“Lapar tak?”
Dara mengangguk. Sarapan tadi
dimakan kerana terpaksa. Sedih nak tinggalkan nenek yang berusaha untuk ceria
walaupun Dara melihat dia terpaksa.
“Kita makan McD je la. Okay?” Dara
menyoal. Kez sekadar mengangguk. Mereka mengatur langkah kearah McD yang berhampiran.
Kez ke kaunter sementara Dara mengambil meja yang kosong.
Suasana di lapangan terbang tidaklah
terlalu sibuk. Hanya kelihatan beberapa orang pelancong asing yang menunggu
penerbangan masing-masing. Mungkin kerana musim cuti sekolah masih belum tiba.
Dara mengeluarkan Ipad. Dia membuka folder
gambarnya bersama nenek.
“Jaga
diri kamu baik-baik. Kirim salam nenek pada Judy”
Dia
mengangguk. Dada dah rasa sebak. Nenek sudah semakin sihat tapi dirinya tetap
merasa risau. Disini, tiada sesiapa yang pedulikan nenek. Dara tidak mahu
menganggu Kez yang semestinya sibuk dengan kerja.
“Nenek
jaga diri juga. Jangan overwork. Dara taknak nenek kena serang lagi”
Dia
menghela nafas. Hang on, nek. Insya-Allah,
Dara akan pulang menjaga nenek dan jadi seorang cucu yang baik. Kez kembali
bersama 2 burger, 2 air dan 2 fries. Dara
meletakkan Ipad diatas meja.
“Rindu nenek?” dia menyoal apabila
melihat gambar nenek. Dara mengangguk. Dia risau sebenarnya. Kesihatan nenek
tidak sebaik dahulu. “Saya akan jaga nenek. Awak jangan risau”
“You sibuk. Tak boleh sentiasa jaga
nenek”
Kez menguntum senyum. “Don’t worry. Saya akan uruskan hal
disini. Awak ke sana dengan tenang hati ja”
Dara mengangguk. Dia menghirup air
pepsi yang beli sebelum menjamah fries. Kez
menjamah burger yang dibeli. Tiada bicara. Dia hanya mahu melihat wajah ini
sepenuhnya sebelum berangkat. Dara cuba menyimpan setiap lekuk, setiap garis
senyum, setiap lesung pipit yang ada didalam minda.
“Saya tahu saya kacak. Tapi tak
perlu la tenung macam tu”
Dia tersedak apabila ditegur seperti
itu. Kez tergelak. Damia, Damia. Kenapa awak comel sangat? Dara mengelap mulut
dengan tisu. Dia memandang kez yang masih tersenyum. “Naik lif…”
“Tekan sendiri?” kening dijungkit.
Dara mencebik. Kez ketawa lagi. Ayat sejak zaman sekolah. Siapa sangka gadis
ini akhirnya menjadi miliknya?
“Setiap hari awak diwajibkan untuk on ym dan skype. Awak kena beritahu saya
semua perkara yang awak buat setiap hari”
“Ingat saya alat perakam ke kena
beritahu semuanya?”
Kez mengecilkan mata, wajah tak puas
hati. Budak ni, mengaku je la. Jaga sikit hati tunang ni. “Ish, menderhaka
tunang sendiri ke?”
Dara menjelir lidah namun dia
bahagia. Kez kembali tersenyum. Dara kemudianya mengeluarkan kamera Polaroid
berwarna merah jambu yang dibawa. “Kez”
Lelaki itu mengangkat muka dan Dara
segera menangkap gambarnya. Kez kaget. Dara mengambil hasil yang keluar dengan
senyuman. “Ini untuk saya di New York”
Kez menggeleng. Dara kemudian
menangkap gambarnya sebelum hasilnya diberi kepada Kez. “Ini untuk awak di
Malaysia” Kez mengambil gambar tersebut. Dia tersenyum. Kalau tengok gambar,
mesti rasa rindu tu lagi membuak-buak.
Selesai makan, mereka kembali ke
ruang menunggu. Sekejap sahaja masa berlalu. Dara harus masuk ke dalam dengan
segera. Langkah mereka berhenti dihadapan pintu Balai Berlepas. Dara berpaling
memandang Kez yang menyeluk saku seluar.
“I kena pergi”
Dia mengangguk. Dara menghela nafas.
“You jaga diri”
Angguk lagi. Dara cuba menahan
perasaan sendiri. “Jangan khusyuk
kerja sampai skip makan. I akan suruh
Jas membebel dekat you nanti”
Kez tersenyum juga. Dara sedikit
lega. “You….taknak cakap apa-apa ke?”
Kez diam. Dia hanya memerhati wajah
Dara. Wajah yang bakal dirindui selepas ini. “Saya akan rindu awak setiap hari”
dia bersuara, lembut. Dara mengukir senyuman.
“Jaga diri. Jangan bekerja
teruk-teruk. I doakan kejayaan you disana”
Masa semakin suntuk. Terasa ingin
sahaja masa berhenti agar mereka punya banyak waktu untuk bersama. “Damia” dia
memanggil. Dara memandang.
“Do
take care of yourself. I love you” dunia terasa berhenti seketika. Matanya
tidak berkelip memandang Kez yang tenang menuturkan ayat itu. Terasa ingin
menangis. Terasa ingin ketawa gembira. Akhirnya dia sekadar mengangguk. Kepala
digosok perlahan sebelum Dara melangkah masuk.
********************************************
Letih gila. Baru balik site kena menghadap kertas kerja yang
berlonggok atas meja. Inilah nasib seorang
civil engineer yang kadangkala nak lunch
pun tak sempat. Kez meletakkan topi berwarna putih diatas meja. Alamak ai.
Sungguh aku rindu aircond pejabat.
Dari pagi tadi sampai tengah hari kena berdiri ala askar dekat site.
Kez kemudianya duduk diatas kerusi
merehatkan badanya yang terasa lenguh. Projek Perumahan Travis Sdn Bhd yang
diuruskan sememangnya menguji kesabaran dan keletihan. Itulah. Dulu konon
seronok nak jadi Ir. Sekarang, rasakan Khairul Muslim.
Sedang mata hampir terlelap, pintu
biliknya diketuk. Kez mengeluh. Baru je bercadang nak lelap sekejap. Sudahlah
semalam tidur pukul 3 pagi. Bagun pukul 7, bos dah call suruh pegi site. Padahal
dia dah siap park kereta bawah
bangunan syarikat.
Mata digosok perlahan sebelum dia
menyuruh masuk. “Oi” hah? Apa oi oi? Takda nama ke aku ni? Mata dibawa ke pintu.
Pandangan kabur sebentar sebelum jelas melihat wajah Zaid memberi sengihan di
muka pintu. Siput punya kawan.
“Waalaikumsalam, Ir Encik Zaid
Hamidi”
Zaid dah hentam gelak. Kurang asam
punya kawan. Selamba badak kenakan aku. “Kami nak keluar lunch. Nak join tak?”
Aduyai, badan dah rasa nak patah
satu-satu. Kalau bergerak sedikit pun, dah dengar bunyi tulang bergesel. Baru
je rasa nak rehat. “Jomlah. Lama gila kau tak lepak dengan kita orang semua”
Adda menjengul muka di balik pintu.
Kez ketawa. Kecil sungguh minah ni. Aci jengul macam budak-budak. “Iyalah.
Semua tu sebab aku kena urus hal Travis sampai nak lepak pun tak menyempat”
amboila ayat Encik engineer. Menangis
cikgu BM kau dahulu, Kez.
“Cool
la, bro. Tension je muka cepat
tua” Ain menambah. Kez hanya mampu menggeleng. Iyalah, dah lama tak lepak
dengan 3 budak engineer yang tak
serupa langsung dengan kerjaya yang diambil. Kez bangun menghampiri mereka.
“Nak lepak mana?”
“Moonstar.
Aku lapar makan thai”
Kez hanya mengangguk. Perutnya dah
berbunyi. Kalau Dara tahu, pasti telinga kena tadah la dengar dia membebel.
Mereka kemudianya masuk ke dalam lif dan turun ke bawah.
“Cantik kan dia?”
Adda dan Ain berhenti di kedai
runcit untuk melihat majalah yang dipamerkan. Kez mengerut dahi. Apa kena budak
berdua ni? Dia memandang Zaid. Temanya itu hanya menjungkit bahu. Adda
mengambil majalah yang diingini sebelum membayar dan menghampiri mereka.
“Kau orang tenung apa dari tadi?”
Zaid menyoal, hairan. Perempuan. Kadang-kadang susah nak faham. “Ni. Cantik tak
dia?”
Kez kaget. Gambar Dara tertera
sebagai wajah majalah WANITA kali ini. Jantungnya berdebar. “Siapa ni?”
Ain menggeleng. Sungguh tak up to date langsung. “Inilah fesyen designer yang tengah top dekat New York sekarang. Busana
muslimah dia, gila cantik. Sampai ada artis Hollywood pun ambil baju dia”
Dia kagum. Sebagai anak Malaysia,
dia tumpang bangga. Iyalah, anak Malaysia berapa kerat je yang berjaya di luar
negara. Contoh yang dia tahu pun cuma Jimmy Choo. Adda membelek majalah tanpa
niat untuk berbicara.
“Jomlah. Taknak gerak lagi ke?”
Mereka segera tersedar sebab utama
mereka kesini. Kaki diatur masuk ke dalam kedai dan memilih meja kosong. Tak
lama, meja mereka dihampir pelayan dan masing-masing memesan makanan yang
diingini.
“Patutlah baju cantik. Orangnya pun
cantik. Siap berhijab lagi”
Zaid mengangguk. “Tapi muka dia
macam takda melayu pun. Mix ke?”
Adda mengangguk. “Mak dia melayu.
Bapa dia mat salleh. Aku dengar, parents dia
meninggal waktu dia belasan tahun. Bayangkanlah duduk sendirian dekat negara
orang. Tragis jugak la”
Zaid ketawa, kecil. Dia memandang
Kez yang mengelamun jauh. “Kau okay ka, bro?”
Kez tersedar. “Huh?”
“Jauh merenung. Kau sihat tak ni?”
Kez mengangguk. Majalah di tangan
Adda dipandang jauh. Rindunya. 2 hari tak berbual. Gadis itu sibuk dengan kerja
hingga tiada masa. Terpaksalah dia disini menanggung rindu.
*********************************************
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
Dirinya terasa macam nak pengsan memandang lukisan yang berada dihadapan ketika
ini. Dara membetulkan cermin mata yang dipakai sebelum mengikat sanggul rambut
yang semakin panjang.
Esok, ada shoot untuk rekaan terbarunya. Memandangkan rekaan itu mendapat
sambutan hangat jadi ramai yang mahu menemu bual dirinya. Pintu diketuk sebelum
Dara menyuruh masuk.
“Hey”
Senyuman diberi. “You tak tidur
lagi?” dia menyoal. Judy menggeleng sebelum menghulurkan secawan air kepadanya.
“Thanks”
“I kena finalize baju untuk shoot esok”
Judy melihat atas katil Dara yang
dipenuhi gambar baju-baju yang direkanya. Bersepah-sepah. Kerja dah macam takda
esok. Judy menggeleng. Dahulu dia lihat D yang lalui kehidupan seperti ini.
Sekarang, Dara pula.
“I dengar dari nenek you ada
perancangan nak tinggal Malaysia terus lepas kahwin. Betul ke?”
Dara menoleh. Dia hampir terlupa
mengenai hal itu. “Macam mana dengan syarikat ni? You nak tinggalkan macam itu
je?”
“I sedang fikir semua itu”
“Bila Dara? 4 bulan lagi you akan
kembali ke Malaysia dan berkahwin. Bila you nak buat keputusan?”
Dia terdiam. Semua ini membuatkan
dirinya serba-salah. “I ingat nak minta bantuan you tengokkan syarikat ni”
“Habistu? You nak buat apa?” Judy
menyoal lagi. “I akan ulang-alik Malaysia dan New York” Dara melihat Judy
tergelak, sinis. “You mampu ke? I risau nanti you lupakan terus syarikat ni”
“What
do you mean?”
Judy mendengus. “I nak you buat
keputusan yang muktamad. Jangan berdolak-dalih. Syarikat ni perlukan you. Kez
juga perlukan you. You rasa you mampu kekalkan keduanya ke?”
Dara terkejut dengan pertanyaan Judy
itu. “Kedua-duanya penting untuk I. I akan kekalkan kedua-duanya”
“Bagaimana dengan syarikat nenek
you? You kata you mahu ambil-alih syarikat dia?”
Dia terkedu. Shit. Kenapa semua jadi semakin sukar? “I dah rasa nak gila” dia
menggaru kepalanya. Terasa ingin menjerit ketika ini. Dia berada
ditengah-tengah. Ditarik sebelah kanan dan kiri sehingga hampir tercabut.
“Dara,
you know that you can’t pleased everyone?”
Dara mengangguk. Tapi dirinya tak
sampai hati. “Kalaulah I ada klon” dia melepaskan keluhan. Judy memandang,
bersimpati. “You fikirlah masak-masak. I harap you berfikir untuk masa depan
you”
Judy memegang bahunya sebelum
berlalu keluar. Dara menghela nafas. Dia dah takda mood untuk buat apa-apa lagi. Sukarnya untuk buat keputusan.
*************************************************************
-I
need you here. All this suck. I hate it-
Nafas terasa berhenti apabila
mendapat meseg daripada Dara. Pantas dia meletakkan cawan diatas pantry sebelum
berjalan laju masuk ke dalam bilik. Zaid yang melintasi pun tidak ditegur,
membuatkan temanya itu kehairanan.
Kez membuka laptop sebelum log in kedalam skype. Dia melihat Dara yang sudah online. Pantas dia membuat panggilan kepada Dara. Beberapa minit
kemudian, panggilanya di jawab. Seketika kemudian, dia melihat wajah Dara yang
sembab dan mata yang merah. Baru lepas menangis. Hatinya menjadi sayu.
Kalaulah awak disisi saya sekarang.
Hatinya merintih rindu. Sungguh susah bila bercinta jarak jauh ni. Ketika Dara
susah, dia tak ada disamping gadis itu untuk menemani.
“What
happen?”
Dia mengesat hidung menggunakan
tisu. Dara memandang Kez. Dia rindu. Kalaulah boleh terbang ke sisi Kez
sekarang juga. “Hai” dia bersuara, serak. Kez semakin risau. Dia rela lihat
Dara menangis dan meraung berbanding berpura-pura tidak apa-apa.
“Saya dapat meseg awak. Kenapa
menangis ni? Apa yang berlaku?”
Airmata menitis lagi tanpa mampu
ditahan. “Everything. Tadi ada shoot. Tapi jurugambar datang lambat.
Saya tunggu hampir 3 jam dengan heels 4
inci. You know how I hate wearing heels. Lepas
datang, dia mengada minta air la, makan la. Saya suruh crew uruskan. Bila tiba nak shoot,
baju pula taknak berkompromi. Tak reti duduk statik. Asyik kena perbetul.
Saya sakit hati bila tengok jurugambar tu macam nak tak nak je ambil gambar. I hate him. I hate him so much”
Dia mulai teresak-esak. Kez
memandang, kaget. Tak tahu samada mahu bersimpati ataupun tersenyum. Dara
nampak sangat comel membebel seperti ini. Walaupun Kez rasa, keadaan itu
tidaklah teruk sangat. Mungkin Dara hanya lalui hari yang buruk sahaja.
“Kalaulah saya tahu keadaan begini,
pasti saya minta jadi fesyen designer di
Malaysia. Sekurang-kurangnya awak boleh marah jurugambar gila tu bila dia buat
muka”
Kez tersenyum. Dara, Dara. “Awak
dekat mana sekarang ni?” dia menyoal. “Dekat office. Saya takda mood nak
buat kerja. Rasa nak balik Malaysia je sekarang ni”
Kez hanya memandang. Tak banyak
berubah kecuali lingkaran gelap bawah mata menandakan gadis itu tidak cukup
tidur. Dia menjadi risau. Badan memerlukan rehat yang cukup untuk bertenaga.
“Sejak bila Dara yang kental jadi
cengeng ni?”
Dara mencebik. Lelaki ni. Masih tak
berubah. Kez ketawa, kecil. “Awak cuma lalui hari yang buruk sahaja. Saya yakin
esok bila awak bangun, awak akan dapat hari yang baik pula”
“You cakap senanglah” Dara
melepaskan keluhan. Dia terasa lega sedikit bila meluahkan semuanya kepada Kez.
“Saya tahu awak boleh buat. Saya yakin”
Kez memberi senyuman. Dara menghela
nafas. Sukarnya bila saling berjauhan. Walaupun sibuk tapi setiap hari dia
teringatkan Kez yang beribu batu jauh. “I’m
sorry. I dah lama tak contact you.
Sekarang, you terpaksa dengar I membebel pula”
Dia langsung tak kisah. Asalkan
boleh dengar dan lihat wajah gadis ni, sudah cukup bererti. Kez berharap dia
mampu disamping Dara jika gadis itu ingin menangis selepas ini. “Saya ingat
awak dah lupa tunang sendiri”
Mata dikecilkan dengan wajah geram. “Mana
ada. Setiap minit I ingatkan you. I buat kerja tapi you selalu dalam minda.
Tengok ni” dia menarik buku lukisan yang sentiasa dibawa. Helaian dibuka dan
semuanya terdapat wajah Kez dalam pelbagai reaksi. Kez tergamam.
“Setiap kali I ingat you, I akan
lukis gambar you”
Dia memandang dengan rasa terharu.
Dara mencebik. Huh, baru awak tahu? “Banyaknya masa awak. Saya musykil, awak
benar-benar sibuk atau tak?”
“Mestilah sibuk. Meja I ni bersepah
dengan rekaan tahu?”
Kez tergelak. Syukurlah tak teruk
sangat. Kalau tak, mahu dia ambil flight pergi
New York malam ni juga. “Kez” lelaki itu kembali tersedar. “You sihat? Kenapa
nampak you kurus sangat?”
“I’m
busy, my love. Sibuk berdiri bawah terik matahari. Nampak tak saya dah
makin gelap?”
Dara memerhati. Takdalah gelap
sangat. Masih tampan. Tapi dia risau lihat wajah Kez yang kurus. Tentu makan
tak ikut masa. “You tak skip makan
kan?”
Kez menggeleng. Terpaksalah tipu
sunat. Nanti Dara membebel dan risau. Dara menghela nafas. “Bulan depan I
balik”
Dia terkejut. “Serius?” wajahnya
bercahaya. Dara ketawa. “I cuti 2 minggu. Semalam I mimpi ada orang rindukan I
sampai tak lalu makan”
“Siapa?” kerutan kelihatan,
berpura-pura. Dara tergelak. “You ambil I tau” dia bersuara, manja. Kez pantas
mengangguk. “Miss Dara” dia
mengangkat muka. “We have meeting in 5
minute”
Dara mengangguk. Dia kembali
memandang Kez yang hanya tersenyum. “Awak kena pergi” Dara mengangguk. Tak
sempat nak bersembang pun. “Nanti saya call
awak lagi ye” dia mengangguk.
“Jaga diri. Kalau rasa nak menangis,
cepat-cepat meseg saya”
Dara mengangguk. Dia memandang Kez.
“Kez”
“I
miss you”
Kez mengukir senyum. “I miss you too”

sooooooo....sweeettt la Dara n Kez nih.....balik cepat2 M'sia yeh...ade owang windu 2
ReplyDelete