Monday, 17 June 2013

:) Bab 14

            ”Tirah bergaduh dengan kawan sekelasnya”
            “Dia masih mendiamkan diri walaupun ditanya sebab apa”
            Thea menekan kunci kereta. Tirah masuk ditempat duduk sebelah pemandu dan Thea masuk di tempatnya. Suasana menjadi sunyi. Thea sendiri taktahu bagaimana untuk memulakan bicara.
            Dia mengerling kearah Tirah yang hanya membisu. Nasib baiklah tak cedera. Kata Puan Aini, rakan yang dibelasah Tirah lebih teruk. Thea menggeleng. Sejak bila adik aku bertukar jadi gangster? Selama ini sopan santun je.
            “Fathirah Hani”
        Perlahan dia menyebut tanpa menoleh. Tirah angkat muka dan menoleh sedikit. Wajahnya menunjukkan rasa kesal. Thea mengeluh, berat. Dia bukanya marah namun tak faham kenapa Tirah berubah seperti ini. Tirah adiknya bukan gadis yang sudah bergaduh. Kenapa Tirah berubah?
            “Kenapa?” hanya itu yang mampu disoal. Tirah dibesarkan dengan cara orang dewasa. Thea tak suka marah-marah. Dia mahu mendengar dahulu alasan Tirah sebelum memberi nasihat yang terbaik untuknya.
            “Kenapa kamu bergaduh?” dia menyoal sekali lagi apabila melihat Tirah membisu.
            “I’m sorry. I’m really sorry” dia menutur dengan wajah yang ditunduk, tanda bersalah. Thea terdiam. Ini baru Tirah. Bukan seperti yang Puan Aini ceritakan.
            “Dia orang cakap apa-apa ke?”
            “Kak” mata bergenang. Thea kaget. “Kenapa? Apa salah kita? Sudahlah takda mama. Papa pula hilang ke mana. Salah ke kalau Tirah takda mama dengan papa? Kenapa orang suka cakap belakang?”
            Kaget. Cakap belakang? “Tirah lagi suka kehidupan macam ni. Biarlah papa tak datang pun. Tirah benci dia. Kalau takda papa pun tak apa. Tapi kenapa mama kena tinggalkan kita? Kenapa kak?”
            Tirah menangis kuat bersama airmata yang merambu keluar. Hatinya bagai dihiris. Thea menghela nafas. Airmata ingin turun namun diseka pantas. Dirinya tak harus lemah. Tirah mengharapkan dia untuk bertahan dan bergantung harap.
            “Kakak minta maaf”
            Sebak dia bersuara. Kalau tak kerana aku, mama takkan mati. Walaupun Thea tahu semua ini kuasa Allah namun jauh disudut hati, rasa bersalah yang ditanggung sememangnya sangat berat. Seumur hidup takkan mampu dihilangkan begitu sahaja.
            Tirah mengesat airmata. Dia baru tersedar. Airmata Thea sudah mengalir. “Tak. Kak jangan salah faham. Tirah tak salahkan kakak. Please. Jangan salahkan diri sendiri. Tirah hanya ada kakak sahaja didunia ni”
            Dia memeluk Thea dengan erat. Airmata kembali mengalir. Mereka hanya tinggal dua beradik. Tiada sesiapa lagi. Mereka hanya berdua untuk saling bergantung. Tirah tak pernah salahkan kak Thea. Semua ini adalah takdir.

**************

            “Tisu”
            Dia mengambil tisu yang dihulur sebelum menyelak sedikit rambut hadapan dan kemudian menekap tisu di dahinya yang berpeluh. Nasib baiklah semuanya sudah tamat.
            Q berjalan menuju ke bilik persalinan sambil diekori oleh beberapa kru dibelakang. Pintu bilik persalinan dibuka dengan kuat sehingga mengejutkan semua yang berada didalamnya. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang.
            “Siapa yang in charge untuk aksesori?”
            Mata memerhati setiap wajah yang ada didalam bilik tersebut. Nafasnya sedikit mengah. “Saya. Kenapa Q?”
            Dia menoleh melihat wajah gadis itu pucat tidak berdarah. Q menghampiri. Kedengaran beberapa suara berbisik.
            “Kau. Budak baru?”
            Gadis itu mengangguk tanpa memandang. Q mendengus. Patutlah. “Baguslah. Mulai sekarang, kau dipecat!”
            Kali ini dia mengangkat wajahnya yang terkejut. “A...apa?”
            “You heard me, don’t you? You are fired. Pack your things and leave! Now!
            Suara keras Q mengejutkan semua yang berada didalam bilik. Dia melihat mata gadis itu sudah bergenang. Sengaja dibuat tak nampak. Q membuka butang kot yang dipakai sebelum menanggalkan kot tersebut dan melemparkanya diatas sofa berhampiran.
            Gadis itu mengambil barangnya dan kemudian berlalu dengan pantas. Q memandang yang lain. “Sepatutnya korang beritahu dia. Tiada sesiapapun yang boleh sentuh cincin yang aku selalu pakai. Faham?!”
            Mereka mengangguk. “Faham”
            Q menghela nafas. Dia berlalu kearah cermin. “Mana dia?” dia menyoal jurusolek berhampiran. Segera dia menghulur cincin yang disimpan. Nasib baik ada. Dia mengambil rantai kosong yang ada sebelum menjadikan cincin itu sebagai loket. Kemudian, dia menggantung rantai tersebut di lehernya. Q memandang rantai tersebut melalui cermin dihadapanya.
            Saya minta maaf. Dia tak dapat diselamatkan.
            Hatinya masih merasai hirisan yang hampir 5 tahun itu. Pandanganya kembali fokus apabila melihat Tish dibelakang dan memerhati tanpa bicara. Q membetulkan riaksi sebelum menoleh.
            “Aku balik guna kereta sendiri”
            Dia berlalu meninggalkan bilik yang seolah-olah dilanda garuda sebentar tadi. Barulah yang lain mampu menarik nafas lega. Tish memandang bersama gelengan. Dia mendengar bisikan beberapa pekerja mengenai perangai Q yang sudah berubah. Dia tahu sebabnya namun dirinya takkan mampu menasihati lelaki itu.

*********************************

            Thea keluar dari bilik apabila tekaknya terasa haus. Dia berlalu ke dapur sebelum membuka peti ais dan mengeluarkan botol berisi air minum. Dia kemudian mencapai gelas yang berhampiran dan menuang air tersebut ke dalamnya.
            Setelah menyimpan semula botol dan menutup pintu peti ais, Thea membawa gelas berisi air itu ke ruang tamu. Suasana sunyi kerana Tirah sudah masuk tidur dan Sara masih belum pulang. Thea duduk diatas sofa sebelum mencapai remote control berhampiran.
       Apa cerita tengah-tengah malam ye? Kerana terlalu sibuk, Thea akui dia semakin jarang memperuntukkan masa untuk diri sendiri. Terlalu banyak yang perlu diuruskan sejak dirinya menjadi ketua keluarga selepas mama meninggal dunia dan papa menghilang diri.
            Thea menekan channel yang ada di tv tanpa minat. Memandang jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, cerita menarik tidak lagi ditayangkan. Dia menghela nafas. Semuanya tak menarik. Thea menekan butang next dan ingin menutup semula tv sebelum dia mendengar suara itu. Jantungnya seperti berhenti berdegup seketika.
            Senyuman bersama lesung pipit yang sama. Senyuman yang membuatkan matanya turut tersenyum. Tak pernah berubah. Walaupun dia mengubah rambutnya dan nampak semakin matang. Tapi dimata Thea, lelaki ini masih sama.
            “Ramai pengkritik mengatakan album kali ini adalah yang terbaik untuk menonjolkan sisi matang seorang Q Rayyan. Adakah awak memang mahu melakukan perubahan untuk album solo kali ini?”
            Kamera dihala kearahnya. Hati Thea berdegup kencang. “Ya. Memandangkan saya sudah menginjak 27 tahun. Saya mahu memberikan kelainan kepada peminat. Memang saya memilih konsep yang lebih matang untuk album kali ini. Saya mahu peminat melihat sisi maskulin saya pula”
            Kedengaran beberapa peminat ketawa. Q hanya tersenyum. Thea menghela nafas. Fate fares you better, Qhalid Rayyan. Ini yang terbaik untuk kita berdua. Walaupun hatinya merintih. Walaupun hatinya luka parah.
            “Ramai juga peminat yang ingin tahu ciri-ciri wanita idaman awak. Khabarnya, awak target untuk berkahwin pada umur 27 tahun. Betul ke?”
            Thea mendengar sorakan peminat di studio. Matanya tak mampu dialih daripada melihat lelaki itu. Terlalu banyak yang dia lalui. Q akan benci dirinya jika semuanya terbongkar.
            Dia diam sekejap. Suasana menjadi sunyi menanti jawapan daripada lelaki ini. Setelah beberapa saat yang dirasa terlalu lama, Q mengangkat muka dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dimatanya menggambarkan kesedihan sementara bibir mengukir senyuman.
            “Seorang wanita yang mencintai saya sebagai Qhalid Rayyan Bin Musa. Seorang wanita yang tidak pernah tahu siapa saya sebenarnya. Seorang wanita yang pandai bermain gitar dan memasak makanan kegemaran saya”
            Thea hampir tidak bernafas mendengar dia menutur dengan begitu tenang. Penonton semakin teruja termasuklah pengacara dihadapanya. Q senyum lagi. Namun Thea tahu senyuman itu. Senyuman luka yang pernah menghiasi dada akhbar 5 tahun yang lepas.
            “Seorang wanita yang sangat mementingkan keluarga. Seorang wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi saya”
            Dia menghela nafas sekejap. Seolah-olah berperang dengan perasaan sendiri. “Itu saja? Nampak sangat spesifik ye?”
            Usikan pengacara membuatkan penonton yang hadir ketawa. Q turut tersenyum. Pintu yang kedengaran dibuka, mengejutkan dirinya. Thea segera menutup tv sebelum berpura-pura membaca suratkhabar yang diletakkan diatas meja kopi.
            “Assalamualaikum”
            Sara membuka pintu sebelum mengunci semula. Dia sedikit terkejut melihat Thea masih tidak tidur. “Aku ingat kau tidur dah”
            “Minum air. Dahaga sangat tadi”
            Sara mengangguk. Memang cuaca agak panas sejak kebelakangan ini. Kipa dibuka hingga tahap 5 pun masih tak mampu melawan rasa hangat yang dirasa. Dia kemudian meletakkan beg tangan yang dibawa diatas sofa.
            “Tirah mana?” dia menyoal. “Baru tidur. Letih sangat tadi”
            “Dia ada cerita kenapa dia gaduh tadi?”
            Thea mengangguk. Peristiwa petang tadi bermain minda. Tak disangka Tirah mengalami keadaan seperti itu. Sebagai seorang kakak, Thea rasa bersalah. Tirah tak sepatutnya dilayan seperti itu. Ini semua bukan salah Tirah.
            Melihat Thea yang diam, Sara tahu ada sesuatu yang tak kena. Dia berlalu dan duduk disofa berdekatan. “Thea” dia memanggil. “Beritahu aku. Kenapa?”
            Thea menghela nafas. Hampir 4 tahun mereka tinggal serumah. Pelbagai cabaran dan dugaan dilalui bersama. Sara mampu membacanya seperti membaca Hikayat Puteri Gunung Ledang. Tiada satu pun yang mampu disembunyikan daripada sepupunya itu.
            “Kawan sekolah dia ejek dia sebab dia anak yatim. Papa pula hilang entah ke mana”
            Sara terdiam. Begitu sekali? Kenapa budak-budak sekolah zaman sekarang semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan? Tanpa sedar dia menggeleng. Thea mengeluh berat.
            “Kalau bukan sebab aku, mama takkan mati. Tirah takkan jadi anak yatim. Kita takkan sesusah ini. ‘Kan?”
            Dia memandang Sara. Wajah sepupunya itu berubah. “Stop it, Thea. Kita dah bahas hal ini ‘kan? Ini bukan salah kau. Ini pilihan mama kau. Dia nak selamatkan kau dan sebab itulah dia korbankan diri sendiri. Berhenti salahkan diri sendiri”
            Thea hanya diam. Tiada sesiapapun yang mampu memahami apa yang dirasa olehnya sekarang. Mereka tak berada di tempatnya. Keperitan yang dilalui. Setiap airmata yang mengalir tengah-tengah malam. Mereka takkan tahu.
            “Thea” Sara memanggil, risau. Walaupun Thea sudah berubah namun sikapnya yang suka tanggung semuanya sendiri itu tidak mampu diubah. Kerana itulah, Sara risau. Thea suka membebankan diri sendiri sedangkan itu bukan salahnya.
            Senyuman nipis diberi. “Jangan risau. Aku tahu ini bukan salah aku. Ini semua ketentuan takdir. Thanks Sara”
            Dia bangun membetulkan baju tidur yang dipakai. “Tidurlah. Kau mesti penat. Aku pun dah mengantuk ni. Jumpa esok”
            Sara memandang. Setiap kali membahaskan hal ini, Thea pasti mengundur diri terlebih dahulu. Sehingga sekarang, Sara tak mampu membuat Thea meluahkan apa yang dirasai selepas mamanya meninggal.

*************************************

            Reza mengurut pelipis yang terasa berdenyut-denyut. Sejak akhir-akhir ini, dia merasa tahap kesihatan semakin menurun dek sikap Q yang tidak mampu dijangka. Tish yang duduk dihadapan hanya mampu tumpang simpati.
            Q terlalu berubah sehingga Reza sendiri tidak mampu mengawalnya. Malah, Q seperti berdendam dengan Reza sekarang diatas apa yang berlaku dahulu.
            “Aku dah uruskan pasal budak tu. Sekarang, kita kena jadi penggantinya....lagi”
            Dia mengeluh, berat. Fail yang dibuka, ditutup dengan kasar. Tish sedikit terlompat kerana terkejut. Reza meletakkan kedua belah siku diatas meja lantas memandang Tish.
            “Apa pula alasan dia kali ini?”
            “Budak tu beli Dutch Lady Coffee dan bukanya Dutch Lady Chocolate?”
            Tish menggeleng. Kali ini alasan Q nampak lebih kukuh. Namun tetap bukan alasan yang mampu membuatkan seseorang itu boleh dipecat.
            “Budak tu tanggalkan that ring” tenang dia menjawab. Reza diam sekejap. Cincin? Sekejap sahaja, memori lama menerjah masuk ke dalam minda. Tish mengangguk apabila mereka bertemu pandang.
            “Walaupun semua kru tahu cincin itu tak boleh ditanggalkan. Aku lupa nak beritahu budak tu sebab dia baru masuk hari tu. My fault actually. Tapi he overreact, I must say. Q dah banyak berubah. Terlalu berubah sehingga menakutkan”
            Reza diam. Pasal cincin? Dia kemudian mengeluh, berat. 5 tahun Q? Kau masih tak boleh lepaskan dia dan teruskan hidup ke? Kau benar-benar jatuh cinta ke waktu itu?
            “Apa rancangan kau, Rez? Kita perlukan pengganti secepat mungkin. Tempat budak tu, aku tak risau. Tempat untuk manager yang uruskan Q. Ramai yang tarik diri tak sampai 2 minggu bekerja”
            Itu lagi satu masalah. Q seperti sengaja ingin menduga kesabaranya. Semua pengurus yang dipilih, berjaya meletakkan surat letak jawatan diatas mejanya tak sampai 2 minggu gara-gara sikap Q. Memikirkan semua itu, otaknya berdenyut lebih sakit.
            “Hanya ada satu cara sahaja”
            Tish kaget sekejap. Cara apa? Dia memandang Reza yang sangat serius sekarang ini. “Apa dia?”

**********************************

            Thea tersenyum melihat Adim melayan seorang pelanggan wanita di perkarangan kedai. Bukanya mereka tak tahu. Gadis itu sengaja datang dan berpura-pura ingin membeli pakaian mereka kerana ingin berbual dengan Adim.
            Budak-budak zaman sekarang. Perigi cari timba pun dah tak kisah. Semuanya dianggap sebagai trend masa kini.
            “Aku tak fahamlah” suara Sara buat Thea menoleh kearahnya. “Kau tak faham apa?”
            “Sama ada Adim tu lurus bendul. Atau perempuan itu bukan taste dia”
            Thea tergelak kecil. Pasal Adim rupanya. Ingin sebab baju ke, design ke. Dalam sibuk-sibuk pun, sempat juga mengerling. Sara, Sara. Tak berubah langsung.
            “Pendapat kau?” Thea menyoal. Mereka mendengar Adim dan gadis itu ketawa mengenai entah apa yang dibualkan.
            “Lurus bendul. Yeap. 100% pasti”
            Thea tersenyum bersama gelengan. “I think he like her too. Mungkin takut nak buat move sebab mereka tak kenal sangat. Takut perempuan tu ada boyfriend ke”
            “Duhhh” Sara menoleh. Thea ketawa. “Kenapa? Betul apa? Ini teori sahih okay?”
            Sara mencebik. Sahih la sangat. Pengalaman bercinta pun boleh kira dengan jari. Teori manalah yang budak ni ceduk agaknya?
            “Kalau perempuan itu ada bf, takdanya tiap-tiap hari nak datang kedai. Rasanya, semua design kita, dia dah ada. Mungkin boleh buka cawangan baru kot. Adim tu lurus bendul. Titik!”
            “Mana kau tahu? Aci hentam je kau ‘kan?”
            “Well hello!” Thea mengetap bibir dari ketawa kuat. Dia tak mahu menganggu date Adim dan gadis itu. “I am veteran when it comes about love, my dear
            Thea mencebik. Veteran atuk kau? Bercinta pun 2-3 je. Ada hati veteran. “Iyalah sangat, cik Sara oi” dia memberi senyuman, menyakat. “Betul la tu, cik Fathea oi”
            Akhirnya mereka berdua ketawa. “Seronoknya tengok budak-budak sekarang. Senang betul bercinta” Sara melepaskan keluhan. “Kau buat gaya kita dah nenek-nenek”
            Sara hanya ketawa. “Sekurang-kurangnya, budak perempuan tu berani untuk mendapatkan cinta dia. Tak mengalah dengan mudah”
            Thea terdiam. Memang betul. Tak seperti dirinya. Mengalah awal konon ingin melindungi lelaki itu sedangkan hati sendiri luka parah sehingga tak mampu dirawat walau sudah bertahun lama.

*************************

            Kereta Toyota Harier berwarna hitam itu diparkir betul-betul dihadapan butik yang dinyatakan. Dia mengeluarkan kertas yang diberi dari poket seluar untuk mendapatkan kepastian.
            Setelah benar-benar pasti, dia melipat semula kertas tersebut dan menyimpanya ke dalam poket semula. Kawasan sekeliling butik itu diperhati. Terdapat beberapa pelanggan yang sedang memilih baju didalamnya.
            Kaki kemudian diatas kearah pintu dan sebaik dibuka, loceng yang diletakkan diatasnya berbunyi. Mungkin untuk memberitahu pekerja bahawa ada pelanggan baru yang masuk.
            “Selamat datang”
            Dia disapa oleh seorang jurujual lelaki yang mengukir senyuman. Reza membalas sebelum berlalu kearah rak yang mempamerkan rekaan ciptaan sendiri. Senyuman diukir sedikit. Jadi, inilah kerja Thea sekarang? Seorang designer kecil-kecilan?
            Reza memandang keseluruhan kedai. Mana Thea? Tak datang kerja hari ni ke? Dia kemudian menghampiri jurujual yang menyapanya tadi. “Boleh saya bantu?”
            “Saya nak berjumpa dengan cik Fathea Husna. Dia ada ke?”
            Adim diam sekejap. Nak jumpa Thea? Perlahan dia mengangguk. “Tunggu sekejap” Reza mengangguk. Adim kemudian berlalu ke belakang.
            Pintu bilik dibuka. 4 pasang mata memandang terus kearahnya. “Ada orang nak jumpa Thea dekat depan”
            Thea mengangguk. Dia bangun dari kerusi dan kemudia mengekori Adim sehingga ke perkarangan kedai. Adim membawanya kearah seorang lelaki yang berdiri membelakanginya.
            “Ada apa yang boleh saya bantu encik?”
            Sebaik dia menoleh, Thea terasa lututnya lemah tiba-tiba. Reza mengukir senyuman melihat wajah Thea yang terlalu terkejut. “Apa khabar Thea?”

***************************

            Thea mengacau ice coffee latte yang berada di hadapanya. Reza menghirup caramel macchiato yang dipesan tanpa suara. Suasana di kafe sedikit tenang dengan pilihan lagu yang sesuai untuk menenangkan jiwa.
            Tidak banyak pelanggan ketika ini. Mungkin kerana masih waktu kerja. Dia mengerling Reza dihadapanya. Tidak banyak berubah kecuali kedutan di tepi mata yang memberi bukti betapa lamanya mereka tidak bertemu.
            Reza meletakkan semula minumanya diatas meja sebelum mengelap mulutnya menggunakan tisu yang diberi. Dia kemudian memandang Thea yang nampak kurang selesa. Reza tahu Thea pasti terkejut bagaimana dirinya mampu menjumpai tempat persembunyian gadis ini.
            “5 tahun” dia bersuara, perlahan. Thea segera memandang. “Awak berubah. Q juga begitu. Ini ke yang awak mahukan?”
            Thea diam tidak menjawab. Reza memahami. Pasti sukar untuk gadis ini. Sejak kali pertama bertemu sehingga sekarang, Thea tak pernah gagal membuat dirinya berasa kagum. Thea adalah gadis satu dalam sejuta yang mengorbankan cinta seorang Q demi keluarganya.
            “Awak berjanji takkan menganggu saya lagi. Kenapa awak datang sekarang? 5 tahun saya hidup tenang tanpa semua ini”
            Reza mengangguk. Ya. Da berjanji kepada Thea. Mereka adalah orang asing sebaik melangkah keluar dari hospital. Namun dia ada sebab yang kukuh mengapa dirinya mencari Thea semula. Semuanya kerana lelaki itu. Q Rayyan.
            “Sekarang awak adalah designer huh?”
            “Tak. Saya hanya rakan kongsi. Sara adalah designer. Saya uruskan hal admin
            Itu lebih baik. Memang sesuai sekali untuk menguruskan jadual Q yang sentiasa padat. Tapi mampukah gadis ini menghadapi semua sikap Q yang tak mampu diduga itu?
            “How about Tirah?”
            Thea diam sekejap. “Dia sihat”
            Reza mengangguk lagi. Thea teruskan hidupnya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun Q yang luka parah dan tak sembuh-sembuh walaupun dah bertahun berlalu.
            “Saya ke mari berhajat sebenarnya” Reza membetulkan cara duduknya. Thea sudah mampu menduga. Reza tidak akan kesini jika tidak punya tujuan. Jauh disudut hati, dia berharap sangat Reza tidak menjumpainya seperti sekarang.
            “Saya perlukan awak untuk menjadi manager Q”
            Thea hampir tersedak minuman yang disedut. “Jadi apa?” dia seolah-olah kurang pendengaran sebentar tadi. Rasa tak percaya pun ada. “You heard me. I want you to be his manager
            Air liur yang ditelan terasa berpasir. Bala apa pula kali ini? Tak cukup lagi dengan semua yang berlaku ke? Kenapa Reza tiba-tiba datang membawa berita yang buruk ini?
            “Awak lupa ke? Saya sepatutnya dah mati didalam kenangan Q. Macam mana awak boleh suruh saya jadi manager Q pula? Awak dah gila ke apa?”
            Reza memberi senyuman yang tak mampu ditafsir. Namun Thea tahu senyuman itu menyimpan beribu makna yang tidak akan memihak kepadanya.
            “Jangan risau. 5 tahun berlalu. Awak sudah banyak berubah. Q takkan kenal awak pun. Lagipun, awak bukanya 24/7 bersama dia. Hanya ketika dia ada jadual sahaja”
            Ini semua gila! Mindanya memberitahu. Thea mengangguk, setuju. Memang gila. “No way. Saya takkan setuju. Saya ada butik yang perlu diuruskan. Saya ada adik yang masih perlukan saya untuk menjaga dia. Awak tak nampak ke, Reza? Saya dah teruskan hidup saya. Kenapa awak nak rumitkan ianya semula?”
            “Sebab awak sahaja yang boleh ubah dia”
            Thea terdiam. Reza menghela nafas. “He changed, Thea. Totally. He became a jerk that hurt everyone around him. Jika ini berterusan, He will be left alone. Tak kira betapa tingginya Q di puncak sekarang, dia takkan selama-lamanya diatas. He make enemies with everyone. Tak kiralah siapapun dia. Q berubah sebab awak”
            Dia terkejut. Sebab aku? Reza mengangguk. “He is hurting himself. Saya tak pasti samada dia cintakan awak ataupun dia rasa bersalah kerana tak mampu selamatkan awak. Don’t you see? Dia lukai hati sendiri kerana dia rasa dengan itu dia mampu mengurangkan sedikit rasa sakitnya kerana kehilangan awak. Q berubah menjadi seseorang yang saya mahupun Tish sendiri tak kenal”
            Tipulah kalau cakap dia tak rasa apa-apa. Hatinya berdarah semula mendengar ucapan Reza tadi. Thea turut rasa bersalah menyebabkan Q melalui semua itu.
            “Hanya awak sahaja diminda saya sekarang ini. Q perlukan awak, Thea”
            Dia hanya diam tidak menjawab. Terlalu banyak yang bermain di minda sekarang. Semua ini terlalu mendadak. Thea tak tahu apa yang betul dan apa yang tipu sekarang.
            “Saya beri awak masa, Thea. Seminggu. Saya harap awak boleh berikan jawapan yang saya mahukan”
            Reza menolak kerusi tanpa menghabiskan caramel macchiato yang dipesan. Dia memandang Thea yang masih membisu. Dia tahu dirinya kejam kerana meminta semua ini. Namun, Q harus diselamatkan. Dan Reza yakin, hanya Thea sahaja yang mampu menyelamatkan Q.
            “You owed him, Thea. You owed me too.  Remember that.” 


Sunday, 2 June 2013

:) Bab 13

                “Sekarang pukul berapa?”
            Q melihat jam ditangan. Hampir 11.30. Dia menghela nafas. “Tak tahu” Thea memandang dan Q hanya mengukir senyuman.
            “Fathea Husna”
            “Ye” dia menjawab. Q tersenyum. “Fathea Husna”
            Thea tertawa. Apa kena Q hari ni? “Thea. Saya akan rindu panggil awak macam ni”
            “Ye. Theaaaa. Awak suka panggil macam tu ‘kan?”
            Q ketawa dan kemudian mengangguk. Suasana kembali sunyi. Masing-masing taktahu apa yang harus dibicarakan.
            “Lepas ni, saya hanya boleh lihat awak di tv” dia bersuara, perlahan. Q hanya mengangguk. “Dengar suara awak di radio”
            Thea senyum, pedih. “Lihat awak ketawa di show bersama ahli yang lain”
            Q hanya diam. Dia tak mampu membalas mahupun membuat janji mereka akan bertemu selepas ini. Q sendiri yakin mereka akan terus terputus hubungan selepas semua ini berakhir.
            “Kalau saya tak jumpa awak 4 bulan yang lepas, saya takkan tahu betapa awak berubah untuk jadi seperti sekarang ini”
            Thea menoleh memandang. “Awak yang dulu, sangat sukar didekati. Saya sering risau kalau-kalau saya buat awak tak selesa ataupun terguris hati”
            “Saya sentiasa perlukan masa untuk selesa dengan orang baru”
            Q mengangguk. Tapi apabila sudah semakin rapat, dia mengenali sisi Thea yang sangat menarik. Gadis yang sangat mementingkan keluarganya. Gadis yang nampak dingin tapi punya senyuman yang boleh mencairkan hati. Pandai bermain gitar dan mengambil berat walaupun tidak ditunjukkan secara terang-terangan.
            “Saya harap kalau kita bertemu di konsert ataupun dimana-mana, kita masih boleh jadi kawan”
            Thea mengangguk. “Sekarang saya akan pilih awak berbanding Maroon 5
            Q tergelak. Thea yang sekarang juga punya sisi homour yang sangat baik. Kedua-duanya menghela nafas. Thea merenung pantai yang gelap-gelita. Pelbagai perasaan dirasai ketika ini. Thea sendiri tak faham.
            Thea melihat jam ditangan. Sudah 12. 05 rupanya. Betapa cepat masa berlalu. Mereka harus kembali ke realiti walaupun sangat sukar.
            “Saya hargai apa yang kita lalui. Saya sangat berterima kasih atas semuanya. Semoga awak dan MARS terus berjaya. Saya akan sentiasa menyokong awak semua”
            Q mengangguk. Dia sendiri cuba menahan airmata yang ingin mengalir. Mereka harus berpisah dengan senyuman. Bukanya tangisan. Dia menoleh kearah Thea yang turut cuba mengawal airmatanya.
            “Jaga diri awak. Saya gembira awak selesa dengan saya. Maaf kerana banyak yang tak sempat kita lakukan bersama. Saya akan simpan dengan rapi setiap kenangan kita bersama”
            Thea mengukir senyuman. Q yang sekarang adalah Q dari MARS, bukanya Qhalid Rayyan, suami Fathea Husna. “And cut

***********************************

            Tepukan kedengaran daripada jurukamera, stylist dan PD yang bertugas. Thea segera bangun begitu juga dengan Q. Airmata diseka pantas apabila dia dihampira oleh mereka yang selama ini menjadi tulang belakang kepada rancangan ini.
            “Terima kasih. Harap bertemu dengan kamu lagi”
            Thea mengangguk. Dia mengucapkan terima kasih kepada kru yang terlibat. Mereka banyak membantu dan memberinya tunjuk ajar. Akhir sekali adalah Q. Mereka berdiri dihadapan masing-masing ketika yang lain sibuk mengemas barang.
            Q tersenyum. Begitu juga Thea. “This is it, huh?” Thea hanya mengangguk.
            Thea memandang buat kali terakhir. Lelaki dihadapanya ini adalah idaman ramai perempuan. Boleh dikatakan, semua peminatnya adalah perempuan. Melihat dia berdiri dihadapan dan memberi senyuman untuknya, Thea tahu dirinya bertuah.
            “Ini untuk awak” dia kaget melihat rantai berbentuk bintang yang dipegang dan ditayang dihadapanya ketika ini. Thea memandang dengan rasa hairan.
            “Saya terlupa bawa cincin yang awak beri. Jadi, ini penggantinya”
            Alasan sangat basi, Q! Cakap je la kau nak simpan jadi kenangan. Thea hanya mampu mengangguk bersama hati yang berdebar.
            “Biar saya pakaikan” sekelip mata, rantai tersebut sudah berada dilehernya. Q tersenyum. Memang sesuai sekali. “Awak tak perlu beri saya rantai ni”
            “Ucapan terima kasih dan kenangan untuk awak. Jadi awak bukan bermimpi bahawa awak pernah menjadi isteri kepada Q MARS”
            Dia mengenyit mata dan membuatkan Thea ketawa. Ya! Kenangan yang takkan dilupa sampai bila-bila. “Q!”
            Suara Reza mengejutkan mereka berdua. Dia memberi isyarat untuk segera pergi. “Semoga kita bertemu lagi, Fathea Husna”
            Thea hanya mengangguk. “Jaga diri awak” dia memberi senyuman sebelum menggosok kepalanya dan berlalu dengan langkah yang berat. Thea hanya melambai sebelum kereta Q hilang dari pandangan.

*********************************

5 tahun.

            “Tumpang lalu” dia mengelak seorang wanita yang terpegun berdiri dihadapan kedai Courts yang menayangkan sesuatu di tv yang dijual.
            “Tepi sikit”
            Dia memberitahu dan seorang lagi wanita mengelak apabila melihat dia yang membawa hampir 10 pasang kain dengan termengah-mengah. “Sara!”
            Kerana tidak mampu membuka pintu, dia hanya menjerit di luar bersama peluh yang menitis ke dahi. Segera Sara berlari dan membuka pintu. “Ya Allah. Apahal banyak sangat kain kau bawa? Mana Adim?”
            “Dia cari parking kereta. Apahal yang ramai sangat orang di luar?”
            Sara membantu membawa kain dan mereka masuk ke dalam kedai. Kain tersebut kemudian di letakkan di atas meja. Sara menoleh memandang Thea yang sedang mengesat peluh di dahi. “Fathea Husna!”
            “Ye aku tahu. Kau tak sihat. Jangan bebankan jantung kau. Tirah perlukan aku sekarang”
            Sara terdiam. Thea mengukir senyuman. “Jangan risau. Kalau kau terus manjakan aku, lagilah aku malas nak tolong apa-apa”
            Dia berlalu ke arah meja dan mengeluarkan list dari poket jeans belakang. Thea membelek list dan kain yang berada dihadapanya ketika ini. “Semua cukup ke?”
            “Aku dah check sebelum bawa ke sini tadi. Rasanya takda yang tinggal”
            Sara mengangguk. Mereka berdua menoleh apabila pintu kedai dibuka. “Sorry. Susah gila nak cari parking hari ni. Macam ramai sangat orang”
            Dia masuk ke dalam sebelum menyakut kunci kereta di tempat yang disediakan. “Itulah. Aku pun pelik. Apa yang berlaku hari ni?”
            Sara memandang. Nak beritahu ke? “Tak ada apa-apa. Jualan langsung agaknya”
            Thea mengangguk. Dia kemudian berlalu kearah patung dihadapan kedai. “Aku dah dapat idea untuk rekaan terbaru kita. Malam nanti kita discuss
            “Aku lihat ramai yang kembali waktu zaman Saloma. Ramai yang suka peplum dengan dress panjang tapi simple
            “Walaupun aku tak nampak apa kelebihanya” Adim menjuling mata. Thea dan Sara ketawa. “Kau lelaki. Apa kau tahu?”
            Adim mengangguk. Mungkin itu betul. Bagi lelaki, kalau baju tu baju je la. Apa yang pepelam la, dress panjang la. Kain kembang la. Perempuan!
            Telifon yang berbunyi menarik perhatian Thea. Dia melihat pemanggil sebelum kerutan muncul di dahi. Thea berlalu ke belakang dan menjawab.
            “Assalamualaikum”
            Thea kaget sekejap. “Waalaikumsalam”
            “Maafkan saya. Ini nombor telifon Cik Fathea Husna ke? Kakak kepada Fatirah Hanna?”
            “Ye saya. Siapa bercakap?”
            “Saya cikgu kelas Fathirah. Saya sebenarnya ingin memanggil Cik Fathea ke sekolah sekarang”
            Thea terkejut. Ke sekolah? “Kenapa cikgu? Fathirah tak apa-apa?”
            “Saya rasa lebih baik Cik Fathea ke sini dahulu. Susah rasanya untuk saya terangkan di telifon sekarang”
            Dia mengangguk. Jantung berdengup kencang. Apa yang Tirah buat kali ini? Dia berlalu dan melihat Sara sibuk mengarahkan Adim mengasingkan kain-kain yang dibawa tadi.
            “Kenapa kau?” dia menyoal apabila melihat wajah Thea tidak berdarah. “Aku kena pergi sekolah Tirah. Cikgu dia call tadi. Kau jaga kedai kejap”
            Sara kaget. Lagi? Dia kemudian menggeleng. Tak habis-habis bawa masalah. Tak kesian sungguh dengan si kakak yang bukanya sihat pun. “Pergilah. Terus bawa Tirah balik rumah. Kau rest hari ni. Kau dah bersusah-payah tadi”
            Thea mengangguk. Mindanya sudah berada di sekolah Tirah sekarang ini. “Nak aku hantarkan?” Adim bersuara. Thea segera menggeleng. “Aku okay. Kau tolong Sara”
            Adim sekadar mengangguk sebelum dia melihat Thea berlalu setelah mengambil kunci yang disangkutnya tadi.

*************************************

            Sebaik kamera bernyala dengan warna merah dan menghala kearahnya, senyuman diukir sambil memandang pengacara show pada hari ini.
            “Baiklah. Kita kembali bersama dengan tetamu kita. Yang menjadi kegilaan perempuan di Malaysia. Q Rayyan”
            Tepukan gemuruh hadir daripada penonton didalam set yang rata-ratanya adalah perempuan dan sudah semestinya, peminat setia Q Rayyan. Senyuman dilebar dan membuatkan yang melihat, cair.
            “Sewaktu kita berehat tadi, saya ada tanyakan beberapa soalan kepada Q. Boleh kita kongsikan dengan semua yang hadir dan penonton di rumah?”
            Q memandang penonton di set yang semuanya mempamerkan wajah ingin tahu. Dia akhirnya mengangguk. “Okay. Mungkin ini soalan yang pastinya peminat MARS sendiri ingin tahu. Bila agaknya MARS akan buat album sebagai MARS setelah hampir 2 tahun masing-masing membawa haluan sendiri?”
            Dia diam sekejap. Mereka di luar sana pastinya tidak mengetahui apa yang berlaku. Terlalu banyak yang perlu dirahsiakan apabila menjadi seorang public figure yang rata-rata kehidupan mereka akan diketahui oleh peminat.
            “Insya-ALLAH, jika diizinkan. MARS masih wujud namun kami lebih selesa dengan pergerakan solo sekarang. Lagipun, kami masih menunggu Dhani untuk tamat berlajar”
            Sofea mengangguk. “Jadi, awak masih mahu mengeluarkan album bersama MARS?”
            Q mengangguk. Mereka sahabat dunia akhirat. Walauapapun yang berlaku, MARS terlalu penting untuk dilepaskan begitu sahaja. “Saya masih ketua kumpulan MARS dan pastinya mahu mengeluarkan album bersama ahli MARS yang lain”
            Senyuman diukir dengan rasa kelat. Dia menghela nafas dalam diam. “Dengar semua peminat MARS? Mereka masih bersama namun masing-masing punya komitment sendiri. Jangan risau ye”
            Penonton di studio ketawa dengan usikan Sofea. Q turut tersenyum. “Album sudah. MARS pun sudah. Awak rasa, apa lagi ye yang boleh saya tanyakan kepada Q hari ni?”
            Dia cuba berkomunikasi dengan penonton yang hadir. Q sendiri mampu meneka soalan yang seterusnya. Dia menunduk sedikit sebelum baru tersedar cincin yang dipakai selama ini sudah diganti dengan cincin yang lain. Wajah berubah. Bukanya mereka tak tahu, cincin tersebut tidak boleh disentuh.
            “Teman wanita!” suara salah seorang penonton yang hadir mengejutkan dirinya. Q cuba mengawal reaksi wajahnya ketika ini. Senyuman yang diberi terasa dipaksa. Sofea mengangguk. “Ye betul. Terima kasih”
            Mereka ketawa. “Sekarang awak sudah 27 tahun. Karier awak bermula ketika awak masih muda sehingga sekarang saya sendiri akui Q Rayyan dan Q MARS adalah 2 orang yang berbeza. Berapa umur yang awak rasa sesuai untuk awak mendirikan rumahtangga?”
         Q mengangguk. Setiap kali temubual, ini adalah soalan yang menjadi kegemaran sehingga dirinya sendiri hampir muak mahu menjawab.
            “Walaupun saya bermula muda dan sehingga ke tahap sekarang, saya rasakan masih banyak lagi perkara yang ingin saya lakukan. Sewaktu bersama MARS, saya target untuk berkahwin di usia 27 tahun. Tapi memandangkan saya sudah melebihi jangkaan tersebut, saya lebih selesa jika fokus saya sekarang hanya kepada kerjaya saya sahaja”
            Sofea mengangguk. Q Rayyan. Senyuman yang mencairkan hati wanita. Lesung pipit yang membuatkan wanita mimpi siang. Dihadapanya sekarang, dia akui hati wanitanya turut bergetar. Jika dilihat Q Rayyan sekarang, terlalu banyak perubahan yang berlaku. Q Rayyan sekarang lebih matang dengan usianya. Semakin digilai oleh peminat yang lebih tua mahupun lebih muda.
            “Jika awak berjumpa dengan gadis yang sesuai, adakah awak rasa awak boleh mengahwini dia ketika kerjaya awak berada di puncak sekarang?”
            Suasana sedikit riuh. Q masih tenang memandang kamera yang fokus kepadanya. 5 tahun didalam industri. Dia sudah mengerti selok-belok dunia seni ini. Terlalu banyak pengalaman yang dikutip dan mematangkan dirinya.
            She is dead. There will be no other women. “Mungkin” jawapanya memberi kejutan kepada penonton yang hadir. Sofea turut terkejut.