“Tak
guna kau! Selamatkan diri sendiri je”
Dhani menyerbu sebaik dia menjawab video call daripada lelaki itu. Kai
meletakkan Samsung Note di tempat
khas sebelum menjungkit bahu. Bukan masalah aku!
“Dia dah balik?”
“Habistu? Kau nak dia duduk macam
tugu negara?” Mika menyoal disebelah. Kai sekadar tersenyum. “Apalah yang kau
tak suka dengan Hannah tu? Separuh populasi kolej jatuh hati dengan dia”
“Bukan aku” dia menjawab pantas.
Dhani menggeleng. Mika ketawa kecil. “Sebab itu dia kejar kau”
Kai hanya menjungkit bahu sebelum
menghela nafas. “Berpuluh kali aku beritahu. Bukan salah aku kalau dia masih
nak kecewa sendiri”
Mika mengangguk sambil menyedut cappuccino sejuk kegemaran. Dhani
mengeluh. Memang betul la dengan nama. Megat Kairil Adam. Lelaki yang immune dengan seorang Hannah Delaila.
Mungkin sebab itulah tuan puteri tu asyik mengejar. Hanya budak ni sahaja yang
tak layan liuk lentok dan manja dia tu.
“Apa yang nak beritahu mama
kesayangan kau? Hannah tu calon pilihan tahu?”
“Tak perlu risau. Aku anak
kesayangan dia. Siapa hantar dia balik?”
“Aku la. Kau ingat dia nak balik
naik teksi ke?” Dhani buat muka. Kai dan Mika sama ketawa. “Aku rasa, budak ni
je yang cair dengan liuk lentok si Hannah tu”
Dhanie mengherot bibir dengan wajah
tak puas hati. Kai masih tersenyum. “Aku kenal dia sejak sekolah rendah la. Memandangkan
family kami berkawan baik. Memang aku
tak anggap dia lebih dari adik”
Mika mengangguk. Itulah ayat yang
Kai ulang di telinga Hannah sampai dia sendiri boleh hafal. Tapi perempuan tu
memang tak faham bahasa. Lagi Kai menolak, lagi dia menghampiri. Padahal,
berbaris peminat dia dekat kolej. Lelaki yang tak suka dialah yang Hannah mahu.
“Aku harap dia fahamlah kali ini.
Kami pun letih kena uruskan dia setiap kali kau blah macam tu je”
Kai mengangguk. Bukan dia tak mahu.
Tapi hatinya tak mungkin menerima Hannah. Mereka kenal sejak kecil. Mana
mungkin Kai menganggap Hannah melebihi seorang saudara.
“Malam ni Venus jom. Lama aku tak
asah skil aku” Mika memberi cadangan. Dhani mengangguk.
“Aku nak lepaskan stress”
Kai ketawa. “Aku patutnya yang nak
lepaskan stress. Apahal kau?”
Dhani memberi sengihan. “Cukuplah
ada seorang Hannah Delaila. Hidup aku tunggang terbalik dibuatnya”
Mika menepuk bahu Dhani, bersimpati.
Kai hanya mampu menggeleng. Diantara mereka bertiga, hanya Dhani yang masih
gigih melayan karenah Hannah. Kai tahu Dhani punya hati pada Hannah. Kalaulah
gadis itu sedar.
Strettttt.
Bunyi brek yang ditekan tiba-tiba membuatkan dirinya terdorong ke hadapan.
Nasib baiklah pakai seatbealt. Kalau
tak, free hentam kusyen pemandu. Note hitam miliknya juga jatuh ke kaki.
“Pak Mat” dia bersuara, sedikit
risau. Jantung berdegup kencang. “Maafkan saya, tuan muda. Tuan muda tak apa-apa?”
Kai menggeleng. “Kenapa brek
tiba-tiba?”
Pak Mat mengesat peluh yang menitis.
Aku dah langgar orang ke? Entah macam mana, budak perempuan tu tiba-tiba
melintas tanpa melihat kiri dan kanan. Nasib baik dia sempat menekan brek.
“Kai! Kai!” suara Dhani dan Mika
yang cemas membuatkan dia kembali mengambil
note yang berada di kaki. Dia melihat wajah mereka berdua yang turut
terkejut.
“Apahal? Accident ke?”
Kai mengangguk. “Saya rasa saya
terlanggar seseorang, tuan muda” Pak Mat memberitahu.
“Apa? Langgar orang?” budak berdua
ni yang terkejut lebih. Kai memandang mereka. “Aku call nanti. Bye”
Panggilan dimatikan. Dia membuka seatbelt sebelum turun dari kereta.
Ramai yang sudah mengerumuni tubuh yang terbaring diatas jalan raya ketika ini.
Kai menghampiri dan berdiri melihat Pak Mat cuba menyedarkan gadis itu.
“Cik! Cik”
Pipi gadis itu ditampar lembut.
Tiada darah bermaksud dia tak sempat melanggar gadis itu. Namun, kenapa boleh
sampai pengsan ni?
Kai memandang. Dia sendiri tak tahu
nak buat apa sebenarnya. Dengan ramai lagi orang awam yang berkumpul. Dia jadi
tak selesa. “Bawa dia ke dalam kereta, Pak Mat. Kita hantar dia ke hospital”
“Baik tuan muda”
Dengan muda, tubuh kecil itu
dikendong dan dibawa masuk ke tempat duduk belakang. Kai mengambil tempat
disebelah Pak Mat sebelum kereta dibawa menuju ke hospital berhampiran.
*********************************
Setelah mengisi boring tertentu di
ruang pendaftaran, Kai menghampiri Pak Mat yang duduk di ruang menunggu dengan
wajah resah. Dia menghela nafas. Pasti Pak Mat risau dengan keadaan gadis itu.
“Pak Mat” dia melabuhkan punggung
disebelah lelaki separuh abad itu. Pak Mat menoleh sedikit. “Saya dah uruskan
semuanya. Pak Mat jangan risau”
Pemandunya itu sekadar mengangguk.
Kai memandang sekeliling hospital. Nasib baiklah Doktor Harith bertugas hari
ini. Senang untuknya meminta bantuan. Telifon tiba-tiba berbunyi. Kai segera
menjawab apabila tertera nama mama di skrin.
“Megat Kairil Adam. Kamu dimana?
Mama dengar kamu kemalangan? Kamu cedera tak? Mana Pak Mat? Kenapa sampai boleh
kemalangan?”
Senafas Datin Nora menyoal tanpa
sempat memberi ruang untuk anak bongsunya itu menjawab. Kai tersenyum sendiri.
Mama, mama. Selalu drama. Itulah, suka sangat tengok cerita Indonesia. Sampai
terbawak-bawak.
“Kai tak apa-apa. Siap boleh jawab
telifon mama lagi” dia menjawab tenang sebelum ketawa. Datin Nora mengurut dada
yang hampir gugur sebentar tadi.
Iyalah, mana tak risau. Anak
kesayangan tiba-tiba diberitahu mengalami kemalangan. “Lega mama dengar. Tapi,
kalau kamu tak cedera, siapa pula yang cedera? Pak Mat?”
“Tak. Ada budak perempuan ni
tiba-tiba melintas tak tengok kereta. Nasib baik Pak Mat sempat brek”
“Budak perempuan?”
Kai mengangguk tanpa sedar. “Jangan
risau. Harith tengah urus didalam. Kai rasa dia tak apa-apa. Pengsan je kot”
Datin Nora melepaskan hela nafas
yang sebentar tadi rasa seperti disekat. “Mama suruh abang lihat kamu dekat
hospital ye? Ish, risau betul hati mama ni. Sudahlah mama dengan papa tengah
jauh. Kamu pula macam-macam hal”
Kai hanya tersenyum. Dia tahu mama
sentiasa risau apabila ada hal membabitkan dirinya. “Tak perlulah. Abang mesti
sibuk. Kai uruskan dia dulu. Nanti Kai telifon mama lagi”
Datin Nora rasa berat hati. Namun
dia harus percayakan Kai. Dengan keadaan mereka yang berjauhan, dia hanya mampu
berdoa semuanya baik-baik sahaja. Sebentar lagi, dia mahu menghubungi Kuzer
pula.
“Baiklah. Kamu hati-hati. Mama tetap
akan suruh abang kesana untuk bawa kamu balik. Suruh Pak Mat ambil cuti 2-3
hari untuk tenangkan fikiran. Jaga diri kamu sehingga mama balik ye, sayang”
“Baik ma”
Pintu bilik kecemasan dibuka. Pak
Mat sudah berdiri sebaik kelibat doktor Harith keluar bersama barisan jururawat
dan doktor pembantunya.
“Okaylah ma. Kai kena pergi ni. Bye”
Panggilan dimatikan. Dia segera
berdiri dan melihat doktor Harith menghampiri mereka dengan wajah tenang. Dia
masih tak mampu menduga apa sebenarnya yang sudah berlaku.
“Macam mana, bang? Dia okay ke?”
Doktor Harith menanggalkan mask di wajah. Dia kemudian memandang
Kai. “Kai kenal dia ke?” dia menyoal, sedikit aneh. Budak ni bukanya lekat
dengan perempuan. Lebih selesa dengan kawan-kawan lelaki dia je. Sejak bila dia
kenal budak perempuan tu?
“Pak Mat yang hampir langgar dia
tadi. Kenapa, bang? Dia cedera teruk ke?”
Doktor Harith melepaskan keluhan,
berat. Kalau cedera teruk, dia tidak risau macam ni. Tapi ada yang lebih teruk
sebenarnya. Kai semakin hairan. Apa yang Harith nak beritahu ni? Susah sangat
ke?
“Ada gumpalan darah beku dekat otak.
Abang dah keluarkan. Tapi dia mungkin hadapi komplikasi yang membuatkan dia
hilang ingatan”
Kai tergamam. Pak Mat menekup mulut
dengan wajah terkejut. Doktor Harith mengangguk. “Masalahnya, kami tak jumpa
pun IC ataupun apa-apa yang boleh beritahu siapa dia. Sebab itu abang tanya
kamu. Dimana kamu jumpa dia?”
Suasana menjadi sepi tiba-tiba.
Masing-masing dalam keadaan tidak percaya. Kai meraup wajah dengan otak yang
berserabut. Apa aku nak buat sekarang?
“Tapi dari cara pakaian, dia bukan
orang jahat. Lagipun, waktu dia dibawa dekat hospital tadi, dia asyik merintih
panggil mama”
Kai masih diam. Dia menyeluk tangan
ke dalam saku seluar. Otak tiba-tiba terasa seperti berhenti berfungsi ketika
ini. Dia tak tahu nak buat apa.
“Nak lapor dekat polis? Cuba buat
iklan. Mana tahu ada ahli keluarga dia yang tengah cari dia sekarang ni”
Doktor Harith memberi cadangan. Ini
sahaja cara yang mampu difikirkan olehnya. Lagipun, gadis comel macam tu. Tak
mungkinlah tak ada orang yang cari. Kai akhirnya mengangguk.
“Itu je caranya. ‘Kan?” dia
memandang doktor Harith. Lelaki yang sebaya abang itu mengangguk. Dia kemudian
memegang bahu Kai.
“Abang akan pindahkan dia ke wad
VIP. Dia mungkin perlukan masa untuk pulih. Kamu jangan risau. Abang akan
pastikan dia okay”
Kai mengangguk. Dia memandang Pak
Mat yang masih membisu. “Sekejap lagi abang datang” dia memberitahu. Doktor Harith
mengangguk. “Abang akan bincang dengan Kuzer. Buat masa sekarang, seorang je
yang boleh jenguk dia. Ubat bius masih ada. Esok mungkin dia sedar”
“Baiklah. Terima kasih, bang”
Doktor Harith mengukir senyuman.
“Abang terkejut tadi. Ingat kamu yang kemalangan. Teruk nak jawab dengan Kuzer
nanti”
“Belum lagi mama” Kai menambah.
Mereka akhirnya sama-sama tersenyum. “Itulah. Nasib baik kamu okay. Abang kena
pergi ni. Jaga diri kamu”
Kai mengangguk. Dia melepaskan
keluhan. “Pak Mat okay?” dia menyoal pemandu yang sejak tadi hanya diam. Pak
Mat menoleh.
“Apa kita nak buat, tuan muda?”
Wajah Kai berubah serius semula.
“Nanti Kai bincang dengan abang. Pak Mat jangan risau. Kita akan cari keluarga
dia”
*************************************************
3 tahun kemudian…..
“Sayang”
Pintu berwarna putih bersih itu
diketuk lembut. Datin Nora tersenyum. “Amal sayang. Bangunlah. Hari ini hari
pertama kamu ke kolej”
Dia mengetuk lagi. Apabila tiada
jawapan dari dalam, pintu itu dibuka. Nasib baiklah tidak berkunci. Tapi selalu
pun Amal memang tidur tidak berkunci. Bukan macam along dan Kai. Naik kematu
tangan nak ketuk. Akhirnya, dia suruh ibu Siti untuk ambil kunci pendua.
Apabila masuk kedalam bilik, dia
melihat anak perempuanya itu masih tidur dengan nyenyak. Datin Nora menggeleng.
Tidur pun macam tuan puteri. Hati seorang ibu terusik. Sejak dahulu lagi dia
menginginkan anak perempuan. Alhamdulillah. Doanya dimakbulkan tuhan. Walaupun
dalam cara yang tidak disangka olehnya.
Datin Nora duduk di hujung katil
sebelum membelai rambut Amal yang panjang ke bahu. “Amal sayang. Bangun. Pukul
7 dah ni” dia memujuk lembut. Amal bergerak sedikit. Dia menoleh kearah suara
lembut itu.
“Mama”
Pinggang mama dipeluk erat. Harinya
akan sentiasa gembira jika mama mengerakkanya. Datin Nora tersenyum. Dia mencium
ubun-ubun Amal dengan penuh kasih-sayang.
“Manjanya sayang mama ni. Bangunlah.
Mama siapkan roti telur kegemaran kamu”
Amal mengeratkan lagi pelukanya. Dia
sentiasa merasa tenang didalam pelukan mama. Ditambah pula dengan haruman mama
yang membuatkan dia tenang. Datin Nora menampar punggung Amal dengan lembut.
“Budak bertuah. Bangun cepat. Nanti
Kai bising”
Anak gadisnya itu membuka sedikit
mata sebaik mendengar nama Kai. “Ala, abang tu. Selalu cemburu. Bukanya Amal
tak tahu”
Datin Nora menggeleng. Dia melihat
Amal bangun sebelum membetulkan rambut Amal yang berserabut. Dia ketawa kecil.
“Anak mama ni. Tidur ke pergi berperang?”
Amal tarik muka. Datin Nora masih
ketawa sambil menyikat rambut Amal yang panjang. Kasihnya tumpah untuk gadis
ini. Dia kemudian bangun mengambil tuala yang sudah disiapkan oleh pembantu
sebelum dihulur kepada Amal.
“Mandi cepat. Nanti nak mendaftar
untuk kolej”
Amal merengek namun tetap turun dari
katil dengan perlahan-lahan. Bencinya nak bangun pagi. Habislah cuti selama 2
bulan. Rasa sekejap sangat.
“Mama tunggu di bawah. Ibu Siti dah
siapkan baju kamu dalam almari. Jangan lewat” pintu bilik ditutup semula. Amal
masuk ke dalam bilik air.
*************************************8
“Morning,
ma” pipinya dikucup along sebelum menarik kerusi untuk duduk. “Selamat
pagi. Awal bangun hari ini, long?” dia menyoal, hairan. Selalunya, waktu kerja
along pukul 9 pagi. Ada apa-apa ke?
Kuzer hanya tersenyum. “Hari ni ada meeting dengan shareholders, ma. Minggu pertama setiap bulan”
Datin Nora mengangguk. Dia lega
kerana along sudah mampu membantu suaminya di Global. Ringanlah sikit beban
suaminya itu. Malah, sejak akhir-akhir ini Datuk Megat Akasha juga kelihatan
semakin senang untuk memberikan semua tugas kepada anak sulung mereka ini.
“Ini air kopi awak” dia
menghidangkan air kopi kegemaran Datuk Megat Akasha. Suaminya itu memberi
senyuman. “Terima kasih, sayang”
Kuzer menyapu jem strawberry keatas roti bakar yang tersedia. Dia memandang
kerusi yang kosong dihadapanya ketika ini. Mana pula adik-adik kesayanganya
ini? Tak turun lagi ke? Dia ternampak kaki Kai yang sedang menuruni tangga
sambil memakai jam di tangan.
“Morning,
ma” dia mengucup pipi mama sebelum menarik kerusi dihadapan along. Kuzer
hanya tersenyum. Satu tabiat mereka diwaktu pagi tanpa miss. Mama pula tak pernah melarang walaupun masing-masing sudah
meningkat dewasa.
Kai menebalikan semula pinggan
dihadapan sebelum menceduk nasi goreng yang masih berasap dihadapan.
Menyelerakan sungguh. Mesti mama yang masak sebab bau sedap macam ni.
Selesai semuanya, Datin Nora turut
duduk untuk bersarapan. Jarang sebenarnya untuk mereka sekeluarga bersarapan
seperti ini. Selalunya, sibuk dengan urusan masing-masing.
“Mana budak manja tu, ma?” Kai
menyoal disebelah. Datin Nora meletakkan cawan berisi teh panas yang disediakan
ibu Siti.
“Mama baru kejutkan tadi. Tengah
mandi rasanya. Kamu bawa dia untuk mendaftar hari ini ‘kan?”
Kai menggeleng. Wajah Datin Nora
berubah. “Bukan Kai janji ke?” dia menyoal, hairan. Apa kena pula budak ni?
Bergaduh dengan Amal lagi ke?
“Lupa nak beritahu mama. Kai ada
perjumpaan untuk final project hari
ini. Kena jumpa supervisor. Kai tak
boleh hantar Amal”
Datin Nora hampir tersedak roti
bakar yang dikunyah. Datuk Megat Akasha melipat suratkhabar yang dibaca tadi.
Kuzer memandang Kai, tidak berkelip. “Kairil Adam” suara papa kedengaran.
“Hari ini baru nak beritahu? Siapa
nak bawa Amal hari ni?”
Kai menjungkit bahu. Aku pun baru
dapat telifon dari Mika semalam. Itupun pukul 2 pagi. Mangkuk tingkat punya
kawan. Alasanya sebab dia baru teringat Dhani beritahu dia 2 minggu lepas. Tak
guna punya kawan.
“Tak apa. Amal pergi sendiri”
Mereka menoleh. Amal menghampiri
meja sebelum menarik kerusi disebelah along. Dia mengukir senyuman apabila
melihat wajah mama dan papa yang risau. “Amal bukan budak-budak lagi”
Dia memberi keyakinan. Lagipun,
sampai bila mama dan papa nak manjakan dirinya seperti ini? Lambat-laun, dia
harus lalui semua ini sendiri. Kai memandang Amal dihadapan.
“Kau yakin, budak kecik?”
Amal menjelir lidah. “Amal tunjukkan
dekat abang. Amal boleh berdikari la!” dia membalas, bersemangat. Kuzer
tergelak. Kepala Amal digosok lembut.
“Betul ni? Along risaulah. Kalau
Amal tiba-tiba pengsan sebab nervous macam
dulu, macam mana?”
Wajah Amal berubah. Ala along ni.
Itu cerita lama. Selalu mengungkit. Kuzer tergelak, kecil. Sejak Amal hadir,
kehidupan mereka sekeluarga berubah sepenuhnya. Dia yang dahulu inginkan adik
perempuan, menyambut Amal dengan tangan terbuka. Mama dan papa juga sama. Tapi
Kai je yang pelik. Dia yang tak suka sedangkan dirinya yang menyelamatkan Amal
dahulu.
“Betul cakap along tu. Mama risau
tahu? Mama suruh Pak Mat temakan ye, sayang?”
Datin Nora memandang, berharap Amal
setuju. Kalau tidak kerana punya janji dengan Datin Rose untuk baju kahwin
anaknya hari ini, pasti dia sendiri yang akan menghantar Amal untuk hari
pertama ke kolej.
“Nope.
Amal okay. Jangan risau” dia menjamah roti telur kegemaran dengan senyuman.
Kuzer menguntum senyuman. Mama dah buat muka. Nak tergelak pun ada. Bila
membabitkan Amal, mama memang jadi protective
sangat. Mungkin sebab itu Kai cemburu. Dahulu, dia segala-galanya untuk
mama. Sekarang, semuanya berubah.
Datuk Megat Akasha mengurut tangan
isterinya. Wanita itu menoleh. “Tak apa, sayang. Amal bukan budak-budak lagi.
Jangan risau. Kita kena berlajar percayakan dia”
Datin Nora terdiam. Kata pujuk si
suami membuatkan dia sedikit tenang. Wajah Amal dipandang. Anak perempuanya itu
mengangguk dengan yakin. Akhirnya dia mengalah. Helaan dilepaskan.
“Promise
me. Sampai sana, telifon mama. Mama akan uruskan dengan orang atasan kolej.
Kamu jangan risau ye?”
Amal mengangguk. Dia melihat Kai
yang memberi senyuman sinis. Amal menjelir lidah. Jauh disudut hati, dia hairan
kenapa Kai seperti membencinya. Berbeza sekali dengan along.
********************************
Kereta BMW milik along berhenti
dihadapan pintu pagar Kolej Bendahara. Hari pertama mendaftar. Nampaknya, ramai
juga pelajar baru untuk kolej ini. Amal menghela nafas memegang beg berwarna
coklat yang berada diatas riba.
Kuzer menoleh melihat wajah Amal
tidak berdarah. Dia sedikit risau. Boleh ke ni? Selama ini, Amal hanya belajar
di rumah dan tutor yang mama upah
akan datang. Ini kali pertama Amal akan menghadapi keadaan macam ni. Kuzer jadi
risau.
Dia masih ingat hari pertama SPM.
Amal harus ke sekolah untuk ambil peperiksaan. Dia pengsan tiba-tiba apabila
dikerumuni ramai orang. Sebab itulah mama risau. Mungkin lama terperap dalam
rumah membuatkan Amal cepat panik kalau berada ditengah orang ramai.
“Mal”
Tangan adiknya itu digenggam dengan
wajah risau. Amal menoleh. “Kamu okay? Nak along teman?”
Amal segera menggeleng. Dia taknak
susahkan along. Lagipun, along sibuk dengan syarikat. Dia pun dah janji dengan
mama. “Tak apa, along. Amal pergi sendiri”
Pintu kereta dibuka. Amal menguatkan
semangat sebelum menggalas beg di bahu kereta dan berlalu kearah pintu along.
Tingkap dibuka. Senyuman diukir dibalik rasa gugup ketika ini. Wajah along
masih risau.
“Along risau ni. Macam mana kalau
kamu pengsan lagi?” dia menyoal. Amal hanya mampu ketawa. “Along datanglah
ambil macam dulu”
“Amalina Imani”
Amal memberi sengihan. Along kalau
dah guna nama penuh. Memang tahulah yang dia serius. “Sorry. Amal janji Amal jaga diri. Jangan risau, along. Amal dah 20
tahun tahu?”
Kuzer melepaskan keluhan. Dia
berharap sangat Kai ada waktu ini. Budak itu pun satu hal. Hari inilah baru nak
beritahu ada perjumpaan dengan prof dia. Kalau beritahu awal-awal, aku boleh
ambil cuti untuk teman Amal.
“Okay. Take care of yourself. Kalau ada apa-apa, telifon along dengan
segera” dia memberi pesanan dengan serius. Amal mengangguk.
“Speed
dail nombor mama ‘kan?”
“Yeap” Kuzer sedikit lega. Dia harap
tiada apa-apa yang berlaku. Jeritan pelajar yang bertemu rakan mereka
membuatkan Amal menoleh. Lebih baik dia pergi sekarang.
“Okaylah. Amal pergi dulu. Bye,
long”
Kuzer melihat Amal masuk ke dalam
kawasan kolej. Dia masih risau tapi Kuzer tahu dia harus percayakan Amal.
Lagipun, mereka tak boleh terus melindungi Amal. Kereta dihidupkan semula
dengan rasa berat hati. Semoga adiknya itu tak apa-apa. Dia berdoa bersama
kereta yang menjauhi Kolej Bendahara.
