Wednesday, 22 May 2013

:) Bab 12



            “Assalamualaikum”
            Pintu dibuka setelah selesai membaca ayat kursi. Hari ini sedikit meletihkan walaupun tidaklah terlalu ramai pelanggan. Thea juga sedar bahawa sejak peristiwa diserang itu, tubuhnya cepat lemah dan tidak bermaya.
            “Mama tak tidur lagi?’ dia menyoal apabila melihat kelibat mama diruang tamu tanpa membuka tv. Thea menutup semula pintu rumah dan kemudian mengunci dengan kemas.
            “Mama tunggu kamu. Ada benda mama nak bincang sebenarnya”
            Dia hairan sekejap. Pasal papa lagi ke? Thea meletakkan beg galas diatas kusyen sebelum duduk bertentang dengan mama yang nampak tenang namun sukar sekali dibaca.
            “Kenapa, ma?”
            Puan Nora memandang Thea. Selama ini, dirinya memberi kebebsan pada anak gadis ini kerana tahu Thea pandai membawa diri. Dia juga yakin Thea takkan memalukan dirinya. Tapi pertanyaan daripada kak Emma di tempat kerja membuatkan dirinya benar-benar terkejut.
            “Mama tengok sejak akhir-akhir ni, Thea nampak sangat sibuk. Lepas ambil Tirah dan hantar dia mengaji, kamu tak ada dirumah. Malah terus ke tempat kerja tanpa menjenguk kesini. Kamu buat kerja lain ke selain kerja di restaurant tu?”
            Thea terkedu. Selama ini mama tak pernah menyoal. Kenapa tiba-tiba? Perlahan dia menelan air liur yang terasa berpasir. “Tak ada” dia menjawab, perlahan.
            Puan Nora mengangguk. “Pagi tadi bila mama ke tempat kerja. Kawan-kawan sekerja mama ucapkan tahniah kerana dapat menantu artis. Setahu mama, mama hanya ada kamu berdua sahaja. Tirah baru 12 tahun. Kamu sajalah yang sudah cukup umur. Kamu rahsiakan sesuatu daripada mama ke?”
            Zap! Bull’s eye. Dia tak terkata apa-apa apabila mama menyoal seperti itu. Sepertinya, mama mengetahui sesuatu yang seharusnya dirahsiakan daripada dirinya.
            “Fathea Husna” mama memandang serius. Thea faham benar. Apabila mama menyebut nama penuhnya, pasti mama sudah mengetahui semuanya dan mahu dia mengaku.
            Perlahan dia mengeluh. Thea tahu lambat laun mama pasti tahu. Tapi dia tak sangka secepat ini. Lagipun, mereka akan menamatkan semuanya tak lama lagi. Thea beranggapan kalau mama tak tahu, pastinya lebih baik. Walaupun Tirah sudah terbabit.
            “Thea terpilih menjalani satu rancangan realiti di tv. I’ve got married bersama salah seorang ahli kumpulan MARS yang terkenal bernama Q. Didalam rancangan itu, kami harus berpura-pura menjalani hidup seperti suami isteri yang sebenar sambil dirakam oleh pihak produksi”
            Thea memandang mama yang masih tenang. “Sudah 3 bulan Thea jadi ‘isteri’ dia”
            Puan Nora hanya mampu menggeleng. Jadi, ini rahsia yang Thea sembunyikan? Sampai dah hampir 3 bulan? Jauh disudut hati, dia sangat kecewa. Walaupun sekadar rancangan realiti namun pastinya akan beri kesan kepada imej Thea selepas ini. Lagipun, idea gila siapa yang buat rancangan macam ni?
            “Kenapa Thea tak beritahu mama? Kalau kawan mama tak beritahu, sampai sudah mama ditipu kamu. Tahu tak perkara ini beri impak kepada kamu selepas ini? Macam mana kamu nak berkahwin kalau kamu pernah menjadi isteri orang?”
            “Kami hanya berlakon, ma”
      “Bukan itu masalahnya, Fathea” mama memotong pantas. Thea terdiam. “Walaupun sekadar berpura-pura tapi orang luar tak anggap seperti itu. Mereka menyangka kamu berkahwin betul-betul dengan budak tu. Beritahu mama. Selepas semua ini berakhir, dia akan mengahwini kamu ke?”
            Thea terkejut. “Ma!”
            Puan Nora menggeleng. Dia tak pernah sangka Thea akan bersetuju dengan semua ini. Setahunya, Thea anaknya, seorang yang berfikiran matang dan jauh. Thea takkan bersetuju dengan rancangan seperti ini.
            “Kenapa dengan kamu sekarang, Thea? Kamu berubah tiba-tiba sehingga buat mama risau. Selama ini kamu tak pernah rahsiakan sesuatu daripada mama. Apa lagi yang kamu rahsiakan dari mama?”
            Thea terdiam. Jantungnya berdegup laju. Ini. Rahsia yang tak sanggup diberitahu. Mama sudah cukup punya masalah di fikiranya. Thea tak mahu menambah masalah yang sedia ada. “Sampai bila kamu nak jadi isteri palsu dia? Sekali pun kamu tak bawa dia berjumpa mama ‘kan?”
            “Rancangan ini akan tamat tak lama lagi. Mama jangan risau. Selepas ini, semuanya akan kembali seperti biasa”
            “Thea, Thea” Puan Nora memanggil bersama keluhan. Terlalu banyak yang dirahsiakan sehingga kadangkala dirinya sendiri tak mampu meneka apa yang Thea rasakan.
            “Thea minta maaf kalau Thea buat mama rasa risau. Thea buat semua ini bersebab. Thea taknak susahkan mama lagi. Thea tahu mama tanggung semuanya sendiri sejak bercerai. Thea berharap mama boleh ceritakan semuanya pada Thea. Thea dah cukup besar untuk memahami apa yang berlaku”
            “Kamu baru 20 tahun, sayang. Ada limit untuk apa yang kamu rasai. Mama tak mahu kamu menderita memendam semuanya. Mama sebenarnya sedikit kecewa mendengar semua ini daripada kawan-kawan mama. Kenapa? Mama bukan mama Thea ke? Sejak bila Thea pandai merahsiakan perkara-perkara macam ni dari mama?”
            Thea terdiam. Dia tahu mama kecewa namun semua ini demi kebaikan mama juga. Lebih sedikit mama tahu, lebih senang untuknya kembali ke kehidupan asal.
            “Nanti kamu bawa dia jumpa mama. Beritahu mama awal supaya mama boleh ambil cuti”
            “Tapi ma....”
            “Thea” mama memandang, serius. Thea terdiam. “Sekurang-kurangnya, mama harus kenal menantu palsu mama. Kamu bersama dia setiap hari. Mama nak lihat dia lelaki yang bagaimana. Kamu anak mama. Mama mahukan lelaki yang terbaik untuk anak mama”
            Mama bangun dari kerusi tanpa menunggu jawapan darinya. “Sudahlah. Pergi tidur. Esok kamu ada kelas”
            Thea hanya mampu mengangguk. Tak mampu menolak lagi. Mama kalau dah membuat keputusan. Tiada sesiapapun yang mampu mengubahnya. Thea mengeluh, berat. Sekarang? Apa yang perlu aku buat?
       
****************************************
    
        Wajah tidak bermaya namun tenang yang dipamer sewaktu pintu dibuka sememangnya menghairankan. “Kau dari HQ ke?” dia menyoal sambil menutup pintu.
            “Ye”
            Tubuh dihempas diatas kusyen. Tv yang terpaksa drama melayu tidak mampu menarik perhatianya. Mindanya berserabut dengan pelbagai pertanyaan sekarang ini. Acap menghampiri. Pelik. Apa yang berlaku sampai Q tak bermaya macam ni?
            “Mana yang lain?”
            “Dekat gym. Aku tunggu kau untuk pergi sekali. Nak join tak?”
            Q menggeleng. Dia menyandar kepala di sofa bersama helaan nafas. Ketika itu Acap sedar. Q ada masalahnya. Mengenali Q, dia tahu lelaki ini bukan jenis bercerita. Segala keperitan dan kesusahan ditanggung sendirian.
            “Kenapa? Reza ada beritahu bad news ke?”
            Acap masih memerhati. Q membuka mata semula sambil merenung syiling. Lama begitu sebelum dia memandang Acap tiba-tiba. Temanya itu sedikit terkejut.
            “Kalau aku cakap aku jatuh cinta. Kau percaya tak?”
            Hah? Muka kelam memberitahu yang dirinya tak berapa faham. “Kalau aku cakap aku nak kahwin dengan dia secara sah, kau percaya tak?”
            “Apa kau cakap?” nada suara naik satu tangga. Q menghela nafas. Dia sudah menduga. Memang ini semua dirasa kerja gila. Tapi itulah perasaanya sekarang. Dia sendiri taktahu apa perasaan sebenar yang dirasa. Semuanya kerana mereka hanya berlakon ataupun jujur dari hati.
            “Aku rasa dalam banyak-banyak ahli, kau yang paling imune dengan benda ni. Mungkin sebab tu, Reza pilih kau. Kenapa tiba-tiba?”
            Q mengeluh. Berita yang disampaikan Reza ibarat melempar bom nuklear yang tidak dijangka kepadanya. “Sebulan. Sebelum semuanya berakhir” dia menjawab, lemah. Acap terdiam. Sebulan sebelum mereka ‘bercerai’ dan kembali ke kehidupan asal.
            Acap kembali memandang. Q yang dilihat sekarang, berbeza dengan Q yang dikenali hampir 7 tahun lamanya. Perkara inilah yang dirisaukan sewaktu rancangan realiti pertama seumpama ini diterbitkan. Hati dan perasaan bukan boleh dikawal macam permainan PSP kesayangan.
            “Sebab itu kau rasa kau nak kahwin dengan dia? Kau dah terbiasa hidup sebagai seorang suami? Q....”
            Kali ini, Acap pula mengeluh. Umur yang sebaya membuatkan mereka lebih senang berbicara berdua. Walaupun Mika dan Dhani juga sama rapat namun ada sesetengah perkara, Acap merasa Q adalah orang sesuai untuk dibawa berbual.
            Perlahan Q ketawa. Dia menggeleng dengan rasa tak percaya. Sedangkan Acap sendiri tak percaya. Inikan pula diri sendiri. Idea gila mana datang tiba-tiba, Q sendiri tak pasti. Masih jauh perjalanan dan masih banyak impian yang ingin dicapai. Kau ni crush ke hapa, Q?
            “Menarik kan? Selama ini aku yakin aku lakukan semua ini sebab kerja. Aku sangka ini hanya sebahagian dari kerja. Macam mana kita selalu berlakon? Tak sangka ia jadi mendalam macam ni”
            “Kau bersedia untuk lepaskan impian sendiri demi dia? Gadis yang  kau kenal hanya 3-4 bulan? Yang kau jumpa sekali dalam seminggu? Kau baru 22, Q. Kita juga kurang pengalaman dengan gadis dan cinta. Aku yakin apa yang kau rasa ni hanya sementara je. Lepas semuanya berakhir, kau akan pulih dan kembali seperti biasa”
            Q diam. Acap memandang tv yang sudah beralih ke rancangan Nona. Patutlah muka macam lepas kena cuka. Ini masalah Q rupanya. “Dia lain”
            Tapi kenyataanya, Q sendiri tahu. Sedalam mana rasa sayangnya pada Thea, Q takkan mampu melepaskan impian sendiri demi gadis itu. Sakit? Ya. Ini cinta pertamanya. Cinta yang diatur namun akhirnya dia sendiri kalah. Q jumpa ramai gadis sepanjang karier sebagai seorang artis. Namun tiada seorang pun yang melekat di hati. Tapi Thea.....
            “Dia senyum je, aku dah cair. Macam mana, bro?”
            Dalam hendak ketawa namun Acap lebih merasa kasihan. Q memang sudah jatuh cinta. Acap tahu kerana lelaki disebelahnya ini paling payah nak percaya bab cinta. Hidupnya hanya satu impian. Dikenali dengan bakat yang dimiliki.
            “Biasalah tu. 3 bulan kau jumpa dia. Buat macam-macam benda. Tipulah kalau takda sikit rasa sayang. Tapi aku yakin semua tu hanya sementara je. Bila kau dah mula sibuk dengan jadual MARS, kau akan lupakan dia”
            Betulke? Dia sendiri tak pasti. Boleh ke melupakan seorang gadis bernama Fathea Husna? Gadis yang mengajarnya banyak perkara. Gadis yang membuatkan tertarik hanya dengan senyuman. Gadis yang.......sangat lain.
            Bibir mengukir senyuman, pahit. First cut is always the deepest. Perlahan dia mengangguk. Patutlah Thea macam tak berapa ceria waktu sambutan hari jadi aku. Pasti dia dah tahu terlebih dahulu.
            “Aku akan lupakan dia huh?”
            Pandangan dibawa kepada Acap. Temanya itu mengangguk penuh yakin. Q bersandar semula disofa. Begitu juga dengan Acap. Dia mengangkat tangan kiri dan memandang cincin yang masih tersarung dijari. Sweet pain.

*************************************
 
            “Dia ambil kau pukul berapa?” Sara menyoal bersama sengihan. Thea yang disebelah menggeleng sambil menguntum senyum.
            “Ini dah 5 kali kau tanya sepanjang hari. Kau tak penat ke?”
            Sara tergelak. Sudah lama tidak bertemu dengan Q. Siapa yang tak teruja? Kenapa aku tak terfikir untuk suruh Thea kenalkan ahli MARS yang lain kepada dirinya?
            “Iyalah. Kau tak nampak betapa terujanya semua orang dekat sini?”
            Dia memandang kawasan kedai. Patutlah ramai gila pelanggan perempuan yang muda-muda hari ni. Macam mana mereka tahu jadual penggambaran Q? Mengenangkan itu sahaja, Thea menjadi kagum. Never underestimate the power of fans.
            Perlahan dia mengangguk. “Ini last penggambaran ‘kan?”
            Dia yang sedang mengemas meja, terhenti sekejap. Thea memandang Sara sebelum mengangguk. “Kau yakin ke?”
            “Ini yang terbaik” senyuman palsu diberi. Sebelum semuanya jadi lebih mendalam, lebih baik tamatkan lebih awal. Sekurang-kurangnya, tiada sesiapa yang terluka.
            Sara menghela nafas. Dia gembira lihat Thea bersama Q. Dia sendiri akui Thea banyak berubah setelah bertemu lelaki itu. Sara lihat Thea yang tidak pernah dilihatnya namun hanya muncul ketika bersama Q.
            “Ini ada kena-mengena dengan penyakit kau ke?”
            Thea menoleh. Dia kaget sekejap. “Kau taknak susahkan dia?”
            Air liur ditelan dengan rasa payah. Sara masih tak tahu apa-apa. “Dia akan lebih sibuk selepas album terbaru MARS keluar. Waktu penggambaran, aku selalu lihat dia tertidur kerana letih. Cukuplah dengan 4 bulan yang dilalui. Aku dan dia harus teruskan kehidupan kami”
            Sara mengangguk. Walaupun payah untuk diterima namun inilah kenyataanya. Thea yang sentiasa berfikir di hadapan. Thea yang sentiasa mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri.
            “Kau tak rasa apa-apa ke dekat dia, Thea? Sikit pun tak?”
            Thea menoleh. Tipulah kalau tak rasa apa-apa. Dia terbuai dengan sikap Q yang sangat mengambil-berat. “Aku hanya berlakon. Tak lebih dari itu”

******************************************
 
            “Hai Thea!”
            “Hey Thea” Dhani melambai dengan riang.
            “Hello kakak ipar” Mika menyampuk.
            Thea ketawa melihat video yang dirakam oleh Q sebelum mereka bertemu. Sayangnya, dia dan ahli kumpulan MARS hanya bertemu sekali sahaja. Kalau tidak, mereka tentu lebih rapat.
            “Seperti biasa. Q paksa kami buat benda ni” Acap bersuara dengan wajah tak berpuas hati. Thea hanya tersenyum.
            “Beritahulah pandangan korang kali pertama bertemu” suara Q kendengaran walaupun wajahnya tidak kelihatan.
            Mereka bertiga diam sekejap. Thea turut ingin tahu.
           “Cantik. Tapi nampak sukar didekati” Acap bersuara, jujur. Tanpa sedar, Thea mengangguk. “Comel dan pandai masak”
            “Kau memang kasanova” mereka menolak tubuh Mika yang ketawa. Thea menguntum senyum. “Dhani?”
            Kamera dihala kepada ahli bongsu MARS yang berlainan sekali dengan imej yang ditunjukkan diatas pentas. Bersama sweatshirt dan peluh yang menitis di pipi, dia nampak macho berbanding comel.
            “Saya lihat awak jaga Q dengan baik. Saya gembira”
            Thea memandang Q yang mengangguk, mengiakan. Terasa mukanya hangat menahan malu. “Dhan harap awak betul-betul jadi kakak ipar dia” Acap menambah selamba.
            “Oi!” suara Q kedengaran. Mika ketawa. “Sebab awak masak spaghetti paling sedap dalam dunia” hatinya terasa hangat. Dia terharu dengan ucapan mereka walaupun mereka hanya sekali sahaja bertemu.
            “Sudah. Berhenti merepek”
            Mika menjelir lidah kepada Q. Dhani mencebik sementara Acap hanya memandang tanpa riaksi. Thea menggeleng. MARS yang sangat nakal. Siapa sangka dia mampu mengenali kumpulan remaja terkenal ini.
            “Ucapan terakhir kalian”
            Mereka mengangguk. Masing-masing kembali serius. “Kakak ipar!” suara bergema. Thea ketawa dengan rasa malu. Nampaknya, mereka sudah selesa dengan panggilan itu.
            “Saya harap kita boleh jumpa diluar sebagai kawan selepas ini” dia mampu merasa keikhlasan disebalik wajah Acap yang selamba.
            “Kala awak mahu, awak boleh jadi isteri saya pula”
            Mika mengenyit mata. Thea menggeleng. Mika sentiasa nakal namun itulah yang menceriakan. Dhani memandang kamera dengan senyuman.
            “Jaga diri awak. Ingat! MARS sentiasa akan mengingati awak”
            Thea menghela nafas. Mata terasa hangat melihat wajah mereka buat kali terakhir. Sayangnya mereka tidak boleh bertemu secara face to face kerana kesibukan kerja.
            Seketika kemudian, Q menamatkan video tersebut. Thea menyeka hujung mata dengan pantas. Suasana menjadi sunyi. Masing-masing melayan perasaan tanpa suara.

*************************************
 
            Agak lama kemudian, kereta yang dipandu berhenti. Thea menoleh ke luar tingkap. Kelihatan mereka begitu hampir dengan laut yang nampak tenang ketika ini. Q menghela nafas. Sempat mengerling kearah jam ditangan.
            Pukul 10 malam. Masa mereka akan tamat 2 jam lagi. “Thea”
            Gadis itu menoleh. “Saya turun dulu. Setengah jam nanti awak turun ye” dia memberitahu. Thea mengerut dahi.
            Senyuman diukir. Perlahan dia mengusap kepala gadis itu. “30 minit. Saya keluar dulu ye” akhirnya, gadis itu mengangguk. Q melihat Thea sekali lagi sebelum turun dari kereta.
            “Jangan tertidur”
            Pintu kereta ditutup dan suasana menjadi sepi. Thea memandang sekeliling bersama mata yang terasa hangat. Airmata segera mengalir namun pantas diseka tetapi mengalir semula. Thea menghela nafas.
            Jangan nangis, Fathea! Kau taknak keadaan jadi lebih sedih ‘kan? Ini adalah kenangan indah dalam hidup kau. Jangan rosakkanya!
            Namun, mata seolah-olah tidak mahu memahami. Thea masih menangis apabila dihulur tisu oleh PD yang berada ditempat duduk belakang. Tak sangka, sukar sekali untuk menghadapi perpisahan ini. 4 bulan adalah masa yang lama walaupun mereka jarang bertemu. Terlalu banyak yang dilalui dan kenangan yang dirasai.
            Stop it, Thea” dia bersuara, memarahi diri sendiri. “Jangan nangis!”
            Selepas ini, mereka takkan bertemu lagi. Selepas ini, dia hanya akan melihat Q di kaca tv sahaja. Selepas ini, mereka akan kembali ke kehidupan masing-masing.
            Thea melihat cermin tengah. Nasib baik matanya tidak bengkak. Thea menghela nafas dan mengesat sisa airmata yang mengalir. Dia harus melepaskan Q pergi dengan senyuman. Setelah merasakan semuanya kembali okay, Thea melihat jam ditangan.
            Sudah setengah jam. Dia membetulkan rambut hadapan sebelum mengumpul semangat yang ada, pintu kereta dibuka.
            Thea kemudian turun dan membetulkan blouse yang dipakai. Dia memandang sekeliling yang gelap sebelum melihat hanya satu tempat sahaja yang mampunyai cahaya hasil daripada lilin yang membentuk hati.
            Perlahan dia mengatur langkah menghampiri lilin tersebut dengan hati yang berdebar. Apabila sampai dan berdiri didalamnya, kelibat Q masih tidak kelihatan. Thea menoleh sekeliling bersama kerutan. Mana Q? Takkan tinggalkan aku seorang diri dekat sini?
            Thea tunduk memandang lilin yang berhampiran. Hatinya tersentuh. Dia tahu Q bukan jenis romantik namun Q masih mampu membuatkan hatinya berdebar. Dia menghela nafas. Ini kali terakhir. Hatinya mengingatkan. Selepas ini, lupakan dia dan teruskan hidup kau.
            Bunyi gitar yang kedengaran membuatkan Thea terkejut. Dia menoleh dan melihat Q menghampiri sambil memetik gitar dan mengukir senyuman. Thea turut tersenyum. Bila difikirkan semula, sejak mereka bertemu, dia tak pernah mendengar Q menyanyi mahupun bermain gitar. Ini kali pertama. 

            You seem quite nice with a girl good looks
            And I’m the kinda fellow that will make you feel better when your life get shook
            So, give it a chance according to your plans
            I bet i’m not number one on the list to kiss but please understand

            Thea tergamam. Lagu yang sama namun ditukar lirik untuk bercerita mengenai dirinya pula. Q mengenyit mata  bersama senyuman tampan. Thea masih dalam keadaan kagum.
            Q semakin menghampiri namun berhenti di luar bentuk love sambil memandang kearahnya. Senyuman mempamerkan lesung pipit membuatkan hatinya berdebar. 

            I really want to
            Come out and tell you
            Oh Darling, I love you so
            If you ask for my heart,
            There’s no way that  i’ll say no
            Oh Darling, just take a chance please
            So we can stay together
            Till Hell starts to freeze

            Thea tersenyum bersama mata yang kabur. Dia benar-benar terharu. Q memandang bersama helaan nafas. Dia mampu melihat Thea yang cuba menahan diri daripada menangis.
            Tepukan diberi sebaik Q menamatkan lagu tersebut. Q menghela nafas. “Awak memang seorang penyanyi”
            Q ketawa mendengar. Thea hanya tersenyum. Dia mengesat sedikit peluh yang menitis. Panas rupanya berdiri dikelilingi lilin yang bernyala.
            “Mari” dia menghulur tangan dan Thea menyambut tanpa teragak-agak. “Kita nak ke mana?” Thea menyoal, hairan.
            “Kita duduk sini je. Awak nak kemana-mana ke?”
            Thea menggeleng. Masa yang ada, lebih baik dihabiskan dengan duduk dan berbual. Q menghampar kain yang dibawa diatas pasir sebelum mereka berdua duduk diatasnya. 

Saturday, 11 May 2013

:) Bab 11

She what?”

            Hampir tersembur teh yang dihirup sebentar tadi. Tish meletakkan cawan tersebut ditempatnya semula dan memandang Reza dengan wajah terkejut.
            “Apa kau cakap? Dia nak tamatkan semuanya?”
            Reza mengangguk. Dia menghela nafas tanpa bicara. Terlalu banyak yang berada diminda sehingga dirinya tak mampu berfikir dengan wajar ketika ini.
            “Apa alasanya?” Tish menyoal lagi. Rasa tak percaya pun ada. Biar benar gadis bernama Fathea itu? Dia tak rasa bertuah ke dapat suami seperti Q?
            “Apa yang boleh aku buat? She has a very concreate reason for that. Aku bukan sekejam yang kau sangka”
            Tish terdiam. Teringat peristiwa sewaktu di Indonesia dahulu. “Maksud kau?”
            Reza diam sekejap. Selepas ini, hanya perlu memberitahu pihak atasan pula. Reza sendiri tak pasti kalau permintaan Thea ini akan diterima ataupun tidak.
            “Dia ada penyakit lemah jantung”
            Tish tergamam. “Katanya, jantung dia boleh berhenti bila-bila masa sahaja” Reza memandang Tish yang terkelu, tidak mampu berkata apa-apa. Suasana menjadi sunyi seketika.
            Tish mengeluh, berat. Mereka langsung tak menyangka perkara akan jadi seberat ini. “Apa kau nak buat? Kau terima permintaan dia?”
            “Aku tak bermain dengan nyawa seseorang, Tish. Aku pentingkan MARS. Jika ini terbaik untuk MARS, aku akan lakukanya”
            “Apa kau nak beritahu Q?”
            “Thea minta aku rahsiakan semuanya” Tish terkejut. “Jadi, Q akan seperti orang bodoh. Ditinggalkan oleh isteri sendiri?”
            Reza hanya mampu mengeluh. Semua ini sangat memeningkan kepala. Sewaktu memulakan semua ini, dia tak pernah menyangka keadaan akan jadi seperti ini.
            “Aku akan katakan bahawa ini adalah keputusan produksi. Ini sahaja jalanya, Tish. Aku tak boleh buat apa-apa lagi selain itu”
            Kali ini Tish pula mengeluh. Kepala terasa berpusing sekarang. “Heart failure huh? Kesan daripada serangan hari tu?”
            Reza sekadar mengangguk. Thea sendiri sudah mengaku. Mungkin ini yang terbaik. Demi kebaikan semua orang, Thea mengundur diri. “Siapa sangka? Dalam beribu peserta, aku pilih dia. Dalam banyak-banyak penyakit, aku tak pernah menyangka watak heroin aku punya penyakit yang boleh membunuh dia bila-bila masa sahaja”
            Tish hanya membisu. Dia risau sebenarnya. Q kelihatan terlalu serius walaupun mereka sekadar berlakon. Melihat perlakuan Q sejak mengenali Thea, Tish tahu Q semakin tertarik dengan gadis ini. Antara MARS dan seorang gadis. Apa agaknya keputusan Q nanti?

**********************************************

            Thea melihat frame gambar yang mempamerkan kesemua ahli kumpulan MARS yang ditempah khas olehnya. Kali pertama melihat poster yang ditunjuk Q, mindanya terus mendapat idea untuk melakukan semua ini.
            “Cantik ke?” dia menyoal diri sendiri. Bagi dirinya, memang dah cantik. Tapi apa pendapat Q? Frame tersebut sengaja diletak berhampiran dengan pintu masuk kerana tempatnya yang strategik.
            Setelah berpuas hati, dia kembali ke dapur dan melihat masakan yang hampir siap sepenuhnya. Q akan lewat sedikit hari ini kerana jadual yang agak padat. Jadi, Thea ambil keputusan untuk datang ke ruamh mereka terlebih dahulu dan menyiapkan semua.
            Dia mengacau kuah spagheti yang hampir mendidih. Teringat kali pertama dirinya memasak untuk Q dan ahli kumpulan MARS yang lain. Q pernah memintanya untuk memasak sekali lagi. Setelah termenung hampir setengah jam dihadapan rak barangan makanan, dia akhirnya memilih untuk memasak spagheti kegemaran Q.
            Apabila siap, Thea menutup api dan kemudian menuang kuah tersebut kedalam mangkuk diatas meja. Dia kemudian meletakkan mangkuk tersebut dibawah tudung dan mulai mengemas. 10 minit kemudian, keadaan menjadi seperti sebelum digunakan.
            Thea mengangguk tanda berpuas hati. Dia kemudian menanggalkan apron yang dipakai sebelum berlalu ke masterbedroom. Barang sedikit bertambah apabila melihat beberapa barang milik Q yang mungkin dibawanya sewaktu mereka tiada penggambaran.
            Dia duduk diatas katil dan melihat gambar polaroid yang ditangkap oleh Q sewaktu hari pertama mereka bertemu. Senyuman terukir sedikit. Walaupun aneh namun dia mampu melihat kegembiraan diwajah sendiri.
            “Sebulan. Itu tempoh yang diberi oleh pihak produksi untuk menamatkan semuanya. Saya akan beritahu Q juga nanti”
            Helaan nafas dilepaskan. Sebulan. 4 minggu sahaja lagi untuk mereka bertemu. Sekali seminggu bermakna, hanya ada 4 kali sahaja lagi pertemuan mereka berdua. Terasa sangat cepat masa berlalu. Mereka sudah hampir 3 bulan menjadi pasangan suami isteri. Walaupun jarang bertemu namun banyak juga kenangan yang dikongsi bersama.
            Thea mengambil gitar milik Q yang disandar berhampiran katil. Tanpa sedar, dia memainkan beberapa not muzik. Mata terasa hangat mengenangkan ini kali pertama dan kali terakhir meraikan hari jadi Q. Qhalid Rayyan yang hanya miliknya seorang.

********************************************
 
            Bunyi loceng rumah mengejutkan Thea yang sedang menonton tv di ruang tamu. Dia segera mengambil remote control berhampiran sebelum menutup tv dan bangun menghampiri pintu. Setelah menghela nafas untuk beberapa ketika, Thea membuka pintu.
            Senyuman diukir walaupun wajahnya kelihatan sangat penat. “Hai. Lama awak tunggu?”
            Thea menggeleng walaupun hampir 3 jam menunggu sehingga hampir bosan. Q melangkah masuk dengan pelbagai perasaan. Melihat Thea menunggu ketika dirinya pulang bekerja, terbit satu perasaan bahagia dihati. Seolah-olah mereka sememangnya pasangan suami isteri.
            Langkah terhenti apabila dia terpandang frame yang agak besar dilekat di dinding menghela ke ruang tamu. Q berdiri memandang tanpa berkelip. Thea memandang dengan rasa gementar. Dia suka ke? Tak suka? Besar sangat ke?
            “Awak buat?” dia menyoal, sedikit ceria. Thea sekadar mengangguk. “Cantik. Kreatif juga. Sebab ini awak minta poster hari tu?”
            Pipi terasa hangat mendengar pujian Q. Lelaki itu ketawa, kecil. Tak sangka Thea punya idea sehebat ini. Menarik. Boleh letak dekat asrama juga nanti.
            “Awak suka?” dia menyoal, perlahan. Q menoleh dan mengangguk. “Menarik. Rasanya yang lain pun mesti suka. Mika lagi suka kalau muka dia dibesarkan macam ni”
            Thea tertawa akhirnya. Q memandang dengan rasa terharu bercampur kagum. Macam mana agaknya kalau mereka benar-benar berkahwin? Begini ke kehidupan seharian mereka? Q sendiri terkejut apabila dirinya boleh menyoal seperti itu.
            “Awak berehatlah dulu. Awak mesti penat kan?”
            Q sekadar mengangguk. Dia berlalu ke ruang tamu dan meletakkan barangnya diatas permaidani sebelum duduk diatas sofa. “Theaaaa” dia memanggil.
            “Hmm?”
            “Duduk sini kejap” dia menepuk tempat kosong disebelah. Thea hanya menurut walaupun agak hairan. “Awak tak kerja hari ni?”
            “Saya ambil cuti”
            Q terkejut. Ambil cuti? Demi aku? “Saya hanya wish di telifon sahaja waktu hari jadi awak minggu lepas. Saya taknak ganggu awak”
            Its okay. Asalkan awak tak lupa, saya dah cukup gembira” senyuman diberi nampak lemah. Thea menyandar badan di sofa sambil merenung tv yang gelap. Suasana sunyi diantara mereka tidak membuatkan dirinya kekok lagi. Malah, sedikit tenang.
            “Saya nak tidur sekejap. Pukul 9 kita makan. Boleh?”
            Thea hanya mengangguk. Dia tahu Q pasti sangat letih. Tiba-tiba, Q melentokkan kepala di bahu dan mengenggam kananya. Kaget sekejap Thea apabila diperlaku seperti itu. “Q” dia memanggil, kekok. Tak pernah Q seperti ini. Kenapa tiba-tiba berubah?
            I miss you. I miss you so much” dia menutur perlahan. Hanya mampu didengari olehnya. Thea terasa jantungnya berdebar hebat.
            “Kalaulah semua ini adalah realiti. I will be the happiest man in the world” dia kemudian ketawa perlahan. Q menghela nafas. Kalaulah. Thea hanya diam membiarkan. Tak sampai hati ingin menolak apabila melihat Q yang sudah tertidur.
            Thea memandang tanganya yang digenggam erat. Hati merasa sebak tiba-tiba. Jika semuanya sudah berakhir, adakah awak akan terus mengenggam tangan saya seperti ini? Jika jadual awak tak dikosongkan semata-mata bertemu saya, mampukah kita seperti ini walaupun hanya sekali dalam seminggu?
            Thea tahu semua jawapan pastinya tidak memihak kepada diri sendiri. Mengenangkan itu, hatinya bagai dihiris sedikit demi sedikit. Wajah tampan Q membuatkan hatinya berdebar. Namun sikap ambil-berat dan suka tersenyum lelaki ini yang membuatkan dirinya tertarik.
            Qhalid Rayyan. Semua kenangan ini akan saya simpan rapi didalam hati saya. Mengenali awak yang terlalu bersinar dan melihat awak tertidur berbantalkan bahu saya, walaupun cuma mimpi, ianya adalah mimpi yang paling indah. Awak mengajar saya banyak perkara dan menyedarkan saya bahawa awak bukanlah Q yang ditunjukkan di pentas. Saya gembira mengenali Qhalid Rayyan yang pastinya bukan semua orang mampu.

***************************************
 
            Ini pinggan ke dua. Thea yang melihat terasa kenyang apabila Q menjamah spagheti yang dimasak dengan penuh berselera. Mungkin kerana dia sendiri sedang kelaparan sekarang ini.
            “Awak tak makan ke tadi?” dia menyoal, risau. Sudahlah kurus je badan tu. Jarang pula makan. Macam manalah ada tenaga menari atas pentas?
            “Tengah hari tadi. Selepas itu, saya terlalu sibuk. Sempat minum air je”
            Tanpa sedar, Thea menggeleng. Satu sikap yang Thea faham. Q jika terlalu sibuk, dia akan lupa semuanya termasuk makan. Dari kurus, menjadi lebih kurus. Jauh disudut hati, dirinya risau melihat lelaki ini.
            “Awak diet ke?”
            Q hampir tersedak mendengar soalan Thea. Segera dia meneguk air oren berhampiran. “Saya perlukan stamina untuk menari. Awak rasa saya perlu berdiet ke?”
            Segera Thea menggeleng. Badan kurus macam ni, nak diet lagi? Nanti tinggal tulang agaknya. “Kalau awak lagi kurus dari saya, itu pelik namanya”
            Q hanya tersenyum. “Awak makan sikit je? Tak lapar ke?”
            “Saya baru makan tadi. Lagipun, saya buat untuk awak. Makanlah”
            Lelaki itu hanya mengangguk sebelum kembali menjamah spagheti yang masih ada didalam pinggan. Thea hanya memerhati. 4 kali. Perkara itu terngiang-ngiang di telinga.
            “Reza...ada beritahu apa-apa ke?” dia menyoal, perlahan. Q menggeleng. “Kenapa? Ada yang perlu saya tahu ke?”
            Thea pula menggeleng. Pasti Reza perlukan masa untuk memberitahu Q mengenai hal ini. Buat masa sekarang, biarlah mereka menghargai masa yang ada.
            Tiba-tiba, dia teringat akan gitar yang berada didalam bilik. Hadiah hari jadi Q. Itupun setelah dipaksa oleh Sara yang sakit jiwa melihat dirinya yang langsung tak ambil kisah.
            “Selepas makan nanti, awak ke bilik kita ye” dia memberitahu. Q menghirup air kosong dengan wajah hairan. “Kenapa?”
            Senyuman nipis diukir. “Adalah. Saya ke bilik dahulu”
            Tanpa sempat disoal, dia bangun meninggalkan Q sendirian. Terpinga-pinga lelaki itu dengan tindakan Thea yang tiba-tiba. 

*********************************

            “Thea?”
            Teragak-agak dia membuka pintu masterbedroom yang berhampiran dengan ruang tamu. Tergamam sekejap melihat bilik yang gelap namun hanya disinari dengan lilin yang membentuk hati.
            Q melihat Thea duduk diatas katil sambil memegang gitar. Senyuman diukir membuatkan dirinya terpesona. Tanpa sedar, bibir sendiri turut mengukir senyum.
            This is my gift for you. Maaf sebab tak mampu menjadi isteri terbaik untuk awak. Maaf kerana awak terpaksa berusaha untuk rapat dengan saya. Thanks for everything
            Dia diam memeluk tubuh dengan rasa terharu. Ini kali pertama seorang gadis melakukan semua ini kepadanya. Terasa seperti watak mereka tertukar sekejap. Petikan gitar yang kedengaran menarik perhatianya.
            You seem quite shy but you’re oh so cute
            And i’m kind of girl that would love to be yours if you ask me to
            Melihat tersenyum, Thea tahu dirinya turut gembira. Q nampak paling tampan apabila matanya turut tersenyum dan pipinya mempamerkan lesung pipit.
            So just take a chance
            Try to hold my hand
            I swear I’d never let yo go
            Just let me know
            If you be my man

             I really want to

            Come out and tell you
            Oh Darling, I love you so
            If you ask for my heart,
            There’s no way that  i’ll say no
            Oh Darling, just take a chance please
            So we can stay together
            Till Hell starts to freeze



Tepukan diberi dengan rasa kagum. Kali pertama seorang gadis menyanyi untuknya. Kali pertama, hari jadinya disambut seperti ini. Q masih tersenyum. Melihat kesungguhan Thea, dia rasa sangat terharu.
            Thea meletakkan gitar disebelah sebelum bangun menghampiri Q yang sedikit kaget. “Thats sound silly huh?” dia menyoal dengan rasa malu. Pipi terasa hangat melihat Q yang hanya membisu.
            “Awak penyanyi yang baik”
          Thea hanya mampu ketawa, kecil. Suasana sedikit kekok. Dia berlalu kearah pintu sebelum membuka semula suis lampu dah kipas yang ditutup. Q menghela nafas. Ini hari jadi paling indah didalam hidupnya.
            “Ini untuk awak”
            Dia menghulur kotak berwarna koko tanpa memandangnya. Q sedikit hairan. Dia mengambil dan membuka. “Cincin?”
            Perlahan gadis itu mengangguk. “Itu bukan cincin kahwin kalau awak nak tahu” Q hanya tersenyum. “Sekadar hadiah kerana saya dapat tahu awak suka kumpul cincin”
            Q mengangguk. Dalam diam, Thea cuba mengenalinya. Walaupun nampak tidak ketara namun Q sentiasa menghargai usahanya itu. Tanpa bicara, cincin itu disarung di tangan kanan jari manisnya. Muat-muat. Thea ukur ke? Ke ambil dekat internet juga?
            “Baiklah. The show is over. Sudah pukul 11”
            Dia ingin berlalu namun Q memaut lenganya dengan pantas. Thea menoleh dengan wajah bertanya. “Saya juga ada hadiah untuk awak”
            Thea mengerut dahi. Perlahan Q menarik Thea hampir sebelum memeluknya dengan lembut. Thea kaget sekejap, tidak bergerak. Dia kaku didalam pelukan Q yang tiba-tiba.
            Thank you. Ini sambutan hari jadi paling bermakna untuk saya” perlahan dia menutur. Thea merasa jantungnya berdegup hebat sehingga dirinya risau kalau dia akan diserang sekali lagi.
            Q mengukir senyuman, bahagia. Fathea Husna. Awak sangat istimewa. Saya bertuah kerana dapat mengenali awak.