Thursday, 28 March 2013

:) Bab 6


             Marry had a little lamb, little lamb, little lamb,
            Marry had a little lamb and the little lamb is you
            Mereka berdua ketawa apabila masing-masing menujukkan kearah masing-masing. Thea disebelah hanya mampu menggeleng. Dia tak tahu Q pandai bermain dengan budak-budak. Tirah pula jenis melayan. Memang kena sangatlah.
            “Nak nyanyi lagu apa pula?” Tirah menyoal dibelakang. Dia sudah berdiri diantara kerusi Q dan kerusi Thea sambil memandang Q.
            “Twinkle twinkle littler star?”
            Q segera mengangguk. Thea menghela nafas. Si Q ni pun satu. Melayan juga. Samalah dua-dua ni. Beberapa saat kemudian, dia sudah mendengar suara Tirah menyanyi dengan sedikit pelat. Tanpa sedar, dirinya juga tersenyum.
            “Like a diamond in the sky
            “Yeay. Sedapnya Tirah nyanyi” Q memuji, ikhlas. Tirah hanya ketawa. “Kak Thea lagi pandai nyanyi. Kak Thea pandai main gitar juga”
            Q terkejut. Thea terasa seperti dicekik. Dia memandang Tirah yang hanya ketawa. “Awak pandai main gitar?” dia menyoal, inginkan kepastian. Thea sedikit malu. Dirinya tidak sehebat lelaki disebelahnya ini.
            “Saya belajar sekejap je. Dengan abang saudara”
            Q mengangguk. Abang sudara? Dia sedar dirinya tidak mengetahui apa-apa langsung mengenai Thea. Malah dia juga tak tahu Thea punya adik perempuan yang comel macam Tirah.
            “Tak mengapa. Nanti saya ajar” dia memberi senyuman dan pesanan kepada diri sendiri. Thea kembali diam. Q membelok masuk ke parkir yang kosong. Dia menoleh kearah Tirah.
            “Kita dah sampai!”
           Dia berlalu sebelum membuka pintu Thea terlebih dahulu. Thea sedikit kekok. Tak pernah sesiapapun melakukan semua ini untuknya. “Thanks
            “You’re welcome” senyuman tampan diberi sebelum Q membuka pintu Tirah pula. Adiknya itu turun dan segera memegang tangan Q. “Come” tangan dihulur tiba-tiba. Thea kaget sekejap. Q masih menanti. Tirah disebelah hanya tersenyum.
            Akhirnya dia menghulur juga tangan dan Q mengenggamnya. Senyuman terukir. Not bad, Thea. Walaupun masih jauh untuk saya fahami hati awak, saya takkan mengalah dengan mudah. Bersama, mereka melangkah masuk kedalan restaurant yang dibawa.
            “Wooooooow” mulut Tirah tergamam melihat hiasan dalaman restaurant tersebut yang sememangnya dihias khas untuk kanak-kanak sebaya Tirah. Thea turut berasa kagum. Sayangnya waktu dia kecil, restaurant seperti ini tidak wujud.
            “Papan gelongsor” tanpa berkata apa-apa, Tirah segera berlari kearah bahagian permainan kanak-kanak. Thea berjalan menghampiri dengan rasa risau. Tirah baru pulih. Dia tak mahu Tirah jatuh sakit semula.
            “Jangan main kasar-kasar” dia memesan, tegas. Tirah sudah berlalu ke sebelah lain kerana teruja dengan permainan yang disediakan. Thea mengeluh. Sia-sia je. Dia takkan dengar pun.
            “Biarkan dia. Saya bawa dia kesini untuk suruh dia main” Q bersuara disebelah. Thea memandang lemah sebelum mengalah. Asalkan Tirah tak apa-apa.
            “Thea” suara Q memanggil. “Come. Saya tahu awak lapar”
            Thea tergamam melihat 2 pinggan chicken chop sudah tersedia diatas meja. Q mengukir senyuman sebelum menarik kerusi untuknya. “Have a sit” dia mempelawa. Thea duduk tanpa bicara. Q menarik kerusi dan duduk bertentang.
            Perlahan dia memotong makanan yang didalam pinggan dengan kekok. Mereka baru 2 kali berjumpa. Hanya Q sahaja yang nampak bersungguh untuk perhubungan mereka yang palsu ini. Walaupun semu ini hanya lakonan namun Thea tidak mahu Q terlalu berusaha. Dirinya sudah membina tembok yang kukuh agar mereka tidak punya apa-apa perasaan sepanjang lakonan ini berlangsung.
            “Boleh saya tanya?” dia menyoal, tiba-tiba. Thea memandang sebelum mengangguk. “Jangan marah ye” wajah dikerut sedikit dan dia nampak comel. Thea menahan diri dari tersenyum sekarang ini. Kemudian dia mengangguk lagi.
            “Are you always like this? Maksud saya, jarang bercakap? Pendiam? Susah nak senyuman? You look beautiful when you smile though
            Thea terkedu. Dirinya sendiri tak tahu bagaimana nak menjawab sebenarnya. Dia menghirup jus oren dengan perlahan. Q masih menanti jawapan.
            “Saya kekok dengan semua orang” dia menjawab jujur. Q mengangguk tanpa bicara. “Malah dengan Sara dan Nas juga. Didalam hubungan kami, mereka selalunya yang take effort to approach. Maaf kalau saya membosankan”
            Q segera menggeleng. Dia tak mahu Thea salah faham. “No. It is not what I mean. Sebenarnya, saya macam awak juga. But being a singer, saya kena bercakap dengan ramai orang dan peminat. It really help me actually. Sebab itulah, saya harap awak lebih banyak terbuka dengan saya. Lagipun, I am your husband, right?”
            Senyuman diukir, mempamerkan lesung pipit. Thea cuba mengawal dengupan hati sekarang ini. “Boleh saya tanya?” Thea pula menyoal. Q mengangguk sambil membetulkan fedora yang dipakai.
            “Boleh saya berterus-terang?” dia menyoal lagi. Q hanya memberi senyuman. Jarang sekali Thea mahu berbual. Ini mungkin peluang untuk mereka rapat.
            “Maaf kalau terkasar bahasa. Tapi saya rasa awak tak perlulah terlalu memberi perhatian kepada saya. Tak perlu juga cuba untuk menyelami apa yang saya rasai. Cuba untuk mengenali keluarga dan cara kehidupan saya. Lets face the fact. Even if you are my husband, you can’t protect me right? You are just the fake husband. Awak tak boleh lindungi saya dari peminat awak. Awak tak boleh lindungi saya daripada kata-kata mereka yang menikam hati saya. Bukan saya harapkan apa-apa. Tapi saya mahu awak sedar garis yang memisahkan kita. You are the shining star. I’m just the norm night. Saya hargai apa yang cuba awak lakukan tapi saya harap awak hormati keputusan saya”
           Q tergamam. Thea bercakap tanpa henti sehingga dirinya tak mampu berkata apa-apa. Thea menghela nafas. Dia sudah bersedia dengan kata-kata penghinaan daripada peminat MARS nanti tapi ini apa yang dirasai oleh hatinya. Thea mahu Q faham bahawa dia bukanya seperti peminat MARS yang sanggup beratur 3 jam semata-mata mahu bertemu mereka.
            “Kakak!” panggilan Tirah sememangnya melegakan. Thea memandang Q yang masih diam. Terselit rasa bersalah kerana terlalu berterus-terang namun ini sahaja peluangnya. Mereka hanya bertemu sekali dalam seminggu. Thea tak punya masa yang lain.
            “Saya pergi tengok Tirah dulu”
            Dia berlalu kerana mahu menghidarkan diri dari rasa kekok diantara mereka berdua. Q masih lagi terdiam, terkejut. Ini ke sikap Thea yang sebenar? Disebalik wajah comel dan dingin, ada ketegasan yang tak tergugat?

******************************************************

            +Dasar tak sedar diri. Beruntunglah kau dapat buat fake marriage dengan Q+
            Dia scroll ke bawah walaupun hati terasa ditikam bertubi-tubi. Kenapalah aku rajin sangat membaca semua ni? Hati menegah namun minda seolah-olah tidak mampu berfikir dengan waras ketika ini.
            +Hey, kalau kau taknak. Q seribu kali tak mahu la. Kau ingat kau Nora Danish nak demand bagai?+
            +Perempuan macam dia ni, memang patut kena pukul dengan peminat MARS+
            +Berani kau cakap macam tu dengan Q ‘kan? Dasar perempuan berlagak+
            +Dia perasaan dia cantik kot?+
            +Kalau aku jumpa dia, siaplah. Q sendiri tak mengaku isteri nanti+
            Stop it, Thea. Kalau terus baca, bernanah hati sendiri. Silap-silap tempah terus Tanjung Rambutan. The power of fans just show me, how great Q really am. I’m just nothing compare to him.
            Dia termenung memandang skrin komputer. Mata terasa hangat. Bukan dia bermaksud untuk memalukan Q ataupun menyakitkan hati Q. Tapi dirinya yang tidak tahu mengekspresikan diri sendiri ini sering disalah-anggap.
            “Buat apa tu?”
            Dia segera menekan butang pangkah sebelum menoleh. Kelihatan mama menjengul mukanya sedikit dengan senyuman. “Tak ada apa-apa. Kenapa....mama....penuh tepung?”
            Mama ketawa, kecil. “Tirah tiba-tiba nak donut. Mama tengah siapkanlah. Nak tolong?”
            Thea memandang skrin komputer dihadapan sebelum dia menoleh semula dan mengangguk. Daripada memikirkan perkara seperti ini, baik tolong mama. Tenangkan minda. Dia berlalu ke dapur dan melihat mama sedang menggiling tepung yang siap diadun.
            Dia kemudian duduk dihadapan dan memandang. “Nak tolong apa?”
            “Tekan acuan ni lepastu ambil satu demi satu dan buang bahagian tengah” dia memandang dengan penuh teliti sebelum melakukan semua yang diajar dengan berhati-hati.
            Mama memandang dengan senyuman sebelum kembali menggiling. “Macam mana kolej? Study okay ke?” mama menyoal tanpa memandang.
            Thea sekadar mengangguk. “Kerja?”
            Dia angguk lagi. Mama hanya tergelak. Thea memandang bersama kerutan. “Kadang-kadang mama sendiri hairan. Macam mana kamu dengan Sara dan Nas”
            Mindanya tidak mampu memahami. “Maksud mama?”
            “Tidaklah. Kamu ni terlalu kurang bercakap. Mama risau kalau orang anggap kamu tak suka mereka. Oh ya, kamu juga jarang senyum. Walaupun anak mama ni cantik orangnya, tapi senyuman kamu tu lebih cantik”
            Thea diam sekejap. Aku ni terlalu pendiam ke? Sampai mama sendiri tak mampu berbual dengan aku? “Kalau kamu dengan Sara dan Nas, kamu memang macam ni jugak ke?” mama menyoal dengan rasa ingin tahu.
            “Rasanya sama” dia menjawab setelah berfikir sejenak. Mama hanya mampu menggeleng. “Sayang. Mama tahu kamu sukar luahkan apa yang kamu rasa dan inginkan. Tapi kadangkala kamu kena berlajar luahkan supaya hak kamu tidak diambil orang. Kamu kena belajar untuk mempertahankan diri kamu juga”
            Thea meletakkan donut yang terakhir didalam dulang yang sudah disapu tepung. Dia kembali memandang mama.
            “Thea tak pandai nak cakap apa yang Thea rasa” dia mengaku, jujur. Kerana banyak peristiwa yang berlaku didalam hidupnya, Thea mengajar diri untuk diam dan memerhati. Kerana sudah terbiasa, dia sukar untuk mengubah sikapnya itu.
            “Mama tahu kerana mama faham kelukaan kamu. Tapi orang luar tak. Jadi, kamu harus berubah sedikit. Mama tak suruh kamu buat mendadak tapi tak salah mencuba perlahan-lahan”
            Thea sekadar mengangguk. Mungkin cakap mama ada benarnya. Selama ini, dia terlalu selesa dengan diri sendiri tanpa mempedulikan pandangan dan rasa hati orang lain. Pasti Nas dan Sara banyak terasa hati dengan sikapnya ini.

**********************************************

            Mika memandang Q yang masih memetik gitar sambil memainkan lagu jiwang. Sebenarnya, tak tahu bagaimana nak berbual dengan Q selepas melihat episod terbaru rancangan realiti itu. Dia memandang Acap disebelah.
            “Pergilah” dia mengarah sambil berbisik. Acap menjegil mata. “Apahal aku?”
            Mereka menoleh ke arah Dhani. “Kau ahli bongsu. Q mesti nak cakap dengan kau” mereka menolak Dhani ke hadapan. Dhani menoleh.
            “Kalau dia headlock aku macam mana?”
            Mika hampir ketawa mendengar namun ditahan untuk tidak mengeruhkan keadaan. “Tak apa. Bukanya cedera parah pun. Pergilah!”
            Dhani tarik muka. Inilah nasib jadi ahli bongsu. Memang asyik kena buli je. Kaki diatur menghampiri Q yang kurang bercakap sejak 3 hari ini. Apa yang Q rasa sebenarnya? Mereka sendiri tak faham tapi inilah kali pertama mereka lihat Q seperti ini.
            “Eh, banyaknya burung dekat sini kan?”
            Mika dan Acap hampir terjelepok didalam rumah mendengar ucapan Dhani. Tanpa menunggu, ledakan tawa yang kuat dari dalam kendengaran dan membuatkan Q turut tergelak. Dhani memberi sengihan.
            “Sini takda burung, Dhan. Agak-agaklah kalau nak menipu pun” Q bersuara bersama gelengan. Dhani menggaru kepalanya sebelum duduk disebelah Q yang masih memegang gitar kesayangan.
            “Apahal? Ada benda nak cakap?” Q menyoal, pantas. Bukanya tak kenal Dhani. 4 tahun menjadi trainee bersama, ditambah dengan 3 tahun menjadi ahli kumpulan. Dia dah masak perangai mereka setiap seorang.
            “He He. Tak ada apa sebenarnya. Tapi kenapa aku nampak kau macam putus cinta jiwa dan raga ni? Siap main lagu jiwang bagai. Aku tahulah kau tengah cari idea untuk lagu terbaru MARS”
            Q sekadar menguntum senyum. “Aku berfikir sebenarnya” dia menjawab, tenang. Dhani mengerut dahi. Apahal gaya macam A Samad Said pula mamat ni? Kena aura apa sampai dah macam sasterawan negarai?
            “You are the shining star. I’m just the norm night. Kau faham?” dia menoleh ke arah Dhani. Kaget sebentar temanya itu sebelum menggeleng. “Pasal Thea ke?” dia menyoal, perlahan.
            Q tidak menjawab. Dia hanya mengeluarkan keluhan. “Dia sangat misteri dan aku sukar nak masuk dalam kehidupan dia yang sangat dikawal ketat. Mungkin kerana kami hanya palsu jadi dia anggap aku hanya pura-pura ambil-berat pasal dia”
            “Kau serius ke dengan dia?”
            “Untuk masa sekarang. Ya” dia menjawab jujur. Dhani mengangguk. Dia tahu Q seorang yang memahami walaupun kelihatan tidak mesra. Dia mengambil berat orang disekeliling dan kerana itulah dia yang terluka dahulu jika orang disekelilingnya tercedera.
            Q senyum kemudian. “Aku tak pernah jumpa gadis macam dia lagi” itu diakui benar. Thea sangat lain. Namun itu yang menarik minat. Thea jarang bercakap tapi sesekali bercakap, terserlah kematangan didalam setiap perkataan.
            “Itu yang buat kau tertarik?” Dhani menyoal bersama senyuman sinis. Q hanya ketawa. Semuanya masih terlalu awal. Dia sendiri kadangkala keliru samada mereka hanya berpura-pura atau betul. Perasaan yang dirasa ini hanya kerana penggambaran ataupun tulus dari hati.

***********************************************************
            
            Langkah diatur lebih laju apabila melihat Nas baru keluar dari kereta. Dia melihat Nas mengunci kereta selepas mengambil beg dan buku-buku dan pandangan mereka bertembung. Wajah masing-masing sudah menggambarkan apa yang dirasa sekarang.
            “Dapat contact dia?” Sara pertama menyoal. Dia risau sebaik melihat episode terbaru itu. Tak sangka Thea sanggup cakap macam tu.
            “No. That girl. Keras macam batu. Dia off handphone dia sepanjang cuti”
            Sara menggeleng. Puas mereka mencari Thea yang tiba-tiba hilang. Melihat komen dari peminat, Sara tahu Thea pasti terluka. Mereka diluar sana tidak memahami Thea. Mereka tak kenal siapa Thea. Mereka taktahu apa luka Thea. Kerana itu mereka cepat sekali menghukum.
            “Marilah. Aku rasa dia dekat kelas ni”
            Mreka mengatur langkah masuk ke bangunan khuliah. Beberapa pelajar memandang tajam namun mereka hanya buat tak endah. Pasti Thea kena lebih teruk.
            Sebaik tiba di Bilik Khuliah 1, Nas membuka pintu. Dia mencari segenap ruang. Tak ada. Dia menoleh kearah Sara yang turut menjungkit bahu. Selalunya Thea akan akan di bilik khuliah untuk subjek pertama. Tapi sekarang dia takda. Dimana Thea sembunyi?
            Mereka menyusuri koridor sambil memerhati sekeliling. Telifon aunty Nora tadi, dia cakap Thea keluar awal. Takkanlah tak sampai kolej lagi? Thea bukanya jenis melencong tak tentu hala. Mereka semakin risau.
            Nas masuk ke dalam toilet untuk memeriksa namun hampa. Sara membuka semua pintu yang dijumpai sehingga ke tahap pintu bilik stor tempat makcik cleaner menyimpan barang mereka turut dilihatnya. Bayangan Thea masih tidak kelihatan. Sara mengeluh, berat.
            “Dia tak datang kolej ke?”
            Nas menjungkit bahu. Thea seorang sahabat yang paling sukar diduga. Mereka yang cuba memahami gadis itu namun Thea merupakan sahabat yang baik. “Nas!” bahu temanya ditepuk. Nas memandang bersama pertanyaan.
            “Tu. Tu bukan sneakers Thea ke?”
            Dia menoleh. Hanya kelihatan sepasang kaki yang melunjur disebalik gazebo yang berada di Taman Botanical kolej. Nas memerhati untuk mendapat kepastian. Kemudian dia mengangguk.
            “Memang dialah tu. Mari”
            Mereka berjalan pantas menghampiri sepasang kaki itu. Nas menjengul terlebih dahulu. Kelihatan Thea tersengguk-sengguk bersama mata yang terpejam. Mereka tak jadi bersuara melihat Thea yang nampak sangat letih.
            “Orang cari bagai nak gila. Dia boleh tidur sini?” Sara menggeleng. Thea, Thea. Aku tak pernah jumpa perempuan macam kau! Nas memandang dengan rasa kasihan. Perlahan dia duduk disebelah Thea sebelum menarik kepala Thea dan disandarkan di bahunya.
            “Kau rasa sebab episod tu ke?” dia menyoal, perlahan. Sara mengangguk. Pasti Thea melarikan diri daripada pelajar perempuan kolej mereka yang sangat kejam. “Kita kenal Thea jadi kita tak salahkan dia. Tapi orang luar tak kenal Thea. Sebab itu mereka salah faham”
            Nas sekadar mengangguk. Dia mengerling ke arah Thea yang nyenyak tidur. Apa yang aku nak buat dengan kau ni, Thea?

*********************************************

            +Hai+
            Mata terbeliak sedikit. Dia menekan butang back dan melihat semula nama sender yang menghantar meseg. Thea hampir tak percaya. Q?
            Dia melihat Puan Juwita yang sedang memberi syarahan. Perlahan dia menunduk dan membalas.
            +Hai+
            Q tersenyum. Jarang sekali Thea mahu membalas meseg darinya. Dia melihat Acap yang sedang dihias oleh Tish. Hari ini mereka ada jadual bersama radio Era. Masa lapang digunakan untuk berbual dengan Thea.
            +Busy?+
            +Dalam kelas+
            +Ganggu?+
            +No+
         Q ketawa tiba-tiba. Kemudian dia menggeleng. Ice princess sungguh. Mulanya ingat Thea hanya berlakon tidak mengenali dirinya atau langsung tak kisah siapa dia yang sebenar tapi setelah hampir 2 minggu bersama, Q angkat bendera putih.
            Fathea Husna memang langsung tak heran siapa Qhalid Rayyan yang sebenar. Dia ketawa lagi. Ada lagi ke gadis macam ni zaman sekarang?
            +We need to talk+
            Dia membaca semua komen yang diberi peminat. Sejujurnya dia tahu Thea bukan cuba menyakitkan hatinya. Dia hanya mahu melindungi hati sendiri kerana mereka hanyalah berlakon.
            +When?+
            Q menggeleng. Tanya sepatah, sepatah juga dijawab. Tahanlah kau, Q. Dapat isteri keras hati macam gadis ni. Nasib baik comel. Kalau senyum, bertambah-tambah comel.
            +Private. Without camera. When do you free?+
            Thea sedikit terkejut. Dia ajak aku keluar ke? Tanpa kamera? Ini dah jadi kes lain ni. Thea menghela nafas, cuba menenangkan diri sendiri. Apa yang Puan Juwita cakap dihadapan sudah tak melekat di minda sekarang.
            +Tomorrow. Lunch. Lepastu terus kena kerja+
            Senyuman terukir. Ada chance. Boleh lepak kolej Thea. “MARS” suara Reza kedengaran. Q memandang. “Now” dia memberitahu.
            +Talk to you later. Take care+
            Thea terkejut. Itu je? Dia membaca semula perbualan mereka tadi. Nampak sangat kekok. Tak macam suami isteri langsung. Ini ke yang mama cuba beritahu?
            “Okay, guys. Types of media ada 2 jenis ye. Magnetic media dan Optical media” suara Puan Juwita kembali kedengaran. Thea menyimpan semula telifon didalam poket sebelum kembali memberi tumpuan kepada pembelajaran.

************************************************
           
            “Q”
            Dia menoleh melihat Tish disebelah. “Dah 20 minit kamu dekat sini. Taknak turun ke?” dia menyoal, sebal. Q baru tersedar. Entah kenapa, hatinya berdebar. Mungkin kerana kali ini mereka berjumpa tanpa kamera dan tak perlu berpura-pura.
            “Kejap lagilah, kak”
            Tish menjuling mata. Budak bertuah ni. Nampak macam benar-benar dah angau dengan Thea. Dia orang ni betul-betul ke berlakon? Tish sendiri keliru sekarang.
            “Kenapa kamu nak jumpa dengan dia waktu tiada penggambaran? Kenapa si Reza tu boleh setuju pula?”
            Q senyum. Teringat perbualan bersama Reza semalam. Nasib baiklah Reza jenis boleh terima asalkan imej MARS tidak tercalar.
            “We need heart to heart talk, kak”
            Tish menguntum senyum. Melihat Q yang sanggup mengorbankan waktu rehat untuk bertemu dengan Thea, dia bertambah tertarik. Pertama kali Tish melihat Q mengambil berat mengenai seorang gadis seperti ini.
            “Kenapa akak rasa kamu terlalu ‘menghayati’ watak sekarang ini?” kening dijungkit sebelah. Q ketawa, menutup rasa hati. Dia kemudian membetulkan baseball cap yang dipakai dikepala. Dengan pakaian yang kasual, Q harap dia tidak dikenali sesiapa.
            “Q nak gerak ni” dia memberitahu. Tish mengangguk.
            “Nak akak tunggu sini ke?”
            “Tak pe lah. Mungkin Q lama disini. Akak baliklah dulu”
            Tish mengangguk. Dia melihat Q membetulkan sedikit rambut dan rantai yang dipakai sebelum menoleh kearahnya. “Okay?”
            Senyuman terukir. Kemudian dia mengangguk. Q menghela nafas sebelum memandang ke luar tingkap. Kelihatan beberapa pelajar sudah beransur keluar dari perkarangan kolej. Waktu lunch sudah tiba.
            Come one, Qhalid. Kau boleh.
            Pintu dibuka dan dia turun dengan pantas. Q menutup semula pintu dan kemudian Tish menurunkan cermin tingkap. Senyuman diukir. Q turut tersenyum.
            “Good luck. Have fun” dia mengangguk sebelum menurunkan sedikit cap untuk melindungi wajahnya dan kemudian masuk ke dalam perkarangan kolej. 

Saturday, 23 March 2013

:) Bab 5

             Selesai semuanya, mereka segera dibawa ke rumah yang diberitahu. Suasana didalam kereta masih tak berubah. Thea lebih selesa merenung ke luar tingkap dari bercakap denganya. Keadaan yang kekok membuatkan Thea lebih senang mendiamkan diri.
            Q menahan kuap sambil menggosok matanya yang terasa berat. Beberapa hari ini dia hanya tidur 2 jam sehari kerana sibuk menghasilkan lagu terbaru untuk MARS. Mereka diberi masa sehingga bulan Mei untuk menyiapkan semuanya sebelum persiapan album bermula.
            “Thea” dia bersuara akhirnya. Thea menoleh. “Awak umur berapa?”
            “20”
          “Itu kolej awak ke?” dia hanya mengangguk. Q kembali diam. Payah nak berbual kalau sepatah ditanya sepatah dijawab. Macam mana la nak runtuhkan tembok yang ice princess ni bina diantara mereka?
            Thea menoleh sedikit dan melihat Q yang tersenguk. Dia nampak letih dengan eye bag yang berada dibawah mata. Thea sebenarnya ingin bertanya banyak perkara namun tak tahu dari mana bermula. Betulke ini Q? Betulke ini ketua kumpulan MARS yang terkenal? Ini ke MARS yang Sara gilakan sangat?
            Tak dinafikan, dia sendiri rasa kagum apabila lelaki yang duduk disebelahnya ini adalah suaminya dan juga ahli kumpulan yang terkenal. “Awak lagi tua dari saya?”
            Q segera menoleh sebelum mengangguk. “22” Thea pula mengangguk. “Tak masuk kolej?” Q menggeleng. “Jadual MARS masih tak mengizinkan saya untuk mendaftar” dia menjawab jujur. Mereka lebih senang tumpukan perhatian kepada satu bidang dahulu.
            10 minit kemudian, mereka tiba di rumah yang disediakan. Tergamam sekejap Thea melihat rumah banglo 2 tingkat yang berhampiran laut. Dia sedikit teruja melihat air laut yang membiru kerana dirinya sentiasa menyukai laut.
            Mereka mengambil barang yang dibeli sebelum masuk kedalam rumah dan meletakkan barang tersebut di bahagian dapur. Thea memerhati sekeliling. Nampak seperti jarang diguna. Rumah siapalah agaknya ini?
            “Saya akan masak spaghetti” suara Q mengejutkan Thea. Dia segera tersedar sebelum mengangguk. “Saya akan buat kuahnya”
            Bersama-sama mereka melakukan tugas yang sudah diberi. Q membuka cardigan yang dipakai supaya lebih selesa. Kini hanya tinggal wife beater yang mempamerkan susuk tubuhnya yang menjadi kegilaan peminat MARS. Memandangkan mereka memerlukan stamina yang tinggi, ahli kumpulan MARS lebih suka menghabiskan masa di gym daripada keluar bersiar-siar.
            Thea menyanggul rambutnya yang panjang sebelum mulai memanaskan kuali. Keadaan sedikit kekok kerana ini kali pertama dirinya memasak di dapur orang lain. Dia menoleh kearah Q yang sudah memasukkan spaghetti kedalam air yang dipanaskan.
            “Awak ada 3 ahli kumpulan?” dia menyoal sementara menanti minyak mendidih. Q menoleh sebelum mengangguk. Dia baru tersedar bahawa Thea pasti tidak mengenali mereka dan dirinya juga tidak menceritakan apapun.
            “Dhani, Mika dan Acap. Kami sama umur tapi Dhani lahir lewat jadi dia paling bongsu. Acap kedua dan Mika ketiga”
            Thea mengangguk. Dia menuang sos Kimball yang dibeli ke dalam kuali. Q yang tergelak tiba-tiba menarik perhatian Thea. “Kenapa?” Q menggeleng. “Tadi Mika baru bising suruh saya kenalkan awak dengan mereka. Tak sangka mission pertama kita adalah adakan parti untuk mereka”
            Thea menguntum senyuman. Mereka kelihatan rapat. Mungkin kerana lama bersama membuatkan hubungan mereka seperti keluarga. “Sara beritahu konsert terakhir kami hari tu, awak datang” dia membuka cerita. Nasib baiklah ada Sara. Kalau nak harapkan Thea buka mulut, memang sampai beruban la belum tentu dia nak cakap.
            “Lebih kepada kena paksa sebab kawan Sara tak jadi datang minit terakhir. Ye. Saya datang tengok awak waktu itu. Tapi saya tak kenal sangat awak yang mana sebenarnya”
            Terasa seperti hatinya dicucuk jarum hospital. Q hanya senyum. Isteri sendiri tak mengenali suaminya? Hanya dalam rancangan ini je boleh terjadi. Takpun hanya dengan Thea je semua ini menjadi realiti.
            “Nampaknya kami kena berusaha lebih keras lagi” dia mengingatkan diri sendiri. Thea tidak membalas namun meneruskan tugasnya sementara Q mengalih perhatian kepada spaghetti dihadapanya ketika ini.

**************************************************

            Jam sudah berganjak ke pukul 5. Thea membetulkan pakaian selepas apron ditanggalkan dan diletak ditempat yang diambil tadi. Dia melihat Q menyusun makanan terakhir di meja dapur yang berhampiran.
            2 jam sahaja. Dia hanya ada 2 jam sebelum shift di kedai bermula. Thea keluar dari dapur setelah memastikan semuanya bersih dan menghampiri lelaki itu.
            “Awak” dia bersuara, sedikit malu. Q menoleh bersama pandanganya bertanya. “Pukul 8 saya harus masuk kerja” perlahan Thea menutur walaupun dia memakai mic ketika ini.
            “Kerja? Oh. Kedai tu ‘kan?”
            Thea hanya mengangguk. “Tak apa. Nanti saya hantar awak terus ke tempat kerja. Okay ke?”
            Tak sempat Thea menjawab, mereka mendengar bunyi loceng di luar rumah. Jantung berdegup laju tiba-tiba. Ini kali pertama bertemu dengan ahli kumpulan MARS. Apa pandangan mereka agaknya? Senyuman Q mekar tiba-tiba.
            “Rasanya mereka” dia berlari ke arah pintu dan membuka. “Amboi sedapnya bau” Dhani bersuara, pantas.
            “Q memasak ke? Rasa macam nak patah balik pun ada” Mika menyakat.
            “Aku masih sayangkan nyawa aku. Tolong jangan cakap kau masak”
            Q hampir menghantuk kepala mereka bertiga sebelum mendengar mereka ketawa. Dia akhirnya mengalah dan membenarkan mereka masuk. Q menutup pintu sebelum dia turut melangkah kearah ruang tamu dan melihat ahli kumpulanya berdiri kaku, tak bergerak.
            “Apahal?”
            Dia melihat Thea yang juga berdiri keras. Q menggeleng. Isteri siapalah yang kurang mesra ni? Dia menghampiri Thea sebelum memetik jari dihadapan ahli kumpulanya yang lain. Mereka tersedar.
            “Baiklah. Kenalkan dengan isteri aku, Fathea Husna. Korang boleh panggil Thea”
            “Dhani” segera dia mengambil tangan Thea dan mencium lembut. Q tergamam. Budak ni! Thea juga terkejut dengan tindakanya yang agak berani itu. Segera Q menolaknya ke belakang semula.
            “Budak ni ada masalah tatasusila sedikit memandangkan dia dibesarkan di luar negara. Ini Mika”
            Lelaki berambut merah itu mengenyit mata sambil melambai. “Hai Thea”
            Q menggeleng. Sabarlah aku dengan sorang lagi ni. Mula la nak keluarkan aura kasanova sekarang ni. Thea hanya mengangguk dengan senyuman nipis. “Dan ini Acap”
            Lelaki itu sekadar memberi mock salute bersama senyuman. “Heyya
            Sekarang barulah dia sedar MARS sememangnya ada masalah setiap kali bertemu orang baru. Nasib baiklah Thea jenis tak kisah. “Gembira jumpa awak semua” senyuman diberi, membuatkan semua orang terpegun termasuklah Q disebelah.
            “Baiklah” suara Q dikuatkan supaya ahli kumpulanya kembali sedar. “Korang mesti lapar ‘kan?” dia menyoal walaupun jawapanya sudah diketahui.
            “Gila tak lapar”
            “Aku kena tahan lapar sejak pukul 3 tahu?”
            Thea menguntum senyuman. Mereka sememangnya rapat membuatkan dia sedikit terharu kerana berjaya masuk kedalam kehidupan mereka berempat.
            “Aku dengan Thea ada buat spaghetti bolognesse untuk korang”
            “Wahhhh!” Dhani sudah bertepuk tangan, riang. “Marilah kita makan” dia memaut bahu Mika dan berjalan menuju ke meja dapur. Thea memandang Q yang memberi senyuman bersalah sebelum bersama menuju ke dapur.
            “Ini Q atau Thea yang masak?” Mika menyoal, kurang yakin. “Kami berdua” Q pantas menjawab. “Spaghetti atau kuah?”
            Q memandang tajam Dhani dihadapanya. Temanya itu hanya ketawa. “Cubalah” Thea bersuara dan sekelip mata mereka menceduk kedalam pinggan. Terkebil-kebil dia sekejap sebelum tersenyum. Melihat mereka yang selesa dengan kehadiranya memang sangat melegakan.
            Acap menjamah terlebih dahulu. Dia kemudian meletakkan garfu didalam pinggan dan memandang Thea. “Kenapa?” dia menyoal, risau. “Tak sedap ke?”
            Lelaki itu mendekatkan wajahnya dengan tiba-tiba. “Awak nak ikut kami balik? Hanya Pizza Hut je yang mampu buat spaghetti ni”
            Q menolak tubuh Acap jauh apabila melihat Thea yang kekok. Siaplah korang balik rumah nanti. Sorang-sorang aku kerjakan. “Terbaik. Memang pass untuk masuk Master Chef musim ke 3”
            Pujian Dhani buat Thea tersenyum. Mika mengangguk setuju. “Nasib baiklah Q hanya masak spaghetti” dia menarik nafas lega. Q mengenggam garfu dengan erat. Jangan tanya kalau Mika tiba-tiba jadi Kassim Selamat hari ni.
            “Makanlah lagi. Awak semua tentu lapar”
            Tanpa menunggu mereka mencedok lagi. Q hanya mampu menggeleng sebelum tersenyum. Kawan-kawan siapalah mereka ni? Tak reti nak malu depan kakak ipar langsung. “Thea” dia berbisik memanggil. Thea menoleh bersama kerutan.
            “Spaghetti ni sedap. Lain kali awak buat untuk saya lagi, boleh?”
            Thea kaget sekejap. Pandangan redup Q membuatkan dia tak keruan. Dia mengangguk tanpa sedar. Q tersenyum sebelum mengosok perlahan rambut Thea. Dia kemudian kembali menjamah spaghetti didalam pinggan.

*************************************************

            Violet is blue, I think I miss you
            Dia senyum sendiri melihat kata-kata itu. Namun apabila sedar, kata-kata itu dipadam pula. Q menghela nafas. Seminggu tidak bertemu. Entah kenapa dia rindu. Nak kata selalu jumpa, seminggu sekali je. Lepas peristiwa mengadakan parti itu, mereka tak bertemu lagi.
            “Gollll!”
            Dia memandang Acap yang tiba-tiba menjerit tanpa menghiraukan orang disekeliling. Dia bertemu mata dengan si gamer itu sebelum Acap tersenyum.
            “2-0 bro. 2-0”
            Q hanya mampu menggeleng. Kalau dapat game, kiri kanan tak dipandang. Nasiblah isteri kau nanti, Acap. Tish kembali bersama fedora berwarna coklat cair. Dia meletakkan fedora tersebut diatas kepala Q sambil membetulkan rambut yang sudah digayakan.
            “Akak tengok episod minggu lepas. Kamu berdua nampak mesra”
            Dia angkat muka. “Kamu adakan parti untuk budak-budak ni?” wanita itu menyoal. Baru Q faham bahawa Tish bercerita mengenai rancangan realitinya.
            “Ye. Tapi perangai budak bertiga tu bukanya senonoh sangat. Nasib baiklah Thea faham”
            Tish menguntum senyum. Q nampak semakin rapat dengan isteri palsunya itu. Apa agaknya akan berlaku jika mereka saling jatuh cinta?
            “Jadi, esok penggambaran seterusnya?”
            Q hanya mengangguk. Dia membetulkan jam yang dipakai sebelum bangun dari sofa yang diduduknya sebentar tadi. “MARS” dia bersuara, tegas. Mereka bertiga segera menghentikan segala perbuatan sebelum bangun.
            “Mari”
          Berempat, mereka ke studio rakaman REMAJA. Sebelum masuk kedalam, Tish sempat membetulkan collar baju Mika dan kemudian pihak produksi memberi isyarat untuk masuk. Tepukan gemuruh kedengaran sebaik peminat melihat mereka masuk dan duduk sofa yang disediakan.
            “Hai, saya pengacara REMAJA. Aina Sofea”
            Mereka mengangguk. “Kami MARS” senyuman terukir diwajah Aina Sofea. Ini kali pertama bertemu secara dekat dengan semua ahli kumpulan MARS. Patutlah ramai yang menggilai mereka. Dengan bakat yang sangat hebat serta wajah yang tampan, tak susah untuk mereka digilai ramai.
            “Acap, Mika, Dhani dan Q. Betul?” dia menyoal, inginkan kepastian. “Tak. Ini Mika” dia menunjuk kearah Acap. Acap menggeleng. “Saya Q”
            Wajah Aina Sofea berubah. Aku silap orang ke? Kemudian mereka, ketawa. “Betul la. Kami gurau je” Aina Sofea sedikit terkejut namun kemudian turut ketawa. Tak sangka ahli kumpulan MARS pandai berlawak. Berlainan dengan wajah dingin dan serius yang sering mereka tunjukkan diatas pentas.
            Rakaman dimulakan semula. Wajah mereka berubah serius. “Kembali semula kita. Baiklah. Saya rasa pasti ramai peminat diluar sana yang tidak sabar-sabar lagi menanti kehadiran mereka. Sepertimana terujanya peminat didalam studio ketika ini”
            Aina Sofea tersenyum. “Kenalkan dengan kumpulan remaja yang tengah hangat sekarang ini. M A R S. MARS”
            Tepukan gemuruh kedengaran sebaik kamera dihala kepada mereka berempat. Mereka memberi lambaian bersama senyuman yang mencairkan hati peminat mereka.
            “Selamat datang ke REMAJA. Sememangnya MARS sangat sibuk sehingga sukar sekali kami mendapatkan persetujuan mereka untuk hadir hari ini”
            Mereka tersenyum. “Ini salah Mika ni. Sibuk dengan radio” Acap bersuara, selamba. Mika menggeleng. “Salah Dhani. Asyik makan tidur je”
            Penonton ketawa. Aina Sofea turut tergelak. “Baiklah. Seperti yang semua orang tahu, MARS baru sahaja menamatkan konsert jelajah mereka bulan lepas. Ada rancangan untuk album ataupun single terbaru?”
            “Insya-ALLAH, kalau diberi ruang. Kami ingin berikan sesuatu yang baru kepada peminat yang menyokong kami selama ini” Acap menjawab tenang.
            “Sejak kebelakangan ini, MARS kelihatan sibuk dengan aktiviti masing-masing. MARS masih menjadi keperluan ataupun tidak sekarang ni?”
            “Sangat penting. MARS adalah sebab kami berada disini ketika ini. Walaupun kami punya jadual berbeza namun MARS tak pernah dilupakan. Lagipun, kami tahu peminat juga takkan benarkan kami berpecah. Betul kan?”
            Kamera menghala kearah penonton. “Betul” Mika mengukir senyuman. Aina Sofea mengangguk, puas hati.
            “Baru-baru ini salah seorang ahli kumpulan MARS menjadi watak utama dalam rancangan realiti yang pertama seumpama ini di Malaysia. Apa pandangan ahli lain?”
            Mereka bertiga serentak menoleh kearah Q dengan pandangan cemburu dan geram. Riuh sekejap studio rakaman dengan tindakan nakal mereka. Q hanya mampu ketawa, kekok. “Rasanya kita tak perlu bertanya lagi ‘kan?”
            Aina Sofea turut ketawa. “Dhani, pernah tak rasa teringin untuk menyertai rancangan realiti seperti Q?”
            “Saya lebih suka jika rancangan saya nanti berkaitan dengan peminat”
            “Ohhhhh” ahli yang lain menyakat. Acap sudah menoleh kearah Q sebelum mereka sama-sama buat gaya nak muntah. Penonton ketawa lagi.
            “Kenapa? Salah ke? Peminat adalah cinta hati saya”       
            Mika menolak pipi Dhani dan membuatkan peminat mereka tergelak. “Kamu cemburu Mika?” Pantas Aina Sofea menyoal Mika dihadapanya. Mika memberi senyuman.
            “Tentulah” jawabnya yang ringkas namun jelas membuatkan ahli kumpulanya juga ketawa. Aina Sofea hanya mampu menggeleng. Mereka sememangnya nakal dan pandai mengawal peminat mereka.
            “Rancangan realiti seumpama ini mendapat perhatian ramai pihak. Apa pendapat kamu, Q?”
            Kamera dihala kepada dirinya. Q tersenyum. “Sesuatu yang baru sebenarnya. Saya gembira”
            “Ohhhh” ahli yang lain menyakat sebelum mereka ketawa. “Tapi ramai juga peminat kamu yang kurang senang dengan penglibatan kamu dalam rancangan ini”
            “Ye” suara penonton kedengaran jelas. Aina Sofea mengangguk. “Jangan risau. Q mungkin sudah berpunya tapi kami bertiga masih single” Mika segera menyelamatkan keadaan. Penonton kembali ketawa.
            “Ye. Sila isikan borang anda kepada pengurus kami yang kacak bergaya iaitu Reza” Acap menambah selamba. Ketawa semakin kuat. Q menghela nafas, lega. Nasib baiklah temanya cepat menyedari keadaan kekok tadi.
            “Baiklah. Sebelum kamu melakukan persembahan. Ada ucapan untuk peminat kamu?”
            Q mengangguk. Dia memandang kamera yang bernyala sebelum mengukir senyum. “Kami akan mulai merakam album baru tak lama lagi. Teruskan menyokong kami kerana anda adalah sebab MARS seperti sekarang. Terima kasih”

*************************************************************

            “Awak yang dalam I got married itu ‘kan?”
            Thea mengangguk memandang 3 pelajar sekolah yang berdiri dihadapanya ketika ini. “Isteri kepada abang Q?” gadis berambut ekor kuda itu menyoal pula.
            “Ye”
            Mereka mendengus, tak berpuas hati. “Jangan pernah awak lukakan hati abang Q. Kalau tak, nahas awak nanti!”
            Jelingan maut diberi sebelum mereka berlalu pergi. Thea menghela nafas. Bukan yang pertama. Bersabar, Fathea! Dia cuba memujuk hati sendiri. Sara menghampiri perlahan.
            “Kenapa diaorang tu?” dia menyoal, hairan. “Macam biasa”
            Thea mengambil kain diatas kaunter sebelum mengelap meja yang berada berdekatan. Sara memandang. Pasti kena ugut lagi. Dia kasihan lihat Thea yang terpaksa menghadapi semuanya.
            “Kau okay?” dia menyoal, risau. Thea hanya mengangguk. Dirinya sudah lali dengan ugutan seperti itu. Ada yang pernah mengugut mahu membunuhnya jadi ugutan seperti itu hanya dipandang sepi.
            “Kau abaikan je apa yang diaorang cakap. Mereka tu cemburu sebab itulah sanggup cakap macam tu. Kau ada Q sekarang. Jangan risau”
            “Kami hanya berpura-pura, Sara” dia bersuara, lemah. Sara terdiam. “Dia takkan boleh melindungi aku daripada peminat dia memandangkan mereka adalah orang yang menyokong dia selama ini. Aku pun tak harapkan dia untuk lakukan sesuatu kerana aku sedar semua ini hanya lakonan”
            Sara terdiam. Maknanya Thea tidak menganggap serius semua yang terjadi? Tapi mungkin itu yang terbaik. Diakhir cerita, dia tidak mahu Thea terluka. Q adalah lelaki yang diinginkan oleh setiap wanita. Thea pasti tak mahu terlibat dengan apa-apa drama kerana Q.
            “Mama kau dah tahu ke?”
            Thea menggeleng. “Aku taknak mama tahu. Aku lakukan semua ini sebab duit jadi mama tak perlu tahu”
            Sara terkejut. Sebab duit? “Maksud kau?”
            Telifon bimbit Thea tiba-tiba berbunyi. Dia segera menjawab sebaik melihat nama mama muncul di skrin. Thea menjauh sedikit sebelum memberi salam.
            “Thea! Thea boleh datang sekarang?”
            Suara cemas mama membuatkan dia turut takut. “Kenapa ma?”
            “Tirah. Dia tiba-tiba pengsan waktu dinner tadi. Kamu boleh datang? Mama taktahu nak buat apa” mama menangis teresak-esak di telifon. Thea segera mematikan panggilan sebelum berlari kearah kak Aisyah di kaunter.
            “Kak, saya nak ambil half day hari ni” dia bersuara, cemas. “Kenapa? Asal kamu pucat ni?” dia menyoal, risau.
            “Adik saya dimasukkan dalam hospital kak. Boleh ke?”
            Kak Aisyah terkejut namun dia segera mengangguk. “Pergilah. Kakak beritahu abang Helmi nanti”
            “Terima kasih kak” dia membuka apron yang dipakai sebelum mencapai beg di loker berhampiran. “Kau nak kemana? Apa jadi dengan Tirah?”
            Thea memandang Sara yang turut cemas. “Aku cerita nanti. Aku kena gerak dulu” dia meninggalkan Sara dan berlari keluar. Sara menghela nafas. Dia harap Tirah tak apa-apa.
            Thea bergegas ke hospital yang diberitahu setelah memparkir motor ditempat yang disediakan. Dia terpaksa berlari di lobi sebelum berhenti di bahagian pertanyaan.
            “Fathirah Hani. Dekat mana wad dia?’
            Jururawat yang bertugas memeriksa data didalam komputer. “Bilik 304” tanpa mengucapkan terima kasih, Thea berlari kearah wad yang diberitahu sebelum dia membuka pintu dan melihat mama sedang memengang tangan Tirah dengan keadaan tersengguk-sengguk.
            “Ma”
            Perlahan dia menepuk bahu mama yang hampir tertidur. Mama segera terjaga sebelum dia memeluk Thea dengan erat. “Tirah okay?”
            “Dia demam panas sangat tadi. Sekarang dah sedikit berkurang tapi dia masih perlu ditahan sehingga demam dia kebah”
            Thea menoleh kearah Tirah yang sedang nyenyak tidur. Tubuhnya dicucuk jarum untuk dimasukkan air ke dalam badan. Rasa kasihan mencengah melihat dirinya yang nampak pucat. “Tirah tak apa-apa. Mama jangan risau sangat”
            Mama mengangguk sambil mengesat airmata yang sempat mengalir tadi. “Mama kena pergi kerja sekarang. Kamu boleh tunggu Tirah?”
            “Thea jaga Tirah. Mama pergilah kerja”
            Mama mencapai beg tangan yang dibawa sebelum mencium dahi Tirah dengan lembut. “Mama buat overtime. Pukul 10 baru balik. Boleh kamu tunggu Tirah? Mama terpaksa suruh kamu tinggalkan khuliah. Mama minta maaf”
            Thea memberi senyuman nipis. “Tak apa. Mama tak perlu minta maaf pun. Tirah lebih penting dari semuanya. Mama pergilah”
            Pipinya dikucup lembut sebelum mama berlalu keluar dari wad. Thea memandang Tirah sekejap sebelum menarik kerusi lantas duduk memandangnya. Walaupun mereka berbeza umur agak banyak, Thea tak pernah menyisihkan Tirah. Ini adalah satu-satunya adik yang dia ada didunia. Thea menyayangi Tirah seperti nyawa sendiri.
            Perlahan tangan Tirah dipegang lembut. Bertahanlah, Tirah. Demi kakak dan mama. Kami sangat perlukan kamu.

****************************************************** 

            Pertama kali bertemu, hatiku terpaut.
            Senyuman yang dingin, hatiku diregut.
            Kali pertama bertentang mata,
            Adakah aku sudah jatuh cinta

            Alunan keyboard silver memenuhi ruang bilik. Dia segera menyalin not di buku muzik yang sentiasa berada disisi. Baru sebentar tadi, rhyme berserta lirik tiba-tiba muncul. Ketika di bilik mandi pulak tu.
            Tapi memang tempat sebegitu yang selalu idea muncul. Q menyelit pensel 2B di celah telinga sebelum memainkan semula not yang masih tidak lengkap. Dia cuba beberapa kali untuk mencari kesesuaian.
            “Q”
            Ketukan di pintu, mengejutkan Q yang tenggelam dengan dunia muzik. Sememangnya itu yang sering berlaku. Jika Q sendirian didalam bilik, ahli lain tidak akan mengangguk. Mereka memberi ruang untuk Q berkarya.
            Beats ditarik dari telinga sebelum bangun dan membuka pintu. Kelihatan Acap berdiri dihadapan bersama telifon pasangan miliknya. “Ada orang call
            Segera dia mengambil. Acap ketawa. “Isteri telifon ke?” dia menyakat, selamba. “Blah la kau” dia menolak tubuh Acap sebelum menutup pintu. Di luar, tawa Acap masih kedengaran. Q hanya mampu menggeleng sebelum kembali memandang telifon ditangan.
            “Hello” dia menjawab, sedikit berdebar. Ini kali pertama Thea menghubunginya. Keras sungguh hati gadis itu. Mereka langsung tidak berkomunikasi hampir seminggu.
            “Q?” suaranya kedengaran takut-takut. “Speaking. Thea right?”
            Dia diam sekejap. Q kaget. Ada masalah ke? “Thea?”
            “Saya nak minta tolong” dia bersuara, akhirnya. Q mengerut dahi. “Tolong apa?”
            Kedengaran Thea menghela nafas. Seperti masalah besar je. Apa agaknya? “Boleh tak cancle date kita esok hari?”
            Q terkejut. Cancle date? Biar benar gadis ni? “Kenapa?
            Thea diam sekejap. Takkan nak beritahu Tirah masuk hospital? Dirinya tak biasa meraihkan simpati orang malahan dari keluarga sendiri sekalipun.
            “ I've something to do. Urgent
         Q diam sekejap. Nak cakap apa? Aku bukanya PD. Dan rasanya PD pun takkan setuju. Penggambaran tak cukup untuk eposide terbaru.
            “Lebih penting berbanding keluar dengan saya?” dia menyoal. Apa lagi yang lebih penting dari date dengan Q dari MARS? Dia tak punya jawapan. Thea terlalu misteri dan dirinya masih tidak memahami gadis itu sepenuhnya.
            “Ye” ringkas dia menjawab. Q hampir terlepas genggaman telifon yang dipegang. Dia melihat reaksi wajahnya di cermin. Cool, Q. Kau orang cuba berlakon. Tak perlu feeling lebih-lebih. Dia pun takda rasa apa-apa.
            Tanpa sedar dia mengeluh. Jauh disudut hati, terasa sedikit kecewa. Adakah ianya berkaitan dengan lelaki lain? Q geleng pantas. Shut it, Qhalid Rayyan. Kalau kau macam ni, keadaan pasti lebih kekok. Dia hanya isteri palsu. Semat dapat kepala otak kau ni!
            “Saya cuba apa yang boleh. But I can’t promise you bila awak banyak berahsia dengan saya”
            Panggilan dimatikan. Q melempar telifon diatas katil. Mood untuk cipta lagu baru pun terus hilang. Hebatnya Fathea Husna. Sekejap je boleh buat mood aku naik melangit, kemudian dia campakkan ke tanah tanpa belas ihsan.
            Q senyum sendiri dengan rasa tak percaya. Kerja, Q! Kau perlu hasilkan lagu untuk MARS. Diri mengingati. Q mengangguk, faham. Ya! Ini adalah realiti.

*********************************************************************

            “Kakak!”
            Senyuman terukir melihat Tirah melambaikan tangan kearahnya. Thea melambai semula. Syukurlah Tirah semakin pulih. Menurut kata doktor, Tirah sudah boleh pulang esok hari. Mama juga gembira apabila mendengar khabar itu.
            “Hati-hati” dia memberi pesan. Tirah kelihatan gembira bermain dengan kanak-kanak lain di tempat permainan yang disediakan oleh pihak hospital.
            Hari ini juga kolej dan kerja terpaksa di ponteng. Nasib baik Sara mahu mengambil-alih tempatnya. Kalau tak, tentu sukar untuk memohon cuti. Thea memandang telifon pasangan yang digenggaman.
            “Saya cuba apa yang boleh. But I can’t promise you bila awak banyak berahsia dengan saya”
            Q kedengaran marah? Dia marah sebab dirinya membatalkan date ke? Thea tahu dia pentingkan diri tapi Tirah lebih penting dari semuanya. Malah Q sekalipun.
            “Kakak” kehadiran Tirah yang tiba-tiba berdiri memegang paha membuatkan Thea terkejut. Dia segera tersedar. “Kenapa?” dia menyoal, risau.
            “Hauslah. Tirah nak air”
            “Akak pesan ‘kan? Jangan main sampai penat. Lupa ke?”
            Tirah tarik muka. “Ala kak. Tirah seronok. Pleaseeeee. Belikanlah” dia merapatkan kedua tangan dan membuat muka comel. Thea memandang, berusaha untuk serius sebelum akhirnya mengalah. Senyuman diukir dengan tawa kecil.
            “Pandai ye?”
            “Sayang akak” kucupan singgah di pipi sebelum dia kembali ke tempat permainan. Thea hanya mampu menggeleng. Tirah memang pandai menggunakan kelemahan yang dimiliki olehnya. Akhirnya dia bangun dari kerusi dan masuk ke dalam hospital semula.
            Kaki diatur kearah kafeteria yang berhampiran. Kelihatan ramai doktor dan jururawat yang sedang berehat sambil menjamu selera. Keadaan sedikit kekok kerana hanya dirinya sahaja yang berpakaian berlainan dari mereka.
            Tanpa menghiraukan semua itu, Thea berlalu ke kaunter. “Nak apa dik?” penjual wanita itu menyoalnya.
            “Air sirap bungkus satu kak” dia memberitahu.
            Thea melihat penjual tersebut melakukan tugasnya. Dia menunggu sambil memandang tv yang berada diatas kepalanya ketika ini.
            “Baiklah. Seperti yang dinanti-nantikan oleh semua peminat. Ya. Tekaan anda benar. MV di tempat pertama kali ini adalah First Love daripada MARS”
            Tepukan hanya hadir daripada 2 pengacara tersebut. Jantung Thea seakan berhenti berdegup. Dimana sahaja dirinya pergi, pasti MARS akan mengekori. Dia tidak berkelip melihat Q yang sedang menyanyi. Tidak dinafikan, dia penyanyi yang hebat. Bukan kerana rupa semata.
            “Ini airnya”
            Perhatian Thea kembali ke arah penjual tersebut. Selepas membayar dan mengambil air, dia berlalu keluar dari kafeteria dan terus menuju ke tempat permainan kanak-kanak. Langkah Thea terhenti melihat Tirah yang sedang bermain dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
            “Tirah!” dia memanggil risau. Tirah memandangnya dengan senyuman. “Kakak” segera dia berlari ke arahnya. Thea sedikit lega. Dia segera memegang erat tangan Tirah. Budak ni. Entah siapa-siapa yang dia main. Tak reti takut sungguh.
            “Ini air kamu. Mari kita duduk dulu”
            Mereka berdua duduk di bangku berhampiran. Tirah menghirup air sirap dengan rakus kerana kehausan. Thea menggeleng. “Perlahan. Nanti tersedak”
            “Ahhhh” wajahnya kembali bercahaya. “Sedapnya” ibu jari ditunjuk. Thea senyum sedikit. Dia mengangkat muka apabila terasa seseorang menghampiri. Thea berubah riak. Wajahnya bertukar dingin. Dia sudah bersedia dengan apa jua keadaan sekarang.
            “Tirah” tangan si adik digenggamn erat. Apa-apa hal, boleh lari terus. Sebaik berhenti beberapa langkah dihadapan, dia memberi senyuman. Topi yang dipakai, ditanggalkan sambil dia membetulkan rambut yang sedikit berserabut.
            Thea tergamam. “Q?”
            Dia melihat sekeliling. Beberapa jururawat yang ada turut berbisik sesama sendiri. Thea sedikit cemas. Lelaki ni. Dia buat apa dekat sini? Macam mana kalau mama nampak?
            “Hey Tirah”
            Dia mengangkat sebelah tangan. “Hai abang” Tirah dengan mesra menampar tangan Q. Lelaki itu tersenyum sambil menggosok rambut Tirah dengan lembut.
            “Awak buat apa sini?” Thea menyoal, perlahan. Dia risau Tirah mendengar perbualan mereka. “I came to see my wife. Is that a problem?
            “By the way, there is camera around you. So, be careful” dia menambah sebelum sempat Thea membalas. Thea memerhati sekeliling. Dia mampu mengenali beberapa jurukamera yang berpura-pura menjadi orang awam. Thea menghela nafas.
            “Ini ke perkara penting sampai awak ditch our date?” dia menyoal sebelum duduk disebelah. Tirah sudah kembali ke taman permainan. Thea tidak menjawab. Dia masih merasa sebal kerana Q sesuka hati muncul didalam kehidupan peribadinya.
            Q senyum sendiri. If this is the reason, then, shame on me. Of course her sister is more important. Jadi ini sisi Thea si ice princess? Keluarga lebih penting dari sesiapa termasuklah aku? Q geleng sendiri. Terselit rasa kagum sebenarnya.
            “Macam mana awak tahu?” dia akhirnya menyoal. Rasanya dirinya tak memberitahu sesiapa. Q ni ada simpan GPS chip dekat badan aku ke? Ngeri pula bila difikirkan.
            “Of course your dear friend. Sara”
            Thea menjuling mata. Mia Sara! Siaplah kau bila kita jumpa nanti. Tak reti simpan rahsia sungguh. “So, she is Tirah. Your sister?”
            Perlahan dia mengangguk. Q memandang. Tak seiras sangat tapi ramai je sibling yang tak seiras juga. “Saya ada satu rancangan. Memandangkan awak tak boleh tinggal Tirah dan kita tak boleh ditch penggambaran hari ni”
            Thea menoleh dengan kerutan. Q tergelak. Thea nampak comel sekarang ni. “Marilah. Saya pasti Tirah mesti suka” tanpa menunggu jawapan, dia berlari sedikit untuk mendapatkan Tirah. Beberapa saat sahaja, Tirah segera mengangguk. Thea mengetap bibir. Budak ni! Senang sungguh dipujuk!
            “Kak Thea. Marilah. Abang nak bawa kita jalan-jalan” Tirah memanggil, riang. Dia sudah memegang tangan Q dengan wajah gembira. Thea serba-salah. Tapi kasihan pula. Q bersusah-payah datang walaupun sibuk dengan kerja. Akhirnya dia mengalah dan mendapatkan mereka.