Sunday, 30 September 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 15

           “Lawa gelang”
            Jas memandang dengan sengihan. “Macam sama je dengan gelang abang”
           Darah terasa menyerbu ke muka. Kinah disebelah hanya ketawa. Tak membantu langsung. “Dah dapat hadiah hari jadi ke?”
            “Jas” Dara bersuara, malu. Jas tersenyum.
            “Walaupun jauh, masih rapat. Cemburu aku”
            Dara menampar lengan Jas. Puas kena bahan dengan Jas sejak dia lihat gelang itu ditangan. Dara sabarkan je hati sebab Jas takkan berhenti menyakat sehingga puas hati.
            “Patutlah layan tak layan je si Arieff tu. Abang dah cop dahulu”
            “Jasmin Alwani!”
            Dara memandang, geram. “I baling bola basket nanti”
            “Tengok tu. Nak baling pun guna bola basket ke Dara? Rindu le tu”
         Dara melepaskan keluhan. Dia kemudianya menggeleng. “Habislah kau, Dara. Kena bahan teruk dengan si Jas ni”
            “Itulah. Kawan siapalah dia ni”
            Jas memberi sengihan. “3 minggu lagi abang balik. Dia nak kau ambil dia ‘kan?”
          Dara mengangguk. Sungguhlah kembar. Semua benda dikongsi bersama. “Untunglah” Kinah disebelah bersuara. Dara menggeleng. Malas nak layan.

******************************************************

            “Haiyarkkk” Dara mengeliat ke kiri dan kanan setelah penat merenung buku micro yang berada diatas meja.
            Test, test. Rasa nak hentak kepala atas meja. Kalaulah otak dan mata boleh berbicara. Tentu mereka suruh dirinya berhenti dan berehat. Dara melihat jam ditangan. Hampir pukul 4 petang. Telifon bimbit bergetar diatas meja.
            “Ye”
            “Kau mana?” Kinah menyoal. Library. Kenapa?”
            “Aku dengan Jas nak pergi kafe. Nak kirim tak?”
            Dara diam sebentar. Nak makan apa hari ni? Macam kenyang pula menghadap buku hampir 2 jam. “Mee goreng taknak sayur”
            Dia mendengar Kinah mengeluh. “Besar gajah dah. Tapi sayur tak makan”
            Senyuman diukir. Nak salah siapa? Mama pun tak pernah paksa dirinya makan sayur. Begitu juga dengan Judy. Nenek dah penat membebel.
            “Ala, aku memang tak makan. Jude dengan nenek dah puas bebelkan aku. Aku nak teh ais sekali ye”
            “Iyalah. Kau nak balik dah ke?”
         Dara melihat jam ditangan. “On the way” panggilan dimatikan. Dara segera mengemas barang-barangnya sebelum berlalu keluar.
            Dia menuruni tangga untuk ke hostel sebelum terserempak dengan Arieff yang turut ingin pulang. Lelaki itu segera memberi senyuman. “Hai”
            “Hai”
            “Balik hostel?” dia menyoal. Dara mengangguk.
            “I pun. Marilah”
            Akhirnya mereka berjalan bersama untuk kembali ke hostel yang sedikit jauh. So, you duduk mana dekat oversea?”
            “New York”
           Arieff mengangguk. “Kenapa tiba-tiba you pindah sini?” dia menyoal kemudianya. Dara diam sebentar. Sejak mengenali Jas dan yang lain, tiada sesiapapun yang pernah bertanya sebab dirinya berpindah.
            “Mama I meninggal”
            Dia terkejut. Arieff melihat Dara yang tenang. “I balik untuk hadiri pengebumian dia. Lepas itu, I dan my sis buat keputusan untuk tinggal disini. Lagipun, I takda sesiapa di sana. Disini, I ada nenek dan yang lain”
            Dara memberi senyuman, nipis. Arieff memerhati. Dia seperti pernah melihat wajah Dara namun masih kabur. “Tentu sukar selepas hidup lama di negara orang. Sukar juga untuk sesuaikan diri dengan adat dan pantang-larang disini”
            “Tentulah. Waktu mula-mula I disini, BM I sangat teruk. Kasihan cikgu BM waktu itu. Berusah-payah mengajar untuk I faham”
            Arieff tergelak. “Tapi sekarang BM you dah macam orang disini”
            “Itu hasil usaha Jas dan Kinah” dia memberi senyuman. Arieff mengangguk.
            “Dara!” dari jauh dia melihat mereka berdua melambai tangan. Senyuman lebar diukir. Arieff ketawa. Macam tak jumpa setahun. Mereka berjalan pantas mendapat dirinya dan Arieff.
            “Baru balik ke?”
            “Ya. Lambat sungguh tunggu nasi ayam tu. Semuanya sebab si Jas ni mengidam nak makan nasi ayam”
            Lengan Kinah ditampar. Dara hanya mampu menggeleng. “Kau balik berdua? Dengan Arieff?”
            “Hai” Arieff menyapa, selamba. Mereka memberi senyuman. “Terserempak waktu I nak balik hostel. Dia pun nak balik jalan yang sama”
            Mereka sudah memberi sengihan bermakna. Dara malas nak layan. Budak berdua ni kalau dapat bahan. Teruk disakat. “Arieff, ini Jas dan ini Kinah”
            “Arieff Fahmi”
            “I kena pergi. Thanks by the way
          “No biggie” senyuman diberi. Dara segera mendapatkan Kinah dan Jas sebelum berlalu tanpa menoleh lagi. “Dah pandai balik bersama ye?”
            “Diam Jas. Diam”
            Kinah ketawa melihat wajah tak keruan Dara.

****************************************************************

            Suasana di Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang lengang dari pelancong. Mungkin masih belum tiba waktu cuti sekolah. Dara melihat board menyatakan kapal terbang dari Jepun sudah mendarat. Pasti Kez sedang menunggu bagasi.
           Dara bangun membetulkan baju yang dipakai. Entah kenapa dirinya berdebar-debar. Hampir setengah tahun tidak bertemu. Mereka pastinya akan kekok.
            +mama ajk kau dinner skali nanti
        Meseg dari Jas diterima. Dia membalas sebelum mengangkat muka. Dari jauh Dara melihat Kez menolak troli dengan tenang. Lelaki itu kelihatan santai dengan jeans, t-shirt, jaket dan topi serta cermin mata. Senyuman terukir sebaik mereka bertemu mata.
            Dara menghampiri Kez yang keluar. “Hai”
            “Hai. Sihat?”
            Dia mengangguk. “Banyak beg?”
            “Saya cuti 2 bulan”
            Dara mengangguk. Ternyata, mereka sangat kekok. “Awak nampak kurus? Tak makan ke?”
            “Busy. You pun sama. Rindu masakan Malaysia?”
            Kez tergelak. Hati Dara berbunga. “I rindu orang di Malaysia” dia bersuara, perlahan. Dara menoleh bersama kerutan. Kez memberi senyuman.
            “Boleh pergi sekarang?” dia menyoal. Dara segera mengangguk dan beriringan keluar dari airport.

*******************************************

            “Macam mana study?”
            Kez menyoal tanpa memandang. Sebentar tadi baru sahaja bergaduh mengenai siapa yang akan memandu. Beria Kez mahu memandu. Begitu juga dengan Dara.
            “Saya lelaki. Seharusnya saya memandu”
            “Rules negara mana yang awak ikut?”
            Kez tergelak. Damia. Damia. Never thought that I’ll miss you this much. “Rules Khairul Muslim bin Abdul Wafi”
            Dara mendengus. Masih tidak berpuas hati.
            “Okay”
         “Marah saya lagi?” dia menoleh sekejap. Wajah marah Dara sentiasa menghiburkan hatinya. Siapa sangka dia akan merindui hobinya yang suka menyakat gadis ini.
       “Tak. I happy sangat” senyum paksa sengaja dipamerkan. Kez ketawa, kecil. Dia kemudianya menggeleng.
            “Apa khabar orang Perlis tu?”
            Dara menoleh. “Siapa?”
            “Arieff” dia menjawab, tenang. “Kenapa pula you nak tahu?”
            “Sebab dia kawan lelaki awak selain saya”
            Kawan. Hanya kawan. Dara tak sedar perkataan itu menyakitkan hatinya yang mendengar. Hubungan mereka hanya kawan. Sudah 2 tahun dan perkara itu tidak berubah.
            “Dia sihat.” Kez mengangguk. Wajah Dara sudah berubah kelat. Siapa Arieff, Damia? Saya ada hak ke untuk bertanya soalan itu pada awak?
            Dara menoleh kearah tingkap. Airmatanya ingin gugur namun ditahan dengan kuat. Dara tidak mahu menangis dihadapan lelaki ini. “Damia” Kez memanggil. Dara tidak menoleh.
            “Alessandara Damia”
            “Kenapa?” dia menyoal, kasar. “Awak nangis ke?”
            Airmata gugur dengan mudah. Apahal kau Dara? Sejak bila jadi emo macam ni? Sejak bila kau peduli tentang Kez?
       Kez memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia menanggalkan seatbelt yang dipakai sebelum menghadap Dara. Tubuh gadis itu dibawa menghadapnya. Tak nangis? Mata tu dah merah.
            “Sejak bila awak emosi ni? Dulu saya sakatlah macam mana pun. Awak kental je”
            “Semua orang berubah, Kez. Kita bukan budak-budak lagi”  
            Kez diam. Damia. Apa yang dah jadi antara kita berdua? “Ye. Kita bukan budak-budak lagi”
            Suasana menjadi sunyi. Dara mengigit bawah bibir. Itulah kau, Dara. Emo sangat kenapa? Dari elok boleh sembang, tiba-tiba sunyi macam ni. ”Tapi”
            Dia menoleh. Kez kelihatan serius. ”Awak cemburu ke saya tanya pasal Arieff dan bukanya pasal awak?” wajahnya sengaja dibuat serius namun Dara tahu Kez mahu menyakat lagi.
            Dara tersedak. Nak ketawa pun ada. No! You dummy
            Kez mengukir senyuman. Dara menyeka airmata yang sudah kering. Gila apa cemburu dengan Arieff? Itu dah buang tabiat namanya. Kez memandang. Rindunya la. Walaupun ramai awek Jepun yang comel-comel tapi awek orang putih ni je yang ada dalam fikiran. Parah la kau, Kez!
            Kez kembali memakai seatbelt dan kereta kembali ke jalan raya. Dara sedikit tenang berbanding tadi. Rasa macam budak-budak sangat. Aku ni tengah mood swing ke?
            “Seharusnya saya yang cemburukan Arieff”
            “Kenapa pula?”
            Kez menghela nafas. “Sebab dia sentiasa disisi awak”
            Dara terdiam. “Siapa suruh you pilih Jepun? Bukanya dekat sini takda U untuk engineering
            Kez menoleh. “Oh-ho. Sebenarnya, awak pun taknak saya pergi Jepun kan?”
          Kaget. Alamak, macam mana boleh kantoi ni? Kez mengukir senyuman, lebar. Dara cuba berlagak tenang. “Masuk lif tekan sendiri”

***************************************

            Suasana makan malam memang seronok. Pa dengan lawaknya. Ma dengan dramanya. Jas, dirinya dan Kez sahaja yang rasanya masih bertahan. Penuh meja makan bila Ma buat keputusan untuk tunjukkan bakat memasak yang sudah lama tidak dipraktikkan.
            ”Ala, ma kata Jas. Dara ni ramai je peminat tapi jual mahal. Anak ma ni bukan memilih tapi nak yang betul-betul serius”
            Dara menoleh. ”Ni apahal babit I? Nak cari gaduh?”
           Jas menjelir lidah. Nasiblah. Takkan nak tuju semua dekat aku? Apa guna kau jadi kawan? Dia kembali memandang ma. ”Tak salah memilih, Jas. Tapi janganlah sampai jadi anak dara tua”
            ”Cop!” tiba-tiba Kez angkat tangan. Semua memandang.
            ”Ma takyah ingatkan. She look old enough
            Meja makan pecah gelak dengan suara. Jas menahan geram. Bertuah punya abang. Skill menyakat tu asah dekat Jepun ke? ”Abang jealous sebab takda awek Jepun nak dekat abang”
            Kez mencebik. Jas buat muka. Dara ditengah hanya mampu menggeleng. Kalau dah nama kembar. Tak pernah berubah kalau tiba bab nak bergaduh.
            ”Betul juga cakap Jas tu, abang. Takkan takda awek Jepun yang berkenan dengan kamu? Dekat sini bukan main player lagi kamu”
            Huh? Player? Player basketball ke? ”Dah sangkut orang Malaysia, ma”
         Zap! Dia tersedak tiba-tiba. Apahal aku terasa pula ni? Jas menepuk belakangnya dengan lembut. ”Takpa, Dara. Jangan nervous. Kau kenal bakal mertua kau sejak sekolah menengah lagi”
            Kali ini, Kez pula tersedak. Ma dan pa kerut dahi. Apa kena budak berdua ni? Jas dah hentam gelak tak ingat. Sabar je la budak ni. Dara megetap bibir. ”Kamu berdua okay tak ni?” Pa menyoal, risau. Dara mengangguk.
            ”Shut up, Jas” dia sempat berbisik ditelinga Jas. Temanya itu memberi sengihan bermakna.
            ”Orang Malaysia? Orang mana?” ma kembali menyoal. Darah terasa menyerbu ke muka. Apahal kau overreacted sangat Dara? Dia memarahi diri sendiri.
            ”Kez dah kenyang” dia bersuara dengan kuat sebelum mengangkat pinggan. ”Sikit je kamu makan. Taknak tambah lagi?”
            Dia menggeleng. Taknak la dengan mulut tempayan Jas. Bertuah punya adik. Masa sekarang juga mulut tu nak berceloteh. Takda insuran sungguh. ”Abang dah kenyang”
            Jas memberi sengihan apabila Kez merenungnya tajam. Haha. Bukan senang lihat wajah cuak abang. Wajah terkejut beruk Dara. Sampai bila la 2 orang kepala batu ni nak luahkan perasaan masing-masing? Nak suruh aku jadi orang tengah ke?
 

Wednesday, 26 September 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 14

              Happy birthday, babe!” jeritan Judy hampir memekakkan telinga Dara yang memakai headphone. Oh my. Judy! I boleh pekak tahu?”
         Judy sudah gelak besar. Dia nampak gembira, membuatkan Dara turut gembira. “I happy sangat. Selamat Hari Jadi yang ke 19. Wow, you dah besar. I terharu”
        Dia menyeka airmata yang kononya turun. Dara menjuling mata. “You such a drama queen” Judy memberi sengihan. “You balik minggu ni?”
            “I tak pasti. Dengar cerita ada khuliah ganti nanti”
            Judy mencebik. “I baru nak bagi hadiah besar untuk you. Kira tak payah la ni?”
            “No way. Simpan sampai I balik rumah” Judy tergelak sebelum mengangguk. “Iyalah. I simpan sampai you balik”
            Dara tersenyum. “Nenek sihat?” dia menyoal. Kesihatan nenek sekejap okay sekejap tidak. Nasib baiklah Judy ada untuk menjadi peneman.
            “Baru balik hospital. Darah tinggi naik lagi”
            Dara menggeleng. “Dia fikir banyak sangat” Judy tersenyum bersama anggukan. “Biasalah. Usahawan terkenal, Dara. Dia sibuk urus syarikat dia. Nanti you habis berlajar, you pula ambil-alih”
            “I ambek pengurusan pejabat,Judy. Macam mana nak urus syarikat? Jadi setiausaha bolehla”
            “Ala, diploma je. Itupun sebab you beria nak masuk UITM. Kalau ikut nenek you, dia nak you ambik business study dekat luar negara je”
            “I taknak pergi oversea lagi” wajah Judy berubah. “Why?”
         “I dah puas hidup negara orang. Sekarang masa I jaga nenek. Sebab itulah I pilih UITM. You tahu kesihatan nenek tak baik sangat. I je yang dia ada sekarang ni”
            Judy mengukir senyuman. Dahulu mungkin Dara sangat kekok dengan nenek. Tapi sekarang, sangat rapat. Kalau arwah D masih ada, pasti dia terkejut. Kerana sikap pentingkan diri, D buat Dara hilang neneknya. Tapi kerana D juga, Dara bertemu semula dengan neneknya.

****************************************
           
            “You dekat mana?”
            Dia berjalan melintasi gelanggang mencari kelibat Jas yang tiba-tiba mahu bersenam. “I tak salin baju lagi ni”
          Dara merasa badanya melekit walaupun tidak berpeluh. Iyalah, seharian kelas dari 8 pagi hingga 5 petang. “I nak kena tunggu dekat mana ni?”
            “Pondok?”
        Matanya meliar sebelum melihat pondok berhampiran dengan tasik. Dara menoleh sebelum mendengar jeritan. “Hati-hati”
            Kakinya terasa tidak mampu bergerak. Jantungnya berdegup kencang. Dia menoleh apabila tubuhnya tidak kena apa-apa. Dara terkejut melihat lelaki yang lebih tinggi memegang bola yang begitu hampir dengan wajahnya ketika ini.
            “Shoot. Nasib baik tak kena”
            Dara terkebil-kebil disebelah. Kenangan lama berputar dengan pantas. Bezanya, bukan lelaki ini yang berada disisi waktu itu. Bezanya, kepalanya tidak terkena bola yang dilontar itu.
          Sekumpulan lelaki yang bermain tadi menghampirinya yang masih terkejut. “Sorry, sorry. Nasib baik tak kena. You okay?”
        Dara menganguk. “No biggie. I okay” mereka mengangguk. Lelaki itu memberi semula bola yang dipegang. “Watch out la, bro. Kena kepala anak orang nanti”
            Lelaki itu memberi sengihan, bersalah. “Tak apa. Saya okay”
            Mereka kemudianya berlalu ke gelanggang semula. Dara membetulkan rambutnya yang ditiup angin. “Terima kasih”
            “Arieff”
            “Dara”
          Senyuman diberi. Lelaki ini kelihatan seperti kacukan cina. Tapi fasih berbahasa melayu. “Jadi, awaklah Dara?”
            “Maksud?”
            Arieff tergelak. “Iyalah. Budak office yang rambut blonde.
            Dara mengangguk. “With a weird name too right?Arieff menganggkat 2 tangan. “Saya tak kata apa-apa”
            Anyway, you tunggu orang ke?” dia menyoal. “Kawan. I patut teman dia jogging sekarang”
            Arieff memandangnya atas bawah. Tidak percaya. “Begini?”
            Dara sekada menjungkit bahu. Bukan salah pun walaupun pelik. “I just teman. Dia yang akan jog” Arieff mengangguk. Menarik. Memang gaya anak mat salleh sungguh. Tambah pula dengan rambut blonde yang asli.
          “Dara!” dia menoleh melihat Jas melambai tangan. Dara mengetuk jam di tangan dengan wajah masam. Jas merapatkan kedua tanganya, meminta maaf. “Belanja I makan seminggu”
            “Demand sungguh anak orang putih ni” Jas bersuara, selamba. Dara menampar lembut. Jas kembali memandang lelaki disebelah Dara. Kacaknya! Macam anak cina.
       “Siapa ni?” dia menyoal apabila Dara tidak memperkenalkan mereka berdua. “Ini Arieff. Ini Jas” Jas menggeleng. Gaya cool habis perkenalkan orang. Arieff tergelak.
         “Kawan kau ke?” Jas menyoal. Dara menggeleng. “Dia selamatkan I dari kena bola basket” Jas terkejut. “Again?”
         Dara sekadar menjungkit bahu. “Kata nak jog. Jomlah” dia menarik tangan Jas tanpa mempedulikan Arieff. Semuanya ini membuatkan dia terasa sesak. Arieff memandang dengan senyuman. Menarik!

***************************************

          “Dara!” dia hampir jatuh katil mendengar jeritan Jas. Dara membuka matanya yang terus segar. “Kenapa you?”
            Jas segera mendapatkan dirinya sebelum menghulurkan kertas yang diprint sebentar tadi. Dia masih terkejut. Dara kehairanan. Kenapa pula dengan Jas ni?
            Dara melihat kertas yang diberikan. Kelihatan gambar seorang lelaki bersama Arieff. Dia kembali memandang Jas. “Kenapa dengan gambar ni?”
            Jas menepuk dahi. “Kau kenal budak ni? Arieff kan?”
            Dara mengangguk tetapi masih tak faham. Jas menggeleng. Sabar je la dengan perangai blur minah ni. “Kau tahu bapa dia siapa?”
            “Siapa?”
            Mereka menoleh melihat Kinah yang baru masuk selepas selesai mandi. “Datuk Ayden Abdullah”
            Kinah terkejut. Ayden Abdullah? Macam pernah dengar. “Siapa dia?” Dara menyoal sambil menahan kuap. “Dia adalah…”
            “Pemilik A&F. Syarikat perkapalan”
            Jas menoleh kearah Kinah yang menyambung. “Ayah aku kerja dekat syarikat dia”
            Dara memerhati mereka berdua. Jadi? Apa yang harus dirisaukan? “Okay” dia kembali menutup mata namun Jas menarik tanganya. Dara kembali membuka mata. “Apa lagi, Jas?”
            “Kau sedar tak dia satu-satunya anak lelaki Datuk Ayden?” Jas menyoal. Dara menggeleng. “Itu bermaksud, dia adalah pewaris A&F”
            Kinah duduk diatas katil sambil mengeringkan rambutnya yang panjang. “Iyalah. Tapi takda kena-mengena dengan aku”
            Jas menggeleng. Kinah ketawa. “Padan muka kau, Jas”
            “Nasib akulah dapat kawan lambat berfikir macam kau”
            Dara kembali memejamkan mata. Dia tak kisah siapa Arieff. Mereka bukanya kenal pun. Sekadar berjumpa untuk seketika. Jas melihat Dara yang kembali tidur.
            “Kau nak suruh dia rapat dengan Arieff ke?” Kinah menyoal selesai memakai baju. Jas menoleh. “Takda kerja pula aku nak suruh dia rapat dengan Arieff”
            Kinah tersenyum. “Kau tahu dia masih tunggu Kez ‘kan?”
            Jas diam. Siapa tak tahu? Walaupun Dara tak beritahu apa-apa. Abang pula langsung tak beritahu apa-apa walaupun mereka selalu juga skype ataupun YM bersama. Dua-dua keras kepala. Dirinya juga yang merana memikirkan mereka berdua.

*******************************************

            Hujung minggu tiba. Dara kembali ke rumah selepas dijemput pemandu. Dia sempat melihat Jas yang pulang bersama Kinah minggu ini.
            “Hey” pelukan diberi sebaik Judy melihatnya dimuka pintu. Dara tersenyum. Ternyata dia merindui Judy dan nenek. Serta rumah ini.
            “Dara dah sampai, Judy?”
            Merek merenggangkan pelukan. “Pergilah” Dara masuk ke dalam rumah melihat nenek duduk di ruang tamu. Wajahnya kelihatan cengkung dan pucat berbanding dahulu. “Nek”
            Tangan dicium, pelukan diberi. Dia bersyukur kerana nenek masih bertahan. “Nenek sihat?” nenek sekadar mengangguk. Dara duduk disebelah dengan wajah risau.
            “Kenapa kurus sangat? Tak makan ke?”
            Judy yang baru tiba hanya tersenyum. “Dara makanlah. Badan je yang tak gemuk-gemuk”
            Nenek ketawa, kecil. Dia mengusap wajah Dara dengan lembut. Dara hanya membiarkan sahaja. Inilah sebab dirinya tak mahu berlajar di luar negara. Cukuplah nenek ditinggalkan dahulu. Sekarang adalah masa untuknya membalas jasa nenek.
            “Takpa. Nanti nenek suruh pembantu masak makanan kegemaran kamu”
            Dara segera mengangguk. Makanan rumah antara perkara yang dirindui oleh Dara sewaktu di hostel. “Kamu cuti sampai bila?”
            “Ahad je, nek. Cuti hujung minggu”
            “Takpalah. Nanti nenek suruh pemandu hantar kamu” nenek memegang tanganya dengan senyuman.
            “Tak apa. Jas janji nak hantar dengan kereta. Dia nak bawa kereta katanya”
            Nenek mengangguk. “Nanti kena ajak Jas dinner dengan kita. Dia dah banyak tolong kamu disana ‘kan?”
            Dara sekadar tersenyum.

***********************************************

            Pintu bilik diketuk dengan perlahan. “Masuk” dia bersuara dari dalam. Pintu dikuak dan Judy memberi senyuman.
            “Sibuk ke?”
            Dara menggeleng. “I tak buat apa-apapun”
            “Untuk you” dia menghulurkan kotak besar yang dibalut cantik. Dara menjungkit kening. “Hadiah I?”
            Judy mengangguk. Dara mengambil dan membuka dengan rasa teruja. Sehelai dress berwarna biru gelap dilipat cantik didalamnya. Senyuman diukir. “Cantik” dia mengeluarkan baju tersebut dan ternyata hatinya terpikat.
            “Pandai you pilih”
            “Tengok oranglah”
            Dara mencebik namun turut merasa gembira. Semua ini tidak diperlukan asalkan nenek dan Judy berada disampingnya. Dia tidak punya banyak ahli keluarga selepas mama dan papa meninggal. “Suka?”
            Dia mengangguk. Judy lega. Habis satu hal. Puas dia tawaf satu QB untuk memilih baju yang sesuai. Walaupun Dara bukan jenis memilih. “I ada satu lagi hadiah untuk you. Yang ini, you pasti lagi-lagi suka”
            Dara mengerut dahi. “Hadiah apa?”
            Jas berlalu keluar dari bilik dengan tiba-tiba. Dara semakin hairan. Pelik sungguh Judy hari ni. Dia kembali memandang dress tadi. Senyuman terukir. Cantik sangat! Pandai Judy pilih.
            Judy kembali bersama Dell berwarna merah. “You nak hadiah I lappy ke?” dia mengusik. Judy menggeleng. Dia menghalangkan skrin kearah dan jantung Dara seolah-olah berhenti berdegup melihat wajah itu. Dara memandang Judy.
            “Permintaan dia. He’s yours” Dara menyambut huluran Judy sebelum Judy berlalu meninggalkan dirinya sendiri. Dia kemudianya meletakkan laptop tersebut diatas katil sebelum memakai headphone yang berada berhampiran.
            Dara diam melihat lelaki itu turut memakai headphone. Perasaanya bercampur baur. Hampir 4 bulan selepas berpisah. Ini kali pertama mereka berbual selepas peristiwa di telifon itu.
            “Damia?” dia sudah merasa sebak. Tiada sesiapa yang akan memanggil nama itu kecuali lelaki ini. “I’m here” senyuman diukir. Dara sedikit senang. Kez nampak lebih kurus namun masih tampan seperti dahulu.
            “Sihat?”
            Dia mengangguk. “You?”
            “Sama”
            Diam. Masing-masing cuba mengatur ayat yang sesuai. “Macam mana life dekat hostel?” dia menyoal pula.
            “Biasa. Masih sibuk dengan test,assignment dan presentation
            Kez mengangguk. “You?”
            “Sama” tiada soalan lagi. Sangat kekok. Seolah-olah kali pertama berbual. Jantung Dara tidak mampu berdengup dengan tenang lagi. Dia sangat merindui lelaki ini.
            Happy Belated Birthday” senyuman diberi. “Thanks. Walau lambat seminggu”
            Dia tergelak. Dara tersenyum. “Balas dendam” Dara mencebik. Masih tak berubah! “Hadiah awak, minta pada Judy nanti. Saya dah pos sebulan awal”
            Kening dinaik. “Awalnya?”
            “Biasalah. Engineer selalu sibuk. Nasib baik saya ingat”
            “Iyalah sangat” Kez ketawa, kecil. Dara memandang. Mereka kelihatan dekat namun begitu jauh. Perpisahan ini membuatkan Dara sedar. Dirinya sudah jatuh cinta. Namun peritnya apabila masing-masing tidak mahu mengaku.
            “Kenal kawan lain tak selain Jas dan Kinah?”
            Dara menggeleng. Bukan tak mahu tapi dia selesa dengan mereka berdua sahaja. Yang lain berkawan sekadar didalam kelas sahaja. Tiba-tiba dia teringat. Arieff kira kawan ke? Mereka jumpa beberapa kali je. “Ada. Arieff”
            Entah kenapa, nama itu terkeluar. Kez menjungkit kening. “Arieff? Hmmm” dia kelihatan tenang. Dara sedar dia mahu buat Kez cemburu. “Should I worry about this guy?”
            Kaget. Kez terlalu jelas namun masih kabur. “Kawan je” Dara bersuara, perlahan. “Sama macam kita ‘kan?”
            Diam. Kez menghela nafas. “Damia. Damia. Kalaulah saya boleh terbang sekarang juga”
            Dara terkejut. Apa maksud Kez? “Saya cuti bulan depan” dia memberitahu. “Okay”
            “Ambil saya”
            “Apa?”
            Kez mengangguk. “Saya taknak pa atau Jas ambil. Saya nak awak ambil”
            “Ewah. Mandat besar nampak?” Kez tergelak. “Saya tahu” Dara mencebik tapi hatinya berdebar. Ambil dia dekat airport? Seorang diri? Rasa nak golek-golek atas katil sekarang ini.
            “Okaylah. Budak baik kena tidur awal”
            Tanpa sedar Dara mengangguk. Jam sudah berganjak pukul 12 malam. “Saya bukan budak la!” Kez memberi senyuman.
            “Nenek apa khabar?”
            Dara kembali serius. ”Macam biasa. Tapi dia nampak letih sangat” Kez melihat wajah Dara yang muram. Kalaulah saya boleh ada disisi awak sekarang.
            ”Tak ada apa-apa tu. Awak jangan risau sangat”
            Dia mengangguk. Eh? ”Macam mana awak tahu pasal nenek?”
            Sengihan diberi. ”Saya tahu banyak perkara yang berlaku di Malaysia, Damia. Awak je tak tahu”
            Dara terdiam. Banyak perkara? Perkara apa tu? Kez senyum lagi. Hai la, hati. Tengok senyum dia pun kau berdebar ke? Dah parah kau ni.