecil. Jas mencebik. Bertuah
punya abang. Dah lupa ingatan tapi skil menyakat tu tak lupa pula?
“Dia
sama umur abang” ma memberitahu. Kez buat tak dengar. “Ma dengan pa datang
untuk melawat je. Dara dan Jas yang akan bawa abang balik rumah”
Kez
terkejut. Pa mengangguk. “Jangan nak membantah. Kamu bukanya sihat lagi.
Beruntungla ada orang nak hantar balik”
Dara
tersenyum lihat Kez menundukkan muka. “Beg dah siap?” Jas menyoal. Dia
mengambil 2 beg kecil. “Dara bawa abang”
Mereka
tergamam. Selamba Jas keluar bersama ma dan pa. Keadaan menjadi kekok.
Memandangkan kakinya bersimen, Kez memerlukan tongkat untuk berjalan. Dara
menghampiri apabila Kez menurunkan kakinya ke atas lantai.
“Biar
saya bantu”
“No” dia menjawab, pantas. Dara sedikit
terkejut tapi kemudian mengutuk didalam hati. Tak padan dengan kaki simen.
Kalaulah saya tahu macam ni perangai awak, Kez. Saya jual mahal lagi lama
daripada 4 tahun itu!
Kez
kelihatan terkial-kial. Dia masih tidak terbiasa dengan tongkat. Dara
menggeleng. Tapi keras kepala tu masih sama. Tak pernah hilang. Sebelum sempat
dia menyembam lantai, Dara menahan dengan segala kekuatan yang ada. Aduh,
beratnya awak. Nampak je kurus.
“Degil!”
dia sempat menyindir sebelum membantu Kez. Kali ini lelaki itu tidak membantah.
Mereka akhirnya berjalan keluar dari wad. Dara memerhati disebelah dengan rasa
risau. Sindirlah sebanyak mana. Tinggikan la ego sama tinggi dengan bukit.
Naikkan tahap beku macam Alaska .
Hatinya sudah mencintai. Dia mampu menelan apa sahaja perlakuan Kez sekarang
ini.

hmmmmmm....kan dah agak dah...kesian damia....bertabah la...at least dia baloeh tahu 1 cc kez yang x penah dia tgk sebelum ni kan...cuma berharap yang eva x kn mengambil kesempatan atas keadaan kez yang ilang ingatan 2...2 bulan lagi je nak kawen 2...kesian damia
ReplyDeletekesinnya dara.kalau akak di tempat dara, nanges lahhhh aku..ngee
ReplyDeleteDara! please stay srong!