Tuesday, 30 October 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 23

             “Arghhh, katil”
            Betapa riindunya katil dirumah ini. “Pergilah sana. I pun nak baring” tubuh Jas ditolak ke hujung katil. Jas mendengus tapi mata masih melekat di novel Adam & Hawa yang baru dibelinya. Dara membaringkan tubuh. Leganya tulang belakang.
            Suasana sunyi. Dara merenung syiling. Malam pertama dirumah keluarga. Perasaanya memang tak sama. Disini, perasanya lebih hangat. Dara senyum sendiri.
            “Apa kes senyum-senyum ni? Teringat abang ke?”
            Senyuman terus mati. Dia menoleh. Jas sudah tergelak. “Ingat I takda kerja ke nak ingat dia je?” Dara mencebik. Jas ketawa.
            “Manalah aku tahu. Berbulan tak jumpa. Mesti rindu”
            Dara tidak menjawab. Dia kembali merenung syiling. “Hey Jas”
            “Hmm” mata masih di novel. “I rindu Malaysia” dia ketawa besar. “Kan aku cakap?” Dara menggeleng. Bukan itu maksudnya. “I ingat nak balik sini”
            Jas segera menoleh. “Kenapa? Sesuatu berlaku disana ke?”
            “Tak. I dah rasa New York bukan tempat I lagi. Walaupun I ada syarikat disana tapi I sentiasa rindu Malaysia. I rindu kalian semua sebenarnya”
            Wajah bertukar serius. Jas faham. Tentu sukar buat Dara yang terpaksa juggle masa dengan semua ini. “Kau dah bincang dengan Jude ke?” dia menyoal, lembut. Dara mengangguk. “Tapi I kasihankan dia. I tahu dia perlukan I disana”
            Jas terdiam. Hmm, susah ni. Dara rasa serba-salah sekarang ini. “Kau kena buat keputusan yang tegas. Mana satu pilihan kau. Kau bukanya robot nak uruskan semua benda”
            Dara mengangguk bersama keluhan. Mungkin kahwin nanti, dirinya akan terus tinggal disini. Tak sanggup lagi rasanya nak berpisah dengan Kez. Cukuplah waktu bertunang ni, mereka terpisah antara benua. Susahnya hanya Allah yang tahu.
            Dia tiba-tiba bangun, mengejutkan Jas. “Kenapa kau?” Dara memberi senyuman sebelum turun dari katil dan membuka almari baju berhampiran. Dia kemudian berdiri sambil mengurut dagu. Nak pakai baju apa annual dinner malam esok?
            “Apahal kau tiba-tiba tenung baju tu?”
            “Kez ajak I pergi annual dinner syarikat dia”
            Jas mengangguk. “Nak suruh aku tolong pilih ke?” tanpa menoleh, dia mengangguk. Dara berteleku dihadapan dress yang digantung. First time nak jumpa rakan sekerja Kez. Mestilah Dara mahu berikan yang terbaik.
            “Aku suka warna merun cair tu” Jas akhirnya bersuara. Dara segera memandang kearah dress panjang yang lengkap dengan tudungnya sekali. Rekaan pertama yang mendapat perhatian majalah fesyen di New York.
            “I pun suka juga” baju tersebut dibawa turun. Dia berlalu ke cermin sebelum membelek di tubuh. Cantik. Nanti sweet je. Jas tersenyum. Gaya orang bercinta sungguh. “Jas” suara Dara mengejutkan dirinya.
            “I tak pernah dengar you cerita pada lelaki. You ada berkawan dengan sesiapa tak?”
            Jas kaget. Air liur ditelan. Soalan cepucemas ni. Dara menoleh. “You taknak cerita dekat I ke?” dia menyoal, lembut. Kena la guna psikologi sikit. Jas ni keras kepala dia lebih kurang Kez je. Jas berdehem beberapa kali.
            “Semuanya kawan je, Dara. Aku malas nak bercinta sebenarnya. Kalau boleh, nak kahwin terus. Teringin juga nak merasa bercinta lepas kahwin”
            Dara tersenyum. Angan-angan yang indah. Tapi Dara tetap bersyukur dia mengenali Kez terlebih dahulu. “You taknak kenal lelaki itu dulu? Takut nanti lepas kahwin, you menyesal pula”
            Jas ketawa. “Aku bukan macam kau. Sanggup tunggu abang confess sampai 4 tahun. Aku tak sesetia dan sesabar itu”
            Dara mencebik. Sempat lagi mengutuk orang. “Jadi, you dah jumpa la lelaki itu?”
            “Belum lagi. Memang ada yang nak tapi sekadar dimulut. Takda seorang pun lagi yang berani secara tindakan” Jas menghela nafas. Bila umur semakin meningkat, semakin sukar sebenarnya untuk mencari jodoh yang sesuai.
            Berkahwin bukan macam zaman bercinta. Hanya ingin seronok. Berkahwin adalah perkongisan segala-galanya. Jas mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi imam dan pembimbing kepada dirinya dan anak-anaknya nanti. Ciri-ciri itulah yang masih belum ditemuinya sehingga sekarang.
            “Dara” Jas memanggil. “Macam mana kau tahu abang adalah orangnya? Macam mana kau pasti dengan perasaan kau sendiri?”
            Baju yang dipegang, disangkut semula. Dara memandang Jas dengan senyuman. “Solat istikharah” dia menjawab tenang. Jas terkejut. Jawapan yang tidak terduga olehnya. Dara duduk dihujung katil.
            “I tak mampu beri jawapan yang lebih tepat berbanding itu. 3 malam I solat, semuanya hanya ada nampak wajah Kez. Sebab itulah I yakin dengan keputusan I”
            Jas mengangguk. “Tapi kau beruntung. Kau kenal abang sejak sekolah. Bukan aku nak puji abang tapi aku jadikan dia sebagai panduan aku untuk mencari suami. Aku mahu suami macam abang. Walaupun kacak, walaupun digilai ramai, hatinya hanya pada kau”
            “Insya-ALLAH, you akan jumpa lelaki yang ikhlas mencintai you kerana diri you”
            “Amin” Dara tersenyum. Dia juga berdoa agar Jas bertemu dengan lelaki itu. Dara berharap lelaki itu tahu betapa bertuahnya dia kerana memiliki cinta Jas.                                      

***************************************************************
                        
            “Hai abang”
            Kez terkejut. Matanya tidak berkelip. Jas disini? Jas ketawa. Sah abang terkejut beruk sekarang ni. “Masuklah”
            Tangan ditarik kasar sebelum dia menutup pintu rumah Dara. Mereka berdua kemudian berlalu ke ruang tamu. “Duduklah dulu. Dara pesan 10 minit lagi dia turun”
            “Wait!”
            Jas yang ingin berlalu kembali menoleh. “Ni, buat apa sini? Tak reti balik rumah sendiri ke?” dia menyoal. Telinga dah penat dengar ma membebel kata Jas tak lekat rumah. Ma takut Jas menganggu Dara yang pastinya masih letih.
            “Jas dekat rumah kawan baik Jas. Bukanya pergi mana pun”
            “Abang tahu tapi ma bising. Dia dah jarang jumpa Jas sejak Dara balik. Ma suruh abang tanya samada Jas lupa jalan balik rumah atau tak”
            Jas ketawa. Ma, ma. Sejak dahulu memang suka berdrama. “Ala, Jas ada balik juga. Cuma, sekali sekala” suara semakin perlahan dihujung ayat. Kez menggeleng. Nak membebel, dah besar panjang. Lagipun, Jas dirumah Dara. Bukanya pergi mana-mana.
            “Apapun, beritahu la ma. Dia risau tahu?”
        Jas mengangguk sahaja. Kez menggeleng. Jas berlalu naik ke atas untuk melihat Dara. Kez ditinggalkan sendiri diruang tamu. Dia melihat jam ditangan. Hampir pukul 8.30. Lamanya Dara bersiap. Kalau tahu, dia suruh Dara telifon datang kesini lepas semuanya selesai.
            “Kez?”
            Dia menoleh melihat nenek menghampiri sebaik keluar dari dapur. Kez segera bangun sebelum bersalam dengan nenek. “Nek sihat?” wanita itu mengangguk. Mereka kembali duduk diatas sofa.
            “Kacak kamu hari ni” Kez hanya tersenyum. Malu pula bila dipuji oleh nenek. “Kez nak bawa Dara pergi makan malam syarikat, nek”
            “Oh, Dara ada beritahu nenek hari tu. Kamu jaga dia baik-baik ye?” Kez mengangguk. Jangan risau, nek. Insya-Allah. “Nenek sebenarnya ada perkara nak tanya kamu”
            “Tanyalah, nek”
            Nenek diam sekejap. Mungkin sedang menyusun ayat. “Kamu tak kisah ke dengan kerja Dara yang buat kamu berdua sentiasa berpisah?”
            “Maksud nenek, Kez disini dan Dara di New York?” nenek mengangguk. Kez diam. Dahulu mereka pernah berbincang tetapi perkara itu dilupakan selepas Dara kembali ke New York. Tapi sekarang apabila perkahwinan hanya tinggal beberapa bulan sahaja dan nenek turut menyoal, buat Kez kembali berfikir.
            “Sejujurnya selepas apa yang kami lalui, Kez mahu dia sentiasa disamping Kez. Tapi Kez juga sedar bahawa Kez akan jadi orang yang sangat pentingkan diri jika Kez suruh dia tinggal disisi Kez bila masa depan dia cerah disana”
            Kez takkan mampu suruh Dara tinggalkan semuanya disana untuk pulang kesini. Dia tahu fesyen adalah minat Dara selepas habis sekolah. “Tapi selepas berkahwin, Kez berharap dia mampu pulang kesini. Kez perlukan seorang isteri sepenuh masa, nek. Malah, Kez tak kisah jika dia sampai bawa kerja kerumah. Asalkan dia disamping Kez”
            Nenek mengangguk. Dia sangat faham. Sekarang mungkin Kez tak kisah sebab mereka hanya bertunang. Tapi bila berkahwin nanti, tempat seorang isteri adalah disisi suaminya. Mereka sudah selalu sangat berpisah. Perkahwinan adalah sebab kukuh untuk mereka berdua bersama tanpa berpisah lagi.
            “Mungkin Kez harus berbincang dahulu dengan Dara. Kami berdua punya kehidupan masing-masing. Tak adil la kalau Dara sahaja yang berkorban demi perkahwinan kami nanti ‘kan?”
            Senyuman diukir walaupun hati tidaklah terlalu tenang. Nenek hanya mampu memandang dengan rasa simpati. Amerika-Malaysia bukanlah dekat. Dara pun bukan selalu boleh pulang kerana terikat dengan komitmen kerja. Nenek berharap mereka mampu menyelesaikan masalah ini.
            “Ehem, ehem!” suara Jas buat mereka berdua menoleh. Kez tergamam. Dara nampak sangat cantik dengan dress dan hijab berwarna sama. Dia tidak pernah melihat Dara berpakaian seperti ini. Jas tergelak. Amboi, bang. Cover la sikit. Malu tahu?
            “Cantiknya” nenek memuji. Dara mengukir senyuman sebelum menuruni tangga dengan berhati-hati. Nasib baiklah ada Jas. Kalau tak, Dara berteleku je depan cermin solek tanpa tahu untuk bermake-up.
            “Abang!” Jas sengaja memetik tanganya dihadapan lelaki itu. Kez menjentik dahinya. “Apa main kasar ni?” Jas menggosok dahi yang terasa pedih. Kez tersenyum. Jas akan sentiasa menjadi adiknya yang manja dan senang dibuli walaupun mereka semakin meningkat dewasa.
            “Tahulah terkejut pun. Janganlah sampai terlopong keluar air liur”
            Kez kaget. Jas! Adiknya itu menjelir lidah, mengejek. Dara ketawa, kecil. “Tak pernah nenek lihat kamu macam ni. Cantik sungguh” Dara menjadi malu. Kerana kali pertama la, dia rasa sangat kekok sekarang ini.
            “Okaylah. Korang kena pergi. Jangan lambat!”
            Tanpa sempat berbuat apa, tubuh mereka ditolak Jas. Dara dan Kez tidak mampu berbuat apa-apa. “Dara pergi dulu nek” nenek mengangguk sambil melambaikan tangan. Jas memberi sengihan.
            “Kasihan nenek tengok dia orang” nenek bersuara bersama keluhan. “Itulah. Jas harap sangat Dara dapat balik ke sini. Kasihan abang seorang diri”

**********************************************

            Suasana didalam kereta sunyi sekali. Radio yang dibuka sengaja diperlahankan. Sejak pulang, inilah masa hanya mereka sahaja didalam kereta. Selalu ada je budak Jas tu menyibuk di belakang. Kez memandang jalan. Tak banyak kereta lagi.
            “Dinner ni dekat mana?” Dara akhirnya menyoal. “Sandy beach hotel. Dekat pantai” Dara mengangguk. Kenapa tiba-tiba rasa kekok ni? Kez mengerling kearah Dara. Gadis itu sedang bermain dengan jari sendiri. Gementar ke?
            “You look beautiful. Tak pernah saya lihat awak pakai dress
            Dara terkejut. Dia menoleh melihat Kez yang tidak memandangnya. Senyuman diukir dengan rasa berdebar. “Inilah dress pertama rekaan saya. Ada banyak sentimental value sebenarnya”
            “Contoh?”
            “You la” Kez kerut dahi. “Saya? Rasanya saya tak minat dress” Dara hampir menepuk dahi sendiri. Bertuah la tunang kau, Dara. Lurus bendul pula kadang-kadang. Kez ketawa, kecil.
            “Sebab I rindu you. Corak ni pamerkan perasaan rindu I pada you” dia menerang panjang-lebar. Payahlah kalau ada tunang yang reti ukur tapak perumahan je. Takda nilai artistik langsung. Kez terdiam.
            “Awak rindu saya?”
            Dara mengangguk. “Setiap masa. Walau sesibuk mana I bekerja sekalipun, pasti ada sesuatu yang mengingatkan I pada you”
            “Jadi, awak baliklah” dia bersuara, perlahan. Dara terdiam. Kez menoleh seketika. “Come back to me, Damia. Saya perlukan awak. Selepas berkahwin, saya harap awak dapat duduk disisi saya. I need my wife
            Diri terasa sangat tersepit sekarang. Kez sudah meminta haknya selaku bakal suami. Sebelum ini Kez melepaskan dirinya bebas kerana masa depan. Kez lihat Dara diam. Dia tahu Dara tersepit. Dia tahu dirinya pentingkan diri. Tapi dah terlalu lama rasanya. Sampai bila mereka nak berpisah macam sekarang ni?

*****************************************
            
            Mereka akhirnya tiba di Hotel Sandy Beach Hotel, Penang. Selesai memparkir kereta, mereka jalan bersama masuk ke lobi. Dara menghela nafas. Dia memandang Kez yang membetulkan bow tie yang dipakai.
            “Kez” dia memanggil. Kez memandang. “You look handsome too” dia memuji. Kez tersenyum. “Come” tangan dihulur. Dara segera menyambut.
            “Kenapa sejuk sangat ni?” dia menyoal, lembut. “Kali pertama I nak jumpa your collegue. Tentulah I gementar”
            “Jangan risau. Saya dah pastikan dia orang tak makan manusia” Dara tergelak. Dia tahu Kez cuba mengurangkan rasa gementarnya. Kez mengeratkan genggaman tangan. Mungkin ada hikmah disebalik perpisahan mereka. Lesen sebagai tunang tidak digunakan sesuka hati. Mereka date pun boleh dikira dengan jari je.
            “I tak tahu nak berbual apa dengan kawan you nanti”
            “Setahu I, dia orang takkan suruh you ukur lebar rumah. Jangan risau, sayang. I’m here. Awak boleh sentiasa bergantung dengan saya”
            Senyuman diukir untuk menenangkan hati. Dara cair. Di New York, semuanya diharap kepada diri sendiri. Tiada sesiapa yang membantu. Sekurang-kurangnya disini, Dara tahu dia ada Kez. Lelaki ini sentiasa disisinya.
            Mereka masuk ke dalam ballroom. Ramai pekerja yang sudah hadir memandang acara akan bermula dalam masa 10 minit. Keadaan menjadi sedikit kekok apabila pengacara mengumumkan kehadiran mereka.
            “Berikan tepukan kepada senior engineer kita yang menjadi kegilaan ramai. Encik Khairul Muslim”
            Tepukan diberi. Semua mata memerhati mereka. Dara menelan air liur. Menjadi seorang pereka fesyen, tempatnya hanya dibelakang tadbir. Jarang sekali mendapat perhatian seperti ini. Tapi dalam ramai yang memandang, dia mampu mengesan wajah-wajah kecewa pekerja perempuan yang berada disitu.
            “Akhirnya. Berjanggut aku tunggu”
            Mereka dihampiri seorang lelaki berkaca mata dan bertali leher. Kez segera mengukir senyuman. “Jalan sesak tadi. Semua dah datang ke?” dia mulai berbual. “Ada beberapa orang lagi” mereka berpandangan.
            “Kenalkan. Ini Dara. Tunang aku”
            Zaid mengalih pandang kearah wanita disebelah. Cantik. Macam anak mat salleh. Macam juga pernah lihat tapi terlupa. Senyuman lebar diukir. “Hai. Saya Zaid. Kawan Kez”
            Dara tergelak. Gaya budak sekolah perkenal diri je. “Saya Dara. Kez banyak cerita pasal awak” Zaid ketawa. “Harap yang baik-baik je la ye?” Dara ketawa, kecil. Zaid seorang yang menarik untuk dikenali.
            “Jangan risau. Aku dah kutuk kau kaw-kaw dah” Kez menambah, selamba. Zaid mengetap bibir, berpura-pura marah. “Kez cakap awak fashion designer di New York”
            Dara mengangguk. “Saya reka baju muslimah” Zaid segera tersedar. Memang tak syak lagi. “Awak Alessandara Damia kan?” dia menyoal, pantas. Dara hanya mengangguk. Sungguh dia terkejut. Zaid melihat Kez yang hanya tersenyum. Tak guna kau, Kez!
            “Kez!” mereka menoleh. 2 orang perempuan berhijab menghampiri dengan senyuman mekar. Kez menggeleng. “Bertuah. Punya lama kami tunggu” mereka kelihatan sangat mesra. Dara hanya berdiri disebelah dengan senyuman.
            “Wo, ni siapa?” wanita berbaju kebaya moden biru air laut menegur. “Tunang aku yang korang nak jumpa sangat. Dara, Ini Adda dan ini Ain. Dia orang bff
            Mereka berpandangan. Dara mengukir senyuman. “Hai. Saya Dara” tangan dihulur. Adda menekup mulut. Ain tergamam. “Alessandara Damia kan?” mereka menyoal. Dara mengangguk.
            Adda dan Ain hampir melompat. Kez dan Dara tergelak. “Apahal korang?” dia menyoal. “Tak guna kau! Asal tak beritahu aku tunang kau pereka fesyen terkenal tu?”
            Dara memandang Kez, menyoal. “Dia orang nampak gambar awak dekat majalah hari tu” baru kini dia faham. Tak sangka orang disini mengenalinya. “Kami minat sangat dengan rekaan muslimah awak. Nampak stylish walaupun sederhana sahaja”
            “Terima kasih” dia terharu. Tak sangka orang menghargai rekaanya. “Mereka ni peminat setia awak. Hari-hari bercerita pasal awak” Kez berbisik. “Mungkin saya boleh berikan rekaan kepada awak berdua sebagai tanda terima kasih?”
            Adda dan Ain menekup mulut. OMG. Dara ketawa. “Saya akan suruh pasukan saya uruskan” mata dikenyitkan sebagai tanda janji. Kez menggeleng. Makin menggila la budak berdua ni nanti. “Okaylah. Kami kena ke meja dahulu. Jumpa lagi nanti ye”
            Adda mengangguk. Ain melambai tangan. Terasa macam mimpi. Dihadapan mereka tadi adalah pereka fesyen yang terkenal dan sangat diminati. “Gila la. Aku macam tengah mimpi”
            Ain mencubit pipi Adda. Temanya itu menjerit. “Kau tak mimpi, Da” dia menggeleng, selamba. Adda menahan sabar. Budak ni, aku karate kang free je masuk wad. “Tak sangka si Kez tu tunang Dara. Waktu interview, Dara tak cakap apa-apa pun tentang kehidupan peribadi dia”
            Ain mengangguk. Mereka melihat Kez yang sedang berbual dengan Dara. Sesekali lelaki itu tersenyum. “Korang tengok apa?” Zaid menegur. Dia turut melihat kearah perhatian Ain dan Adda. Tengok Kez rupanya.
            “Bila difikirkan, ini kali pertama aku lihat Kez macam ni” Ain bersuara. “Selalu dia dengan paperwork dan fail je. Tak pun di site. Kali pertama aku lihat ada perempuan disisi dia”
            “Korang cemburu ke?” Zaid menyakat. “Aku kagum sebenarnya” Adda menjawab. Ain mengangguk. “Tak pernah lihat Kez senyuman macam tu. He’s totally head over heels for her. Patutlah tak pandang junior-junior kita”
            Zaid memerhati. Dia bersetuju sebaik melihat Kez ketawa. Sesekali Dara merajuk dan Kez pasti segera memujuk. Rasa nak ketawa pun ada. Khairul Muslim yang dianggap heartless pun ada soft sport yang hanya Dara sahaja mampu mengeluarkanya. Aku tumpang gembira untuk kau, bro.

1 comment: