Ehem!”
Kez
angkat muka. Dia baru perasan Eva berada dihadapanya ketika ini. Eva memeluk
tubuh dengan rasa sebal. Sejak kebelakangan ini, Kez dirasakan sangat jauh.
Mereka dah jarang berbual. Kez dah jarang mengajaknya keluar. Lebih spesifik
lagi, sejak Jas datang hari tu, Kez berubah sepenuhnya.
“Kerja
lagi penting dari saya ke?” dia menyoal, geram. Hampir 10 minit dia berdiri
macam patung dihadapan Kez. Lelaki ini langsung tidak mempedulikanya.
“Awak
nak apa Eva?”
Eva
mencebik. Kez bercakap seolah-olah tak tahu apa-apa. Seolah-olah mereka tak
punya apa-apa hubungan. “Kenapa awak dah jarang call saya? Kenapa awak dah jarang ajak saya keluar makan? Kenapa
awak berubah?”
Kez
menghentikan kerja. Dia memandang Eva yang merajuk. Mungkin sudah tiba masanya
dia memberitahu Eva. Selama ini mereka terlalu sibuk sehingga tak punya masa
untuk berbual.
“Eva”
dia bersuara. Eva mendengus. Hatinya akan cair jika memandang wajah Kez
sekarang. Dia sangat mencintai lelaki ini sehingga dirinya tak kisah digelar
perosak rumahtangga orang. Asalkan Kez disisinya, Eva boleh terima apa sahaja
cacian mahupun herdikan orang luar.
“We should stop” Eva memandangnya, tidak
berkelip. “Saya nak pulang ke pangkuan Dara. Tapi sebelum itu, saya harus
lepaskan awak. Mulai sekarang, hubungan kita hanya atas dasar kerja. Tak akan
pernah lebih daripada itu”
Eva
tergamam. Dia cuba mencerna apa yang Kez cakapkan sekarang ini namun hatinya
menolak terus. Kez mahu menghentikan semuanya? Kez mahu mereka kembali seperti
rakan sekerja? Eva menggeleng. Dia takkan pernah setuju.
“Kez,
kenapa ni? Saya ada buat salah ke? Saya minta maaf. Saya taknak kita berpisah.
Hubungan ini baru bermula. Tolong kenali saya dengan lebih dalam. I love you. I love you so much. Jangan
buat macam ni. Saya tak boleh kehilangan awak”
Kez
menggeleng. Cukuplah. Jika Eva masih diantara mereka, hubunganya dengan Dara
takkan boleh pulih. Kez tahu dia kejam namun dia tak mampu untuk melukai Dara
lagi. Lebih-lebih lagi apabila dia sudah jatuh cinta dengan isterinya itu.
Eva
menghampiri. Dia duduk lalu memegang tangan Kez. Mata bergenang. “Saya tahu
awak terluka. Saya tahu awak tak suka Jas datang sini. Tapi bukan saya yang
berjumpa dengan dia. Jas yang datang. Please,
sayang. Fikir sekali lagi. Beri saya peluang sekali lagi”
Kez
menarik tanganya dengan perlahan. Eva tergamam. “Saya dah berkahwin. Walaupun
saya tak ingat siapa dia tapi saya dah jatuh cinta. Samada Kez yang dahulu
ataupun Kez yang sekarang. Orang yang boleh buat hati saya berdebar hanya Dara.
Awak tak rasa itu petanda bahawa saya benar-benar mencintainya dahulu?”
“Tak!”
Kez terkejut. Eva memandang, sayu. “Tak! Kez yang dahulu sememangnya mencintai
Dara. Tapi awak. Kez yang baru, mencintai saya! Awak tak seharusnya terpengaruh
dengan kata-kata dia. Dara tak boleh terima hakikat dia kehilangan Kez jadi dia
lakukan macam-macam perkara. Dia memang perempuan tak tahu malu. Tak sedar
diri”
“Eva!”
Gadis
itu terdiam. Kez memandang tajam. “Berhenti cakap seperti itu tentang Dara.
Saya takkan boleh terima awak burukkan isteri saya”
Eva
terkedu. “Kenapa awak buat saya macam ni? Dahulu awak yang terima saya. Tapi
sekarang awak buang saya. Awak ingat saya ni barang permainan awak ke, Kez?”
dia menyoal, lemah. Hati sakit melihat Kez mempermainkan cintanya yang
benar-benar tulus. Kenapa Kez? Apa lebihnya Dara berbanding saya?
“Saya
minta maaf” dia bersuara. Kez tahu ini salahnya juga. Seharusnya dia tidak
menerima Eva dahulu. Tidaklah keadaan mereka menjadi rumit sekarang ini. “I don’t need your apology, you fool!”
nafas Eva turun naik menahan marah.
“Saya
tunggu awak sejak sekolah. Walaupun awak hancurkan hati saya dengan menolak
saya dahulu, saya masih menunggu awak. Saya yakin awak akan lihat betapa
dalamnya cinta saya pada awak. Tapi didalam fikiran awak hanya Dara sahaja.
Saya benci dia, awak tahu tak? Sejak dia muncul, dia rampas semuanya dari
saya!”
“Stop it, Eva. Berhenti salahkan Dara.
Kita berdua bersalah dalam hal ini. Sebab itulah saya tarik diri. Awak tak
punya apa-apa risiko mahupun kesan daripada hubungan ini. Tapi saya tak. Dara
disayangi oleh adik dan ibubapa saya. Kalau saya lukakan dia, saya lukakan
mereka juga. Saya harap awak faham. Kita takkan boleh bersama”
Dia
menolak kerusi lalu bangun menuju kearah pintu. Kez membuka dan kemudian menoleh
kearah Eva. “Awak harus pergi sekarang. Tak elok rasanya kita berduduk duduk
didalam bilik ini. Lagipun, reputasi kita dah terjejas sekarang. Saya tak mahu
menjejaskan ia lagi”
Dengan
terpaksa, Eva bangun menghampiri Kez. Airmata mengalir diseka dengan kasar. Dia
benci Kez! Dia sangat benci Kez! “Saya takkan mengalah. Saya akan buktikan
bahawa saya juga layak disamping awak. Saya takkan lepaskan awak dengan mudah
Kez!” Kez hanya diam. Dia menutup pintu setelah Eva berlalu keluar. Dia menghela nafas. Ini yang terbaik. Dara sudah cukup bertolak-ansur dengan sikapnya selama ini. Kez tak mahu memperjudikan lagi rumahtangga mereka demi seorang yang tidak penting seperti Eva. Dia hanya mampu berharap Eva tidak melakukan apa-apa untuk meruntuhkan rumahtangganya yang baru hendak dibina ini.
***************************
Suasana
di rumah ma sangat sibuk. Memandangkan malam ini akan diadakan majlis tahlil
arwah nenek. Walaupun mereka tidak pernah bercerita namun Dara tahu arwah nenek
sangat rapat dengan Jas. Jika tidak, dia takkan melihat Jas menyeka airmata
ketika ini.
Dara
menghampiri lantas duduk disebelah. Bahu dipegang lembut. Dia faham perasaan
Jas. Terlalu faham. Jas sayangkan orang disekeliling seperti nyawanya sendiri.
Sebab itulah jika dia kehilangan, Jas adalah yang paling terluka.
“You
okay?” dia menyoal, lembut. Jas mengangguk. “Dah bertahun rasanya. Tapi macam
baru semalam nenek pergi. Sudahlah aku yang menjaga dia waktu dia sakit. Dia
meninggal sebelah aku je, Dara. Sampai sekarang, aku akan mimpi dia kalau aku
rindu dia”
Dara
mengangguk. Kalau dirinya rindukan mama pun, mama akan hadir didalam mimpi.
Walaupun sekejap tapi cukup untuk buat Dara melepaskan rindu.
“Setiap
yang datang daripada Allah, pasti akan kembali kepada DIA semula. Daripada you
menangis, baik you sedekah al-fatihah dan yasin untuk arwah nenek you tu”
Airmata
diseka. Jas memandang Dara. Dia semakin kagum. Dirinya yang sekadar kehilangan
nenek pun terasa berat untuk menghadapi. Bagaimana dengan Dara yang kehilangan
kedua ibubapanya?
“You
rehat dulu. I nak turun bawah bantu ma di dapur. Jangan fikir bukan-bukan ye”
Senyuman
diberi. Dia sayang Jas macam dia sayang Judy. Jas sama pentingnya dengan Judy.
Dara berharap Jas akan gembira.
“Dara”
Jas memanggil. “Aku minta maaf. Tapi ada benda aku nak beritahu kau sebenarnya”
Wajah Dara berubah. Jas kelihatan serius. “Tentang apa?”
“Aku
jumpa Eva hari tu. Selepas kau ceritakan semuanya”
Dara
terkejut. “Maafkan aku. Bila aku lihat kau, aku rasa geram sangat. Sejak
sekolah, dia tak habis-habis menyusahkan hidup kau. Aku juga jumpa abang
disana. Walaupun aku rasa aku dah jadi adik yang teruk tapi aku tahu aku
lakukan perkara betul. Kau sahabat aku. Kakak ipar aku. Percayalah, aku hanya
ingin yang terbaik untuk kalian berdua”
Jas
memandang dengan penuh harapan. Dara terdiam. Dia tahu Jas hanya ingin
menolong. Namun perbuatan Jas dirasakan tidak kena. Dia seharusnya menjaga
maruah abangnya. Walaupun Dara tak kisah apa yang Jas cakap pada Eva tapi Kez
masih suaminya. Dia sebagai isteri harus menjaga aib suami. Dara salahkan diri
sendiri yang begitu senang buka mulut.
“Aku
minta maaf sangat-sangat, Dara”
Dara
kembali memandang Jas. Senyuman diberi. “Tak apa. Bukan salah you. Tapi janji
dengan I. Lepas ni, you jangan buat lagi”
Jas
segera mengangguk. Dara memeluknya, erat. Terima kasih, Jas. I bersyukur kerana
punya kawan sebaik you. Terima kasih untuk segala yang you lakukan untuk I
selama ini. I berhutang budi yang terlalu banyak pada you, sahabat.
***********************************
Alhamdulillah.
Majlis tahlil berjalan dengan lancar. Nasib baik mama menggunakan khidmat
catering sepenuhnya untuk majlis kali ini. Tidaklah tuan rumah merasa beban
kerana semuanya diuruskan oleh mereka. Seharian ke sana ke mari menguruskan
majlis, sekarang baru Dara boleh duduk di ruang tamu yang sudah kosong selepas
rombongan tahlil keluar untuk menjamu selera.
Dara
duduk bersimpuh sambil mengurut bahu yang terasa lenguh. Seharian bekerja
membuatkan dirinya sangat penat. Nasib baiklah ada yang mahu membantu.
“Dara”
muka diangkat. Kelihatan Tok Su mendukung si kecil Haris. Dara mengukir
senyuman. “Nak Dara tolong pegang ye?”
Tok
Su mengangguk. “Tok Su nak makan sekejap. Kamu boleh pegang Haris?”
Tangan
dihulur dan sekelip mata sahaja Haris Ikhwan berada diatas riba. Dara
tersenyum. Haris tidur dengan nyenyak sekali sehingga tidak sedar dirinya
didalam ribaan mak longnya. Perlahan Dara mencium ubun-ubun Haris. Bau
budak-budak sememangnya wangi. Walaupun tanpa bedak.
Kemudian
tanganya memegang tangan Haris yang sangat kecil. Dia tersenyum sendiri.
Kalaulah ada anak sendiri. Hampir setahun mereka berkahwin namun masih tiada
tanda apa-apa. Nasib baiklah ma dan pa tidak bertanya. Jika tidak, tentu sukar
untuk Dara memberitahu.
Memandangkan
perkahwinan mereka baru pulih, Dara sememangnya memerlukan masa. Walaupun
sekarang Kez sudah menyatakan cintanya namun hati yang dahulu pernah terluka,
bukan mudah untuk dipujuk. Kata orang kerana kita terlalu mencintailah yang
membuatkan kita terluka teruk. Dara sememangnya bersetuju.
Dara
sedikit terkejut apabila Kez tiba-tiba duduk disebelahnya. Dengan baju melayu
teluk belanga berwarna biru air laut, dia kelihatan tampan. Bukan sekali Dara
melihat ada anak gadis yang mengerling ke arah suaminya sambil
tersenyum-senyum. Sejak zaman sekolah lagi Dara sedar Kez sememangnya menarik
perhatian ramai gadis.
“Comelnya
dia” Kez mengusap lembut ubun-ubun Haris. Dia turut tersenyum. Kalaula ada anak
sendiri. Baru sekarang dia inginkan anak sendiri. Dahulu terlalu sibuk dengan
rasa benci kepada isteri sendiri.
“Dia
tidur nyenyak sangat. Letih agaknya” Dara bersuara perlahan. Tidak mahu
mengejutkan Haris. Kez memandang. Hatinya rasa berbunga. Melihat Dara memangku
Haris membuatkan dia inginkan Dara memangku anak mereka.
“Tak
lenguh ke? Bagi abang riba pula”
Dara
menggeleng. Bukanya berat sangat pun. Lagipun, Dara suka lihat bayi yang sedang
tidur. Nampak innocent sangat.
“Sayang dah makan?” dia menyoal, perlahan.
“Sekejap
lagi rasanya. Dara sibuk sangat tadi” wajah Kez berubah. Dah agak. Dari tadi
tengok dari ke luar kemudian ke dapur. Berulang-alik dengan sibuk sekali.
“Kalau masuk angin macam mana? Selalu membebel kalau abang skip makan. Awak pun sama je”
Dara
hanya tersenyum. Seketika kemudian, Tok Su menghampiri mereka. “Bagi Haris
dekat Tok Su. Kamu pergilah makan. Kamu tak makan sejak tadi kan?”
Tok
Su mengambil semula Haris sebelum dibawa pergi. Dara menghela nafas. Baru nak
bermanja dengan Haris. Kez tersenyum. “Marilah kita makan. Nanti masuk angin
perut tu” Dara menggeleng. Dia menyandarkan badan sebelum melentokkan kepala di
bahu Kez.
“Dara
nak tidur je. Letih sangat ni” dia bersuara, manja. Kez terdiam. Kerja sampai
letih badan. Bukanya takda budak-budak catering tu. Tapi memang sengaja nak
buat kerja. Dia tak mampu membebel apabila melihat wajah letih Dara. Mata pun
sudah dipejamkan.
Kez
menghela nafas. Perlahan dia mengenggam tangan Dara dengan erat. Hatinya
berdebar. Hanya dengan Dara dia merasa semua ini. Mungkin inilah cinta yang
dicarinya Kez selama ini.
**************************
Dia
bergolek ke kiri dan ke kanan. Perut terasa memulas ketika ini. Macam
diperah-perah. Dara membuka mata. Kez masih belum naik. Pasti sedang berbual
dengan sepupunya dibawah. Dara menekan bawah perutnya. Sakitnya.
Dara
bergolek ke kiri. Dia cuba bangun dengan rasa perit. Dara gagahkan diri untuk
keluar sebelum bertembung dengan Kez. Segera dia menahan tubuh Dara yang
seperti ingin tumbang. “Ya Allah”
Sekelip
mata tubuh Dara dikendong dan dibawa semula ke atas katil. Dara menekan perut
menahan sakit. “Kenapa ni? Sakit perut ke?”
Dia
mengangguk. Terasa tak mampu nak bercakap pun dengan Kez ketika ini. “Abang dah
pesan makan tadi ‘kan? Itulah, degil sangat”
Airmata
mengalir. Hati tersentuh dengan suara Kez yang tinggi. Dahla sakit, perlu ke
nak marah-marah? Kez terdiam melihat Dara menangis. Dia bangun berlalu keluar
dari bilik. Seketika kemudian, Kez masuk bersama minyak panas yang diambil dari
dapur. Perlahan dia dudu disebelah Dara yang sudah terbaring.
“Angkat
sikit baju tu”
Dara
terkejut. Terus lupa rasa sakit di perut. “Tak mahu!”
Kez
mendengus. Sekarang pun masih nak berdegil. “Abang buat atau Dara yang buat?”
dia memberi amaran, keras. Dara terdiam. Perlahan dia menyelak t-shirt yang
dipakai.
Kez
kemudian menuangkan minyak diatas tapak tangan sebelum ditekupkan diatas perut
Dara. Dia mengurut lembut untuk menghilangkan rasa sakit. Dara diam menahan rasa
malu. Tidak pernah Kez menyentuhnya
seperti ini sepanjang perkahwinan mereka.
Wajah
Kez yang risau membuatkan Dara rasa bersalah. “Sakit lagi?” dia menyoal,
lembut. Dara menggeleng. Kurang sedikit berbanding tadi. Kez menghela nafas.
“Itulah.
Orang suruh makan taknak. Sekarang, siapa yang susah?”
Dara
hanya diam. Memang salahnya yang ambil mudah bab makan. Dahulu, sibuk berpesan
pada Kez sedangkan diri sendiri pun sama je. Kez memandang Dara yang terpejam.
Dia mengucap panjang. Ya Allah, aku bukanya kuat sangat.
Kali
pertama mereka berkeadaan seperti ini. Dirinya juga seorang lelaki. Lebih-lebih
lagi bila melihat Dara yang sudah halal untuknya. Dia menghela nafas. Kawal,
Kez. Dara sakit. Kau dah gila ke?
Tiba-tiba,
Dara menoleh kearahnya. Dia sudah tertidur. Kez kaget. Tangan Dara melingkari
pinggangnya ketika ini. Budak ni! Nak goda aku ke apa? Wajah Dara yang nyenyak
tidur buat dia tertarik untuk mendekati. Semakin lama, semakin dekat.
Cantiknya
ciptaan tuhan. Dia memuji sendiri. Wajah putih kemerah-merahan. Kening yang
seperti dipatih. Ditambah dengan rambut blonde
semula jadi. Sesungguhnya, Dara wanita yang cantik. Dia lebih cantik
apabila mengenakan hijab. Macam mana kau boleh terpikat dengan Eva, Kez?
Perlahan
dia mengucup dahi isterinya itu dengan lembut. Nalurinya bergetar. Itulah orang
tua-tua pesan. Jangan terlalu membenci seseorang, takut-takut nanti jatuh
sayang. Itu yang sedang berlaku kepada dirinya sekarang ini.
Kucupan
singgah di kedua belah mata. Kez senyum sendiri. Dara tidur nyenyak sangat
sampai tak sedar apa yang dilakukan olehnya. Senyuman nakal terhasil dan hidung
Dara pula jadi sasaran.
Kez
berhenti apabila melihat bibir merah itu. Jiwa lelakinya bergolak. Dia akui
sejak hari pertama berkahwin, sengaja dia mengasingkan diri. Mungkin kerana
benci. Tapi lebih kepada untuk menahan perasaan sendiri.
Dengan
penuh berhati-hati, bibir itu dikucup lembut. Seluruh tubuh seolah-olah
mengalir sesuatu yang amat laju. Kez terkejut apabila Dara membuka mata dengan
tiba-tiba. Dia segera bangun. Dara menelan air liur. Apa yang Kez dah buat
dekat aku?
“A…..abang….buat…apa….tadi?”
dia menyoal, risau. Rasa macam sesuatu tak kena. Kez mengurut belakang leher.
Rasa macam remaja ditangkap buat salah je sekarang ni.
“Abang…..”dia
memandang tepat kearah Dara. “Nak tuntut hak abang” dia menyambung tanpa
mengalihkan pandangan daripada isterinya itu. Dara terkelu. Tuntut hak?
Senyuman
diukir. Dia mengusap pipi Dara dengan lembut. Badan Dara menggeletar. Apa yang
Kez nak buat? “Abang sayang Dara. Sayang sangat-sangat”
Dia
tergamam. Ucapan Kez itu membuatkan dia meruntuh semua tembok yang dibina
kerana kelukaan dahulu. Dia terdiam apabila Kez semakin dekat. Malam itu, dia
akhirnya menjadi isteri secara sah untuk Kez. Kehidupanya sebagai seorang
wanita dan isteri juga dirasakan sudah sempurna sepenuhnya.
*******************************
“Dekat
mana, pa?” dia menyoal sambil menyelak fail yang bertimbun di atas meja. “Bawah
fail tu la. Papa tak letak tempat lain pun”
Dia
menyelak lagi sekali. Arieff mengeluh. Tak jumpa pun.
“Nanti
cari lain la. Tak jumpa pun”
Papa
ni pelik betul. Ada ke kad kahwin letak bawah fail yang bertimbun ni? Mana la
nak jumpa? Nasib baik la kenduri sanak saudara yang tahu rumahnya dimana. Kalau
tak, alamatnya memang tak payah pergi la jawabnya.
Ketika
ini berjalan keluar, dia terlanggar susunan buku yang berada di meja sebelah.
Jatuh berterabur. Apa kena kau, Rief? Dia tunduk mengutip buku tersebut sebelum
sekeping gambar melayang keluar daripada helaian buku yang diambil.
Arieff
membaca tulisan di belakang. Papa rindu
kamu. Dia mengerut dahi. Gambar itu dipusingkan dan Arieff bertambah
terkejut melihat gambar Dara yang diambil. Mungkin sewaktu dirinya masih
bersekolah menengah.
Dara?
Papa? Otaknya berfikir. Cuba mengaitkan apa sebenarnya hubungan papa dan Dara.
“Arieff!” suara papa mengejutkan dirinya. Dia segera menyusun buku namun
mengambil gambar tersebut.
“Datang!”
