Monday, 28 January 2013

Isteri Aku Rambut Blonde 36

               Jas merenung ke luar tingkap. Suasana di kafe yang sunyi membuatkan fikiranya merawang jauh. Dia menghela nafas. Terbayang diminda kegembiraan Dara dan abang sewaktu mereka menguruskan majlis tahlil arwah nenek.
                Kau cemburu Jas?
                Dia mengangguk. Siapa tak cemburu? Bukan sebab lain tapi dia juga inginkan kebahagiaan seperti itu dengan pasanganya sendiri.
                Jadi, cubalah cari dari sekarang.
                Bukan senang. Jas kenal ramai lelaki sepanjang dia bekerja dan berjumpa klien. Tapi tak ada satu pun yang boleh dibuat suami. Melihat Dara yang bertahan dengan segalanya demi abang, Jas akui dia sangat kagum. Sejak sekolah, dia sentiasa mengagumi hidup Dara. Bukan sebab kemewahan yang gadis itu miliki. Tapi sikap tabah dan begitu kuat menghadapi segala rintangan yang datang.
               Ketukan di meja buat dirinya tersedar. Jas mengangkat muka dan melihat Arieff memberi senyuman sebelum menarik kerusi lantas duduk dihadapanya.
                “Jauh menung?”
                Kaget dia sekejap. “Bertuah punya kawan. Berkurun kita grad, baru hari ni kau meseg aku cakap nak jumpa? Apahal tak tunggu waktu kau nak kahwin je nanti?”
                Arieff tersenyum. Rasa bersalah pula namun dia buat semua ini kerana terpaksa. Hati yang kecewa, harus dirawat terlebih dahulu. Berbulan masa yang diambil untuk dirinya benar-benar pulih. Namun luka yang ada masih berparut.
                “Aku sibuk la, Jas. Tak sempat nak contact sesiapapun. Sekarang baru ada masa”
                Jas mencebik. Iyalah sangat tu. Sibuk apanya? Bukanya Perdana Menteri Malaysia. Duduk Penang je pun.
                “Hah, ada apa kau call aku tiba-tiba ni? Nak bagi kad kahwin ke?”
                Arieff menggeleng. Dia sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Takut juga kalau Jas terkejut. Tapi rahsia besar ini tidak harus disimpan lebih lama.
                “Aku sebenarnya nak cari Dara. Tapi sebab kami dah lost contact, kau je harapan aku sekarang ni”
                Jas kerut dahi. Arieff cari Dara? Kenapa? Takkanlah nak menyambung semula hubungan cinta yang tak kesampaian? Dara baru je selesai dengan Eva.
                “Kenapa?” dia menyoal, ringkas. Arieff menghela nafas. Dia kemudian menghulur gambar Dara kearah Jas. Gadis itu melihat sebelum mengerut dahi.
                “Kau dah gila ke, Rieff? Dara dah kahwin tahu? Kau masih tak boleh lupakan dia ke? Macam mana kau ada gambar waktu sekolah dia? Kau stalk dia?”            
                Arieff tergamam mendengar soalan Jas yang bertubi-tubi. Jas menghela nafas turun-naik. Sungguh dia tak sangka. Nasib baik mereka di tempat umum.
                “Dara baru je nak berbaik dengan abang. Kenapa kau tiba-tiba datang hah?” dia menyoal, lemah. Rasa kasihan pada Dara semakin dalam. Tak boleh ke kawan aku tu hidup bahagia tanpa gangguan? Tak cukup ke dengan apa yang dia lalui sebelum ni?
                “Abang?” kali ini, Arieff pula tak faham. “Dara kahwin dengan abang aku. Kau tak tahu ke?”
                Arieff diam. Kez abang Jas? Patutlah Jas dan Dara sangat rapat. Dia menghela nafas. Betapa anehnya jodoh Dara. Tapi sekarang dia sudah tidak punya apa-apa perasaan lagi. Arieff sudah teruskan hidup tanpa nama Dara lagi. 
                “Aku cari Dara sebab hal lain, Jas. Aku akan berkahwin tak lama lagi. Perasaan aku pada Dara hanyalah sementara sahaja. Bila aku jumpa Nur, baru aku sedar. Aku bukanya suka sangat pada Dara pun”
                Jas terdiam. Jadi, Arieff kembali bukan untuk jadi penganggu. “Habistu? Macam mana kau boleh ada gambar Dara waktu sekolah?”
                “Gambar tu aku jumpa dekat bilik bacaan papa aku” dia membuka bicara. Jas semakin pelik. Macam mana papa Arieff boleh kenal Dara?
                “Aku tak faham la. Apa kau cakap ni?”
                Arieff menghela nafas. Dia tahu Jas harus difahamkan terlebih dahulu sebelum dia mahu meminta pertolongan dari gadis ini. Lagipun, hanya Jas yang rapat dengan Dara.
                “Aku sendiri baru tahu beberapa minggu yang lepas. Sebenarnya, aku dengan Dara adik-beradik. Papa aku pernah berkahwin dengan arwah mama Dara dahulu”
               Jas tergamam. Dia langsung tak menduga semua ini. Terasa macam berada didalam drama melayu tv3 pukul 9 malam. Biar benar? Dalam banyak-banyak manusia didunia ini, Dara boleh jadi adik Arieff yang dahulu pernah jatuh cinta denganya?
                “Apa kau merepek ni? Papa Dara meninggal waktu dia kecil lagi. Dara sendiri beritahu”
              Arieff mengangguk. Dia sendiri rasa tak percaya. Tapi papa tak punya sebab untuk menipu. Lagipun, papa tak kenal Dara. Papa juga tak pernah tahu dirinya pernah mengenali Dara.
                “Mulanya, aku sendiri tak percaya. Tapi papa aku ada bukti yang kukuh. Dara cakap dia sendiri tak ingat wajah papa dia sebab dia terlalu muda waktu itu ‘kan?”
             Jas tak mengangguk. Otaknya dah berpusing-pusing sekarang. Semuanya rasa macam mimpi. “Papa aku pernah berkahwin dengan Diana Najwa ataupun lebih dikenali dengan nama D Najwa waktu mereka sama-sama berlajar di New York. Mereka berkahwin tanpa restu keluarga”
                Jas mendengar penuh teliti. Dara tak pernah cerita kisah arwah mamanya dan Jas tidak bertanya takut Dara akan lebih terluka. Benarkan papa Dara masih hidup? Dara akan gembira ke kalau dia tahu? Bertahun lamanya Dara hidup dengan kenyataan papanya sudah meninggal dan dirinya yatim piatu. Macam mana reaksi Dara kalau dapat tahu nanti?
                “Ketika dia berkahwin dengan D, papa aku sebenarnya dah berkahwin dengan arwah mama aku. Dia kemudian terpaksa pulang dan dapat tahu mama aku dah mengandungkan aku. Papa tinggalkan semuanya dan pulang menjaga mama aku demi keluarga dia dan keluarga mertua dia”
              Okay, sekarang dia benar-benar pening. Apa yang Jas faham, papa Arieff berkahwin dahulu dengan mama Arieff sebelum berkahwin lagi dengan mama Dara sewaktu dia berlajar. Kenapa rumit sangat cerita mereka ni?
                “Beberapa bulan lepas tu, mama Dara dapat tahu. Dia confront dengan papa aku depan rumah keluarga dia. Bila mama Dara dapat tahu, dia terus tinggalkan papa aku tanpa cakap apa-apa. Beberapa bulan lepas tu, papa dapat surat cerai je. Waktu itu, papa aku taktahu mama Dara tengah mengandungkan Dara”
                Tekak terasa kering. Sehingga sekarang dia sendiri merasa perkara ini sukar untuk dipercayai. Arieff sendiri taktahu bagaimana reaksi Dara. Tapi pastinya takkan baik. Dia tahu kisah hidup Dara. Dia tahu kepayahan yang Dara lalui kerana tak punya ibubapa. Arieff tak salahkan Dara jika dia tidak mampu menerima semua ini dengan baik.
                “Aku….taktahu nak cakap apa” Jas menggeleng sendiri. Dia sendiri terkejut. Bagaimana pula dengan Dara? “Kau benar-benar yakin, Rieff?”
                Arieff mengangguk, yakin. Dia punya bukti kukuh. Dara dibintikan dengan Abdullah kerana itu nama islam papa. Atas dasar seorang anak, Arieff mahu papa dipertemukan dengan Dara. Dia tahu papa sentiasa merindui Dara. Walaupun tak ditunjukkan secara terang-terangan.
                “Sekarang aku nak minta tolong kau untuk pertemukan papa aku dengan Dara. Kau boleh bantu aku ‘kan?”
                Jas tergamam. “Hah?”
                “Kau je harapan aku sekarang, Jas”
                Sekarang dia rasa serba-salah. Jas sendiri tak pasti bagaimana penerimaan Dara mengenai berita ini. Jas risau kalau Dara tak mampu menerimanya. Terlalu banyak yang Dara lalui. Jas takut kalau perkara ini membuatkan Dara jatuh dan tak mampu bangun lagi.

*****************************************************************

                Bunyi loceng rumah yang bertalu-talu membuat dia berlari dari dalam bilik menuju ke ruang tamu. “Sekejap!”
                Pintu rumah dibuka. Kaget sekejap dia melihat perempuan yang berdiri di muka pintu sambil rambut menutupi sebahagian daripada wajahnya. “Na” perempuan itu bersuara. Terkebil-kebila Nana memandang.
                “Na” suara itu kedengaran sedikit sebak. Nana kerut dahi. “Eva?”
                Perempuan itu mengangguk. Ya Allah. “Masuk dulu. Apa dah jadi dengan kau?” segera tangan Eva ditarik masuk dan dia menutup pintu semula. Setahunya, sebelum pergi kerja tadi pakaian Eva elok je.
                Dia memandang Eva yang duduk disofa dengan tangan yang menggeletar. Nana semakin hairan. Apa yang berlaku? Kenapa Eva seteruk ini? Perlahan Nana menghampiri. Kasihan lihat Eva seperti ini. Rasa ingin menangis melihat Eva yang seperti orang ketakutan sekarang ini.
                “Eva Liana!” dia memanggil apabila Eva seperti berada didunia sendiri. Eva menoleh. Nana menggeleng. Perlahan dia menyelak rambut yang menutupi wajah temanya itu. Sekali lagi Nana terkejut.
                “Ya allah. Apa dah jadi dengan kau? Siapa yang buat kau sampai macam ni?”
                Dengan wajah yang merah kesan tapak tangan. Tepi bibir yang pecah dan berdarah. Make-up yang sudah sememeh. Siapa yang melakukan semua ini tanpa belas?
                “Siapa buat kau, Eva? Cakap! Lelaki ke? Kez ke?”
                Eva menggeleng. Airmata menitis. Sungguh dia tak pernah merasa malu seperti sekarang ini. Seumur hidup, tak pernah dirinya dilayan seperti ini.
                “Na” dia menoleh. Nana menjadi sebak melihat airmata Eva merambu keluar. Segera dia menarik Eva ke dalam pelukan. Eva menangis teresak-esak.
                “Aku malu sangat, Na. Tak pernah aku dimalukan macam ni. Aku malu sangat”
                Airmata Nana turut menitis walaupun dia masih tak faham apa yang Eva cakapkan. “Apa salah aku, Na? Aku hanya jatuh cinta. Aku cuma nak pertahankan cinta aku. Salah aku ke?”
                Nana diam. Perlahan dia merenggangkan pelukan dan mata mereka bertentang. Nana mengesat airmata Eva yang mengalir sebelum menghela nafas. “Cerita dekat aku, Eva. Apa yang berlaku? Kau bergaduh ke?”
                Eva mengangguk. “Aku….jumpa Dara…tadi” Nana nyata terkejut. Eva jumpa Dara? Seberani itu? Tanpa sedar dia menggeleng. “Aku tak sangka, Na. Dara….dia….aku…”
                Nana menggeleng. Rasa kasihan bercampur-baur sekarang ini. Dia faham semuanya. Tapi Nana tak yakin jika dia mampu menyebelahi Eva ketika ini. Semua ini berlaku kerana sikap pentingkan diri Eva juga.
                “Dia yang buat kau macam ni ke?”
                Eva mengangguk lagi. Nana mengeluh. Dia sendiri tak pasti apa yang harus dikatakan. Salah Dara kerana hilang sabar namun kalau dilihat sebenarnya Dara juga banyak bersabar dengan sikap Eva sebelum ini.
                “Aku dah cakap pada kau dulu ‘kan? Jangan bermain dengan api. Walaupun Kez tak ingat Dara tapi Dara tu isteri dia. Kez boleh tinggal kau macam barang buruk. Tapi Dara, walaupun dia benci, walaupun dia tak ingat, Dara tu menantu. Dia ada hak”
                Nana menggeleng. Dia kasihan melihat Eva yang terus menjadi hamba cinta kerana merasakan dirinya hanya boleh mencintai Kez. Bukan lelaki lain. “Beritahu aku, Eva. Sekarang, apa yang kau dapat? Kau seronok diperlakukan macam ni? Kau seronok maruah kau dipijak-pijak macam ni?”
                Eva diam tanpa jawapan. “Eva!” bahu teman dipegang lembut. Sebagai rakan, dia sentiasa mahu Eva bahagia tapi bukan dengan cara seperti ini. Ramai lagi lelaki diluar sana untuk Eva. Bukan Kez seorang sahaja.
                “Lepaskan dia. Biar Kez pulang ke pangkuan Dara. Kau teruskan hidup kau. Cukuplah dengan apa yang kau lalui. Mereka dah berkahwin. Apa sebenarnya yang kau mahukan?”
              Airmata diseka hiba. Kerana cinta, dia jadi seperti ini. Kerana cinta, dia biar dirinya dihina. Kerana cinta, dia tak kisah meruntuhkan rumahtangga kaum sejenisnya sendiri. Semuanya kerana dia mencintai Kez. Hanya Kez. “Kau tahu sejak sekolah, aku hanya cintakan dia. Kez lain, Na. Dia berbeza dari lelaki-lelaki yang aku jumpa. Hati aku ni, jatuh cinta hanya pada dia. Hati aku berdebar hanya bila berdepan dengan dia”
                “Tapi dia berbaloi ke dengan apa yang kau lalui sekarang? Kau dalam keadaan macam ni, ada dia tanya apa-apa? Ada dia pedulikan kau? Kau je yang cintakan dia setengah mati, Eva. Kez hanya hilang ingatan. Jika ingatan dia kembali pulih, kau takkan diberi peluang langsung. Kau sendiri cakap, Kez hanya pandang Dara. Kez hanya nampak Dara. Kenapa kau nak seksa diri kau sendiri?”
                Airmata menitis lagi. Eva menghela nafas. Sakit sangat. Sama seperti waktu Kez menolak cintanya mentah-mentah dahulu. Sama seperti waktu dia dapat tahu Kez sudah bertunang dengan Dara. Sama seperti waktu dia melihat mereka berdua di annual dinner syarikat.
                “Kenapa? Kenapa aku boleh cintakan dia sampai macam ni? Kenapa aku tak boleh lepaskan dia? Kenapa, Na?”
                Nana menahan rasa. Dia sangat kasihan melihat Eva sekarang ini. Eva yang dahulu sangat berkeyakinan. Eva yang dahulu tidak akan membenarkan sesiapa memijaknya sesuka hati. Semua itu berubah dengan mendadak sejak Kez hadir didalam hidupnya.
                “Kalau kau yakin, kau pasti boleh. Aku akan bantu kau. Lupakan dia dan mulakan hidup baru. Ini bukan kehidupan yang kau inginkan. Aku pun tak mahu lihat kau macam ni. Jangan risau. Aku akan bantu kau lupakan dia!”
                Eva mengangguk. Dia kembali memeluk Nana dan airmata semakin laju. Perasaan malu tidak sekuat perasaan sakit mengenangkan cinta yang tidak kesampaian. Cinta yang dahulu memberi keindahan didalam hidupnya, kini hanya tinggal kenangan.
                Kez, kenapa bukan I? Kenapa mesti dia? Apa kurangnya I? Hatinya menyoal, hiba. Walaupun sukar untuk melepaskan lelaki itu tapi Eva tahu dia harus memaksa diri sendiri. Eva tak mahu perkara sama berulang kembali. I cintakan you, Kez. I terlalu mencintai you. Kalaulah you tahu. Airmata dibiarkan mengalir sama seperti darah didalam hatinya ketika ini.

*********************************************************

                “Assalamualaikum” pintu rumah dibuka selepas memberi salam. Dara kehairanan apabila tiada balasan dari dalam walaupun kereta Kez sudah tersadai di perkarangan rumah.
                “Abang?”
                Mata meliar selepas pintu rumah terkunci. Kemudian, senyuman terukir. Kez tertidur diatas sofa dengan tv yang tidak ditutup. Perlahan dia menghampiri sebelum mencapai remote control dan menutup tv. Dara menggeleng.
                “Letih sangat agaknya sampai tertidur” dia bersuara perlahan. Dara duduk disebelah Kez sebelum perlahan menarik stoking di kaki suaminya itu. Kemudian, dia melonggarkan tali leher yang sudah senget. Dara kaget apabila bibirnya dikucup lembut. Dia menoleh. Kez memberi senyuman.
                “Baru balik?” selamba dia menyoal. Dara menjauhkan diri dengan rasa terkejut. Sekarang dia bertambah hairan. Siapa sebenarnya yang lahir di luar negara ni? Aku ke Kez?
                “Kenapa?” tangan mengusap pipi. Dara kembali sedar. Dia kemudian menggeleng. “Dara ingat abang dah tidur”
                Kez bangun membetulkan duduk sebelum mengangguk. “Abang terjaga waktu Dara tarik stoking tadi” Dara mengecilkan mata dengan rasa geram. “Ohh, abang nak ambil kesempatan ye?”
                Suaminya itu hanya ketawa. “Tak salah ‘kan?” dia menyoal bersama tawa. Dara menggeleng. Sabar je la. Perangai menyakat tu takkan pernah berubah.
                “Kenapa lambat sangat balik? Banyak sangat ke kerja dekat butik tu?”
                Dara mengangguk. Ramai sangat pelanggan hari ni. Rasa macam tak menang tangan dibuatnya. Tapi bukan itu yang meletihkan dirinya. Kalaulah Kez tahu Eva datang ke butik hari ini. “Banyak pelanggan tadi. Abang dah makan?”
                “Belum. Kita makan luar je la”
                Kez mengeliat sedikit, merenggangkan tulang yang terasa lenguh. Dara memerhati tanpa sedar. Mungkinkah Eva takkan wujud lagi dalam hidup kita? Adakah saya masih mampu mengenggam tangan awak seperti selalu tanpa rasa luka?
                Kez mengerling sebelum mengerut dahi. Dara mengelamun jauh. Apa yang difikirkan olehnya? “Sayang” dia mengusap pipi Dara dengan lembut. Dara kembali tersedar.
                “Kenapa ni? Tak sihat ke?”
                Dara menggeleng. Kalaulah Kez ingat semuanya. Kalaulah dirinya tak perlu rasa insecure macam ni. Dara akui dia rasa tidak yakin bila membabitkan cinta Kez yang sekarang. Walaupun cuba dilupakan, Kez pernah mengkhianati dirinya. Kez pernah memilih Eva.
                “Abang” dia bersuara, perlahan. Kez memandang. “Kenapa?”
                “Tadi….Eva datang” wajah Kez masih tenang. “Dia jumpa Dara”
                Kez memandang tanpa riak. Dara menghela nafas. Adakah sehingga ke akhirnya, perkahwinan mereka ini akan terus dikaitkan dengan Eva? Sejauh mana dirinya mampu bertahan setiap kali nama Eva muncul? Hati perempuan mana tak terluka bila suaminya curang. Walaupun Kez langsung tidak mengingati dirinya namun sakit itu tetap ada.
                “She asked me to let you go. With confidence that you love her more. She said she will fight for what she loved
                Tekak terasa berpasir. Setiap kali membabitkan Eva, hatinya pasti akan ditoreh-toreh. Apabila terpaksa meraih cinta dari suami sendiri, sejujurnya dia hampir gila. Selama ini dirinya bertahan adalah kerana cinta yang sangat dalam buat Kez.
                “Dara” tangan Dara diraih. Kez risau lihat Dara yang sekarang. Dara yang tiada keyakinan diri. Salah aku kerana memilih Eva dahulu. Salah aku kerana lukai hati dia.
                “Tiada lagi Eva dalam hidup kita. Semuanya sudah abang putuskan sebelum abang pulang ke pangkuan awak. Abang minta maaf diatas apa yang Eva cakapkan. Abang tahu Dara masih terluka. Abang akan lakukan apa sahaja untuk tebus semua kesalahan abang dahulu”
                Dia merenung jauh ke dalam mata Kez. Dara menghela nafas. Dia terlalu mempercayai Kez. Dia terlalu mencintai. Bukan sekejap mereka mengenali satu sama lain. Pelbagai rintangan sudah ditempuh. Walaupun perkahwinan ini tidak seperti yang diimpikan. Tapi imam yang Dara inginkan hanya lelaki ini. Tak mampu rasanya membayangkan orang lain yang mengambil-alih tempat Kez sekarang ini.
                “I love you. I love you so much. There is no Eva or other women in my heart. You are my wife. My love. My everything. I’m sorry for what have I done to you. But please, sayang. Give me one more chance. I’ll never let you down
                Tubuh Dara diraih dan dipeluk erat. Dara hanya diam. Bila kepercayaan dikhianati, bukan senang mahu mendapatkanya semula. Walaupun diri sendiri mengatakan semua okay tetapi hati yang terluka tetap harus dipujuk. Walaupun dia sendiri yang mahu melupakan semuanya namun semua itu pasti akan mengambil masa. Dara berharap perkahwinan mereka ini akan kekal sehingga ke akhir hayat mereka.

***********************************************

                “Kau dah tahu?”
                Kez menghentikan langkah dihadapan Zahid. “Apa?” dia menyoal semula. Zahid memandang sekeliling. Semua pekerja pejabat sedang melihat mereka walaupun berpura-pura membuat kerja masing-masing.
                “Ikut aku”
                Lengan Kez ditarik menuju ke pantri berhampiran. “Kenapa kau, Id? Tak sempat masuk bilik ke? Fail atas meja aku dah bertimbun tahu?”
                Zahid memandang sekeliling. Apabila semuanya seperti biasa, dia kembali memandang Kez. “Kenapa?” Kez menyoal lagi.
                “Takkan kau tak dengar apa-apa?”
                Kez mengeluh. “Apanya, Id? Aku tak dengar la yang buat aku tanya. Whats wrong with you?”
                 Zahid memandang. Kez nampak macam tak tahu apa-apa. Tapi, takkan dia tak dengar apa-apa dari Eva? Kez memandang, hairan. Apahal tenung aku macam tenung girlfriend pulak ni? Tak sihat ke budak ni.
                “Eva hantar surat letak jawatan pagi tadi”
                “Apa?”
                Zahid mengangguk. “24 jam. Dia berhenti terus. Aku tak sempat tanya sebab dia serahkan surat tu pada Seri pagi tadi”
                Kez masih diam. Apa yang berlaku diantara Dara dan Eva waktu mereka berjumpa dulu? “Kau tak dengar apa-apa ke?” Zahid menyoal. Kez menggeleng. Dia memang tak dengar apa-apa.
                “Biarlah dekat dia. Aku malas nak ambil tahu dah. Banyak lagi benda nak aku fikir sekarang”
                “Kez”
                “Apa lagi?”
                “Kau dengan Dara dah okay? Apahal aku tengok kau macam ada masalah je? Eva lagi ke?”
                Kez segera menggeleng. Hal rumahtangganya, biarlah diselesaikan sendiri. Zahid dah terlalu banyak menolong sehingga kez jadi malu.
                “Tak ada apa-apa la, Id. Aku nak masuk bilik ni. Kita bincang lain kali je” Kez berlalu keluar dari pantri tanpa menunggu lagi.

************************************************

                “You tak marah I lagi?”
                Judy tersenyum. “No way. I sibuk je sebab itulah tak dapat contact you lepas peristiwa tu”
                Dara turut mengukir senyuman. Dia lega kerana Judy tak merajuk lagi. Sekarang, banyak yang harus difikirkan selain dari Judy. Rumahtangganya masih bergolak walaupun semua sudah kembali kepada asal.
                “You sihat?” Judy menyoal, risau. Dia merenung memandang wajah Dara yang semakin kurus. Pucat lagi. Apa yang terjadi? Judy sentiasa risau selepas Dara berkahwin dengan Kez. Dia dapat rasakan yang Dara banyak pendamkan semuanya.
                “Great. You taknak balik sini ke?”
                “Kenapa? You ada masalah ke?”
                Dara geleng. Senyuman masih di bibir. Dia tak mahu Judy risau tapi sekarang Judy sangat diperlukan untuk memberinya semangat semula.
                “Jude” dia bersuara, perlahan. Judy sudah mampu menduga. Dara tak mampu memendamkan semuanya lagi. Mata Dara terasa hangat tiba-tiba.
                “Tell me. Everything. Apa yang berlaku?”
                Dara menceritakan semuanya. Bukan membuka aib sesiapa tapi dia hanya perlukan seorang pendengar setia. Walaupun dia sayang Jas macam dia sayang Judy, tapi Judy sudah dianggap seperti arwah mama. Judy ada setiap kali diperlukan.
                Judy menghela nafas melihat Dara mengesat airmata yang mengalir. Hatinya bagai dihiris perlahan. Melihat Dara menangis, dia terasa mahu menumbuk wajah Kez sekarang. Tapi seperti yang Dara cakap. Kez lupa ingatan. Dia salahkan Dara dan kerana itulah Kez lakukan semua ini. Jadi, salah siapa sebenarnya?
                “You said he’s worth it. Ini ke kehidupan yang berbaloi tu?”
                Dara tidak menjawab. Dia tak perlukan sindiran Judy sekarang. Judy mengeluh. Dia kasihan tapi ini masalah rumahtangga Dara. Sekarang, Dara bukan belasan tahun lagi. Dara bukan tanggungjawabnya lagi.
                “Apa yang buat you bertahan selepas apa yang berlaku? Jangan cakap sebab dia hilang ingatan. I akan lebih marah pada dia”
                Dara mengangkat muka melihat wajah Judy yang serius. “Memories. Love. Our family. Everything Jude. 6 years is a very long journey. We knew each other like a book synopsis. Even I can create a whole new book about him. It’s not that easy. He makes mistake and he ask for forgiveness. I forgave him but Eva…”
                Dia hanya mampu menggeleng. “I just hate the look that she gave me. The look that told me she knew this new Kez more than me. The look that told me that this new Kez love her not me.  I really hate it
                “Babe! Listen to me!
                Judy bersuara, pantas. Dara memandang. “Eva is nothing. You heard me? She is nothing. The problem is, you stiil hurting. Your trust is zero for him. That’s the problem. You feel insecure because you don’t know this new Kez. You’re not confident whether he truly love you because of you or because you are his wife
                Dara terdiam. “Kenapa dahulu you cool bila kalian terpisah benua? Kenapa dahulu you rilex walau tahu Eva satu syarikat dengan Kez? Why?
                Judy lihat Dara menggeleng. “Because you trust him. You yakin dia setia. Sebab itulah you tak kisah. Bila hubungan jarak jauh, kepercayaan di tempat pertama dan kemudian baru cinta. Itu yang you harus buat sekarang. Percayakan dia. Macam you cakap. He wanted a second chance and you gave him. Jadi, you kena bersabar. I yakin Kez akan buat apa sahaja untuk dapatkan kepercayaan you semula. You just have to trust him once again
                Kata-kata Judy ada kebenaran. Mungkin dirinya harus menenangkan diri sendiri dahulu. Mungkin masalah mereka bukan kerana Eva semata-mata.
                “I letih sangat, Jude. Kami baru nak berbaik. Tapi bukan senang. Hati I dah terluka. Kez harus berusaha lebih kuat untuk dapatkan kepercayaan I semula”
                Judy mengangguk, bersetuju. “Semua dugaan yang berlaku pasti punya hikmahnya. You harus banyak bersabar dan berdoa pada Yang Esa. DIA sahaja yang boleh bantu you. Jangan cepat putus asa. I yakin jodoh you dengan Kez masih panjang”
                Senyuman terukir sedikit. Judy sentiasa mampu melegakan hatinya dengan kata-kata. “I miss you so much, Jude. Come back here, please
                Judy menghela nafas. Hati rasa sebak melihat wajah Dara merayu seperti itu. “I’ll try. I freaking worried seeing you right now. Kenapa nampak pucat sangat?”
                Dara terkejut. Dia memegang wajahnya dengan rasa hairan. “Pucat? I rasa biasa je?”
                Judy menggeleng. “No. You nampak pucat dan kurus sangat. Kalaulah Kez depan I sekarang. Tahulah macam mana I kerjakan dia”
                Dara tersenyum. Bercakap dengan Judy melegakan mindanya sedikit. “Thanks Jude. I minta maaf risaukan you selama ni”
                Judy hanya diam. Dia lega Dara ceritakan semuanya. Patutlah selama ini dia rasa macam Dara rahsiakan sesuatu. Perkara besar ini rupanya. Tapi memang tak sangka sungguh Kez akan curang. Kez yang dahulu sangat mencintai Dara. Apa yang berlaku sekarang?
                “Bos
                Dara menoleh kearah pintu. “Customer” Dia mengangguk sebelum memandang Judy. Wanita itu tersenyum. “Pergilah. Kita sembang lain kali”
                Senyuman diberi. “Take care. I miss you and I love you” Judy hanya mengangguk. “Take care too. Jangan overstress diri sendiri”
                “Baik bos
                Laptop ditutup. Dara bangun menolak kerusi sebelum menapak kearah Manda. Namun matanya tiba-tiba merasa gelap sebelum dia tidak mengingati apa-apa lagi kecuali jeritan cemas Manda.

**************************************************************

                +Dara pengsan. Dia di hospital sekarang+
                Kez bergegas meninggalkan site sebaik mendapat meseg dari Manda. Nasib baiklah Zahid memahami. Dia bergegas ke Island Hospital sebelum bertemu dengan Manda yang sedang duduk di luar bersama doktor perempuan yang merawat Dara.
                Manda menoleh apabila menyedari kehadiranya. Kez menghampiri bersama nafas yang sedikit mengah. “Kenapa dengan Dara?” dia menyoal, risau.
                “Kez, kenalkan dengan doktor Hana. Dia yang merawat Dara”
                Kez menoleh kearah doktor muda itu. “Saya suami Dara. Apa yang berlaku kepada isteri saya?”
                Doktor Hana mengukir senyuman. Kez sedikit hairan. “Tahniah, Encik Kez. Isteri encik sudah 4 minggu mengandung”
                Kez tergamam. Manda terkejut. “Mengandung?”
                “Ye. Puan Dara pengsan kerana keletihan dan kekurangan zat. Saya syak Puan Dara sendiri tak mengetahui yang dirinya sedang mengandung sekarang ini”
                Manda ketawa, kecil sambil menggeleng. Dia sangat gembira. “She’s pregnant. Boss pregnant” Manda memandang Kez yang masih kaku. Manda mengerut dahi. “Kez!”
                Kez tersedar. “Huh?”
                “Kejap. Isteri saya mengandung. Betul ke, doktor?”
                Doktor Hana mengangguk. Dia tergelak kecil. Kegembiraan seorang ayah. Tiada sesiapapun yang mampu memahaminya kecuali si ayah itu sendiri. Kez tergelak. Jelas kelihatan kegembiraan di wajahnya. Doktor Hana turut tersenyum.
                “Jadi, macam mana dengan isteri saya? Kenapa sampai boleh pengsan?”
                “Puan Dara hanya keletihan. Saya rasa dia sedikit stress sejak kebelakangan ini. Jadi, saya minta Encik Kez untuk menjaga isteri encik dengan baik. Ibu mengandung ni sedikit beremosi jadi banyak yang perlu dijaga”
                Kez mengangguk. “Boleh saya jenguk isteri saya?”
                Doktor Hana mengangguk. Kez mengucapkan terima kasih sebelum masuk ke dalam wad. Kelihatan Dara sedang berehat. Wajahnya kelihatan pucat. Kez diburu rasa bersalah. Pasti sebab Eva. Mereka bergaduh lagi kerana Eva sehingga membuat Dara stress.
                “Sayang”
                Kez bersuara, lembut. Dara menoleh. Hati merasa sebak dengan segera. Pergaduhan mereka membuatkan dirinya begitu sedih. Dia merindui Kez. Lelaki ini terlalu dicintai sehingga Dara tak mampu untuk memarahinya untuk jangkamasa yang lama.
                “Abang” Kez menghampiri sebelum mengucup lembut dahi, pipi dan kemudian bibir. Tubuh Dara rasa bergetar. Dia merasakan cinta Kez sekarang ini. Mungkin salah dirinya juga yang terlalu mencemburui Eva. Seperti Judy cakap. Mungkin dirinya harus berikan peluang buat Kez.
                “Terima kasih, sayang. Terima kasih” Kez memeluknya erat. Airmata menitis. Dara membalas pelukan Kez dengan perasaan lega. Segala yang berlaku mematangkan diri mereka berdua dalam menjalani kehidupan berumahtangga. 

Friday, 4 January 2013

Isteri Aku Rambut Blonde 35



                Kez membuka mata apabila terasa matahari membuatkan matanya perit. Dia melihat langsir yang sudah dibuka. Kez mengeliat merenggang otot yang lenguh. Dia menoleh apabila teringat peristiwa semalam. Tempat Dara sudah kosong. Dia sedikit terkejut. Pasti Dara dah bangun.
                Dia bangun mencapai tuala sebelum masuk ke bilik mandi. 5 minit kemudian, Kez keluar bersama seluar jeans pendek dan t-shirt berwarna hitam. Dia mengeringkan rambut sebelum berlalu turun ke bawah sambil bersiul. Senyuman masih tidak lekang dari bibir.
           “Baru bangun?” Jas menegur di bawah. Kez memberi sengihan. “Abang letih sangat semalam”
                “Bertuah la abang. Nasib baik Dara bangun awal. Pa ingat nak suruh abang beli nasi lemak di luar je. Kalau tunggu abang, sampai esok la kami semua kelaparan”
                Jas mencebik sebelum berlalu ke dapur. Kez menggaru kepala. Apa kena budak tu hari ni? “Kez!” langkahnya terhenti. Dia menoleh memandang pa.
                “Bangun dah kamu?”
                Dia mengangguk. “Papa nak ajak kamu keluar beli barang mentah. Ma kamu dah bising dari tadi lagi” Kez terdiam. Sekarang ke? Baru nak jumpa Dara.
                “Marilah. Pa tak larat dengar dah”
                Dia keberatan namun pa dah ajak. Takkanlah nak tolak. Akhirnya Kez berlalu ke ruang tamu. Dia sempat mengerling kearah dapur. Suara Dara kedengaran berbual dengan Jas dan ma. Dia mengeluh. Takpa, Kez. Hari ni ada 24 jam. Jangan risau! 

********************************

                “Jas” Dara duduk disebelah temanya itu yang asyik mengunyah kacang sambil layan movie di HBO. Asyik sungguh tengok tv. Dara hanya menggeleng.
                “Jas”
                “Hmmm”
                “Jas”
                “Haa”
                Dara tersenyum. “Jas!”
            “Ya Dara. Kenapa?” dia menyoal, sebal. Dara ketawa. Jas mendengus, geram. Aku tekun tengok, aci panggil-panggil pula. “Janganlah marah. Sembanglah dengan I. Bosan tahu?”
                “Dara” dia bersuara pula. “Yes?”
              Shut up!” Jas memberi isyarat diam sebelum kembali menonton tv. Dara mencebik. Bertuah punya Jas. Nanti I taknak sembang apa-apa lagi dengan you.
            Dia bangun dari sofa dan berlalu naik ke atas. Selepas sarapan, semua orang buat hal masing-masing. Dara yang kebosanan mulai mencari idea untuk menghilangkan rasa bosan. Beg galas didalam bilik dibuka. Dia mengeluarkan drawing book dan sebatang pensil.
                Idea! Dara diam memejamkan mata. Dia cuba mencari idea yang baik untuk rekaan kali ini. Agak lama dia berteleku sebelum merasa pipinya dikucup lembut. Dara membuka mata.
                “Menung apa sampai berkerut dahi?” Kez menekan dahi Dara agar tidak berkerut. Isterinya itu menggeleng. “Tengah fikir idea untuk rekaan terbaru. Kasihan Judy uruskan semuanya. Dara ingat nak bantu serba sedikit”
                “Judy yang uruskan syarikat mama disana?” Dara mengangguk. “Kenapa tak tolong dia?” dia menyoal lagi. Dara baru tersedar. Kez masih tidak tahu apa yang berlaku diantaranya dengan Judy dan sebab kenapa dirinya tinggal disini.
                “Sepatutnya sewaktu Dara pulang kesini 2 bulan sebelum kita kahwin, Dara harus kembali ke New York semula. Selama ini, Dara berjumpa abang pun sebab Dara cuti je”
                Kez diam mendengar. “Lepas SPM, Dara ambil keputusan untuk ambil-alih syarikat mama disana. 4 tahun juga Dara juggle masa uruskan syarikat dan pulang kesini bertemu abang. Tapi waktu abang ditakdirkan kemalangan dan hilang ingatan, Dara rasa lebih baik Dara disamping abang. Membantu abang berbanding Dara disana”
                “Jadi, Dara lepaskan syarikat mama dan mulakan semuanya semula disini?”
            Dia hanya mengangguk. Bila difikirkan semula, memang rasa sayang sangat. Betapa sukarnya mahu mencipta nama di kota itu. Walaupun nama mama sangat kukuh disana tapi Dara tetap bermula daripada bawah. Apabila terpaksa meninggalkan semuanya, Dara akui dia sememangnya rasa berat hati.
            “Sebab abang ke?” Kez menyoal, perlahan. Dara memberi senyuman. “Sebab kita” Kez terkelu. “Sebab kita. Sebab Dara mahu selamatkan rumahtangga kita. Sebab Dara mahu abang sedar siapa Dara sebenarnya”
                Kez menghela nafas. Dia rasa bersalah sekarang ini. Kini dia faham apa yang Jas cuba beritahu. Dara korbankan masa depan sendiri untuknya sedangkan dia terus menyalahkan isterinya tanpa mengetahui perkara sebenar.
                Come here” dia memanggil. Dara turun dari katil dan dengan rela masuk ke dalam pelukan Kez. Dia rasa tenang dan selamat didalam pelukan lelaki ini.
                I am really sorry. Dara korbankan masa depan sendiri demi abang. And that I’m still acting like a jerk to you
                Dara hanya tersenyum. Dia sudah memaafkan semuanya. Kebahagiaan yang diperolehi hari ini adalah berkat kesabaranya. Dara sentiasa yakin Kez akan pulang ke pangkuanya semula walau sejauh mana dia pergi.
                “Jangan salahkan diri abang. Sebelum kita berkahwin pun, Dara dah buat keputusan ini. Tempat  Dara adalah disisi abang. No matter where you are, I will always stay beside you. Itu tempat seorang isteri”
                Kez mengeratkan lagi pelukan. Sempat dia mencium ubun-ubun Dara. Hatinya berbunga. Dia benar-benar sudah jatuh cinta. Kalaulah dia cuba mengenali Dara dengan lebih awal, pasti Dara takkan dilukai seperti itu. Mulai sekarang, dia mahu menebus semua luka yang diberi! 

******************************

                “Macam ni okey?”
                Dara berganjak ke belakang sedikit. “Tepi sikit” Manda mengangguk. “Okey?”
                “Angkat yang kiri tu ke tepi sikit”
                Dara melihat sekali lagi. Kemudian mengangguk. Ini nampak cantik lagi. “Okey?” Manda menyoal, lemah. Penat juga angkat letak patung ni. Ingat senang. Manda berlalu ke sebelah Dara.
                “Hmm. Nice
                Dia tersenyum. Dara mengangguk. “Patutlah pereka fesyen terkenal. Kenapala boss buka butik kecil ni sedangkan boss ada syarikat sendiri?”
                Dara tidak menjawab. Dia berlalu ke patung sebelum membetulkan rekaan terbaru yang dipamerkan. Agak lama barulah dia berpuas hati. Manda menggeleng. Perfectionist sungguh.
                Boss
                “Hmm?” dia menoleh. “Rekaan ni kita akan dihantar ke New York ke?”
                Dara mengangguk. Manda terkejut. New York? Kemudian di pamerkan? “Tapi akan diubah suai mengikut cuaca disana”
                “Hmm” dia mengangguk. “Oh ya. Mungkin nanti saya mahu bawa awak buat lawatan kerja disana. Tapi saya harus letakkan tarikhnya dulu”
                Manda terkejut. “Hah? Lawatan kerja dekat syarikat boss?” Dara mengangguk. Manda juga pekerjanya. Dia mahu Manda mempelajari segala ilmu dengan Judy sebelum pulang dan membantunya disini.
                “Serius?” dia menyoal, kedengaran sangat terkejut. Dara tergelak. “Iyalah! Awak pekerja saya” Manda menelan air liur. Itu impianya sejak kecil! Memang tak salah waktu dirinya membuat keputusan untuk berguru dengan Dara dahulu.
                Perbualan mereka terhenti apabila mendengar bunyi loceng pintu butik mereka dibuka. “Selamat datang” Manda menyambut. Dara masih leka membetulkan rekaan di patung.
                “Ye. Saya nak berjumpa dengan boss awak”
                Dara kaget. Suara itu! Dia menoleh. Terasa hendak luruh jantung melihatnya berdiri dengan angkuh sambil memberi senyuman sinis. “Kenapa?”
                Long time no see, huh?
                Dara tidak menjawab. Manda memandang perempuan itu kemudian boss. Kenapa rasa macam ada aura yang tegang sekali dekat mereka berdua ni? Dia memandang Dara. Pertama kali lihat wajah boss yang macam nak makan orang.
                “Kau nak apa?” dia menyoal, kasar. Eva buat muka. “Kau taknak jemput aku duduk? Aku pun pelanggan butik kau”
                Dara diam. Sempat memandang Manda. “Can you give us a moment?
                “Ah? Ye” dia berlalu keluar dari butik. Dara mempersilakan Eva untuk duduk sofa berhampiran. Dia sendiri tak pasti apa sebab Eva kesini. Tapi Dara berharap kesabaranya cukup untuk menghalang dirinya daripada melakukan sesuatu yang pasti akan dikesalinya nanti.
                “Ada apa yang kau nak beritahu? Sampai datang berjumpa di butik aku?”
                Eva tersenyum. Sakit hati apabila kerana perempuan ini Kez membuat dirinya seperti kain buruk. Sakit hati kerana walaupun Kez lupa semuanya tentang Dara tapi dia masih boleh jatuh cinta pada orang yang sama.
                How’s your life? Seronok akhirnya kau dapat apa yang kau nak? Gembira bila Jas datang serang aku dekat syarikat dan malukan kami berdua? Aku ingat kau jenis yang tak ambil peduli”
                “Apa yang kau nak sebenarnya?”
                Wajah Eva berubah. Muka bertambah serius. “Pulangkan Kez semula. Kau dah manderem apa dekat dia sampai dia lupakan aku sekelip mata?”
                Dara ketawa. Rasa tak percaya pun ada. How dare she! Meminta seolah-olah Kez adalah barang. Meminta seolah-olah Kez miliknya sejak dahulu. Tangan rasa bergetar kerana terlalu ingin menampar seseorang sekarang ini.
                “Kau memang berani kan?” dia menyoal, tenang. Eva mengangguk lantas menyandarkan tubuhnya di kerusi. “I will fight for my love one
                Dara menggeleng. Sabarlah hati. Jangan buat macam budak sekolah. “Aku sebagai isteri, tak pernah sekali pun pergi ke pejabat kau dan buat kecoh. Berani kau datang butik aku dan buat kecoh ‘kan?”
                “Walau kau bersama SUAMI aku sampai tengah malam, tak pernah aku call kau walau sekali dan buat perangai macam orang hilang akal. Berani kau datang sini dan minta aku lepaskan Kez kan?”
                Dara menghela nafas. Dia bangun menghampiri Eva. Senyuman diberi. “Berani kau ‘kan?”
                Pang! Tamparan singgah di pipi. Eva terkejut. Segera dia berdiri. “Berani kau datang ke BUTIK aku dan minta aku pulangkan SUAMI aku pada kau ‘kan?”
                Kali ini pipi kiri pula menjadi mangsa. Eva semakin terkejut. “Kau ingat aku lepaskan kau, tak buat apa-apa pada kau sedangkan kau goda suami aku, kau boleh datang sini dan berlagak?”
                Sekali lagi dia menampar. “Kau tak guna!” tangan Eva dipegang pantas. Nafas Dara turun naik menahan marah. Sudah lama dia bersabar. Sudah lama Eva dibiarkan begitu sahaja. Sekarang, bukan salah dirinya lagi. Eva yang mencarinya.
                Leher baju dicekak kuat. “Kau….Kau….nak….buat….apa?”
                Senyuman diukir. “Ajar kau!” tubuh Eva dilempar diatas lantai. Dara membuka heels yang dipakai sebelum menghampiri dan menarik rambut Eva. Perempuan itu menjerit sakit.
                “Ini! Aku patut lakukan ia sejak dahulu. Untuk perempuan yang tak ada maruah macam kau!”
                “Ahhhh”
                Hampir 5 minit dia memperlakukan Eva sepuas-puasnya. Dara dah tak peduli. “Bos, bos!” pinggang dipegang oleh Manda yang baru tiba. “Lepaskan I. I cakap lepaskan!”
                Bos, cukuplah. Mati budak tu nanti”
                Dara memandang Eva yang sudah teresak-esak diatas lantai dengan rambut yang berserabut dan kedua belah pipinya merah kesan tamparan. Manda yang memang pun rasa ngeri. Tak pernah dia tahu bos boleh buat macam ni. Selalu nampak sweet je.
                “Saya rasa awak baliklah. Takut nanti pelanggan nampak, lagi teruk”
                Eva bangun namun masih mendengar esakan. Dia terlalu terkejut untuk berlawan balik. Eva tak sangka Dara akan berbuat seperti ini. “Aku takkan lepaskan kau!”
                “Kau nak kena lagi ke?!” dia bergegas keluar dari butik. Kemudian barulah Manda melepaskan Dara. Fuhh. Pertama kali lihat pergaduhan sebenar diantara wanita. Tapi bos menang! Cayalah!
                Dara mendengus. Rasa tak puas hati masih ada. Nasib baiklah Manda ada. Kalau tak, lagi teruk Eva dikerjakan olehnya. Dia melabuhkan punggung diatas sofa sambil membetulkan tudung yang sudah tidak di posisinya.
                “Cayalah, bos. Pertama kali saya lihat bos macam ni”
                Dara melihat Manda memberi sengihan. “Saya tengok bos dah macam rancangan WWE tu. Tak kasi can langsung. Saya ingat nak masuk lepas bos puas je. Tapi saya rasa kalau saya tak masuk, mati perempuan tu dikerjakan boss
                Dia terkedu. Sekarang baru tersedar apa yang dilakukan. “Teruk sangat ke?” dia menyoal, risau. Manda mengangguk. Kemudian, dia berlalu duduk disebelah. “Memang macam pemangsa” dia tergelak. Dara menggeleng. Habislah aku!
                “Kenapa kamu tak masuk awal? Saya bukanya boleh naik angin. Kamu tengok sendiri akibatnya ‘kan?”
                Manda hanya tersenyum. “Nak kasi can bos lepaskan semua kemarahan dulu” dia menjawab selamba. “Manda!”
                Dara meraup wajah. Rasa marah sudah hilang. Baru sekarang rasa menyesal. “Dia ke perempuan yang ganggu suami bos?” Manda menyoal. Dia sempat menangkap butir bicara Dara tadi.
                Perlahan Dara mengangguk. Patutlah! Memang patut kena. Nasib baiklah Dara tak macam watak drama yang tahu menangis je bila ditimpa masalah. “Sekarang baru saya sedar” dia bersuara, perlahan.
                “Apa?”
                Women can get a little scary when it comes to protecting their love ones
                Dara terdiam. Betulke? Mungkin. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan Kez semula. Walaupun terpaksa bersabar lama dengan sikap Eva yang menyakitkan hati.
                “Man” pekerja itu menoleh.
                When protecting your love one, you must be as selfish as you can be. That’s the only way you can be happy 
                Manda mengangguk faham. Dia sudah melihat buktinya. Tak perlu ditanya lagi. 

*********************************

                Papa rindu kamu
                Dia membaca semula ayat yang ditulis dibelakang gambar yang sedikit kusam itu. Otaknya terasa tidak mampu berfikir lagi.
                Apa sebenarnya hubungan papa dan Dara? Anak-beranak ke? Tapi papa Dara dah meninggal waktu dia kecil. Mama Dara pula waktu sekolah menengah.
                Arieff meraup wajah dengan keluhan berat. Boleh jadi gila dibuatnya. Akhirnya, Arieff ambil keputusan membawa gambar tersebut keluar dari bilik dan turun ke bawah.
                Kelihatan papa sedang membaca suratkhabar dengan khusyuk. Dia menghampiri sebelum duduk disofa bersebelahan.
                “Pa”
                “Hmmm”
                Arieff diam sekejap. Macam mana nak mula ni? Papa akan marah ke? “Rieff nak cakap sikit”
                Datuk Ayden memandang Arieff. Dia tersenyum sebelum melipat akhbar dan meletakkan ia diatas sofa. “Kenapa? Kamu nak kahwin?”
                Arieff kaget sekejap. Huh? “Eh, bukan, bukan”
                Datuk Ayden tersenyum. Macam anak dara pula, malu-malu. “Bukan itu sebenarnya, pa. Ada yang lagi penting”
                “Cakaplah. Papa dengar”
                Arieff menelan air liur. Suara tak terasa nak keluar tiba-tiba. Dia kemudian menghulur gambar yang diambil. Datuk Ayden mengambil dan melihat. Wajah berubah, terkejut.
                “Rieff jumpa waktu mencari kad kahwin anak pak ngah hari tu. Siapa ni, pa?”
                Datuk Ayden terdiam. Tak sangka Arieff akan berjumpa gambar ini. Bertahun lamanya, gambar ini tersimpan rapi didalam bilik bacaanya.
                “Pa?”
                Perhatianya kembali kepada Arieff dihadapan. Kemudian, dia menghela nafas dengan rasa berat hati. “Ini adik kamu”
                Arieff terkedu. Adik? Dara? Fikiran rasa sukar untuk mencerna perkataan baru itu. Seumur hidup, dia tahu dirinya adalah anak tunggal. Mana pula datang Dara sebagai adiknya pula?
                “Adik?”
                Datuk Ayden mengangguk. Berbelas tahun rahsia ini disimpan rapi. Demi menjaga hati semua orang walaupun hatinya sendiri terluka. Kerana sikapnya sendiri, ramai orang yang telah dilukai olehnya.
                “Sebenarnya, papa berkahwin dengan mama kamu secara paksa. Kerana ingin menyatukan 2 keluarga dan 2 syarikat. Papa sayangkan arwah mama kamu, Rieff. Tapi tak seperti Diyana. Melinda hanya dianggap sebagai adik kerana kami membesar bersama”
                Arieff diam. Melinda, mama. Tak pernah pula dia mendengar apa-apa cerita daripada mama. “Papa kenal D waktu papa sambung berlajar di luar negara. Papa kesana kerana merajuk hati. Papa tinggalkan arwah mama di Kanada dan papa ke New York. Disanalah papa jumpa D. Kami sama-sama tahun pertama waktu itu”
                “Papa sendiri tak sangka. Kami sangat serasi. D adalah perempuan yang papa impikan selama ini. Bersama dia, papa jadi diri sendiri. Tanpa kekangan sesiapa. Tanpa tanggungjawab kepada apa-apa. Kami sangat bahagia”
                Dia terdiam. Terasa tidak mampu mengungkapkan kata-kata. “Sehingga kami ambil keputusan untuk berkahwin. Waktu itu, D tak tahu yang papa pernah berkahwin”
                Arieff terkejut. Jadi, papa berkahwin dua dan curang? Dia sangat terkejut hingga tidak tahu reaksi bagaimana yang harus diberi.
                “Kami sangat serasi, Rieff. I’m head over heels for her. I thought that we’re gonna be just fine. Papa tunggu sehingga kami tamat berlajar untuk papa memberitahu segalanya”
                Dia menggeleng apabila mengingatkan apa yang berlaku selepas itu. Semuanya musnah. Jika dia tahu itu akan berlaku, Datuk Ayden akan memberitahu semuanya lebih awal.
                “Mama dapat tahu ke?” Arieff menyoal, perlahan. Rasa kasihan mengenang mama yang ditipu oleh papa. Rasa sedih kerana sampainya hati papa melukai mama walaupun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta.
                “Keluarga papa dapat tahu. Arwah atuk kamu suruh papa balik waktu itu juga jika papa tidak mahu dikeluarkan daripada senarai waris keluarga”
                Arieff terdiam. “Papa terpaksa pulang dan tinggalkan D. Waktu itulah papa tahu mama kamu sudah 2 bulan mengandungkan kamu”
                Datuk Ayden menghela nafas. Dia memegang gambar anaknya itu dengan erat. Papa sangat merindui kamu, sayang. Maafkan papa kerana jadi pengecut. Maafkan papa kerana tidak mempertahankan mama kamu dahulu.
                “Habistu, apa papa buat?”
                Arieff dipandang semula. “Papa tinggal disana bersama mama kamu. Waktu itu, papa lupakan D demi keluarga papa. Keluarga mertua papa. Sehinggalah pagi tu”
                Pagi? Kenapa dengan pagi?
                “Jantung papa hampir luruh lihat D berdiri dihadapan pintu rumah keluarga papa dalam keadaan kesejukan. Tapi dia masih mengukir senyuman dan cakap dia rindukan papa”
                Tak mampu terbayang oleh Arieff memandangkan dia tak pernah bertemu dengan arwah. Tapi dari cerita Dara, mamanya meninggal waktu dia di sekolah menengah. Tapi, Dara beritahu papanya meninggal ketika dia masih kecil. Jadi, kenapa papa mengaku dirinya sebagai papa Dara?
                “Bila Mel keluar bersama perutnya, D nampak sangat terkejut. Papa terpaksa kenalkan D sebagai kawan kolej papa pada Mel. Waktu itu papa lihat wajah D yang terluka”
                Berbelas tahun. Namun perasaan sakit itu masih ada. Wajah terluka D masih di minda. Sehingga sekarang, dia tak mampu meminta maaf kepada D. Sehingga sekarang, wanita itu hidup dalam keadaan membenci dirinya.
                “Dia cakap apa-apa?” Arieff menyoal, semakin tidak sabar.
                “Dia hanya tanya siapa Mel dan apa hubungan kami. Papa terpaksa beritahu perkara sebenar kerana tidak punya banyak pilihan. Papa pilih mama kamu berbanding dia”
                Sungguh dia rasa menyesal. Datuk Ayden membawa rasa itu sehingga ke akhir hayatnya.
                “D tak marah?”
                Datuk Ayden menggeleng. Kalau D lakukan semua itu, tidaklah dia merasa bersalah sehingga ke saat ini. Jika D lakukan itu, dia akan punya sebab untuk membenci wanita itu.
                She just stood there with her frozen hand. Maybe heart too. Without do anything. Yell or scream. Just looked at me with teary eyes and prayed that maybe I choosed her. Prayed that maybe this is just a nightmare
                Kelopak terasa bergenang. Dia melukai hati satu-satunya wanita yang pernah dicintainya. “I hurt her. Deeply. Kemudian D pergi. Itu kali terakhir papa lihat dia. Waktu itu D tak beritahu pun yang dia sedang mengandung”
                Arieff meraup wajah. Otaknya sedang berpinar setelah mendengar cerita papa. Semuanya seperti tidak masuk akal sekarang ini.