Monday, 23 December 2013

I Give My First Love To You - 1

            “Apa kau tenung hah? Berani kau tenung aku!”
            Tubuhnya ditunjal beberapa kali. Rakan-rakan lelaki itu tersenyum sinis memandangnya. Mata masih memberi pandangan tajam kearah lelaki bertopi itu.
            “Aku cakap kau langgar aku. Kau tak reti minta maaf ke hah?”
            Tengkingan lelaki itu langsung tidak mendatangkan apa-apa kesan. Lelaki itu kelihatan lebih sakit hati. Dia menoleh kearah 2 rakanya yang lain. “Budak ni memang tak guna ‘kan?”
            Rakan disebelah kiri mengangguk dengan wajah serius. “Kau ajar je dia, Rif. Budak macam ni memang berlagak”
            Rif kembali menoleh kearah budak lelaki dihadapanya. Tak guna! Dia langsung tak takut. Dia tak kenal siapa aku? Leher baju budak lelaki itu ditarik kasar.
            “Aku suruh kau minta maaf. Susah sangat ke?”
            Pipinya ditepuk kasar beberapa kali. “Baik kau lepaskan” dia nampak tenang namun pandangan yang diberi membuatkan Rif merasa badanya bagai disapa angin yang sejuk.
            “Apa kau cakap? Kau memang nak mati ke hah?” rakan dibelakang pula bersuara. Budak lelaki itu mendengus bosan. Rif mengeratkan lagi cekak di leher baju. “Berani kau langgar aku ‘kan? Kau sedar siapa aku hah?”
            Kesabaranya teruji apabila budak lelaki itu sekadar memandang tanpa berkelip. Memang tak perlu susah-payah menggertak. Budak ni memang tak makan saman.
            “Tak gu…..”
            Belum sempat tumbukan singgah diwajah, dia terlebih dahulu ditendang di perut. 2 rakanya yang lain kelihatan terkejut.
            ”Addy”
           Tenguk digerak kiri dan kanan sambil dia memulas pergelangan tangan dengan wajah geram. “Sampai mati pun kau tak mampu insuran muka aku. Berani kau cuba nak cederakan asset paling penting untuk aku?”
            Bahunya ditepuk lembut sebelum ketawa kedengaran disebelah. “Patutah lewat. Kau ditahan ke?”
            Addy memberi senyuman. Naim menggeleng. “Baguslah. Aku pun dah lama tak gerakkan sendi-sendi aku”
            Shafiq disebelah sudah bersedia. Rif memandang 2 rakanya yang kaku. “Kau orang tunggu apa lagi? Habiskan!”
            Addy memandang Naim dan Shafiq. “Siapa lambat, belanja Zeus” 3 sahabat itu ketawa sebelum mata mereka mulai berubah memandang 2 lelaki yang sedang meluru kearah mereka ketika ini.

********************************

            Arghhh. Tubuh dihenyak diatas sofa 3 berwarna hitam yang berada di Zeus. Addy membuka jaket yang dipakai. Suasana Zeus yang menenangkan sememangnya sangat diperlukan ketika ini.
            Shafiq ketawa tiba-tiba. “Nasib baiklah Carl datang cepat. Kalau tak, mati dia orang tu dikerjakan kau”
            Addy mendengus bersama senyuman, sinis. “Memang salah timing la. Aku tengah cari sesuatu untuk lepaskan kemarahan aku tadi”
            Naim menggeleng. Mereka kemudian dihampiri seorang gadis memakai pakaian seragaman Zeus. “Daripada cara kalian senyum, aku dah boleh agak. Apa masalah yang korang buat lagi kali ni?”
            Nana menggeleng sebelum meletakkan menu diatas meja dihadapan 3 lelaki itu. Shafiq meletakkan siku diatas meja lalu memandang Nana gaya orang mabuk cinta. “Kalau I beritahu, apa yang I dapat?”
            Naim disebelah hanya mampu mengggeleng. Nana mengetuk kepala Shafiq menggunakan menu diatas meja. “Aduhhh. Damn girl. Kekasaran adalah dilarang tahu?”
            Kepalanya digosok perlahan. Addy dan Naim ketawa. Nana mencebik. “Itu yang kau dapat. Kau orang nak apa hari ni?”
            Dia sudah bersiap-sedia dengan buku kecil untuk mencatit menu. Shafiq tarik muncung 14 belas. “I nak jus. Oren”
            “Teh ais” Naim bersuara kemudian. Nana memandang lelaki disebelah Naim. Jantung berdegup lebih laju berbanding biasa. “Addy?”
             Lelaki itu menggeleng. “Aku tak haus. Ricky mana?”
            “Sana” mereka bertiga menoleh. Ricky kelihatan sibuk melayan pelanggan wanita yang hadir. Dasar kasanova. Pantang nampak perempuan dahi lincin. Semuanya nak sapu bersih.
            “Hmmm. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga apalah yang perempuan-perempuan tu nampak pada si Rick tu. Nak kata handsome, aku 100 kali okay lagi. Kaya? Zeus ni je yang dia ada. Hmmm
            Dagu digosok sambil berfikir. Naim tersenyum. Bahu temanya itu ditepuk lembut. “Ayat, bro. Ayat! Perempuan akan cair dengan kau walaupun kau muka macam Mahmud Jun”
            Shafiq mencebik. Caitt. Itulah masalah perempuan zaman sekarang. Sebab itu jugalah, banyak sangat kes kena tinggal. Cepat sungguh tergoda bila dengar ayat-ayat manis. Dia orang tak tahu ke itu memang skil lelaki sejak lahir?
            Mereka menoleh apabila mendengar kerusi ditolak tiba-tiba. Nana kaget seketika melihat Addy berjalan kearah pentas. Kepala pula sudah dipakaikan beanie berwarna kelabu. Keadaan menjadi kecoh dengan jeritan pelanggan wanita yang hadir apabila Addy naik ke atas pentas lalu mengambil gitar yang tersedia.
            Melihat lelaki itu dibawah cahaya lampu manakala keadaan disekeliling gelap membuatkan Nana semakin jatuh hati. Buku yang berada di tangan digenggam erat. Lelaki itu memberi pandangan kosong ke arah tetamu yang hadir. Rata-rata mereka sudah terpikat walaupun belum mendengar suaranya.
            Naim menghela nafas. Dia bersandar sambil memeluk tubuh. Petikan gitar mulai kedengaran memecah sunyi Zeus ketika ini. Perhatian Ricky juga sudah beralih kepada Addy diatas pentas. Tanpa usaha yang lebih, Addy Ashraf berjaya menarik perhatian semua orang di dalam Zeus ketika ini.
            “Ini salah satu pembaziran”
            Shafiq bersuara tiba-tiba. Pelanggan wanita seperti sudah dipukau apabila mendengar suara Addy ketika ini. Naim menoleh, menyoal.
            “Tak menggunakan kelebihan yang ada. Tapi ini lebih kejam. Dia buat orang jatuh berkali-kali tapi tak berniat langsung nak hulurkan tangan”
            Dahi Naim berkerut sedikit. Dia cuba memahami metafora yang Shafiq sampaikan. Naim kemudian terpandang Nana yang berdiri kaku tidak bergerak sejak Addy berada diatas pentas. Kemudian, dia mulai memahami.

            I miss you
            I miss you so much
            I really miss you so much
            Even if I call your name thousand times
            You will not coming back

            I don’t even remember your face now
            Is this wrong for me
            You left me for a very long time
            My heart died for a thousand times

            Naim menghela nafas. Wajah lelaki itu tidak memberi apa-apa reaksi namun dia seolah-olah mampu membaca hatinya ketika ini. Naim menggeleng. Sampai bila kau nak macam ni, Addy? Sampai bila kau nak seksa diri kau sendiri?

**********************************

             Beberapa keping gambar mengenai kejadian 2 hari lepas berada diatas meja ketika ini. Addy mengambil beberapa keping untuk dilihat. Menarik! Angle pun cantik. Nampak clear muka aku tanpa berselindung. Sesiapa yang ambil gambar ini memang seorang yang professional. Mungkin juga diupah.
            Gambar-gambar itu diletak semula diatas meja. Dia memandang lelaki yang duduk bertentangan denganya ketika ini. “Pagi tadi paksu lihat sampul surat berisi gambar-gambar ini diatas meja. Bila disoal, tiada sesiapapun yang tahu siapa yang menghantarnya. Maknanya, ada seseorang yang mahu hancurkan imej kamu, Addy”
            Dia menghela nafas. Ini bukan perkara baru. Setiap kali ini berlaku, Carl pasti akan uruskan semuanya dengan senyap. Dia tak perlu bimbang apa-apa.
            “Beritahu Carl. Dia akan uruskan semuanya”            
            Zairil menanggalkan cermin mata yang dipakai. Kepalanya terasa berdenyut apabila masuk pejabat selepas seminggu bercuti namun terpaksa berhadapan dengan masalah daripada Addy. Tak habis-habis dengan masalah.
            “Itu bukan masalahnya, Addy” dia menghela nafas memandang satu-satunya anak saudara yang ditinggalkan arwah kakak. Namun yang seorang inilah yang selalu memeningkan kepalanya. Seorang ini juga yang membuatkan tidurnya tidak nyenyak dan mungkin menyumbang kepada rambut yang beruban tidak lama lagi.
            “Ini. Nasib baik papa kamu tiada disini. Kamu tahu apa yang dia akan lakukan jika perkara ini sampai ke telinga dia?”
            Addy memberi reaksi tidak kisah. Dia membetulkan duduk sebelum mulai mengetuk meja paksu. Langsung tiada perasaan bersalah mendengar soalan paksu tadi.
            “I told you. Carl will take care of it. Jangan risau. It will not affecting you or your beloved school
            Zairil memandang remaja berusia 17 tahun yang merasakan dirinya memiliki segalanya dengan kemewahan yang ada. Kesabaranya hampir hilang melihat tingkah-laku acuh tak acuh yang diberikan Addy.
            Namun dia hanya mampu mengeluh tanpa sebarang kata. Hendak dicakap lebih-lebih, dia tahu ianya sekadar menghabiskan air liur. Masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Berhadapan dengan Addy, memang harus menahan sabar. Dirinya yang sentiasa tenang pun hampir hilang kawalan ketika ini.
            “Apa yang berlaku? Macam mana kamu boleh terlepas tanpa Carl? Mereka cederakan kamu ke?”
            Addy mendengus. Dia tak perlukan seorang ayah saudara yang berpura-pura mengambil berat sedangkan dirinya sendiri tiada di majlis pengebumian kakak sendiri. Addy tak perlukan seorang paksu yang berpura-pura risaukan dirinya sedangkan lelaki itu hanya muncul 3 tahun yang lepas.
            “Ada apa-apa lagi yang nak ditanya? Kalau tak, Addy kena masuk kelas. Kalau lewat, paksu juga tak mampu dengar aduan cikgu ‘kan?”
            Sungguh dia merasa kalah ketika ini. 3 tahun yang lepas dia kembali untuk bersama Addy. Namun remaja itu sudah menutup pintu hatinya daripada sesiapa sahaja. Zairil sedar bahawa semua ini adalah salahnya juga. Kelukaan Addy. Kesakitan Addy. Walaupun dia tahu dari awal namun dia mengambil masa yang lama untuk kembali kepada anak saudaranya itu.
            Zairil akhirnya menggeleng, lemah. Addy mengangguk sebelum menolak kerusi lalu bangun. Dia mengambil beg yang diletakkan di kerusi sebelah. “Pastikan paksu tak diberikan gambar-gambar seperti ini lagi. Paksu akan uruskanya dengan Carl”
            Addy mengangguk tanpa berminat. Beg disandang ke belakang. Sempat dia membetulkan baju kameja putih yang dipakai. “Pergi dulu”
            Pintu ditutup perlahan. Zairil menghela nafas lemah. Macam-macam masalah. Apa paksu nak buat dengan kamu, Addy? Ke mana hilangnya Addy yang sering mengekori paksu kemana sahaja dahulu? Kenapa perginya Addy Ashraf yang memandang paksu dengan mata bercahaya suatu ketika dahulu?

**********************************

             “Balqis Sofea!”
            Dia bangun seperti zombie yang baru tersedar daripada tidur apabila mendengar suara itu. Dengan mata yang masih tertutup, dia menggaru kepala yang tidak gatal. Walaupun dalam keadaan mamai, dia masih mampu mendengar derapan kaki yang semakin menghampiri bilik tidurnya.
            “Qis! Qis!”
            Hujung katil diduduki dan kakinya digerak beberapa kali. “Kenapa kau menjerit, Atikah Syuhada oi? Aku tidur pukul 3 pagi semalam siapkan assignment Puan Asmiza tahu?”
            Syu menggeleng. Ini lagi besar! Masalah tak cukup tidur Qis boleh ditolak ke tepi dahulu. Dengan sengihan, dia menayang sampul surat berwarna putih dihadapan Balqis yang sedang mengikat rambutnya.
            “Kau nak dengar ke? Atau kau nak baca sendiri?”
            Balqis fokus kepada sampul yang dipegang Syu. Mata memandang logo yang tertera di sampul surat yang dipegang. Pantas tanganya mencapai sampul tersebut lalu membukanya dengan rakus.
            Syu menguntum senyum. Dia pasti perkara ini akan memberi senyuman di bibir Balqis untuk pagi itu. Dia menunggu Balqis membaca surat tersebut sebelum dia melihat bibir teman baiknya itu mengukir senyuman.
            “Sekarang beritahu aku. Kau nak tidur semula atau jumpa En Nizam sekarang?”
            Balqis melipat semula surat yang selesai dibaca dan disimpan semula ke dalam sampul yang dipegang. Dia memandang Syu yang sedang tersenyum.
            “Macam mana dengan kau? Dapat sekali dengan aku tak?”
            Syu mengherotkan sedikit bibir. Wajah Balqis berubah. Kenapa muram? Dia tak dapat ke? Mereka dah berjanji untuk menjalani praktikal di tempat yang sama.
            Lengan Syu dipegang. “Kau tak dapat sekali dengan aku ke?”
            Syu membetulkan duduk dengan wajah muram. Balqis menolak selimut ke tepi. “Cakaplah. Kau dapat ke tak?”
            Wajah Balqis ditenung lama. Sedikit demi sedikit, dia mengukir senyuman dan kemudian ketawa. Balqis semakin hairan. Apa kena budak ni? Sekejap sedih sekejap happy. Waras ke tak kawan aku ni?
            “Mestilah sekali! Gila kau tak sama. Aku boleh meroyan tahu?”
            Dia melayangkan sampul yang sama namun tertera namanya. Balqis tergamam seketika. Mereka berpandangan. “Arghhhh
            Kolej Kediaman Za’ba bergegar dengan jeritan pelajar semester 7 bidang TESL Universiti Perguran Sultan Idris itu. Mereka berpelukan dengan rasa gembira. Memang tak disangka akhirnya impian untuk sama-sama praktikal dicapai juga.
            Seketika kemudian, pelukan direngang. Mereka berdua masih tersenyum. “Kolej Delima. Akhirnya, impian kau tercapai juga. Dapatlah jumpa kesayangan dekat sana nanti”
            Wajah tiba-tiba terasa hangat. Syu ketawa. “Eleh. Macamlah aku taktahu sebab apa kau pilih sekolah tu ‘kan?”
            Balqis buat tak dengar. Dia mulai berkira-kira untuk turun dari katil namun dihalang oleh Syu. “Beritahu aku, Qis. Kau masih tak boleh lupakan dia ke?”
            Balqis menolak lembut tangan Syu sebelum turun dari katil. Syu menggeleng. Apa nak jadi dengan kawan aku seorang ni? Sejak dari tahun 1 hingga sekarang. Balqis hanya mampu menyimpan rasa didalam hati sahaja. Kerana itulah, Balqis jadi macam ni sekarang.
            “Aku lapar. Kau siaplah. Lama tak makan roti canai Pakcik Hamid dekat depan tu”
            Syu menghela nafa sebelum bangun dari katil. Kaki yang ingin melangkah terhenti sekejap apabila terpandang bingkai gambar yang disorak disebelah buku-buku TESL yang tebal-tebal belaka.
            Kaki dihala kearah meja belajar sebelum dia menarik bingkai gambar itu keluar. Syu kaget sekejap sebelum dia mengeluh. “Balqis Sofea! Budak bertuah!”
            Bingkai gambar itu diletak semula diatas meja bersama gelengan di kepala. Dia kemudian berlalu keluar untuk bersiap.

********************************

            “Selamat pulang, tuan muda”
            Kepulanganya disambut oleh semua pembantu rumah yang menunggu dihadapan pintu dengan membuat 2 barisan. Addy melangkah tanpa menghiraukan mereka sebelum berlalu ke ruangan dapur.
            Pintu peti ais dibuka lalu dia mengambil mineral kecil untuk menghilangkan rasa haus ketika ini. Kaki kemudian dibawa ke ruang tamu yang kembali sunyi.
            “Tuan muda dah pulang?”
            Dia tersedak air yang diminum apabila mendengar suara itu. Addy menoleh ke belakang melihat ketua pembantu rumah, Ibu Hajjah berdiri dengan senyuman yang bermakna. Addy menelan air didalam mulut dengan pantas.
            Ibu Hajjah menggeleng. “Ambilkan minuman untuk tuan muda”
            Addy melihat seorang pembantu mengikut arahan yang diberi. “Tuan muda seharusnya meminta kepada pembantu. Tak elok untuk minum seperti tadi. Seorang pewaris…….”
            Keluhan kedengaran. “……seharusnya punya etika dalam apa juga yang dilakukanya. Betul ‘kan?”
            Ibu Hajjah terdiam sekejap. Addy buat muka bosan. Setiap hari dileteri dengan ayat yang sama sehingga dia sudah mampu menghafal. Didalam villa ini, Ibu Hajjah akan berkuasa jika papa ataupun Carl tiada.
            Memandangkan wanita separuh abad ini mengenali arwah mama dan papa sebelum mereka berkahwin lagi, dia seakan-akan mempunyai kuasa yang papa sendiri tak mampu membantah. Kerana itu jugalah, Addy sendiri hanya mampu mengutuk didalam hati tapi tidak diluahkan di bibir.
            “Tuan muda berehat dahulu. Saya akan sediakan minum petang sebentar lagi”
            Addy mengangguk tanpa membantah. Setiap ucapan Ibu Hajjah adalah arahan yang harus dipatuhi walaupun untuk seorang pewaris seperti dirinya. Sebenarnya, dia juga sudah penat untuk melawan Ibu Hajjah yang sentiasa punya idea untuk membuat dirinya mengikut semua arahan wanita itu tanpa sedar.
            “Saya akan ke Zeus petang nanti. Tak perlu siapkan minum petang dan makan malam. Saya takkan ada dirumah sampai malam”
            “Tuan muda” langkahnya terhenti sebelum mendaki tangga. Dia menoleh. “Tan Sri berikan arahan yang jelas. Tanpa Carl, tuan muda tidak boleh kemana-mana. Saya rasa tuan muda harus mengikuti arahan itu selepas kehilangan tuan muda 2 hari lepas ‘kan?”
            Dia memberi senyuman yang meremangkan bulu roma. Aishhh. Addy menahan sabar. Dia tak mampu membantah. Ibu Hajjah seperti punya aura yang membuatkan dirinya yang sentiasa rebel ini pun terpaksa menurut tanpa membantah. Senyuman diukir semakin lebar apabila melihat tuan muda terdiam.
            “Baiklah. Saya akan siapkan minum petang untuk tuan muda”
            Dia berlalu ke dapur tanpa menoleh lagi. Addy menggaru kepalanya dengan rasa sebal. Beria dia merancang untuk lepak di Zeus petang ini. Perkara yang sukar dilakukan jika adanya papa mahupun Carl. Tapi dia terlupa bahawa dirumah ini masih ada Ibu Hajjah yang tarafnya sama seperti Carl.
            Dengan rasa sebal, dia melangkah mendaki tangga menuju ke bilik.

*********************************

            “Mama! Mama!”
            Dia bergegas keluar daripada Proton Pesona berwarna hitam yang dipandu abah. Kaki terus berlari laju apabila pintu rumah dibuka oleh mama. Tubuh kurus itu dipeluk erat untuk menghilangkan rasa rindu yang dipendam selama ini.
            “Rindunyaaaa”
            Puan Liza ketawa sambil mengusap belakang anak kesayanganya. “Baru tak balik sebulan dah rindu? Macam mana nak pergi sambung oversea nanti?”
            Pelukan direnggang. Balqis tarik muncung 14. “Mama ni. Memang nak Qis jauh dari mama ke? Qis cakap yang Qis nak duduk dekat mama je ‘kan?”
            “Budak bertuah” dia meluku kepala Balqis dengan lembut. Balqis memberi sengihan. “Balqis Sofea. Tahulah kamu rindukan mama kamu pun. Taknak tolong abah angkat barang kamu ke?”
            Balqis menoleh. Sengihan bersalah diberi. “Sorry. Qis tolong sekarang” dia membuat tabik hormat sebelum kembali mendapatkan abah yang sedang memunggah semua barang yang dibawa pulang.
            Mama, abah dan Balqis membawa semua barang masuk ke dalam rumah. Beg tarik berwarna merah diletakkan diruang tamu. Balqis melabuhkan punggung diatas sofa.
            “Ahhhhh. Rindunya rumah”
            Dia memerhati sekeliling. Perasaan hangat yang dirasai setiap kali berada dirumah. Perasaan selamat dan tenang kerana tiada sebarang masalah yang mampu menganggunya ketika ini.
            “Mama kamu gembira sangat bila kamu cakap praktikal nanti kamu akan berada dirumah. Abah tak larat nak dengar dia membebel cakap rumah sunyi sejak kamu di UPSI”
            Abah melabuhkan pungguh disofa satu berhampiran. Balqis tersenyum. Dia memeluk bahu mama yang duduk disebelah. “Mama rindu Qis ye?”
            Puan Lisa tergelak melihat wajah comel Balqis. Memang rindu sangat dengan buah hati pengarang jantung hatinya ini. Balqis sahaja hartanya yang paling bernilai didunia ini.
            “Jangan risau. 5 bulan Qis akan duduk rumah. Sampai mama bosan”
            “Mungkin lagi sukar untuk mama kamu lepaskan kamu selepas ini. Hati-hati” abah menambah selamba. Balqis ketawa.
            “Apa salahnya? Ini je anak perempuan kita, Encik Rizal oi. Awak ada banyak anak perempuan ke?”
            Mereka bedua ketawa mendengar mama seolah-olah merajuk. Balqis menggeleng. Sungguh dia merindui rumah. Dia rindukan masakan mama dan usikan abah. Kalaulah arwah abang masih ada. Rumah pasti akan lebih meriah dengan usikan lelaki itu.

A/N : 

this is my new novel beside 143. No worries because i'll try my best to finish 143 and frequently update new entry. Keep reading, readers :)

Monday, 16 December 2013

143 ep 9

            Pintu bilik diketuk 3 kali. Beberapa saat kemudian, ianya dibuka. Kuzer tersenyum melihat wajah Kai yang nampak tertekan. Dia melangkah masuk sebelum menutup pintu semula. Kai berlalu membaringkan diri diatas katil dan menutup muka menggunakan lengan kananya.
            Kuzer menarik kerusi berhampiran sebelum duduk memandang Kai yang membisu. Suasana sunyi sekejap. Dia memerhati sekeliling. Tiada apa yang menarik. Kai jenis yang simple tapi sangat pentingkan kekemasan. Berbanding dirinya. Mereka 2 beradik memang berbeza sekali.
            Megat Kuzer Ashraf, abang sulung yang lebih gemar menghabiskan masa didalam pejabat dan lebih senang mesra dengan orang baru.
            Megat Kairil Adam pula seorang yang sangat sukakan sukan namun sukar sekali menerima orang baru didalam hidupnya.
            Kalau dilihat mata kasar, tiada siapa menyangka mereka adalah adik-beradik. Matanya tiba-tiba memandang bingkai gambar mereka bertiga sewaktu sambutan hari jadi Kai dahulu. Amal berada ditengah. Kai dipaksa memeluk bahu Amal. Jelas kelihatan wajah terpaksanya namun Kuzer melihat rasa gementar di mata itu. Senyuman terukir.
            Tapi, hanya Megat Kuzer Ashraf sahaja yang mampu melihat disebalik topeng dingin yang dicipta oleh Megat Kairil Adam. Kuzer menghela nafas.
            “Along rasa Hannah not bad. Benar cakap mama. Dia berubah banyak sebab nak keep up with your ideal women. Tiada lagi Hannah yang manja. Tiada lagi Hannah yang selalu mengekori kamu kemana sahaja kamu pergi. Maybe you should give her chance huh?”
            Kuzer mencuba. Dia ingin melihat reaksi Kai. Adiknya yang seorang ini memang sukar sekali memperlihat apa yang dirasai. Sejak bila dia belajar tutup perasaan sendiri? Kerana sibuk di pejabat, Kai membesar menjadi seorang adik yang sukar didekati. Sedikit sebanyak, Kuzer letakkan salah itu kepadanya. Kuzer sedar dirinya, mama dan papa sangat sibuk dan sering mengabaikan Kai. Mungkin kerana itu Kai membesar menjadi seperti ini.
            “Apa pendapat kamu?”
            Kai tidak menjawab. Kuzer mencebik. Sungguh tak comel adik aku seorang ni? Nasib baik ada Amal. Bolehlah pujuk hati aku yang kekurangan kasih sayang seorang adik ni.
            “Apa pendapat kamu tentang Amal?”
            Kai bergerak sedikit. Dia menarik tangan turun sebelum mengerling ke arah along. Lelaki itu memberi senyuman, lebar. Kening dijungkit dengan reaksi nakal.
            “Gi-la!”
            Kuzer ketawa kecil. Tarik balik kenyataan tadi. Kairil Adam memang sangat comel. Walaupun dia sedaya-upaya menyembunyikan perasaanya. Sudahlah Kai. Along kamu ni hidup 3 tahun awal dari kamu tahu? Setiap gerak laku kamu ni ada dalam kocek seluar along la.
            “Kenapa? Dia bukan adik kandung kita ‘kan?”
            Kai mendengus. Dia bangun lalu bersila diatas katil dan memberi pandangan tajam ke arah along. Kuzer masih mengekalkan senyuman. Sikit pun tak takutlah! Kamu punya rahsia adalah dekat along.     
            “Nak apa datang sini? Orang nak rehat tahu? Esok kelas pagi”
            Kai mengetap bibir. Kadangkala, along ni annoying juga. Dengan senyuman macam dia tahu semuanya. Arghhh. Tertekan aku!
            “Kamu cakap Hannah dah macam adik. Amal tentu macam tu juga ‘kan? Lagipun, dia duduk dengan kita hampir 3 tahun”
            Kuzer hampir meledakkan tawa melihat pandangan Kai yang seperti hendak membunuhnya sekarang ini. Sungguh comel adik aku seorang ni. Siapa kata Kairil Adam seorang yang macho? I beg to differ!
            “Apa sebenarnya yang along nak?” Kai menghela nafas. Sungguhlah memang along. Banyak sangat trick dalam sleeve tu sampai dirinya angkat bendera putih serta-merta. Senyuman along semakin lebar.
            “Along hanya nak kamu happy. Lagipun, you are my cutest bro in the world
            Kai mampu merasa kepalanya berasap ketika ini. Tangan pantas membAlyng bantal yang pAlyng hampir kearah along namun lelaki itu mengelak bersama tawa yang ditahan sejak tadi.
            Semakin didengar, semakin sakit hati. Kai mengutuk didalam hati. Kalau dapat membahan, memang tak kasihan sungguh. Namun jauh disudut hati, dia merindui suasana seperti ini. Sejak along dinaikkan pangkat, dia sangat sibuk dan mereka semakin kurang berbual. Kai lihat along yang masih ketawa. Dia sekadar memerhati. Sekarang pun semakin jarang untuk lihat along senyum gembira seperti ini.
            Kuzer bangun dari kerusi selepas perutnya hampir sakit melepaskan tawa tadi. Kai masih memberinya pandangan dingin. Senyuman dipamer lalu menghampiri Kai yang masih duduk diatas katil.
            “Along harap suatu hari nanti kamu sedar perasaan sendiri. Jangan risau. Along uruskan mama untuk kamu”
            Sempat dia mengenyit mata. Kai buat muka menyampah. Kuzer ketawa kecil. Mungkin dimata orang, Kai nampak dingin. Namun sikap dingin Kai nampak comel dimatanya.
            “Jangan marahkan mama lagi. Dia hanya inginkan yang terbaik untuk kamu walaupun kadangkala terover sedikit. Kamu kenal Datin Nora ‘kan?”
            Kai senyum sedikit. Aneh. Along sentiasa tahu untuk memujuknya. “Along juga mahu kamu pilih orang yang kamu cintai. Bukanya sebab paksaan keluarga. Samada Hannah mahupun sesiapa, along akan terima jika itu pilihan kamu sendiri. Jadi, jangan berfikir sangat”
            Dia menepuk bahu Kai dengan lembut. Kai hanya diam. “Walauapapun yang berlaku, along akan sentiasa dibelakang kamu menyokong setiap keputusan yang kamu buat”
            “Aishhh” Kai menolak tangan along yang menggosok kepalanya. Seperti yang dia selalu lakukan kepada Amal. Sekarang, dia faham perasaan Amal. Kuzer masih ketawa sebelum berlalu keluar dari bilik.
            Pintu ditutup perlahan. Tubuh disandar di pintu. Kuzer menghela nafas. Along harap kamu bertahan, Kai. Jika kamu sedar perasaan sendiri selepas ini, banyak dugaan yang bakal kamu lalui. Along hanya berharap kamu mahupun Amal tidak terluka kerana itu.

*******************************************

            “Wahhhh. Sedapnya”
            Sudu serta garfu yang diambil tadi dipegang dengan wajah berselera. Sempat memberi senyuman kepada Una dihadapanya. “Nasi ayam kegemaran aku”
            “Kau apa yang tak suka? Asalkan ayam, semua masakan kau makan”
            Amal menyuap nasi ayam yang masih panas itu ke dalam mulut. “Ayam dengan aku. Memang tak boleh dipisahkan. Mama juga setuju”
            Una ketawa bersama gelengan. “Iya. Tapi cuba suruh kau makan sayur. Awal lagi kau lari ‘kan?”
            Amal mencebik sementara Una tersenyum. “Macam mana kau membesar kalau sayur kau tak makan hah? Sebab itulah kau pendek. Tumbesaran terbantut”
            “Aishhh” Una hanya ketawa. “Aku bukan pendeklah. Comel. Kau tahu? Comel”
            Una buat gaya nak muntah. Amal memberi senyuman sebelum menghirup air sirap kegemaran. Mereka kembali menjamah makanan dihadapan.
            “Kau beritahu mama kau nak jodohkan Kai dengan Hannah? Serius?”
            Amal mengangguk. “Hmmm, kau setuju ke? Sebab dia, kau kena tampar hari tu”
            “Bukan aku yang nak kahwin dengan dia”
            Budak ni. Una lihat Amal yang berselera memenuhkan perut sendiri. Well ini AmAlyna Imani sebenarnya. Sangat lurus dan sedikit keanak-anakkan. Namun dia akan menjadi matang jika perlu. Una senyum nipis. Siapa sangka pertemuan sewaktu mendaftar membuatkan mereka menjadi kawan baik seperti sekarang?
            “Kau setuju dapat kakak ipar macam Hannah? Kau tak risau ke?”
            Amal mengangkat muka. Bila difikirkan semula, memang akan rasa kekok. Memandangkan mereka tak pernah berbual walaupun berada di kelab yang sama. Tapi jika Kai suka, siapa dirinya untuk menolak.
            Telifon yang berbunyi mengejutkan mereka berdua. Amal kaget sekejap melihat nama pemanggil yang tertera. Una kehairanan. Kenapa tak jawab? Dia menjenguk dan melihat nama pemanggil. Patutlah tak angkat!
            “Angkatlah. Mungkin penting”
            Wajah Una dipandang sekejap. “Hello”
            “Alyn. Alyn” dia mendengar tangisan Farah disebalik panggilan namanya. Amal tergamam. “Kenapa? Apa berlaku?”
            “Pakcik. Pakcik masuk hospital. Dia kena serangan jantung. Saya takut sangat sekarang ni”
            Pakcik? Amal terkedu sekejap. Una yang memerhati juga hairan. Kenapa? Apa yang Farah beritahu?
            “Dia tak sedarkan diri langsung. Doktor cakap mungkin kemungkinan strok. Alyn. Apa saya nak buat? Macam mana kalau pakcik tak boleh diselamatkan?”
            Kelopak mata bergenang. Hati bagi dihempap sesuatu yang sangat berat. Tangan mulai menggeletar. “Amal!”
            Dia memandang Una yang turut nampak cemas. “Kenapa dengan kau? Apa yang berlaku?”
            Airmata mengalir. “Ayah….Ayah…..aku…..”

*********************************************

            “Alyn. Ayah rindu kamu. Mana kamu pergi selama ini? Alyn tak sayang ayah ke?”
            “Ya. Alyn dah meninggal. Patutnya pakcik yang pergi dulu. Bukanya dia”
            Koridor yang dilalui sekarang tiba-tiba terasa lebih panjang daripada yang diingati. Walaupun kaki sudah tidak mampu bertahan, dia gagahkan juga untuk terus berlari. Hatinya yang berdegup kencang ini membuatkan dirinya takkan mampu berhenti.
            “Alyn!”
            Langkah berhenti. Dia termengah sedikit sambil cuba mencari nafas yang lebih teratur. Farah turut mendapatkan dirinya.
            “Alyn” tubuhnya dipeluk dengan tangisan yang semakin kuat. Amal tergamam. Apa yang berlaku dilakukanya? “Doktor cakap keadaan pakcik agak teruk. Mungkin harus jalani pembedahan”
            Amal merenggangkan pelukan. Dia mencari wajah Farah yang sembab akibat terlalu banyak menangis. “Kenapa? Kenapa dengan ayah?”
            “Saya tak tahu. Tadi saya datang ke rumah untuk jenguk dia. Saya ketuk pintu tapi tak ada orang jawab. Bila saya masuk, saya tengok dia dah terbaring dekat lantai sambil pegang dada dia”
            Farah bercerita sambil menahan esakan. “Makcik? Lisa?”
            “Saya tak tahu. Berpuluh kali aku telifon makcik Sarah tapi dia tak jawab. Saya risau sangat, Alyn”
            Amal memandang Farah yang kembali menangis. Hati bertambah sebak. Farah menangis seolah-olah didalam sana adalah ayahnya. Seperti seorang anak yang sedang takut kehilangan ayahnya ketika ini.
            Kau Amal? Apa yang kau buat? Walaupun selepas kau tahu segalanya, kau masih pentingkan diri sendiri. Kau lebih pentingkan hati sendiri berbanding seorang ayah yang menderita selama 3 tahun kerana menyangka anak kesayanganya telah meninggal dunia. Walaupun kau tiada ingatan tentang mereka, ini layanan yang kau berikan kepada ayah sendiri?
            Mata bergenang mengenang sikap pentingkan diri sendiri. Amal mengurut belakang Farah yang menangis. Dia sendiri tak mampu memujuk Farah kerana hatinya juga turut hancur ketika ini. Sememangnya, dirinya sangat kejam. Walaupun hatinya takut, walaupun dia turut ingin meraung seperti Farah. Amal tak mampu lakukan semua ini.
            Seorang ayah yang hanya punya kau. Seorang ayah yang mungkin bakal kau kehilangan. Apa yang kau balas, AmAlyna Imani?! Kau masih berpura sedangkan kau tahu semuanya. Kau pilih orang lain berbanding keluarga sendiri. Kau biarkan mereka menderita 3 tahun yang lepas dan kau lakukanya sekarang juga! Sejak bila kau berubah jadi anak tak guna seperti ini?!
            Farah tergamam apabila terasa tubuh Amal longlai. Nasib baik dia sempat menahan seperti mereka sama-sama terduduk diatas lantai. Farah memegang bahu Amal dengan wajah terkejut.
            “A….Alyn! Kenapa? Alyn….”
   Airmata mengalir. Entah kenapa, hatinya bagai dihiris sedikit demi sedikit. “A…ayah….Ayah…..Ayah……Amal minta maaf….Amal minta….maaaf”
            Melihat Amal yang teresak-esak sekarang, Farah hanya mampu memeluk Amal semula. Pertama kali melihat Amal seperti ini. Hatinya turut terhiris. “A….ayah…..Amal….minta….maaf….”

***********************************

                    “Alyn!”
            Bahu ditepuk pantas. Amal membuka mata. Dalam keadaan samar, dia melihat pintu wad kecemasan dibuka. Dia segera berdiri dan melihat beberapa jururawat yang bertugas, menolak stretcher yang menempatkan ayah keluar.
            Hati kembali sebak melihat keadaan ayah yang nampak sangat cengkung. Dia juga kelihatan lebih kurus berbanding kali terakhir mereka bertemu. Amal menahan perasaan. Dirinya sudah letih menangis beberapa jam yang lepas. Amal harus tabah demi ayah dan Farah!
            Doktor Harith dihampiri dengan pantas. “Abang!”
            Sahabat baik along itu kelihatan terkejut dengan kehadiranya ketika ini. “Amal? Kamu buat apa dekat sini?”
            “Macam mana dengan ayah? Ayah tak apa-apa ke?”
            Doktor Harith terkedu sekejap. Ayah? Siapa yang Amal panggil ayah? “Macam mana dengan pakcik Hussain?”
            Dia memandang gadis disebelah. Gadis ini yang membawa Pakcik Hussain sebentar tadi. “Pakcik Hussain diserang penyakit jantung. Nasib baiklah kamu cepat membawa dia ke sini. Pembedahan meletakkan peacemarker sudah dilakukan. Saya akan tunggu 24 jam untuk lihat keadaanya. Mulai sekarang, dia tak boleh terlalu terkejut dan tertekan. Pastikan dia banyak berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat”
            Farah mengangguk. Dia bersyukur kerana pakcik Hussain tidak ada apa-apa. Amal menarik nafas lega dengan rasa kesyukuran. Jika dirinya kehilangan ayah tadi, Amal takkan mampu memaafkan dirinya seumur hidup.
            “Alhamdulillah. Nasib baik pakcik tak apa-apa”
            Amal memberi senyuman nipis bersama anggukan. Doktor Harith bertambah hairan. Kenapa Amal pula yang nampak lega? Apa sebenarnya yang berlaku?
            “Saya akan tempatkan dia di wad ICU. Hanya seorang sahaja pelawat untuk satu-satu masa. Buat masa sekarang, jangan ganggu dia. Pakcik Hussain perlukan rehat”
            Mereka sama-sama mengangguk. Doktor Harith mengerut dahi memandang Amal. “Amal”
            Amal menoleh. Apabila melihat wajah Doktor Harith sekarang, Amal tahu apa yang bermain di mindanya ketika ini. “Ada sesuatu yang kamu nak beritahu abang ke?”
            Farah tergamam. Abang? Amal kenal doktor yang selalu merawat pakcik? Amal mengetap bibir. Dirinya masih belum bersedia untuk semua ini tapi nampaknya dia tak mampu merahsiakanya lagi.
            Amal menghela nafas. Dia memandang Farah. “Awak tolong tengokkan ayah sekejap. Boleh?”    
            Farah mengangguk walaupun banyak yang ingin disoalnya ketika ini. Amal kembali memandang Doktor Harith. “Boleh….Amal bercakap sekejap dengan abang?”

****************************************************

            Harith menghentikan langkahnya sekejap memerhati gadis itu yang nampak cemas. Dia tak tahu apa yang cuba Amal sembunyikan tapi perkara itu sememangnya serius. Dia tak pernah nampak Amal seperti ini.
            Setelah menghela nafas, dia kembali mengatur langkah. “Nah”
            Amal menoleh melihat Harith menghulurkan cawan berisi kopi panas kepadanya. Dia mengambil dengan senyuman nipis. Harith duduk disebelah sebelum menghirup kopi panas itu dengan tenang.
            Keadaan yang hujan ketika ini sememangnya memerlukan minuman yang panas. Agak lama mereka membisu sebelum Harith akhirnya menoleh.
            “Apa yang Amal nak beritahu abang?”
            Amal mengetap bibir. Cawan kertas yang dipegang, dipusing tanpa arah. Harith memerhati tanpa niat memaksa. Amal kelihatan cuba mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara.
            “3 tahun yang lepas. Abang yang selamatkan Amal ‘kan?”
          Harith tergamam. Macam mana Amal tahu? Datin Nora sudah cuba sedaya-upaya untuk merahsiakan semuanya. “Beberapa bulan yang lepas, Amal dapat tahu semuanya. Amal bukan anak mama dan papa. Amal bukan adik along dan Kai”
            Suasana kembali sunyi. Harith masih menjadi pendengar. “Pakcik Hussain…..dia….ayah kandung Amal”
            Kali ini reaksi  Harith sangat ketara. Amal menoleh, memberi senyuman paksa. “Amal baru tahu. 2 minggu lepas. Farah buat DNA dan keputusanya tak mampu ditolak lagi”
            Harith lihat Amal yang cuba menahan perasaanya sendiri. Sejak bila Amal menjadi matang seperti ini? Amal sekarang mengingatkan dirinya kepada Amal yang ditemui 3 tahun yang lepas. Amal yang mengalami masalah kemurungan dan menyimpan semuanya sendiri.
            “Patutlah Amal sentiasa rasa ada sesuatu yang mama cuba sembunyikan. Bodohnya Amal! Sepatutnya Amal sedar sewaktu lihat nama penuh Amal dahulu. Amal pujuk hati sendiri mengatakan semuanya pasti ada sebab. Mungkin Amal anak tiri mama ataupun papa”
            Amal ketawa perit. “Macam budak-budak ‘kan? Padahal Amal 17 tahun waktu itu. Patutnya sudah boleh berfikir tentang kebenaran sebenar”
            Airmata diseka. Harith memandang dengan rasa kasihan. Pasti kenyataan ini memberi tamparan hebat untuk Amal. Kasih-sayang yang Datin Nora tunjukkan membuatkan Amal percaya bahawa mereka mempunyia hubungan darah. Jadi apabila kebenaran terbongkar, Amal adalah orang yang pAlyng terluka sekali.
            “Walaupun Amal dah tahu semunya, Amal masih pilih mama. Amal langsung tak fikirkan perasaan Ayah. Perasaan Farah. Amal pentingkan kebahagiaan sendiri sedangkan mereka menderita. Seorang ayah yang dalam kesedihan walaupun sudah 3 tahun anaknya meninggal. Seorang sahabat yang masih menyakinkan diri bahawa sahabat baiknya masih hidup. Amal lukai keluarga sendiri. Amal memang tak guna ‘kan?”
            Harith menghela nafas. Dia memahami perasaan Amal sekarang. Perlahan, rambut Amal diusap lembut. Amal hanya mampu menangis. Keperitan yang dirasai. Rasa tidak adil terhadap diri sendiri. Semuanya membuatkan hatinya hampir pecah ketika ini.
            “You such a crybaby. Tak berubah”
            Harith memberi senyuman terpaksa. AmAlyna Imani. Dia masih ingat ayat pertama yang disoal oleh Amal yang membuatkan dirinya tergamam.
            “Awak berdua gay ke?
            Dengan wajah serius dia menyoal. Dirinya yang sedang memeluk Kuzer ketika itu segera melepaskan pelukan dengan rasa kekok. 3 bulan berada di hospital dan menjadi doktor untuknya. Buat pertama kali, hatinya berasa gementar bersama gadis ini.
            “Auntie tahu yang Amal dah tahu keluarga kandung Amal?” Harith kembali menyoal. Amal menoleh. “Amal tak punya kekuatan untuk lukai mama. Sejak akhir-akhir ini, mama seperti takut jika kehilangan Amal. Setiap hari dia mahu Amal disisinya. Mama tahu yang Amal tahu semuanya. Kecuali tentang ayah”
            Harith mengangguk perlahan. Tentu sukar. Auntie Nora menyayangi Amal seperti anak sendiri. Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa wanita itu menyayangi Amal melebihi Kuzer dan Kai.
            “Bila Amal nak beritahu auntie? Lambat-laun mereka akan tahu juga. Jika auntie tahu dari orang lain, dia akan lebih terluka”
            Amal hanya mampu melepaskan keluhan berat. Amal tahu dia tak mampu menahan semua ini lagi. Lambat-laun, rahsia ini akan terbongkar juga. “Abang rasa mama mampu terima semua ini?”
            Dia memandang Harith disebelah dengan penuh harapan. Harith diam sekejap sebelum mengukir senyuman nipis. “Auntie harus menerima hakikat. Amal punya ayah kandung. Sepatutnya Amal memilih dia. Tapi samada hubungan darah ataupun tidak, auntie sayangkan Amal sama seperti ayah kandung Amal. Abang yakin jika Amal beritahu dia, auntie boleh terima”
            Amal diam sekejap sebelum mengangguk lemah. Harith menghela nafas. Terasa seperti semalam, dia harus menjadi doktor bertugas untuk Amal yang kemalangan teruk di kepala. Terasa seperti semalam dia melihat gadis ini membuka mata dan memandangnya tidak berkelip.
            Amalina Imani! Apa yang abang harus lakukan? Kamu yang sudah dianggap seperti adik sendiri. Tapi pastinya, auntie Nora adalah orang yang akan terluka jika kebenaran ini diketahui. Begitu juga dengan Kuzer. Bukan sekali dua Harith mendengar Kuzer bercerita tentang Amal. Harith tahu Kuzer juga sudah menganggap Amal sebagai adik kandungnya.

***********************************

            Pintu wad ICU dibuka perlahan. Bunyi mesin semakin jelas kedengaran di telinga. Amal menghela nafas sambil kaki melangkah perlahan. Jantung berdegup kencang apabila dia semakin menghampiri katil ayah.
            “Amal?”
            Dia menoleh. Farah memberi senyuman sebelum bangun mendapatkan dirinya. “Macam mana ayah?”
            “Masih tak sedar. Nurse suruh tunggu 24 jam untuk ubat bius hilang”
            Amal mengangguk. Dia menghampiri ayah yang masih tidak sedarkan diri. Tangan ayah dipegang lembut. Amal memberi senyuman nipis.
            “Ayah. Alyn datang. Alyn minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk pulang ke pangkuan ayah. Alyn minta maaf”
            Airmata mengalir. Rasa bersalah mengigit jiwa ketika ini. Kerana dirinya, ayah terbaring disini. Kerananya, ayah hidup didalam kerinduan. Kerananya, ayah menderita sehingga mengakibatkan kesihatanya terjejas.
            “Alyn janji. Lepas ini Alyn akan jaga ayah. Alyn takkan biar ayah seperti ini lagi”
            Bahuya dipegang lembut. Farah memberi senyuman sebak. “A….lin?”
            Terasa hendak menangis semula mendengar ucapan tadi. Amal membahasakan dirinya Alyn? Benarkan apa yang aku dengar?
            “Saya mungkin tiada ingatan tentang siapa saya sebelum ini. Tapi saya akan cuba untuk mencari ia semula. Maafkan saya kerana biar awak lalui semua ini”
            Farah menggeleng. Dia menangis semula. Betapa dia merindui Alyn. Betapa dia merindui sahabat yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri.
            “A…..lin?” dia menyoal semula. Amal mengukir senyuman bersama anggukan. Mungkin sudah tiba masanya untuk dirinya mengakui kenyataan. Amal tak mahu sesiapa lagi terluka kerananya.
            Amal tergamam apabila Farah memeluknya erat. “Aku rindukan aku. Rindu sangat-sangat. Aku tak ada orang nak makan kek cokelat bersama. Tak ada orang nak beli coolblog pada aku. Kau janji nak kerja dengan aku bila kita masuk kolej. Aku sunyi kau tahu tak?”
            Amal ketawa kecil. Dia mengusap belakang Farah dengan lembut. Kenapa kau tak pernah lihat semua ini, Amal? Mereka ikhlas menyayangi kau. Mereka menderita kerana kehilangan kau. Sanggup kau lukai mereka? Amal menghela nafas.
            “Awak dah telifon makcik Sarah? Saya masih tak nampak dia dekat sini”
            Pelukan direnggang. Farah tiba-tiba mengeluh. “Kenapa?”
            “Makcik Sarah dalam perjalanan. Awak tahu dua beranak tu pergi mana?”
            Dia menggeleng. “Bercuti. Dekat Cameron Highland
            Amal terdiam. Farah mendengus, geram. Suami sendiri dikejarkan ke hospital tapi masih boleh berseronok tanpa rasa bersalah. Memang sejak dahulu dia tak pernah menyukai makcik Sarah dan Lisa. Bukanya sekali dua dia melihat layanan mereka yang buruk kepada Alyn dahulu. Namun Farah tahu Alyn bertahan selama ini pun kerana pakcik Hussain.
            “Tak apalah. Janji ayah selamat. Terima kasih, Farah. Kalau tak ada awak, tak tahu apa akan jadi dekat ayah”
            Farah kembali tersenyum. “Pakcik dah saya anggap macam ayah sendiri. Mungkin aku boleh jenguk pakcik dengan lebih kerap. Dia masih taktahu tentang perkara sebenar sebab saya nak awak sendiri beritahu dia”
            Amal mengangguk. Namun dia mahu berhati-hati. Ayah tidak boleh tertekan selepas ini. Amal tak mahu melakukan apa-apa yang membahayakan kesihatan ayah.
            “Saya nak tanya awak boleh?” Farah tiba-tiba menyoal. Amal menganguk. “Apa….hubungan awak….dengan….Doktor Harith?”
            “Oh. Dia kawan along. Dia juga doktor yang selamatkan saya 3 tahun lepas”
            Farah mengangguk. Patutlah nampak rapat. Farah kembali memandang Alyn. Terasa seperti bermimpi ketika ini. Kata hatinya memang tepat. Alyn masih hidup. Dia bersyukur kerana mereka dipertemukan walaupun selepas Alyn hilang ingatan.
            “Apa….awak nak buat sekarang?” dia menyoal perlahan. Amal yang sedang memandang ayah, menoleh ke arahnya.
            “Mama dan papa awak. Apa yang awak nak beritahu mereka?”
            Amal terdiam. Mama dan papa. Rahsia ini pastinya akan diketahui juga. Amal sudah berjanji untuk menjaga ayah. Rasa bersalah terlalu menebal di hati ketika ini. Ayah satu-satunya keluarga yang dia punya.
            “Saya…..tak tahu” jujur dia mengakui. Farah sekadar mengangguk. Dia tak mahu memaksa kerana dirinya faham keadaan Amal sekarang. Pastinya, Amal berada di dalam persimpangan ketika ini.
            “Awak bertuah. Walaupun mereka hanyalah orang luar tapi awak dilayan seperti keluarga sendiri. Saya gembira awak diselamatkan oleh mereka”
            Dia masih terbayang layanan mama Amal sewaktu mereka bertemu di hospital dahulu. Orang luar pastinya tak menduga bahawa Amal bukanlah anak kandung wanita itu. Namun bukan sahaja mama Amal yang menyayangi dirinya. Farah mampu melihat 2 lelaki yang dikatakan abang Amal itu juga turut menyayanginya.
            “Saya nak minta tolong sesuatu pada awak”
            Farah mengangguk, menyatakan persetujuan. Amal diam sekejap, mencari ayat. “Saya mahu pindah semula ke rumah. Boleh awak tolong saya?”
            Jelas sekali, gadis itu nampak terkejut. Amal mengetap bibir. Sememangnya, keputusan ini diambil dalam keadaan terburu-buru. Namun, ini lebih bagus sebenarnya. Amal harus segera menjauhkan diri daripada keluarga angkatnya itu. Jika tidak, dia akan lebih sukar untuk melepaskan mereka pergi.
            Amal menghela nafas apabila melihat Farah mengangguk. Dia tak pasti samada keputusan yang diambil ini tepat ataupun tidak. Namun sudah tiba masanya untuk semua kembali kepada kedudukan asal semula. Kai akan menjadi adik bongsu dan dirinya akan kembali ke pangkuan ayah. Mungkin inilah yang terbaik untuk mereka semua.