Monday, 26 November 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 28

Dara keluar untuk melihat pemandangan malam. Suasana di meja makan membuatkan dia tersenyum. Sikap lovey dovey ma dan pa yang buat Jas tarik muka. Sakatan Kez pada Jas yang membuat mereka bertekak. Keluarga seperti inilah yang Dara cemburui dahulu.
Dia kemudian berjalan ke halaman yang agak besar. Setiap kali melihat keluarga kecil Jas buat dia sentiasa merindui mama. Berbanding Jas, keluarga Dara nampak sangat tidak sempurna. Sejak kecil, dia hanya ada mama. Kemudian Judy masuk dan menjadi keluarga mereka. Setiap kali hari bapa diadakan di sekolah, Dara pasti akan merasa tersisih sangat. Namun apabila pulang, mama pasti akan ada dan memeluknya dengan erat.
That’s okay, baby. Your daddy was special so Allah takes him first. But always remember, your daddy love you so much. He always love you.
Ucapan yang sudah boleh dihafal namun mampu memujuk kekosongan yang berada dihatinya ketika itu. Dara menghela nafas. Tapi bila mama juga meninggal dunia, kekosongan dihatinya semakin besar. Walaupun sekarang dia ada nenek, tapi tempat mama takkan mampu diganti oleh sesiapa.
Langkahnya terganggu apabila tersepak sesuatu. Dia memandang ke bawah dan melihat bola basket yang berada di laman rumah. Dara mengeluh, berat. Bila kembali ke Malaysia, dia kenal Jas, Kez  dan keluarga mereka.
Apabila dia duduk dirumah mereka dahulu, Dara sempat merasa perasaan sebenar mempunyai keluarga yang lengkap. Dia gembira disamping mereka yang sentiasa ceria. Namun dalam masa yang sama dia kasihankan diri sendiri yang sudah yatim piatu. Airmata terasa ingin menitis. Menjadi kuat sememangnya memenatkan.
“Damia”
Dia menoleh. Kez berdiri memeluk tubuh memandangnya. “Buat apa diluar malam-malam ni?” terasa ingin menangis sekarang juga. Sungguh dia merindui lelaki ini. Kez yang dahulu pasti akan memahaminya sekarang ini.
Dara menahan rasa bersama helaan nafas. “Abang nak main basket?” Kez kerut dahi. Malam buta main basket? Kena angin malam ke budak ni? Dara sudah memegang bola dengan senyuman, hambar.
I’ll score 3 pointers straight and I get to make a wish
Kez melihat Dara yang sudah bounce bola, menguji keimanya. Dia tersenyum, sinis. Tak mungkin budak ni boleh buat. Takda gaya basketball player yang pro langsung. “Silakan” dia menyindir. Dara tersenyum. Dia menoleh memandang jaring disangkut diatas porch tempat letak kereta.
Dara menghela nafas. Airmata yang menitis diseka dengan pantas. Dia harus kuat. Tolakan dibuat. Masuk. Dara menarik nafas lega. Dia tak sangka permainan yang dahulu adalah kegemaran mereka berdua membuatkan dirinya sangat lemah sekarang ini.
Kez memerhati dengan rasa kagum melihat bola kedua dimasukkan dengan mudah. Dia melihat Dara. Budak ni reti main basket ke? Dia mengangguk sendiri apabila bola ketiga masuk dengan mudah juga. Dara mengukir senyuman sebelum menoleh kearah Kez. Ternyata, lelaki itu terkejut dengan skill yang dipamerkan olehnya.
Dara menghampiri. “Berlajar dengan siapa? Yao Ming?” Dara tergelak kecil. Kez menggeleng. Apa lagi agaknya skill yang budak ni sembunyikan? Bahaya sungguh. “So, can  I make a wish?”
Kez mengangguk, berat hati. Nasiblah. Mulut tu cepat sangat terima dare orang. Jangan disuruhnya buat yang bukan-bukan sudahlah. “Can you….hug me?”
Dia seperti tersilap dengar. Kez memandang Dara. “Can you?” dia menyoal sekali lagi. Mata terasa bergenang. Kez mengalah. Dia menarik Dara kedalam pelukan bersama helaan nafas. Dara membalas pelukan Kez dengan erat. Airmatanya tumpah. Kalau sekarang adalah Kez yang dahulu, pasti dia menangis dengan lebih kuat.
Are you okay?” Kez menyoal, risau. Dara hanya mengangguk sambil mengetap bibir. Dia risau jika Kez mendengar esakannya. Kez mengusap belakang Dara dengan lembut. Aku silap dengar ke atau Dara memang tengah menangis? 
************************************
 
Eva kembali setelah 2 minggu bercuti. Dia nyata terkejut mendengar berita Kez kemalangan. Memandang waktu itu dirinya di luar negara jadi dia tidak mendapat khabar apa-apa. Sebaik tiba di syarikat, Eva segera mengetuk pintu bilik Kez. Nasib baiklah lelaki itu berada di biliknya.
Ada hal penting ke?” lelaki itu menyoal apabila melihat Eva kaku dihadapanya tidak bergerak. Eva segera tersedar. Dia memerhati Kez. Takda apa-apa yang teruk. Syukurlah.
“Saya dengar awak kemalangan?”
Kez mengangguk. “Saya dah sihat pun” dia membelek fail yang berada diatas meja. Serabutnya kepala sekarang ini. Siapa kata jadi Ir seronok? Dahla waktu berlajar pun separuh nyawa. Sekarang bila kerja, kesusahanya semakin menyeksa minda.
“Awak tak apa-apa?”
“Ye”
Eva memerhati. Syukurlah awak tak apa-apa, Kez. Jantung saya hampir gugur dengar berita tadi. “Saya dengar cerita juga, you lost some of your memory. Betul ke?”
Kez mengangkat muka. Eva memandangnya dengan penuh berhati-hati. Perlahan dia mengangguk. “Saya ingat semuanya kecuali seseorang”
“Dara?” Eva menyoal, pantas. Kez mengangguk. Eva bertambah terkejut. Dia ingat cerita yang Adda beritahu hanya tipu. Tak sangka memang betul. Kez ingat semuanya termasuk dirinya kecuali Dara. Adakah ini petanda bahawa takdir mereka masih boleh disambung?
“Kenapa awak lupa Dara je?”
Kez menghela nafas. “If I have the answer for it. Saya pun tak tahu”
Eva mengangguk. Jadi, Kez lupa semuanya membabitkan Dara termasuk cintanya yang tak berbelah-bagi dahulu? Senyuman terukir tanpa sedar. Dia menghampiri lelaki itu.
“Kalau macam tu, awak nak lunch dengan saya?”
“Fail bertimbun atas meja. No, thanks
Eva masih tidak berputus asa. Mungkin ini takdir mereka. Mungkin dia mampu memikat Kez semula. Mungkin Allah mahu membantunya. “Janganlah asyik kerja je. Otak awak perlukan rehat juga. Kita pergi Magic Kitchen pukul 1 satu nanti ye”
Kez ingin membantah namun wajah berharap Eva menghalangnya. Akhirnya dia mengangguk. Eva bersorak didalam hati. Kali pertama Kez tidak menolak pelawaanya. Dia berharap apa yang berlaku mampu memberi kesenangan kepada dirinya. Dia akan berusaha untuk memiliki lelaki ini walau dengan cara apa sekalipun.

***************************************
 
“I’m sorry. Kita memang takda jodoh. Saya taknak lukai awak lagi jadi saya harus lepaskan awak”
Dara menggeleng. Kez dihadapanya ketika ini kelihatan begitu nekad hingga menakutkan dirinya. “Tak! Saya tak mahu. Saya takkan lepaskan awak!”
Dia menjerit sekuat hati. Dara tersedar. Astagfirullahalazim. Dia memandang sekeliling. Dirinya tertidur di ruang dapur bersama masakan yang dimasak petang tadi. Dara meraup wajahnya yang berpeluh. Syukurlah semua itu hanya mimpi. Tak sanggup rasanya membayangkan dia dan Kez akan berpisah.
Apabila semakin sedar, Dara mulai mencari kelibat Kez. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Tak balik lagi ke? Rasanya tak dengar pun orang ketuk pintu. Tiba-tiba, dia mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Panjang umur.
Segera dia bangun membetulkan rambut sebelum berlalu ke ruang tamu dan kemudian membuka pintu. Kez keluar dari kereta bersama briefcase dan wajah yang penat. Kot sudah dibuka dan tali leher sudah dilonggarkan. Dara segera memberi senyuman.
“Lambat balik hari ni?”
Kez sekadar mengangguk. Dia masuk ke dalam rumah tanpa menegur. Dara menutup pintu rumah dan mengunci dari dalam. Dia melihat Kez yang duduk diruang tamu dengan mata terpejam. Dara menjadi kasihan. Kez pasti sangat letih sekarang ini.
“Saya pergi site dengan Eva tadi. Tak sedar jam dah pukul 6. Sempat makan dengan dia sebelum kami ke pejabat semula untuk briefing tentang projek kali ini. Sedar-sedar dah pukul 12 malam”
Eva. Dara diam seketika. Pasti sekarang Eva dah tahu mengenai keadaan Kez. “Awak dah makan?” dia menyoal, lembut. Kez mengangguk. Dara terdiam. Sia-sia sahaja dia memasak sejak dari petang tadi.
“Abang kenal Eva?”
“Kami satu sekolah dahulu”
Hatinya bagi dihiris. Kez kenal Eva tapi tak kenal aku. Dara menghela nafas. Dia cuba memujuk hatinya yang terluka ketika ini.
“Nanti kalau abang balik lambat, telifon Dara ye. Risau Dara tadi”
“Hmm” matanya kembali tertutup. Dara memerhati Kez dengan pelbagai perasaan. Kez tak ingat, Dara. Kau tak harus cemburu. Pasti akan hikmah disebalik semua ini.

*********************
 
“Kenapa kau mesti drag aku setiap kali hujung minggu? Kau cemburu aku tak kerja weekend ke?” Jas membebel, geram. Memang pantang tengok aku senang. Dara hanya memberi senyuman dengan rasa bersalah.
“Aku nak tengok kedai untuk butik aku. Kena la ajak kau sekali”
Kereta kemudian di parkir dihadapan kedai kosong. Mereka berdua turun menghampiri seorang perempuan yang sedia menanti dihadapan kedai tersebut.
“Selamat pagi, Puan Alessandara. Saya Bella”
Senyuman diukir. “Selamat pagi. Ini kawan saya, Jas. Panggil saja Dara” mereka bersalaman sebelum Bella menjemput mereka masuk kedalam kedai.
“Kedai ini dulu juga dibuat butik. Tapi memandang pemiliknya ingin sambung berlajar jadi dia terpaksa menjual kedai ini. Tak silap saya, baru 3 bulan lepas pemiliknya angkat barang”
Dara mendengar sambil memerhati. Sememangnya jauh berbeza dengan cara berkerjanya sewaktu di New York. Disana, semuanya sudah disediakan. Mereka juga punya cawangan yang sememangnya sudah terkenal.
“Luas kedai ni dalam _________ persegi. Ada ruang untuk berehat, tandas dan bilik untuk pemilik kedai”
Jas memandangnya dengan senyuman. “Besar juga” dia memberi pendapat. Dara bersetuju. Sesuai untuknya mempamerkan baju yang siap direka. Dara masuk ke dalam bilik yang disediakan. Bilik tersebut mempunyai tanda dan ruang pantri peribadi. Sesuai untuknya yang gemar bekerja hingga lewat malam.
“Macam mana?” Jas menjengul muka di pintu.
Not bad. I suka bilik I ni”
Jas tersenyum. Dia masuk ke dalam dan memerhati. Memang sangat besar. “Kebetulan ke atau kau memang pilih kedai yang berdekatan dengan syarikat abang?”
Dara kaget. Jas memandangnya dengan senyuman bermakna. “Kebetulan Jas” dia menjawab, tegas. Jas sekadar mengangguk. Tapi hati kecilnya kuat mengatakan sebaliknya. Tak apalah. Abang dah jadi suami Dara pun. Dia berhak buat apa yang dia mahu.
“Macam mana, puan?” Bella menyoal setelah hampir setengah jam. Senyuman diukir bersama anggukan. “Saya suka kedai ni”
“Baiklah. Saya akan sediakan kontrak dalam masa 2 minggu lagi”

***********************************
 
Sedar tak sedar, jam dah hampir berganjak ke pukul 12. Perut dengan pantas berbunyi minta diisi. Iyalah, Dara hanya menjamah roti dan air milo sahaja sewaktu dirumah tadi. Selesai semuanya, mereka kembali menaiki kereta.
“Kalau semuanya selesai, kau kena cari perhiasan dalaman untuk kedai pula ke?”
Dara mengangguk. “Mungkin I akan upah interior designer untuk kerja ni. Ini adalah kedai pertama I. Kalau boleh, I nak semuanya sempurna”
“Nanti jangan lupa jemput aku pula waktu nak buat perasmian”
“Boleh ke I ganggu you weekend ?” dia menyakat. Jas mengecilkan matanya dengan rasa geram. “Sejak bila berguru dengan abang ni?”
Dara hanya tergelak. Enjin dihidupkan dan kereta bergerak menjauhi kedai. “Aku laparlah. Kau lapar tak?”
“Perut I dari kedai lagi dah berbunyi”
Jas ketawa, kecil. “Kalau macam tu, kita singgah je dengan restaurant berdekatan syarikat abang. Dengar cerita, lauk kampong dia memang sedap gila”
“Lauk kampong?”
Jas mengangguk. “Macam sambal belacan, ulam, lauk yang kau makan dekat rumah aku” Dara mengangguk. Apalah kau, Dara. Bertahun duduk sini, itu pun tak tahu. Dia mengejek diri sendiri.
10 minit, kereta akhirnya diparkir di petak kosong. Dara turun bersama Jas masuk kedalam restaurant. “Nasib baik kita awal. Pekerja syarikat belum lunch lagi”
Selesai mengambil lauk, mereka memilih meja kosong sebelum salah seorang pekerja datang mengira dan mengambil pesanan untuk air. “Kau tak ambil sambal dia?”
“Nampak merah sangat” sengihan diberi. Jas menggeleng. Memang anak orang putih sungguh. Masih tak mampu makan pedas. “Rugi la kau. Sambal dia memang tip top. Selalu saja habis cepat”
Mereka menjamu selera tanpa bersuara lagi. Memang kalau perut tengah lapar, semua benda rasa sedap. “Kalau kau buka butik disini, siapa yang uruskan syarikat kau disana?”
“Judy”
“Habistu, syarikat nenek kau?” Dara terkedu. “Bukan kau nak ambil-alih syarikat dia ke?”
Dara menyuap nasi kedalam mulut tanpa jawapan. Dia punya sebab tersendiri mengapa dirinya mahu bersusah-payah sedangkan semuanya sudah disediakan. “I nak berdikari, Jas” dia menjawab, ringkas.
Jas mengangguk. Dara beruntung kerana dilahirkan didalam keluarga yang agak mewah. Arwah mama dia ada syarikat. Nenek dia pun ada syarikat. Tak perlu pecah kepala masuk temuduga. Tapi Jas juga kagum dengan sikap merendah diri Dara. Kalau dia tak kenal siapa Dara, tentu dia takkan percaya gadis ini adalah anak kepada supermodel terkenal dunia dan cucu kepada usahawan wanita yang berjaya di Malaysia.
 “Walaupun aku kagum tapi aku tak tahu kenapa la kau sanggup bersusah-payah macam ni. Kalau kau ambil-alih syarikat nenek kau, cuci kaki je kau sekarang”
Hanya senyuman diberi. Biarlah Jas dengan tanggapanya. Apabila jam sudah berganjak ke pukul 1, kelibat pekerja pejabat mulai kelihatan. Restaurant yang tadi lengang, mulai penuh dan bising dengan suara mereka.
“Nasib baik kita dah habis makan”
Jas bangun untuk membasuh tangan sementara Dara menunggu di meja. Dia sempat memerhati pelanggan yang hadir sebelum matanya tertumpu kepada lelaki itu. Jantungnya berdebar. Dia kelihatan asyik berbual dengan rakan sekerjanya tanpa menyedari Dara disitu.
Eva. Perempuan disebelah yang berjalan begitu hampir. Sesekali Kez ketawa apabila Eva bersuara. Dara menghela nafas. Dah lama Kez tak ketawa seperti itu. “Hoi!”
Dia kaget. “Menung apa? Jomlah”
Mereka bangun menuju ke kaunter. “Eh, abang” Kez menoleh. Dia melihat Jas bersama Dara. “Abang baru nak lunch ke?”
Kez mengangguk dan menghampiri mereka. “Buat apa sini?” dia menyoal. Sesekali mengerling kearah Dara yang hanya membisu. “Kami datang tengok kedai untuk butik Dara”
“Butik?” Kez memandangnya dengan wajah bertanya. “Abang sibuk kebelakangan ini. Dara tak sempat beritahu” dia menjawab, tenang. Memang kenyataan pun. Balik rumah pukul 12. Pukul 8, pergi kerja. Mereka memang tak sempat berbual langsung.
Jas memandang kedua-duanya. Macam ada yang tak kena. “Awak dah makan?” Kez menyoal. Dara hanya mengangguk. “Pergilah. Kawan abang tengah tunggu tu”
Hatinya sakit melihat Eva ketika ini. Salah ke jika aku cemburu? Eva lebih rapat dengan Kez berbanding aku, isteri dia. Kenapa Kez ingat Eva tapi tidak aku?
“Bawa kereta elok-elok”
Kez kembali mendapat kawan-kawanya. Jas hampir terbeliak biji mata. Dia pergi macam tu je? Bertuah punya abang.
“Jas, I gerak dulu”
Jas mengeluh, berat. Apa dah jadi ni?  

********************************************

“Dara! Dara!”
Dia menoleh. Eva berjalan lebih pantas untuk mendapatkan dirinya. Dara menghela nafas. Perempuan ni nak apa lagi?
“Kenapa?”
“Kita dah lama tak jumpa. Kau sihat?”
Pelik. Tiba-tiba je Eva buat macam mereka ni BFF. Dia mengangguk. “Alhamdulillah” dia menjawab, ringkas. Eva tersenyum. “Tahniah untuk perkahwinan kau”
Thanks
“Oh ya, aku nak beritahu kau. Memandangkan aku dan Kez kena urus projek, mungkin dia akan balik lambat. Aku harap kau okay ye?”
Dara diam. Eva nak sakitkan hati aku ke? “Jangan risau. Aku bukan cemburu tak tentu hala”
Eva mengangguk. “Aku dengar, Kez hilang ingatan. Tapi dia ingat semuanya kecuali kau. Betul ke?”
Sabar, Dara. Jangan anggap diri macam budak sekolah yang dahulu. Kau dah cukup matang untuk hadapi semua benda ni. “Ya. Tapi aku akan pastikan dia ingat aku secepat mungkin”
Eva ketawa, menyindir. Inilah saatnya untuk menyakitkan hati Dara. Wanita ini merampas satu-satunya lelaki yang dia mahu dahulu. Eva akan membalas semuanya sekarang.
I hope. Ada kemungkinan juga dia takkan ingat kau sambil bila-bila kan?
Dara terdiam. Senyuman Eva semakin mekar. “Aku sebenarnya nak beritahu kau nanti. Tapi memandangkan kita dah berjumpa, biarlah aku beritahu kau sekarang”
Eva mendekatkan jarak mereka. “Kalau Kez minta izin untuk berkahwin lain, aku harap kau dapat berikan kebenaran. Lagipun, Kez berkemampuan dan dia berkahwin dengan kau pun sebab terpaksa ‘kan?”
Tangan digenggam menjadi penumbuk. Tahap kesabaran dah hampir hilang. Ringan sahaja tangan ni nak melayang kearah muka yang menyakitkan hati itu. Dara menghela nafas untuk meredakan kemarahan ketika ini.
“Kalau macam tu, teruskanlah bermimpi”
Eva terkedu. Dara mempamer senyuman menyakitkan hati. “Kerana sampai kau mati pun, kau hanya boleh berharap untuk jadi isteri Kez. Aku akan pastikan hanya aku sahaja menjadi isteri Kez sampai bila-bila. So, stop wishing something that you never gonna get”
“Baiklah. Aku nak lihat sejauh mana kau bertahan dengan Kez yang langsung tak mencintai kau. Mungkin ada hikmahnya Kez hilang ingatan. Mungkin ini takdir aku untuk kembali mengejar dia”
Ya Allah. Tangan rasa menggigil sekarang ini. Takdir? Rasa hendak ketawa sambil mencekik batang leher Eva ketika ini.
“Dara” Eva terkejut. Dia segera menjarakkan dirinya sebelum mengukir senyuman. Sungguh berpura-pura. Jas menghampiri. “Kenapa ni?” dia menyoal.
“Hai Jas. Lama tak nampak you”
Jas memandang. Rasa nak muntah tengok aksi menggoda Eva. “Okaylah. I nak lunch dengan Kez. Nanti dia cari pula I. Have a nice day, both of you
Dara memandang. Rasa geramnya masih bersisa. “Kenapa ni?” Jas menyoal apabila melihat Dara yang hanya membisu. Pasti Eva ada cakap sesuatu yang menaikkan darah Dara ketika ini.
“Perempuan itu adalah sebab mengapa perempuan yang sudah bersuami membenci kaum sejenisnya sendiri”
Jas kerut dahi. Apa yang berlaku? “Jomlah Jas. I nak balik”

Wednesday, 21 November 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 27

“Senyum sikit. Ini hari kahwin kamu” mak andam menegur. Dara memandang wajahnya di cermin solek. Langsung tiada seri wajah seorang pengantin yang gembira. Terasa ingin menangis, tiba-tiba.
            “Kenapa kamu nampak tak gembira ni?” mak anda menyoal lagi. Dara tersentak. Dia memandang mak andam sebelum tersenyum. “Saya gementar rasanya” dia mengangguk tanpa banyak soaln.
            “Dara?” pintu bilik di tolak. Judy memberi senyuman. “Hey. Dah siap?” dia masuk sebelum menutup pintu semula. “Sudah” mak andam membetulkan lace yang diletakkan diatas tudung sebelum mulai mengemas barang-barangnya.
            “Terima kasih” mak andam berlalu meninggalkan mereka berdua. Judy memandang Dara. Cantiknya Dara ketika ini. Tambah-tambah bila berhijab sekarang. “You nampak cantik sangat. Tergamam I sekejap”
            Senyuman diberi seikhlas mungkin. Wajah Judy berubah. “Kenapa you tak gembira? Apa yang berlaku?”
            “Tak ada apa-apa. Semua dah datang ke?” dia cuba menukar topik. Judy masih tak berpuas hati tapi dia taknak memaksa. Hari ini hari penting Dara. “Anne dan yang lain baru je sampai. Dia orang nak jumpa you tapi I suruh pergi makan dulu. Tak tahulah masakan tu ikut selera mereka ataupun tidak”
            “Tak apa. I dah suruh tukang masak kurangkan pedas untuk mereka”
            Judy mengangguk. Dia membetulkan baju pengantin Dara yang berwarna putih. Macam bidadari. Sudahlah diri sendiri putih, pakai pula baju pengantin berwarna putih. “I tumpang gembira untuk you, Dara. Tak sangka, budak perempuan yang I bawa pulang dulu, kini nak jadi isteri orang pula. Cepatnya masa berlalu”
            Dia menjadi sebak. Terlalu cepat masa berlalu. Sampai tidak terasa betapa cepatnya Dara membesar dari menjadi seorang gadis kepada seorang wanita. Kalaulah D berada disini sekarang. Pasti dia adalah orang paling gembira.
            “Sebenarnya, I nak berterima kasih pada you. Tanpa you disamping I, pasti I takkan boleh lalui semua ini. Terima kasih kerana paksa I tinggal sini. Terima kasih kerana paksa I untuk berbaik dengan nenek. Jika tidak, I akan hidup dengan perasaan benci kepada keluarga sendiri”
            Judy mengukir senyuman sebelum menggeleng. “I taknak you jadi seperti D. Sebagai manusia, kita takkan boleh selamanya hidup sendirian. Keluarga itu penting!” Dara mengangguk, bersetuju. Dia bangun sebelum memeluk Judy dengan erat.
            “Thank you for everything, Jude. I really meant everything I said. Thanks for being with me all this time. I owe you so much” Judy menjadi terharu. Airmatanya menitis walaupun cuba dikawal. Dara sudah dewasa. Dia terasa seperti seorang ibu yang sedang melepaskan anaknya ketika ini.
            “Promise me you’ll be happy with him. I hope he can make you happy. You are so special, Dara. Always remember that
            Dara mengangguk. Pelukan dierat. Disaat dia tak punya sesiapa, Judy adalah orang disampingnya. Disaat dia membenci keluarga sendiri, Judy adalah jambatan yang menghubungkan mereka semula. Tanpa Judy, Dara tahu dia takkan jalani kehidupanya sekarang ini.
            “Lepas ni, I akan sentiasa rindu you. Jangan lupa jenguk I di New York ye?”
            Dara tergelak. Mereka merenggangkan pelukan. Dara mengesat airmata Judy. “Don’t cry. It ruin your make-up. You taknak bertukar jadi Kak Limah kan?”
            Judy menampar lenganya, lembut. Dara hanya ketawa. Thanks Jude. For everything. I love you so much. Dia mengukir senyuman. Judy juga turut tersenyum. 

******************************
           
            “Aku terima nikahnya Alessandara Damia Binti Abdullah dengan mas kahwinya 80 ringgit tunai” dengan sekali nafas, Kez mengucapkan lafaz akad yang menjadi bukti penyatuan mereka sebagai suami dan isteri.
            Sebaik saksi menyatakan bahawa lafaz tersebut sah, bacaan doa oleh tok kadi mulai kedengaran. Dara menadah tangan bersama linangan airmata. Selepas ini, mereka bakal menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Selepas ini, segala perlakuanya harus mendapat izin daripada Kez.
            Sungguh kalau diikutkan akal, dia takkan sangka hubungan mereka sejak sekolah menengah berakhir hingga ke jinjang pelamin. Dara sebenarnya bersyukur dengan sikap Kez yang serius dan setia menanti dirinya yang berada di benua lain. Alangkah indahnya kalau Kez mengingati segala kepayahan yang mereka alami dahulu.
            “Amin” pelbagai doa dipanjatkan kepada Yang Maha Esa untuk kesejahteraan perkahwinan mereka ini. Jas yang merupakan bridesmaid segera mengesat airmata yang mengalir dan menempek semula bedak di muka. Dara mengukir senyuman. Mujurlah Jas sentiasa disisi memberi semangat untuknya kembali memikat hati Kez.
            Kemudian, Kez berjalan kearahnya sambil ditemani pa. Dia kemudian duduk diatas kedua kaki berhadapan dengan Dara. Kotak empat segi kecil berwarna merah baldu dihulur oleh ma. Kez kemudianya menyarungkan cincin di jari manisnya. Satu kucupan hangat seorang suami buat isteri membuatkan hati Dara tersentuh. Akhirnya mereka menjadi pasangan suami isteri. Insya-Allah, hingga ke jannah hendaknya.
            “Dara” suara nenek buat dia menoleh. “Terima kasih kerana benarkan nenek saksikan perkahwinan kamu ini” dia tersentak. Nenek mengalirkan airmata. “Nenek ingat nenek takkan mampu melihat perkahwinan kamu sepertimana arwah mama kamu dahulu”
            Airmatanya turut mengalir. Nenek memeluk dan mengucup kedua belah pipinya dengan penuh rasa syukur. Dara hanya membisu. Kalaulah mama disampingnya. Airmata semakin laju. Sudah jauh mama ditinggalkan. Sudah lama juga mama meninggalkan dirinya. Namun mama akan tetap berada di hati Dara untuk selama-lamanya.
            I’m proud of you, baby

*************************
           Apabila tiba waktu malam, kaki terasa tidak mampu menampung tubuh yang terasa bertambah berat ketika ini. Tetamu masih ramai tetapi tidak seperti waktu tengah hari tadi. Seharian dia dibawa kesana kemari oleh nenek, Jas dan yang lain untuk berkenalan dengan orang yang hadir. Hanya beberapa kali sahaja sempat bersua dengan Kez. Namun, tiada ucapan mahupun senyuman. Dalam diam, Kez menyeksa hatinya ketika ini.
            Apabila merasakan tiada lagi tetamu yang hadir, Dara melabuhkan punggung diatas karpet yang diruang tamu. Tiada sofa memandangkan nenek mahu tetamu dari jauh berehat sebentar didalam rumah sebelum meneruskan perjalanan mereka.
            Dia bersandar di dinding untuk merehatkan tulang belakang yang hampir cramp kerana terlalu banyak berdiri. Mata juga sudah terasa berat memandangkan dirinya tak cukup tidur menguruskan barang-barang kahwin.
            “Dara” mata dibuka sedikit. Tak sempat nak berehat sekejap. “Sampai tertidur budak ni. Naiklah atas salin baju” suara lembut ma menyapa. Dara menggosok matanya yang kabur. “Tetamu ramai lagi ma. Takkanlah Dara nak naik”
            “Tak apa. Semua ni saudara-mara kita je. Dara naik, mandi dan salin baju. Kalau ada apa-apa, ma panggil kamu ye?”
            Ma mengusap kepalanya, lembut. Dara hampir terbayang wajah mama ketika ini. Dia akhirnya mengangguk. Langkah diatur untuk naik ke atas. Pintu bilik dibuka. Katil sudah dihias dengan begitu cantik. Tak sanggup rasanya mahu merosakkan bunga ros berbentuk love itu. Dia akhirnya mencapai tuala sebelum masuk ke dalam bilik air.
            10 minit kemudian, dia keluar dengan rasa yang lebih lega. Rambut yang panjang dilap memandangkan hari ini dia membasahkan rambut. Dara melihat jam di dinding. Hampir pukul 11 malam. Patutlah dirinya juga sudah keletihan. Mana Kez? Dia akhirnya menyoal. Tak naik lagi rasanya.
            Dara terkejut apabila pintu diketuk sekejap sebelum dibuka. Dia tergamam melihat Kez masuk dengan pakaian baju melayu yang masih segak di tubuh. Keadaan menjadi kekok dengan dirinya yang baru selesai mandi. Tanpa menegur, Kez mencapai tuala dan berlalu masuk ke bilik air. Dara tergamam. Sejak akad, tiada langsung suara daripada Kez. Adakah Kez membencinya kerana memaksa perkahwinan ini?
            Tak mahu memikirkan perkara yang negatif, dia berlalu ke meja solek. Losyen wangi disapu di tangan dan leher. Dia kemudian menyikat rambut dengan perlahan. Jantung tidak berhenti berdegup. Walaupun mereka berkawan lama tapi mereka tidak selalu berjumpa seperti pasangan kekasih yang lain. Kerana itulah, perasaan malu dan segan itu masih ada.
            Dara dikejutkan dengan pintu bilik mandi yang dibuka. Kez keluar bersama seluar pendek hitam dan wife beater berwarna putih. “Abang” dia memanggil, lembut. “Kita solat sama-sama”
            Kez mengangguk. Sejadah dihampar. Kez dihadapan, dia dibelakang. Beberapa minit kemudian, Dara sudah menyalam tangan Kez dihadapan. Kaku. Rasa dia sangat jauh. Dara memandang Kez. Hatinya menjadi sebak.
            “Abang marah?”
            Kez diam. Dia rasa diperkotak-katikkan ketika ini. Ma dan pa langsung tak mahu berinya peluang. Seolah-olah Dara adalah anak mereka bukanya dia. “Saya minta maaf” dia menutur, ikhlas. Kez memandang.
            “Awak dah puas hati ke?” dia menyoal. Dara terkejut. “Awak dah puas dapat berkahwin dengan saya? Saya dah tunaikan janji saya ‘kan?” dia tergamam.  Kez bangun melipat sejadah sebelum menyangkut di tempat penyangkut.
            “Awak nafikan hak saya sebagai seorang lelaki dewasa. Awak paksa saya mengahwini awak sedangkan saya perlukan masa. Are you happy now?” suaranya sedikit tinggi. Dara tergamam. “Saya tak pernah sangka awak perempuan seperti ini”
            “Abang” Kez memandang. “Awak tentukan kita untuk berkahwin. Sekarang, saya akan tentukan cara hidup kita selepas kita berkahwin”
            “Saya akan tidur dekat sofa malam ni”
            Dia mengambil bantal di atas katil sebelum diletakkan diatas sofa. Dara hanya mampu memandang. Dia membuka telekung dan melipatnya bersama sejadah. Kez sudah melelapkan mata diatas sofa. Dia kelihatan sangat marah ketika ini.
            Dara duduk di hujung katil memandang Kez. Lelaki itu tidur membelakangkan dirinya. Airmata mengalir namun pantas diseka. Alessandara Damia takkan sekali-kali lemah dengan dugaan ini. Dia akan lalui semua ini dengan tabah. 

***********************************

Seminggu berkahwin, mereka akhirnya berpindah ke rumah sendiri. Rumah banglo 2 tingkat hadiah daripada nenek walaupun puas Dara menolak. Dia memandang ruang tamu yang sudah dihias cantik. Kata nenek, dia mahu cucunya masuk cuci kaki sahaja. Semuanya sudah disediakan untuk mereka berdua.
“Semua beg dah dibawa masuk”
Dara menoleh. Kez meletakkan beg terakhir diatas permaidani. “Thanks. Saya akan bawa sendiri beg saya naik ke atas”
Lelaki itu mengangguk. Dia membawa beg naik ke tingkat atas. Dara memerhati sebelum menghela nafas. Kez masih marah. Perpindahan mereka ini beri ruang untuk Kez semakin menjarakkan dirinya. Atas permintaan dia juga, mereka tidur di bilik berasingan.
Dara membawa beg naik ke atas. Dia membuka pintu biliknya yang berhadapan dengan pintu bilik Kez. Semua barang sudah disediakan. Hanya tinggal mengemas beg yang dibawa sahaja. Dara meletakkan beg yang dibawa sebelum duduk diatas katil. Cantik. Dara berterima kasih sangat kepada nenek yang begitu murah hati.
Nak buat apa? Takkanlah nak duduk memerap dalam bilik je? Dara berfikir sejenak. Kemudian, dia tersenyum. Bangga sekejap dengan otaknya yang begitu cepat berfikir. Dara bangun dan keluar dari bilik. Dia kemudian mengetuk bilik Kez yang berdekatan sahaja.
“Kenapa?” dia menyoal, sebal. Sengihan diberi. “Rumah kita takda barang mentah. Boleh bawa Dara ke Tesco?”
“Tak boleh pergi sendiri ke?”
Dara menggeleng. “Dara tak berapa cam lagi jalan disini” dia menjawab, tenang. Tipu sunat. Memang betul dirinya tak berapa arif sangat dengan jalan di Penang ni tapi setakat jalan ke Tesco tu, memang dah hafal.
Kez mendengus namun tetap mengangguk. Dia masuk ke dalam mencapai wallet sebelum mereka sama-sama keluar. 

*********************

Mereka tiba di Tesco pukul 10 pagi. Tak ramai lagi orang yang datang ke sini. Dara ambil kesempatan menyinggah butik yang baru dibuka. Dia melihat Kez yang hanya mengekori tanpa bicara. Sejak berkahwin, semakin sukar untuk mendengar Kez bersuara. Tidak dinafikan, Dara merindui sakatan dan nyanyian dari Kez untuknya.
“Lambat lagi ke?” dia menyoal. Kata tadi nak beli barang mentah. Tapi rasanya dah melencong jauh ni. Dara tersenyum. “Jomlah”
Mereka berjalan keluar dari butik. Dara melihat Kez yang berjalan sedikit jauh darinya. Dia menghampiri sebelum perlahan sahaja mengenggam tangan Kez. Suaminya itu terkejut. Dara hanya memberi senyuman sebelum berjalan dengan selamba.
“Abang nak makan apa hari ni?”
“Tak kisah” Dara tersenyum. Dia tahu Kez bukan lelaki yang cerewet. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. “Abang suka sayur?”
Kez menghentikan langkah yang sedang menolak troli. “Tak”
Dara ketawa. Kez yang hilang ingatan sangat berterus-terang. Nampak sangat dulu awak nak jaga hati saya. Kez mengerut dahi. Aku buat lawak ke? Pelik sungguh perangai budak ni.
Kemudian, mereka berlalu ke tempat ikan dan ayam. Dara memandang sambil berfikir makanan mereka untuk seminggu ni. Senang beli awal-awal. Takdala kelam-kabut nanti.
“Awak nak masak apa hari ni?” dia menyoal disebelah. Khusyuk betul memerhati. Gaya orang tengah fikir soalan exam. “Siakap sweet sour dan tomyam. Okay?”
Kez hanya mengangguk. Dia memerhati Dara yang begitu cekap memilih ikan dan terus menyuruh pekerja menyiang ikan tersebut. Dara kembali setelah mendapat semula ikan yang disiang. “Kita pergi tempat aiskrim”
“Abang suka aiskrim?” Dara menyoal. Selama mereka berkenalan hinggalah bertunang, terlalu sedikit yang Dara ketahui mengenai lelaki ini. Mungkin kerana mereka terpisah jauh dan dengan jangka masa yang lama. Sekarang adalah masa untuk mengetahui semuanya.
Kez menggeleng. “Aiskrim tak bagus. Tambah pula musim hujan macam ni”
Dara mencebik. “Saya bukan budak-budak”
“Awak pasti?” dia menyoal, sinis. Kez tersenyum sebelum menolak troli ke hadapan. Senyuman turut diukir. Dia rindu Kez yang seperti ini. Dara akhirnya berjalan mendapatkan Kez yang sudah jauh.
“Abang!” Kez hanya menyahut. “Kita tak pernah keluar date macam sekarang ni dahulu” dia membuka cerita. “Kenapa?”
“Sebab saya jauh di New York. Paling selalu kita buat pun hanyalah skype
“Kasihan diri saya yang dahulu” dia bersuara, tenang. “Kasihan saya juga tahu? Ingat senang ke nak setia dengan model kacak yang selalu disamping saya”
“Model kacak?” dia menyoal, keliru. “Saya adalah pereka fesyen” dia menjawab, perlahan. Kez lupa semuanya membabitkan dirinya ke? Suaminya itu sekadar mengangguk.
“Jadi, selepas ni awak kena pulang ke New York semula ke?”
Dara kaget. Kez masih tak tahu keputusan yang diambilnya. “Saya akan tinggal disini”
Kez memandang. “Jom kita bayar. Tak ramai orang lagi ni” langkah diatur pantas menuju ke kaunter pembayaran. 

*****************************

“Hoi”
Jas menampar paha, mengejutkan Dara yang sedang membaca majalah. Dara mengadu sakit sambil menggosok pahanya yang terasa perit.
“Waalaikumsalam, Jasmin Alwani”
Jas menayang gigi tanpa rasa bersalah. Jas kemudian duduk disebelah Dara. “Apa khabar pengatin baru? Mana abang?”
“Khabar baik. Kez ada kerja di pejabat tadi. Dia suruh I datang dulu”
Jas menganguk. Dara nampak makin kurus. Tak gembira ke kawan aku seorang ni?
“I nak tolong ma dekat dapur tapi dia halau I keluar macam tu je. Konon nak suruh I rehat”
Jas tergelak. “Iyalah. 2 hari yang lepas ma dah sibuk rancang menu untuk kalian berdua. Aku rasa tersisih sungguh. Ini yang rasa nak pindah duduk rumah sendiri ni”
Dara mencubit paha Jas. “Aduh!”
“Jangan nak mengada. Selagi belum kahwin, duduk rumah dengan ma dan pa sampai tua”
Jas mencebik. Apa ni, gaya kakak ipar prihatin pula ke? “Aku dah 24 tahun tahu?”
“Tapi you masih anak dara tahu?”
Sabar je la. Dara tersenyum. “Duduklah dengan ma. Nanti bila ma dah takda, baru you rindu nak duduk dengan dia. Jangan jadi macam I” Dara bersuara, lembut. Jas bertuah kerana ma masih ada untuk melindungi dan berada disampingnya.
Jas melihat wajah Dara berubah. Dia mulai rasa bersalah. “Aku gurau je la. Jangan la touching sangat” dia segera memeluk bahu Dara.
“Kau dengan abang, how?
“Kami okay je”
Macam tak okay je. Jawab macam tak bersemangat. Muka pun tak ceria. “Dara” Jas menghela nafas. Dia kenal Dara waktu mereka masih budak-budak hinggalah menjadi seorang wanita. Dia tahu Dara suka sembunyikan perasaan sendiri.
“Abang layan kau dengan baik kan?”
Dia mengangguk. “Ini mungkin ambil masa. Kau jangan putus asa ye?”
Senyuman hambar diberi dengan anggukan. Jas mengeluh. Apa nak jadi dengan abang dan kakak ipar aku ni? Dia tahu mereka punya masalah. Jas hanya mampu berharap mereka mampu menyelesaikanya sebelum melarat. Takkanlah aku pula nak kacau rumah tangga orang? Cukuplah dahulu dia jadi orang tengah.
“Aku sebenarnya ada benda nak tanya kau ni”
Dara memandang Jas. “Tanya apa?”
“Judy ym aku 2 hari lepas suruh aku tengokkan kau. Katanya, kau akan buka butik disini dan takkan pulang ke New York lagi. Betul ke?”
Dara tersentak. Dia masih tidak memberitahu sesiapa mengenai keputusanya itu. Perlahan Dara mengangguk. “Kau ada beritahu sesiapa tak tentang ni?”
“Belum lagi”
Jas menggeleng. Dara, Dara. Perangai tu susah nak ubah. Suka tanggung semua keperitan sendiri. “Semua ni sebab abang ke?”
“Ini keputusan I, Jas”
Dia mengangguk. “Abang tahu ke?”
“Dia bukanya kisah pun. Kerja I pun dia tak ingat” Jas memandang. Dara merenung jauh menembusi dinding ruang tamu.  “Abang perlu masa”
I know. I try my hardest to make him remember
Jas terdiam. Dia teringat kata-kata Dara dahulu. Sewaktu Dara menangis kali pertama dihadapanya hingga dia tak tahu nak buat apa.
“You tak rasa apa yang I rasa ketika ini. It’s really hurt. Orang yang you cinta selama 6 tahun melupakan you sepenuhnya sekelip mata. Dia lupakan segala-galanya tentang you malah kewujudan you sekalipun dipadamkan daripada ingatan dia. Macam mana I nak hadapi semua ini?
“Aku tahu kau kuat” dia akhirnya bersuara. Dara hanya mengangguk. Dia akan bertahan selagi mampu. Walaupun bukan alam perkahwinan seperti ini yang diimpikan olehnya.

Wednesday, 14 November 2012

Isteri Aku Rambut Blonde 26

                  -Miss Dara, I’ve sent you the e-mail draft for our winter collection-
                Ya Allah. Semangat jatuh dengan segera. Hampir 200 draf yang harus diteliti satu per satu. Hasil kajian selama 2 bulan oleh pasukanya. Dara membuka fail yang pertama. Dress. Ada hampir 50 jenis pilihan rekaan, jenis kain dan aksesori yang dipadankan.
                Terasa hendak pitam sekarang. Dia pantas mencapai diari sebelum mencatat perkara yang ingin diubah mahupun ditambah. Hampir 3 hari tidak bekerja. Memang wajarlah bertimbun-timbun kerja menunggu. Ini pun nasib baik tidak berada di New York. Lepas semua draf dikelaskan, dia harus turun ke kilang pula untuk memilih kain yang sesuai. Siapa kata jadi pereka fesyen glamour? Mereka tak tahu usaha disebalik setiap helai baju yang dihasilkan.
                Telifon bimbitnya berbunyi. Dara mengangkat sebaik melihat nombor luar negara.
                “Yes?
             “It’s me” Judy bersuara. Dara mengangguk seolah-olah Judy dihadapanya ketika ini. “Anything happen there? Semua okay ‘kan?”
                “You balik sini esok kan?”
                Dara terkedu. Dia melihat kalendar yang di gantung di dinding. Ya Allah. Cutinya tamat lusa. Dara terdiam. “Jude” dia bersuara setelah agak lama. “Jangan cakap you taknak balik sini”
                Bull’s eye. For your company sake, Dara. Setiap kali you balik sana, pasti ada sahaja sebab you taknak pulang kesini. Mungkin selepas ini I perlu halang you dari balik sana agaknya”
                Dara terkejut dengan suara keras Judy. “I ada sebab I, Jude” dia berharap sangat Judy akan mengerti. “Sebab apa? Nenek ataupun Kez? I tahu wedding you 2 bulan lagi. Tapi kami disini berusaha demi you. Tak boleh ke you berkorban sedikit demi kami?”
                Dia rasa tersindir. Dara sedar Judy banyak membantunya. Tapi dia benar-benar ingin duduk disini sekarang ini. Lebih-lebih lagi dengan keadaan Kez.
                “Kez kemalangan, Jude”
                Judy terdiam. Dara menghela nafas. “Dia hilang ingatan” hatinya sakit. Mereka bakal berkahwin 2 bulan dari sekarang tapi Kez langsung tak ingat apa-apa. “Dia tak ingat I langsung” mata sudah bergenang. Kedengaran Judy menghela nafas.
                “Macam mana boleh berlaku?”
               “Kepala dia mengalami hentakan kuat waktu kemalangan berlaku. Doktor juga lakukan pembedahan di kepala untuk mengeluarkan darah beku. Either one of them is the reason he lost his memories
              Dia dah takda mood nak buat kerja. “How about you. You okay? Nak I kesana?” Judy menyoal, risau. Dara menggeleng. “I need you to stay there. Mulai sekarang I akan uruskan syarikat kita dari sini. You akan mewakili I untuk semua meeting mahupun interview. It’s about time I’ve to let go something for him. He needs me more
                Dara berharap Judy faham. Kez sudah banyak berkorban deminya. Sekarang adalah giliran Dara pula. “You nak lepaskan semuanya demi dia? Demi Kez yang langsung tak mengingati you?”
                “I love him, Jude” Judy terdiam.
"Dia lebih penting daripada segalanya. I tahu you akan faham suatu hari nanti bila you jatuh cinta. Letting go something for him is not a big deal if you really love him. I taknak kehilangan Kez”
            Judy diam. Dia tahu dia tak mampu memujuk Dara lagi. Apabila Dara dah buat keputusan, tiada apapun yang mampu mengubahnya. “I don’t know what to say. I tahu you fikirkan yang terbaik untuk masa depan you”
            Senyuman diukir dengan rasa lega. “You sentiasa boleh pulang kesini, Jude. You tahu I akan sentiasa rindu you ‘kan?”
               Judy tergelak. Dia kemudian mengeluh. “Oh, Dara. I hope he’s really worth it. I taknak you menyesal di kemudian hari. In case anything happen, you’re always welcome to come back here. You know righ?”
                “Yes, I know. Thanks a lot, Jude” dia berharap semuanya akan berjalan lancar disana. “I hanya tanggung kerja you disini. Ambil la sebanyak mana masa yang you perlukan. D&D CEO will always be you
                Panggilan dimatikan selepas beberapa minit. Dara menghela nafas. Adakah ini keputusan yang terbaik? Adakah dirinya takkan menyesal? Dara memandang bingkai gambar dirinya dan Kez sewaktu majlis pertunangan mereka.
                He’s worth it. I yakin.

*****************************************************
               
“Hai Dara” ma menyambut di muka pintu dengan senyuman. Dara turut tersenyum. “Ma nak kemana ni?”
Ada kerja sikit. Kamu datang jenguk Kez?”
Dara mengangguk. “Sekarang waktu dia makan tengah hari. Boleh kamu tolong bantu dia?”
Dia kaget seketika sebelum mengangguk. “Ma jangan risau. Dara jaga Kez.”
Ma mengukir senyuman. “Terima kasih, Dara”
Sebaik menghantar ma keluar, Dara berlalu ke ruang dapur. Kelihatan maid sedang menyiapkan makanan untuk Kez.
“Non Dara udah datang?”
“Makanan Kez dah siap?” dia menyoal. “Udah non. Tinggal dibawa ke atas aja”
“Kalau macam tu, biar saya bawa”
“Emang enggak apa-apa, non?”
Dara tersenyum. “Tak apa. Ma suruh saya jaga Kez hari ini”
Sumarti memberikan dulang makanan kepada Dara. Kakinya terus dibawa ke bilik Kez. Pintu diketuk beberapa kali.
“Masuk”
Dengan penuh bersusah-payah dia membuka pintu bilik lelaki itu. Bukanya nak tolong buka. Ingat diri anak raja ke?  “Lambatnya, kak Ti. Saya dah lapar tahu tak?”
Kez kaget. Eh, budak ni lagi? Dara memberi senyuman. Kez mengeluh.  “Hari ni, saya akan jaga awak. Ma ada kerja. Sumarti dah pergi pasar”
Kez diam. Dia melihat sahaja Dara meletakkan makan diatas katil. Kez masih tidak faham kenapa Dara beria-ia menghampirinya. Mereka benar-benar bertunang ke? “Taknak makan ke?” Dara menyoal.
“Nak makan macam mana?”
Dia menayangkan tanganya yang berbalut. Dara terlupa. Tapi berbalut je. Bukanya simen. Memang anak manja sungguh. Dara mengambil pinggan sebelum menceduk nasi menggunakan sudu. Dia kemudian menyuap kearah Kez. Lelaki itu menjamah tanpa banyak soal.
“Sakit ke?” Dara menyoal apabila mereka hanya membisu sedari tadi. “Sakit apa?”
“Tangan dengan kaki tu?”
“Biasa je”
Dara memandang Kez yang tidak mahu mengangkat muka. Kez sangat berubah. Seolah-olah mereka pernah bermusuh dahulu.
“Kez” dia memanggil, lembut. Lelaki itu mendengus. “Nak apa lagi ni? Tak elok kita berdua dalam bilik macam ni tahu tak?”
Dia terdiam. Tak habis-habis ulang benda yang sama. Memang awak tak suka sangat ke saya duduk berdekatan awak? “You tak ingat langsung ke?” dia menyoal walaupun sudah mengetahui jawapanya. Kez memandang. Dia merenung jauh sebelum menggeleng.
“Tak. Mungkin awak tak penting sebab itulah saya tak ingat”
Hatinya bagai ditusuk anak panah. Sekali tapi sangat perit. Dara menahan rasa. Tak penting? Kalau tak penting, awak takkan tunggu saya selama 4 tahun! Kalau tak penting, hubungan yang bermula sejak sekolah ini takkan berakhir di jinjang pelamin! Hati rasa geram, tiba-tiba.
“Nasib baiklah awak lupa ingatan, Khairul Muslim” dia bersuara, perlahan.
“Kenapa semua orang beria suruh saya ingat awak? Awak siapa sebenarnya? Huh?”
Sabar, Dara. Dia betul-betul tak ingat. “Saya tunang awak” Kez menjuling mata. Itu tahulah. Sejak setiap kali buka mata, ma dan Jas akan ingatkan kenyataan itu.
“Macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak?”
Dara terkedu. Tak pernah pula tanya pada Kez dahulu? Kalau diri sendiri tak tahu, takkanlah aku nak tahu pula? “I tak tahu. Tanyalah diri you sendiri” 
Kez diam. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Dara memandang. Kez nampak comel. “Peliknya. Saya langsung tak ingat apapun tentang awak”
Dara menghela nafas. Dia sedikit kecewa. Kez memandangnya. Dia turut keliru. “So, nama awak Dara ke?” dia menyoal lagi. Dara mengangguk. Kez hentam gelak sampai terbaring-baring diatas katil. “Hahaha. Dara. Hahaha”
Dara mengetap bibir. Kez ni betul-betul sakit atau pura-pura. Dara menahan sabar. Kalau sekadar luka dan tidak bersimen, nahas dah tubuh kurus dihadapanya ketika ini. “Interesting. Pelik tapi menarik. Apa nama penuh awak?”
“Alessandara Damia”
Kez diam seketika. “Saya panggil awak Damia la. Dara macam tak proper sangat”
Dara kaget. Selama inipun, hanya Kez sahaja yang memanggilnya Damia. Dara mengangguk, bersetuju. Kez kemudian mendekatkan wajah mereka secara tiba-tiba. Dara tergamam.
“Hmmm” dia menoleh ke kiri dan kanan seperti menilik sesuatu.
“Saya cuba cari sebab apa saya suka awak sampai kita bertunang. Tentu ada sesuatu pada awak yang buat saya jatuh cinta ‘kan?”
Dara tidak mampu menjawab. Jantungnya terasa nak keluar dari badan sahaja ketika ini. Kez memberi senyuman. Cantik. Itu memang tak dinafikan. Tak nampak muka melayu pun. Kacukan ke tunang aku ni?
“Awak mix eh?”
Dara mengangguk. Patutlah. Kez menjauhkan wajahnya semula. Barulah Dara mampu menarik nafas lega. Cayalah kau, Kez. Sekali dapat anak mat salleh. Dia memuji diri sendiri.
“Jas cakap kita kenal waktu sekolah”
Angguk lagi. “Macam mana?”
Dara diam sekejap. Nak cerita ke? Nanti terkejut pula dia. “You hentam kepala I dengan bola basket sampai pengsan” Kez terbeliak. Sampai pengsan? Kuat sangat ke? Tanpa sedar, dia menjadi risau.  “Dan berdarah juga” Dara menambah. Sengaja mahu buat Kez bersalah.
“Serius?”
Dara mengangguk, serius. Kez berganjak sedikit, takut kalau Dara ingin membalas dendam. Dara tersenyum. Jika tidak mengetahui Kez sekarang lupa ingatan, pasti Dara masih merasakan Kez sekarang adalah Kez yang dahulu.
“Waktu sekolah, you selalu buli I. Mentang-mentang la waktu itu I baru je balik Malaysia
Dia mengecilkan mata dengan wajah geram. Kez menggaru kepala. Betul ke? Kenapa aku tak ingat apapun? “You sengaja betting dengan I makan asam pedas. Sebab you kata anak orang putih macam I mana tahan pedas. Tapi masalahnya, asam pedas tu pedas sangat”
Kez tergelak. Dara tersenyum. Perhubungan yang bermula kerana rasa sakit hati apabila dicabar. Siapa mampu menyangka kisah mereka begitu panjang?

********************************************************

Dara kembali setelah hampir 3 jam berbual. Kez masih sama kecuali dengan kenyataan bahawa semua tentang diri Dara telah dilupakanya. Adakah semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya?
“Baru balik?” nenek menegur dari sofa. Dara hanya memberi senyuman, hambar. Dia kemudian duduk disebelah nenek sebelum melentokkan kepala di bahu nenek.
“Macam mana Kez?”
Semangatnya jatuh tiba-tiba. Bagaimana nak hadapi tunang yang melupakan tunangnya sendiri? Bagaimana nak menghadapi Kez yang tidak mengingati apapun tentang mereka? Sekuat-kuat Dara, keadaan seperti ini tidak pernah dihadapi olehnya.
“Dia masih tak ingat Dara, nek”
Dara melepaskan keluhan. Disaat mereka hampir berkahwin. Kenapa semua ini berlaku? “Sabarlah. Nenek yakin kalau kamu sentiasa disisi dia, Kez akan mulai ingat sedikit demi sedikit”
Pujukan nenek tidak mampu menenangkan hati Dara. Dia mengeluh lagi. “2 bulan lagi kami nak kahwin. Macam mana kalau Kez taknak kahwin dengan Dara?”
Nenek menoleh. “Kez cakap dia taknak kahwin dengan kamu ke?”
“Tidaklah. Itu andaian Dara”
Nenek menarik nafas lega. Dara menyandarkan tubuh di sofa. Bagaimana dengan hubungan mereka sekarang? Bagaimana dengan perkahwinan yang bakal berlangsung? Otaknya terasa sakit memikirkan semua itu.
“Nenek dah bercakap dengan Puan Maria. Dia mahu teruskan juga perkahwinan kamu. Lagipun, Kez sudah semakin pulih. Nenek rasa takda masalah pun nak teruskan perkahwinan ini”
Dara terdiam. Tapi Kez nak ke? Aku nak hampir pun, dia dah tarik muka empat belas. Tadi boleh berbual pun kira bersyukurlah. Sejak Kez hilang ingatan, lelaki itu melayanya seperti seorang musuh. Kalau diikutkan rasa, sudah banyak kali hatinya terluka.
“Kenapa ni?” nenek menyoal, risau. Dara nampak tidak gembira. Ada sesuatu yang merunsingkan cucunya ini ke?
“Dia nak ke kahwin dengan Dara, nek?” dia menyoal, lemah. “Dara nak dekat pun tak boleh. Kez macam benci sangat dekat Dara, nek. Macam mana kami nak kahwin kalau Kez langsung tak ingat apa-apa tentang Dara?”
Nenek diam seketika. Dia memandang Dara dengan rasa simpati. Terlalu banyak dugaan yang cucunya ini hadapi. Dia bersyukur sangat bila Dara mampu hadapi semuanya dengan tabah. Tapi kadangkala nenek risau. Dia takut Dara berpura-pura tabah dihadapanya tetapi diri sendiri sangat menderita.
“Insya-Allah. Nenek yakin Kez akan ingat kamu semula”
Keyakinan nenek tidak membantu. Dara hampir putus asa ketika ini. Tapi mengenangkan 6 tahun hubungan yang terjalin, dia kuatkan semangat. Bukan senang untuk mereka bersama. Dara takkan lepaskan Kez dengan mudah. Biarlah Kez nak benci ke, nak menyampah ke, nak tarik muka ke. Dara akan kuatkan semangat.
“Nek!”
“Dara nak cepatkan tarikh perkahwinan kami”
Nenek terkejut. Dia melihat Dara mengangguk dengan penuh yakin. “Kamu yakin?”
“Sangat yakin!” senyuman bersemangat diberi. Takdir mereka kali ini, biar Dara yang tentukan!

******************************************************

Kez kembali ke pejabat selepas hampir seminggu bercuti. Ma dah bising sebab risau dirinya belum benar-benar pulih. Tapi Kez tahu dirinya. Kemalangan yang berlaku tidaklah teruk mana. Mungkin kaki masih bersimen tetapi luka kecil yang lain sudah sembuh sepenuhnya.
“Hoi budak simen!” dia menoleh. Zaid menayang gigi, tersengih. Kurang asam jawa punya kawan. “Kau penah rasa tendangan budak simen?” dia memandang, geram. Zaid ketawa. Dia kemudian berjalan menghampiri Kez. Dengan tongkat pun masih nak datang kerja. Workaholic sungguh budak ni.
“Macam mana kau? Sihat?”
Kez mengangguk. “Tunggu buka simen je sekarang”
Zaid memandang. Masih tampan. Nasib baiklah muka tak apa-apa. Kalau tak, hilang asset termahal. Dia senyum sendiri. “Aku musykil sebenarnya”
“Kenapa?”
“Kau ni betul-betul hilang ingatan ke? Aku tengok kau sama je”
Kez menghela nafas. Ya. Dia pun rasa dirinya masih seperti dahulu. “Aku ingat semuanya kecuali seseorang”
Zaid terkejut. “Siapa?”
“Dara”
“Dara? Tunang kau?” dia menyoal, pantas. Kez terkejut. Zaid tidak terkata apa-apa. Biar benar? Kez lupa tunang sendiri? “Kau biar betul, Kez? Kau lupa tunang kau sendiri?”
Kez mengangguk. Kenapala semua orang seperti tadi kehidupanya kecuali dirinya sendiri? “Kenapa semua orang cakap dia tunang aku? Aku langsung tak rasa apa-apa pun pada dia”
Zaid hampir  membesarkan mata. Takda perasaan? Dahulu punya angau sampai sanggup skype di tempat kerja. Sekarang, dah takda apa-apa rasa pula. Pelik sungguh. “Kau jangan buat gila. Kalian kawan sejak sekolah menengah. 2 bulan lagi kalian kahwin, tahu?”
Kali ini, Kez pula terkejut. “Kahwin?” Zaid mengangguk. Takkan benda penting ini pun dia lupa? “Apahal dia orang tak beritahu aku apa-apa?”
Zaid hampir menepuk dahi sendiri. “Kau tahu sejak hari pertama kalian bertunang, Kez. Tolonglah! Kau lupa semua yang berkaitan Dara ke?”
Kez terdiam. Dia berkahwin dengan Dara yang langsung tak dikenali? Ingat ini zaman P Ramlee ke, kena kahwin paksa macam ni?
“Takkanlah parents aku nak suruh aku kahwin dengan orang yang aku tak kenal? Kau ni merepeklah, Id”
Zaid menggeleng. Dia mengeluh, berat. Rasa nak ketuk kepala Kez sekarang ini. “Habistu? Kau nak membantah? Kau dah gila?”
“Apa salahnya? Aku lelaki dewasa yang boleh buat keputusan sendiri. Aku takkan berkahwin dengan perempuan yang aku tak cinta”
Zaid terkejut. Kez nampak serius. Takkan Kez nak batalkan perkahwinan dan pertunanganya dengan Dara? “Kau betul-betul tak ingat dia ke?”
Kez menjuling mata. Dia sudah bosan dengan soalan yang sama. Penting sangat ke Dara tu? Kalau penting, tentu dia takkan melupakan kewujudan gadis itu! Tapi itu bukan masalah sekarang. Kez harus bertindak untuk batalkan perkahwinan yang akan berlangsung. Mereka tidak boleh memaksanya seperti budak kecil.

****************************************************

Tiba dirumah, dia mendengar suara orang bergelak-tawa di ruang tamu. Kez menghela nafas sebelum menghampiri ruang tamu. Pa, ma, Jas dan budak tu sedang berbual sambil ketawa. Tanpa menegur mereka, Kez melintasi mereka.
“Kez” damn. Dia menoleh kearah mereka. “Baru balik?” ma menyoal, lembut. Kez mengangguk. “Kez naik dulu, ma”
“Nanti dulu” pa pula bersuara. Kez menghela nafas. Dia benar-benar letih. “Kez nak rehat, pa. Letih sangat ni”
Dara memandang sambil menahan rasa. Kez buat seolah-olah dia tak wujud ketika ini. “Mari duduk dulu. Kami akan hal nak bincang dengan kamu” suara tegas pa buat dia mengalah. Kez mengatur langkah menuju ke sofa sebelum duduk bersebelah dengan Jas.
“Ada apa ni?” dia menyoal dengan rasa sebal. Matanya menangkap wajah tak puas hati Dara. “Ma dengan pa panggil Dara kesini. Kami bersetuju untuk percepatkan perkahwinan kamu berdua”
Kez terkejut. Dia memandang pa dan kemudian ma yang mengangguk. Dia kemudian memandang Dara. “Ini keputusan awak ke?” Dara terkejut. Kez memandangnya, tajam. “Saya beritahu saya perlukan masa kan? Awak tak dengar ke?
Semua terkejut dengan sikap kasar Kez ketika ini. Dara menghela nafas. “Ini keputusan ibubapa awak” dia menjawab, tenang. Kez mendengus. Dia tak percaya. Pasti ini rancangan Dara. Semakin lama, gadis ini semakin merimaskan dirinya.
“Baiklah. Kalau macam tu, Kez tak bersetuju. Kez bantah!”
Mereka sekali lagi terkejut. “Abang!” Jas bersuara di sebelah. “Dah gila ke? Abang taknak kahwin dengan Dara?”
Kez mengangguk. “Abang takda apa-apa perasaan pada dia. Abang langsung tak ingat dia. Buat apa abang kahwin dengan dia?”
Kez. Dara terasa sebak. Sejak bila Kez pandai melukainya seperti ini? Sejak bila Kez pandai pegang pisau dan toreh hatinya seperti ini? “Budak ni” ma menjegil mata. Kez buat tak nampak. Sebagai lelaki, dia berhak menyatakan pendirianya. Ini bukan zaman 80-an!
“Kez harap ma dan pa hormati keputusan Kez. Perkahwinan ini takkan berlangsung!”
Suasana menjadi sunyi. Dara menghela nafas melihat Kez sudah bangun. You jerk. Kalau saya tahu begini perangai awak. “You tak guna!” dia bersuara, cukup untuk buat Kez menoleh. “Apa awak cakap?”
I don’t care whether you love me or not. I don’t care whether you remember me or not. Our wedding date is next 2 weeks. Nothing will change that except with Allah will. Manusia dipegang pada janji, lembu dipegang pada tali. So tell me, Khairul Muslim. You are human, aren’t you?
Kez tergamam. Jas hendak tergelak. Rasakan. Dia gembira kerana Dara tidak membiarkan sahaja abang ikut kepala sendiri. You go girl. Bangga aku dapat kakak ipar macam kau!
“Sebagai seorang lelaki dewasa, awak harus tahu untuk menepati janji awak, janji keluarga awak kepada saya. Jika awak nak kami layan awak macam lelaki dewasa, so start with keeping your promise to me”
Ma menguntum senyum. Dara menghela nafas. Tak sia-sia berlajar pshycology waktu di New York dahulu. Boleh gunakan waktu terdesak seperti ini. Kez menghela nafas. Dia tak mampu membalas.
“Berhenti dengan sikap keanak-anakkan awak. Saya takkan mengalah. Walaupun awak benci saya. Walaupun awak rasa terpaksa mengahwini saya. Honestly, I don’t give a damn about that” dia memandang wajah pa. Sempat meminta maaf. Pa hanya memberi senyuman tanda tidak kisah.
“Dara balik dulu, pa, ma” dia bersalam dengan mereka berdua. Kez masih lagi dalam keadaan terkejut. “As long as I love you. Nothing else matter” dia bersuara, perlahan sebelum berlalu keluar. Airmatanya tumpah. Bodoh kau, Dara! Nampak sangat kau terdesak! Kau memang bodoh!
“Jas, kamu bantu mama siapkan semuanya ye?”
 “Baik, ma”