Thursday, 29 August 2013

143 bab 5

                “Mari”
            Tangan ditarik untuk mereka turun setelah sampai di perhentian yang diingini. Amal memandang sekeliling. Mereka dimana? Tiba-tiba rasa takut. Walaupun dia rasa Farah bukan orang jahat tapi rasa curiga harus ada.
            Farah menoleh mengukir senyuman. Dia bersyukur sangat bila Amal setuju untuk bertemu dengan pakcik Hussain. Sudah hampir 2 minggu pakcik Hussain ditahan di dalam wad kerana diserangnya jantung. Mungkin kehadiran Amal mampu merubah segalanya.
            “Kita dah hampir ni. Mari”
            Amal menurut walaupun dia masih ragu-ragu. Mereka berjalan untuk 10 minit sebelum Farah tiba-tiba berhenti di hadapan sebuah hospital. Peluh yang menitis, dilap dengan pelbagai persoalan.
            Senyuman semakin besar. Ini kejutan untuk pakcik Hussain yang dianggap seperti ayah sendiri. Amal menurut Farah sehinggalah mereka masuk ke dalam hospital berkenaan. Bau ubat menyapa hidung dengan pakaian berwarna putih dimana-mana sahaja.
            Mereka membelok ke kiri dan menunggu lif untuk tiba. Amal memandang Farah yang nampak gembira. “Kita nak jumpa siapa?”
            Farah menoleh. “Surprise
            Lif dibuka. Mereka sama-sama masuk sebelum Farah menekan butang 7. Amal masih diam walaupun banyak yang ingin ditanya. Sudahlah tiba-tiba bawa dirinya naik bas. Kemudian, datang ke hospital pula. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di tingkat 7.
            Farah masih menarik tanganya dan berjalan menyusuri koridor dan kemudian berhenti dihadapan wad bernombor 701. Amal memandang bersama kerutan. “Dia mesti gembira”
            Pintu wad dibuka. Teragak-agak Amal masuk. Itupun kerana ditarik oleh Farah. Mereka masuk dan bau ubat semakin kuat. “Pakcik”
            Amal menghampiri Farah yang menegur seseorang dengan ceria. “Farah. Buat apa dekat sini? Kau ‘kan kerja?”
            Wajah lemah namun ceria itu menyapa pandang. Jantung seperti berhenti berdegup. Mereka berpandang sekejap. Amal tak mampu ungkapkan perasaan sekarang ini. Seolah-olah ada sesuatu yang hati sendiri cuba beritahu namun dia tak faham.
            “Kenalkan. Amal. Inilah Pakcik Hussain yang saya cerita”
            Suasana sepi untuk beberapa saat. Amal menelan air liur. Lelaki yang mungkin sebaya papa itu memandangnya tidak berkelip sebelum dia melihat matanya berair. Amal kaget sekejap. Kenapa? Kenapa hati dia rasa sakit sangat sekarang ini?
            “A….Alin” perlahan dia memanggil sambil cuba menahan airmata. Amal tergamam. Dia kaku tidak bergerak. “Anak ayah”
            Hati rasa sayu. Lelaki ini pasti sangat merindui anaknya. “Alin. Ayah rindu kamu. Mana kamu pergi selama ini? Alin tak sayang ayah ke?”
            Farah mengesat airmata yang laju mengalir. Amal menoleh. Dia turut rasa ingin menangis namun semua ini membuatkan dia keliru. “Dia bukan Alin, pakcik. Alin dah meninggal. Tapi, muka mereka sama ‘kan? Sama sangat sampai Farah ingat Alin hidup semula”
            Amal mengetap bibir menahan rasa. Pakcik Hussain nampak kecewa namun dia mengangguk. “Ya. Alin dah meninggal. Patutnya pakcik yang pergi dulu. Bukanya dia”
            Kaki tiba-tiba melangkah sendiri. Amal sendiri tak pasti apa yang dilakukan olehnya sekarang ini. Apabila dia berdiri berhampiran pakcik Hussain, tangan bergerak dan menyeka airmata yang berbekas di pipi. Pakcik Hussain kelihatan terkejut.
            Senyuman diberi untuknya. Farah yang melihat turut terkejut. “Alin beruntung ada ayah dan kawan yang sentiasa menyayangi dia walaupun dia dah meninggal”
            Pakcik Hussain memegang tanganya dan memejam mata sekejap. Terasa seperti Alin hidup semula. Alin yang disayangi lebih dari nyawa sendiri. Alin yang merupakan zuriatnya bersama wanita yang dicintai. Alin, anaknya.
            Mata dibuka semula. Dia lihat Amal tersenyum. Hati rasa dihiris semula. Mereka sangat serupa sehingga dia merasa terlalu perit. Amal mengingatkan dirinya bahawa Alin sudah meninggal. Ya Allah. Dugaan apakah yang kau beri ini?
            Farah menghela nafas, cuba menahan airmata yang sekali lagi ingin mengalir. Dia kemudian tersenyum. “Inilah kejutan yang Farah cakap hari tu. Terkejut tak?”
            Mereka sama-sama menoleh. Amal menarik tanganya semula. Pakcik Hussain tersenyum. Kejutan yang membuatkan dia sangat bersyukur. “Macam mana Farah jumpa Amal?”
            Gadis itu menghampiri katilnya. “Dekat hotel tempat Farah kerja part-time. Waktu itu, rasa macam nampak hantu sebab dia orang serupa sangat. Tapi bila tahu nama dia, Farah tahu dia bukan Alin”
            Pakcik Hussain mengangguk. Amal dan Farah bertemu pandang. Senyuman diukir. “Nama anak, Amal?” dia menyoal. Amal mengangguk. “Muka Amal sama sangat dengan Alin. Maafkan pakcik. Pakcik ingatkan Alin yang hidup semula”
            Amal menggeleng bersama senyuman. “Pakcik boleh anggap saya macam anak pakcik. Jika pemergiaan Alin buat pakcik dan Farah sedih, biarlah kehadiran saya menggembalikan semula kegembiraan pakcik dan Farah”
            Farah dan pakcik Hussain sama-sama tersenyum. Dadanya terasa lapang tiba-tiba. Mungkin ada hikmah mereka dipertemukan seperti ini. Amal tak pasti namun dia selesa dengan pakcik Hussain dan Farah. Seolah-olah, mereka adalah keluarga.
            “Pakcik dah makan? Saya ada bawakan buah untuk pakcik. Nak?”
            Pakcik Hussain mengangguk. Seleranya terbuka sebaik melihat wajah Amal sekarang. Dia rasa sangat gembira kerana dia mampu menganggap Amal adalah Alin. “Susahkan kamu je, Farah. Hari-hari datang sini. Kamu letih nanti”
            Farah hanya tersenyum. Pakcik Hussain dah dianggap macam ayah sendiri. Sejak Alin meninggal, dia rasa bertanggungjawab untuk menjaga ayah kepada sahabat baiknya ini.
            “Duduklah, Amal. Penat kamu berdiri”
            Kerusi ditarik. Amal duduk sementara Farah ketawa. Amal memandang pakcik Hussain yang nampak gembira. Namun rasa kasihan menjengah apabila melihat tubuhnya yang sedikit cengkung. Pasti kerana sakit ini.
            “Pakcik sakit apa?” dia mulai berbual sementara Farah mengupas buah epal yang dibawa. “Biasalah orang tua. Pakcik mengadu sakit dada, budak bertuah ni terus hantar pakcik kesini. Jadi, terpaksalah pakcik ‘menginap’ dekat sini hampir 2 minggu”
            Amal tersenyum. “Sebab ayah kau ni degil. Dia pernah diserang sakit jantung tapi masih nak buat kerja berat”
            Farah tergamam. Dia menekup mulut yang lancar berbicara. Senyuman Amal masih dibibir. “Tak apa. Aku dah anggap pakcik Hussain macam ayah aku. Its okay
            Pakcik Hussain dan Farah berpandangan. Kemudian, mereka sama-sama tersenyum. “Amal ada berapa beradik?”
            “3. Ada 2 abang dan saya bongsu. Satu-satunya perempuan”
            Pakcik Hussain mengangguk. Terbayang wajah Alin ketika ini. “Masih ada ayah dan ibu?” dia menyoal lagi. Amal mengangguk.
            “Papa ada syarikat. Mama pula buka butik”
            Farah memerhati sahaja. Dari cara Amal, dia mampu menganggak bahawa gadis ini hadir daripada keluarga yang berada. Namun, tak pernah sekali pun dia meninggi diri. Kata orang, anak adalah hasil didikan ibubapanya. Pasti ibubapa Amal pun orang yang baik.

********************************************

            “Baru balik, ma?”
            Kuzer menunggu sebaik terserempak mama di tangga. Datin Nora tersenyum. “Banyak client tadi. Letih betul. Mama rasa mama dah tualah, along. Tak larat dah nak kerja”
            Anak sulungnya itu tersenyum. “Papa dan along berbuih mulut suruh mama berhenti. Mama yang tak mahu. Buat apa mama dekat butik lagi? Serahkan pada pekerja. Mama duduk rumah goyang kaki je”
            “Along ni” lengan anaknya itu ditampar lembut. Kuzer hanya ketawa. Dia kasihan lihat mama balik kerja dengan wajah letih. Bukanya papa tak mampu menyara mereka sekeluarga namun mama seorang wanita yang berdikari. Lagipun, butik adalah impian mama dari muda. Sebab itulah, papa tak menghalang.
            “Kai dengan Amal dah balik?”
            Kuzer mengangguk. “Kami dah dinner. Mama dah makan ke?”
            “Mama makan tadi dengan auntie Lily. Katanya, Kai tak mahu dinner dengan Hannah. Budak bertuah tu. Pening kepala mama dibuatnya”
            Wajah Kuzer berubah sedikit. Keluhan dilepaskan. Ini satu lagi masalah. Kai dan Hannah. Dia sendiri tak mampu nak beri pendapat. Kuzer tahu perasaan dan hati ini tak boleh dipaksa. Nasib baiklah, mama juga tak mendesak. Kai bukan boleh dijangka. Adiknya nan seorang tu memang pelik sedikit.
            “Mama macam tak kenal dia. Kalau tak katanya, tak juga sampai bila-bila. Apalah yang si Hannah tuh tak faham lagi? Bukan Kai seorang je dalam dunia ni”
            Datin Nora hanya mampu mengeluh. Dia dah pening memikirkan anak kesayangan itu. Suaminya juga sudah memberi amaran untuk tidak masuk campur. Tapi itulah. Hatinya teringin bermenantukan Hannah. Bolehlah mengeratkan lagi hubunganya dengan Datin Lily.
            “Along nasihatkanlah budak tu. Degil sangat”
            Kuzer kembali tersenyum. Nasihatkan Kai? Buang masa je. Budak tu buat semua benda ikut kepala sendiri. Mana nak dengar cakap orang? Kairil Adam paling tak suka jika dipaksa buat benda dia tak suka. Dia akan lebih memberontak.
            “Iyalah. Mama berehatlah. Nampak letih sangat ni. Risau along”
            Demi menjaga hati ibu, dia bersetuju. Datin Nora sekadar tersenyum. “Jangan lupa hujung minggu ni. Along harus tolong mama”
            “Along dah uruskan dengan kak Nurul. Mama jangan risau. Semuanya okay”
            Pipi anaknya itu dipegang lembut. “Thanks, sayang”
            Kuzer tersenyum. “Baiklah. Mama nak tengok princess sekejap. Baru boleh lena dengan tenang” mama kembali bersemangat. Kuzer menggeleng. Amal adalah racun dan penawar untuk mama. Dia sedar mama terlalu menyayangi Amal.
            “Mama jangan lupa rehat pula” pipi mama dikucup lembut. Datin Nora mengangguk. “Nak jumpa Nana ke?”
            Kuzer mengangguk. Dia harus memujuk princessnya itu pula. Semalam merajuk kerana date mereka terpaksa dibatalkan kerana dia punya meeting tergempar.
            “Kalau tak sibuk, ajaklah dia dinner dekat sini. Along ni pun satu. Mama nak bincang soal kahwin, selalu je mengelak. Sampai bila nak macam ni?”
            Dia menayang gigi putihnya dengan tawa yang seakan-akan dipaksa. Datin Nora menggeleng. Tak faham betul budak-budak zaman sekarang. Katanya cinta tapi bila nak mengikat dengan cara halal, macam-macam hal. Sibuklah. Belum sampai serulah. Pening kepala memikirkanya.
            “Along dengan dia sama-sama sibuk, ma. Tengoklah nanti. Bukan senang doktor nak ambil cuti panjang. Mama jangan risau. Along jaga nama baik mama dan papa”
            “Iyalah. Mama percaya along. Balik jangan lewat sangat. Papa tak ada dekat rumah ni”
            Datin Nora menapak naik ke atas sementara Kuzer turun ke bawah untuk bertemu dengan kesayangan hatinya pula.

            Pintu bilik Amal diketuk 3 kali. Sekejap sahaja pintu itu dibuka. Senyuman terukir melihat wajah ceria menyapanya ketika ini. “Mama baru balik?”
            Datin Nora mengangguk. Dia masuk ke dalam bilik Amal. Perkara pertama yang dilihat adalah gambar Polaroid mereka sewaktu majlis hari jadi Kai yang dilekat di hujung katil. Dia melabuhkan punggung diatas katil Amal yang dikemas.
            “Kenapa mama balik lambat sangat? Amal ingat nak dinner dengan mama tadi”
            “Mama minta maaf ye? Banyak kerja sangat tadi. Amal dinner dengan along dan Kai ‘kan?”
            Amal mengangguk. Kasihan pula lihat wajah mama yang letih. “Mama rehatlah. Esok nak kerja lagi”
            Datin Nora mengangguk. Dia memegang tangan Amal. “Mama lupa nak tanya Amal. Macam mana kolej? Semuanya okay?”
            “Okay. Amal masuk kelab bola jaring. Setiap hari Rabu petang, Amal akan ada latihan dekat kolej. Amal masuk dengan Una”
            “Jangan sampai letih sangat ye?” Amal mengangguk. Datin Nora menghela nafas. “Nanti ajaklah Una datang rumah. Mama nak kenal juga dengan kawan anak mama ni”
            Dia mengangguk lagi. “Mama pergilah rehat. Lewat dah ni” jam pun dah menunjukkan pukul 10 malam. Kasihan lihat mama yang berusaha nak menahan mata yang nampak hampir tertutup.
            “Amal”
            Dia memandang mama yang seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Datin Nora mengusap pipi Amal dengan lembut. Kasih-sayangnya tumpah buat gadis ini. “Mama sayang sangat dekat Amal tahu?”
            Senyuman diukir. Amal mengangguk, bersungguh. “Amal pun sayang sangat dekat mama. Kenapa ni, ma?”
            Datin Nora menggeleng. Entah kenapa, hatinya semakin tak sedap. Seolah-olah, dia mampu merasa Amal bakal dibawa pergi tak lama lagi. “Along, Kai dan papa juga sayangkan Amal”
            Amal ketawa kecil. Kenapa dengan mama ni? Dia memeluk mama dengan lembut. “Mama Amal ni comel la. Amal tahu mama, papa, along dan Kai sayang sangat-sangat dekat Amal. Mama jangan risau ye?”
            Datin Nora membalas pelukan Amal dengan erat. Mata dipejam seketika ini. Kehadiran mama tidak diduga namun dia sangat bersyukur. Siapa sangka, dia mampu menyayangi Amal seperti anak kandung sendiri? Sehingga dia merasa takut untuk kehilangan gadis ini.

***************************************************

            Teh ais kegemaran dihirup sedikit sebelum kembali menyuap nasi lemak yang dibeli di kaunter 5 minit yang lalu. Sambil mengunyah, dia memandang gadis dihadapanya ini.
            “Jadi, apa perasaan kau sekarang?”
            Karipap didalam pinggan, dijamah dengan berselera. “Entahlah. Aku selesa dengan mereka. Alin bertuah kau tahu?”
            Una sekadar mengangguk. Amal dah bertemu dengan keluarga Alin yang dikatakan serupa denganya. Namun seperti ada yang tidak selesai lagi disini. Walaupun Una sendiri tak pasti lagi.
            “Aku tengok gambar Alin dari Farah. Terkejut aku dibuatnya. Kami memang serupa sangat. Macam kembar”
            “Entah-entah, kau memang ada kembar tak?”
            Amal tersedak karipap. Segera dia menghirup sirap bandung yang tinggal separuh. “Apa kau cakap ni?”
            Una menjungkit bahu. Semua kemungkinan boleh berlaku. Lagipun, Amal sendiri mengatakan dia bukan anak kandungnya ibubapanya yang sekarang.
            Kau dengar tak? Dia akan lunch dekat sini. Arghhhh
            Jarang sangat boleh tengok dia. Aku dengar, dia memang ramai peminat.
            Mereka sama-sama memasang telinga. Apabila berpandang, kedua-duanya tersenyum. “Siapa?” Una menyoal. Amal menjungkit bahu.
            “Mana aku tahu” Una masih tersenyum. “Kau tahu? Setiap sekolah, pastinya akan ada seorang lelaki yang menjadi idaman semua pelajar perempuan. Mungkin dekat kolej ni pun ada”
            Amal menjamah sedikit nasi lemak Una dihadapanya. “Aku homeschool. Manalah aku nak tahu?”
            Una terkejut. “Serius?”
            “Sebab aku tak sihat sangat sebelum ini. Kolej ini pun lepas puas aku pujuk mama. Dengan backup papa dan along”
            Matanya tidak berkelip. Una taktahu tentang itu. Iyalah, Amal mana pernah bercerita. Difikirkan semula, Amal memang tak pernah buka mulut pasal keluarganya kecuali persoalan yang tiba-tiba itu.
            Suasana berbisik itu bertukar menjadi jeritan kecil yang menarik perhatian semua orang. Mereka sama-sama menoleh kearah jeritan itu. Tak lama kemudian, kelihatan 3 orang lelaki menghampiri café yang membuatkan semua pelajar didalam café berbisik dan tersenyum.
            Amal tergamam. Eh? Kelihatan mereka berbual sesama sendiri tak mempedulikan orang sekeliling sebelum memilih meja kosong. “Kacaknya yang tengah tu. Macam pelakon Korea”
            Una dipandang sekilas. “Mungkin dia yang selalu classmate kita cakapkan tu?” Amal menggeleng sebelum kembali menghirup airnya.
            “Hai. Indahnya dunia bila ada senior macam tu. Rasa bersemangat sikit nak datang kolej” Una menahan dagu menggunakan tanganya sebelum tersenyum seperti berada diawang-awangan.
            Karipap yang terakhir terasa seperti tidak mampu ditelan ketika ini. Siapa sangka abang sendiri adalah idaman satu kolej? Siapa sangka Kai yang dingin mampu tersenyum dan mencairkan hati ramai perempuan? Amal menggeleng. Terasa seperti bermimpi ngeri ketika ini.

*************************************

            “Hey”
            Farah menoleh melihat Amal menghampiri bersama 2 beg plastik plastic Tesco yang disinggahnya sebentar tadi. Wajah Farah yang tidak berdarah membuatkan Amal mengerut dahinya.
            “Kenapa?” senyuman masih dibibir walaupun sedikit kekok. Farah menelan air liur. Tangan mengenggam akhbar hari ini. Sungguh dia tak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.
            Amal mengambil tempat disebelah sebelum Farah menghulurkan akhbar yang diatas ribanya tadi. Amal mengambil dan kemudian melihat gambarnya sekeluarga terpampar di dada akhbat. Patutlah Farah terkejut. Suasana sunyi seketika.
            “A….awak….Global….?”
            Dia mengangguk. Tiada apa yang harus disembunyikan apabila Farah dah tahu semuanya. “Saya tak sepatutnya bawa awak kesini”
            Rasa menyesal singgah. Apa yang kau cuba lakukan, Farah Qistina? Betapa bezanya Amal dan kau. Semestinya dia bukan Alin! Macam mana kalau keluarga dia tahu tentang ini?
            “Kenapa? Sebab papa saya ada syarikat terkenal? Atau sebab saya tak layak untuk berkawan dengan awak?”
            Farah menoleh pantas. “Saya tak layak untuk berkawan dengan awak, Amal. Sepatutnya saya tak bawa awak kesini. Pakcik Hussain takkan anggap awak macam anak dia. Saya takkan anggap awak macam Alin. Kalau ibubapa awak tahu, macam mana?”
            Amal meletakkan beg plastik tersebut diatas lantai sebelum menghela nafas. “Sebab itulah saya tak mahu awak tahu siapa saya sebenarnya” dia bersuara, perlahan.
            “Along, Kai dan saya lalui perkara yang sama. Sebaik sahaja mereka tahu siapa kami, semuanya akan berubah. Bukan semua orang mahu dikenali dengan apa pekerjaan papanya atau syarikat apa yang keluarga mereka miliki”
            Farah hanya diam. “Saya ikhlas tolong awak. Saya ikhlas nak lihat pakcik Hussain gembira semula. Siapapun saya, itu takkan mengubah apa-apa”
            Tangan Farah dipegang. Mereka berpandangan seketika. “Saya hanyalah Amal. Anggap saya sebagai Amal. Bukan anak pemilik Global. Boleh ‘kan?”
            Senyuman penuh pengharapan diberi. Walaupun pertemuan mereka singkat namun Farah dianggap seperti kawan. Sama seperti Una. Dia lihat betapa Farah menyayangi Alin. Betapa pakcik Hussain merindui anaknya. Dia yang punya segala-galanya ini kembali sedar diri bahawa hidup tidak seindah yang disangka. Masih ramai yang menderita dan kerana itulah Amal bersyukur dengan keluarganya sekarang.
            Farah menunduk sedikit muka. “Saya minta maaf’ perlahan dia bersuara. Amal hanya ketawa, kecil. “Sudahlah. Kita lupakan semua ini. Awak tak jenguk pakcik Hussain?”
            Dia kembali sedar sebab dirinya duduk disini daripada masuk untuk menjenguk pakcik Hussain. “Belum. Makcik Sarah dengan Lisa ada didalam. Biarlah kita tunggu mereka balik dahulu”
            Huh? “Kenapa?”
            Tak sempat dia menjawab, pintu wad dibuka. Amal lihat 2 wanita keluar dengan wajah masam. “Lisa penatlah, ma. Lepas ni jangan ajak Lisa jenguk ayah lagi. Bosan betul”
            “Sabarlah. Itu suami mama. Lisa jangan macam-macam. Nanti apapun Lisa tak dapat baru padan muka”
            Lisa buat muka. Apalah yang mama tunggu? Ayah tirinya itu hanya ada beberapa ekar tanah sahaja. Bukanya kaya mana pun. Susah sangat ke nak suruh buat wasiat untuk serahkan semua hartanya kepada mereka? Apa lagi yang orang tua tu tunggu?
            “Hah? Tak balik lagi kamu?”
            Amal melihat warnita bersanggul itu menegur Farah. “Belum lagi. Farah nak jenguk pakcik sekejap”
            Sarah buat muka. “Tak habis-habis. Kamu ni tak ada kerja lain ke? Dia sihat je walaupun kamu tak jenguk dia hari-hari”
            Amal tergamam. Ini ke ibu tiri Alin? Dia mengalih pandang kepada Lisa. Nampak angkuh.
            “Oh mak!” Sarah memegang dada yang hampir gugur melihat wajah itu disebelah Farah. Jantung seolah-olah berhenti bernafas. Siapa dia ni? Takkanlah Alin tak mati lagi?
            “Ma….” Lisa menggoyang lengan mamanya. Dia sendiri terkejut lihat ‘jelmaan’ Alin sekarang. Hantu ke?
            “Si…siapa….ka…kau?” Sarah menyoal, ketakutan. Takkanlah Alin tak mati? Tapi, mereka sendiri yang melihat mayat anak kesayangan suaminya itu. Kalau Alin mati, budak ni siapa?
            “Ini Amal. Kawan Farah”
            Sarah masih tak percaya. Sejak bila budak Farah ni ada kawan yang mirip sekali dengan Alin? Selain Alin, rasanya Farah tak ada kawan lain.
            “Ini makcik Sarah. Ini pula Lisa” Farah memperkenalkan mereka. Amal memberi senyuman, nipis. “Saya Amal”
            Tangan dihulur. Makcik Sarah dan Lisa masih memandangnya seperti nampak hantu. “Mama” Lisa menepuk bahu mamanya.
            Amal memandang Farah yang menjungkit bahu. “Sudah. Malas aku nak layan kau orang berdua. Mari Lisa”
            Dia menarik tangan anaknya dengan tergesa-gesa. Walaupun tahu Alin sudah tiada namun apabila melihat muka Amal tadi, dia merasa takut. Mereka terlalu mirip sehingga membuatkan badanya menggeletar.
            “Abaikan. Mereka memang macam tu. Berlagak! Alin je yang bertahan dengan mereka. Semuanya demi pakcik Hussain”
            Amal mengangguk. Nampak macam hubungan mereka tidak baik. Apa sebenarnya yang terjadi diantara Alin dengan ibu serta kakak tirinya? Rasa macam sesuatu tak kena sebaik melihat mereka yang nampak sangat terkejut sewaktu memandangnya tadi.

****************************

            Suasana rumah agak sunyi. Papa masih di luar negara dan mama dinner dengan client lagi malam ini. Kai keluar dari bilik kerasa rasa haus. Tiba di dapur, dia mengambil mineral kecil yang disimpan sebelum berlalu ke ruang tamu.
            “Tuan muda lapar ke?” dia ditegur oleh ibu Siti yang kebetulan melintasi ruang tamu ketika ini. Kai menggeleng.
            “Rumah sunyi sangat”
            Ibu Siti tersenyum. Inilah suasana biasa untuk keluarga Datuk Megat Akasha. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri dan rumah akan sentiasa rasa sunyi.
            “Tak berbual dengan along? Ibu baru hantarkan kopi dekat bilik dia tadi”
            Dia meneguk air mineral ditangan. “Sibuk. Penuh dengan kertas kerja. Malas nak campur” tadi nak masuk bilik pun susah. Ini pula nak berbual? Baik buat kerja lain. Dia tahu, along pun takkan layan.
            “Kalau macam tu, pergilah berbual dengan Amal. Dia tengah ambil angin dekat luar tu. Tadi Amal balik hampir nak Maghrib”
            Kai sedikit terkejut. Bukan kelas Amal habis tengah hari ke? Ke mana pula budak ni melencong? “Ibu nak buatkan air. Tuan muda nak apa-apa ke?”
            Dia menggeleng sebelum berlalu ke luar. Kelihatan Amal sedang melihat sesuatu di telifon bimbit sambil kaki menghayun buaian. Perlahan dia menghampiri gadis ini. Bila difikirkan balik, memang ada yang tak kena. Jarang kelibat Amal ada waktu siang kecuali hampir malam. Apa yang budak ni sembunyikan?
            “Ehem”
            Amal menoleh. “Oh mak!” telifon segera disimpan dengan perasaan jantung yang seperti hendak terkeluar ketika ini. Tanpa bicara, Kai mengambil tempat disebelah Amal. Suasana malam yang sunyi dengan angin sejuk memang menyegarkan.
            “Tengok apa tadi?” dia menyoal tanpa menoleh. Amal kaget sekejap sebelum menggeleng pantas. “Nothing. Tak ada kena-mengena dengan sesiapa”
            Kai menghela nafas. Entah kenapa, dapat dirasa yang Amal sembunyikan sesuatu darinya. 3 tahun mengenali Amal. Dia tahu Amal bukan pandai sangat berbohong.
            “Macam mana dengan kolej? Rasanya, tak ada sesiapa lagi yang tahu kita adik-beradik”
            “Mungkin esok dia orang akan tahu. Dah tengok akhbar hari ini? Ada gambar kita sekeluarga. Penat je cuba sembunyikan hubungan ni”
            Amal mengeluh. Bukan dia tak hargai mempunyai keluarga seperti ini. Namun Amal hanya mahu berdikari tanpa orang lain memandangnya sebagai anak Datuk Megat Akasha. Bukan mudah untuk mencari kawan yang ikhlas jika mereka tahu siapa dirinya yang sebenar.
            “Lambat-laun, orang akan tahu juga. Tak selamanya kau boleh sembunyikan. Walaupun aku sendiri tak faham kenapa kau nak buat macam tu”
            Kai lihat Amal buat muka. Dia mengukir senyuman nipis. “Lusa, kita harus teman mama untuk charity. Jangan lupa”
            “Mama dah ingatkan. Itu acara tiap bulan ‘kan?”
            Kai mengangguk. Mungkin kerana itulah, mereka tidak terlalu memikirkan mengenai status seseorang. Mama dan papa mengajar untuk hidup bersederhana. Walauapapun terjadi, mereka harus mendapat sesuatu dengan usaha sendiri. Tanpa bantuan papa terutamanya.
            “Kai” dia bersuara, perlahan. “Hmmm
            “Amal bukan budak-budak lagi”
            Kai menoleh. Kemudian ketawa, menyindir. “Kau pasti?” Amal buat muka. Tahan je hati dengan perangai suka menyakat dia ni.
            “Amal juga tahu kita bukan adik-beradik kandung”
            Wajah Kai berubah. Terasa tidak mampu menelan air mineral di kerongkong ketika ini. Amal menghela nafas, berat. Setiap hari dia memikirkan hal ini. Namun Amal tak mahu melukakan mama dan papa. Mereka pasti punya sebab untuk merahsiakan semua ini.
            “Betul ‘kan?” kali ini dia menoleh kearah Kai. Wajah lelaki itu masih tidak berperasaan seperti selalu. Amal sedikit kecewa. Takkanlah Kai tak tahu? Mereka bukan budak-budak lagi!
            “Kalau Amal tanya mama tentang ibubapa kandung Amal, Kai rasa mama akan marah ke? Amal tak mahu buat mama menangis”
            Bibir diketap perlahan. Dia sebenarnya serba-salah. Memang rasa hati membuak-buak untuk tahu siapa ibubapa kandungnya. Dimana mereka tinggal. Kenapa dirinya diberi kepada keluarga ini. Namun apabila melihat mama yang begitu menyayanginya, Amal tak sampai hati nak bertanyakan soal ini. Takut kalau-kalau mama terluka.
            Kai diam lagi. Dia taktahu jawapan yang harus diberi. Mama sememangnya tak mahu mengungkit hal ini. Begitu juga papa. Tapi seperti yang Amal cakap. Dia bukanya budak-budak. Mana mungkin dia tidak melihat namanya yang berbinti orang lain dan bukanya papa.
            “Kalau kau bukan anak kandung mama dan papa, itu akan mengubah apa-apa ke? Mereka sayangkan kau macam anak sendiri. Tak cukup lagi?”
            Amal terdiam. Kai terasa hendak ketuk kepala sendiri. Aishh. Lain aku nak cakap, lain yang keluar. Rasa macam kasar sangat soalan tadi. Tambah pula bila lihat wajah Amal semakin mendung.
            “Kai taktahu dimana keluarga Amal? Kenapa mereka tinggal Amal macam ni? Apa salah Amal? Mereka tak sayangkan Amal ke?”
            “Amalina Imani!” suaranya kedengaran tegas. Amal menggigit bibir dengan pelbagai perasaan. Kai mendengus.
            “Stop it. Jangan nak seksa diri sendiri” bahu Amal dipegang erat. Amal masih menundukkan wajah. Kelopak mata sudah bergenang. Tiada siapa mampu memahami perasaanya ketika ini.
            “Please. Jangan bangkitkan hal ini. Kami semua sayangkan kau. Terutamanya mama. Biar siapapun kau sebelum ini, kami langsug tak kisah. Kau adik aku. Anak perempuan mama dan papa. Adik kesayangan along. Itu kenyataanya dan ia takkan berubah sampai bila-bila”
            Airmata gugur seperti air terjun sebaik mendengar ucapan Kai. Dia menangis teresak-esak. Dada terasa berat dengan pelbagai perasaan ketika ini. Amal tahu dia sentiasa mempunyai keluarga yang menyayangi. Namun dia tak mampu menghalang diri daripada rasa ingin tahu mengenai keluarga kandungnya. Bagaimana mereka? Adakah mereka benar-benar tidak menyayanginya? Selagi semua itu tidak dijawab, hatinya takkan pernah tenang.
            Kai menghela nafas. Perlahan tubuh Amal ditarik ke dalam pelukan. Mendengar Amal menangis teresak-esak, hatinya bagai dihiris sedikit demi sedikit.
            “Amal bukan anak mama dengan papa. Amal bukan adik along dengan Kai. Itu kenyataanya. Amal tak ada hubungan darah dengan keluarga ini. Macam mana Kai suruh Amal lupakan semuanya? Macam mana?”
            ”Shhhh
            Belakang tubuhnya diusap lembut sambil cuba memujuk. Setiap kali lihat Amal menangis, dia terasa tidak berdaya langsung. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan bahawa dia tak mampu lakukan apa-apa untuk memujuk gadis ini. Biarlah bahunya basah sekalipun. Kai mahu Amal luahkan semua yang ditanggungnya selama ini. 

Saturday, 17 August 2013

143 bab 4

            “Ini okay. Ini pun okay. Oh, ini nampak comel. Kamu tak suka pink kan? Ini okay tak?” dia melihat mama sibuk memilih baju untuknya dengan rasa teruja. Amal hanya mampu tersenyum. Sempat mengerling kearah jurujual wanita disebelah yang ketawa kecil melihat gelagat mama.
            Keluhan dilepaskan. Amal kembali memandang mama. “Semuanya cantik. Macam mana ni?” mama menyoal dengan wajah risau. Amal mengukir senyuman.
            “Jangan beli banyak-banyak. Nanti papa bising”
            Datin Nora mencebik. Tapi semuanya kelihatan sesuai dengan kulit Amal yang putih. Dia memang rambang mata sekarang ini.
            “Kalau kamu simpan rahsia, mama tambah duit sekolah. Deal?” dia mengenyit kening. Amal ketawa bersama jurujual yang melayan mereka. “Ma…..”
            “Jangan salahkan mama. Kamu satu-satunya anak perempuan mama. Along dengan Kai semuanya dah besar. Tak mahu mama pilihkan pakaian lagi. Kamu je harapan mama”
            Amal hanya mampu menggeleng. Namun hatinya terasa pedih sedikit. Betulke Amal anak perempuan mama? Kalau semuanya terbongkar nanti, mama masih anggap Amal anak perempuan mama ke?
            Datin Nora memandang gadis yang sabar melayan karenah mereka. “Apa pendapat awak? Semuanya cantik untuk anak saya ‘kan?”
            Darah terasa menyerbu ke muka. “Mama!”
            Datin Nora buat tak dengar. Gadis itu mengangguk. “Datin ada anak perempuan yang cantik. Semuanya sesuai”
            “See? Dia pun setuju. Kalau macam tu, saya ambil semua ni”
            Amal tergamam. “Baik, Datin” dengan pantas, baju-baju itu diambil. “Ma!”
            “Shhhh. Jangan beritahu papa” dia mencuit hidung Amal sebelum berlalu ke kaunter untuk membuat pembayaran. Amal melepaskan keluhan. Mama kalau shopping, memang susah nak dihalang. Semuanya dia nak beli.
            Akhirnya, dia duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu mama membuat pembayaran. Mata yang memerhati di luar kedai, melihat kelibat Kai masuk bersama beberapa beg barang berjenama. Dia menghampiri.
            “Mama?”
            “Kaunter. Bayar baju”
            Kai menjenguk melihat mama sedang berbual dengan cashier yang bertugas. Dia mengambil tempat disebelah Amal yang nampak tak gembira.
            “Kenapa? Sakit ke?” dia menyoal. Sejak kes Amal buat kek untuknya, Kai berubah sedikit. Dia sedar Amal tak seharusnya dilayan seperti itu. Namun tabiat lama memang susah nak buang. Kadang-kadang, dia masih dingin dengan gadis ini.
            Amal menggeleng. “Mama borong semua baju. Papa mesti bising”
            Kai tersenyum. “Macam tak kenal. Tambah-tambah untuk kau. Lagi banyak dia borong” mama, mama. Patutlah papa selalu bebel. Kalau babitkan Amal, semuanya okay.
            “Amal tak layak untuk itu” perlahan dia bersuara. Kai menoleh. Dia macam dengar tapi kurang yakin. Apa yang cuba Amal katakan?
            “Eh, Kai dah ada sini?”
            Mereka sama-sama bangun melihat mama menghampiri. Amal segera mengambil beg yang dipegang mama. “Semuanya dah beli?”
            Kai mengangguk. Dia hanya perlukan beberapa helai sahaja. “Lapar tak?” mama menyoal. “Nak makan Pizza?”
            Amal hanya tersenyum memandang Kai yang turut memberi reaksi yang sama. “Mari. Lama kita tak keluar macam ini ‘kan?”

**********************************

            Tubuh disandar di dinding sambil mata merenung flat yang dipakai. Dia sedang menemani mama yang hendak ke tandas sebelum mereka ke Pizza Hut. Muka kemudian diangkat apabila terasa seseorang melintasi.
            Jam tangan di lihat. Apa mama buat lama dalam toilet ni? Rasa bosan menjengah. Dia melangkah keluar. Kelibat Kai juga masih tidak kelihatan. Dia melihat kedai cenderahati berhampiran. Kaki dibawa melangkah kearah kedai tersebut.
            “Awak”
            Dia menoleh apabila terasa bahunya disentuh seseorang sebelum sempat dia masuk ke dalam kedai tersebut. Amal kaget melihat 2 lelaki tersenyum memandangnya.
            “Nak minta nombor telifon boleh?” lelaki yang memakai cap itu menyoal. Amal tergamam. Mereka tak kenal, kenapa minta nombor aku?
            Teman disebelah meletakkan tanganya disebelah lelaki itu. “Saya Azim. Ini kawan saya Naim. Dia nampak awak dari Forever 21 lagi. Awak comel”
            Amal masih berdiri, tidak bergerak. Dia taktahu reaksi bagaimana yang harus diberi. Kali pertama lelaki menghampirinya. Di kolej ada juga dilihat memerhatinya namun tiada siapa yang berani menghampiri.
            “Saya Naim Hafiz. Awak?”
            Tangan dihulur. Amal jadi kaget. Apa aku nak buat ni? “Amal!” suara itu buat dia memandang ke belakang mereka berdua. Rasa lega sangat bila lihat Kai menghampiri dengan wajah tegang.
            2 lelaki itu turut menoleh. Kai segera mendapatkan Amal yang nampak tak selesa. “Korang buat apa ni?”
            Mereka nampak kaget. “Tak, bang. Kami nak minta nombor dia. Abang siapa?”
            Kai mendengus. Tak padan dengan budak-budak. Ada hati nak menggatal. “Aku abang dia. Korang takda kerja lain ke hah?”
            Mereka berpandangan, terkejut dengan nada suara Kai. “Jom. Mama tengah cari” tangan Amal ditarik sebelum berjalan meninggalkan mereka yang terkebil-kebil. Amal memandang Kai disebelah.
            “Susah betul. Tinggal sekejap je, terus ada orang minta nombor telifon” dia membebel sendiri. Amal mengawal diri dari tersenyum. Tak sangka Kai ambil berat tentangnya. Selalu, dia buat taktahu je.
            Kai mengerling disebelah. Ada adik seorang pun susah nak jaga. Tahulah comel dan memang dia ramai peminat pun. Tapi kenapa kau yang terbakar, Kairil Adam?  Kai mendengus. Sebab aku abang dia!

**********************************

            Suasana didalam kereta senyap sahaja. Hanya kedengaran suara mama yang sedang berbual dengan Pak Mat disebelah. Mama memang tak mementingkan status. Dia menganggap Pak Mat dan ibu Siti macam keluarga. Kerana itu, Amal semakin kagum dengan sikap mama dan papa.
            Tapi masalah bukan mama. Dia menoleh kearah lelaki disebelah yang membisu sejak peristiwa di mall tadi. Langsung tak bercakap. Asyik tayang muka takda perasaan itu je. Amal buat muka.
            Bukan salahnya kalau mereka yang datang dan minta nombor. Dia sendiri tak memberi. Kenapa Kai yang nak naik angin? Tak faham betul. Tubuh disandar di kusyen dengan rasa sebal. Give up je la Amalina Imani oi. Kau memang takkan pernah faham angah kau ni!
            “Cuti semester kamu nanti, mama nak suruh papa dan along cuti. Sudah lama kita bercuti sekeluarga ‘kan?”
            Mama menoleh memandang mereka. Amal mengangguk. “Kamu nak pergi mana?”
            Amal menoleh kearah Kai yang sudah menyumbat telinga dengan beats kesayangan. Dia kembali memandang mama. “Amal tak kisah. Janji kita sekeluarga”
            Datin Nora tersenyum. “Baiklah. Nanti mama rancang dengan papa. Along boleh tolong survey
            Mama kembali memandang ke hadapan. Amal kembali menoleh. Dia rasa tertekan dengan sikap Kai sekarang. Seolah-olah, Kai menghukumnya dengan tidak bercakap seperti ini. Penuh hati-hati, dia menolak beat ditelinga.
            Kai menoleh. Amal buat muka tak bersalah. “Sorry” dengan wajah habis comel, dia meminta maaf. Kai masih memandang, tidak perasaan. Amal mendengus.
            “Bukan salah Amal. Dia orang yang tiba-tiba datang. Janganlah marah lagi”
            Kai menyumbat semula beat dengan wajah yang serius. Amal mencebik. Dingin sungguh. Hati tu kerasa sangat. Buat dari apa hah? Akhirnya, dia ambil keputusan untuk mengalah. Kepala disandar di kusyen dan dia memejamkan mata.
            Apabila dirasa Amal sudah terlelap, barulah Kai menoleh memandang. Senyuman nipis diukir. Pasti Amal merajuk. Biarkan dia. Lepas ini, dia harap Amal berlajar. Jangan cepat terpedaya dengan lelaki. Kai menggeleng. Dia kaget apabila kepala Amal terlentok di bahunya dengan hembusan nafas yang tenang.
            Datin Nora menoleh ke belakang apabila terasa suasana agak sunyi. Dia tersenyum melihat Amal yang sudah tertidur berbantalkan bahu Kai.
            “Tidur dah dia?” Kai menoleh memandang mama. “Letih sangatlah tu. Kamu jangan kejutkan dia. Biar dia tidur sampai rumah”
            Kai hanya mengangguk. Datin Nora memandang anak terunanya. Dia tahu Kai menyayangi Amal tapi dia sukar nak tunjukkan. Tak seperti along yang melayan Amal seperti adiknya.
            “Kai” dia bersuara, lembut. Kai memandang. “Amal adik kamu. Walauapapun yang berlaku, dia adalah adik kamu. Janji dengan mama yang kamu akan melindungi dia”
            Kai tergamam. Kenapa mama cakap macam tu? Teragak-agak dia mengangguk. Datin Nora kembali tersenyum. “Amal anak mama. Dia akan tetap jadi anak mama selama-lamanya”
            Perlahan dia menutur takut Amal terdengar. Datin Nora melepaskan keluhan perlahan. Pak Mat terdiam. Kai taktahu nak cakap apa-apa. Datin Nora kembali memandang jalan raya dihadapan. Kai kembali memandang Amal.
            3 tahun lepas, kerana Amal hilang ingatan dan usaha mencari ibubapa kandungnya tidak berjaya, Datuk Megat Akasha dan Datin Nora ambil keputusan untuk mengambil Amal sebagai anak angkat mereka. 3 tahun juga Amal dijaga seperti anak sendiri. Datin Nora yang menginginkan anak perempuan, menyayangi Amal melebihi anaknya sendiri.

******************************

            “Jadi, kau ambil keputusan untuk tak ambil tahu?”
            Una menyoal sewaktu dalam perjalanan menghadiri ko-kurikulum untuk pelajar semester satu. Amal mengangguk.
            “Aku tak mahu lukakan sesiapa” dia menjawab, perlahan. Mama menyayangi dirinya sepenuh hati. Mungkin ada sebab mama merahsiakan semua ini. Una mengangguk.
            “Tapi macam mana dengan ibu kandung kau? Kau tak rasa bersalah pada dia?”
            Langkah terhenti tiba-tiba. Una menoleh. “Kenapa kau cakap macam tu?”
            Una hanya tersenyum. Tangan ditarik untuk menghampiri court bola jaring. Mereka memilih untuk mengambil ko-kurikulum sukan untuk mengeluarkan peluh. Bola jaring sememangnya pilihan terbaik.
            “Andaian aku je ni. Macam mana kalau ibu kandung kau tengah tunggu kau sekarang? Macam mana kalau dia masih tak percaya yang anaknya dah meninggal? Apa kau nak buat?”
            Amal terdiam. Dalam fikiranya hanyalah kebahagiaan mama. Langsung tidak terfikir mengenai keluarga sebelah ‘sana’. Una membiarkan Amal yang masih berfikir sambil menarik tanganya kearah kumpulan pelajar yang sudah sampai terlebih dahulu.
            Mereka kemudian duduk didalam kumpulan tersebut sementara menunggu pengerusi kelab untuk hadir. Una melihat Amal yang masih membisu. Dia membiarkan sahaja. Una mahu Amal berfikir dengan matang kerana perkara ini bukan semudah yang disangka.
            “Hey girls
            Mereka menoleh sebaik mendengar suara itu. Kelihatan seorang perempuan berambut panjang diikat ekor kuda dengan pakaian sukan menghampiri mereka. Una dan Amal berpandangan. Gaya macam nak pergi runaway. Ini ke pengerusi kelab ni?
            Hannah melihat setiap wajah baru yang berada dihadapanya ketika ini. Namun ada satu sahaja raut wajah yang membuatkan dia menoleh kali kedua. Mereka seperti pernah bertemu sebelum ini tapi dia terlupa dimana.
            “Baiklah. Terima kasih kerana memilih kelab ini. Kami sebagai barisan atasan kelab sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar baru untuk kelab ini”
            Suasana sepi. Hanya kedengaran suaranya sahaja. Senyuman diukir. “Nama I, Hannah Delaila. Panggil je Hannah. No kakak-kakak ye. I bukanya tua sangat pun”
            Una mengukir senyuman nipis. Atau taknak mengaku diri tua? Dia melihat Amal yang turut tersenyum. “Baiklah. Aktiviti pertama kita hari ini adalah sesi memperkenalkan diri. Kita mulakan dengan you yang berbaju biru tu”
            “Arghhh. Lama aku tak main. Tulang pun berbunyi”
            Punggung dilabuh ditepi court sebelum mengambil mineral berhampiran. Mika yang sudah duduk, mengesat peluh menggunakan wristband kesayangan.
            “Bila sem akhir ni la baru aku hargai semua waktu senang-lenang kita dahulu. Dapat pula supervisor cerewet. Aku takut aku yang daftar Tanjung Rambutan nanti”
            Mereka berdua ketawa. “Takpe. Aku boleh tolong kalau kau tak mampu” bahu ditepuk dengan sengihan menyakat. Dhani mencebik.
            “Tapi seriuslah. Aku sekarang nak pecah otak fikir final project nanti. Encik Hisham membebel je setiap kali jumpa aku. Sampai aku nak tengok muka dia pun aku rasa nak muntah”
            Mika dan Kai berpandangan sebelum tersenyum. “Buatlah draft dulu. Kalau dia tanya, cakap je draft dah ada. Memang susah nak dapat idea. Kalau senang, buka sem tu aku dah buat dah”
            Dhani lihat Mika mengangguk. “Aku dengar ada orang nak berangkat habis sem ni. Betul ke?”
            Kai menghirup mineral yang dipegang. Dia pernah dengar mama dan papa berbual. Tapi tak nampak macam serius sangat. “Entah. Mungkinlah kot”
            “Papa kau nak buka cawangan Global dekat mana pula kali ni?”
            Kagum sungguh dengan budak ni. Kumpulan Global semakin meluaskan empayar mereka namun Kai masih tak berubah. Begitu juga dengan keluarganya. Mereka sentiasa merendah diri dan tidak pentingkan status seseorang.
            “Europe. Aku sendiri tak pasti. Tapi ada dengar along bercakap dengan papa aku dulu”
            Mereka mengangguk. “Habistu? Amal?”
            “Kau nak aku tinggal dia ke? Mahu meraung mama dibuatnya”
            Kai turut ketawa. Tak mampu dibayang jika mereka pergi tanpa Amal. Orang yang paling terkesan nanti pastinya mama.
            “Family dia tak cuba cari dia ke? Sampai sekarang diam macam tu je. Ada ke parents yang tak risau bila anak dia hilang?”
            Dhani menyoal, aneh. 3 tahun berlalu namun langsung tiada berita tentang keluarga Amal. Seolah-olah, mereka memang membuangnya. Tapi apa salah Amal? Budak tu nak bercakap dengan orang pun takut.
            “Entahlah. Mama aku tak bagi kami ungkit pun benda ni. Dia dah anggap Amal macam anak dia. Aku pun tak mahu mama aku sedih sebab hal ini”
            Mika mengangguk. Dia lihat sendiri betapa sayangnya auntie Nora pada Amal. Orang luar pasti tak mampu meneka bahawa Amal bukan anak kandungnya. “Macam mana kalau tiba-tiba family dia datang dan nak ambil dia semula?”
            Dhani mengurut dagu, berfikir. Kemungkinan tu ada. Tapi bersediakah keluarga Kai untuk menerima perkara itu?
            Kai diam, tidak bersuara. Mereka hidup dengan tenang selama 3 tahun ini. Tapi benar kata Dhani. Kemungkinan untuk keluarga Amal kembali mencari masih tinggi. Dia kemudian bangun, membuatkan Mika dan Dhani terpinga-pinga.
            “Siapa tak score, belanja Venus malam ni”
            Senyuman diberi. Dhani dan Mika bingkas bangun. Sambil ketawa, mereka masuk semula ke dalam pasukan futsal kolej.

*************************************

            Apa kau buat dekat sini, Amal? Bukan kau dah buat keputusan untuk teruskan hidup seperti sekarang? Kenapa kau ke sini pula?
            Lobby hotel dipandang dengan pelbagai perasaan. Kalau dia tak berjumpa gadis itu lagi, Amal akan buat keputusan untuk melupakan semuanya dan teruskan hidup seperti sediakala. Dia kesini pun kerana kata-kata Una tadi.
            Macam mana kalau ibu kandung kau tengah tunggu kau sekarang? Macam mana kalau dia masih tak percaya yang anaknya dah meninggal? Apa kau nak buat?
            Kata Una ada benarnya. Dia berlaku tidak adil kepada keluarga sebelah ‘sana’. Mungkin mama masih menanti kepulangan. Walaupun sehingga sekarang Amal tak mampu mengingati kehidupan sebelum dirinya kemalangan.
            Kaki diatur kearah restoran yang terletak berhampiran lobby. Hanya kelihatan orang-orang koprat sahaja yang duduk sambil berbual dengan pakaian formal. Amal masih berdiri dihadapan pintu masuk. Hatinya tak mampu mengerakkan kaki untuk melangkah masuk. Seolah-olah, ada sesuatu yang melarangnya.
            “Aduh” tubuh dilanggar seseorang. Amal menoleh. Kaget sekejap melihat gadis itu berdiri bertentangan dengan wajah terkejut. Air liur ditelan walaupun terasa pahit.
            “A….lin?” dia bersuara, teragak-agak. Amal menghela nafas. Inikah takdir untuknya? Mereka dipertemukan seperti ini? “Saya ada banyak perkara yang ingin ditanya. Awak ada masa?”
            Farah kaget sekejap. Dia masih terkejut melihat Alin berdiri dihadapanya ketika ini. Rasa rindu membuak-buak. “Boleh?”
            Dia tersedar. Farah melihat jam ditangan. Waktu kerjanya sudah tamat. Pantas dia mengangguk. “Boleh. Awak nak cakap dekat sini ke?”
            Amal hanya mengangguk. Mereka masuk bersama-sama sebelum mengambil tempat yang kosong. Amal duduk dihadapan Farah yang membisu. Seketika kemudian, mereka didatangi seorang pelayan lelaki.
            “Boleh saya ambil pesanan?” dia menoleh kearah Farah. “Oi. Kau dah habis shift ‘kan? Cakap tadi nak pergi hospital?”
            Amal memandang mereka berdua. Hospital? Farah memberi senyuman nipis. Aishh, Naim ni. Sibuk betul. Amal masih memerhati. Dia seperti pernah melihat lelaki ini namun terlupa dimana.
            Naim memberi senyuman bersama lesung pipit. “Aku ada hal. Kau sibuklah. Aku taknak minum”
            Farah mendengus. Naim kemudian mengalih pandang kepada gadis comel dihadapan Farah. Dia kaget sekejap. Eh, dia ni? “Awak!”
            Amal sekadar memberi senyuman seikhlas mungkin. Senyuman Naim semakin mekar. Kecilnya dunia. Macam mana Farah kenal dia? “Kau orang kenal ke?”
            Naim mengangguk. Amal menggeleng. Farah kerut dahi. Mana satu betul ni? Naim ketawa, kecil. “Sorry. Awak mesti terkejut pasal kes hari itu. Sebenarnya, itu kali pertama saya minta nombor telifon perempuan. Saya minta maaf”
            Amal mengangguk. Dia kelihatan jujur jadi Amal tak mahu memanjangkan cerita. Farah semakin tak faham. Apa yang dia orang ni cakapkan? “Awak nak minum apa? Saya belanja hari ni”
            Farah tergamam. Amboi! Aku kawan dengan dia dari sekolah menengah. Sekali pun tak belanja. Tengok perempuan cantik, terus nak belanja? Farah menyiku perut Naim. Lelaki itu mengaduh sakit. Amal tersenyum sedikit. Mereka nampak rapat.
            “Apahal kau siku aku?”
            “Kami tak perlu minum. Sekarang, boleh tinggalkan kami berdua tak?” dia bersuara dengan rasa geram. Naim mencebik namun kembali memaniskan muka apabila memandang gadis dihadapan Farah.
            “Kalau apa-apa, jangan segan-segan panggil saya ye?”
            Amal hanya mengangguk dengan senyuman. Naim terpukau. Jantungnya berdebar. Kali pertama dia merasa semua ini. Farah menggeleng. Budak ni dah angau ke? “Ehem!”
            Naim kembali tersedar. Dia menggaru kepalanya dengan sengihan sebelum berlalu. Farah menggeleng. Tak pernah Naim buat perangai macam ni. Dia betul-betul sukakan Alin ke?
            Farah kembali fokus kepada Alin dihadapanya yang nampak sedikit tenang berbanding tadi. Senyuman diukir. Dia membalas, kekok. “Maaf. Dia memang macam tu. Tapi dia lelaki yang baik”
            Amal hanya mengangguk. Kini, dia kembali tumpu kepada Farah. “Apa yang awak nak tanya saya?” Farah menyoal, memulakan perbualan. Amal diam sekejap. Dia sudah mengatur soalan yang ingin ditanya namun apabila bertemu, otaknya tiba-tiba blank.
            “Kenapa saya panggil awak Alin?” Farah menyoal lagi. Amal mengangguk. “Kawan awak tu….dia dah meninggal ‘kan?”
            Wajah Farah berubah sedikit. Amal diam memerhati. “Saya tak percaya. Terlalu banyak keraguan tentang kematian dia. Hati saya mengatakan yang dia masih hidup”
            “Kenapa awak cakap macam tu?”
            Farah menghela nafas. Dia sangat mirip Alin. Terlalu mirip sehingga kali pertama bertemu, Farah rasa macam dia lihat hantu. Namun, yang bezanya adalah watak mereka. Alin gadis yang ceria. Walaupun sering dilukai oleh makcik Sarah dan kak Lisa, dia masih mampu mengukir senyuman dihadapanya.
            “Makcik Sarah cakap dia kemalangan kereta. Masalahnya, Alin tak ada lesen kereta pun. Tapi, polis cakap dia jumpa IC Alin pada mayat yang jatuh gaung tu. Mayat tu terbakar teruk. Makcik Sarah cakap dia curi-curi bawa kereta pakcik Hussain”
            Farah mengetap bibir. Terbayang bagaimana keadaan di hospital waktu itu. Dia hampir tidak cukup nafas menangis apabila mereka melihat mayat Alin. Teruk sangat sehingga dia mimpi ngeri selama seminggu. Tapi yang paling menyedihkan adalah melihat keadaan pakcik Hussain. Alin satu-satunya zurait pakcik Hussain dengan makcik Diyana. Dia sendiri sebak melihat pakcik Hussain menangis disisi mayat Alin waktu itu.
            “Siapa makcik Sarah dan pakcik Hussain?”
            Dia kembali ke realiti. Farah sedikit kecewa. Betulke, dia bukan Alin? Kenapa dia tak ingat siapa mereka? “Nor Alina binti Hussain. Dia ayah Alin. Makcik Sarah pula ibu tiri dia. Lisa pula kak tiri Alin, anak makcik Sarah dengan suami yang dahulu”
            Amal mengangguk. “Mama Alin?”
            Farah terdiam sekejap. Bila bercerita macam ni, baru dia merasa betapa sedihnya kehidupan sahabatnya itu. Demi kasih seorang ayah, dia telan semua penderitaan. Demi kerana sayangkan ayah, dia mengunci mulut mengenai layanan buruk yang diberi mereka. Kasihanya Alin!
            “Meninggal. Waktu dia 12 tahun”
            Suasana sepi tiba-tiba. Amal masih cuba memahami cerita yang Farah sampaikan ketika ini. Alin? Siapa dia sebenarnya? Namun dia lalui kehidupan yang sangat menyedihkan. Kehilangan seorang ibu diusia yang muda dan mampunyai ibu dan kakak tiri. Bagaimana mereka melayanya?
            “Awak….Amal?” Farah pula bertanya. Dia mendengar gadis ini membahasakan dirinya Amal sewaktu berbual di tandas dahulu. Malah, dia juga kelihatan terkejut apabila Farah memanggilnya Alin.
            “Amalina Imani” dia menjawab perlahan. “Saya anak bongsu daripada 3 beradik. Saya minta maaf, Farah. Saya bukan Alin. Mungkin Alin benar-benar meninggal kerana kemalangan itu”
            Wajah Farah berubah, muram. Dia tahu semua itu. Namun hatinya masih tidak mampu menerima hakikat yang sebenar. Ditambah lagi dengan keadaan pakcik Hussain yang tidak sihat kerana merindui Alin.
            Amal rasa bersalah. Dia tahu Farah pasti berharap Alin masih hidup. Sebenarnya, Amal kagum dengan hubungan persahabatan mereka. Farah terlalu menyayangi Alin. Dia mampu melihat semua itu. Betapa beruntungnya Alin.
            “Awak….okay?” dia menyoal, berhati-hati. Farah diam sekejap sebelum wajah diangkat dan senyuman diukir. Amal kaget sekejap. Terasa seperti dia pernah melihat senyuman itu. Senyuman bersama rasa perit yang membuatkan dia turut merasa ingin menangis.
            “Mungkin inilah hakikatnya. Hikmah saya bertemu dengan awak adalah untuk menenteramkan hati saya bahawa Alin sudah meninggal. Sahabat, saudara dan segala-galanya untuk saya itu sudah tiada didunia ini”
            Amal lihat Farah menyeka hujung mata. Dia tumpang simpati. Tentu sukar menerima kenyataan orang yang kita sayang sudah tiada. Lebih perit apabila dia pergi dengan cara seperti itu. Amal berharap Farah mampu menerima semua ini dengan tabah.
            “Tapi, saya nak minta tolong awak boleh? Saya tahu saya tak layak minta pertolongan ini. Tapi, ini bukan untuk saya. Ini untuk seseorang yang sangat penting untuk Alin”
            Wajah Farah dipandangan dengan persoalan. Farah menghela nafas, serius. Adakah ini jalan yang terbaik? Bagaimana jika harapan pakcik Hussain naik semula? Mereka tak boleh selama-lamanya menipu lelaki itu. Namun, dia juga faham perasaan pakcik Hussain. Alin anak kesayanganya. Pemergiaan Alin ibarat membawa separuh daripada semangatnya bersama.
            “Pertolongan apa?”

*******************************************

            Senyuman diukir bersama jantung yang berdebar. Hannah memegang dada untuk menenangkan jantungnya ketika ini. Kerana itulah, sehingga sekarang dia masih menanti. Hanya lelaki ini yang mampu membuat jantungnya seperti ini. Biarpun ramai yang berbaris untuk cuba merebut hatinya namun dia tak kisah. Kerana hatinya sendiri bukan miliknya lagi.
            Kaki diatur perlahan. Sejak kecil, dia hanya memandang lelaki ini. Walaupun dia bertemu ramai lelaki namun lelaki ini sahaja yang berada di tempat paling istimewa dihatinya. Namun, malangnya lelaki ini hanya menganggapnya tak ubah seperti saudara sendiri. Satu-satunya lelaki yang dia mahu adalah satu-satunya lelaki yang takkan dia miliki.
            Dia tiba disisi lelaki itu. Dengan lembut dia mengambil tuala yang berada diatas bangku rehat dan melipatnya. Kai menoleh dan dia tidak terkejut melihat Hannah sudah duduk dibangku dan membantu mengemas untuknya.
            Senyuman diukir untuk lelaki yang memiliki hatinya sejak kecil lagi. “Dah habis training?” dia menyoal, lembut. Kai menanggalkan wristband yang dipakai tadi. Terasa lega kerana dapat mengeluarkan peluh.
            “Tak ada latihan kelab ke?” dia menyoal sambil membuka tudung botol mineral. Hannah menggeleng. “I tetapkan tiap hari Rabu petang je”
            Kai mengangguk. Dia melihat Dhani dan Mika yang berpatah balik ke dalam court apabila melihat mereka berdua. Tak guna! Dia mengutuk mereka yang sempat memberi sengihan sebelum berpatah balik.
            Hannah masih tersenyum. Dia menyimpan pula baju yang dibawa. Terasa seperti seorang isteri yang sedang mengemas barang untuk suaminya ketika ini. Hatinya berbunga, bahagia.
            “I nak ajak you dinner malam ni. Minggu depan, family kita akan bertemu ‘kan?”
            Kai menoleh. Hannah masih mengemas beg miliknya. Keluhan dilepaskan. Dia menghentikan perbuatan Hannah dan membuatkan gadis itu mengangkat muka memandangnya.
            “Apa yang cuba you buat?” dia menyoal, keras. Hannah terdiam sekejap. “Kenapa?”
            Kai mendengus. Hannah berpura-pura tak faham sedangkan hampir seribu kali dia memberitahu rasa hati. Mereka takkan mampu punya hubungan seperti yang keluarga masing-masing inginkan. Kai tak mahu terus melukai Hannah dengan memberi harapan palsu.
            “I beritahu you ‘kan? This ain’t going anywhere. I anggap you tak ubah macam adik I. Kita kenal sejak kecil. Kenapa you tak pergi pada lelaki-lelaki yang ikhlas sukakan you?”
            Hannah terdiam. Sudah acapkali Kai menghiris hatinya seperti ini namun dia masih bertegas. Cinta yang dirasai sejak kali pertama Kai menolongnya dari dibuli di tadika dahulu tak mungkin dilupakan semudah itu.
            “Because I like you. I really really like you. Kenapa you tak pernah bagi I peluang untuk buktikan rasa sayang I pada you?”
            Rasa sebak ditahan sedaya mungkin. Kai tanpa belas kasihan terus-terusan menghancurkan hatinya yang sudah retak ini. Kai meraup wajahnya dengan pelbagai perasaan. Macam mana lagi nak bagi dia ni faham? Hati aku bukan untuk dia. Apa lagi yang Hannah tak faham?
            Dia akhirnya mengambil beg yang diatas bangku tadi dan disandang ke belakang. Hannah sedikit terkejut namun pantas berdiri. “So, dinner with me?” dia menyoal dengan senyuman, riang.
            “I told you for a million times. This is not going to work. Saya tak mahu terus melukai awak. When times come, don’t blame me. Awak sendiri yang mendedahkan diri untuk terluka”
            Hannah lihat Kai melangkah pergi tanpa menoleh. Mata terasa hangat mendengar ucapanya tadi. Kai menolaknya mentah-mentah. Apa lagi yang harus dilakukan? Diri terasa seperti hamba cinta kerana lelaki ini.
            Helaan nafas dilepaskan untuk mengawal airmata yang ingin mengalir. Namun, hanya satu perkara yang membuatkan Hannah tenang. Hati Kai bukan milik sesiapa. Walaupun ramai yang cuba mendampingi lelaki itu namun Kai melayan mereka dingin. Itu sahaja yang mampu menggembirakan dirinya ketika ini.