Tuesday, 30 April 2013

:) Bab 9



                “Hai”
            Dia berlari sedikit melihat gadis itu berdiri tidak bergerak ditempatnya. Semakin hampir, semakin wajah yang mengukir senyuman berubah menjadi wajah yang penuh kerutan. Thea dihadapanya sekarang kelihatan sangat lain.
            “Awak” dia sedikit mengah. Thea sekadar memerhati. Walaupun masih letih dengan apa yang berlaku, dia tak mahu membatalkan penggambaran. Seminggu mereka tidak bertemu. Jauh disudut hati, dia rindu.
            “Awak...mask..kenapa?”
            Thea memegang mask yang dipakai. “Selsema” dia menjawab, perlahan. Q memandang dengan wajah risau. “Awak tak beritahu saya pun”
            “Sekarang saya beritahu”
            Q mengeluh. Sikap berdikari Thea kadangkala membuatkan Q risau. Dia tahu Thea tak mahu menyusahkan sesiapa namun kadangkala Thea harus berlajar untuk bergantung kepada orang lain.
            “Macam mana Indonesia? Seronok?” dia cuba mengubah arah perbualan mereka. Q mengangguk. Kemudian dia menghulur beg yang dibawa. “Hadiah awak. Ada teddy bear untuk Tirah juga”
            Thea kaget sekejap. Pertama kali dia mendapat hadiah daripada seorang lelaki. “Thanks” dia mengucapkan dengan rasa kekok. Tak sangka Q mengingati dirinya walaupun sibuk dengan kerjanya.
            “Jadi, hari ni kita nak buat apa?”
            Mereka memandang PD yang berada di belakang kamera. Dia segera menghulur cue card kepada mereka. Q mengambil dan membaca.
            “Tahniah. Anda berdua akan berpindah masuk ke rumah baru hari ini. Sila beli barang keperluan untuk menghias rumah anda”
            Q memandang Thea yang turut mengerut dahi. Dia ketawa, kekok. “Kita baru 20” dia bersuara sambil menggaru kepala. Thea mengangguk. Keadaan ini pasti kekok untuk mereka. Q menghulur semula card tersebut kepada PD sebelum menoleh ke arah Thea.
            “Awak okay ke?”
            Bolehkah dia menolak? Ini sebahagian daripada ‘tanggungjawab’ mereka sebagai suami isteri. Thea hanya mengangguk. “Nasib baiklah saya bawa kereta hari ini. Senang sikit kita nak bawa balik barang-barang”
            “Kereta?”
            Q mengangguk. “Mari” dia berjalan terlebih dahulu dan Thea mengekori di belakang. Q kemudian berhenti di sebuah kereta pesona hitam yang diparkir berhampiran. Dia menoleh dan kemudian mengukir senyuman.
            “Inilah kereta kita untuk sementara waktu” dia memberitahu. Thea hanya mengangguk. Kereta kita? Perkataan itu kedengaran masih asing di telinga. Q kemudian membuka pintu di tempat duduk Thea dan Thea masuk ke dalam.
            “Kita nak pergi mana? Tesco?” dia menyoal sebaik mereka berdua masuk ke dalam kereta. Thea hanya mengangguk. Q tak banyak soal. Wajah Thea kelihatan letih. Biarlah Thea berehat sekejap. 

******************************************
 
            “Thea. Thea” perlahan dia menggerakkan Thea yang terlena. Gadis itu membuka sedikit mata. Q memberi senyuman.
            “Kita dah sampai Tesco”
            Thea mengangguk. Dia membetulkan rambut yang menutupi sebahagian mata sebelum merapikanya. “Mungkin kita harus makan dulu. Awak perlukan tenaga”
            Dia menarik tangan Thea dengan lembut sebelum menutup pintu kereta dan mengunci. Tangan Thea digenggam kerana risau kalau tiba-tiba Thea pengsan dibelakangnya.
            “Saya boleh jalan sendiri” dia bersuara, perlahan. Thea kurang selesa apabila Q memegang tanganya seperti ini. “Saya taknak awak pengsan. Learn to lean on me, Fathea. I am your friend and your husband too
            Thea terdiam. Dia malas ingin berbalas kata dengan Q sekarang. Badanya benar-benar merasa lemah. Seharusnya, dia perlu berehat seminggu supaya badanya pulih semula namun Thea abaikan semua itu. Kalaulah mama tahu.
            Mereka memilih food court yang berada di tingkat paling atas. Kehadiran mereka bersama kamera yang mengekori menarik perhatian pengunjung yang ada. Ditambah pula dengan kehadiran Q. Thea mendengar dengan jelas jeritan suara perempuan yang nyata terkejut.
            Q memilih meja yang kosong sebelum menyuruh Thea duduk. “Stay here. Saya akan belikan sesuatu yang panas untuk awak”
            Thea melihat Q berlalu ke kaunter jualan yang berhampiran. Tubuhnya sudah tidak mampu menampung lagi namun digagahkan juga. Ditambah dengan demam yang dirasa. Thea hanya mahu berbaring dan tidur diatas katil sahaja sekarang ini.
            “Bagi saya bubur ayam satu” dia meminta kepada jurujual yang bertugas. Dia mengangguk dengan senyuman sebelum menyediakan pesanan yang diminta. Q merenung kearah Thea yang sudah meletakkan wajah di meja. Hati menjadi risau. Thea nampak sangat tak sihat. Sepatutnya dia berehat dirumah.
            “Abang Q ‘kan?” Q menoleh. Beberapa orang gadis sudah menghampirinya dengan senyuman. Q segera membalas dengan anggukan. Mereka menjerit sedikit membuatkan pengunjung di food court menoleh.
            “Abang nampak lagi handsome dari dalam tv” Q tersenyum. “Terima kasih” dia memandang kearah jurujual yang masih tidak kelihatan.
            “Itu isteri abang ke? Dalam rancangan tu?” mereka menyoal. “Ye”
            “Dia nampak tak sihat? Sakit ke?” mereka menyoal lagi. Q cuba untuk semesra yang boleh walaupun sedikit kekok. Dia tidak pernah ditegur seperti ini kecuali ketika bersama dengan pengawal peribadi mereka.
            “Dia demam sikit. Abang nak belikan bubur untuk dia”
            “Awwwww” mereka bersuara, sedikit kuat. Q hanya tersenyum, kekok. “Ini buburnya” dia menoleh kearah jurujual yang sudah kembali. Q menarik nafas lega.
            “Kalian umur berapa?” dia menyoal sambil memegang mangkuk bubur. “15”
            “14”
            Q mengangguk. “Jangan ponteng sekolah” mereka mengangguk. “Kamu ke sini, mak bapak tahu ke?” dia menyoal. “Tahu” mereka menjawab, pantas.
            “Okaylah. Kita jumpa lain kali ye”
            “Baik. Bye Bye” Q memberi senyuman sebelum berlalu menghampiri Thea. Dia meletakkan bubur tersebut diatas meja dan kemudian memandang Thea.
            “Thea” dia memanggil, lembut. Thea membuka mata dan bangun bersandar di kerusi. “Makan sikit” dia bersuara. Thea menggeleng. “Saya tak lalu”
            “Awak kena paksa. Atau kita batalkan saja penggambaran hari ni?”
            Mata dibuka sedikit luas. Dia tak mahu menyusahkan sesiapa. Perlahan Thea mengangguk. Dia mengambil sudu sebelum menjamah sedikit bubur yang dibeli. Kosong. Dia tak merasa apa-apa.
            Q yang memandang, semakin risau. “Awak okay tak ni? Saya risau tengok awak macam ni”
            “Saya okay” dia menjawab, perlahan. Q hanya mampu melihat bersama keluhan berat. 

*********************************************************

            “Awak tak perlu bawa semua itu. Saya boleh angkat semuanya”
            Thea menggeleng. Dia terasa lebih segar berbanding tadi. Tak salah rasanya mahu membantu Q. Lagipun, rumah ini bakal dikongsi oleh mereka berdua.
            “Saya angkat barang dapur je”
            Pintu dibuka. Thea memberi salam sebelum melangkah masuk. Dia tergamam melihat ruang dekorasi dalaman yang nampak sangat chick dan sesuai sekali dengan jiwa mereka yang masih muda. Kagum sekejap dia ditengah-tengah ruang tamu memerhati sekeliling kawasan rumah.
            Semuanya lengkap. Ruang tamu dengan sofa, tv dan set home theater. Mereka juga ada balkoni yang mempunyai pemandangan yang sangat indah. Thea berlalu ke dapur. Dia sekali lagi kagum. Semuanya lengkap. Ini sememangnya rumah idaman semua orang.
            Thea meletakkan beg plastik diatas meja sebelum berlalu. Dia melihat pintu rumah terbuka namun Q tidak kelihatan. Thea membawa masuk barang-barang terakhir sebelum menutup pintu rumah. Dia kemudian berlalu untuk melihat bilik-bilik.
            Rumah mereka ada 3 bilik. 1 master bedroom dan 2 bilik tetamu. 2 bilik air dengan satu berada di bilik utama. Thea menjenguk melihat Q berada di bilik utama. “Awak buat apa?” dia menyoal, hairan. Q menoleh selepas meletakkan gitar yang diangkut dari asrama.
            “Lepas ni kita boleh susun barang-barang kita disini”
            Thea mengangguk. Rasa kekok masih ada tapi tidak seperti dahulu. Dia semakin selesa dengan Q jadi semua ini tidak menjadi masalah. Lagipun, mereka bukan akan tinggal secara betul disini. Ini semua hanyalah signifikan sahaja.
            “Awak bawa apa dari rumah?” Q menyoal apabila melihat Thea meletakkan kotak berisi barang miliknya. “Gambar” dia membuka kotak tersebut dan mengeluarkan bingkai gambar yang diletakkan di meja solek di dalam biliknya.
            Q duduk disebelah Thea sambil memandang bingkai gambar yang dibawa. Dia tersenyum melihat gambar Thea yang menarik tocang Tirah dan adiknya itu menarik muka masam. Thea nampak nakal didalam gambar ini.
            Dia beralih ke bingkai ke dua. Gambar Thea bersama seorang wanita. Pasti ini gambar mama Thea. Dia meneka. Gambar ketiga adalah gambar mereka bertiga. Q baru tersedar. Tiada langsung gambar papa Thea. Malah sepanjang mereka berjumpa, dia tak pernah mendengar Thea menyebut mengenai papanya.
            Perhatianya teralih apabila mendengar bunyi berhampiran. Q menoleh. Dia melihat Thea mengeluarkan beberapa novel Bahasa Inggeris. “Awak minat novel?” dia menyoal. Thea mengangguk. “Saya suka baca karya Judith McNaught. Tapi karya novelis lain pun saya baca”
            Q mengangguk. Satu lagi perkara yang dia tahu mengenai Thea. Dia bangun membetulkan kameja yang dipakai sebelum mengeluarkan barang-barangnya pula. Gambar poster MARS untuk album mereka dahulu dibuka.
            “Tengok ni” Thea memandang. Dia kemudian tersenyum. “MARS?” dia mengusik. Q tersenyum. “Now you know us huh?”
            Thea sekadar menguntum senyum. Q bangun sambil memerhati sekeliling. Dekat mana tempat yang sesuai nak tampal benda ni? “Awak nak buat apa?”
            “Tampal”
            Wajah Thea berubah. “No” dia bersuara, sedikit kuat. Q menoleh bersama kerutan. Thea bangun menghampiri. “Bagi saya” dia meminta. Q semakin hairan. “Kenapa?”
            “Adalah. Bagi saya”
            Q menggeleng. Bukan semudah itu. “Awak taknak gambar MARS dalam rumah?” dia menyoal, terkejut bercampur rasa tidak percaya. “Bukan itulah”
            Thea sedikit resah. Dia sudah ada idea mengenai gambar ini. Tapi biarlah itu jadi rahsia dan hadiah untuk hari jadi Q yang bakal tiba 2 minggu lagi. Akhirnya Q mengalah. Thea tersenyum sebelum kembali ke kotaknya semula.
            Q kembali mengeluarkan barang-barang lain yang dibawa. Kemudian dia ternampak kamera polaroid yang dicampak oleh Dhani ketika mengemas tadi. Idea tiba-tiba datang. “Thea”
            Gadis itu memandang. Sepantas kilat dia menangkap gambar dalam keadaan Thea yang terkejut. Beberapa saat kemudian, gambar tersebut keluar. Thea tergamam. Q melihat gambar Thea yang nampak comel kerana terkejut. Thea bangun menghampiri.
            “Saya tak sedialah. Bagi sini”
            Q mengelak pantas. Dia menggeleng. “No. This is my memory. Our first day in our house. Awak dah ambil poster MARS tadi”
            Thea mendengus. Q memberi senyuman, nakal. Mulai sekarang, dia mahu merakam setiap perkara dan reaksi Thea sepanjang berada didalam rumah ini. Q mengambil selotape dan melekatkan gambar Thea di dinding berhampiran katil. Senyuman puas terukir bersama anggukan.
            Q kemudian bangun menghampiri Thea. Dia duduk disebelah gadis itu yang terlalu fokus mengeluarkan barang-barang. “Thea” dia memanggil.
            “Mari tangkap gambar bersama. Kita tak pernah ada gambar bersama”
            No. Saya tak cantik” dia menolak, pantas. “Come on. Bukan senang awak nak bergambar dengan Q tahu?”
            Thea mencebik. Lelaki ni kadangkala overly confident sehingga menakutkan. Thea melihat Q sudah bersiap sedia untuk menangkap gambar mereka. Tangan kiri dihala keatas sambil tersenyum.
            “1, 2,...”
            Tangan Q tiba-tiba memaut bahunya. Thea yang terkejut, menoleh. Kemudian, gambar mereka dirakam. “Awak” dia bersuara, tak berpuas hati. Q hanya ketawa. Dia melihat hasil yang keluar. Aneh. Mereka nampak seperti pasangan yang betul.
            See. You look beautiful” dia menayangkan gambar tersebut. Iyalah tu. Gambar yang menunjukkan Q tersenyum dan dia memandang wajah Q seolah-olah orang yang mabuk cinta. Arghhh. Kenapa lelaki ni suka ambil gambar pelik-pelik?
            “Satu lagi koleksi” dia bangun untuk melekatkan gambar tersebut di dinding. Thea tak mampu membantah. Lagipun, hanya untuk koleksi mereka sahaja. Selesai, Q menoleh.
            “Theaaaa”
            “Ya Allah, Qhalid Rayyan. Berhenti panggil nama saya boleh?” Thea menyoal, geram. Q ketawa. Entah kenapa, nama Thea sangat suka dipanggil. Seperti nama Thea sememangnya digunakan untuk dia memanggil.
            “Saya lapar. Dari pagi tadi tak makan” dia mengadu sambil memegang perut yang nipis. Thea menghela nafas. “Baiklah, tuan putera” dia bangun meninggalkan kerja mengemasnya.
            “Awak nak masak apa?” Q menyoal dari dalam bilik. Thea menjuling mata. “Kari ayam” dia menjerit sedikit. Q terdiam. Kari ayam? Dia kemudian tersenyum. Walaupun Thea nampak macam tak ambil tahu tapi Thea tetap cuba mengenalinya. Kalau tak, takkan Thea tahu kari ayam tu makanan kegemaranya? 

********************************************************

            Selesai makan, Q terlebih dahulu menuju ke ruang tamu. Beria-ia Thea menolaknya yang ingin membantu membasuh pinggan. Katanya, dia harus berehat. Silly Thea. Awak yang harus berehat sebenarnya. Akhirnya Q mengalah.
            Dia kemudian duduk disofa dan membuka tv. Memandangkan mereka didalam rumah, tiada jurukamera yang ada kerana kamera sudah dilekatkan di dinding dan beberapa tempat strategik didalam rumah mereka. Keadaan ini sedikit menyenangkan dan tidak menganggu.
            Selesai membasuh dan mengelap semuanya, Thea membuka apron yang dipakai dan disangkut di tempatnya semula. Setelah berpuas hati dengan tahap kebersihan dapur, barulah Thea ke ruang tamu dan melihat Q sedang bersandar sambil menonton tv.
            Thea kemudian berlalu semula ke bilik mengambil novel yang dibawa bersama cermin mata sebelum kembali ke ruang tamu. Dia sudah disebelah Q sebelum membuka mukasurat pertama.
            “Hari ni kerja pukul 8 lagi?”
            Dia mengangguk. Paradise karya Judith McNaught sememangnya dicari sejak dulu lagi. Mujurlah Nas terjumpa dan membeli untuknya. “Tak cuti? Awak tak sihat ‘kan?”
            “Saya dah cuti waktu Tirah sakit dulu”
            Q terdiam. Kehidupan Thea takkan mungkin dapat difahami. Dimana papa Thea? Kenapa Thea yang bekerja setiap malam menampung kehidupan? Mama Thea kerja apa? Terlalu banyak persoalan yang tak mampu disoal.
            “Awak ni sibuk mengalahkan saya” dia membebel, perlahan. Thea menoleh. Kemudian tersenyum. “FYI, jadual awak dikosongkan untuk bertemu saya. Kalau tak, kita takkan dapat berjumpa”
            Q ketawa. “FYI, awak harus buat perkara yang sama. Tak gitu?”
            Thea tergelak. Q tersenyum. Thea nampak comel dengan cermin mata tanpa kaca yang dipakai. Macam budak-budak. “Awak tak pernah rasa letih ke?” dia menyoal, tiba-tiba. Q diam sekejap. Dia mengenang segala jerih-perih yang dilalui sewaktu menjadi trainee. Kemudian mereka debut dan jadual yang diatur hanya membenarkan mereka tidur 2 jam sehari.
            “Mestilah. Tapi kami melakukan perkara yang kami inginkan. Tak semua orang boleh buat jadi kami rasa kami sangat bertuah”
            Thea mengangguk. Dia menutup novel dan meletakkan ia di atas meja kopi. Thea kemudian menoleh kearah Q dan bersila memandangnya. Kaget sekejap Q dengan tindakan Thea. “Ke...napa?”
            Tell me about MARS. Kenapa ramai orang minat kumpulan awak?”
            Q tersenyum. Jadi, Thea dah mula tertarik? Selama ini pandang sebelah mata pun tak. “MARS berdiri kerana satu sebab. Menggembirakan hati peminat yang menyokong kami. Kebanyakan lagu MARS memerlukan kami menari tapi ada beberapa lagu balada yang turut digemari. Awak tentu kenal ahli MARS kan?”
            “Dhani, Mika dan Acap?”
            Q mengangguk. Dia menggosok kepala Thea dengan rasa bangga. “Bagus budak ni” Thea tarik muka. Q ketawa.
            “Mungkin MARS digemari kerana charm ahli masing-masing. Dhani sebagai ahli bongsu, bertindak menjadi maskot comel kami. Mika, sebagai visual walaupun sikap sebenarnya sangat berbeza”
            Thea ketawa kecil. “Acap pula.....” Q diam. Macam mana nak terang pasal budak ni? “Dia hanya suka main game. Tapi diatas pentas, dia ada karisma yang mengkagumkan”
            Perlahan dia mengangguk. Mereka berbeza watak namun mampu bergabung dibawah satu nama demi mengejar impian masing-masing. “Q?”
            Q terdiam. “Saya?” Thea mengangguk. “Biar saya terangkan”
            “Qhalid Rayyan ataupun Q. Lebih dikenali sebagai leader. Ibarat abang yang menjadi tunjang ahli yang lain. Juga seorang composer disebalik lagu-lagu MARS yang hits”
            Thea tersenyum melihat Q yang tergamam. “Seorang lelaki yang sangat mengambil berat. Suka tersenyum walaupun di atas pentas, dia mempamerkan wajah yang dingin. Seorang lelaki yang jauh berbeza daripada apa yang ditunjukkan diatas pentas”
            Dia memandang Q yang tak terkata apa-apa. Thea pantas mengambil kamera polaroid berhampiran dan merakam gambar Q. Kemudian, barulah lelaki itu tersedar. Thea memandang hasil yang berjaya dirakam.
            Yes. Not bad” dia berbicara, sendiri. Q ingin mengambil namun segera dilarikan. “No No. Ini memori saya. Hari pertama di rumah kita”
            Q memandang. Rumah kita? Hati terasa berbunga mendengar pengakuan daripada Thea sendiri. Jadi, Thea dah mulai menerima hakikat? Dia senyum sedikit. Melihat Thea sekarang, Q akui terlalu banyak perubahan yang terjadi. Namun dia selesa dengan Thea yang sekarang berbanding Thea yang dahulu. 

**************************************

            “Berikan tepukan yang gemuruh untuk MARS”
            Jeritan peminat dibawah menggamatkan suasana. Mereka berempat tersenyum sambil melambaikan tangan. Q sempat mengambil tisu yang dihulurkan oleh Tish dan dibahagikan kepada ahli yang lain.
            “Baiklah” Q bersuara. Hari ini adalah fanmeeting bersama peminat MARS. Konsepnya sedikit berlainan kerana kali ini mereka mengadakan fanmeeting yang seperti sebuah konsert.
            Semua ini adalah untuk membalas jasa peminat yang tidak mampu menghadiri konsert namun sentiasa menyokong MARS.
            “Terima kasih kerana hadir di fanmeeting kali ini. Mika ada sesuatu nak beritahu peminat?”
            Mika tersenyum. “I” dia menunjuk kearah diri. “Love” bentuk hati dibuat. Suasana semakin gamat. “You all”
            Mereka ketawa bersama peminat. Q menggeleng. Mika sentiasa bijak mengambil hati peminat mereka. “Mika sentiasa sayangkan peminat”
            “Sampai masuk mimpi” Dhani menambah.
            “Masuk bilik mandi pun buat konsert konon untuk peminat” Acap bersuara, selamba. Suasana gamat sekali lagi. Q turut ketawa sambil menggeleng.
            “Peminat dan Mika macam pasangan kekasih. Betul tak?”
            Mic dihala kearah peminat dibawah pentas. “Betul” jeritan bergema. Mika mengangguk dengan rasa puas. “Terima kasih” dia menunduk sedikit tanda berterima kasih.
            “Baiklah. Untuk game seterusnya. Akan lebih rileks sedikit. Kami akan menjawab segala persoalan daripada peminat didalam balang ini. Siapa yang bertuah dipilih, akan diberi peluang untuk naik dan bersalam dengan kami semua”
            Mereka ketawa melihat keterujaan peminat dibawah. Seorang krew membawa balang berisi kertas persoalan daripada peminat yang hadir.
            “Baiklah. Kita lihat siapa yang kena” Q mengacau sedikit kertas didalam balang sebelum mengambil kertas yang bertuah.
            “Farah Adeeba. Boleh saya tahu yang mana satu?”
            Mereka mencari disebalik kelibat peminat. Kemudian, satu tangan diangkat. Lampu spotlight segera dibawa kepadanya. Dia tersenyum dan sedikit menjerit.
            “Baiklah. Soalan awak. Untuk......Mika”
            Suasana menjadi riuh melihat dia termalu-malu. Mika segera turun dan menarik tangan Farah Adeeba untuk naik ke atas pentas. Perlakuan Mika membuatkan peminat menjerit, teruja.
            “Apakah soalan awak untuk saya, cik Farah?” mereka ketawa. Q menggeleng. Nakal. “Apa ciri-ciri wanita yang bakal jadi pemilik hati abang?”
            “Ooooo” mereka bertiga menyakat. Peminat ketawa. Mika mengambil mic dengan senyuman. “Orang yang menerima saya sebagai Mikail Haikal dan bukanya Mika dari MARS. Seorang gadis yang punya senyuman yang comel dan semestinya peminat setia MARS”
            “Auwwww” Mika ketawa dengan rasa malu. “Baiklah. Cik Fara boleh bersalam dengan Encik Mikail”
            Peminat ketawa lagi. “Kita cari yang seterusnya pula” Q mengacau lagi. Semua yang berada dibawah mempamerkan wajah penuh berharap agar soalan mereka terpilih.
            “Persoalan daripada Cik Sara Imani. Untuk.....Q?”
            Mereka ketawa. Q turut tergelak. “Dimana Cik Sara?” dia mencari di kalayak peminat. Q tergamam. Sara. Wajah kaku sekejap namun Q tidak mahu menunjukkan yang dia terlalu terkejut.
            “Silakan naik. Q, jemput peminat kau” Mika bersuara. Q segera turun ke pentas dan membawa Sara naik.
            “Ya. Soalan untuk leader kita yang paling handsome” Acap, Dhani dan Mika bangun. Suasana riuh semula. “Apa soalan Cik Sara untuk Encik Qhalid Rayyan?”
            Q tersenyum bersama gelenggan. Sara turut tergelak. “Apa yang buat awak tertarik dengan isteri awak?”
            “Wooooooo” mereka bertiga pula menyampuk. Peminat sedikit kecoh. Q menelan air liur yang terasa tersekat. Dia tak sangka Sara menyoal soalan ini.
            “Sedihnya. Tiada siapa nak tanya kita pasal isteri” Acap berjalan ke hujung pentas dan duduk dengan wajah sedih. Peminat menjerit lebih kuat. Q serba-salah. “Untunglah ada isteri” Dhani pula menambah, selamba.
            Q ketawa, kekok. “Jawablah Q” Mika memberi sengihan. Q mengambil mic dengan rasa gementar. “Saya banyak berlajar daripada dia. Disebalik sikap yang kurang mesra dan jarang bercakap, dia ada sisi homour yang mengkagumkan. Kesimpulanya....saya selesa dengan dia”
            “Ahhhhhh” gamat dengan suara peminat. Q bersalam dengan Sara yang hanya tersenyum. “Gembira bertemu awak, abang ipar” dia bersuara, perlahan. Q tersenyum. Abang ipar? Not bad. Dia senang dengan status itu.
            “Baiklah. Jangan patah hati. Q mungkin sudah berpunya. Tapi kami bertiga masih kosong”
            Mika cepat menyelamatkan keadaan. Q menghampiri Dhani yang hanya tersenyum. “Kau okay?” dia menyoal, tanpa menoleh. Q hanya mengangguk. 

p/s : sorry for the late entries. I just finish struggling with my final. FINALLY. It's done.
p/s/s : jangan risau. selepas ini, entry akan lebih kerap. :)

xoxo

Saturday, 20 April 2013

:) Bab 8

post signature “Semuanya 2 ringgit”

        Thea membayar sebelum mengambil plastik berisi nugget dan hotdog yang dibeli. Dia berjalan ke gerai seterusnya. Rasa macam nak beli semua. Sabar Thea. Sabar.
            “Oi!” bahu ditepuk. Dia menoleh. “Tak habis lagi ke? Kau baru makan nasi tomato tadi”
            “Kejaplah. Ini side dish” Nas tergelak. Side dish kau. Ini namanya melantak. “Tu. Dekat tangan tu pun tak sempat nak makan. Nak beli lagi?”
         “Berapa ni kak?” dia menyoal kek moist chocolate yang menggamit seleranya. “3.50” Nas menggeleng. “Kau tak risau Q lari kalau kau gemuk”
            Thea menggeleng. Nas hanya mampu ketawa. “Saya nak satu” dengan gembira wanita itu menurut perminataan Thea. Segera dia membayar harga kek tersebut dengan senyuman. Nas memaut lengan Thea.   
            “Sudah. Jom kita tengok Sara. Jangan fikir perut sendiri je”
            “Aku tak habis pusing lagi” dia menjawab dengan mulut muncung. Nas menggeleng. Haish. Comel sungguh budak ni. “Tak. Kita jumpa Sara dulu. Cukuplah tu. Nanti beli lain”
            Tangan Thea ditarik walaupun Thea kelihatan terpaksa. Mereka kembali ke gelanggang bola jaring. Suasana kecoh ditengah gelanggang menarik perhatian. “Kenapa tu?” Nas menyoal sambil menjengket sedikit kakinya.
            “Ada orang jatuh kot” Thea memberi pendapat. Nas masih cuba melihat apa yang berlaku sebelum dia melihat beberapa paramedik hadir dan membawa Tina keluar sambil terhencut-hencut.
            Sara menghampiri untuk meneguk botol mineral yang dipegang. “Kenapa dengan Tina?” Nas menyoal. Nampak macam teruk je.
            “Terkehel waktu berebut bola tadi”
            Mereka mengangguk. Tak berbaloi sungguh. Main untuk Hari Jabatan je. Tak perlu la gaya macam masuk Olimpik. “Sara” Nina memanggil. Sara kembali ke tengah gelanggang. Mereka kelihatan berbual dengan serius.
            “Marilah kita duduk, Thea” mereka kembali berjalan kearah pokok yang berhampiran. Mereka kemudian duduk bersila sambil Thea menjamah nugget yang dibeli. “Nak?”
            Nas menggeleng. “Makanlah. Nanti kau nak lagi” Thea memberi sengihan. Dengan senang hati dia menjamah nugget yang dibeli. Mereka kemudian melihat Sara menghampiri dengan wajah bermasalah.
            “Kenapa?”
            “Kami kurang satu player” dia menjawab, sedikit mengah. “Takkan takda subtitute kot?” Nas sedikit terkejut. Sara menggeleng. Mereka bermain sukarela. Mana tahu nak jadi macam ni? Sara mengesat peluh didahi. Dia kemudian memandang Thea.
            Nas segera sedar. “Tak!” dia menjawab tegas. Thea mengangkat muka. “Kenapa?”
            Sara menghela nafas. Dia tahu ini berbahaya. Tapi sudah lama Thea sembuh. Doktor sendiri cakap. Lagipun, Thea hanya perlu jadi Gol Shooter (GS) je. “Kau main untuk daerah dulu ‘kan?”
            “Sara Imani!” suara Nas naik satu nada. Thea kehairanan. “Please. 10 minit je. Kami nak menang ni”
            Nas memegang lengan Thea, kuat. “Kau nak pertaruhkan nyawa kawan kau demi 10 minit?” Nas menyoal, serius. Dia bukan main-main. Mereka tahu kisah kesihatan Thea. Sara mengeluh. Dia tahu dirinya pentingkan diri.
            “Baiklah. Kami mengaku kalah je”
            Thea memandang Sara yang kembali berjalan kearah gelanggang. Dia memandang Nas disebelah. “Aku bukan macam dulu, Nas” dia bersuara, perlahan. Nas menoleh. “Ye. Tapi kau lupa apa yang berlaku 3 tahun lepas? Kau hampir mati tahu?”
            Thea terdiam. Mana mungkin dirinya lupa. Dia yang bertarung dengan maut ketika itu. Suasana menjadi sepi. Perlawanan tamat dengan pihak lawan menjadi pemenang. Wajah ahli kumpulan Sara nampak muram. Thea rasa bersalah.
            “Sara” dia memanggil apabila melihat Sara menghampiri. “Aku nak beli air” dia menjawab, lemah sebelum berlalu. Thea terdiam. Dia menoleh kearah Nas yang turut membisu. Akhirnya Thea mengeluh.

*****************************************
 
            Thea merenung gambar mereka bertiga. Nas tersenyum girang disebelah sambil memaut bahunya. Sara memberikan peace sambil ketawa. Hanya dia yang tidak punya reaksi kerana separuh dari wajah ditutupi mask.
            Keluhan dilepaskan. Sara melancarkan perang dingin di restaurant juga. Dia nampak sangat kecewa. Mungkin Sara inginkan pasukanya menang. Thea mengusap gambar Sara.
            Aku minta maaf.
            Sejak dahulu, terlalu banyak orang yang terluka kerananya. Mama, Sara, Nas. Itu hanya beberapa sahaja. Mama. Sudah terlalu banyak menangis dan merayu untuknya sembuh. Sara dan Nas pula beberapa kali hampir heart attack setiap kali melihatnya pengsan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.
            Thea memegang dada. Jantungnya masih berdegup kerana belas ihsan Yang Maha Kuasa. Kalau tidak, pastinya dia sudah lama pergi. Mata terasa hangat. Sampai bila kau nak melukai orang disekeliling kau, Fathea Husna? Tak cukup lagi ke?
            Kepala disandar di dinding loker. Sekarang sudah 5 tahun. Perkara itu masih menghantui dirinya. Walaupun semua orang berusaha untuk tidak mengungkit namun kadangkala perkara itu bangkit juga.
            Pintu bilik rehat dibuka tiba-tiba. Mereka tergamam apabila bertembung mata. “Sara” langkahnya yang ingin keluar semula, terhenti. Thea berdiri memandang.
            “Kau marah?”
            Sara diam. “Aku rosakkan semuanya ‘kan? Macam selalu?” rasa sebak menghantui jiwa sekarang ini. Thea menahan diri dari menangis.
            “Aku selalu rosakkan semuanya dan kau yang dipersalahkan. Macam selalu”
            Sara menoleh. Mata bergenang. Thea mengesat airmata yang mengalir. “Kau. Mama. Tirah. Berapa banyak lagi luka yang harus aku bagi untuk kalian? Aku sendiri tak tahu”
            Pantas dia menghampiri sebelum memeluk Thea dengan erat. Airmata menitis. “Tak. Bukan salah kau. Semua yang berlaku bukan salah kau. Aku minta maaf. Tak sepatutnya aku terasa. Betul cakap Nas. Kalau aku jadi Nas pun, aku akan buat perkara yang sama. Aku minta maaf”
            Thea teresak lebih kuat. Sara mengusap belakang Thea untuk menenangkan sepupunya itu. Thea memang jarang menangis. Namun hanya satu perkara yang Thea lemah. Kesihatanya. Thea banyak terluka kerana tahap kesihatanya. Kerana kesihatanya juga, Thea berubah seperti sekarang.
            “Aku...aku...minta...maaf. Aku...rosakkan...semuanya. Macam...macam...selalu. Aku....” Thea tidak mampu menghabiskan kata-kata.
            “Shh. Tak apa. Jangan menangis. Kau tak boleh tertekan. Bertenang” Sara cuba mengawal esakan Thea walaupun dia turut menangis. Pelukan diregang apabila mendengar Thea batuk dan kelihatan sukar bernafas.
            Sara kaget. “Cukup Thea. Jangan menangis. Please. Berhenti menangis” Sara pula yang menangis melihat Thea yang sesak nafas.
            “Aku...uhuk...aku...”
            “Aku faham. Berhenti bercakap. Jantung kau perlu dijaga” Thea mengangguk namun nafas terasa sedikit sukar berbanding selalu. Walaupun sudah beberapa kali dialami namun kali ini Thea tak mampu mengawalnya.
            “Uhuk...uhuk....”
            Thea memegang dada. Dia cuba menarik nafas yang terasa disekat. Sara menggeleng. Petanda tak baik. “Fathea Husna! Kenapa dengan kau? Jangan buat aku takut. Kau dah pulih kan?”
            Dia mengangguk namun wajahnya sudah bertukar warna. Sara semakin gelabah. “Aku...aku keluar sekejap. Sekejap je. Kau bertahan ye. Bertahan!”
            Sara berlari meninggalkan dirinya untuk meminta bantuan. Thea menepuk dada, cuba untuk bernafas dengan betul. Namun dadanya terasak sesak. Dia seperti orang yang nazak ketika ini. Thea menyandar tubuh di almari.
            “Sa...ra” dia memanggil, perlahan. Segala kekuatan sudah hilang sekarang ini sebelum semuanya menjadi gelap.

*****************************************************
 
            “Rez”
            Dia menoleh melihat wajah Tish yang keruh. Reza kehairanan. “Kenapa dengan kau?” dia menyoal, risau. Tish menghulur telifon.
            “Kawan Thea”
            Reza mengambil telifon yang diberi. Dia mendengar suara Sara yang menangis teresak-esak memberitahu sebelum tangan terasa lemah tiba-tiba. Dia memandang Tish. Sekarang dia faham kenapa Tish seperti ingin menangis.
            Telifon digenggaman selepas panggilan dimatikan. “Apa kita nak buat?”
            Dia memandang Q yang sedang ketawa apabila diusik ahli yang lain. Hatinya bagai dicengkam. “Jangan beritahu Q”
            Tish terkejut. “Apa kau cakap?”
            “Q masih ada jadual selepas ini. Jangan beritahu dia lagi” Tish tergamam. “Kau gila? He is her husband. Kau nak suruh rahsiakan?”
            Reza menoleh. “They are just fake, Tish. Berlakon. Kepentingan Q adalah MARS. Not her. Dia ada keluarga disisi. Kehadiran Q takkan merubah apa-apa”
            She is fighting with her life now, you dammit. Kau rasa Q akan okay kalau dia tahu yang kita rahsiakan semua ini?”
            Reza mendengus. “Ini peluang mereka untuk menyinar. MARS boleh pergi jauh jika mereka teruskan jadual yang diatur. Kau ingat berapa banyak artis Malaysia yang boleh tembusi pasaran Indon? MARS bertuah tahu tak?”
            Tish tak mampu berkata apa-apa. Tak pernah dia lihat Reza pentingkan diri seperti ini. “Q dah sayangkan dia, Reza. He will only getting hurt again. Tak cukup lagi ke dengan apa yang dia lalui?”
            Reza terdiam. Dia tahu dirinya sangat mementingkan diri. Namun semua ini demi kebaikan Q. “Let stop it, okay? Aku cuma nak kau janji untuk rahsiakan semua ini dahulu”
            Tish mendengus. Dia benci apabila Reza berkelakukan seperti ini. “Shit” dia berlalu meninggalkan Reza. Tawa ahli kumpulan MARS mengembalikan perhatian Reza kepada mereka. Ini yang terbaik.

************************************
 
            Puan Nora bergegas ke hospital sebaik mendapat panggilan dari Sara. Hampir terlepas telifon yang dipegang apabila Sara membawakan berita yang membuatkan mindanya blank sekejap. Bersama tangisan yang bersisa, dia masuk ke lobi hospital.
            “Dimana bilik kecemasan?” dia menyoal kepada jururawat yang bertugas.
            “Puan terus dan kemudian belok kanan”
            Tanpa mengucapkan terima kasih, Puan Nora berlari sedikit ke tempat yang diberitahu. Didalam hati, tidak henti-henti berdoa untuk keselamatan Thea. 5 tahun. Sudah 5 tahun Thea hidup tanpa apa-apa komplikasi. Kenapa hari ini semuanya berlaku?
            “Maksu”
            Sara bangun melihat Puan Nora menghampiri. “Thea. Mana Thea?”
            “Masih didalam. Dah setengah jam”
            Puan Nora terduduk diatas kerusi. Airmata mengalir. Thea. Jangan tinggalkan mama sayang. Mama tak punya siapa-siapa lagi.
            “Macam mana boleh jadi macam ni? Thea buat aktiviti sukan ke?”
            Sara menggeleng. Kalau dia berkeras juga petang tadi, pasti keadaan lebih teruk. Kalau dia tidak terlalu mengikut perasaan, pasti Thea tidak seperti ini.
            “Thea tiba-tiba sesak nafas. Sara pun taktahu maksu. Selama ini dia okay je”
            Airmata masih mengalir. Puan Nora memejamkan matanya sedikit. Ya Allah. Selamatkan anak aku. Aku memohon pada-MU, Ya Rabbi.
            “Nora” mereka menoleh. “Mama” dia segera mendapatkan mama yang datang bersaama papa dengan wajah risau.
            “Macam mana Thea?” Puan Nabila menyoal. Terkejut dia apabila mendapat panggilan dari Sara tadi. Selama ini, mereka diberitahu bahawa sakit Thea sudah pulih. Apa yang terjadi sekarang?
            “Dia masih dalam tu”
            Mereka memandang bilik kecemasan yang masih bernyala. Puan Nabila menghampiri adik bongsunya yang kelihatan termenung. “Sabar Nora. Akak yakin Thea tak apa-apa”
            Puan Nora hanya mampu mengangguk. Dia sangat takut sekarang ini. Kalau terjadi apa-apa pada Thea, dirinya akan mati. Puan Nabila menggosok lengan adiknya itu untuk memberi semangat.

***********************************************
 
            “Mama” dia mendengar tangisan mama yang kedengaran sangat hampir. Thea cuba mencari namun tidak berjumpa.
            “Jangan nangis”
            Airmata turun mengalir. Mama masih menangis. “Thea minta maaf. Jangan menangis lagi” dia merayu kuat. Thea taknak lihat mama menangis.
            Dia melutut tiba-tiba. Sampai bila semua harus begini? Sampai bila semua orang harus risaukan kesihatanya?
            “Thea. Thea sayang” dia terkejut. Mama? Mama panggil? Thea menggerakkan sedikit mata. Wajah Puan Nora berubah. “Thea! Ini mama sayang. Buka mata kamu” dia memanggil lagi. Yang lain juga sudah berkumpul mengelilingi katil Thea.
            Thea membuka mata perlahan. Dia memandang mama yang berdiri disebelah. “Ma...ma” dia memanggil, lemah. Airmata Puan Nora kembali mengalir. “Syukurlah” dia memeluk Thea dengan erat. Esakan kedengaran daripada yang lain.
            “Syukurlah kamu tak apa-apa, Thea” dia melihat maklong yang turut berada berhampiran. Thea memberi senyuman, nipis. “Thea tak apa-apa. Beberapa hari ini, Thea keletihan je”
            Puan Nora merenggangkan pelukan dan mengesat airmatanya. “Kamu jangan buat mama risau lagi ye?” Thea hanya mengangguk. Dia rasa bersalah kerana membuat semua orang risau seperti ini.
            “Assalamualaikum” mereka menoleh serentak melihat Doktor Yanti masuk bersama 2 orang jururawat. “Ramainya” dia memberi senyuman. “Saya datang untuk check Thea. Boleh semua orang berganjak sedikit dari katil?”
            Mereka segera menurut. Doktor Yanti menghampiri katil bersama jururawatnya. “Kamu dah sedar?” Thea hanya mengangguk. “Nasib baiklah kamu tak apa-apa. Kami risau jantung kamu berikan masalah tapi sebenarnya kamu hanya keletihan”
            Senyuman diukir. Gadis comel ini disayangi ramai orang. Thea sangat bertuah. Suasana sunyi melihat Doktor Yanti melakukan tugasnya. Thea memandang mama yang tidak lepas pandang dari melihatnya. Dia menghela nafas. Mama nampak sangat risau. Pasti selepas ini mama menyuruhnya berhenti kerja.
            “Alhamdulillah. Semuanya okay. Ujian x-ray kamu pun okay. Tapi kamu perlu rehat untuk beberapa hari dahulu sebelum pulang”
            “Terima kasih doktor” mama bersuara, lega. Doktor Yanti sekadar mengangguk. Dia kemudian berlalu dan katilnya kembali dikelilingi.
            “Mama baliklah” dia bersuara, perlahan. Mama menggeleng. “Mama jaga kamu” dia menjawab, tegas. “Tirah?”
            “Mama minta jiran sebelah jaga”
            Thea diam seketika. “Tirah tak selesa bersama orang yang dia tak kenal. Mama baliklah dulu. Mandi dan makan. Nanti bawa Tirah jumpa Thea”
            “Betul tu, Nora. Seharian kamu disini. Kamu balik dulu. Biar akak dengan Sara jaga Thea. Tirah juga perlukan kamu”
            Mama kelihatan tak punya pilihan. Akhirnya dia mengangguk. “Baiklah. Petang nanti mama datang jenguk kamu” Thea mengangguk. Mama berlalu mencapai beg tangan diatas kerusi dan kembali menghampirinya.
            “Jaga diri ye. Sekejap lagi mama datang”
            Thea memberi senyuman nipis bersama anggukan. Mama mencium dahinya dengan lembut sebelum berlalu. Thea menoleh melihat Sara disebelah. Wajah Sara sudah menggambarkan semuanya. “Bukan salah kau”
            Mata Sara bergenang. “Kau tahu betapa risaunya aku lihat kau pengsan? Aku suruh kau bertahan ‘kan? Kau tahu aku rasa bersalah sangat? Macam mana kalau apa-apa berlaku? Apa aku nak jawab dengan maksu? Hah?”
            Thea diam. Sara sudah menangis teresak-esak. Hatinya turut sebak. Sara pasti ketakutan waktu itu. Sara mengesat airmata. “Nasib baiklah kau tak apa-apa”
            “Jangan risau” dia menjawab, perlahan. “Aku nak rehat sekejap” dia menarik selimut sehingga ke paras dada. Sara terdiam.
            “Bagi Thea rehat. Dia tentu penat” Puan Nabila memujuk. Dia kenal Thea. Melihat keadaan Thea sekarang, Thea pasti rasa bersalah kerana merisaukan semua orang. Sara hanya mampu memandang.

**************************************************
 
            Malaysia. Senyuman terukir sebaik kaki menjejak tanah Malaysia. Seminggu di perantauan. Mereka sudah merindui Malaysia. Walaupun sekadar ke negara jiran namun masih terdapat perbezaan.
            Apabila keluar dari Balai Ketibaan, sorakan dari peminat kedengaran. Beberapa wartawan turut hadir untuk membuat liputan. Mereka segera mengukir senyuman dan melambaikan tangan walaupun badan terasa ingin terjun ke atas katil sekarang juga.
            Dengan dibantu oleh Polis Airport yang bertugas, mereka berjaya keluar dari lapangan terbang walaupun ramai peminat yang hadir. Mika menarik nafas lega sebaik pintu kereta ditutup dan mereka mulai meninggalkan lapangan terbang.
            “Esok kalian ada interview untuk Muzik-muzik dan encore juga”
            Mereka hanya mengangguk. Masing-masing sudah terlampau letih. Reza kembali menoleh ke hadapan. Dia juga letih dengan jadual yang padat selama seminggu ini.
            Q mengeluarkan telifon yang sentiasa dibawanya kemana sahaja dia pergi. Yang lain sudah berada di alam mimpi. Hanya dia yang tak mampu tidur walaupun badan terasa letih. Ditambah dengan jet lag yang dirasa.
            3 hari. Thea senyap tanpa berita. Meseg dan call juga tidak diangkat. Selalu kalau tak angkat call, dia akan meseg cakap dirinya busy. Tapi sekarang tak ada apa-apa pun.
            “Rez” dia bersuara. “Hmmm”
            “Bila penggambaran aku dengan Thea?” Reza tersentak. “Kenapa?”
            “Dia tak angkat call aku 3 hari ni. Esok ke lusa?”
            Reza diam sekejap. “Lusa”
            Q mengangguk. Lusa. Lusa boleh jumpa dan tanya. Dia menyimpan semula telifon ke dalam poket sebelum memejam mata dan sekejap sahaja sudah berada dialam mimpi.